interaksi 4 (topik 10, 11, 12).docx

21
TAJUK 10 KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO – Peneguhan SINOPSIS Tajuk pengukuhan atau peneguhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu positif dan negatif. Pengukuhan positif adalah seperti lisan positif, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan. Manakala pengukuhan negatif seperti lisan negatif dan gerak isyarat negatif. Setiap satu bahagian mempunyai senarai semak dalam tajuk ini. HASIL PEMBELAJARAN a Menyatakan dan menerangkan jenis-jenis pengukuhan. KERANGKA TAJUK-TAJUK 125

Upload: azlina-azizan

Post on 02-Oct-2015

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK 10KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Peneguhan

SINOPSIS

Tajuk pengukuhan atau peneguhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu positif dan negatif. Pengukuhan positif adalah seperti lisan positif, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan. Manakala pengukuhan negatif seperti lisan negatif dan gerak isyarat negatif. Setiap satu bahagian mempunyai senarai semak dalam tajuk ini.

HASIL PEMBELAJARAN aMenyatakan dan menerangkan jenis-jenis pengukuhan.

kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

10.0Pengukuhan10.1Pengukuhan Positif10.2Pengukuhan Negatif10.0Pengukuhan

Pengukuhan adalah salah satu prinsip yang luas untuk kejayaan dalam pembelajaran. Kemahiran ini membolehkan guru mengubah kelakuan dan tabiat pelajar dengan cara yang positif. Kemahiran ini menjurus kepada teknik memberi ganjaran dan penggalakan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi baik dalam aktiviti pembelajaran. Pelbagai cara dicadangkan oleh ahli psikologi pendidikan bagaimana menggunakan kemahiran pengukuhan dalam bilik darjah.

Prinsip pengukuhana. Bentuk pengukuhan haruslah diubah mengikut masa untuk mengekalkan keberkesanan.b. Pengukuhan harus sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar.c. Elakkan pengukuhan negatif seperti sindiran dan kritikan.d. Peneguhan diberi sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku positif.e. Peneguhan diberi dengan jujur dan ikhlas supaya pelajar bangga dan mesra.

Objektif pengukuhan.

a. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku yang timbul.b. Memupuk semangat keyakinan pelajar dengan pengukuhan positif.c. Menggalakkan penerusan tingkah laku pelajar dan contoh kepada pelajar lain.d. Mengukuhkan konsep atau isi kandungan pelajaran supaya kekal dalam ingatan.e. Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Kesan peneguhan kepada pengajaran dan pembelajaran.a. Memberi semangat ingin belajar.b. Pelajar cuba menunjukkan tingkah laku positif dengan lebih giat.c. Pelajar yang belum menerima peneguhan akan cuba memperbaiki diri kearah menerima ganjaran.d. Pelajar akan merasa dihargai oleh guru dan keyakinan diri bertambah.e. Hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih erat.

10.1Pengukuhan PositifPeneguhan positif seperti lisan, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan. Lisan positif seperti guru memberi sebutan baik, bagus, ya, betul atau guru mengulang jawapan pelajar. Gerak isyarat positif pula seperti guru senyum, menganggukkan kepala, menepuk tangan atau mengangkat ibu jari. Dampingan seperti guru mendampingi pelajar, berdiri disebelah pelajar atau duduk disisi pelajar. Sentuhan adalah menyentuh bahagian badan seperti menyentuh kepala, bahu atau bahagian belakang badan dengan beradab.

10.2Pengukuhan Negatif.Pengukuhan negatif seperti lisan negatif dan gerak isyarat negatif. Peneguhan jenis ini tidak digalakkan. Contoh lisan negatif seperti menyindir, bukan, salah dan tidak lengkap. Gerak isyarat negatif seperti menggelengkan kepala, muka marah dan menggoyangkan tangan .

Latihan : Lengkapkan jadual dengan senario dalam kelas anda yang menyebabkan anda memberi pengukuhan positif. Bagaimana anda menukarkan senario negatif dengan positif

PengukuhanSenario

Lisan positif

Gerak isyarat positif

Dampingan

Sentuhan

Lisan negatif/Gerak isyarat negatif jadikan positif.

Senarai SemakKemahiran Peneguhan

Peneguhan(Reinforcement)

Memberi Ganjaran(Token Reinforcement)Menggunakan Jawapan MuridPeneguhan(Negatif)Peneguhan(Positif)

1. Secara LisanKata Pujian seperti Baik, tepat, dllKata-kata Galakan seperti Cuba lagi, dllKata-kata seperti ya, ok, mmm, dsb.2. Secara gerak isyarat/gerak geri. Seperti angguk, eye Contact, dekati Murid, tepuk bahu murid dan sebagainya 1. Secara LisanKata-kata marah seperti Bodoh, tidak tepat, dllKata-kata seperti tidak betul, salah dsb.Kata-mendenda seperti suruh berdiri.2. Secara gerak isyarat/gerak geri. Seperti:menggeleng kepala.Tidak memandang murid HadiahSijilDan Lain-lainMengulangi jawapan murid.Mengaitkan jawapan muridMenggunakan jawapan murid untuk perkembangan pelajaran

Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..Tarikh; masa : .

Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan mengikut pemerhatian yang dibuat ke atas pelatih yang terlibat, merujuk kepada Kemahiran Peneguhan

Aspek PeneguhanTiada

KurangKadang kalaSelalu

1. Memberi Peneguhan Secara Positif

(a) Secara Lisan

(b) Secara Gerak isyarat/Gerak-geri

2Memberi Peneguhan Secara negatif

(a) Secara Lisan

(b) Secara Gerakisyarat/Gerak-geri

3Menggunakan Jawapan Murid

4Memberi Ganjaran

Catatan / Ulasan :

.Tarikh: Nama Pemerhati

TAJUK 10bKEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Refleksi /Penutup

SINOPSIS

Tajuk refleksi atau penutup terbahagi kepada dua ia itu penutup kognitif dan penutup sosial.

HASIL PEMBELAJARAN a.Menyatakan kepentingan refleksi dan pengajaran mikro.

kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

10bPenutup/ Refleksi10.1 Perkaitan Kognitif10.2Perkaitan Sosial

10bPenutup/Refleksi

Bagaimanakah menutup dan membuat rumusan pengajaran? Masa pengajaran tamat, loceng berbunyi dan pelajar menutup buku dan bersedia untuk pelajaran yang baru. Kemahiran pengajaran penutup, merupakan terbalik dari set induksi. Pelbagai kaedah dan langkah boleh digunakan untuk pelajar merumuskan dan membuat perkaitan tentang isi utama pengajaran dan pembelajaran.

Penutup/refleksi ialah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah rumusan, pengukuhan, aktiviti susulan dan penilaian bagi membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kemahiran. Jika penilaian dilakukan ia boleh digunakan untuk mengubahsuai terhadap pelajaran berikutnya.

10.1Penutup kognitif .

a. Membuat rumusan.b. Mengulang isi-isi pentingc. Menjalankan aktiviti penilaian.d. Mencadangkan aktiviti susulane. Menjalankan aktiviti pengukuhan

10.2Penutup social

a. Menimbulkan perasaan yang harus dicapai oleh pelajar.b. Memberi peneguhan positif.c. Mewujudkan perasaan ingin tahu.d. Memotivasikan pelajar.e. Mengaitkan dengan pelajaran akan datang.f. Meningkatkan penghayatan dan amalan nilai murni.

Latihan : Anda telah tamat satu sesi pengajaran bertajuk Menyiasat Alam Bahan dengan membuat eksperimen. Walau bagaimanapun eksperimen tidak mendapat keputusan yang sepatutnya dan objektif tidak tercapai. Bagaimanakah anda membuat refleksi? Lengkapkan jadual di bawah dengan perancangan anda untuk membuat refleksi hari tersebut.

Penutup Kognitif

Penutup Sosial

Senarai SemakKemahiran Penutup

Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..

Tarikh; masa : .

Tandakan ( / ) pada ruangan taburan yang disediakan setiap kali komponen kemahiran dapat dikesani.

Komponen KemahiranTaburan

1. Guru Mengulangi Isi Penting dengan-----

(a) membantu pelajar dengan mengingat semula

(b) membantu pelajar membuat gambaran

(c) menegaskan isi pelajaran sekali lagi

(d) merumuskan sendiri secara lisan atau bertulis

2Guru mengaitkan aspek penting dengan perkara yang diketahui pelajar dengan pengalaman mereka.

3Guru menggunakan teknik variasi ransangan bagi mengekalkan minat.

4Guru menilai fahaman pelajar melalui aktiviti-aktiviti:-----

(a) mendemonstrasi kemahiran

(b) mengaplikasikan pengetahuan

(c) memberi pendapat/menganalisis

(d) menjawab soalan-soalan formal

5Guru mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan

6Guru mengakhiri pelajaran secara nyata melalui:-----

(a) verbal

(b)perlakuan/gerak isyarat

Catatan / Ulasan :

.

Tarikh: Nama Pemerhati

.

Key:5-Prestasi yang amat baik4-Prestasi yang baik3-Prestasi yang sederhana2-Prestasi yang lemah1-Prestasi yang amat lemah

TAJUK 11KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Pengurusan Sumber Dan Kemahiran Menerang.

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru anda telah faham bagaimana penggunaan sumber dan kemahiran menerang.

Layari internet .

Anda dikehendaki mencari bahan di dalam internet atau sumber maklumat yang lain berkenaan dengan ;a. Kemahiran menerang, kriterianya adalah seperti permulaan, penggunaan contoh, penyusunan idea dan penutup.b. Penggunaan sumber dalam pengajaran seperti pemilihan bahan, pengurusan bahan serta penilaian. Sumber pengajaran termasuklah bahan cetak, bahan bukan cetak dan sebagainya yang sesuai dengan tajuk yang diajar.

Senarai SemakKemahiran Menerang 1( Struktur )

Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..

Tarikh; masa : .

Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan mengikut pemerhatian yang dibuat ke atas pelatih yang terlibat, merujuk kepada

Ya- Kemahiran yang dilaksanaan dengan memuaskanTidak- Kemahiran yang tidak dilaksanakan dengan memuaskanTidak Kelihatan- Kemahiran yang sepatutnya dilaksanakan tetapi tidak.

Komponen KemahiranYaTidakTidak Kelihatan

1. Permulaan penerangan menarik dan mengekalkan tumpuan pelajar

2Permulaan mewujudkan pelaporan

3Permulaan penerangan meletakkan topik dalam konteks

4Aspek-aspek penting dinyatakan dengan ringkas dan tepat

5Contoh-contoh yang diberikan senang difahami.

6Contoh-contoh yang diberi adalah munasabah(relavan)

7Contoh-contoh yang diberi menarik

8Sumber/media pengajaran yang digunakan sesuai dan menarik

9Pelajaran dirumuskan dengan mengaitkan semua isi penting

10Rumusan/Kesimpulan dinyatakan dengan jelas

Catatan / Ulasan :

.Tarikh: Nama Pemerhati

Anda telah tamat 8 kemahiran pengajaran mikro ia itu ,orientasi/Set Induksi, Penyoalan, Hasil eksperimen, variasi rangsangan, menerang, Penggunaan Bahan Bantu Mengajar, peneguhan dan Penutup .

Kumpulkan senarai semak setiap satu setelah tamat sesi pengajaran mikro tersebut serta buat refleksi untuk meningkatkan kualiti diri.

TAJUK 12PENGAJARAN MAKRO

1.1Sinopsis

Pengajaran makro merupakan gabungan pengajaran mikro. Ia merupakan simulasi pengajaran satu pelajaran yang lengkap kepada satu kelas biasa. Simulasi ini boleh diadakan di dalam bilik darjah, makmal atau bilik pengajaran mikro. Seorang atau sepasang guru pelatih bertindak sebagai guru dengan rakan-rakan seunit berperanan sebagai murid-murid sekolah yang mempunyai kepelbagaian gaya pembelajaran dan dalam masa yang sama bertindak sebagai pemerhati juga penilai. Guru pelatih perlu mengabungkan pengalaman, teori dan pengetahuan yang dipelajari untuk dipraktikkan semasa merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Latihan pengajaran makro adalah penting supaya proses memindahkan ilmu kepada pelajar sebenar nanti menjadi sempurna.

1.2Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini, anda dapat:a. Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaranb. Memerhati/Mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah direkodkanc. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahand. Merancang dan mengajar semula pelajarane. Kepentingan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan1.3Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaran

1.3.1PerancanganKejayaan pengajaran makro dan pengajaran sebenar dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru mensintesiskan isi pelajaran dan cara penyampaian yang berkesan. Pelbagai kaedah dan model pengajaran pembelajaran berasas konstruktivisme telah dipelajari dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran sains. Pelbagai kaedah yang dirancang perlu sesuai dengan isi pelajaran sains bagi membentuk aktiviti yang sesuai bagi pelajar dan guru dalam usaha membentuk skema yang sempurna bagi pelajar.

PENGAJARAN MAKRO Merancang dan melaksanakan keseluruhan satu pelajaran. Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah disiplin murid. Setelah itu, guru pelatih bolehl melaksanakan keseluruhan satu pelajaran yang lengkap berdasarkan rancangan mengajar yang telah dirancang.

Memerhati/mengulas keseluruhan satu pengajaran yang telah direkodkan. Berdasarkan isi pelajaran yang dirancang, guru pelatih perlu mengulas isi pelajaran itu secara menyeluruh dan memerhatikan corak pengajaran yang dilakukan. Hal ini penting bagi memastikan pengajaran dilakukan secara berkesan.

Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan. Semasa melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan yang dapat dikesan melalui pengajaran yang telah direkodkan. Jika terdapat kekurangan dan kelemahan yang dikenalpasti, maka guru pelatih perlu merancang dan mengajar semula pelajaran.

Merancang semula dan mengajar semula pelajaran. Apabila segala kekuatan dan kelemahan telah dikenalpasti berdasarkan pengajaran sebelumnya, guru pelatih perlu merancang dan mengajar semula pelajaran agar segala kekurangan yang dikesan dapat diatasi bagi menjadikan pengajaran lebih berkesan. Kepentingan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi isi kandungan. Mendapat gambaran awal atau senario situasi sebenar dalam bilik darjah Merancang aktiviti bersesuaian dengan tajuk Merancang integrasi kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir Memiliki pengetahuan tentang topik yang hendak disampaikan Merancang contoh-contoh bersesuaian dan mudah difahami murid, relevan dengan topik yang hendak disampaikan

125