powerpoint note

61
Microsoft Power Point 73 BAB 2 MICROSOFT POWER POINT Objektif Bab: Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: Menghasilkan sesuatu persembahan dengan lebih mudah dan berkualiti menggunakan perisian komputer. Menjadikan perisian ini sebagai platform memudahkan untuk menukarkan paparan numerik ke dalam bentuk grafik dan multimedia yang lebih mudah untuk disampaikan. Menghasilkan persembahan yang lebih menarik dan interaktif. 2.1 Pengenalan Microsoft Power Point merupakan satu perisian bagi membantu menghasilkan sesuatu persembahan. Menerusi bab ini, kita akan berkenalan dengan Microsoft Power Point 2007. Power Point merupakan salah satu dari jenis aplikasi persembahan yang paling banyak digunapakai. Di dalam Power Point, setiap persembahan boleh terdiri daripada satu paparan atau lebih

Upload: mimi-liyana-aqilah

Post on 12-Aug-2015

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Asas

TRANSCRIPT

Page 1: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

73

BAB 2

MICROSOFT POWER POINT

Objektif Bab:

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:

Menghasilkan sesuatu persembahan dengan lebih mudah dan

berkualiti menggunakan perisian komputer.

Menjadikan perisian ini sebagai platform memudahkan untuk

menukarkan paparan numerik ke dalam bentuk grafik dan

multimedia yang lebih mudah untuk disampaikan.

Menghasilkan persembahan yang lebih menarik dan interaktif.

2.1 Pengenalan

Microsoft Power Point merupakan satu perisian bagi membantu

menghasilkan sesuatu persembahan. Menerusi bab ini, kita akan berkenalan

dengan Microsoft Power Point 2007. Power Point merupakan salah satu dari

jenis aplikasi persembahan yang paling banyak digunapakai. Di dalam Power

Point, setiap persembahan boleh terdiri daripada satu paparan atau lebih

Page 2: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

74

dari satu paparan. Paparan yang dimaksudkan di sini merupakan satu muka

surat atau lembaran yang membantu memaparkan material persembahan

yang ingin ditayangkan.

Bagi memudahkan untuk berinteraksi dengan perisian ini terdapat beberapa

fungsi yang perlu difahami kegunaannya. Rajah 2.1 merupakan antara muka

awal yang dipaparkan sebaik sahaja anda membuka perisian Microsoft

Power Point 2007.

Terdapat beberapa fungsi asas yang biasa akan digunakan seperti:

Bar Menu

Ribbon

Bar Tajuk

Slaid

Senarai Slaid

Nota Slaid

Zoom Slaid

Bar menu: Memaparkan siri menu-menu yang merupakan arahan-arahan

yang boleh dilaksanakan dalam Power Point. Arahan-arahan ini adalah

untuk membolehkan operasi-operasi berkaitan fail seperti membuka,

menyimpan atau mencetak satu fail berisi slaid-slaid persembahan. Selain

itu, ia juga mempunyai menu untuk memformat kandungan persembahan

dan menyunting kandungan persembahan. Menu boleh dipilih dengan

mengklik pilihan mana-mana menu dengan butang kiri tetikus di atas menu

tersebut. Bar menu mempunyai 7 pilihan menu yang membolehkan

beberapa operasi diperlukan. Rujuk jadual 2.1 di bawah :

Page 3: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

75

Rajah 2.1 : Antara muka utama Power Point 2007

Ribbon: Ialah bar yang menunjukkan ikon-ikon yang kerap digunakan

untuk setiap operasi bagi menu bar. Setiap menu bar yang dipilih akan

memaparkan ikon yang berbeza-beza. Rajah 2.2 adalah contoh ribbon bagi

menu Home. Jika beberapa pilihan menu lain dipilih seperti menu Insert

akan memaparkan ikon-ikon yang berbeza seperti dalam Rajah 2.3.

Bar Tajuk: Memaparkan nama fail yang sedang disunting.

Slaid: Ialah ruangan slaid yang sedang disunting. Sebarang maklumat akan

dimasukkan ke dalam ruangan ini.

Slaid

Bar Menu

Zoom Slaid

Nota

Senarai Slaid

Bar Tajuk

Ribbon

Page 4: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

76

Senarai Slaid: Memaparkan senarai slaid yang telah wujud dalam sesuatu

fail persembahan.

Nota Slaid: Memudahkan pengguna memahami sesuatu slaid itu

disediakan untuk tujuan apa.

Zoom Slaid: Memudahkan pengguna memaparkan saiz slaid yang berbeza-

beza semasa proses suntingan dilaksanakan.

Jadual 2.1 : Operasi-operasi yang terdapat dalam Bar Menu

Pilihan

Menu

Fungsi Menu

Home Menjalankan operasi ke atas fail,

menyunting fail dan memformat

persembahan

Insert Membantu pengurusan slaid dan

memasukkan maklumat-maklumat

dalam pelbagai bentuk ke dalam

persembahan seperti jadual,

gambar, animasi, audio dan video

Design Membantu mereka bentuk

kandungan slaid supaya lebih

menarik dan interaktif

Animation Membantu menghasilkan

pergerakan slaid supaya lebih

menarik semasa persembahan

Page 5: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

77

Slide Show Pelbagai kemudahan untuk paparan

persembahan

Review Kemudahan tambahan yang

membantu dari segi semakan ejaan

dan keselamatan fail

View Untuk paparan pelbagai bentuk

Rajah 2.2 : Ribbon bagi pilihan menu Home

Rajah 2.3 : Ribbon bagi pilihan menu Insert

2.2 Asas Menghasilkan Persembahan

2.2.1 Menghasilkan Persembahan Baru

Bagi menghasilkan persembahan baru, ikuti langkah-langkah berikut:

i) Klik pada butang Office untuk memaparkan menu (Rajah 2.4)

Page 6: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

78

ii) Klik pada butang New (Rajah 2.4)

iii) Tetingkap New Presentation akan dipaparkan (Rajah 2.5)

iv) Pilih butang Blank Presentation (Rajah 2.5)

v) Klik butang Create dan power point akan membuka fail

persembahan baru (Rajah 2.5)

Rajah 2.4 : Paparan menu Office

Butang Office

Butang New

Page 7: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

79

Rajah 2.5 : Paparan Tetingkap New Presentation

2.2.2 Menyimpan Dan Membuka Fail Persembahan

(a) Menyimpan Fail

Setiap slaid yang telah disiapkan akan disimpan dalam satu fail yang perlu

diberi nama. Format fail bagi power point 2007 adalah .pptx. Berikut

adalah langkah bagi menyimpan fail persembahan yang telah siap:

i) Klik pada butang Office untuk memaparkan menu (Rajah 2.6)

ii) Klik pada butang Save As (Rajah 2.6)

iii) Satu tetingkap Save As akan dipaparkan (Rajah 2.7)

Tetingkap New

Presentation

Butang Blank

Presentation

Butang Create

Page 8: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

80

Rajah 2.6 : Paparan menu Office

iv) Pilih di lokasi mana fail akan disimpan pada medan Save in

(Rajah 2.7)

v) Taipkan nama fail anda pada medan File name (Rajah 2.7)

vi) Klik butang Save (Rajah 2.7)

vii) Sila semak fail yang disimpan telah wujud pada lokasi yang

telah dipilih

Butang Office

Butang Save As

Page 9: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

81

Rajah 2.7 : Paparan Tetingkap Save As

(b) Membuka Fail

Jika fail yang telah anda simpan telah ditutup dan ingin dibuka semula.

Caranya adalah seperti langkah berikut:

i) Klik pada butang Office untuk memaparkan menu (Rajah 2.8)

ii) Klik pada butang Open (Rajah 2.8)

iii) Satu tetingkap Open akan dipaparkan (Rajah 2.9)

iv) Pilih lokasi mana fail anda telah disimpan dengan melihat

pada medan Look in (Rajah 2.9)

v) Klik pada nama fail anda (Rajah 2.9)

vi) Klik butang Open (Rajah 2.9)

vii) Fail akan dibuka

Tetingkap Save As

Butang Save

Pilih Lokasi

Taipkan nama fail

Page 10: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

82

Rajah 2.8 : Paparan menu Office

Rajah 2.9 : Paparan tetingkap Open

Butang Office

Butang Open

Tetingkap Open

Pilih fail

Butang Open

Page 11: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

83

2.2.3 Memasukkan Teks Ke Dalam Slaid

Bagi menghasilkan satu persembahan yang memerlukan penggunaan teks

terdapat beberapa pilihan bagi memasukkan teks. Seterusnya teks yang telah

dimasukkan boleh dilakukan teknik formatting dan penambahan efek

tertentu bagi menghasilkan teks yang lebih menarik.

(a) Memasukan teks dengan template

Berikut adalah langkah bagi memasukkan teks dengan menggunakan

template:

i) Letakkan kursor pada kotak teks dan taipkan teks (Rajah

2.10)

ii) Klik tab Home (Rajah 2.11)

iii) Klik pada butang New Slide untuk mendapatkan beberapa

template atau contoh format teks yang boleh diguna terus

(Rajah 2.11)

Page 12: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

84

Rajah 2.10 : Memasukkan teks ke dalam kotak teks

Rajah 2.11 : Pemilihan template untuk memasukkan teks

Tab Home

Kekotak Teks

Butang New Slide

Contoh Template

Tab Home

Page 13: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

85

(b) Memasukkan teks sendiri

Text box digunakan kebiasaanya bagi memasukkan maklumat yang lebih

panjang yang berbentuk perenggan. Selalunya ia dimasukkan ke dalam slaid

yang kosong. Untuk memasukkan kotak teks ke dalam slaid, ikuti langkah

berikut:

i) Klik tab Insert (Rajah 2.12)

ii) Ribbon Text akan dipaparkan

iii) Klik butang Text box (Rajah 2.12)

iv) Masukkan teks ke dalam ruangan Text box yang telah ada

pada slaid

v) Saiz kotak teks akan berubah mengikut saiz teks yang

dimasukkan

Rajah 2.12 : Memasukkan teks menggunakan Teks box

Tab Insert

Butang Text Box

Kotak Teks

Page 14: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

86

(c) Mengubah saiz serta memusingkan kedudukan kotak teks

Berikut adalah langkah bagi mengubah saiz kotak teks ke dalam slaid:

i) Klik pada kotak teks dan kotak teks akan diaktifkan (Rajah

2.13)

ii) Terdapat Handle pada setiap hujung kotak teks berbetuk

bulat kecil (Rajah 2.13)

iii) Gerakan Handle pada mana-mana arah bagi mengubah saiz

kotak teks

iv) Pusingkan kotak teks dengan menyeret Handle Pemutar yang

terdapat di tengah-tengah atas kotak teks (Rajah 2.14)

v) Gerakan Handle Pemutar pada mana-mana arah bagi

memusingkan kedudukan kotak teks (Rajah 2.14)

Rajah 2.13 : Mengubah saiz teks

Handle

Page 15: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

87

Rajah 2.14 : Memusingkan teks

(d) Memilih stail kotak

Berikut adalah langkah bagi memilih stail kotak teks:

i) Klik pada tab Home (Rajah 2.15)

ii) Pastikan kotak teks aktif supaya butang Quick Styles

akan aktif, jika tidak butang Quick Styles tidak akan aktif

iii) Klik pada butang Quick Styles (Rajah 2.15)

iv) Pilih jenis stail untuk kotak teks mengikut pilihan dan

kesesuaian

Handle Pemutar

Page 16: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

88

Rajah 2.15 : Memilih stail kotak teks

(e) Memilih Border untuk kotak teks

Berikut adalah langkah bagi memilih Border untuk kotak teks:

i) Pastikan kotak teks anda aktif supaya tab Format akan

dipaparkan (Rajah 2.16)

ii) Klik pada tab Format (Rajah 2.16)

iii) Klik pada butang Shape Outline (Rajah 2.16)

iv) Pilih jenis Border untuk kotak teks mengikut pilihan dan

kesesuaian

Tab Home

Butang Quick Styles

Page 17: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

89

Rajah 2.16 : Memilih Border untuk kotak teks

(f) Memasukkan warna latar belakang ke dalam kotak teks

Berikut adalah langkah bagi memilih warna latar belakang untuk kotak teks:

i) Pastikan kotak teks anda aktif supaya menu Format akan

dipaparkan (Rajah 2.17)

ii) Klik pada menu Format (Rajah 2.17)

iii) Klik pada butang Shape Fill (Rajah 2.17)

iv) Pilih warna untuk kotak teks anda mengikut pilihan

Butang Shape

Outline

Butang Format

Page 18: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

90

Rajah 2.17 : Memasukkan warna sebagai latar belakang kotak teks

(g) Memasukkan efek ke dalam kotak teks

Berikut adalah langkah bagi memasukkan efek ke dalam kotak teks:

i) Pastikan kotak teks aktif supaya menu Format akan

dipaparkan (Rajah 2.18)

ii) Klik pada menu Format (Rajah 2.18)

iii) Klik pada butang Shape Effects (Rajah 2.18)

iv) Pilih jenis efek untuk kotak teks anda mengikut pilihan

Butang Format

Butang Shape Fill

Page 19: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

91

Rajah 2.18 : Memasukkan warna sebagai latar belakang kotak teks

2.2.4 Menambah Slaid Baru

Penambahan slaid baru penting bagi menghasilkan maklumat lain. Semua

maklumat tidak boleh dimasukkan dalam satu slaid sahaja. Bagi menambah

slaid baru ikuti langkah-langkah berikut:

i) Klik pada tab Home (Rajah 2.19)

ii) Klik pada butang New Slide (Rajah 2.19)

iii) Pilih template yang dikehendaki atau boleh memilih slaid

kosong (Rajah 2.19)

Butang Format

Butang Shape Effect

Page 20: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

92

Rajah 2.19 : Menambah slaid baru

2.2.5 Mengubah Latar Belakang Slaid

(a) Warna sebagai latar belakang

Berikut adalah langkah bagi menukar warna sebagai latar belakang slaid :

i) Klik pada tab Design (Rajah 2.19)

ii) Klik pada butang Background Style, opsyen Background

Style akan dipaparkan (Rajah 2.19)

iii) Pilih warna yang disukai, power point akan mengubah warna

latar belakang mengikut pilihan (Rajah 2.19)

Butang New Slide

Tab Home

Page 21: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

93

Rajah 2.19 : Mengubah latar belakang slaid

(b) Gambar sebagai latar belakang

Berikut adalah langkah bagi mejadikan gambar sebagai latar belakang slaid :

i) Klik pada tab Design (seperti Rajah 2.19)

ii) Klik pada butang Background Style, opsyen Background

Style akan dipaparkan (seperti Rajah 2.19)

iii) Pilih opsyen Format Background (seperti Rajah 2.19)

iv) Satu tetingkap Format Background akan dipaparkan (Rajah

2.20)

v) Klik opsyen Picture or tecture fill (Rajah 2.20)

vi) Pada medan Insert from pilih butang File (Rajah 2.20)

vii) Satu tetingkap Insert Picture akan dipaparkan (Rajah 2.21)

Tab Design

Butang Background

Styles

Opsyen Format

Background

Hasil Latar Belakang

Page 22: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

94

viii) Pilih gambar yang hendak dijadikan latar belakang (Rajah

2.21)

ix) Power point akan terus menjadikan gambar sebagai latar

belakang bagi slaid anda (Rajah 2.22)

x) Untuk mengubah kadar cahaya pada gambar pula, gunakan

semula opsyen pada Format Background (seperti rajah 2.19)

xi) Pada tetingkap Format Background, pilih opsyen

Transparency, laraskan pelaras ke kiri atau kanan sehingga

mendapatkan kadar cahaya yang sesuai seperti ke kanan

untuk mengurangkan kadar cahaya (Rajah 2.20)

xii) Klik butang Apply to All (Rajah 2.20)

xiii) Klik butang Close (Rajah 2.20) dan tutup tetingkap Format

Background

xiv) Kadar cahaya pada gambar latar belakang akan dikurangkan

(Rajah 2.23)

Page 23: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

95

Rajah 2.20 : Tetingkap Format Background

Rajah 2.21 : Tetingkap Insert Picture

Tetingkap Format

Background

Butang File

Opsyen Picture or texture fill

Butang Apply to

All

Opsyen Transparency

Butang Close

Tetingkap Insert

Picture

Butang Insert

Pilih gambar

Page 24: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

96

Rajah 2.22 : Hasil gambar sebagai latar belakang

Hasil gambar sebagai latar

belakang

Page 25: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

97

Rajah 2.23 : Hasil gambar yang telah dikurangkan cahaya

2.2.6 Memasukkan Imej Ke Dalam Slaid

Imej juga merupakan elemen penting dalam menghasilkan persembahan

yang lebih mudah difahami apabila menyampaikan sesuatu mesej. Terdapat

pelbagai jenis format fail bagi imej. Format juga bergantung kepada edisi

sesuatu perisian. Bagi microsft power point 2007 beberapa format fail bagi

imej yang boleh diterima dan agak popular digunakan adalah seperti JIF,

JPG, BITMAP dan PNG.

Hasil gambar yang telah

dikurangkan cahaya

Page 26: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

98

(a) Memasukkan Imej

Untuk memasukkan imej ke dalam slaid pastikan fail imej disimpan pada

lokasi yang mudah dicapai seperti dalam My Document atau Local Disc ( C ).

Berikut adalah langkah-langkah memasukkan imej ke dalam slaid :

i) Klik pada tab Insert (Rajah 2.24)

ii) Klik pada butang Picture (Rajah 2.24)

iii) Satu tetingkap Insert Picture akan dipaparkan (Rajah 2.24)

iv) Pilih lokasi imej yang telah disimpan pada medan Look in

v) Klik pada imej yang ingin dipilih (Rajah 2.24)

vi) Klik pada butang Insert (Rajah 2.24)

vii) Hasil akan dipaparkan pada slaid (Rajah 2.25)

Rajah 2.24 : Memasukkan imej ke dalam slaid

Butang Picture

Tab Insert

Page 27: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

99

Rajah 2.24 : Memasukkan imej ke dalam slaid

Butang Insert

Tetingkap Insert

Pictures

Pilih Imej

Page 28: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

100

Rajah 2.25 : Hasil imej pada slaid

(b) Menambah efek pada imej

Bagi menambah efek pada imej yang dimasukkan ikuti langkah-langkah

berikut:

i) Klik pada imej, tab Format akan dipaparkan (Rajah 2.26)

ii) Klik pada butang Style (Rajah 2.26)

iii) Pilih jenis Style yang dikehendaki (Rajah 2.26)

Hasil imej pada slaid

Butang Format

Page 29: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

101

Rajah 2.26 : Hasil efek pada imej

2.2.7 Memasukkan Clip Art Ke Dalam Slaid

Ikuti langkah-langkah berikut untuk memasukkan clip art ke dalam slaid :

i) Klik pada tab Insert (Rajah 2.27)

ii) Klik butang Clip Art (Rajah 2.27)

iii) Panel Clip Art akan dipaparkan pada sebelah kanan

iv) Masukkan kata kunci carian pada medan Search For bagi

mencari jenis clip art yang dikehendaki

v) Pilih opsyen All Collection pada medan Search In bagi

mencari clip art dalam semua lokasi

vi) Pilih opsyen All Media Types dalam medan Results Should Be

vii) Klik butang Go (Rajah 2.27)

viii) Clip art yang dicari akan dipaparkan pada ruangan Preview

(Rajah 2.27)

Butang Picture Effets

Hasil efek pada imej

Page 30: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

102

ix) Klik pada jenis Clip Art yang dikehendaki, Clip Art tersebut

akan terus masuk ke dalam slaid (Rajah 2.27)

Rajah 2.27 : Memasukkan clip art ke dalam slaid

2.2.8 Memasukkan Jadual Ke Dalam Slaid

(a) Memasukkan jadual

Untuk memasukkan jadual ke dalam slaid ikuti langkah berikut:

i) Klik pada tab Insert (Rajah 2.28)

ii) Klik pada butang Tables (Rajah 2.28)

iii) Setkan bilangan lajur dan baris bagi jadual (Rajah 2.28)

iv) Power point akan memaparkan jadual terus pada slaid (Rajah

2.28)

Hasil Clip Art

Tab Insert

Butang Go

Ruangan Preview

Butang Clip Art

Page 31: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

103

Rajah 2.28 : Memasukkan jadual ke dalam slaid

(b) Memasukkan teks ke dalam jadual

Untuk memasukkan teks ke dalam jadual ikuti langkah berikut:

i) Letakkan kursor pada ruangan lajur dan baris yang hendak

dimasukkan teks (Rajah 2.29)

ii) Taipkan terus teks yang hendak ditaipkan

iii) Lengkapkan teks anda pada setiap ruangan lajur dan baris

(c) Mengubah stail jadual

Untuk mengubah stail jadual ikuti langkah berikut:

i) Pastikan kotak jadual anda diaktifkan, tab Table Tool akan

dipaparkan (Rajah 2.30)

Hasil jadual pada slaid

Tab Insert

Setkan bilangan lajur

dan baris

Butang Table

Page 32: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

104

ii) Di bawah menu Table Tool terdapat dua opsyen bagi

mengubah pelbagai jenis stail pada jadual iaitu Design dan

Layout (Rajah 2.30 dan Rajah 2.31)

iii) Gunakan pelbagai jenis pilihan stail yang disediakan pada

kedua-dua opsyen Design dan Layout bagi mereka bentuk

jadual supaya lebih cantik dan menarik

Rajah 2.29 : Memasukkan teks ke dalam jadual

2.2.9 Memasukkan Carta Ke Dalam Slaid

Untuk membina sesuatu carta di dalam power point memerlukan data.

Selalunya data akan disimpan di dalam Microsft Excel.

(a) Membina carta

Untuk membina carta tersebut ikuti langkah berikut :

i) Klik pada tab Insert (Rajah 2.32)

Teks yang dimasukkan

ke dalam jadual

Page 33: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

105

ii) Klik butang Chart (Rajah 2.32)

iii) Pilih jenis carta yang dikehendaki (Rajah 2.32)

iv) Klik butang Ok (Rajah 2.32)

v) Sebaik butang Ok diklik, dua tetingkap akan dipaparkan iaitu

tetingkap power point yang terpapar carta yang telah dipilh

dan tetingkap Microsoft Excel yang memudahkan

memasukkan data (Rajah 2.33)

vi) Klik pada jadual dalam Microsoft Excel untuk memasukkan

data sebenar mengikut paksi-x dan paksi-y (Rajah 2.33)

vii) Setelah data diubah power point akan menukarkan data baru

pada carta

Rajah 2.32 : Memasukkan carta ke dalam slaid

Tab Insert

Butang Chart

Page 34: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

106

Rajah 2.33 : Tetingkap power point dan tetingkap excel

Rajah 2.34 : Hasil carta pada slaid

Butang OK

Pilih jenis carta

Tetingkap Insert Chart

Hasil Chart pada slaid

Page 35: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

107

(b) Mengubah stail carta

Untuk mengubah stail carta, ikuti langkah-langkah berikut :

i) Klik pada carta untuk diaktifkan, tab Chart Tool akan

dipaparkan (Rajah 2.34)

ii) Pada tab Chart Tools terdapat tiga opsyen bagi mengubah

pelbagai jenis stail pada jadual iaitu Design, Layout dan

Format

iii) Opsyen Design digunakan bagi mengubah stail carta, jenis

dan pelbagai lagi. Opsyen Layout digunakan bagi mengubah

seperti tajuk carta, nama pada paksi dan pelbagai lagi dan

Opsyen Format digunakan bagi mengubah saiz carta, jenis

Font dan lain-lain

iv) Gunakan semua opsyen di atas bagi membantu mengubah

stail carta

2.2.10 Menggunakan Tema Pada Slaid

Tema digunakan kebiasaannya pada latar belakang sesuatu slaid bagi

mengantikan gambar atau warna sebagai latar belakang slaid. Template

sedia ada sering digunakan sebagi tema. Ini akan memudahkan lagi

persembahan kerana tema sedia ada adalah lebih standard dan menarik

digunakan sebagai latar belakang. Berikut adalah langkah bagi memasukkan

tema pada slaid :

i) Klik pada tab Design , opsyen Themes akan dipaparkan

(Rajah 2.37)

ii) Pilih jenis Themes yang disukai (Rajah 2.37)

iii) Tema pada slaid akan berubah setiap kali jenis tema dipilih

pada slaid

Page 36: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

108

iv) Beberapa opsyen lain dalam tab Design ini boleh dipilih

seperti butang Colors, Fonts, background Styles dan Effects

bagi mengubah stail tema menjadi pada warna kesukaan atau

pada jenis Font kesukaan

Rajah 2.37 : Memasukkan tema pada slaid

2.2.11 Memasukkan Word Art Ke dalam Slaid

Memasukkan elemen Word Art ke dalam slaid bermaksud membantu

menjadikan elemen teks dalam persembahan jadi lebih menarik.

Penggunaan elemen ini lebih sesuai untuk menulis tajuk sesuatu topik

kerana kebiasaannya saiz font adalah lebih besar. Langkah berikut

digunakan untuk memasukkan Word Art :

Tab Design

Butang Themes

Page 37: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

109

i) Klik tab Insert (Rajah 2.38)

ii) Klik butang Word Art (Rajah 2.38)

iii) Pilih jenis Wort Art yang disukai (Rajah 2.38)

iv) Taipkan teks yang anda ingin masukkan

v) Klik pada kotak teks supaya diaktifkan, tab Drawing Tools

akan dipaparkan

vi) Gunakan lima opsyen iaitu Insert Shapes, Shapes Styles,

Word Art Styles, Arranges dan Sizes mengubah stail teks

pada Word Art

Rajah 2.38 : Memasukkan Word Art ke dalam slaid

Butang Art Word

Tab Insert

Page 38: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

110

2.2.12 Memasukkan Audio dan Video ke dalan Slaid

(a) Elemen Audio

Elemen audio yang dimasukkan di dalam slaid akan menjadikan

persembahan menjadi lebih realistik dan berkesan. Sebagai contoh,

penggunaan teks yang kosong membantu menghasilkan persembahan yang

lebih baik jika ditambah dengan elemen audio. Beberapa format fail bagi

audio yang menyokong perisian power point seperti MP3, MIDI, WAV,

AIFF dan WMA. Apabila fail audio telah dimasukkan terdapat simbol

speaker pada slaid. Berikut adalah langkah untuk memasukkan elemen

audio ke dalam slaid :

i) Klik tab Insert (Rajah 2.39)

ii) Klik butang Sound (Rajah 2.39), tetingkap Insert Sound

dipaparkan

iii) Pilih jenis lagu yang ingin dikehendaki (Rajah 2.39)

iv) Klik butang Ok (Rajah 2.39)

v) Satu tetingkap dialog dipaparkan (Rajah 2.40)

vi) Pilih butang Automatically untuk audio berbunyi sebaik slaid

seterusnya dipaparkan (Rajah 2.40)

vii) Atau pilih butang When Clicked untuk audio berbunyi sebaik

mouse diklik

viii) Satu ikon speaker akan dipaparkan setelah bunyi dimasukkan

ke dalam slaid (Rajah 2.40)

Page 39: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

111

Rajah 2.39 : Memasukkan elemen audio ke dalam slaid

Rajah 2.39 : Memasukkan elemen audio ke dalam slaid

Butang Sound

Tab Insert

Butang OK

Tetingkap Insert Sound

Pilih Audio

Page 40: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

112

Rajah 2.39 : Memasukkan elemen audio ke dalam slaid

(b) Elemen Video

Penggunaan elemen video juga akan menjadikan persembahan jadi lebih

berkesan. Biasanya persembahan slaid akan memaparkan jenis video pendek

yang masanya tidak telalu panjang. Format fail bagi video yang menyokong

perisian power point adalah seperti AVI, MPEG, ASF, MP4 dan WMF.

Video akan dimainkan semasa slaid dipersembahkan. Berikut adalah

langkah untuk memasukkan elemen audio ke dalam slaid :

i) Klik tab Insert (Rajah 2.41)

ii) Klik butang Movie (Rajah 2.41)

iii) Pilih jenis video yang ingin dikehendaki (Rajah 2.41)

iv) Klik butang Ok (Rajah 2.41)

v) Hasil video akan dipaparkan pada Rajah 2.43

Page 41: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

113

Rajah 2.41 : Memasukkan elemen video ke dalam slaid

Rajah 2.41 : Memasukkan elemen video ke dalam slaid

Tab Insert

Butang Movie

Butang OK

Tetingkap Insert Movie

Pilih Movie

Page 42: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

114

(c) Mengubah Stail Audio dan Video

Stail Audio : Apabila kekotak ikon speaker telah diaktifkan, menu Sound

Tools akan dipaparkan (Rajah 2.42). Menu Format dan Option akan

dipaparkan. Gunakan kedua-dua opsyen ini bagi mengubah stail audio

seperti menyembunyikan ikon speaker semasa slaid dipaparkan dan

pelbagai lagi.

Stail Video : Apabila kekotak video telah diaktifkan, menu Movie Tools

(Rajah 2.43) akan dipaparkan. Menu Format dan Option akan dipaparkan.

Gunakan kedua-dua opsyen ini bagi mengubah stail video seperti

memainkan video tanpa menekan butang slide show dan pelbagai lagi.

Rajah 2.43 : Hasil movie dalam slaid dan opsyen Movie Tools

Hasil Movie

Page 43: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

115

2.3 Ciri-Ciri Tambahan Persembahan

2.3.1 Menghasilkan Pergerakan Antara Slaid (Transition)

Bagi menjadikan suatu persembahan lebih menarik, pergerakan antara slaid

juga penting di mana ia dipanggil dengan istilah transition. Terdapat

pelbagai jenis cara slaid-slaid digerakkan. Ikuti langkah berikut bagi

menghasilkan pergerakan pada slaid:

i) Klik pada tab Animation (Rajah 2.45)

ii) Opsyen Transition to this slide akan dipaparkan (Rajah 2.44)

iii) Bagi pergerakan antara slaid, pilih jenis pergerakan yang

disukai dengan meletakkan kursor pada ikon-ikon jenis

pergerakan. Power point akan menunjukkan bentuk setiap

pergerakan yang dipilih pada slaid (Rajah 2.45)

iv) Bagi opsyen Transition Sound setiap pergerakan slaid boleh

ditambah dengan bunyi yang sedia ada. Pilih jenis bunyi yang

disukai (Rajah 2.44)

v) Bagi Opsyen Transition Speed pula digunakan bagi

membantu memilih menghadkan masa setiap pergerakan

slaid. Pilih jenis had masa ditentukan (Rajah 2.44)

vi) Bagi Opsyen Apply to all boleh digunakan bagi menghasilkan

efek yang sama pada semua slaid (Rajah 2.44)

vii) Bagi opsyen Advanced Slide boleh digunakan bagi

menghadkan sama ada slaid tersebut boleh dipaparkan sebaik

sahaja tetikus diklik atau boleh dihadkan masa untuk slaid

dipaparkan (Rajah 2.44)

Page 44: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

116

Rajah 2.45 : Menghasilkan pergerakan antara slaid

2.3.2 Memasukkan Animasi Khas (Custom Animation)

Penggunaan animasi khas ini banyak diaplikasikan pada kebanyakkan

elemen-elemen yang dimasukkan ke dalam slaid seperti teks, imej, jadual

dan pelbagai lagi. Animasi khas ini digunakan bagi mengerakkan elemen-

elemen yang dimasukkan ke dalam slaid. Contohnya menggerakan serta

Butang Transition

Tab Animation

Pilih jenis Transition

Page 45: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

117

memberikan efek bunyi kepada teks dalam slaid. Ikuti langkah berikut bagi

menghasilkan animasi khas atau dipanggil custom animation ini :

i) Klik pada objek yang dimasukkan ke dalam slaid

ii) Klik tab Animations (Rajah 2.46)

iii) Klik pada butang Custom Animations, panel Custom

Animations akan dipaparkan pada sebelah kanan skrin

(Rajah 2.46)

iv) Klik butang opsyen Add Effect untuk paparkan opsyen Add

Effect (Rajah 2.46)

v) Pilih jenis efek yang disukai (Rajah 2.47)

vi) Power point akan memasukkan efek animasi ke dalam objek

dan akan dipaparkan pada ruangan panel sebelah kanan efek

animasi tersebut

vii) Pada medan Modify:Grow/Shrink pilih beberapa jenis

opsyen Start, Size dan Speed untuk mengubah stail

pergerakan objek yang telah dipilih (Rajah 2.48)

viii) Mainkan pergerakan objek yang telah disetkan dengan

menekan

ix) butang Play pada panel Custom Animation (Rajah 2.49)

x) Power point akan memainkan pergerakan pada slaid (Rajah

2.49)

xi) Pada panel Custom Animation dipaparkan kelajuan masa

pergerakan sesuatu objek (Rajah 2.49)

xii) Jika ingin mengubah jenis pergerakan, klik pada teks semula,

klik butang Change dan ubah jenis pergerakan yang baru

(Rajah 2.48)

xiii) Jika ingin menghapuskan objek yang telah digerakan, klik

butang Remove (Rajah 2.48)

Page 46: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

118

Rajah 2.46 : Memasukkan animasi khas (custom animation)

Rajah 2.47 : Pilihan jenis efek

Butang Custom

Animation

Tab Animation

Butang Add Effect

Pilih jenis Effect

Page 47: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

119

Rajah 2.48 : Panel Custom Animation

Rajah 2.49 : Memainkan objek yang telah disetkan pergerakan

Butang Remove

Butang Add Effect atau

Change

Teks yang telah

disetkan pergerakan

Butang Play

Masa Pergerakan

Paparan teks yang

digerakkan

Page 48: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

120

2.3.3 Memasukkan Pautan (Hyperlink)

Kebiasaanya pautan digunakan jika anda ingin menghubungkan dari satu

slaid ke slaid yang lain. Selain itu, pautan juga selalu digunakan bagi

membuka dokumen, untuk pergi ke laman web dan pelbagai lagi kemudahan

pautan yang lain. Bagi melaksanakan pautan langkah-langkah berikut perlu

dilakukan :

i) Klik pada kotak teks serta klik dan seret teks yang akan

dimasukkan pautan (Rajah 2.50)

ii) Klik pada tab Insert (Rajah 2.50)

iii) Klik pada butang Hyperlink (Rajah 2.50)

iv) Tetingkap Insert Hyperlink akan dipaparkan (Rajah 2.51)

v) Pilih opsyen yang terdapat pada menu Link To (Rajah 2.51):

Existing Files or web pages – opsyen ini digunakan untuk

membuat pautan pada mana-mana fail yang disimpan dan

membuat pautan ke laman web dengan memasukkan

alamat laman web tertentu.

Place in this document – opsyen ini digunakan untuk

membuat pautan kepada slaid lain di dalam fail yang

sama

Create new document - opsyen ini digunakan untuk

membuat pautan bagi dokumen lain yang akan dibuka

E-mail address - opsyen ini digunakan untuk membuat

pautan ke alamat email tertentu

vi) Klik butang OK (Rajah 2.51)

vii) Pada teks yang telah dibuat pautan terdapat garis biru di

bawah teks. Ini menunjukkan teks tersebut telah dibuat

pautan atau hyperlink

Page 49: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

121

Rajah 2.50 : Memasukkan pautan

Rajah 2.51 : Tetingkap Insert Hyperlink

Butang Hyperlink

Tab Insert

Butang Ok

Tetingkap Hyperlink

Page 50: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

122

2.3.4 Memasukkan Header dan Footer, Tarikh dan Masa dan

Slide Number

Header dan Footer digunakan bagi menambah maklumat sampingan ke

dalam slaid seperti meletakkan nama pembentang pada slaid dan

sebagainya. Tarikh dan masa juga boleh ditambah pada slaid dan bagi

memudahkan serta bagi memudahkan melihat muka surat pada setiap slaid

tambahkan slide number pada slaid. Berikut adalah langkah bagi

memasukkan ketiga-tiga ciri-ciri tambahan tersebut :

i) Klik pada menu Insert (Rajah 2.52)

ii) Satu tetingkap Header dan Footer akan dipaparkan (Rajah

2.52)

iii) Klik pada tab Notes and Handouts (Rajah 2.52)

iv) Terdapat 4 opsyen yang boleh dipilih (Rajah 2.52)

Date and Time

Header

Page Number

Footer

v) Sila klik pada setiap opsyen yang ingin dipilih dan masukkan

maklumat yang ingin dimasukkan (Rajah 2.52)

vi) Opsyen yang dipilih akan dipaparkan pada rungan Preview

(Rajah 2.52)

vii) Klik butang Apply to All (Rajah 2.52)

Page 51: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

123

Rajah 2.52 : Memasukkan Header dan Footer, Tarikh dan

Masa dan Slide Number

Rajah 2.51 : Tetingkap Header and Footer

Butang Header &

Footer

Tab Insert

Opsyen Date and

Time

Opsyen Header

Opsyen Page

Number

Butang Apply to

All

Preview Opsyen Footer

Tab Notes and

handouts

Page 52: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

124

2.3.1 Memasukkan Nota Pada Slaid

Nota pada slaid dalam power point 2007 memudahkan anda menulis

maklumat berkaitan sesuatu slaid seperti sumber rujukan. Berikut adalah

langkah bagi memasukkan nota pada slaid tertentu :

i) Pilih slaid yang ingin dimasukkan nota (Rajah 2.54)

ii) Pada bawah paparan slaid terdapat ruangan dilabelkan Click

to add notes (Rajah 2.54)

iii) Letakkan kursor anda pada label tersebut dan taipkan nota

(Rajah 2.54)

Rajah 2.53 : Memasukkan nota pada slaid

Ruangan menulis

nota

Page 53: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

125

2.4 Menghasilkan Persembahan Slaid Khas (Customised)

Bagi menghasilkan persembahan slaid khas atau customised ikuti langkah-

langkah berikut ;

i) Klik pada tab Slide Show (Rajah 2.54)

ii) Opsyen Start Slide Show akan dipaparkan (Rajah 2.54)

iii) Klik butang Custom Slide Show (Rajah 2.54)

iv) Klik Custom Shows (Rajah 2.54)

v) Tetingkap Custom Shows akan dipaparkan (Rajah 2.55)

vi) Klik butang New (Rajah 2.55)

vii) Tetingkap Define Custom Show akan dipaparkan (Rajah 2.56)

viii) Taipkan nama persembahan dalam medan Slide show name

(Rajah 2.56)

ix) Pilih slaid yang telah dihasilkan dari medan Slide in

presentation untuk dimasukkan ke dalam medan slides in

custom show (Rajah 2.56)

x) Klik butang Add (Rajah 2.56)

xi) Klik butang Remove jika tersalah pilih slaid yang dimasukkan

(Rajah 2.56)

xii) Gunakan butang anak panah ke atas dan ke bawah untuk

mengubah kedudukan slaid (Rajah 2.56)

xiii) Klik butang Ok (Rajah 2.56)

xiv) Pada tetingkap Custom Shows akan dipaparkan nama

persembahan (Rajah 2.55)

xv) Klik butang Close untuk menutup tetingkap (Rajah 2.55)

Ulangi langkah-langkah tersebut di atas semula bagi menghasilkan

persembahan yang baru dengan menamakan menggunakan nama lain.

Page 54: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

126

Apabila butang Custom Slide Show diklik akan tersenarai nama-nama

persembahan yang telah dihasilkan (Rajah 2.57).

Rajah 2.54 : Menghasilkan persembahan slaid khas

Rajah 2.55 : Tetingkap Custom Shows

Butang Custom Shows

Tab Slide Show

Butang New

Butang Close

Page 55: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

127

Rajah 2.56 : Tetingkap Define Custom Show

Rajah 2.57 : Senarai nama persembahan

Pilih slaid

Butang Add dan Remove

Senarai nama Custom Shows

Tab Slide Show

Page 56: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

128

2.5 Persembahan Slaid (Slide Show)

Untuk melarikan persembahan yang telah siap, ikuti langkah berikut :

i) Klik menu Slide Show (Rajah 2.58)

ii) Opsyen Start Slide Show akan dipaparkan (Rajah 2.58)

iii) Pilih dua opsyen

From beginning – bermaksud untuk memulakan

persembahan dari slaid pertama (Rajah 2.58)

From current Slide – bermaksud mulakan persembahan

pada slaid semasa (Rajah 2.58)

iv) Juga boleh klik pada butang Slide Show di toolbar bawah

ruangan slaid untuk memaparkan slaid semasa (Rajah 2.58)

Rajah 2.58 : Melarikan persembahan yang telah siap

Butang From Current Slide

Tab Slide Show

Page 57: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

129

2.6 Mencetak Slaid Secara Handouts

Sebelum anda melakukan persembahan, jika nota edaran diperlukan slaid-

slaid perlu dicetak. Slaid yang dicetak sebagai rujukan selalunya dicetak

dalam bentuk handsout. Ikuti langkah berikut bagi mencetak slaid secara

handouts :

i) Klik butang office (Rajah 2.59)

ii) Klik menu Print dan tetingkap Print akan dipaparkan (Rajah

2.60)

iii) Klik butang opsyen Print what dan pilih handouts (Rajah

2.60)

iv) Opsyen handouts akan diaktifkan dan pilih bilangan slaid

yang akan dimuatkan pada satu muka surat pada opsyen slide

per page (Rajah 2.60)

v) Pilih juga saiz paparan kertas pada opsyen order (Rajah 2.60)

vi) Sebelum mencetak klik butang preview (Rajah 2.60)

vii) Klik butang Ok (Rajah 2.60)

viii) Contoh paparan hasil cetakan slaid handouts (Rajah 2.61)

Page 58: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

130

Rajah 2.59 : Paparan menu Office

Rajah 2.60 : Tetingkap print

Butang Print

Butang Office

Butang OK

Opsyen Handouts

Butang Preview

Pilih jenis Handouts

Page 59: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

131

Rajah 2.61 : Contoh hasil cetakan handouts

Page 60: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

132

LATIHAN PENGUKUHAN

1. Format fail bagi Microsoft Power Point 2007 adalah ____________.

2. Butang Header dan Footer terdapat dalam tab ___________.

3. Bagi menambah slaid baru, pada tab Home terdapat butang yang

dinamakan _______ yang digunakan bagi menambah slaid dengan

tema tertentu.

4. Senaraikan 4 contoh format fail audio yang boleh menyokong perisian

Microsoft Power Point 2007.

a. __________

b. __________

c. __________

d. __________

5. Senaraikan 2 contoh format fail video yang boleh menyokong perisian

Microsoft Power Point 2007.

a. __________

b. __________

6. Opsyen __________ pada tetingkap Format Background digunakan

bagi mengubah kadar cahaya pada sesuatu imej dalam slaid yang telah

dimasukkan.

7. _________ merupakan cara bagi menghasilkan pergerakan antara

slaid yang membantu menjadikan persembahan lebih menarik.

Page 61: PowerPoint Note

Microsoft Power Point

133

8. Butang ______________ pada tab Animations digunakan bagi

memasukkan efek animasi ke dalam objek yang ingin dipaparkan

9. Gunakan opsyen ________ pada tetingkap Print yang dipaparkan bagi

mencetak nota dengan menghasilkan beberapa slaid pada satu muka

surat.

10. Terdapat satu ciri khas yang dinamakan ________ bagi menghasilkan

beberapa persembahan tertentu dalam fail yang sama di mana

persembahan mempunyai beberapa slaid tertentu.