titas note

58
BAB 1 : PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUN Bahasa Arab : tamaddun, Bahasa Inggeris: civilization A. Pengertian “ tamaddun Maddana 1. Memperhaluskan budi bahasa dan memperelokan tingkah laku (mengenai manusia) 2. Membuka atau membuat Bandar (menetap, tidak lagi berhijrah) Madinah: bandar/kota Madani: 1. peradaban dan kemakmuran hidup 2. Bersifat sopan dan halus dalam tingkah laku 3. Mempunyai pencapaian material yang tinggi Maddana, madani berasal dari perkataan al-din. (al-din bermaksud agama) B. Pengertian “civilization” Civitas: bandar atau kota 1. Kehidupan di bandar atau kota 2. Bandar tanda ketamadunan 3. Pencapaian material lambang ketamadunan sesuatu masyarakat 4. Kehidupan civil atau sopan bertentangan dengan barbaric atau tidak bersopan atau beradab C. Takrifan lain: Ibn Khaldun Kehidupan beradab, berbudi bahasa dan bersifat halus serta maju dan makmur dalam pencapaian material dan kebendaan Albert Schweitzer: Keseluruhan kemajuan manusia dalam semua aspek pemikiran dan tindakan yang membawa kepada kesempurnaan Ciri-ciri Utama Tamadun

Upload: esya-iman

Post on 16-Sep-2015

615 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

Titas

TRANSCRIPT

Pengertian dan takrif tamadun:

BAB 1 : PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUNBahasa Arab : tamaddun, Bahasa Inggeris: civilizationA. Pengertian tamaddun

Maddana1. Memperhaluskan budi bahasa dan memperelokan tingkah laku (mengenai manusia)

2. Membuka atau membuat Bandar (menetap, tidak lagi berhijrah)

Madinah: bandar/kota

Madani:1. peradaban dan kemakmuran hidup 2. Bersifat sopan dan halus dalam tingkah laku

3. Mempunyai pencapaian material yang tinggi

Maddana, madani berasal dari perkataan al-din. (al-din bermaksud agama)B. Pengertian civilizationCivitas: bandar atau kota

1. Kehidupan di bandar atau kota

2. Bandar tanda ketamadunan

3. Pencapaian material lambang ketamadunan sesuatu masyarakat

4. Kehidupan civil atau sopan bertentangan dengan barbaric atau tidak bersopan atau beradab

C. Takrifan lain:

Ibn Khaldun

Kehidupan beradab, berbudi bahasa dan bersifat halus serta maju dan makmur dalam pencapaian material dan kebendaan

Albert Schweitzer:

Keseluruhan kemajuan manusia dalam semua aspek pemikiran dan tindakan yang membawa kepada kesempurnaanCiri-ciri Utama Tamadun

i. Penempatan kekal.

ii. Sistem pertanian atau pengeluaran makanan

iii. Sistem organisasi dan institusi sosial, politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain

iv. Sistem tulisan dan pengiraan (untuk mewarisi pengetahuan dan pembinaan bandar)

v. Sistem perundangan teratur

vi. Sistem nilai dan moral berwibawa

vii. Kehidupan beragama

viii. Perkembangan daya kreativiti, falsafah, kesenian dan kesusasteraan

ix. Pengkhususan kerja dan pengurusan teknologi

Hubungan Tamadun dengan Agama

i. Berkaitan rapat

ii. Kehidupan bertamadun: beradab atau bersopan dengan bermoral tinggi (nilai agama)

iii. Agama membentuk pandangan semesta dan nilai-nilai kehidupan terpuji individu dan masyarakat

iv. Kemunculan tamadun manusia adalah manifestasi kehidupan beragama

v. Semua tamadun tradisional manusia berasaskan pandangan hidup, prinsip dan nilai ajaran agamavi. Tamadun moden mengetepikan ajaran agama dan menurkaganti asasnya dengan pemikiran dan penilaian manusia atau humanisma (berbeza dengan tradisional)

Hubungan Tamadun dengan Budaya

i. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran fizikal, dan sosialnya atau pengurusan kehidupan secara kolektif

ii. Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamadun

iii. Sesetengah budaya dianggap tidak bertamadun, kerana tamadun menekankan budi bahasa yang baik

iv. Tamadun berbeza daripada budaya kerana bukan semua unsur budaya boleh dianggap sebagai tamadun

v. Kriteria tamadun: Bernilai tinggi dan terpuji

Kekal dan bertahan lama

Tidak terbatas kepada kawasan-kawasan, melampaui batasan kenegaraan

Dibina dalam masa panjang

Hubungan Tamadun dengan Bangsa Bangsa mempuyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi, budaya, dan kawasan geografi. Tamadun merentasi batasan budaya dan geografi. Contoh: tamadun islam dan tamadun barat moden (melalui penaklukan)

Tamadun jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan Negara jepun

Tamadun jepun tidak dipengaruh oleh bangsa lain, dan tidak mempengaruhi kawasan lain

Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

Faktor geografi

i. Kedudukan strategik untuk penempatan masyarakat memperoleh sumber-sumber semulajadi untuk kelangsungan kehidupan. Contoh: tamadun Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates

Faktor agama

i. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan yang menuju kepada kasempurnaan kemanusiaan dan ketinggian budaya

Faktor politik

i. Politik yang kukuh dan stabil adalah tulang belakang bagi perkembangan sesuatu tamadun dan penentu jangka hayatnya

ii. Kestabilan politik membawa kepada kestabilan kehidupan, kelangsungan pemerintahan dan pentadbiran

Faktor ekonomi

i. Aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan membawa kepada penempatan kekal dan perkembangan sesebuah masyarakat akan menarik aktiviti ekonomi lain seperti perdagangan, pengangkutan dan pertikangan dan lain-lain.

ii. Penciptaan kekayaan membolehkan pembinaan dan perkembangan tamadun manusia

Faktor sosiali. Nilai-nilai murni seperti kecintaan kepada ilmu kerajinan, ketekunan dan kreativiti dan cinta kepada keindahan memain peranan penting dalam perkembangan dan kemajuan sesuatu tamadun

ii. Contoh: perkembangan dalam ilmu matematik, geografi, perubatan, astronomi, falsafah, persuratan, seni bina dan lain-lain membawa kepada pencapaian cermelang dalam semua aspek kehidupan manusia

Kemerosotan dan Keruntuhan Tamadun

i. Keruntuhan nilai-nilai keagamaan dan moral dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin. Contoh: tamadun yunani dan tamadun romawi

ii. Ketidakadilan dan jurang perbezaan besar antara golongan kaya dan miskin. Contoh: tamadun romawi

iii. Penindasan dan kezaliman yang mengenetepikan hak-hak kemanusiaan. Contoh: tamadun barat di asia (Negara yang dijajah mencapai kemerdekaan)

iv. Sikap yang tertutup dan tidak mahu menerima perubahan yang membawa kepada keadaan beku dan jumud. Contoh: tamadun islam uthmaniyyah

v. Malapetaka seperti wabak penyakit yang dasyat atau bencana alam yang menyebabkan kematian penduduk atau kerosakan secara besar-besaranInteraksi antara Tamadun

i. Tamadun tidak tertutup, dan boleh menerima pengaruh luar yang membuka peluang untuk percambahan pemikiran, budaya, dan pengkayaan tamadun

ii. Sifat terbuka, toleransi dan saling menghormati amat penting untuk perhubungan baik antara tamadun (khususnya antara pemimpin)

iii. Interaksi antara tamadun boleh berlaku pada peringkat nilai, idea, institusi dan insan, kerana percampuran budaya berlaku apabila individu dari tamadun berlainan bertemu

iv. Faktor utama yang boleh mempengaruhi hubungan antara tamadun ialah sikap serta cara yang diambil semasa dua tamadun bertembungv. Interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara:

Hidup bersama

Berjiran

Penyebaran agama

Perdagangan

Penjelajahan dan penerokaan

Pendidikan

Media

Penjajahan

Peperangan

Kesan Interaksi antara Tamadun

Terdapat perubahan yang baik atau buruk hasil dari interaksi

i. Asimilasi atau penyerapan yang membawa kepada kehilangan identiti asal. Contoh: orang afrika yang dibawa ke amerika

ii. Akultrasi atau pembudayaan yang tidak menghapuskan identiti satu kumpulan etnik itu. Contoh: orang cina dan India di Malaysia

iii. Akomodasi atau bertolak-ansur. Menerima perbezaaan dan mengekalkan identiti masing-masing (hidup bersama dan mempengaruhi satu sama lain

iv. Amalgamasi atau bercampur atau bercantum sehingga menghasilkan suatu yang baru seperti dalam perkahwinan campur atau cultural melting pot

v. Pertentangan yang cuba untuk menghapuskan lawan secara maksimun yang mungkin

vi. Konflik atau pertentangan atau perbalahan secara langsung dan sedar sering berlaku tetapi tidak semestinya sampai kemusnahan

Interaksi antara Tamadun India dan China di Asia Tenggara

i. Penyebaran dan perkembangan agama hindu dan budhis di masyarakat Asia Tenggara.Contoh: penubuhan kerajaan di funan, Angkor,majapahit dan kedahii. Penggunaan sistem devaraja di Asia Tenggara

iii. Penggunaan bahasa Sanskrit dan pengaruh kesusasteraan Sanskrit dalam bahasa dan kesusasteraan tempatan, contoh: bahasa dan kesusasteraan melayu

iv. Hubungan diplomatik antara china dan kesultanan melaka dan perkahwinan antara sultan mansur syah dan puteri china hang li po

v. Melalui perdagangan sutera, porselin, tembikar dan makanan telah diperkenalkan di Asia Tenggara

Interaksi Negatif i. Pembunuhan

ii. Peperangan

iii. Penaklukan

iv. Konflik dan ketegangan

Contoh-contoh Sejarah

i. Pemerintah Kristian di Eropah telah berperang dengan orang Islam dalam siri Peperangan Salib di mana ramai orang Kristian, Islam dan Yahudi terkorbanii. Ketegangan dan pembunuhan di antara orang Hindu dan Islam di India

Contoh-contoh Semasa

i. Pembunuhan orang-orang islam bosnia di Yugoslavia oleh pemerintahan Serbia

ii. Pembunuhan rakyat palestin oleh pemerintahan Israel

Dialog antara Tamadun (mengelakkan kesan negatif)

i. Mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun islam dan asia

ii. Mengadakan dialog pada semua peringkat dan lapisan masyarakat individu, masyarakat, institusi, nagara dan antarabangsa

iii. Pengajian mengenai tamadun dimasukkan ke dalam kurikulum di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi

iv. Media massa memainkan peranan penting dalam menggalakkan dan menghidupkan dialog antara tamadun pada peringkat kehidupan harian individu melalui sikap saling menghormati, toleransi, pergaulan dan memahami perbezaan dan persamaan antara budaya dan agama manusia

Penilaian Terhadap Tamadun

Unsur-unsur Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun i. Persamaan dan perbezaan terdapat pada kedua-dua aspek tamadun material dan spiritual

ii. Agama (agama yang berlainan mempunyai konsep kesamaan)

iii. Etika dan nilai

iv. Pemikiran

v. Kebudayaan

vi. Kesenian

vii. Pencapaian tamadun

Yang lebih asas adalah kesamaan, iaitu kemanusiaan17.07.2007BAB 2 : MASYARAKAT MELAYU DAN KEMUNCULAN TAMADUN MELAYU1. Konsep Tamadun Melayu

Sesebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia di suatu wilayah Asia Tenggara yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau Gugusan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi

2. Latar Belakang

2 faktor yang mejadikan wilayah ini Melayu adalah:

Bahasa Melayu mejadi bahasa lingua franca atau bahasa perantara

Agama islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di kepulauan melayu ini. Peranan menyebarkan agama islam telah dijalankan oleh beberapa golongan iaitu pedagang yang pada masa yang sama menjadi pendakwah, golongan bangsawan tempatan yang memeluk islam dan menyebar kepada rakyat jelata, dan juga para mubaligh, pendakwah, ulama, dan ahli sufi.

Mereka menyampaikan ajaran islam secara hikmah rasional dan bijaksana. Mereka sendiri memiliki akhlak yang mulia yang berupaya memikat hati orang lain.

Melalui penyebaran ini, maka lahirlah kerajaan melayu islam seperti:

Samundara-Pasai (1289-1400)

Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511)

Aceh (1511-1650)

Johor-Riau-Lingga (1650-1800)

Antara faktor yang menyumbang kepada kemunculan kerajaan Melayu Islam ini ialah peranan yang dimainkan oleh kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang tergolong dari raja dan pemerintah

Selain itu, cirri yang ada pada agama islam telah memudahkan orang ramai menerimanya, antaranya:

Mudah difahami

Menekan kesamarataan antara lapisan masyarakat

Bersifat rasional dan logical

Mengutamakan akhlak dan kehalusan budi perkerti

3. Pandangan semesta masyarakat melayu: sebelum dan selepas kedatangan islam

Sebelum kedatangan islam, sistem kepercayaan masyarakat berasaskan Animisme- kepercayaan bahawa setiap benda- objek ada jiwa, roh dan semangat yang mempunyai perwatakan sendiri. Dari kepercayaan ini lahirlah peraturan dan pantang larang tertentu dalam sistem kepercayaan.

Dinamisme pula kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan, tumbuh- tumbuhan, benda yang boleh mengakibatkan kesan baik dan kesan buruk kepada manusia.

Dinamisme ini melahirkan magis iaitu penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan perbuatan atau upacara tertentu yang dilakukan oleh bomoh dan pawang, sehingga tenaga ghaib itu dapat dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau kerugian orang lain.

Juga wujud kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dikenali sebagai hyang. Roh ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat dan boleh mempengaruhi kehidupan mereka.

Kedatangan agama Hindu Buddha, upacara dan penyembahan menjadi lebih tersusun dan berbentuk rasmi. Dalam aspek politik dan pentadbiran, kedudukan raja-raja dari aspek spiritual dan peranan fizikal diperkukuhkan

Kesan dari ajaran Hindu seperti sistem penglapisan masyarakat (sistem kasta) yang memisahkan para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah menular ke dalam sistem sosial kelompok melayu.

Dengan kedatangan islam, pandangan semesta telah berubah kepada Tuhan sebagai segalanya (God-Centred) yang menjadikan Tawhid sebagai paksi atau asasnya

Kedatangan Islam juga meletakkan ilmu sebagai faktor utama kbaikan dunia dan akhirat.

4. Kemunculan Tamadun Melayu

Bermakna hasil pencapaian bangsa melayu dalam pelbagai bidang utama kehidupan kemanusiaan dan kebendaan.

Telah dibangunkan oleh semua suku bangsa di kepulauan Melayu yang kebanyakan beragama Islam dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca)

Dibina melalui ilmu persuratan (kesusasteraan)

Apa sumbangan ilmu persuratan (kesusasteraan) ini?

Kerana di dalamnya terkandung minda peribumi dan minda asli melayu yang cuba menetakrifkan identity dan budaya bangsanya melalui proses pemikikran kreatif, imaginative, empirical dan rasional demi membentuk pandangan hidup melayu tentang alam, adat dan budi bahasa, konsep kenegaraan, keadilan, bahasa, ilmu, konsep kewujudan atau ontology, undang-undang, hubungan diplomasi dengan kerajaan atau raja asing dan wira budaya melayu.

Mengenai wira budaya melayu misalnya, peranan budaya manusia melayu seperti yang dilambangkan oleh watak hang tuah dalam Hikayat Hang Tuah

Pengarang cuba untuk memperlihatkan keperkasaan, kebangkitan semula dan ketahanan Negara-bangsa atau empayar Melayu. Untuk mencapai tujuan ini, perlu ada seorang Melayu jati diri yang mempunyai segala sifat, kebolehan dan kehandalan yang luar biasa untuk membantu rajanya atau negerinya membina atau mengembangkan semangat dan kesedaran jati diri bangsa melalui sebuah empayar melayu yang besar, gagah perkasa dan dihormati dunia luar. Dan dalam Hikayat Hang Tuah, watak Hang Tuah diberikan sifat seperti:

beradat (berbudi pekerti luhur, bersopan santun, amanah, jujur), berilmu (mengaji dan khatam al-Quran pada sejak kecil dan menguasai 12 bahasa. Mesej pengarang di sini menguasai banyak bahasa perlu untuk membolehkan wira budaya melayu menjadi diplomat melayu yang berjaya dan berkesan di luar negeri. Tutur bahasanya fasih, manis, memikat dan sedap didengar, taat (pada raja dan Negara)

Zaman Kesultanan Melaka (1400- 1511)

Golongan pemerintah memainkan peranan penting kepentingan ilmu pengetahuan.

Maka lahirlah karya agung iaitu Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang dan Hikayat Hang Tuah.

Sejarah Melayu- hasil tulisan berbentuk sejarah dan sastera kenegaraan.

Karya sejarah yang ditulis dengan ciri-ciri kesusasteraan.

Isinya berkaitan dengan sejarah sebuah Negara Kota dan susr galur keturunan raja

Hikayat Hang Tuah (epik Melayu) tentang keperwiraan pahlawan Melayu.

Meskipun dalam kedua-dua karya ini ada unsur lagenda dan mitos, namun terdapat jua fakta sejarah yang benar.

Melalui buku ini diceritakan tentang sistem pemerintahan (politik), undang-undang yang dilaksanakan (perundangan), sistem ekonomi (ekonomi) dan pelbagai sistem hidup (sosial).

Dalam Hikayat Hang Tuah, walaupun dipenuhi unsur mitos dalam format penceritaannya, yang penting watak Hang Tuah yang ditonjolkan bukan sahaja sebagai tokoh diplomat yang diutuskan untk menjalinkan hubungan dengan dunia luar.

Di dalam karya ini Hang Tuah dihantar ke majapahit dan china dan hal ini menunjukkan bahawa masyarakat melayu memahami kepentingan hubungan diplomatik dengan Negara luar sejak dahulu lagi.

Falsafah yang ditekankan di sini, manusia tidak boleh hidup sendirian.

Sebagai sebuah Negara kota, perlu mempunyai rakan dari Negara lain untuk membantu membangunkan pemerintahannya.

Melalui 2 buah buku yng dianggp canon ini, masyarakat melayu mula dibentuk dengan sistem nilai, ekonomi, diplomatik.

Di era 1800-1957 pula:

Banyak tulisan yang bertujuan untuk membuka minda melayu agar menerima kemajuan dan pembangunan dihasilkan. Tulisan-tulisan agar wujud perasaan cinta kepada pembangunan.

Antaranya ialah tulisan Abdullah Munsyi iaituHikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Dalam kisah Pelayaran Abdullah isu pembangunan telah dibicarakan oleh Abdullah dan terus dibicarakan hingga ke hari ini.

Bagi Abdullah sekiranya masyarakat melayu ingin maju, pemikiran mereka perlu lebih terbuka dan perlu meninggalkan pelbagai kepercayaan dan adat resam yang sering dikatakan bodoh. Baginya sesetengah adat resam dan kepercayaan karut yang menjadi pegangan orang Melayu akan mengongkong mereka daripada melihat kehidupan masa hadapan.

Pada zaman Munsyi Abdullah ini kerangka keilmuan Islam ini tidak berpecah, walaupun tidak berkembang. Ini dapat dilihat daripada kritikan Abdullah terhadap fahaman tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan Islam danakal yang sihat seperti amalan menjual anak, menggunakan jin untuk menangkap gajah, percaya pada juasa hantu, ifrit, mambang, pelesit, polong dan sebagainya.

Beliau juga mengkritik golongan yang suka menjual manuskrip kepada Tuan Raffles, katanya dalam hikayat Abdullah, halaman 225-228 Tiada disadarkan orang-orang yang di belakang kelak menjadi bodoh. Satu suratpun tiada hendak baca dalam bahasa sendiri, kerana kitab-kitab itu semuanya tulisan tangan. Jikalau kitab dicap, tiadamengapa. Maka tiadalah lagi benih-benihnya sampai sekarang.

Adapun sebabnya fikiran itu datang kerana tiada mereka itu mahu menurut adat orang, lagipun tiada ia mempunyai ilmu, menjadi semakin hari semakin bodohnya bertambah, seperti katak di bawah tempurung, adanya pada sangka katak itu tempurung itulah langit (kisah pelayaran Abdullah, 15)

Beliau juga mengkritik sifat dan tabiat beberapa orang sultan dan pembesar melayu yang antara lain kerana enggan menggalakkan putera mereka belajar bidang seperti bahasa inggeris, ilmu kira-kira dan sebagainya di luar Negara seperti India.

Sepanjang sejarah islam di Alam Melayu, jelas kelihatan setiap kali seseorang pemimpin mencapai keagungan sebagai pemimpin melayu yang besar, dia juga mempunyai hubungan yang akrab dengan ulama besar di negeri berkenan.

Contoh-contohnya:

Syeikh Abdullah al-Ymani dengan sultan muzaffar di kedah

Syeikh Ismail dan sultan Malikul adil di Pasai

Syed abdul aziz dan sultan Muhammad shah di melaka.

5. Bahasa Melayu sebagai wahana kepada pertumbuhan tamadun melayu

Tanpa bahasa baik tulisan ataupun lisan, manusia tidak mungkin dapat merakamkan tamadun atau peradaban dan menurunkan tamadun itu dari satu keturunan ke keturunan yang berikutnya.

Peradaban sering dikaitkan dengan kemajuan. Apabila kita mengatakan mengatakan bahasa sebagai alat peradaban, ini tidak bererti bahawa peradaban sesuatu bangsa dapat dibentuk oleh apa-apa bahasa sahaja kerana ini ada kaitan dengan jati diri dan maruah bangsa yang membentuk tamadun tersebut. Perlu diingatkan bahawa mengetahui bahasa asing (bahasa Inggeris) penting untuk penguasaan ilmu tetapi bukan untuk mengungkap hati dan jiwa, akal budi,nilai dan adat resam yang membentuk atau mewakili pandangan hidup (worldview) bangsa kita, iaitu pandangan hidup yang mencirikan peradaban dalaman, bahkan ciri-ciri luarannya.

Pertembungan dua tamadun berlaku apabila orang luar ingin memahami minda dan tamadun bangsa kita, maka mareka perlu memahami bahasa kita, kalau tidak mereka terpaksa mempelajari melalui terjemahan. Perkembagan bahasa berlaku apabila ada kemajuan akal fikiran dan daya budaya bangsa yang menggunakan bahasa itu.

Sejak abad ke-7, bahasa melayu digunakan sebagai bahasa yang utama atau dominant di pusat-pusat kerajaan, sebagai alat pengembangan agama, bahasa perdagangan dan bahasa kesusasteraan serta ilmu.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan-kerajaan awal di rantau Alam melayu.

Bukti-bukti yang ditemui tentang penggunaan bahasa melayu:

Di zaman empayar Srivijaya daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud kejayaan yang gilang gemilang ditemui batu-batu bersurat atau prasasti di sekitar Palembang (ibu kota empayar melayu agung ini)

Batu bersurat talang tuwo (684 masihi) di Palembang

Batu bersurat kota kapur (686 masihi) di pulau Bangka

Batu bersurat karang berahi (692 masihi) di JambiKandungan inskripsi pada batu-batu ini dengan jelas menunjukkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara mudah bahasa wahana pembentukan sebuah tamadun melayu. Srivijaya yang mengadakan dasar peluasan kuasa (imperialisme) dengan menguasai keseluruhan Kepulauan Sumatera, kawasan segmenting Kra dan Semenanjung Tanah Melayu, Barat Pulau Jawa

Sebagai bahasa pemerintahan Srivijaya, bahasa ini telah berkembang dari segi kosa kata, istilah dan daya pengungkapannya dengan penyerapan daripada bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa agama, budaya, sastera, seni, pentadbiran perundangan dan lain-lain kegiatan yang dikaitkan denan urusan rasmi

Contoh kata pinjaman dari bahasa Sanskrit ialah :kunci, emas, tembaga, permata, purnama, sutera, kurnia,penjara,merdeka, pujangga dan lain-lain

Dalam abad ke-17 Aceh menjadi pusat perkembangan persuratan dan kegiatan ilmu berbahasa Melayu yang sangat gemilang

Tradisi ini bersambung dan kekal sampai ke zaman Eropah hinggalah kuasa Eropah meninggalkan Indonesia pada 1945 dan tanah Melayu pada 1957

Perlu diingatkan bahawa sewaktu Barat menguasai di rantau ini, mereka tidak meninggalkan tamadun ilmu mereka dalam Bahasa Melayu sebagaimana yang dilakukan oleh mubaligh dan pedagang Islam sebelum itu Orang Eropah datang atas nama Syarikat Hindia Timur semata-mata bertujuan untuk menguasai pelabuhan-pelabuhan perdagangan daripada kerajaan Melayu-Indonesia dari persisir Selat Melaka sampailah ke Pulau Jawa dan Kepulauan Muluku.

Bangsa Portugis pula datang untuk memerangi Islam

Sebagai contoh bangsa Inggeris dan Belanda memang telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka di rantau ini, tetapi ini tidak bererti mereka membawa tamadun ilmu ke dunia berbahasa Melayu

Di England, standard Inggeris itu dituturkan oleh orang lulusan universiti dari Cambridge dan Oxford, di Malaysia belum ada kelas atasan yang menggunakan satu jenis bahasa Melayu kelas atasan Malaysia juga tidak ada universiti yang menghasilkan siswazah yang menuturkan bahasa Melayu kelas terpelajar . Kita tidak ada apa yang dalam istilah ilmu bahasa dipanggil lead group. Di England, Perancis lead group inilah merupakan mereka yang terdiri dari kelas atasan dan orang terpelajar menuturkannya

Belajarlah bahasa inggeris untuk dunia global dan belajarlah bahasa melayu untuk jati diri dan maruah bangsa (win-win situation)

Dalam zaman kuasa Inggeris dan Belanda, lahir tamadun persuratan dan kegiatan intelektual dalam Bahasa Melayu, di Melaka yang diwakili oleh Abdullah Munshi dan di Riau diwakili oleh Raja Ali Haji.

Sastera Inggeris dan kegiatan intelektual dalam bahasa Inggeris tidak wujud di rantau ini. Buku-buku ilmu tinggi atau ilmu moden Barat dalam bidang sains tidak ada yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu atau dipelajari oleh orang Melayu

Dasar Inggeris tidak mahu orang Melayu pandai do not overeducate the natives, kerana takut nanti mereka akan memberontak terhadap pemerintah Inggeris

Pemahaman dan penghayatan kerangka keilmuan dan pandangan Islam berjaya mengangkat orang Melaayu dan bahasanya sebagai bahasa dan bangsa yang dihormati walaupun terpaksa menghadapi tentangan langsung daripada kuasa ketenteraan dan pentadbiran Barat Kejatuhan umat Melayu di rantau ini bukanlah kerana kelemahan dalaman kerangka keilmuan dan agama Islam, tetapi kerana kelemahan untuk memahami dan lalai melaksanakan kerangka keilmuan dan akidah di kalangan, bermula dengan pemimpin, yang menyebabkan akhlak mereka rapuh, tidak bersedia mendengar naihat dan terlalu mementingkan tututan duniawi. Faktor inilah yang banyak menyumbang kepada perpecahan dikalangan orang Melayu dan memudahkan golongan penjajah.6. Tradisi Keintelektualan Melayu

Apa itu keintelektualan?

Keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju kearah kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur dan tersusun.

Bagaimana ciri keintelektualan itu dapat dilihat? Pada proses berfikir secara kreatif

Kerasionalan idea

Hujah yang dapat dipertanggungjwab alasan dalam mencari sesuatu jawapan atau menyelesaikan masalah Bagaimana melihat tradisi keintelektualan Melayu?

Pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan.

Apa yang berbentuk lisan?

cerita penglipur lara

cerita jenaka

cerita nasihat

cerita binatang

mitos

lagenda

pantun

peribahasa

simpulan bahasa

pepatah petitih

seloka

Perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu bermula dengan: Srivijaya (650-1200)

Pusat kebudayaan Melayu tertua

Karya ditulis dalam bahasa Sanskrit

Pasai (1250-1524)

Kegiatan dikaitkan dengan kegiatan kerajaan Melayu yang pertama menerima dan memeluk agama Islam di Alam Melayu

Di sinilah muncul bahasa Melayu persuratan yang merupakan wahana atau alat untuk penyebaran agama dan kesusasteraan Islam

Tulisan Jawi digunakan

Karya yang dihasilkan : Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Hanafiyah (tentang ketokohan pahlawan Islam)

Melaka (1400-1511)

Lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai

Kisah menegani nabi dan pahlawan Islam diMelayukan

Lahirlah sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) Undang-undang laut Melaka (peraturan mentadbir negeri dan menegakkan keadilan masyarakat umum

Aceh

Kuasa politik dan ketenteraan dan pusat perdagangan dan kebudayaan Melayu terpenting

Tumpuan alim ulama

Menjadi pusat keagungan tamadun Melayu tradisional untuk empat kurun

Perkebangan pesat untuk sama dan penulisan Sejarah

Mencapai zaman kemuncak paa kurun ke-17 dengan kemunculan nama-nama seperti: Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra

Johor (1528-1779)

Setalah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis

Terhasilnya:

Hikayat Hang Tuah

Adat Raja-raja Melayu

Sejarah Melayu

Sulalat la-salatin

Undang-undang Johor (dari Hukum Kanun Melaka)

29.7.2007BAB 3 :TAMADUN ISLAM: ISTILAH DAN DEFINISITerdapat 4 istilah :

Hadharah

Umran

Thaqafah

Tamaddun

Istilah popular yang digunakan untuk menjelaskan pegertian tamadun ialah HADHARAH kerana istilah ini memberikan petunjuk yang jelas tentang sifat-sifat hidup bertamadun

Istilah HADHARAH1. Pengertian objektif (penjelasan ingredient kehidupan)

Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan seperti bidang ILMU, budaya, seni, falsafah, ekonomi, teknikal, undang-undang dan lain-lain yang mempengaruhi kehidupan dari generasi ke generais

2. Pengertian subjektif (lebih menunjukkan perubahan kehidupan) Menggambarkan suatu perubahan perkembangan dan peningkatan kehidupan kepada taraf yang lebih tinggi, maju dan makmur

Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN ISLAM (pandangan dari ILMUAN)

1. Ibnu Khaldun

Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat atau pencapaian dalam bidang industri yang meningkatkan kualiti kehidupan

2. Sayyid Qutb

Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam bidang sosial, pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan ilmu pengetahuan yang berasakan nilai-nilai ajaran Islam

3. Dr. Muhammad al-Bahiy

Keseluruhan penghasilan atau produktiviti kehidupan yang menggambarkan nilai kemajuan dalam keperibadian manusia, dari sudut falsafah, pengetahuan , kesenian, politik, ekonomi, sosial dan lain-lainTamadun Islam: Perspektif dan Pandangan Semesta

Perspektif Tamadun Islam:

Keyataan bukti-bukti dan rekod, sumbangan-sumbangan, kejayaan-kejayaan dan pencapaian yang berasaskan ajaran Islam yang menggabungkan unsur-unsur asas yang sepadu, meliputi:

Asas keyakinan ketuhanan, kerasulan, dan ketulenan sumber (wahyu)

Kemuliaan norma atau nilai diri manusia (kekuatan Rohaniah)

Keutuhan institusi-institusi dalam jaringan kehidupan manusia seperti institusi keluarga, masjid, institusi pendidikan dan lain-lain

Keunggulan ILMU dan kecermelangan sistem pendidikan

Identiti Tamadun Islam:

Berasaskan kepada sifat islam sebagai al-Din, iaitu sistem kehidupan yang membentuk, membina, keseluruhan cara hidup dalam semua bidang kehidupan Islam sebagai al-din, berasaskan kepada asas-asas berikut: Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai, norma, akhlak dan adab, untuk membina manusia mulia supaya manusia dapat membina dan melindungi kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan kehidupan dalam semua aspek kehidupan

Al-Din membentuk hubungan atau interaksi yang positif, berterusan, supaya jalinan hubungan sesama manusia, mewujudkan asas-asas kemuliaan kehidupanEmpat Aspek Utama Interaksi Dalam Islam:

Hubungan antara manusia dengan Allah (worship, loyalthy, obedient)

Hubungan tanggungjawap manusia terhadap DIRI SENDIRI (ROH, JASAD dan AKAL)

Hubungan sesama manusia (suami isteri, keluarga, kawan, masyarakat, kepimpinan dan lain-lain)

Hubungan manusia dengan persekitaran (binatang, tumbuhan, udar, air, tanah dan lain-lain)

Sasaran atau matlamat sistem hidup Islam (al-Din) adalah bahawa semua manusia sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan setiap manusia mendapat peluang kehidupan berdasarkan keperluan dan keupayaan

Semua manusia wajib menunaikan hak dan tanggungjawab secara maksima, berterusan dan bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan, kemajuan dan kebahagian di DUNIA dan AKHIRAT (al-Din diggunakan, bukan agama)

Matlamat Tamadun Islam

Mengukuhkan sistem hubungan manusia dengan Allah (tuhan) Pencipta, Pemilik dan Penguasa ke atas manusia dan Alam (sentiasa diletakkan pertama)

Memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia Kesempurnaan keyakinan Aqidah ketuhanan

Kesejahteraan nyawa dan tubuh badan (mewujudkan undang-undang)

Kesejahteraan Fakulti Akal

Kemuliaan kelahiran zuriat atau insan Kesucian milikan kebendaan

Mewujudkan sistem kehidupan yang lengkap, sempurna dan universal

Menyediakan sistem kawalan dan perlindungan terhadap kesejahteraan manusia dan Alam

Meyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral dan etika) yang mulia untuk pembinaan sumber manusia yang berkualiti

Tamadun Islam: Pembentukan-pembentukan Asas

Teras Pembinaan Tamadun Islam

Rumusan Definisi Tamadun Islam

Berasaskan Ajaran Islam

Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan

Kehidupan bertamadun bermula di kawasan kota atau perbandaran

Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan teknologi

Menikmati atau mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian dan kebendaan beraasaskan Iman, Syariat dan Akhlak

03.08.2007BAB 4 : ISLAM HADHARI1. Pengenalan

Zaman kegemilangan pemerintahan Islam

Rasulullah s.a.w

Khulafa al-Rashidin

Bani Umayyah

Bani Abbasiyyah

Benua Eropah-Andalusia

Zaman kejatuhan pemerintahan Islam (faktor negatif)

Militan Huru-hara

Kemiskinan dan kemunduran

Faktor-faktor kejatuhan

Kelemahan iman

Pemikiran Jumud

Penghyatan Islam yang lemah

Cintakan dunia

Kedangkalan ilmu

Ciri-ciri yang hilang

Syumul/sempurna

Progresif

Dinamik

Kesembangan hidup

Untuk megembalikan kecermelangan masyarakat islam, diperkenalkan ISLAM HADHARI, iaitu satu pendekatan berdasarkan Siasah Syariyyah Siasah Syariyyah:

Apa-apa tindakan yang diambil pemerintah yang bawa kebaikan dan jauhkan keburukan demi menjaga kepentingan umun biarpun tiada dalam al-Quran dan al-Sunnah

2. Islam Hadhari

Melayu : Islam hadhari

Arab : al-Islam al-Hadhari

Inggeris : civilizational Islam

Konsep:

Bukan satu ajaran baru

Bukan Mazhab baru

Bukan agama baru

Sebaliknya, ia satu pendekatan baru berasaskan Siasah Syariyyah bertujuan mengembalikan umat Islam kepada asas-asas yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis yang merupakan teras kepada pembinaan tamadun Islam3. Definisi istilah:

Hadhari: yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun

4. Takrif lengkap: satu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat, dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam

5. Pendekatan

Menyeluruh dan lengkap (syumul)

Tidak terpisah-pisah (juzie)

Pembangunan hidup yang seimbang Peningkatan kualiti hidup dan peradaban yang unggul dalam menghadapi cabaran alaf baru: Ledakan maklumat

Globalisasi

Budaya materialisme Krisis identiti / jati diri

Penjajahan pemikiran

Selari dengan prinsip-prinsip syariah (maqasid al-syariah): Agama

Akal

Nyawa

Harta

Keturunan

Maruah

Institusi keluarga

Alam sekitar

6. Visi

Untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam, contoh iaitu sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri Negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran, berketrampilan, tergambar sebagai golongan berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama.

7. Misi

Melaksanakan agenda pembangunan Negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maya, bertamadun, bertoleransi dan berimbang8. Objektif

Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempuyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kehadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai

9. Sumber Islam Hadhari

Al-Quran

Al-Sunnah

Akal

Prinsip prinsip Islam Hadhari

Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah

Kerajaan adil dan beramanah

Rakyat berjiwa merdeka

Penguasaan ilmu pengetahuan

Pembagunan ekonomi seimbang dan komprehensif

Kehidupan berkualiti

Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

Keutuhan buduya dan moral

Pemuliharaan alam semula jadi

Kekuatan pertahanan1. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah

Keimanan dan ketaqwaan sebagai teras utama

Al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan Gabungan akidah,syariah,akhlak,moral dan nilai-nilai murni, teras perancangan pembangunan diri dan sistem Luar islam/bukan islam: Tiada paksaan dalam agama

Kebebasan menganuti agama lain

2. Kerajaan Adil dan Beramanah

Adil memberi hak kepada yang berhak mengikut kadar masing-masing

Perlaksaanaan keadilan tidak melihat berturunan,warna kulit, bangsa, kedudukan dan perbezaan agama.

Agama tunai segala tanggungjawap dan kewajiban yang dipikul

Penekanan kepada amalan tadbir (good government) dan adil serta amanah kepada rakyat

3. Rakyat Berjiwa Merdeka

Berfikiran kreatif dan inovatif Jiwa merdeka-fikiran dinamik dan positif

Berani menghadapi cabaran atau bersikap terbuka4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Pengatahuan ilmu bersepadu- kekuatan pengetahuan yang pelbagai

Ilmu Fardu Ain (wajib) dan ilmu Fardu Kifayah (ilmu khas) Menghasilkan kecermelangan ilmu

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif Amalan ekonomi berakhlak

Kerjasama antara kerajaan dan swasta

Pembasmian kemiskinan, gunatenaga penuh, kestabilan paras harga, pertumbuhan ekonomi mapan

Penekan seimbang sector pertanian, pembautan dan perkhidmatan

Peningkatan mutu, sistem pendidikan dan institusi latihan Negara

6. Kehidupan Berkualiti Pencapaian seimbang di dunia dan akhirat

Tercapai melalui

Pelihara amalan beragama

Memajukan taraf pendidikan

Hidup aman

Hak miliki harta

Institusi keluarga

Persekitaran

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita Tiada diskriminasi

Hak asasi dijamin meliputi Maqasid al-syariah

Berhak meyertai arus perdana pembangunan Negara

SUHAKAM

UNDHR-deklarasi hak asassi manusia Bangsa-bangsa bersatu

8. Keutuhan Budaya dan Moral Mempertahankan budaya berasaskan sistem nilai dan akhlak

Menjiwai budaya akhlak dan etika yang luhur

9. Pemuliharaan alam semula jadi

Pembanguan Negara secara lestari (cekap)

Pembangunan insan secara bistari (bijak)

Pembanguanan sains dan teknologi berteraskan agama dan nilai budaya

Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii secara berterusan

10. Kekuatan Pertahanan

Kekuatan pertahanan ketenteraan dan persenjataan

Kekuatan diri, fizikal dan spiritual

Isu-isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Ledakan maklumat

Globalisasi

Budaya maerialisme

Krisis identiti atau jati diri

Penjajahan pemikiran

Jihad

Militan Islamphobia

JIHAD

Ialah berusaha atau bersungguh-sungguh

Tidak memberi maksud peperangan semata-mata

Maknanya lebih luas mecakupi semua aspek kehidupan masyarakat Apa sahaja usaha atau perjuangan dilakukan untuk menegakkan islam dalam kehidupan dan mencari keredhaan Allah s.w.t

Pembahagian Jihad

Jihad melawan nafsu

Jihad bersenjata

Perlaksanaan Jihad

Berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t

Sentiasa meyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran

Berjuang untuk mencapai kemajuan nama, bangsa dan Negara

Pertahankan Negara dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari luar

Worldview-pandangan Hidup Islam

1. **Kehidupan berpaksi kepada Tauhid, iaitu mengiktiraf bahawa Tuhan Yang Esa ialah ALLAH yang berkuasa mencipta dan menentukan segalanya. Dialah zat yang abadi dan Yang Maha Tinggi2. *Manusia status pertamanya ialah ABD iaitu HAMBA ALLAH, ia tunduk meyembah dan meyerah kepada Allah.Status keduanya ialah KKHALIFAH yang bermaksud wakil yang menerima amanah ALLAH untuk mengurus dan membangunkan kehidupan manusia dan alam semesta

3. Manusia mestilah mempunyai ikatan kesetiaan dengan ALLAH dan kemesraan hubungan sesama manusia dan makhluk

4. Sumber pegangan kehidupan ialah wahyu yang terkandung di dalam al-Quran. ( sumber kebenaran dan ilmu). Sumber kedua ialah Hadith atau Sunnah (segala yang berkaitan Rasullulah)

5. Kehidupan mempunyai kaitan yang kukuh dengan kematian, kebahagiaan selepas kematian bergantung kepada jumlah kebaikan yang bernilai PAHALA yang mendapat gajaran SYURGA. Kehinaan, kesengsaraan adaalah akibat dari perbuatan jahat atau HINA yang bernilai DOSA ynang mengakibatkan dibalas AZAB NERAKA. Pegangan ini menjadi asas keyakinan konsep peranan.6. Mengajak KEBAIKAN, mencegah KEJAHATAN7. Ilmu mesti disepadukan dengan IMAN (TAUHID) untuk membentuk INSAN8. Hubungan manusia dengan ALLAH melalui IBADAT, dan hubungan sesama manusia dan makhluk melalui perlindungan, pemeliharaan

9. Ukuran mulia/hina manusia diukur dari DARJAH KETAQWAAN, KEPATUHAN dan KEBAIKAN yang dilakukan oleh manusia secara IKHLAS10. Kehidupan merupakan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang mesti ditunaikan dengan sebaiknya

11. Asas kepada kualiti kehidupan terletak kepada KEMULIAAN MANUSIA dari segi ILMU, IMAN dan ADAT SUSULA12. ANUGERAH kekayaan alam mesti dinikmati secara ADIL dan SAKSAMA, secara HALAL dan MULIA13. Manusia mestilah bertanggungjawap terhadap kehidupannya. Seluruh kehidupan manusia dalam PENGLIHATAN, PENGETAHUAN dan PENDENGARAN ALLAH. Di akhirat akan diadili dengan TELITI dan ADIL.

Ciri-ciri Utama TAMADUN ISLAM

Rabbaniyah (Bersumberkan ketuhanan)

Akhlak murni (NILAI susila yang murni)

Nilai akhlak mulia dibahagikan dengan matlamat dan kaedah dalam kehidupan

Insaniah: ciri Nilai Kemanusiaan

Premis kemanusiaan (nilai mulia) tetap sama selama-lamanya Alamiyah (Bersifat universal/antarabangsa)

Ajaran Islam memenuhi citarasa semua manusia

Nilai islam menepati Fitrah atau Nature manusia

Tasamuh (Saling menghormati/keterbukaan)

Wasatiyah (Pertangahan/keserderhanaan)

Adalah: Keadialan /kesaksamaan

Salam (keamanan/kedamaian)

Jamalah (keindahan/kehalusan alam sekitar)

***ingat bahasa Arab***

PRINSIP ILMU DALAM TAMADUN ISLAM dan PEMBANGUNAN MASYARAKATIlmu sebagai sumber pembinaan Tamadun IslamKonsep dan falsafah ILMU:Konsep ilmu Sifat atau nilai kebenaran yang membolehkan manusia mengenal dan mengetahui sesuatu secara pasti dan yakin

Falsafah ilmu

Jalan mencapai kebenaran, kepastian, keyakinan

Ilmu juga jalan kehidupan yang meningkatkan darjat pengetahuan dan kebijaksanaan manusia

Ilmu merupakan asas utama yang menghuraikan sesuatu dari definasi kepada matlamat secara pasti dan yakin

Sumber Ilmu dalam Islam

Daripada ALLAH dan dicipta ALLAH. Ilmu dilimpahkan kepada hidupan oleh ALLAH

Ilmu boleh diterokai melalui dua sumber: Sumber primer (Utama): wahyu

Terkandung dalam al-Quran, yang bersifat MATLU atau NAQLI (diperoleh dengan membaca, memahami dan mengkaji)

Sumber Am- Alam sebagai ilmu

Diperolehi secara mempelajari dan meneroka. Sumber ini disebut AQLI dan LOGIK atau saintifik Kombinasi dua sumber membentuk ILMU yang meningkatkan darjat manusia dan keyakinan terhadap kebesaran ALLAH

Klasifikasi Ilmu

Menurut Dr Yusuf al-Qardawi, ILMU dibahagikan kepada:

Berasaskan konsep Rabbaniyah (ketuhanan)

Teras kepada semua Ilmu, merangkumi Akidah (keimanan) dan ibadah Berasaskan konsep kemuliaan dan kehormatan manusia Disebut ilmu al-AKHLAQ, yang bermatlamat membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul sebagai asas utama pembangunan modal insan Berasaskan konsep Amalan/Perlaksanaan kehidupan Ilmu ini membina kemudahan kehidupan dan memenuhi keperluan kehidupan, dan menjelaskan undang-undang

Berasaskan konsep Sains Ddan teknologi (kemahiran)

Diterokai oleh akal manusia dan terdapat dalam seluruh kejadian alam. Manusia meneroka, mengkaji dan menganalisis untuk mencipta sesuatu. Ilmu ini dikenali sains dan teknologi.

HIERAKI ILMU

Era Perkembangan Ilmu Ketuhanan1. Zaman Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w)

Tumpuan kepada pengumpulan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad

Perkembangan ilmu-ilmu akidah, keimanan dan ilmu-ilmu ibadat

Fokus kepada ilmu-ilmu perundangan, ilmu akhlak dan ilmu-ilmu kemanusiaan

Sumber perkembangan ilmu al-Quran dan Hadith

2. Zaman Khalifah:

4 fokus perkembangan ilmu:i. Pengkhususan dalam bidang perundangan islam

ii. Ilmu pentadbiran, pengurusan dan kenegaraan

iii. Ilmu perekonomian seperti perniagaaniv. Ilmu-ilmu bidang kemasyarakatan

3. Zaman Umaniyah dan Abbasiyah (Zaman keemasan perkembangan)

Fokus perkembangan ilmu

i. Ilmu sains dan teknologi

ii. Ilmu perakatan

iii. Ilmu falsafah

iv. Ilmu matematik

v. Ilmu penterjemahan

vi. Ilmu astronomi

vii. Ilmu kesusasteraan

viii. Ilmu geografi

****Pada zaman Abbasiyah, Khalifah al-Makmun membina sebuah Institusi Ilmu, dinamakan dengan Baitul-Hikmah, yang merupakan faktor pemangkin perkembangan ilmu pengetahuan. Institusi ini merupakan Pusat kajian Sains yang mengandungi Perpustakaan, Pusat Akademik dan Pusat PenterjemahanTokoh-tokoh ILMUAN ISLAM

1. Jabir bin Hayyan (Gabber)

Pakar kimia, digelar Father of Arabian Alchemy Antara buku yang dikarang: i. Book of the Saventy (Disertasi)***ii. Book of the Composition of Alchemy***iii. Book of Sum of Perfection***iv. Book of Eastern Mercury***v. Kitab al-Rahimah***vi. Kitab al-Tajmik***2. Ibu SIna Avicenna (980-1037M)

Ahli perubatan dan falsafah Oslam dalam dunia perubatan Eropah Karya agungnya ialah al-Quran Fi al-Tibb

Digelar sebagai Bapa Doktor

Memperkenalkan Ilmu Psikologi Perubatan

Menemui penyakit peru-paru (Pulmonary tuboulosis) sebagai penyakit berjangkit

116 daropada 250 karya beliau adalah buku perubatan

3. Al-Razi (RHAZES), 865-925M

Fokus dalam bidang perubatan klinikal

Karya beliau:

i. Kitab al-Hawi (Liber Continents)

ii. Ensiklopedia Perubatan Islamiii. Kitab al-Mansur

iv. Kitab al-Asrar

4. Al-Kindi (194-260H/809-837M)

Ahli falsafah yang masyur

24.8.2007Peranan Tamadun Melayu dalam Pembinaan Budaya Kebangsaan MalaysiaTamadun Melayu sebagai asas budaya kebangsaan Malaysia

Apa itu kebudayaan?

Keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi akal fikiran (budi) serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi, kemasyarakatan serta alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani

Dapat dilihat daripada segala hasil pemikiran atau perkara yang berbentuk bukan kebendaan atau berbentuk kebendaan (fizikal)

Fikiran atau idea (seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, mitos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita lisan). Kebendaan (seni bina, bangunan, alat mesin, objek dan pakaian), ubat-ubatan, perabot.

Kesenian (seperti seni lakon, tarian, teater, muzik dan nyanian)

Seni tampak (ukuran, lukisan, tenun, anyaman)

Nilai dan norma (peraturan, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai keagamaan)

***Paling mudah orang akan mengaitkan kebudayaan dengan persembahan tarian dan kesenian, adat istiadat seperti malam kebudayaan

Inilah satu takrifan yang salah atau sempit. Perkembangan pengetahuan seseorang bergantung kepada perkembangan masyarakat tersebut

Hubungan yang rapat dengan masyarakat (tiada kebudayaan, sekiranya tiada masyarakat)

Pembanguanan kebudayaan kebangsaan bagi Negara yang baru 50 tahun merdeka seperti Malaysia amatlah perlu kerana dasar pembinaan Negara dan bangsa tidak pernah menjadi dasar utama sewaktu penjajahan, apalah dasar yang berkaitan dengan kebudayaan

Apakah tujuan disebalik perancangan dan kewujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan? Mengalakkan atau memberi penekanan terhadap daya kreatif bebas dan dorongan pemupukan bakat dan pemikiran budaya atau individu (seperti meningkatkan taraf dan mutu seni muzik, lakon dan tarian) Mengetengahkan ciri-ciri dan nilai yang terbaik adalah sesuatu bidang (etika kerja, disiplin, hormat pada ibu bapa, budaya penyayang, nilai yang boleh dikongsi bersama)

Dalam masyarakat yang berbilang kaum, menonjolkan ciri-ciri keperibadian nasional perlu diperkenalkan dan harus menjadi salah satu matlamat utama supaya Negara dikenali melalui identiti bangsanya bukan sesuatu kaum Di sinilah peranan tamadun Melayu menjadi asas kepada kebudayaan kebangsaan Malaysia

Prinsip utama yang mendasari Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini

Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima dan menjadi unsur kebudayaan kebangsaan

Islam sebagai unsur penting berasaskan rasional kedudukannya yang diiktiraf sebagai agama rasmi menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

(sebagaimana yang telah digubal dan diperlakukan melalui kongres kebudayaan kebangsaan 1971, Tun Abdul Razak Hussen PM ke-2 merasmikan congress tersebut ada menyebut:

Nenek moyang bangsa kita yang mendiami pulau nusantara ini meninggalkan

Maka, sudah wajarnya kita menerima gagasan bahawa kebudayaan kebangsan yang sedang dibentuk dan dicorakan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsure kebudayaan yang datanag ke rantau ini dan membawa pengaruh ke atasnya semenjak beberapa lama supaya pengruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayaan mesra di masa hadapan

Kesenian, proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat MelayuPengertian seni:Aristotle

Peniruan bentuk alam di mana penciptaannya turut menceritakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu

Herbert Read

Keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk sebagai hasil ekspresi yang mengutamakan 2 proses aktiviti, iaitu proses fizikal dan psikologi

Rumusannya: seni adalah buatan mansia yang berkemampuan untuk menimbulkan kesan atau effect psikologikal (seperti tanggapan melalui pengamatan, imaginasi yang rasional dan emotional) ke atas manusia lain yang melihat dan menikmatinya

Ungkapan tentang seni kehidupan kawalannya agama dan tatacara

tatacara isinya membentukan wajah seni

Seni Persuratan hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu dengan manusia lain. Hubungan manusia dengan alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan agamanya

kerbau di pegang talinya, manusia dipegang katanya

hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

bawa rasmi padi, makin berisi makin tunduk, jangan bawa rasmi jagung, makin berisi makin tegak

ada padi ada batas, ada budi ada balas

alam semula jadi sumber utama kreativiti orang melayu

i. seni ukir

ii. seni lukis

iii. seni muzik

iv. seni tarian

v. seni drama

seni mempamerkan kerajinan, kreativiti dan pemikiran orang melayu dangan menentukan pengisian hasil seni itu sama ada untuk kegunaan tarian, upacara dan adapt istiadat

Proses sosialisasi

proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarkat tersebut

pembudayaan proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotai proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertuujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun

pembentukan jati diri dan peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan kerjasama dan gotong-royong dalam masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi mereka khususnya melalui penyertaan dalam kegiatan serupa itu bagi kepentingan komuniti

keluarga menjadi agen sosialisasi utama dan islam menjadi teras dalam hal ini

proses sosialisasi formal dijalankan di institusi sosial pendidikan seperti sekolah atau universiti

sekolah pula mesti diikuti dengan agama kerana kedua-dua ilmu ke ilmu dunia dan akhirat perlu diperoleh secara seimbang

kalau dulu hal ehwal agama dikawal oleh pihak istana.. tamadun melayu telah dimantapkan oleh Islam. Islam dan adat Melayu secara khusus telah menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dan saling lengkap melengkapi dan berintergrasi ke dalam waday kemelayuan Islam

juga menjadi faktor definitive melayu (iaitu Melayu:mengawalkan adat resam melayu, berbahasa melayu, beragama Islam)

Islam menjadi identiti sosial dan budaya orang Melayu

Dalam fasal 3 perlembagaan Malaysia, islam adalah agama Persekutuan dan setiap raja atau sultan adalah ketau agama bagi negeri di persekutuan MelayuCabaran Mengamalkan ajaran Islam

Pentingnya ilmu

Menggunakan dunia demi kebaikan di sini dan di akhirat nanti

Mengawalkan budaya hidup melayu

Penggunaan bahasa melayu

Abad sopan dan budi bahasa7.9.2007BAB 5 : TAMADUN CINA

Asal-Usul Tamadun China

Dinasti Terawal: Dinasti Chia/Xia @ Dinasti Shang (1766-1122 SM)

Masyarakat terawal China bergantung kepada Sungai Kuning @ Sungai Huanghe

Sekitar 3950-1700 SM muncul kebudayaan Neolitik China iaitu Kebudayaan Yangshao 3000 SM muncul kebudayaan LongshanTahap Perkembangan Tamadun China

Tahap Permulaan/Pembinaan

Tahap Kegemilangan/Keagungan

Tahap Peralihan

Tahap Permulaan

Dinasti Hsia/Xia (2200/2210-1600/1700 SM) dan Shang (1700-1027 SM)

Diikuti dengan Dinasti Chou dan Chin/QinTahap Kegemilangan

Dinasti Han, Sui, Tang Kemuncak dinasti ini ialah di bawah pemerintahan Han Wu Ti.

Keunggulan dinasti Anak cucu Han

Dinasti Sui (581-618 M)

Dinasti Tang (618-907 M)

Tahap Peralihan Dinasti Song, Yuan, Ming, Ching dan Komunis

Terbahagi kepada dua tahap:

Tahap pencerobohan orang luar atau gasar dan tahap kemasukan kuasa Barat

Hubungan Dinasti Ching dengan Barat

Inggeris dan Belanda memperkenal perdagangan candu yang membawa kepada peperangan Candu Perang Candu I berlaku pada 1839 M

Dr. Sun Yat Sen menerapkan ideologi demokrasi dan komunisme dan akhirnya terdiri sistem republikUnsur-unsur Asas Tamadun Cina** Unsur Pertama: Alam Sekitar

Unsur Kedua : Sistem Pertanian Purba

Unsur Ketiga : Bahasa dan Sistem Tulisan Cina Unsur Keempat : Pembentukan Bangsa Tionghua

Unsur Kelima : Pandangan Semesta dalam Tamadun China

Unsur Keenam: Falsafah dan Agama

Unsur Ketujuh: Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan

Unsur Kelapan : Keluarga dan Masyarakat Cina

Unsur Kesembilan : Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun China

Pandangan Semesta, Pemikiran Cina, dan Nilai-nilai PentingIndividu dalam Masyarakat

Individu unit asas yang membentuk masyarakat

Pertubuhan sosial iaitu keluarga diiktiraf

Nilai Kekeluargaan

Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan

He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga

Jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan)

Sistem Organisasi & Institusi Sosial

Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki tangga teratas dalam susun lapis masyarakat Cina

Raja / maharaja diangaap sebagai wakil tuhan

Susun lapis masyarakat:*****

Sistem Masyarakat

Golongan cerdik pandai

Golongan petani

Golongan tukang

Golongan peniaga

Konsep Ren

Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina

Konsep Junzi

Junzi (Chun Tzu) adalah personaliti yang ideal dalam mazhab Konfusianisme

Konsep Lima Hubungan

Antara suami dan isteri

Antara bapa dan anak

Antara adik beradik

Antara pemerintah serta rakyat

Antara kawan serta sahabat

SASTERA DAN SAINS DALAM TAMADUN CINA & TAMADUN CINA DI MALAYSIA

Kepelbagaian Genre Sastera Cina Klasik

Puisi

Prosa

Drama

Fiksyen

Kesenian Cina

Muzik klasik

Kaligrafi

Seni Lukis

Seni pembinaan

Seni Cina yang lain

Sains & Teknologi Cina

Bukti arkeologi Sains & Teknologi Cina wujud kurun ke-15 11 SM Teknologi kejuruteraan hidraulik diutamakan mengawal banjir Sungai Kuning

Teknologi lain melebur & menuang besi ke dalam acuan, porselin, pembuatan kertas & loyang.

Bidang Astronomi Zaman awal dinasti Chou (11-3 SM), orang Cina telah cipta catalog bintang, mencatat rekod gerhana dan komet

Bidang Matematik

Perkembangan pesat sekitar abad 14 sebelum Eropah

Abad ke-2 M penggunaan sempoa, kajian kuantiti negatif, nilai pai, sistem perpecahan, sistem perpuluhan telah dihasilkan oleh pakar matematik CinaBidang Perubatan

Mula 10,000 tahun dahulu

Contoh: perubatan akupuntur Cina mengguna serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta

Huang-ti Nei-Jing adalah dokumen terawal mengenai perubatan tradisional Cina

Konsep asas perubatan Cina yang dinyatakan dalam dokumen terawal adalah konsep Yin dan Yang

Yin adalah konsep pasif dan Yang adalah konsep aktif

Mengikut teori mikrokosmos, tubuh manusia mempuyai dua sistem peredaran iaitu sistem peredaran darah dan sistem peredaran angin Bagi membetulkan peredaran angin, mereka menggunakan kaedah akupuntur

Empat Penciptaan Agung

Teknik membuat kertas

Pencetakan

Bahan Letupan

Kompas

Sejarah Kedatangan Islam ke China

Hui-hui (gelaran kepada orang Islam)

Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan melalui dua jalan pada kurun ke-8 M:

Pertama melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou & Quanzhou

Kedua melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi & AfghanistanDampak Barat & Respons China

Kurun ke-13, dinasti Monggol ramai penggembara & mubaligh datang ke China

Sejak pertengahan hingga akhir kurun ke-19 M, China alami kekalahan dalam empat peperangan dengan kuasa asing:

i. Perang Candu (1839-1842)

ii. Perang Anglo-China (1856-1860)

iii. Perang China-Perancis (1884-1885)

iv. Perang China-Jepun (1894-1895)

Antara langkah diambil:

Pelancaran Gerakan menguatkan Kendiri (Self-Strengthening Movement)

Liang Qichao (1873-1929) melancar Gerakan Reformasi 100 Hari (Hundred Days Reform) pada 1898

Penilaian Terhadap Tamadun

Globalisasi ditakrifkan sebagai dunia tanpa sempadan (borderless world), perkampungan dunia (global village) dan langit terbuka (open sky)Kesan Globalisasi

Menguntungkan Barat

Menggugat keselamatan masyarakat dan Negara (fitnah di internet)

Agenda Barat kekuatan ekonomi, ketenteraan Barat mendominasi dunia

Penjajahan pemikiran Barat memindahkan nilai falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis & budaya hedonisme

Dilema dunia ketiga (menolak globalisasi: terpinggir / menerima: dijajah neokolonialisme)

Barat kuasai pasaran dunia

Eksplotasi ke atas Negara membangun

Kegawatan ekonomi

Cabaran Tamadun Dunia

Runtuhnya peradaban dunia akibat Imperialisme & kolonialisme

Masyarakat terumbang ambing & hilang pedoman

Barat cuba halang masyarakat supaya tidak kembali mempercayai agama

Cipta budaya negatif dan aliran yang menguntungkan mereka

Kapitalis

Menjadikan manusia bersifat individualistic

Secular

Menjuzukkan agama suku & politik suku

Athies

Buang terus agama dari kehidupan

Masa Depan Tamadun Islam & Asia

Asia menerima pengaruh Barat membuta tuli perlu saringan aspek baik sahaja

Kesimpulan

Masyarakat dunia perlu:

i. Kembali kepada nilai dan etiktet dalam agama

ii. Ada penyatuaan & perkongsian ilmu

iii. Hapus sikap iri hati & permusuhan ethnic

BAB 6 : TAMADUN INDIA

Pengenalan Tamadun India : Satu-satunya tamadun silam terawal yang masih wujud.

Muncul di sekitar 3000 SM di lembah Sungai Indus.

Tamadun Sumer dan Mesir yang wujud lebih awal sedikit telah lenyap sama sekali

Tamadun India bersifat dinamik. Ia telah menerima idea-idea baru dari luar dan menerap yang mempunyai kelebihan.

Di samping itu golongan yang menguasai dan memerintah India juga telah mengkagumi kekayaan ilmu dan sastera India dan mengasimilasikan diri dalam tamadun India.

Sejarah Tamadun India

Sejarah tamadun India boleh dibahagi kepada tahap-tahap:

1. Zaman Lembah Indus (3000 SM-1500 SM)

2. Zaman Vedik (1500SM-1000 SM)3. Zaman serangan Iskandarr Zulkarnain

Zaman Lembah Indus (3000 SM-1500SM)

Tidak mengetahui banyak kerana simbol-simbol masih tidak dapat ditafsir. Wujud dekat 3000 simbol. Rekod-rekod menceritakan soal agama dan metafizika dan bukan sejarah sosial dan kehidupan seharian.

Ciri-ciri utama Tamadun Lembah Indus:

Tamadun terawal di India

Perancangan bandar yang tersusun

Antara bandar-bandar terancang ialah Mohenjo Daro, Harappa dan Kalibangan

Pembinaan rumah yang baik dan tersusun

Perdagangan luar dengan Mesopotamia Penggunaan alat buatan besi dan gangsa

Kegiatan utama pertanian dan penternakan

Penyembahan dewa Siva

Menjelang 1500 SM Tamadun Lembah Indus mengalami kemerosotan. Masyarakat di situ telah berpindah ke sebelah timur ke Lembah Ganges dan ke India Selatan.

Teori serangan puak Aryan. Tetapi Lembah Indus telah mula mengalami kemerosotan sebelum datangnya Aryan.

Teori kekurangan air dan tanah subur.

Zaman Vedik (1500SM-1000SM) Puak Aryan memasuki India dari Asia Tengah (kawsan di antara Rusia dan Iran Utara) menjelang 1800 SM. Ciri-ciri mereka adalah:

belum bertamadun

kehidupan nomad-berpindah randah

bahasa Sanskrit yang belum maju

memburu

membela binatang

menanam barley dan gandum

Mereka berasimilasi dengan pribumi dan mewujudkan kebudayaan Indo-Aryan.

Sanskrit maju menjadi bahasa yang tinggi nilai kesusasteraan. Tatabahasa yang saintifik dapat diwujudkan.

Epik Ramayana dan Mahabaratha ditulis pada zaman ini dalam Sanskrit.

Banyak ilmu berkaitan metafizika dan agama muncul.

Veda-veda muncul. Semuanya empat veda. Rig, Sama, Yajur, Atharva Veda. Yang paling tua sekali Rig.

Tamadun India mencapai tahap yang paling gemilang.

Bandar-bandar canggih dibina.

Teknik pertanian yang tinggi diguna.

Menjelang 1000 SM Aryan dapat menyatupadukan keseluruhan India Utara.

Menjelang 500 SM banyak bandar-bandar muncul, jumlah penduduk bertambah. Kerajaan-kerajaan kecil muncul.

Menjelang pertengahan kurun ke-4 Iskandar Zulkarnain menyerang India.

Iskandar telah berusaha untuk memupuk penyatuan antara kebudayaan barat dan timur.

Berkahwin dengan anak-anak raja India. Telah meminta askarnya yang berjumlah 10 000 berkahwin dengan wanita India.

Telah mengasaskan kerajaan Yunani di India Barat-laut mewujudkan sekutu-sekutu di India Utara. Ini telah mengeratkan hubungan dengan Yunani. Perdagangan dan penukaran idea dan ilmu dengan Yunani telah bermula.

Beliau sendiri telah mempelajari ilmu falsafah India, telah adakan perdebatan dengan sarjana-sarjana falsafah dan agama di India

Chandragupta Maurya adalah antara sekutu Iskandar.

Dinasti Maurya (326-185 SM)

Pengasas: Chandragupta Maurya. Berjaya menyatukan keseluruhan India utara di bawah empayarnya dan memerintah dari Pataliputra.

Politik kuasa (power politik) mula memainkan peranan penting.

Buku panduan politik dan pentadbiran Aethashastera dihasilkan oleh Kautilya, menteri Chandragupta.

Buku ini memberi nasihat kepada pemerintah tentang cara merampas, mengekal dan memanipulasikan kuasa.

Ia juga menggariskan cara-cara menguruskan sistem kehakiman yang adil dan saksama.

Megasthenes, seorang Yunani, yang bertugas di Istana Chandragupta mencatat kebesaran empayar itu.

Pataliputra merupakan Bandar yang paling besar dan canggih sekali dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bandar mahupun di Yunani sendiri.

Wujud sebuah universiti dan perpustakaan yang dikunjungi oleh sarjana-sarjana dari seluruh dunia yang bertamadun.

Wujud taman-taman bunga dan tempat-tempat menarik yang lain.

Wujud kuil-kuil dengan seni bina yang canggih.

Pentadbiran Negara yang kemas dan efisien.

Soal ekonomi, sosial dan politik diuruskan dengan baik.

Wujud pasukan perisik yang mengawasi musuh Negara, pihak penentang kerajaan dan pegawai-pegawai yang korap.

Perdagangan aktif dengan Asia Tenggara

Pelabuhan di Benal

Jalan-jalan raya yang kemas yang menghubungi semua Bandar di empayar itu.

Cucu Chandragupta, Asoka memperluaskan lagi empayar ke India Selatan melewati Andhra.

Perang Kalinga telah mengubah kehidupan Asoka.

Memeluk agama Buddha

Membenci peperangan

Masih meneruskan pemerintahan sebagai maharaja, tetapi mentadbir dengan adil dan saksama.

Menghantar rombongan ke Negara-negara luar untuk menyebar ajaran Buddha.

Membina jalan-jalan raya dan tempat-tempat rehat di seluruh jalan raya.

Zaman Kushan

Namun selepas Asoka Empayar Maurya menjadi lemah dan kerajaan-kerajaan kecil muncul.

Menjelang 100 SM puak Kushan dari Asia Tengah berjaya menyatukan India Utara sekali lagi.

Kushan memerintah dari Pataliputra dan berjaya mengembalikan beberapa keistimewan Maurya untuk seketika waktu.

Pada kurun ke-3 M ia pun menjadi lemah dan lenyap.

Dinasti gupta (320 -550 M)

Gupta berjaya menyatupadukan India utara dan memerintah dari Pataliputra.

Hubungan dengan barat berkurang tetapi dengan Asia Tenggara meluas.

Menurut pengembara China, Fa Hsien, di Pataliputra terdapat:

rawatan percuma di hospital

hospital diuruskan oleh sumbangan dari penderma

tidak berlaku sebarang jenayah

boleh menggembara dari satu pelusuk empayar ke yang lain tanpa sebarang gangguan atau bahaya

pemerintahan yang adil

golongan atas memakan makanan sayuran sahaja

golongan bawahan yang makan daging dianggap sebagai pencemar

Pada Zaman Gupta kesusasteraan Sanskrit mencapai kegemilangan. Puisi, drama, seni ukir dan seni bina berkembang maju. Pujangga terkenal Kalidasa hidup pada zaman ini.

Menjelang 550 M Empayar Gupta telah mengalami kemerosotan.

Harsha (608-648) cuba selamatkan tapi gagal

Zaman Pertengahan (1200-1750)

Tiga abad selepas kejatuhan Gupta puak-puak Islam dari Asia Tengah menyerang India Utara.

Walaupun dapat menubuh kerajaan-krajaan kecil, gagal menyatukan India.

Pada 1526 Babur mengasaskan Empayar Moghul. Cucunya Akhbar telah memperluaskan empayar.

Akhbar merupakan pemerintah yang adil dan saksama. Telah berusaha untuk menawan hati golongan majoriti, iaitu orang Hindu. Mengahapuskan Jizya. Memberi jawatan tinggi kepada orang Hindu yang layak.

Pengganti Akhbar tidak meneruskan dasar adil ini.

Mereka adalah lemah dan lebih suka beperang dan bersuka ria.

Ini telah melemahkan Empayar Moghul.

Kerajaan Hindu muncul dan mula mengancam Moghul.

Maratha telah menjadi kuat menjelang pertengahan kurun ke 18, ia berjaya mengasaskan empayar yang besar.

Menjelang waktu ini Moghul telah berada diambang kehancuran.

British menyerang dan menakluki Bengal pada 1756.

Maratha telah menentang British sehingga pertengahan kurun ke-19.

British berjaya menawan dan menyatukan sebahagian besar India dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur di bawah Empayar British.

AGAMA DAN FALSAFAH HINDU

Agama Hindu juga dikenali sebagai senatana dharma. Falsafah Vedik menekankan lima konsep yang saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain, iaitu: Brahman, Atman, Karma, Moksha dan Samsara.

Brahman Tuhan yang menyelubungi segalanya (roh duniawi).

Atman Roh individu dalam badan manusia yang bertujuan untuk diserap ke dalam roh duniawi, iaitu Brahman.

Karma Jumlah tindakan yang dilakukan oleh individu dalam suatu kehidupan dan akibatnya yang akan dialami dalam kehidupan yang akan datang selepas kematian.

Samsara Lingkaran kelahiran dan kematian yang dilalui oleh Atman bergantung pada Karmanya.

Moksha-Pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman.

Tujuan tiap-tiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada karma dan mencapai moksha.

Pada asalnya, Brahman dan Atman adalah sama seperti yang dilihat daripada nama Paramatman bagi Brahman dan Jivatman bagi roh indivvidu. Tetapi perbuatan seseorang akan mengumpulkan karma. Karma ini akan menjauhkan Atman daripada Brahman. Maksudnya, Atman mestilah menjauhi semua karma untuk mendekati Brahman.

Samhita-Samhita (1500-1000 S.M.)

Rig veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda dikenali sebagai sastera samhita, iaitu karya puisi berbentuk mantera atau mazmur.

Rig Veda (1500 S.M.): Veda yang tertua. 10 buah buku. Mengandungi mazmur dan puji tentang dewa-dewi, makhluk halus dan soma.

Yajur Veda (1500-1000S.M): Mengandungi mazmur untuk digunakan dalam upacara

Sama veda (1500-1000 S.M.): Merupakan antologi mazmur rig veda untuk digunakan dalam upacara soma.

Atharva veda (1200 S.M): Merupakan koleksi mazmur untuk makhluk halus supaya mengelakkan keburukan seperti penyakit, kematian, sihir dan lain-lain.

Sistem kasta/Varna********

Sistem kasta merupakan suatu institusi unik bagi India, namun, tiada bukti tentang kewujudannya di India Selatan pada Zaman Sangam awal. Hierarki sosial yang wujud di situ bukan berdasarkan konsep kesucian dan kecemaran tetapi berdasarkan pelajaran, kemahiran dan kebijaksanaan. Hanya apabila golongan Brahmin datang ke India Selatan atas jemputan raja-raja Tamil untuk menjalankan upacara agama, idea tentang kasta dan ketidaksentuhan mula berkembang di India Selatan.

Masyarakat Hindu dibahagikan kepada beberapa kasta seperti Brahmin, Kshatriya, Vaisya dan Sudra. Dalam setiap kasta ini terdapat pembahagian yang lebih kecil berdasarkan jenis pekerjaan serta beberapa faktor lain. Sebabkan ini wujudlah banyak subkasta dalam masyarakat Hindu.

Hukum Karma dikatakan menentukan kedudukan mereka kerana setiap perbuatan dalam hehidupan lampau tetap meniggalkan kesan. Kedudukan yang ditentukan melalui kelahiran tidak boleh ditukar dan mobility hanya berlaku sekiranya seluruh kasta atau kumpulan kasta menukar cara kehidupan, menukar nama dan memperkenalkan metodologi baharu tentang asal usul. Golongan Brahmin mempunyai kedudukan tertinggi kerana terlibat dengan tugas dalam bidang agama dan pelajaran.

Kshatriya adalah kasta kedua tinggi. Professionnya adalah sebagai tentera dan pemerintah Yang ketiga adalah Vaisya yang terlibat dalam perdagangan, perniagaan dan petanian.

Sudra merupakan kasta yang rendah sekali kerana tidak memiliki sebarang kemahiran. Mereka menjadi buruh dan juga membuat semua kerja lain yang tidak memerlukan kemahiran khas.

Upanishad

UPANISHAD BERBINCANG TENTANG JIWA(ROH), TUHAN dan alam semulajadi. Atman merupakan sesuatu yang berlainan dengan badan, anggota, pancaindera, pemikiran dan tidak boleh dimusnah atau diwujudkan. Pengetahuan benar tentang Atman membantu mengatasi masalah kematian.

REFORMASI DALAM AGAMA HINDU

Beberapa amalan agama Hindu tidak dipersetujui oleh selapisan masyarakat. Pada kurun ke-6 SM munculnya tiga orang reformis agama. Mereka menentang:

a) Amalan kasta yang rigid.

b) Pengaruh dan kuasa golongan Brahminc) Penekanan terlalu banyak atas upacara1) Gosala Maskariputra mazhab Ajivika.

Keturunan hamba. Tidak puas hati dengan corak kehidupan yang dinikmati. Masuk ke hutan. Bertapa. Menemui kebenaran kehidupan.

Ajaran Ajivika:

Menekankan sembahyang dan pertapaan (meditation)

Percaya bahawa semua kejadian di dunia ini ditentukan oleh Niyathi iaitu kuasa spiritual dan tiada siapa berupaya untuk mengubahnya.

Menolak sistem kasta

2) Mahavira (540-467 SM) Jainisme

Nama asal Vardhamana. Kasta Kshatriya. Tidak puas hati dengan corak kehidupan.

Ajaran Jainisme

Menekankan sembahyang dan pertapaan (mediatation)

Menekankan konsep karma dan samsara

Menekankan ahimsa iaitu elakkan kekejaman dan satya iaitu mengamalkan kebenaran dan menolak segala keinginan akan kemewahan kebendaan.

3) Gautama Buddha (562-483SM) Buddhisme

Dilahirkan di Kapilavastu di India Utara sebelah selatan Nepal. Nama asal Siddhartha. Pada umur 29 meninggalkan rumah untuk mencari kebenaran tentang maksud kehidupan. Mengembara untuk 6 tahun. Sampai ke Bandar Gaya dan bertapa di bawah pokok papal. Selepas 49 hari Gautama menemui kebenaran tentang kehidupan dan dikenali sebagai Buddha. Buddha bermaksud orang yang mencapai kesempurnaan. Hari ini diraikan sebagai Hari Wesak.

Agama Buddha bertujuan membantu seseorang mencapai Nirwana iaitu suatu keadaan apabila seseorang mengetahui kebenaran tentang maksud kehidupan dan dengan itu berjaya membebaskan diri daripada segala ikatan duniawi. Orang yang mencapai nirwana akan berada dalam keadaan bahagia, gembira dan ketenangan yang berkekalan.

Impian seseorang penganut agama Buddha.

Buddha juga mengasaskan segolongan sami-sami yang berpakaian warna kuning yang dikenali sebagai Sangjha. Ajaran Buddha ditentang oleh golongan Brahmin kerana:

i) Buddhisme tidak menekankan konsep ketuhanan

ii) Kemunculan Buddha dari kasta Kshatriya dipandang sebagai cabaran terhadap kuasa kasta Brahmin

BUDDHA PERCAYA KEPADA HUKUM KARMA, IAITU:

a) roh seseorang dilahirkan semulab) kitaran kelahiran semula dapat diatasi hanya dengan mengamalkan kehidupan perfek.

c) Kehidupan perfek dapat dicapai dengan mengikuti Lapan Marga atau prinsip.

d) Dengan itu roh seseorang akan memasuki dunia roh dan mencapai Nirvana dan akan rehat di situ.

e) Dengan cara ini penderitaan kehidupan dapat diatasi.

AJARAN BUDDHA

Ajaran Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Marga atau Prinsip. Ajaran ini disusunkan dalam Pitaka. Wujudnya tiga antologi ajaran Buddha yang dkenali sebagai Tripitaka yang bermaksud tiga Pitaka. Iaitu:

i) Sutta-Pitaka yang mengandungi ajaran Buddha yang dikenali sebagai Dhamma.

ii) Vinaya-Pitaka yang mengandungi peraturan yang harus dipatuhi oleh ahli Sangha (sami)iii) Abhidhamma-Pitaka yang mengandungi ajaran metafizika seperti tujuan hidup manusia, kesedaran kerohanian dan pencapaian nirwana.

Ajaran Buddha menekankan konsep Anitya.

Nitya bermaksud berkekalan selama-lamanya. Menurut ajaran Buddha segala yang terdapat di dunia ini bersifat aniya iaitu tidak akan berkekal selama-lamanya. Begitu juga kehidupan manusia kelahiran dan kematian terus berlaku.

EMPAT KEBENARAN MULIA (Dhamma)

i) kehidupan adalah penuh dengan penderitaan

ii) penderitaan adalah hasil keinginan yang tamak

iii) penderitaan boleh diatasi jika keinginan dikawaliv) ini dapat dilakukan dengan mengikuti 8 marga.

LAPAN MARGA MULIA/PRINSIP MULIA

Lapan Marga Mulia ini adalah jalan untuk mengatasi api keinginan dan mencapai Nirvana.

i) kepercayaan yang betul

ii) azam yang betul

iii) pertuturan yang betul

iv) perbuatan yang betul

v) kehidupan yang betul

vi) usaha yang betul

vii) fikiran yang betul

viii) renungan yang betul

SAINS INDIA KLASIK

Astronomi dan kalendar: kedudukan longitude matahari dan bulan telah dikira bagi upacara brahmanik yang biasanya diadakan pada hari purnama. Kedudukan ini dikira menggunakan asterisme (naksatra) atau bumi (constellation) di mana sistem zodiak bertanda 27 dianggap tertua.

Apabila zodiak Yunani 12 tanda diperkenalkan pada abad pertama Masihi ia tidak menggantikan sistem naksatra. Kedua-dua sistem ini digunakan untuk membahagikan tiap-tiap lambang zodiak kepada sembilan bahagian. Setiap unit dalam 27 asterisme dibahagikan kepada empat bahgian untuk mendapatkan 108 bahagian. Manakala setiap unit dalam 12 asterisme Yunani dibahagikan kepada sembilan bahagian untuk mendapatkan 108 bahagian, dengan ini ia menghubungkan kedua-dua sistem zodiak, iaitu India dengan Yunani (12 x 9 = 4 x 27 = 108)

Nombor 108 telah menjadi nombor rohani di India. Tambahan pula, masyarakat India mengira hari dari waktu seubuh hingga waktu subuh berikutnya dan kekal dengan kalendar bulan-matahari.

Matematik: Orang India telah mengembangkan matematik untuk menentukan tempat upacara pengorbanan menerusi kiraan astrologi. Geometri, algebra dan trigonometri adalah ciptaan Zaman Vedik. Nombor yang kini dipanggil sebagai nombor Arab adalah ciptaan India Zaman Vedik Orang Arab telah mempelajari sistem matematik dan nombor India dan memperkenalkan di Eropah. Kerana itulah ia dipanggil sebagai nombor Arab.

Sifar adalah ciptaan istimewa orang India. Mereka juga memahami kuantiti positif dan negarif. Mereka telah mengira punca kuasa dua, punca kuasa tiga dan telah menggunakan persamaan kuadratik.

Perubatan: perubatan bermula pada Zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, pembedahan, farmakologi dan perubatan binatang telah kembang sebelum tahun Masihi. Teks Ayur Veda seperti Susrutu Samhita dan Cakara Samhita yang disusun pada 100 SM dianggap penting untuk bidang ini sehingga sekarang. Fizik dan Kimia: Konsep jisim muncul berdasarkan intuisi dan logic bukannya eksperimen. Percaya bahawa alam semesta dibuat daripada lima elemen, iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Aliran falsafah Vaisesika menjelaskan prinsip atom, tetapi konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Kebolehan mendengar mendapat latihan untuk memahami intonasi veda. Dalam bidang pertukangan besi, kemahiran mereka jelas nampak pada Iron Pillar di Delhi yang dibuat pada abad ke-5 M. ini adalah sebatang besi berukuran 7m tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat

PENGARUH TAMADUN INDIA DI ASIA TENGGARA.

Hubungan awal India dengan Asia Tenggara bermula sejak zaman SM. Kegiatan penyebaran agama Buddha dan Brahmanisme (Hindu) serta pelayaran putera2 diraja India telah mepercepatkan hubungan perdagangan serta kebudayaan antara India dengan Asia Tenggara.

Kebudayaan India juga tersebar luas sehingga ke China menerusi jalan darat. Rekod China menunjukkan kewujudan jalan darat dari Benggal ke China menerusi utara Burma. Jalan ini digunakan pada 2 M dan merupakan jalan yang sukar dilalui. Ada pedagang yang sampai ke Asia Tenggara dan berkahwin dengan orang tempatan dan menetap di sana. Usaha mubaligh Hindu dan Buddha menegakkan pengaruh budaya dan agama India di Negara Asia Tenggara. The Greater India merujuk kawasan ini, telah menunjukkan pengaruh India begitu luas dan kuat.

Penyebaran kebudayaan awal India serta pengaruhnya ke atas penduduk Asia Tenggara sebelum tahun 1500 M

Hubungan awal pada umumnya tidak berbentuk penaklukan politik kecuali ekspedisi ketenteraan Rajendra Chola yang menyerang Sailendra di Sumatra serta menguasai empayar termasuk Kedah. Nama seperti Suvarnabhumi (Tanah Keemasan) dan Suvarnadvipa (Semenanjung keemasan) digunakan untuk merujuk rantau ini yang mengeluarkan emas.PENGARUH TAMADUN INDIA DI MALAYSIA

Agama Hindu dan Buddha serta bahasa Sanskrit dan bahasa Tamil telah memperkayakan kebudayaan Negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Penemuan arkeologi tentang kedatangan serta pengaruh masyarakat India terdapat di sekitar negeri Kedah. Kuala Merbok berperanan sebagai pelabuhan bagi kapal India kerana ia merupakan tempat yang paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah Melayu.

Setelah beberapa lama kawasan ini mula memainkan peranan sebagai pusat perdagangan antara India dengan Tanah Melayu. Penyebaran agama Buddha berlaku. Tinggalan yang membuktikan koloni Hindu dengan kuil-kuil yang musnah di sepanjang lereng Gunung Jerai, bersama dengan serpihan patung. Inskripsi Sanskrit pada abad ke-4 M ditemui di Bukit Mertajam.

Di Gunung Jerai, ditemui patung suci Saivisme yang menjadi daya penarik penganut agama ini. Penemuan patung Dewi Durga, Mahishasura, kepala Nandi (kenderaan dewa Shiva) di Sungai Batu Pahat, Kedah juga membuktikan bahawa penduduk kawasan itu telah menganuti agama Hindu.

Di Candi Batu Pahat juga telah ditemui bukti pengaruh Hindu yang kuat seperti patung singa, lembu, kura-kura dan bunga teratai yang dikaitkan dengan mazhab Saivisme dan Vaisnavisme.

Pengaruh India juga bertapak kuat di Alam Melayu dengan perkembangan konsep Devaraja, iaitu anggapan bahawa raja adalah pembayang Tuhan di muka bumi. Ini merupakan tradisi Hindu yang amat berpengaruh di Alam Melayu.

Pengaruh Hindu juga jelas dalam kesusasteraan Melayu sehiggakan terdapat zaman Hindu dalam sejarah kesusasteraan Melayu lama. Yang paling popular ialah karya-karya saduran epik-epik agung Hindu seperti Ramayana dan Mahabharata. Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pandawa Lima/Jaya merupakan contoh yang jelas. Adat istiadat perkahwinan, pemikiran, kepercayaan, kesenian, makanan, aspek ekonomi dan politik masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak Tamadun India.Ilmu

Wahyu(al-Quran)

Manusia

Aqidah Tauhid (Allah)

Sumber Alam

Teknologi

Dikuasai dan dipengaruhi oleh TAUHID

AQIDAH

(Tauhid / keimanan)

Sumber manusia

Syariat

Sumber Wahyu (al-Quran/Sunnah)

Teras Tamadun Islam

AKHLAK SYARAT

IBADAH-pengabadian penyembahan

(Worldship sistem)

Sumber Kebendaan

Ilmu

Kekayaan

Ilmu ibadat dan Ilmu akhlak

(Ilmu sepanjang hidup)

Ilmu ibadat dan Ilmu akhlak

(Ilmu sepanjang hidup)

Ilmu sains dan teknologi

Ilmu Syariat-muamalat,jinayat dan daulah

(Teras Ilmu)

ILMU TAUHID, KEIMANAN (foundation)

Raja

Aristokrat

Petani dan Artisan

Hamba, Askar dan Pedang