note quran

33
1.1. SLQ 4042 ULUM AL-QURANPerbezaan Pendapat Ulama’ Tentang Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.1.0 PendahuluanMenurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidaksama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yangpendek . Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat.Manakala surah yang terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandun 3 ayat.Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu ;a) Assab’uthiwaal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu ; al-Baqarah, Ali Im Nisaa’, al-A’raf, al-An’am al-Maidah dan Junusb) Al-Miuun iaitu surah-surah yang b kira-kira seratus ayat lebih seperti ;Surah hud, Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin.c Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti ; Surahal-Anfal, dan sebagainya.d) Al-Mufasal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha , Su al-Ikhlas dan sebagainya.1Jumlah bilangan ayat al-Quran pula , mengikut Ulama al-A di dalam KitabIlmu al-Fawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitabsuci, kita terpaksa berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu adase tujuh ulama al-A’dad. Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak6 217 ayat. Menurut ulama ahli madinah Assani iaitu sebanyak 6 214 manakalapendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula,sebanyak 6 204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6 227 ayat.1 Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahnya ,(1974) , hal: 19 -1- 2.2. SLQ 4042 ULUM AL-QURANUlama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6 232 dan akhirnya, menurut pendapatahli Kufah iaitu sebanyak 6 236 ayat.22.0 Pengertian surahMenurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal ( yangmengesahkan sesuatu ) dari al-Quran.3 Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlahatau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri denganmempunyai permulaan dan akhiran.43.0 Tertib surahBerkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat.Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.3.1 Pendapat pertamaPendapat ini didokong oleh Ab Ja’far al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari.Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapandan tau qi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Di mana baginda puladiberitahu melalui malaikat Jibril di atas perint daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah- surahnya sampai kini.Bukti-bukti pendapat mereka ada empat .2 Hassan Mahmud al- Ha z(1986), Tajwid al-Quran, hal:1463 Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), hal: 13244 Rosmawati Binti Ali (1997), Pengantar Ulum al-Quran, hal: 119 -2- 3.3. SLQ 4042 ULUM AL-QURAN3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmanidisusun secara tertib mengikut zamannabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslahia adalah merupakan suatu ijma’.3.1.2 Rasululullah ju membaca beberapa surah secara tertib di dalamsembahyang baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi IbnSyaibah yang bermaksud : “Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal ( surahpendek) dalam satu rakaat”.3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud yang berkatamaksudnya : “Surah Ba Isra’il , al-Kah , al-Mariam, Taha dan al-Anbiya’:Surah-surah itu termasuk kategor yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mulaaku pelajari”.Selepas itu Ibn Mas’ud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimanatertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang.3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf

Upload: muhamad-farid

Post on 02-Nov-2015

292 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sangat berguna kepada pelajar di institut pendidkan tinggi sama ada ipg dan sebagaimya

TRANSCRIPT

1. 1. SLQ 4042 ULUM AL-QURANPerbezaan Pendapat Ulama Tentang Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.1.0 PendahuluanMenurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidaksama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yangpendek . Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat.Manakala surah yang terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandungi 3 ayat.Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu ;a) Assabuthiwaal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu ; al-Baqarah, Ali Imran,al-Nisaa, al-Araf, al-Anam al-Maidah dan Junusb) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti ;Surah hud, Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin.c) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti ; Surahal-Anfal, al-Hijr dan sebagainya.d) Al-Mufasal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha , Surah al-Ikhlas dan sebagainya.1Jumlah bilangan ayat al-Quran pula , mengikut Ulama al-Adad di dalam KitabIlmu al-Fawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitabsuci, kita terpaksa berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu adasebanyak tujuh ulama al-Adad. Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak6 217 ayat. Menurut ulama ahli madinah Assani iaitu sebanyak 6 214 manakalapendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula,sebanyak 6 204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6 227 ayat.1 Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahnya ,(1974) , hal: 19 -1-2. 2.SLQ 4042 ULUM AL-QURANUlama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6 232 dan akhirnya, menurut pendapatahli Kufah iaitu sebanyak 6 236 ayat.22.0 Pengertian surahMenurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal ( yangmengesahkan sesuatu ) dari al-Quran.3 Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlahatau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri denganmempunyai permulaan dan akhiran.43.0 Tertib surahBerkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat.Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.3.1 Pendapat pertamaPendapat ini didokong oleh Abu Jafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari.Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapandan taufiqi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Di mana baginda puladiberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya sampai kini.Bukti-bukti pendapat mereka ada empat .2 Hassan Mahmud al-Hafiz(1986), Tajwid al-Quran, hal:1463 Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), hal: 13244 Rosmawati Binti Ali (1997), Pengantar Ulum al-Quran, hal: 119 -2-3. 3.SLQ 4042 ULUM AL-QURAN3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zamannabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslahia adalah merupakan suatu ijma.3.1.2 Rasululullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalamsembahyang baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi IbnSyaibah yang bermaksud : Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal ( surahpendek) dalam satu rakaat.3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn masud yang berkatamaksudnya : Surah Bani Israil , al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya:Surah-surah itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mulaaku pelajari.Selepas itu Ibn Masud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimanatertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang.3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmanikerana penyusunan dan penulisannya telah ijma.3.2 Pendapat keduaPendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihadpara sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi AbuBakar.3.2.1 Hujah pendapat kedua -3-4. 4.SLQ 4042 ULUM AL-QURANPara sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affanmemerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah ituberdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf dikalangan para sahabat.3.2.1.1 Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelu khalifah Uthman IbnAffan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah ituberdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalanganpara sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :-a) Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun.Iaitu dimulai dengan surah al-Alaq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al-Takwir seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani.b) Mashaf milik Ibn Masud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al-Nisa kemudian Ali Imran.c) Dalam Mashaf Ubai Ibn Kaab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al-Baqarah, al-Nisa dan kemudian Ali Imran.3.2.1.2 Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail IbnAbbas daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliauberkata :Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun ataumentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al-Anfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan Tujuh dan surah yang ke tujuh. -4-5. 5.SLQ 4042 ULUM AL-QURANDan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah denganBasmalah.3.3 Pendapat ketigaPendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secarataufiqi atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkanijtihad para sahabat. Pendapat ini sebagaiana yang dinyatakan oleh Ibn hajar :Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi. Sebagaimana hadis daripadaHuzaifah al-Thaqafi , terjemahannya :Rasulullah berkata kepada kami :Telah datang kepadaku waktu untuk membacabahagian ( hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesaimembacanya. Lalu kami tanyakan kepada para sahabatRasulullah :Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?.Mereka menjawab Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuhsurah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al-Mufassaldari Qaf hingga tamat.Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertibsurah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjakzaman nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surahpada masa itu hanya bahagian mufassal sahaja. -5-6. 6.SLQ 4042 ULUM AL-QURAN4.0 RumusanSebagai rumusannya, pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepatiaitu tertibnya berdasarkan taufiqi sama dengan tertib ayat-ayat.5 Hal ini telahdisokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari : Allah telah menurunkanal-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayatturun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula , Jibril sentiasamemberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan.Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi.Antara lain, pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat pertamaberdasarkan ijma dan dalil bahawa ada taufiqi daripada nabi sebagaimana yangdikemukakan oleh pendapat pertama dengan menemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jikadibandingkan dengan riwayat lain.Antara lain juga , hadis yang dijadikan sandaran oleh pihak ketiga bukanlah hadismarfu kepada nabi. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitandengan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu ada taufiqi daripada nabi.Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentangtertib dan susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh AbuJaafar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan taufiqidaripada nabi. Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakariaitu pendapat mereka , berpandukan ijtihad para sahabat , manakala pendapat5 Rosmawati Binti Ali (1997), Pengantar Ulum al-Quran, hal: 123 -6-7. 7.SLQ 4042 ULUM AL-QURANketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian taufiqi daripada nabi dansebahagian lain adalah ijtihad para sahabat. Maka rumusannya ialah pendapat yangpertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah al-Quran melaluipenetapan taufiqi. -7-8. 8.SLQ 4042 ULUM AL-QURANRujukanHassan Mahmud al-Hafiz , Tajwid al-Quran , 1986 , Dinie Publishers, KualaLumpur.Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 , Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran, 1996, Berita PublishingSdn. Bhd. Kuala Lumpur.Rosmawati binti Ali , Pengantar Ulum al-Quran , 1997 , Pustaka Salam Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahannya ,1974 , Menteri Agama Republik Indonesia . -8-9. 9.SLQ 4042 ULUM AL-QURAN-9-http://www.slideshare.net/sudinjaffar/tugasan-individu-ulum2ISU 6 : HADIS DIKATEGORIKAN?Soalan 6:Ada sesetengah orang menyebut hadis sahih atau hadis dhaif.Bagaimanakah hadis dikategorikan oleh ulama?Jawapan:Dalam memastikan sama ada sesuatu hadis itu benar-benar datang daripada Rasulullah SAW atau tidak, para ulama telah membahagikan kedudukan hadis kepada beberapa bahagian. Pembahagiannya adalah seperti berikut:1-Hadis Sahih:Hadis yang diyakini bahawa ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah SAW mengikut pengkajian para ulama hadis. Untuk mencapai tahap Sahih, sesuatu hadis perlu melengkapi 3 syarat utama iaitu: sanadnya bersambung (periwayatnya bertemu dengan periwayat yang sebelumnya), periwayat-periwayatnya daripada kalangan mereka yang dipercayai dan tidak ada kecacatan lain yang tersembunyi dan diketahui oleh para pengkaji.[1]2-Hadis Hasan: Hadis yang juga diyakini bahawa ia benar-benar bersumberkan daripada Rasulullah SAW tetapi kedudukannya tidak setinggi hadis sahih. Hadis hasan berbeza dengan hadis sahih dari segi ketelitian para periwayatnya. Walaupun hadis hasan tidak sama kedudukannya dengan hadis sahih, hadis hasan tetap menjadi hujah dan dalil dalam Islam.3-Hadis Dhaif: Hadis yang tidak melengkapi syarat-syarat hadis sahih lalu menjadikannya tidak dapat dipastikan sama ada hadis ini benar-benar datang dari Nabi SAW atau tidak. Hadis dhaif tidak dijadikan sumber dalam menentukan hukum-hakam dan aqidah. Terdapat pendapat sebahagian ulama yang menyatakan boleh beramal dengan hadis dhaif berkaitan fadhilat amalan tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat juga sebahagian ulama lain yang menyatakan bahawa hanya hadis sahih dan hasan yang boleh diamalkan[2].4-Sangat Dhaif (Dhaif Jiddan): Hadis yang lebih rendah kedudukannya daripada hadis dhaif berdasarkan kecacatan yang ada pada sanad atau matan. Kecacatan ini ditentukan oleh pengkajian para ulama. Hadis dhaif jiddan tidak boleh dijadikan hujah serta tidak boleh diamalkan. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama hadis.5-Hadis Palsu (Maudhu): Hadis yang telah dibuktikan bahawa ia bukan bersumberkan daripada Nabi SAW. Hadis palsu sememangnya bukan hadis. Kita tidak melihat kepada maksud hadis palsu tersebut sama ada baik atau tidak tetapi kita melihat pada dosa menyatakan sesuatu itu sebagai hadis sedangkan ia bukan hadis. Sabda Nabi SAW :Maksudnya:Sesiapa yang berbohong menggunakan namaku maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka[3].Sikap yang terbaik patut kita ambil ialah mengutamakan hadis-hadis sahih dan hasan dalam persoalan hukum-hakam dan sebagainya. Kita juga dilarang menggunakan hadis palsu dalam erti kata menyebut bahawa hadis tersebut daripada Rasulullah SAW kerana ini merupakan kesalahan yang besar. Persoalan tentang penggunaan hadis dhaif akan dijawab dalam soalan nombor lima belas dalam buku ini. Satu perkara yang perlu ditegaskan ialah, persoalan pembahagian hadis kepada sahih, hasan, dhaif dan palsu adalah persoalan yang ilmiah. Setiap hadis dikaji dan dinilai oleh para ulama sejak zaman berzaman menggunakan kaedah-kaedah hadis yang dikenali sebagai IlmuMustolah al Hadith. Pembahagian hadis sebegini bukanlah satu kerja yang bersifat suka-suka atau tidak berasas.http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu6.htmTopib 009 - ILMU MUSTALAH HADITHILMU MUSTALAH HADITH

Bahagian Satu

Pengertian Hadith

Mustalah hadith ialah satu ilmu untuk mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadith. Orang yang mula menyusunnya ialah Qadi Abu Mahmud al-Ramahramzi [Tahun 360 Hijrah].

Hadith menurut bahasa, ialah;Pertama: Yang baharu,Kedua: Perkhabaran,Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama.

Menurut istilah ahli hadith pula: ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya, segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputraannya, tempatnya dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi pengertian ini berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab berlainan ini ialah kerana berlainan jurusan yang mereka lihat dan mereka tinjau.

Ahli (ulama') hadith membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang dijadikan ikutan bagi umatnya. Kerana ini mereka pindahkan dan mereka terangkan segala yang bersangkutan dengan rasul, baik mengenai riwayat, perjalanannya, mengenai budi pekertinya, keutamaannya, keistimewaannya, tutur katanya, perbuatan-perbuatannya; sama ada yang dapat mewujudkan hukum atau tidak.Ulama' usul membahaskan rasul sebagai seorang pengatur undang-undang yang meletakkan atau menciptakan dasar-dasar ijtihad bagi para mujtahid sesudahnya, dan menerangkan kepada manusia perlembagaan hidup (dustur al-hayat) maka mereka pun memperhatikan segala tutur kata rasul, perbuatan-perbuatannya dan taqrirnya, iaitu pengakuan-pengakuannya bersangkutan dengan perkara penetapan hukum.

Sementara itu ulama' fiqh membahaskan peribadi rasul sebagai seorang yang seluruh perbuatannya atau perkataannya atau menunjukkan kepada suatu hukum syara'. Mereka membahaskan hukum-hukum yang mengenai para mukallaf dan perbuatan mereka dari segi hukum wajib, haram, harus, makruh dan mandub (sunat).

Pengertian Sunnah

Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.

Rasul SAW bersabda:

"Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab (serupa binatang biawak) nescaya kamu memasukinya juga." (Hadith riwayat Muslim)

"Barangsiapa menjalani suatu sunnah (perjalanan) yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat, dan barangsiapa mengadakan suatu sunnah (perjalanan) yang jahat (buruk) maka atasnya dosanya dan dosa orang yang mengerjakan dengannya hingga hari qiamat." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Jelaslah bahawa menurut hadith tersebut, perkataan sunnah itu diertikan dengan perjalanan, sama ada baik atau pun yang jahat, sebagaimana yang dimaksudkan oleh bahasa.

Sunnah menurut istilah ahli hadith:ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan, perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkan menjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkan bahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul:ialah segala yang dipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannya dan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum. Inilah pengertian yang dimaksudkan oleh sabdanya ini:

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan (qauliyyah) ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith]

2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan (fi'iliyyah) ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah:

(a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya;

(b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.

Contoh yang pertama ialah sebagaimana Nabi saw membenarkan ijtihad para sahabat mengenai urusan sembahyang 'Asar di Bani Quraizah dengan sabdanya:

"Jangan bersembahyang seorang kamu melainkan di Bani Quraizah." [Riwayat Bukhari]

Sebahagian sahabat memahamkan perkataan itu menurut hakikat larangannya lalu menta'khirkan sembahyang 'Asar itu sampai selepas Maghrib. Dan ada sebahagian yang lain tidak memahamkan demikian, mereka memahamkan bahawa yang dimaksudkan nabi bercepat-cepat pergi ke Bani Quraizah. Kerana itu mereka mengerjakan sembahyang 'Asar pada waktunya, sebelum tiba ke Bani Quraizah.

Kedua-dua perbuatan sahabat yang berlainan oleh berlainan ijtihad sampai kepada Nabi saw beritanya, dan Nabi saw tinggal berdiam diri tidak membantah apa-apa.

Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid pernah memakan dab (sejenis haiwan seperti biawak) kemudian dikemukakan orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya sebahagian sahabat:

"Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."Selanjutnya pernah juga dinamakan sunnah itu suatu yang ditunjuki oleh dalil syara', baik berdasarkan dalil Qur'an atau pun berdasarkan hadith, mahu pun berdasarkan ijtihad para sahabat, seperti mengumpulkan mashaf (Qur'an) dan menyuruh manusia membaca menurut suhuf 'Uthman, dan seperti membukukan ilmu (menyusun dan mengarangnya).

Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:

"Berpeganglah kamu sungguh-sungguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk sesudahku." [Abu Daud & Tarmizi]

Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah. Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah bid'ah; talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak bid'ah.

Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu ialah suatu yang dipahalai orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.

Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu ialah suatu yang disunnahkan Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan dan berjama'ah.

PERBEZAAN ANTARA HADITH DENGAN HADITH QUDSI

Dalam kitab-kitab hadith didapati hadith Qudsi. Ulama' hadith mengatakan bahawa hadith Qudsi itu:ialah perkataan Nabi saw yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadanya.

Kesimpulannya Hadith Qudsi: ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi saw di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi saw menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadith-hadith yang lain tidak demikian itu. Hadith Qudsi itu dinamakan juga Hadith Ilahi atau Hadith Rabbani.Dan pernah pula dibezakan Hadith Qudsi dengan yang lainnya; iaitu segala hadith yang bersangkut dengan kebersihan atau kesucian zat Allah dan sifat-sifat kebesaran dan kemuliaanNya. [Kitab al-Dar al-Nadid min Majmu'ah al-Hafid]Contoh Hadith Qudsi itu, Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)Rasulullah saw bersabda:

"Firman Allah Ta'ala: Aku menurut persangkaan hambaKu dan Aku bersamanya di mana saja ia sebut (ingat) akan daku." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

ISTILAH-ISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM 'ILMU MUSTHALAH HADITH

Di antara istilah-istilah yang digunakan itu ialah:

Sanad: iaitu jalan yang menyampaikan kepada hadith.

Isnad: iaitu menyebutkan hadith itu kepada orang yang mengatakannya. Sanad dan isnad hampir sama ertinya; keduanya adalah penting untuk menentukan nilaian hadith. 'Abdullah bin Mubarak berkata: "Isnad adalah dari urusan agama, dan kalaulah tidak kerana isnad, nescaya berkatalah orang yang mau apa yang ia mau berkata."

Musannid: iaitu orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

Musnad: iaitu kitab yang dikumpulkan hadith di dalamnya, yang diriwayatkan dari seorang sahabat atau lebih.

Matan: iaitu hadith nabi (s.a.w) yang di akhir sanad.

Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain, dan orang yang memindahkan disebut rawi.

Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain; umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia memindahkannya ke dalam kitabnya.

Muhaddis: iaitu orang yang banyak menghafaz hadith serta mengetahui sifat-sifat orang yang meriwayatkan tentang 'adil dan kecacatannya.

Hafiz: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadith dengan isnadnya.

Hujjah: iaitu orang yang menghafaz sebanyak 300,000 hadith dengan isnadnya.

Hakim: iaitu orang yang meliputi 'ilmunya dengan urusannya hadith.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAMA HADITH

HADITH-HADITH ITU TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN, DI ANTARANYA;

1. HADITH MUTAWATIR

Iaitu hadith "Perbuatan atau perkataan atau pengakuan (taqrir) Nabi saw yang diketahui oleh beberapa orang yang sampai kepada bilangan mutawatir, iaitu bilangan yang tidak mungkin pada fikiran kita bahawa mereka akan bermuafakat berbuat dusta tentang perkhabaran (hadith) itu. Dan dari mereka yang tersebut sampai pula perkhabaran itu kepada orang lain yang dipercayai. Demikianlah pertalian penerimaan turun temurun itu sampai ke akhirnya."

Contoh hadith mutawatir itu ialah:

"Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka hendaklah ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka." [Riwayat Jama'ah dari Abu Hurairah - hadith ini menurut kata Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat.]

2. HADITH MASYHUR ATAU MUSTAFIDH

Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan orang atau hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang atau lebih dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya tiga sanad yang berlainan.

Contohnya ialah:

"Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam dari (bahaya) lidahnya dan tangannya."

Hadis ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang berlainan. Pertama: Imam Bukhari. Kedua: Imam Muslim. Ketiga: Imam Tirmizi.

Sanad Imam Bukhari: ialah Bukhari dari Adam dari Syu'bah dari 'Abdullah B. Abu Safar, dari Al-Sya'bi, dari 'Abdullah Bin 'Amru dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam.

Sanad Imam Muslim: ialah Imam Muslim dari Sa'id, dan Yahya, dari Abu Burdah dari Abu Burdah, dari Abu Musa dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam.

Sanad Imam Tirmizi: ialah Tirmizi dari Qatadah, dari Al-Laith dari Al-Qa'qa', dari Abu Saleh, dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam.

Cubalah perhatikan ketiga-tiga sanad tersebut. Di antaranya tidak seorangpun yang sama nama dan orangnya. Abu Burdah dalam sanad Imam Muslim ada dua tetapi orangnya berlainan. Abu Burdah yang pertama itu cucu dari Abu Burdah yang kedua, jadi dengan demikian tidaklah sama.

3. HADITH SAHIH

Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan orang yang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat ini:

a) Adilb) Dabidc) Sejahtera dari keganjiland) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan).

Penjelasan Sifat-sifat Perawi:

'Adil: Yang dimaksudkan dengan 'adil ialah: Orang Islam, baligh, ber'aqal, tidak mengerjakan dosa besar, tidak pula berkekalan melakukan dosa kecil dan tidak mengerjakan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah atau kehormatan diri.

Dabid: Yang dimaksudkan dengannya ialah: Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingat sesuatu yang didengarnya. Bila sahaja dikehendaki ia dapat mengeluarkannya (menyebutkannya) dari ingatannya dengan mudah. Termasuk kepada pengertian ini apabila ia menulis hadith yang telah didengarnya dan disimpannya serta diyakini benar-benar sahnya sehingga diriwayatkan orang daripadanya.

Sejahtera dari keganjilan: Yang dimaksudkan ialah: Sejahtera riwayatnya dari perbezaan dari riwayat orang-orang yang kepercayaan dengan bertambah atau berkurang pada sanadnya atau matannya.

Sejahtera dari 'illat (kecederaan yang memburukkan): Yang dimaksudkan ialah:

Sejahteranya dari sebab-sebab yang tersembunyi yang dapat memburukkan atau mencacatkan hadith, misalnya; didapati setelah dilakukan penelitian yang mendalam, bahawa di antara seorang perawi (yang meriwayatkan hadith) yang tadinya disangka kuat ingatan, tenyata seorang yang tidak kuat ingatannya.Hadith sahih boleh dijadikan hujjah dalam hukum Islam misalnya ialah:

"Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat Bukhari dari 'Ubadah bin Samit)

"Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)

"Barangsiapa mengumpulkan (sesuatu barang untuk dijual dengan harga yang lebih mahal) maka ia adalah bersalah." (Riwayat Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)

4. HADITH HASAN

Iaitu hadith yang berhubung (bersambung) sanadnya dan diriwayatkan oleh orang-orang yang 'adil sama seperti hadith sahih, tetapi kurang dabidnya; iaitu kurang kekuatan ingatannya (hafaznya) lagi sejahtera dari keganjilan dan kecederaan.

Kekurangan satu syarat itu mengurangkan nilai dan martabat hadith, dan meletakkan tingkatan hadith hasan.

Hadith hasan boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan sesuatu hukum. Misal hadith hasan ialah seperti misal hadith sahih yang lalu, iaitu hadith:

"Kalaulah tidak aku menyusahkan atas ummatku nescaya aku perintahkan mereka dengan bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang." (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah)

Hadith ini adalah sahih menurut riwayat Bukhari dari jalan (sanad) A'raj dari Abu Hurairah. Dan hadith ini juga dikatakan hadith hasan menurut riwayat Tirmizi dari jalan (sanad) Muhammad bin 'Amru dari Abi Salamah dari Abu Hurairah.

Adapun sebab hadith ini menjadi hadith hasan kerana menurut riwayat Tirmizi bahawa Muhammad bin 'Amru salah seorang daripada sanadnya tidak mempunyai kekuatan ingatan yang diperlukan dalam syarat hadith sahih.Lagi misal hadith hasan ialah:

"Sembelihan anak binatang dalam perut ibunya ialah sembelihan ibunya[*]."

[*] Maksudnya: cukuplah sembelihan ibunya sahaja.

Hadith ini diriwayatkan oleh beberapa imam hadith. Dan kalau dilihat dari sanad imam Tirmizi, nyatalah bahawa di antara beberapa orang sanadnya ada seorang yang benama Mujalid. Ia seorang yang lemah. Begitu pula kalau dilihat dari sanad Imam Hakim (dalam kitabnya al-Mustadrak) maka teranglah bahawa di antara beberapa orang sanadnya ada seorang yang benama Abu Laili. Ia seorang ulama' fiqh dan qadi hadith tersebut dengan sendirinya telah menjadi hadith hasan.

ISTILAH YANG DIPAKAI UNTUK MARTABAT HADITH-HADITH SAHIH

Menurut yang diistilahkan dalam ilmu ini, bahawa apabila satu hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad mereka masing-masing maka dinamakan hadith tersebut: (riwayat Bukhari dan Muslim). Dan apabila hadith yang satu itu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad yang satu yang bersamaan qaul dan matan dan sanadnya, maka hadith itu dinamakan: Hadith Muttafaqun 'Alaih, ertinya: yang disetujui keduanya atasnya.

Hadith seperti ini, iaitu (yang disetujui keduanya atasnya) adalah setinggi martabat hadith, yang diutamakan dan didahulukan waktu mengambil dalil satu-satu hukum daripada yang lainnya.

Ulama' hadith telah membahagikan hadith sahih kepada tujuh bahagian.

1. Hadith sahih yang disetujui keduanya (oleh Bukhari dan Muslim), iaitu keduanya meriwayatkan dengan sanad yang satu. Ini yang dinamakan muttafaqun 'alaih.

2. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari sendiri.

3. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Muslim sendiri.

4. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith (selain keduanya) dengan sanad sepakat antara keduanya. Ini yang dinamakan yang dipersetujui oleh keduanya.

5. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ulama' hadith dengan sanad Bukhari menurut syarat-syarat yang dipakai Bukhari sendiri dalam kitabnya. Ini yang dinamakan menurut syarat Bukhari.

6. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith dengan sanad Muslim atau menurut syarat-syarat yang dipakai Musllm sendiri. Ini dinamakan menurut syarat Muslim.

7. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith selain Bukhari dan Muslim.Dengan memerhatikan bahagian-bahagian ini tahulah kita bahawa hadith sahih itu bertingkat-tingkat martabatnya dan kedudukannya diutamakan dari yang lainnya dan apabila ditemui hadith lain yang bertentangan maksudnya dengan hadith sahih, maka hadith sahih inilah yang didahulukan dan diamalkan.

HADITH HASAN SAHIH

Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini (Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan Sahih" ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna hadith itu mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih.

Menurut keterangan ulama' hadith, bahawa hadith tersebut dikatakan hasan menurut perhitungan atau penilaian pada satu sanadnya. Dan dikatakan pula sahih padanya menurut perhitungan atau penilaian pada sanadnya yang lain. Ini jika pada hadith itu ada sanadnya (jalannya).

Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama' yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang yang menjadi rawinya atau yang memindahkannya.

HADITH DA'IF

laitu hadith yang tidak mempunyai syarat hadith sahih dan tidak pula syarat hadith hasan, misalnya: rawinya (orang yang meriwayatkannya) bukan orang Islam, belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya atau sifatnya, tidak bagus ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya, tetapi pernah berdusta, serta tidak menjauhi dari melakukan dosa dan perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah atau kehormatan peribadinya, ditambah lagi riwayatnya menyalahi riwayat orang yang lebih masyhur daripadanya.

Hadith da'if mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau lemah, dan ada yang lemah, menurut keadaan sanad dan matannya. Di antara hadith da'if ialah hadith munqati', mu'addal, syaz, muddarab.

Misal hadith da'if ialah:

"Barangsiapa berkata kepada orang miskin, bergembiralah engkau! Maka sesungguhnya wajiblah (tetaplah) syurga baginya." (Riwayat Ibn 'Adi)Dalam riwayat hadith ini, ada seorang bernama 'Abdul Malik bin Harun yang dituduh pendusta. Kerana ini hadith tersebut dipandang da'if.

"Menuntut ilmu adalah fardu atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan wanita." (Riwayat al-Baihaqi Ahmad dari Anas)

Imam al-Baihaqi berkata: Hadith ini masyhur di antara manusia tetapi sanadnya lemah dan telah diriwayatkan menerusi jalan yang banyak yang kesemuanya lemah belaka.

Sementara itu Imam Nawawi telah pula berkata: Hadith itu da'if (lemah) sekalipun maknanya sahih (betul) dan telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dalam Masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas dan Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam. Dalam sanadnya itu terdapat seorang benama Hafsin bin Sulayman, ia orang yang lemah.

"Makhluq itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kepada Allah ialah mereka yang lebih bermanfa'at kepada keluarganya."

Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dari riwayat Yusuf bin 'Atiyyah dari Thabit dari Anas dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam. Yusuf bin 'Atiyyah adalah orang yang lemah, kerana ini hadithnya adalah hadith yang lemah.

Hukum meriwayatkan hadith da'if dan mengamalkannya*

Sebahagian Ulama' membolehkan kita meriwayatkan hadith da'if dengan tidak menerangkan keda'ifannya dalam perkara yg berhubungan dengan kisah atau cerita, pengajaran atau nasihat dan yg bertalian dengan keutamaan amal (Fadail al-amal) itu sahaja, dan tidak dalam perkara yg berhubungan dengan i'tiqad dan dengan hukum halal, haram, makhruh, sunat. Demikian menurut pendapat sebahagian Ulama'.

Seterusnya mereka sepakat menetapkan bahawa tidak boleh sama sekali kita mengamalkan hadith da'if untuk menetapkan sesuatu hukum halal, haram, hukum jual-beli, hukum perkahwinan, talaq dan lain-lain.

Imam Bukahri, Muslim dan Abu Bakar Ibn al-'Arabi menetapkan bahawa tidak boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk segenap pekerjaan, untuk segala keperluan walaupun untuk menerangkan keutamaan sesuatu amal, supaya tidak ada orang yg mengatakan kepada Rasulullah saw perkataan yg tidak baginda katakan, dan supaya tidak ada orang yg meng'itiqadkan sunat sesuatu perkara yg tidak disunatkan.

Sementara itu Imam Nawawi berkata: "Bahawa Ulama' hadith, fiqh dan lain-lain telah menetapkan bahawa boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk amal-'amal utama (Fadail amal) dan untuk pengajaran menggemarkan dan menakutkan, selama hadith itu belum sampai ke darjat maudu' (palsu).

1. Hadith Sahih Li Zaatihi:

Perkataan Sahih adalah lawan kpd perkataan sakit.Dari sudut istilah:

Iaitu Hadis yg bersambung sanadnya melalui pembawakan org yg kuat hafalan dan adil serta meriwayatkan drpd org yg kuat hafalan dan adil sehinggalah ke akhirnya tanpa terdapat syuzuz iaitu keganjilan dan tanpa ada illat iaitu kecacatan.

2. Sahih Li Ghairihi atau dinamakan juga Hasan Li Zaatihi apabila ianya diriwayatkan melalui satu atau beberapa cara yg lain maka ianya dibantu oleh suatu kekuatan pada dua bentuk:

Pertama: Riwayatnya adalah melalui perawi-perawi yg masyhur dgn kebenaran dan penjagaan rahsia sekalipun berkurangan kekuatan hafalan mereka ataupun tidak mencapai taraf ahli Hafaz yg mahir dari kalangan perawi-perawi Hadis Sahih.

Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li Ghairihi. Hadith Sahih:Hukumnya:

1- Hadis tersebut adalah sahih dan wajib membuat hukum dengannya apabila terdapat di dlm kedua-dua kitab sahih Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat yg dipilih oleh Ibnu Solah serta menetapkan kesahihannya.

2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-Nakhbah.

3- Hendaklah diterima kesahihannya sekalipun tiada yg beramal dengannya, sebagaimana pendapat Al-Qasimi di dlm kitab kaedah-kaedah meriwayatkan Hadis, iaitu Qawaid At-Tahdis.

4- Tidak terhalang utk beramal selepas menerima Hadis yg sahih jika diketahui tidak terdapat hukum yg membatalkan atau tiada perselisihan jumhur ulama atau tiada pertembungan, bahkan hendaklah beramal dengannya sehinggalah terdapat suatu ayat Al-Qur'an Atau Hadis yg melarang, maka hendaklah diperhatikan padanya terlebih dahulu.

5- Tidak akan mencacatkan kesahihan sesebuah Hadis walaupun hanya terdapat seorang sahaja dari kalangan sahabat yg meriwayatkannya. Ini adalah diambil drpd kata-kata Ibnu Al-Qayyim di dlm kitab (Ighathah Al-Lahfan).

6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah: Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya (Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata: Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga selepas kewafatan baginda.

Kedudukan Hadis Sahih mengikut karangan yg masyhur iaitu tujuh kedudukan:

1- Hadis yg telah disepakati kesahihannya oleh Syaikhan iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim (Muttafaqun 'alaihi).

2- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

3- Hadis yg hanya diriwayatkan oleh Imam Muslim.

4- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari dan Imam Muslim walaupun mereka berdua tidak meriwayatkan di dlm Sahih masing-masing. Imam Nawawi berkata: (Pendapat mereka bermaksud: Untuk memastikan Hadis Sahih kita mestilah berpandukan kpd syarat imam Bukhari dan Muslim secara mengenal pasti bahawa perawi-perawi Hadis tersebut terdapat di dlm kedua-dua kitab mereka (kitab sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim) kerana mereka berdua tidak meletakkan syarat di dlm kitab masing-masing begitu juga di dalam kitab-kitab yg lain).

5- Hadis yg menepati syarat Imam Bukhari tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

6- Hadis yg menepati syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak meriwayatkannya di dlm kitab sahih.

7- Hadis yg dianggap sahih oleh ulama-ulama selain drpd keduanya tetapi tidak menepati syarat salah seorang drpd mereka.

Bahagian Dua

Abu Isa At-Tirmizi dianggap sebagai org pertama yg diketahui telah membahagikan Hadis kpd Sahih, Hasan dan Dhaif sebagaimana yg disebut oleh Ibnu Taimiyah di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa tetapi pengertiannya terhadap Hadis Hasan, ialah Hadis Hasan Li Ghairihi. Beliau telah membuat pengertian di dlm bab kecacatan-kecacatan yg terdapat di dlm kitab Jami'nya, di mana katanya: (Setiap Hadis yg diriwayatkan kemudian tidak terdapat pada isnadnya perawi yg dituduh berbohong dan Hadis tersebut juga tidak ganjil serta diriwayatkan dgn bentuk lain yg seumpamanya, maka pada pendapat kami ianya adalah Hadis Hasan).

Perkataan berlawanan dgn kuat. Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi) dan maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi.Dari sudut istilah:

Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan.

Dhaif dapat dibahagikan apabila hilang syarat2 penerimaan kpd beberapa jenis dan secara ringkasnya adalah seperti berikut:

a - Hilang syarat sanad yg bersambung. Ianya dapat dibahagikan kpd lima bahagian iaitu:

1 - Muallak 2-Mungqati' 3-Muaddhal 4-Mursal 5-Mudlis

b - Hilang syarat adil. Ianya dapat dibahagikan kpd beberapa bahagian iaitu:

1 - Maudu' 2-Matruk 3-Mungkar 4-Matruh 5-Mudha'af 6-Mubham

c - Hilang syarat kuat hafalan. Ianya terbahagi kpd:

1 - Mudraj 2-Maqlub 3- Muddtarib 4-Musahhif dan Muharrif

d - Hilang syarat terpelihara drpd syuzuz (keganjilan). Ianya dapat dibahagikan kpd satu bahagian sahaja iaitu syaz.

e - Hilang syarat terpelihara drpd Illat (kecacatan). Ianya hanyalah satu bahagian sahaja iaitu Muallil.

Hukum meriwayat dan beramal dengannya (Hadis dhaif)

Hadis-hadis Dhaif yg tidak tetap dan tidak ditegaskan pembohongannya.

Ibnu Taimiyah menyebut di dlm kitab Majmuk Al-Fatawa: (Apabila diketahui ianya adalah batal dan Hadis yg diada-adakan, tidak harus cenderung kepadanya, kerana sesuatu pembohongan adalah sama sekali tidak berfaedah, tetapi apabila terdapat ketetapan bahawa ianya adalah Sahih, maka tetaplah hukumnya dan apabila berlaku keraguan pada keduanya maka ia boleh diriwayatkan kerana kemungkinan ianya benar dan tiada kemudaratan pada pembohongannya.

Imam Ahmad berkata: Apabila seseorang berkata: Jika terdapat suatu targhib (Dorongan mendekati kebaikan) dan tarhib (Dorongan menjauhi keburukan), maka kami mempermudahkan pada sanad-sanadnya. Maksudnya: Kami meriwayatkan Hadis, di dlm Hadis tersebut disertakan dgn sanad-sanad sekalipun perawinya tidak mempunyai kepercayaan yg boleh dibuat hujah.

Begitu juga ada yg berpendapat: Ianya boleh diamalkan dari sudut kelebihan-kelebihan amalan.

Dimana (beramal dengannya ialah beramal dgn amalan yg soleh seperti membaca Al-Qur'an dan berzikir). Begitu juga pendapat beliau: (Apabila Hadis-hadis bab kelebihan mempunyai kadar dan had tertentu seperti sembahyang dlm waktu tertentu dgn bacaan tertentu atau dgn cara tertentu, maka ianya tidak harus kerana galakan terhadap gambaran yg tertentu ini, tidak tetap dgn dalil syarak).

Kemudian beliau mengakhiri kata-katanya dgn berkata: Maka keputusannya dlm bab ini, dibolehkan meriwayat dan beramal dengannya dlm keadaan targhib dan tarhib, bukan dlm bab galakan. Kemudian pegangan terhadap perkara wajib, iaitu kadar pahala dan balasan bergantung pada dalil syarak).

Kesimpulan drpd kata-kata Ibnu Taimiyah yg lepas, iaitu syarat-syarat yg wajib diikuti ketika meriwayatkan Hadis Dhaif yg tidak tetap pembohongannya serta tidak ditegaskan kebenarannya.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1- Hendaklah terkandung dlm asas amalan seperti membaca Al-Qur'an dan doa.

2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd perkara-perkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan dan seumpamanya.

3- Ianya bukan perkara batil yg dibuat-buat. Jika diketahui kebatilan dan ianya perkara yg dibuat-buat, maka tidak harus diambil kira dan berhujah dengannya dlm semua perkara.

Hadith Maudhu (Palsu / Dusta)

Pengertiannya pada bahasa:

Kalimah maudhuk iaitu menjatuhkannya dan dinamakan sedemikian kerana tergugur kedudukannya.

Dari sudut istilah:

Berita yg dibuat-buat terhadap Rasulullah [s.a.w] sebagai pembohongan terhadap baginda.

Kedudukannya:

Ianya adalah seburuk-buruk jenis Dhaif, bahkan sesetengah ulama menjadikannya satu bahagian yg berasingan, tidak tergolong drpd Hadis-hadis Dhaif dan tidak digunakan padanya dgn lafaz Hadis melainkan dari sudut org yg memaudhukkannya.

Hukum meriwayatkannya:

Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan disandarkan kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan tentang Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda:

Sesiapa yg membuat pembohongan terhadapku dgn sengaja maka disediakan tempatnya di dlm Neraka.Sabda Baginda lagi:

Sesiapa yg memperkatakan sesuatu tentang aku dgn percakapan yg diketahui ianya adalah bohong maka dia adalah salah seorang pembohong.

Tanda-tanda Hadis Maudhuk:

Para ulama telah menggariskan kaedah-kaedah utk mengenali Hadis-hadis Maudhu. Di antara kaedah-kaedah tersebut ialah:

1- Pengakuan drpd pembuat sendiri, seperti pengakuan Ibnu Abu Mariam yg mengaku membuat pembohongan terhadap Hadis-hadis Kelebihan Surah.

2- Terdapat bukti pada kedudukkan hubungan perawi, seperti meriwayatkan drpd syeikh yg terbukti beliau tidak menemuinya, hidup sezaman dgn nya, meninggal dunia sebelum kelahiran perawi atau beliau tidak memasuki tempat yg beliau mendakwa pernah mendengarnya spt Makmun bin Ahmad Al-Harawi yg mendakwa pernah mendengar drpd Hisyam bin Umar, maka Ibnu Hiban bertanya padanya: Bilakah kamu memasuki Syam? Beliau menjawab: Pada tahun 250 Hijrah. Ibnu Hiban berkata: Sesungguhnya Hisyam yg diriwayatkan oleh Makmun telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

3- Terdapat bukti pada matan yg menunjukkan pembohongannya, seperti terdapat pada riwayat tersebut kesalahan pada tata bahasa atau terdapat kelemahan pada lafaz dan tergugur makna.

4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.

5- Bersalahan dgn keterangan Al-Qur'an dan sunnah yg sahih, yg tidak boleh ditakwil seperti: Aku adalah penutup para Nabi, tiada Nabi selepasku melainkan jika dikehendaki oleh Allah; maka ianya bersalahan dengan firman Allah s.w.t yg bermaksud: (Tetapi Muhamad adalah pesuruh Allah dan penutup para Nabi) dan seperti apa yg bersalahan terhadap kebenaran sunnah yg mutawatir (Akulah penyudah, tiada Nabi selepasku).

6- Bersalahan dgn data sejarah yg diketahui pada masa Nabi s.a.w seperti riwayat dikenakan Jizyah ke atas org Yahudi selepas perang Khaibar dan tidak dikenakan kerja tanpa upah terhadap mereka dgn disaksikan oleh Saad bin Muaz dan ditulis oleh Muawiah bin Abu Sufian. Sedangkan ketetapan sejarah mengatakan bahawa Jizyah belum lagi diperkenalkan dan belum disyariatkan pada tahun peperangan Khaibar kerana ayat tentang Jizyah diturunkan selepas tahun peperangan Tabuk. Sesungguhnya Saad bin Muaz meninggal dunia sebelum peristiwa tersebut iaitu dlm peperangan Khandak. Manakala Muawiah pula memeluk Islam pada tahun pembukaan Mekah.

7- Khabar tentang perkara yg penting berulang dakwaan pembawakannya seperti yg berlaku dgn disaksikan oleh semua sahabat tetapi tidak meriwayatkanya melainkan seorang sahaja dan yg lainnya menyembunyikannya, seperti diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah memegang tangan Ali bin Abu Talib ketika dihadiri oleh seluruh sahabat sewaktu kepulangan mereka dari mengerjakan Haji Widak, kemudian baginda bersabda selepas org ramai mengenalinya: (Kanak2 ini adalah, saudaraku dan akan menjadi khalifah selepasku, maka hendaklah kamu mendengar dan mentaatinya). Adakah seseorang Muslim boleh menerima berita yg menunjukkan semua sahabat telah sepakat utk menyembunyikannya ketika mereka memilih Abu Bakar sebagai Khalifah dan dgn dipersetujui oleh Abu Bakar dan mereka menyetujuinya sbg khalifah mereka?

8- Mengandungi balasan yg berat teradap dosa kecil atau pahala yg banyak terhadap amalan yg sedikit. Perkara ini masyhur terhadap balasan siksa dan balasan baik seperti kata mereka: (Sesiapa yang mengucapkan kalimah "Tiada illah melain Allah" maka Allah akan menciptakan utk nya seekor burung yg mempunyai tujuh puluh ribu lidah manakala setiap lidah mempunyai tujuh puluh ribu bahasa yg sentiasa meminta keampunan untuknya.http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007_06_01_archive.htmlHadits Dhaif dan Maudhu Seputar Ramadhan (Bag.2 Pengertian)Hadits dhaif (????) adalah hadits yang tidak memenuhi persyaratan hadits shahih atau hasan. Hadits maudhu (?????) adalah hadits yang dibuat-buat dan didustakan atas nama Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.ByUmmu Sufyan Rahmawati WolyAugust 19, 2011090Hadits dhaif ()adalah hadits yang tidak memenuhi persyaratan hadits shahih atau hasan. [LihatMuqaddimah Ibnu Shalah(hal. 41),Ikhtishar Ulumil Hadits(hal. 44),Taudhihul Afkar(I/247),Musthalahul Hadits(hal. 15),Syarh Mandzumah Al-Baiquniyyah(hal. 45), danTadribur Rawi(I/195)]Hadits maudhu ()adalah hadits yang dibuat-buat dan didustakan atas nama Rasulullahshallallahu alaihi wa sallam. [LihatMuqaddimah Ibnu Shalah(hal. 95),Lamahat an Ushulil Hadits(hal. 305),Musthalahul Hadits(hal. 35),Syarh Mandzumah Al-Baiquniyyah(hal. 45), danTadribur Rawi(I/323)]Hadis maudhu (palsu) bisa diketahui ketika dalam sanadnya terdapat salah satu perawi yang pernah dikenal telah berdusta dalam menyampaikan hadis Nabishallallahu alaihi wa sallam, dan tidak ada jalur lain, selain dari orang pendusta ini. [Muqadimah fi Musthilah Hadistkarya al-Khusyui, hlm. 439]Hal-Hal Yang Menyebabkan Hadits Menjadi DhaifSuatu hadits menjadi dhaif (lemah) disebabkan oleh dua hal, yaitu:Sebab pertama, terputusnya atau gugurnya sanad.Sanad ()adalah jalur untuk sampai kepada matan, atau rangkaian perawi yang menghubungkan kepada matan hadits. [Lihat Taisir Musthalahul Hadits (hal. 18),Musthalahul Hadits(hal. 58), danTadribur Rawi(I/27)]Ada beberapa jenis hadits dhaif yang disebabkan oleh terputusnya sanad, yaitu:1.Hadits muallaq(), yaitu hadits yang terputus dari sanad awalnya sesudah mukharrij (imam pencatat hadits).2.Hadits mudhal(), yaitu hadits yang dalam sanadnya terputus dua orang rawi atau lebih, secara berturut-turut.3.Hadits munqathi(), yaitu hadits yang dalam sanadnya gugur seorang rawi sebelum sahabat, atau gugur dua orang rawi di dua tempat dengan syarat tidak berturut-turut.4.Hadits mudallas(), yaitu hadits yang sanadnya disembunyikan dan disangkakan pada derajat yang lebih tinggi daripada derajat yang sebenarnya. Orang yang melakukannya disebut mudallis dan perbuatannya disebut tadlis.Tadlis terbagi menjadi dua, yaitu:a.Tadlis isnad( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh seorang rawi dari seorang rawi yang sezaman dan bertemu dengannya, akan tetapi dia tidak mendengar hadits dari rawi tersebut. Kemudian dia membuat keraguan dengan memakai lafazh yang seolah-olah ia mendengar darinya.Tadlis isnad terbagi dalam beberapa macam, yaitu:Pertama,Tadlis taswiyah( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh seorang rawi mudallis yang mendengar hadits itu dari syaikh atau gurunya yang tsiqah (terpercaya). Rawi yang tsiqah ini menerima hadits dari rawi yang dhaf (lemah), kemudian rawi yang lemah ini meriwayatkan hadits tersebut dari rawi lain yang tsiqah. Lalu untuk membaguskan sanad hadits tersebut, si mudallis menggugurkan rawi yang lemah yang berada diantara dua rawi yang tsiqah dengan menggunakan lafazh yang tidak tegas, seolah-olah rawi tsiqah yang pertama menerima hadits itu dari rawi tsiqah yang kedua. Padahal diantara keduanya ada seorang rawi yang dhaif, namun namanya dihilangkan dari urutan sanad.Kedua,Tadlis athaf( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh seorang rawi mudallis yang dia mendengar hadts itu dari syaikh atau gurunya, kemudian ia iringi dengan rawi yang lain dengan menggunakan huruf athaf (yakni huruf wawu: ). Namun, dia tidak mendengar hadits itu dari rawi kedua yang dia athaf-kan.Ketiga,Tadlis sukut( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh seorang mudallis dengan menggunakan lafazh yang tegas. Kemudian dia diam dengan niat memutuskan pembicaraan, setelah itu dia berkata, Si Fulan.b.Tadlis Syuyukh( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh seorang Mudallis, dimana dia mensifatkan syaikhnya dengan suatu sifat yang tidak dikenal, berupa nama, kunyah, nasab, atau laqab atau gelaran dan lain-lain.5.Hadits Mursal(), yaitu hadits yang disandarkan oleh tabiin secara langsung kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam tanpa menyebutkan nama sahabat yang meriwayatkannya.Selain Hadits Mursal Tabiin, Hadits Mursal juga terbagi menjadi:a.Mursal Khafi( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh seorang rawi dari seorang rawi yang semasa atau sezaman dengannya, akan tetapi dia tidak pernah bertemu dengannya.b.Mursal Shahabi( ), yaitu hadits yang diriwayatkan oleh sahabat yang dia sendiri tidak mendengar secara langsung atau melihat kejadiannya dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, tetapi dengan perantaraan sahabat lain, baik karena ia masih sangat kecil, atau karena masuk Islam belakangan, atau karena sebab lain.Sebab kedua, tercelanya (cacat) seorang atau beberapa rawi.Rawi() adalah orang yang meriwayatkan hadits.Hadits dhaf yang disebabkan karena cacat dan tercelanya rawi ada sepuluh macam. Lima macam berkaitan dengan ke-adalah-an rawinya dan lima macam lagi berkaitan dengan ke-dhabith-an rawinya.Al-Adalah() yaitu orang muslim, berakal, dewasa, terbebas dari sebab-sebab kefasikan dan rusaknya muruah (wibawa). [LihatSyarh Nukhbatul Fikr(hal. 28-29),Musthalahul Hadits(hal. 17), danTadribur Rawi(I/61)]Adh-Dhabth() yaitu seorang perawi yang kuat hafalannya ketika meriwayatkan hadits dengan hafalan yang sempurna dan tanpa keraguan. [LihatSyarh Nukhbatul Fikr(hal. 28-29),Musthalahul Hadits(hal. 17), danTadribur Rawi(I/61)]1.Sebab-sebab hadits dhaif yang berkaitan denganadalah-nya seorang rawi,yaitu:a. Karena dusta dan bohongnya rawi atas nama Rasulullahshallallahu alaihi wa sallamdengan sengaja. Hadits yang diriwayatkannya disebut hadits maudhu.b.Karena rawi tersebut dituduh telah berdusta atas nama Rasulullahshallallahu alaihi wa sallam. Hadits yang diriwayatkannya disebut hadits matruk.c.Karena rawi tersebut sering melakukan kesalahan atau buruk kesalahannya dalam meriwayatkan hadits.d.Karena rawi tersebut sering lalai dalam meriwayatkan hadits, yakni tidak teguh atau kuat di dalam meriwayatkannya.e.Karena rawi tersebut adalah seorang yang fasik. Hadits yang diriwayatkan oleh rawi dari poin C sampai poin E, haditsnya disebut hadits munkar.2.Sebab-sebab hadits dhaif yang berkaitan dengan dhabith-nya seorang rawi,yaitu:a.Karena rawi tersebut sering waham (ragu-ragu). Hadits yang diriwayatkannya disebut hadits malul.b. Karena riwayat dari yang tsiqah, menyalahi riwayat dari rawi yang lebih tsiqah. Hadits yang diriwayatkannya disebut hadits syadz.c.Karena rawi tersebut seorang yangmajhul(tidak dikenal) atau mubham (samar-samar).d.Karena rawi tersebut seorang ahli bidah.e.Karena rawi tersebut buruk hafalannya.BersambunginsyaallahBaca juga,Taisir Musthalah Hadits (7): MaudhuTaisir Musthalah Hadits (5): Penjelasan untuk Sanad yang Terputus, Tadlis & Mudhthorib

***muslimah.or.idPenyusun:Ummu Sufyan Rahmawaty Woly bintu MuhammadMurajaah:Ustadz Ammi Nur BaitsMaraji:1.Al-Baitsul Hatsits Syarh Ikhtishar Ulumil Hadits, AL-Hafizh Ibnu Katsir, cetakan Maktabah Al-Maarif, Riyadh.2.Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam, Imam Abi Muhammad Ali bin Ahmad bin Said bin Hazm, cetakan Darul Afaq Al-Jadidah, Beirut.3.Al-Maudhuat min Al-Ahaditsil Marfuat, Ibnul Jauzi, cetakan Adhwaus Salaf, Riyadh.4.Al-Wadhu fil Hadits, Dr. Umar Hasan Falatah, cetakan Maktabah Al-Ghazali, Damaskus.5.As-Sunnah Qabla At-Tadwin, Muhammad Ajaj Al-Khathib, cetakan Maktabah Wahbah, Kairo.6.As-Sunnah wa Makanatuha fit Tasyri Al-Islami, Mushthafa As-Sibai, cetakan Al-Maktab Al-Islami, Damaskus.7.Ensiklopedi Amalan Sunnah di Bulan Hijriyyah, Abu Ubaidah Yusuf As-Sidawi dan Abu Abdillah Syahrul Fatwa, cetakan Pustaka Darul Ilmi, Bogor.8.Fathul Bari bi Syarh Shahih Bukhari, Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani, cetakan Darul Hadits, Kairo.9.Hadits Lemah dan Palsu yang Populer di Indonesia,Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf.10.Irwaul Ghalih fi Takhriji Ahadits Manaris Sabil, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, cetakan Al-Maktab Al-Islami, Beirut.11.Manzilatus Sunnah fit Tasyri Al-Islami, Muhammad Aman bin Ali Al-Jami, cetakan Darul Minhaj, Kairo.12.Musthalahul Hadits, Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, cetakan Daar Ibnul Jauzi, Riyadh.13.Penolakan M. Quraish Shihab Terhadap Hadits Keberadaan Allah (Sebuah Tinjauan Kritik Hadits), Sofyan Hadi bin Ismail Al-Muhajirin, skripsi kelulusan sarjana Fakultas Tafsir Hadits UIN, Bandung.14.Qawaidut Tahdits,Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, cetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut.15.Shahih Muslim,Imam Abi Al-Husain Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi An-Naisaburi, cetakan Darul Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut.16.Silsilah Al-Ahadits Adh-Dhaifah wal Maudhuah, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, cetakan Maktabah Al-Maarif, Riyadh.17.Sunan Ibnu Majah, Abi Abdillah Muhammad bin Zaid Al-Qazwini (Ibnu Majah), cetakan Maktabah Al-Maarif, Riyadh.18.Syarh Manzhumah Al-Baiquniyyah, Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, cetakan Maktabah Al-Ilmu, Kairo.19.Syarh Nukhbatul Fikr fi Musthalah Ahlil Atsar, Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalaniy, cetakan Darul Mughniy, Riyadh.20.Syarhus Sunnah, Imam Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali bin Khalaf Al-Barbahari, cetakan Maktabah Darul Minhaj, Riyadh.21.Tadribur Rawi, Al-Hafizh Jalaluddin As-Suyuthi, cetakan Daar Thaybah, Riyadh.22.Taisir Musthalahul Hadits,Mahmud Ath-Thahhan, cetakan Maktabah Al-Maarif, Riyadh.23.Takhrijul Ihya Ulumuddin, Al-Hafizh Abi Fadhl Zainuddin Abdurrahman bin Husain Al-Iroqi, cetakan Maktabah Daar Thabariyyah, Riyadh.24.Tamamul Minnah fit Taliq ala Fiqhus Sunnah,Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, cetakan Daar Ar-Rayah, Riyadh.25.Taqribut Tahdzib, Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani, cetakan Baitul Afkar Ad-Dauliyyah, Riyadh.26. Dan kitab-kitab lain.