muzik tradisional melayu

15
MUZIK TRADISIONAL MELAYU KOMPANG Kompang Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. 1

Upload: hairulniza-binti-ahmad

Post on 07-Dec-2015

308 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

school work

TRANSCRIPT

Page 1: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

MUZIK TRADISIONAL MELAYU

KOMPANG

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

1

Page 2: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

REBANA

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama

CANANG

Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa(time marker) dalam enssembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Dalam konteks persembahan yang berhubung dengan teater tradisionalianya disertakan secara berpasangan iaitu canang ‘ibu’ dan ‘anak’. Kini terapt 2 jenis canang yang sering digunakan iaitu diperbuat daripada besi dan gangsa

2

Page 3: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

GEDOMBAK

Gedombak merupakan gendang dua muka tetapi hanya pada permukaan dasar sahaja yang dipengan dengan kulit. Dalam konteks persembahan ianya disertakan secara berpasangan iaitu ibu dan anak yang dimainkan oleh du orang pemain seperti dalam persembahan wayang kulit dan menora di Kelantan

GAMBUS

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan

Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei

3

Page 4: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

Permainan Tradisional Masyarakat Melayu

Seperti mana yang kita tahu, negara Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Di antaranya termsuklah congkak, batu seremban, wau dan gasing.

Permainan Congkak

Permainan ini wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. 

Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak yang merupakan "rumah". "Rumah" kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.Pemain akan duduk secara bertentangan dan "kampung " akan disi dengan buah congkak yang mempunyai bilngan buah yang sama. Kedua-dua pemain akan mulakan permainan secara serentak. Mereka akan mengambil

buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap "kampung" menuju ke "rumah" masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di kampung yang kosong dan dianggap mati.  Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.

4

Page 5: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

BATU SEREMBAN

       Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.

Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang oleh kanak-kanak dan perempuan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan ialah 5 biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. 

Dalam permainan ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Pemain akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

5

Page 6: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

Wau

Permainan wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Sehingga kini, wau masih digemari oleh pendudukn di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau kucing, wau daun, wau merak, wau puyuh, wau bulan dan lain-lain lagi. Antaranya yang paling digemari oleh orang Malayu ialah wau bulan.

Biasanya, wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang yang memegang wau dan seorang lagi memegang tali. Apabila angin bertiup, tali akan ditarik oleh juru anjung secara melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

6

Page 7: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

Gasing

Gasing merupakan permainan tradisional orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. 

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbangi pada satu titik. Gasing biasa diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Pemain akan melilitkan seutas tali pada tangan dan gasing kemudian gasing dilempar ke atas tanah. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Pemenang akan dikira berdasarkan tempoh masa gasing berputar.

7

Page 8: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

MAK YONG

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu

KUDA KEPANG

Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung

8

Page 9: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

ZAPIN

Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

TARIAN LILIN

Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan.

9

Page 10: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

TARIAN GAMELAN

Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah denganWan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.

Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut.

 

10

Page 11: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

Rumah-rumah Tradisional di Malaysia

      Rumah tradisional melayu

Rumah-rumah tradisional Melayu telah diwarisi  semenjak beratus tahun yang lalu. Gaya dan bentuk Rumah Tradisional Melayu dipengaruhi oleh cara hidup, ekonomi, alam persekitaran dan iklim.

Iklim adalah perkara yang penting yang mempengaruhi bentuk senibina Rumah Tradisional Melayu. Negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat. Rumah-rumah dan bangunan dibina dengan berpanggung atau bertiang. Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara.Rumah Tradisional Melayu yang bertiang dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir.

11

Page 12: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

   Rumah Tradisional Melayu   

   

Bentuk bumbung yang curam yang dipanggil “lipat kajang” dapat memudahkan curahan air hujan. Lantai dan dinding rumah yang diperbuat daripada anyaman peluhan adalah untuk memudahkan pengedaran udara dan untuk mengurangkam rasa bahang panas.

Rumah Tradisional Melayu yang awal yang digunakan oleh Melayu dipanggil “dangau” atau “teratak”. Bentuk rumah tradisi ini adalah ringkas. Pada masa dahulu, tiang Rumah Tradisional Melayu adalah bulat dan diperbuat daripada anak-anak pokok kayu. Seluruh rumah   diperbuat daripada kayu dan bumbungnya daripada atap nipah atau rumbia.

 Bentuk Rumah Tradisional Melayu ini telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Tetapi bentuk asas

12

Page 13: MUZIK TRADISIONAL MELAYU

iaitu bertiang dan berlantai tinggi dari tanah masih dikekalkan. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, atap nipah, atap rumbia, atap bertam, buluh berayam, pelupuh, kayu buluh atau batang nibung, telah digantikan dengan bahan-bahan lain seperti zing dan genting untuk bumbung dan simen serta batu bata.

Bentuk rumah tradisional adalah berbeza bagi setiap negeri. Rumah-rumah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendirian.

13