baju tradisional melayu

Upload: puru

Post on 09-Mar-2016

378 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tentang baju tradisional melayu di malaysia. boleh dibuat latihan,diwarna dan dijadikan abm.

TRANSCRIPT

Baju tradisional MelayuDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Baju tradisional Melayumerujuk kepada baju tradisionalorang Melayu, terutamanyabaju Melayudanbaju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.[1]Isi kandungan 1Baju Riau 2Baju Belah Kebaya Panjang 3Baju Melayu Cekak Musang 4Baju Teluk Belanga 5Baju Kurung 6Rujukan 7Pautan luarBaju Riau[sunting|sunting sumber]Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kainSongket.Baju Belah Kebaya Panjang[sunting|sunting sumber]Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.Baju Melayu Cekak Musang[sunting|sunting sumber]Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.Baju Teluk Belanga[sunting|sunting sumber]

Baju "Cekak Musang" lengkapBaju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.Baju Kurung[sunting|sunting sumber]Baju kurungdianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.[2]Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatanganIslam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.Rujukan[sunting|sunting sumber]1. Baju Kurung Melayu(PPT) Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.2. Budi kencana: kumpulan makalah memperingati persaraan Profesor Tan Sri Dato' Ismail Hussein, oleh Safiah Karim (Nik.), Siti Hawa Hj. Salleh, Mohd. Yusof Hasan, Ismail Hussein (Datuk), Universiti Malaya. Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1994 - 372 laman

SEJARAH PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

Orang Melayu tempatan pra sejarah sudah mempunyai kemahiran membuat pakaian daripada kulit kayu melalui bukti batu penerap yang ditemui. Dipercayai, batu penerap itu digunakan sebagai penumbuk kulit kayu supaya menjadi lembut dan nipis.Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu-Buddha masih kuat ke atas masyarakat Melayu. Masyarakat tempatan pada masa itu, memakai pakaian yang amat ringkas. Mereka hanya menutup di bahagian tertentu tubuh. Kaum lelaki hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pakaian sebegini sesuai dan selesa dipakai dalam cuaca panas kawasan tropika. Kaum wanita pula hanya menggunakan 3 helai kain; iaitu kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan golongan wanita bangsawan dengan rakyat adalah golongan bangsawan menggunakan kain daripada jenis yang mahal dan indah serta memakai perhiasan keemasan. Dapat dilihat jurang sosial yang wujud dari cara berpakaian masyarakat, semenjak sebelum kedatangan Islam.

Pengaruh Islam sekitar abad ketujuh yang antaranya dibawa oleh pedagang-pedagang Arab melalui kegiatan perdagangan, secara tidak langsung mempengaruhi reka bentuk pakaian tradisional masyarakat Melayu secara berperingkat-peringkat. Dari abad ketujuh hingga ke-13, adalah satu tempoh transisi dan penyesuaian yang panjang. Walaupun agama Islam telah tersebar di alam Melayu, namun pengaruh Hindu-Buddha masih kuat.. Dari segi pakaian, masyarakat tempatan mula berpakaian secara sopan dengan menutup badan mereka dengan baju. Kaum wanita dan lelaki memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sari sutera.

Baju tunik adalah baju yang ditebuk di bahagian leher supaya memudahkan pemakainya menyarungkan baju ini melalui leher, seperti ketika memakai baju kurung.Selain baju tunik, seperti yang telah disebutkan di atas, ada juga baju yang berlengan pendek, berleher tunik juga dan berkancing sebutir butang emas. Baju ini dinamakan baju alang. Baju alang ini dipakai oleh raja-raja sebagai baju basahan.

Selepas abad yang ke-13 baharulah pengaruh Islam menampakkan kesannya. Agama Islam mula dihayati oleh masyarakat tempatan. Pakaian masyarakat tempatan mula dipengaruhi pakaian orang Arab seperti pemakaian jubah.

Proses evolusi pakaian Melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Bermula dari istana-istana raja, bangsa Melayu mencapai zaman kegemilangannya dan sehingga sekarang warisan budayanya masih menjadi sumber inspirasi kepada bangsa Melayu. Seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu, ada menceritakan bahawa Tun Hassan (yang hidup semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju Melayu asal kepada bentuk baju Melayu yang dipakai sekarang. Tun Hassan telah melabuhkan baju Melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan baju Melayu. Baju itu dinamakan baju kurung. Dengan melabuhkan baju tersebut, bentuk rupa pakaian Melayu serupa dengan bentuk rupa jubah, pakaian orang Arab.

Sekiranya kaum lelaki memakai baju kurung dengan seluar panjang dan kain sarung yang diikat di pinggang hingga ke paras lutut, kaum wanita pula memakai baju kurung dengan kain sarung. Kaum wanita juga telah mula memakai kelubung untuk menutup kepala yang terdedah semasa keluar rumah. Pada waktu itu, wanita - wanita yang berkelubung terdiri daripada golongan istana, bangsawan, anak-anak yang keluarganya ialah guru-guru mengaji.

REVOLUSI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYUProses evolusi pakaian tradisional Melayu turut berlaku pada zaman penjajahan Barat di Asia Tenggara. Pereka pakaian Melayu mulai menyerapkan ciri-ciri Barat yang dianggap sesuai ke pakaian tradisional Melayu. Pakaian bagi kaum lelaki, pada zaman penjajahan British adalah, seperti pakaian baju labuh berkolar dengan kain sarung atau pakaian kot, vest, seluar panjang serta kain samping. Bagi golongan raja-raja pula, pakaian kot berbutang emas atau logam berbaris yang mengancing baju yang terbuka di bahagian hadapan, seluar panjang berfesyen Inggeris serta memakai pedang.Ada juga yang memakai hiasan jam berantai. Bagi kaum wanita pula, terutama sekali golongan bangsawan, baju kurungnya masih dikekalkan dalam bentuk labuh dan longgar. Baju kurung ini dikenakan dengan kain ikatan ombak mengalun. Selain baju kurung, ada juga baju labuh yang berbelah di hadapan. Bagi golongan istana atau golongan bangsawan, penggunaan aksesori seperti kerongsang sering dipadankan dengan pakaian mereka.Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi.Fesyen baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana atau golongan bangsawan dan kemudian menjadi ikutan rakyat biasa. Akhirnya, reka bentuk pakaian tradisional Melayu antara golongan istana dengan rakyat hampir serupa, hanya jenis kain serta aksesori yang digunakan berbeza.

Dahulu, anugerah raja kepada rakyat yang telah berjasa adalah berupa bahan pakaian. Ada diriwayatkan dalam sejarah Melayu, seorang hamba raja menerima anugerah sepersalinan pakaian. Sepersalinan pakaian itu sebenarnya merupakan bekas pakaian yang pernah dipakai raja. Anugerah sepersalinan pakaian dianggap tinggi kerana nilai sosial yang ada pada masyarakat menganggap apa sahaja yang menjadi budaya diraja, sebagai suatu yang mulia. Sebenarnya anugerah sebegini dapat memperkukuhkan kedudukan raja kerana raja tidak akan memakai atau mengambil sesuatu yang pernah menjadi bekas rakyat tetapi sebaliknya, rakyat boleh mengambil sesuatu yang menjadi bekas raja melalui anugerah raja.

Rakyat zaman dahulu juga tidak dibenarkan memakai kain berwarna kuning dan tidak boleh memakai perhiasan diri serta kain sutera berwarna kuning dan sutera putih. Tercermin pengaruh Hindu yang menganggap warna kuning sebagai warna keramat yang khusus untuk golongan bangsawan.

Bagi orang Melayu, pakaian memainkan peranan penting sebagai suatu yang amat berharga dan disanjung tinggi. Justeru banyaklah ungkapan yang menggunakan istilah kain dipakai untuk menerangkan nilai yang ada pada seseorang. Sebagai contoh, ungkapan jika buruk kain dipakai, buruklah sifat seseorang itu. Namun ungkapan ini bukan bermaksud menghina golongan yang tidak berkemampuan memakai pakaian cantik. Apa yang dimaksudkan dengan buruk kain dipakai adalah cara seseorang itu mengikat kain. Jika tidak teliti dan mahir, kain akan kelihatan berkedut dan tidak rapi. Simboliknya, memaparkan nilai yang ada pada si pemakai sebagai seseorang yang tidak tahu mengurus diri dengan baik, tidak sabar dan kurang teliti.JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYUCitra pakaian tradisional Melayu begitu penting sehinggakan sebarang perubahan, penyesuaian dan gubahan yang dilakukan terhadap pakaian tradisional tidak boleh lari dari citra asalnya. Buktinya, baju Melayu tetap memantulkan keperibadian Melayu dan terus dipakai hingga kini.Baju Kurung Teluk BelangaMenurut Dato Haji Muhammad Said Haji Sulaiman, dalam bukunya Pakaian Patut Melayu, pakaian baju kurung yang dipakai sehingga sekarang berasal dari negeri Johor. Menurut beliau, pakaian tradisional ini dipakai di negeri Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar; iaitu pada tahun 1800 di Teluk Belanga, Singapura.Pada masa itu Teluk Belanga di bawah pemerintahan negeri Johor. Orang Johor telah mengubah suai pakaian Melayu di bahagian leher dengan menjahit tulang belut dan sembat halus pada seluruh baju kurung itu; supaya kelihatan lebih kemas dan menarik. Baju kurung Teluk Belanga mempunyai leher berbentuk bulat dan belahan di hadapan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu rumah kancing dengan menggunakan jahitan benang. Rumah kancing dibuat dengan jahitan insang pari.

Baju kurung Teluk Belanga memerlukan bahagian lehernya dikancing dengan sebutir butang yang berwarna emas atau perak. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar serta kain samping dagang. Ciri-ciri ini telah memperlihatkan keunikan identiti baju kurung orang Johor. Bagi kaum wanita, mereka biasanya memakai butang berbatu berlian atau batu lain yang bernilai. Kini, kaum wanita gemar menggunakan keronsang kecil sebagai pengganti butang baju kurung. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung ikatan ombak mengalun.Baju Kurung Cekak MusangBaju kurung telah mengalami pelbagai perubahan sejak dari mula baju ini dicipta. Baju kurung yang ditambah dengan leher berdiri; dinamakan baju kurung cekak musang atau baju wan. Baju ini telah dipengaruhi oleh baju gamis atau kamis (jubah jemaah haji yang pulang dari Makkah). Jubah ini telah dipendekkan ke paras punggung supaya selesa dipakai.Poketnya dijahit serupa dengan baju kurung Teluk Belanga. Bahagian leher baju kurung cekak musang ini dikancing dengan tiga, lima, tujuh atau sembilan butir butang. Bahagian leher ini tidak dijahit tulang belut halus. Bagi kaum lelaki, baju ini dipadankan dengan seluar potong Melayu dengan kain samping dagang luar.Bagi kaum wanita pula, baju kurung cekak musang juga dipakai dengan kain sarung ikatan ombak mengalun.SeluarPakaian seluar diperkenalkan oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar menjadi popular di kalangan pembesar dan orang istana. Ini kerana pembuatan seluar pada masa itu memerlukan kepakaran penjahit dan kain yang banyak. Hanya golongan berada yang mampu memakainya.Golongan bangsawan memakai seluar potongan Acheh, manakala rakyat biasa menggunakan dua jenis potongan seluar iaitu seluar gunting Melayu dan seluar gunting Cina. Seluar potongan gunting Melayu mempunyai potongan yang paling ringkas dan memudahkan pergerakan lasak.Kain SarungPada masa dahulu, terdapat satu lagi kain sarung yang dinamakan kain dagang.Kain ini dipakai oleh kaum wanita sebagai kain tudung. Kain dagang ini digunakan untuk melindungi diri daripada cahaya matahari dan daripada pandangan lelaki. Apabila sampai di rumah, kain ini diikat pada pinggang sahaja. Dahulu, kain sarung wanita ini boleh juga menjadi senjata kaum wanita jika diserang.Baju Kurung ModenBaju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik. Ia tidak gelobor seperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun, ciri-ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

BAJU MELAYU

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu ialah baju Melayu. Baju Melayu merupakan kameja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan bersongkok. Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan baju Melayu potongan cekak musang. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman. Cara memakai baju Melayu Teluk Belanga biasanya samping dipakai di sebelah dalam baju. Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju.

BAJU KURUNG

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja. Setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang sopan. Baju kurung lazimnya diketahui sebagai jenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju tersebut meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja, dilihat sebagai mematuhi peraturan pakaian Islam. Baju kurung boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Digandingkan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

Baju Kebaya

Baju belah telah melalui evolusi kerana telah terpengaruh dengan pakaian wanita Barat. Baju belah yang asalnya gelobor dan labuh kini mulai berubah dengan bentuk yang lebih kemas. Potongan baju menjadi ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit. Nama yang sesuai telah mengiringi perubahan baju belah ini menjadi baju kebaya.Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Kain sarung diikat secara ikatan kuncup, iaitu kepala kainnya dilingkup ke bahagian hadapan. Baju kebaya ini dipakai dengan kancing berbunga atau kerongsang yang beransingan atau yang berantai.Baju kebaya pendek pula, telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju.Baju kebaya moden telah mula dipakai orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Walaupun dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu dipakai dengan kain. Baju kebaya moden ini adalah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadankan dengan kain ikatan secara wiron. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas.Pada tahun 1960an, baju kebaya moden dipadankan dengan kain yang ketat dan dibahagian hadapan kain dibuat satu belahan hingga ke paras lutut untuk memudahkan pergerakan. Apabila pemakainya mengatur langkah, betisnya akan kelihatan.Pada akhir tahun 1970an, baju kebaya moden tidak digemari. Fesyen pakaian itu berubah kepada bentuk lebih longgar dan manis dilihat. Kebaya ini masih dipadankan dengan kain yang berbelah, tetapi selisih kain di bahagian belahan dilebarkan supaya betis tidak kelihatan.Dewasa ini, baju kebaya turut dipadankan dengan seluar. Seluar itu akan dikecilkan sedikit pada bahagian buku lali. Ini bagi membolehkan si pemakai bergerak bebas.

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina

Busana Kaum Cina

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Kaum Cina merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil cheongsam ( perempuan ), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina menggunakan kain yang berwarna merah bagi upacara atau perayaan yang diraikan dengan gembira. Ini kerana mereka bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah. Manakala mereka menggunakan warna putih dam hitam bagi menunjukkan duka ataupun keadaan yang tidak baik.

Pakaian tradisional untuk orang lelaki masyarakat Cina

SAMFOOSamfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.

JUBAH LABUHJubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.

Pakaian tradisional untuk orang perempuan masyrakat Cina

CHEONGSAMPakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA

Dhotimerupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

Sarimerupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Pakaian tradisional lelaki IbanPakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu KainSiratdanDandong. KainSiratdikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban.Siratdipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.Dandongpula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandonglebih lebar daripadabedong. Panjangdandongtidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.Dandongdiperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita IbanTerbahagi kepada tiga jenis iaituBidang, KalambidanBedong.Bidangmerupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggilkalambipula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagaibedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah. Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat (Topi bulat). Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :- Sinuangga baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. Sinompukung Blaus dengan lengan dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang

PAKAIAN SIKH/PUNJABI

PEREMPUAN Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaiansalwar kameezatau baju Punjabi. Terdiri daripadablauspanjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

LELAKI Kurtapula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atauline.

TURBAN/DASTAR Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya. Kain serban dipakai sepanjang 5 meter. Serban dalam kalangan penganut Sikh amat berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai. Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama agar rambut yang panjang mudah diurus, tetapi kaum perempuan tidak perlu memakai serban.