permainan tradisional melayu

23
PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU : CONGKAK Name : I.D No : Fakulti :

Upload: ijathulah

Post on 28-Jun-2015

1.104 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU :

CONGKAK

Name :

I.D No :

Fakulti :

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

ISI KANDUNGAN :

Permainan Tradisional melayu

Penghargaan

Pengenalan

Latar belakang congkak

Asas permainan

Peraturan permainan

Cara membuat congkak

Kesimpulan

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Permainan traditional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PENGENALAN

Congkak adalah sejenis permainan tradisional melayu yang sering dimainkan oleh kaum wanita dan kanak-kanak sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah yang dikorek dan kebiasaannya buah congkak menggunakan guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Di samping memberi keseronokan, congkak juga berfungsi sebagai suatu latihan mengira/mencongak.

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut ‘kampung’. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam yang dinamakan ‘rumah’. Jumlah kampung yang

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.

Page 6: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

LATAR BELAKANG CONGKAK

Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM(Sebelum Masihi) di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di

Page 7: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam telefon bimbit.

Sebutan dan panggilan congkak

Congkak adalah permainan rakyat yang sudah berkembang cukup lama di kawasan Melayu dengan sebutan yang berbeda-beda. Di Malaysia dan beberapa daerah di Kepulauan Riau dikenal dengan Congkak, di Filipina disebut sungka, di Srilanka dikenal dengan cangka, di Thailand tungkayon dan di beberapa daerah lain di Indonesia seperti di Sulawesi disebut mokaotan, maggaleceng, aggalacang and nogarata. Ada juga yang menyebutnya congklak, seperti daerah-daerah yang ada di pulau Jawa

Page 8: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

SEJARAH PERKEMBANGAN DI MALAYSIA

Congkak berasal dari Timur Tengah, yang menyebar di Asia Tenggara, terutama di kerajaan Malaka melalui dunia perdagangan. Permainan ini berkembang pada masa kesultanan Malaka pada abad ke-15, yang dimainkan oleh keluarga istana, seperti putri-putri raja. Dalam perkembangannya, congkak sudah mulai dikenal di daerah Tanjung Pinang pada awal abad ke-17 sampai 18 M. Pada masa itu, congkak hanya dimainkan oleh keluarga istana, terutama puteri-puteri raja dan bangsawan di sekitar Istana Penyengat. Selain kerabat istana, congkak dimainkan juga oleh rakyat biasa, tetapi terbatas pada kelompok sosial tertentu, misalnya kelompok nelayan atau kelompok petani saja. Jadi, pada masa ini permainan congkak hanya dimainkan oleh orang-orang yang memiliki status sosial yang sama. Setelah kekuasaan Kesultanan Riau runtuh, dan kemudian diganti oleh kekuasaan penjajahan Belanda, secara perlahan suasana mulai berubah. Status sosial antara keluarga istana dengan rakyat biasa mulai mencair. Rakyat biasa mulai bermain dengan keluarga istana, terutama dengan putri-putri raja. Salah satu permainan yang dimainkan pada waktu itu adalah congkak, sehingga permainan ini bukan hanya milik keluarga istana atau rakyat biasa saja, tetapi juga milik masyarakat Melayu, yang kemudian menjadi salah satu permainan rakyat Melayu.

Page 9: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

ASAS PERMAINAN

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di

Page 10: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Page 11: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

PERATURAN PERMAINAN

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan,

Page 12: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Perbezaan Peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan

Page 13: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Nilai budaya

Page 14: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Ketelitian, kecerdasan dan kejujuran sangat dibutuhkan di dalam permain congkak ini. Ketelitian dituntut agar ketika memasukkan buah congkak tidak salah, seperti salah memasukkan buah congkak ke lubang induk pemain lawan, atau kesalahan-kesalahan lain; kecerdasan dibutuhkan agar seorang pemain bisa memenangkan permainan tersebut; sementara kejujuran diharapkan agar masing-masing pemain bersikap sportif, dan tidak menipu lawannya ketika lawan tersebut dalam keadaan lengah.

CARA MEMBUAT CONGKAK

Page 15: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.

2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat congkak.

3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.

4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan tertentu.

5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.

6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.

Page 16: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.

8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman. Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Namun demikian, buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap, apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan.

Page 17: PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU

KESIMPULAN

Permainan tradisional congkak ini telah wujud sejak zaman nenek moyang kita dahulu yang dulu ianya sangat popular. Lama kelamaan, popularitinya semakin menurun sehingga sekarang. Permainan congkak yang dimainkan dahulu tidak seperti zaman modern sekarang. Malah, pertandingannya pun tidak diperlihatkan lagi. Hanya di se-setengah sekolah sahaja yang dipertandingkan untuk memeriahkan persatuan kokurikulom mereka.

Kesimpulanya, kemungkinan permainan tradisional ini akan lupus dan dianggap tidak wujud lagi dengan ada nya permainan-permainan baru yang lebih canggih daripada congkak ini seperti anak-anak muda sekarang yang hanya mempertangahkan permainan video. Ini akan menyebabkan mereka ‘TIDAK TAHU’ apa itu congkak. Kemungkinan juga, congkak akan dibuat perhiasan sahaja dengan ada nya ukiran-ukiran ditepinya dan bentuk-bentuk yang unik.

Oleh itu, warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara.