makanan tradisional kaum melayu

Upload: elliceyong

Post on 02-Mar-2016

1.376 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

GOOD TIMBERThe tree that never had to fightFor sun and sky and air and light,But stood out in the open plain.And always got its share of rain,Never become a forest king.But lives and died a scrubby king.The man who never had to toilTo gain and farm his patch of soil,Who never had to win his shareOf sun and sky and light and air,Never become a manly manBut lived and died as he began.Good timber does not grow with ease,The stronger wind, the stronger trees,The further sky, the greater length,The more the storm the more the strength.By sun and cold, by rain and snow,In trees and men good timbers grow.Where thickest lies the forest growthWe find the patriarchs of both.And they hold counsel with the starsWhose broken branches show the scarsOf many winds and much of strife.This is the common law of life.

TRANSCRIPT

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Nasi LemakNasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

LemangLemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

Otak-otak

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu Otak-otak Terengganu dan Otak-otak Johor.Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai spring roll.Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Kuih BulanKuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Zong ziZongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.

Kuih BakulKuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya nian gao di mana perkataan go berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud tinggi melambangkan erti semakin tahun semakin tinggi atau ringkasnya setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MurukuMuruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

Roti CanaiRoti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

TosaiTosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Makanan Tradisional di MalaysiaMemandangkan sekolah dah mula buka ana teringatlah sewaktu ana tolong siapkan folio kajian tempatan anak ana semasa berada di sekolah rendah dahulu...Tajuknya Makanan Tradisional di Malaysia ...punyalah sibuk hampir seminggu untuk menyiapkan projeknya kerana terpaksa menGoogle cari bahan-bahan dan foto-foto untuk di selitkan ..Oleh itu ana mendapat ilham untuk membuat satu entri untuk pelajar-pelajar mendapatkan serba sedikit bahan sekiranya hendak menyiapkan tugasan berkaitan Makanan Tradisional di Malaysia... apa yang ana kongsikan disini adalah hasil pemerhatian dan pengetahuan ana yang tak seberapa ini..

Makanan Tradisional Kaum Melayu di Malaysia:

Boleh dikatakan makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga.Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut...Disini ana kelaskan kepada dua kategori:

Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:

Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.

Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas

Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.

Dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging

Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.

Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang.

Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.

Dodol dan Wajik

Juadah sajian harian:

Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu ana ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.

Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.

Tepung pelita, lompat tikam, lompang, abuk-abuk sagu, koci, tepung gomak dan seri muka.

Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

Sata dan pulut panggang

Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh dimakan.

Tapai Pulut dan Tapai Ubi Kayu

Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat ana coretkan diruang ini untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang terdapat di Malaysia.

Makanan Tradisional Kaum Cina di Malaysia:

Sekarang kita beralih pula tentang makanan tradisional kaum Cina di Malaysia yang pernah ana baca dan ketahui serba sedikit.Ana bahagikan kepada dua iaitu makanan harian dan makanan sempena perayaan mereka.Makanan Harian Kaum Cina di Malaysia:Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.

Char Koey Tiaw & Yee Mee Sizzling

Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.

Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran

Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.

Tang Yuan & Spring Roll

Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..Tahun Baru Cina:Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.

Yee Sang

Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin

Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.

Akhir sekali ana juga sempat menGoogle sedikit maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.

Kuih Bulan

Makanan Tradisional Kaum India di Malaysia:Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang mewarnai kepelbagaian tradisi di sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum India ini berasaskan rempah ratus yang merupakan elemen penting dalam masakan mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-orang India juga kini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan tengahari ataupun sebagai pencuci mulut...Makanan Harian Kaum India di Malaysia:Ana mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.

Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia

Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..

Makanan nasi kaum India di Malaysia

Makanan tradisional untuk perayaan Deepavali kaum India di Malaysia:Selain dari menu-menu di atas yang di masak untuk makanan harian mereka juga menyediakannya untuk perayaan Deepavali disamping beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.

Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia

Oklah sampai disini sahaja yang dapat ana rumuskan tentang makanan tradisional kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia ini.Sekiranya terdapat apa-apa fakta yang tidak tepat ana mohon maaf terlebih dahulu kerana apa yang ana tuliskan disini adalah berdasarkan pengalaman peribadi,pembacaan dan dari Google Search di internet.Sekalung terima kasih kepada Google Image khasnya rakan-rakan blogger dan website yang mana telah ana pinjam foto-foto dari sana.