peranan alat muzik tradisional melayu dalam

21
1 PERAA ALAT MUZIK TRADISIOAL MELAYU DALAM PROSES KOMUIKASI Oleh: Azhar Abdul Latiff 1 Technology and Engineering Department, AMP Radio etwork ASTRO, Kuala Lumpur 1.0 Pengenalan Masyarakat Melayu di Malaysia 2 kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan istimewa. Berbeza–beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti di negeri Melaka terdapat kesenian dondang sayang, nazam, dabus dan rebana keras. Di negeri Kelantan pula terdapat seni persembahan wayang kulit Kelantan, makyung, menora, tari asyik, dikir barat dan rebana kercing. Di Negeri Sembilan terdapat kesenian randai dan muzik caklempong. Di Negeri Johor terdapat kesenian kuda kepang mabuk, zapin dan ghazal. Di Kedah pula terdapat jikey, wayang kulit gedek dan makyung laut. Di Perak terdapat dabus dan hadrah. Di Pahang pula terdapat muzik gamelan, joget gamelan dan lagu–lagu rakyat. Kesemua kesenian–kesenian di atas bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Antara medium komunikasi tradisi masyarakat Melayu yang penting ialah muzik tradisional Melayu. Penggunaan muzik tradisional Melayu sebagai media warisan amat penting dalam proses 1. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Pengajian Melayu di Universiti Malaya. 2. Malaysia, sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, berjiran dengan negara Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Rujuk lampiran untuk peta Malaysia.

Upload: aalazhar

Post on 11-Jun-2015

38.776 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Muzik Melayu tradisional merupakan salah satu media warisan yang digunakan dalam proses komunikasi tradisi di Malaysia. Proses komunikasi ini wujud secara lisan dan bukan lisan, bukan sahaja melibatkan manusia malah peralatan dan teknologi yang digunakan. Alat muzik tradisional Melayu merupakan alat dan teknologi media yang berperanan penting di dalam proses ini. Antara alat muzik tradisional Melayu yang digunakan dalam proses komunikasi tradisi di Malaysia ialah Serunai Kelantan (Muzik Wayang Kulit), Gendang (Muzik Silat) , Rebana (Muzik Dondang Sayang), Kompang (Hadrah) , Gong ( kebanyakkan muzik Melayu), Rebab (Muzik Makyung) dan Gambus (Muzik Ghazal). Kertas Kerja ini akan membincangkan peranan alat muzik tradisional Melayu sebagai alat media melalui proses penyampaian mesej menggunakan muzik tradisional Melayu sebagai saluran, pemuzik sebagai penyampai, pendengar sebagai penerima, bahasa – bahasa muzik dan alat muzik sebagai alat media. Proses komunikasi menggunakan alat muzik tradisional Melayu diperjelas melalui pendekatan akustik muzik iaitu 1) proses penjanaan bunyi, 2) proses perambatan bunyi, dan 3) proses persepsi bunyi. Proses – proses ini menghasilkan isyarat bunyi dalam bentuk kumpulan – kumpunan nada yang dikenali sebagai muzik. Muzik ini seterusnya akan ditafsir oleh manusia untuk mendapatkan sebarang mesej yang terkandung di dalamnya. Memahami konsep – konsep ini amat penting bagi seorang ahli komunikasi untuk memahami proses komunikasi menggunakan alat muzik khususnya alat muzik tradisional Melayu sebagai alat media.

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

1

PERA�A� ALAT MUZIK TRADISIO�AL MELAYU DALAM

PROSES KOMU�IKASI

Oleh: Azhar Abdul Latiff 1

Technology and Engineering Department, AMP Radio �etwork

ASTRO, Kuala Lumpur

1.0 Pengenalan

Masyarakat Melayu di Malaysia2 kaya dengan pelbagai kesenian tradisional yang unik dan

istimewa. Berbeza–beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti di negeri Melaka

terdapat kesenian dondang sayang, nazam, dabus dan rebana keras. Di negeri Kelantan pula

terdapat seni persembahan wayang kulit Kelantan, makyung, menora, tari asyik, dikir barat

dan rebana kercing. Di Negeri Sembilan terdapat kesenian randai dan muzik caklempong. Di

Negeri Johor terdapat kesenian kuda kepang mabuk, zapin dan ghazal. Di Kedah pula terdapat

jikey, wayang kulit gedek dan makyung laut. Di Perak terdapat dabus dan hadrah. Di Pahang

pula terdapat muzik gamelan, joget gamelan dan lagu–lagu rakyat.

Kesemua kesenian–kesenian di atas bukan sahaja berfungsi untuk tujuan hiburan

malah berperanan sebagai saluran komunikasi tradisional dalam masyarakat. Antara medium

komunikasi tradisi masyarakat Melayu yang penting ialah muzik tradisional Melayu.

Penggunaan muzik tradisional Melayu sebagai media warisan amat penting dalam proses

1. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

2. Malaysia, sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, berjiran dengan negara Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Rujuk lampiran untuk peta Malaysia.

Page 2: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

2

komunikasi tradisional tidak hanya melibatkan manusia sahaja, malah peralatan yang

menbantu proses tersebut.

Penggunaan alat muzik tradisional dalam proses komunikasi pernah disarankan Abdul

Latiff Abu Bakar (2000; 1-7) dalam penulisan yang bertajuk ‘Idea dan Gagasan Gendang

Nusantara Sebagai Alat Media dan Seni Rumpun Melayu’. Menurut beliau,

“ Gendang boleh digunakan sebagai alat komunikasi tanpa lisan bagi meyampaikan

mesej kepada penonton atau orang ramai. Komunikasi Lisan pula disampaikan melalui Lagu

mereka, gendang pula sebagai komunikasi Tanpa Lisan yang digunakan bagi menjelaskan

sesuatu mesej tersebnut dan menaikkan semangat.........” (ibid; 3)

Kertas kerja ini menfokus kepada penggunaan alat muzik tradisional Melayu sebagai

alat media dalam proses komunikasi yang berfungsi memberi maklumat, hiburan dan

pendidikan kepada masyarakat. Perbincangan melibatkan topik-topik seperti 1) peranan alat

muzik tradisional dalam proses komunikasi 2) pengkelasan media warisan berasakan alat

muzik tradisional Melayu, dan 3) proses komunikasi dari aspek akusik muzik.

2.0 Penggunaan Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Proses

Komunikasi Tradisi

Terdapat pelbagai jenis alat muzik tradisional yang digunakan untuk berkomunikasi di

Malaysia. Di Melaka, dondang sayang didendangkan dalam bentuk lagu yang dinyanyikan

oleh seorang atau lebih penyanyi diiringi muzik yang dihasilkan daripada alat–alat muzik

Page 3: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

3

seperti violin, rebana dan gong. Di Negeri Sembilan, tradisi randai menggunakan ensambel

muzik caklempong untuk mengiringi persembahan. Di Johor, muzik ghazal didendangkan

oleh penyanyi yang diiringi dengan alat–alat muzik seperti gambus, harmonium, tabla dan

marakas. Di Kelantan, alat–alat muzik seperti serunai, geduk, gedumbak, gendang, kesi,

canang dan tetawak digunakan untuk menghasilkan muzik yang mengiringi persembahan

wayang kulit Kelantan. Di Kedah, alat muzik seperti rebana, biola dan gong digunakan untuk

mengiringi persembahan jikey. Kesemua muzik–muzik di atas dikenali sebagai Muzik

Rakyat3 dan Muzik Sinkretik

4 (Patricia Martusky dan Tan Sooi Beng, 1997;2-4).

Proses komunikasi menggunakan muzik tradisional Melayu turut melibatkan tradisi istana

iaitu Muzik Klasik5 seperti ensambel muzik nobat dan gamelan Pahang. Ensambel muzik

nobat telah dibawa daripada Kerajaan Dar-al-Islam Pasai ke Kesultanan Melayu Melaka pada

kurun ke-15 (Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1994;7). Alat muzik yang digunakan di dalam

ensambel muzik nobat ialah serunai, nafiri, gendang, nahara dan gong. Muzik nobat

digunakan untuk mengiringi masjlis-masjlis diraja seperti 1) majlis pertabalan raja, 2)

menyambut hari keputeraan, 3) majlis pertungan diraja, 4) maslis berkhatan diraja, dan

3. Muzik Rakyat terdapat dalam masyarakat desa dan komuniti petani yang kenal huruf mahupun buta huruf, sistem abjad, sistem

penulisan, termasuk sistem notasi muzik. Latihan muzik diadakan secara bersahaja dan pengetahuan mengenai teori biasanya

tidak dapat dikesan di antara pemain-pemain. Proses latihan secara kaedah peniruan. Asas sejarah dan teori sistem muzik itu tidak

diketahui dan reportoir untuk satu-satu genre muzik biasanya tidak ditentukan dengan tepat. Contoh: wayang kulit, makyung dan

jkey.

4. Muzik sinkretik terdapat dalam budaya bandaran dan diperdengarkan di kawasan desa. Dalam genre muzik ini wujud muzik asli

daripada muzik rakyat dan klasikdicampur dengan unsur-unsur luar seperti Arab, Parsi, India, China dan Barat. Contoh: muzik

ghazal.

5. Muzik Klasik melibatkan muzik yang berkaitan dengan kawasan istana dan bandar. Dalam muzik Klasik, asas sejarah dan teori

agak kukuh dan biasanya dipelajari. Contoh: nobat dan muzik gamelan.

Page 4: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

4

5) majlis menyambut kedatangan tetamu yang berpangkat Sultan. Masyarakat Melayu juga

menggunakan ensambel nobat juga digunakan untuk menyambut upacara-upacara penting

dalam agama Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha dan Solat Jumaat

(Mohamed Ghouse Nasaruddin, 1994;166). Muzik gamelan di Malaysia berasal daripada

Riau-Lingga dan diperkenalkan di Pahang pada kurun ke-19. Muzik ini digunakan untuk

menghiburkan golongan bangsawan di Istana Pekan dan mencapai kegemilangannya pada

zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1863-1914) (Arif Ahmad, 2006; 8). Peralatan yang

digunakan dalam ensambel muzik gamelan ialah saron (pekin, barong & demung) , kenung,

kempul (gong) dan gendang.

Mohamed Ghouse Nasaruddin (1989) telah mengklafikasikan alat-alat muzik

tradisional Melayu kepada empat kumpulan mengikut sistem pengklafikasian alat muzik

Sach-Hornbostel 1914 iaitu:

1) aerofon – menghasilkan bunyi melalui udara yang bergetar (contoh: Serunai,

Seruling Bambu, Bangsi dan Nafiri ) ,

2) membranofon – menghasilkan bunyi melalui membran (kulit) yang bergetar

(contoh: gendang, rebana, jidur, dan kompang),

3) idionofon - menghasilkan bunyi melalui getaran badan (gong, kesi canang dan

alat –alat gamelan), dan

4) kordofon – menghasilkan bunyi melalui tali yang bergetar (rebab, gambus dan

kecapi).

Page 5: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

5

Dengan menggunakan pengkelasan alat muzik, seni muzik Melayu boleh dikategorikan

kepada lima kumpulan iaitu:

1) kumpulan 1: muzik yang memiliki alat-alat muzik aerofon/kordofon, membranofon

dan idionofon seperti wayang kulit, makyung dan nobat,

2) kumpulan 2: muzik yang memiliki dominasi alat muzik idionofon seperti muzik

gamelan dan wayang Purwa,

3) kumpulan 3: muzik ensambel alat-alat perkusi (idionofon dan membranofon) seperti

hadrah, rodat dan dabus,

4) kumpulan 4: muzik gabungan dua ensambel iaitu ensambel muzik gong dan

ensambel muzik gendrang seperti muzik kuda kepang, bongai dan caklempong, dan

5) kumpulan 5: muzik ensambel rebana, violin dan gong seperti jikey, makyung laut dan

dondang sayang.

(Ibid;175-177)

Muzik wayang kulit Kelantan dan muzik dondang sayang Melaka merupakan contoh-

contoh media warisan yang menggunakan alat muzik traditional Melayu sebagai alat media.

2.1 Muzik Wayang Kulit Kelantan

Muzik wayang kulit Kelantan6 masuk di dalam kumpulan 1 kerana ensambelnya

menggunakan alat-alat muzik seperti serunai, geduk, gendang, gedumbak, kesi, canang dan

6. Penulis membuat kerja lapangan bagi menyempurnakan disertasi bertajuk Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi(UM 2007)

di negeri Kelantan pada tahun 2006.

Page 6: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

6

tetawak. Ensambel muzik ini digunakan untuk mengiringi persembahan wayang kulit

Kelantan dan antara lagu-lagu yang dimainkan ialah Lagu Bertabuh, Lagu Binatang Berjalan,

Lagu Tukar Dalang dan Lagu Hulubalang. Kumpulan pemuzik wayang kulit Kelantan

diketuai Tok Dalang selaku pencerita dan ketua pemuzik.

Proses komunikasi menggunakan muzik wayang kulit Kelantan boleh difahami

menggunakan Model Proses Komunikasi (Davis Foulger, 2005) dan Rajah 1 menunjukkan

analisis Lagu Bertabuh berdasarkan model tersebut. Lagu Bertabuh dimainkan bagi

menandakan persembahan wayang kulit Kelantan hendak bermula. Proses komunikasi

inverbal berbentuk satu hala menggunakan muzik wayang kulit sebagai media dan

dimediakan melalui tiga konstruksi yang berkaitan iaitu 1) mesej, 2) bahasa muzik iaitu

melodi, ritma, warna ton dan lirik untuk mewakili mesej, dan 3) gabungan melodi, ritma dan

warna bunyi 7 menghasilkan bentuk muzik Lagu Bertabuh. Dalam proses ini manusia akan

wujud sebagai sebuah komuniti muzik yang terbahagi kepada dua kelompok iaitu pemuzik

sebagai penyampai mesej dan pendengar sebagai penerima mesej. Para pemuzik terdiri

daripada individu-individu yang mahir dan menguasai muzik wayang kulit. Kelompok

penonton pula terdiri daripada kumpulan yang mendengar dan memahami mesej yang hendak

Dalam proses ini setiap alat media yang digunakan memiliki fungsi khusus dan

tertentu. Alat muzik serunai dari jenis aerofon dua lelidah digunakan bagi menghasilkan

melodi Lagu Bertabuh menggunakan skala heptatonik (7 nada). Alat-alat muzik membranofon

7. Menurut David D.Boyden (1956), terdapat empat elemen asas dalam muzik iaitu melodi, ritma, harmoni dan warna ton. Rujuk

lampiran untuk definisi.

Page 7: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

7

seperti gendang (ibu dan anak) dan gedumbak (ibu dan anak) memberikan elemen ritma

kepada muzik dan dimainkan secara tingkah-meningkah. Geduk Ibu dan geduk anak

memberikan gabungan melodi dan rentak yang bertujuan memberi kesan (effect) kepada lagu.

Gabungan melodi, ritma dan warna bunyi menghasilkan bentuk muzikal Lagu Bertabuh yang

dikawal oleh kitaran gongan menggunakan alat-alat muzik dari jenis idionofon seperti kesi

canang dan tetawak.

Rajah 1: Model Proses Komunikasi Menggunakan Muzik Wayang Kulit Kelantan

2.2 Muzik Dondang Sayang

Menurut pengkaji dondang sayang Ahmad Usop (2000:13), dondang sayang di

Melaka wujud dalam beberapa jenis iaitu dondang sayang asli, dondang sayang inang,

dondang sayang joget dan dondang sayang mambo. Dondang sayang asli, dondang sayang

pengantara

Lagu Bertabuh

menggunakan

Melodi

Ritma

Warna Bunyi

Pemuzik:

Serunai

Geduk

Gendang

Gedumbak

Kesi

Canang

Tetawak

Pendengar Persembahan

Bermula

guna,

cipta,

libat.

Imaginasi &

reka

perhati, sifat

& tafsir

belajar,

bersosial

Memiliki perspektif and hubungan:

Komuniti Muzik

Page 8: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

8

inang dan dondang sayang joget merupakan jenis tradisi manakala dondang sayang jenis

mambo merupakan jenis ciptaan baru dan moden.

Proses komunikasi menggunakan muzik dondang sayang8 seperti Rajah 2 merupakan

komunikasi lisan dan komunikasi tanpa lisan yang melibatkan penggunaan alat-alat media

seperti violin, rebana dan gong bagi mengiringi nyanyian penyanyi. Violin merupakan alat

muzik daripada pola adaptasi9 yang dibawa daripada Eropah. Melihat dari segi alat muzik

yang digunakan, muzik dondang sayang dikelaskan sebagai jenis muzik daripada kumpulan 5

iaitu sama seperti makyung laut dan jikey.

Di dalam permainan dondang sayang, komunikasi dua hala boleh berlaku apabila

pendengar membalas pantun yang disampaikan oleh penyanyi. Proses interaksi sebegini

menyebabkan hubungan yang wujud di antara penyampai dan pendengar sangat rapat dan

penuh dengan kemesraan. Kesesuaian muzik ini dengan masyarakat di Melaka menyebabkan

menyebabkan muzik ini digemari pelbagai lapisan umur dan pelbagai bangsa seperti Melayu,

Baba, Ceti dan Serani (kacukan Portugis).

8. Penulis membuat pemerhation sewaktu menjadi pemuzik dondang sayang bermula tahun 1997 – 2007. Kumpulan yang pernah

disertai ialah Kumpulan Dondang Sayang Remaja Pejabat Kebudayaan Negeri Melaka, Kumpulan Anak Muara dan ISMMA.

9. Menurut Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (1998 ), alat muzik jenis pola adaptasi dipinjam daripada luar dan masih mengekalkan

rupabentuk asalnya.

Page 9: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

9

Rajah 2: Model Proses Komunikasi Menggunakan Muzik Dondang Sayang

Muzik dondang sayang berfungsi sebagai medium komunikasi lisan melalui patah kata

pantun yang disampaikan oleh penyanyi dan komunikasi tanpa lisan melalui melodi, ritma,

harmoni dan warna bunyi dalam muzik yang disampaikan. Di dalam lagu Dondang Sayang

Selamat Datang10, mesej ‘Selamat Datang’ tetapi bukan sahaja disampaikan melalui bait-bait

pantun penyanyi malah lenggok melodi mengalun dan beronamentasi menggunakan violin

dan ritma berentak joget yang dihasilkan oleh pemain rebana. Kitaran rentak ini ditandai

dengan pukulan gong sebagai pemasa. Penggunaan violin sebagai alat muzik melodi utama

sangat bersesuaian kerana karektor warna bunyi alat muzik tersebut nyaring dan lantang.

Penggunaan akordian11 sebagai alat muzik pelengkap mewujudkan komponen harmoni dan

10. Rakaman muzik dondang sayang Selamat Datang oleh En. Baharim Shariff, Johan Dondang Sayang peringkat Kebangsaan(1985).

11. Alat muzik akordian merupakan alat muzik tambahan di dalam persembahan dondang sayang. Berdasarkan pemerhation

persembahan dondang sayang di Melaka dari 1997 - 2007, hampir semua kumpulan Dondang Sayang di Melaka kini

menggunakan akordian di dalam ensambel muzik mereka.

pengantara

Dondang Sayang

menggunakan

Melodi

Ritma

Harmoni

Warna Bunyi

Teks Pantun

Pemuzik:

Violin

Rebana

Gong

Accordian*

Penyanyi

Pendengar Selamat

Datang

guna, cipta,

libat.

Imaginasi

&

reka

perhati,

sifat

& tafsir

belajar, bersosial

Pendengar bertindakbalas dengan mesej:

Komunikasi satu hala\dua hala

Memiliki perspektif and hubungan:

Komuniti Muzik

Page 10: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

10

menambahkan komponen melodi kepada muzik dondang sayang dan ini secara tidak langsung

meningkatkan nilai estetika muzik yang hendak disampaikan kepada pendengar. Di dalam

lagu Dondang Sayang Selamat Datang, pantun ‘Selamat Datang’ disampaikan melalui

nyanyian oleh penyanyi, digabungkan dengan melodi violin, ritma rebana dan pemasa gong

dalam bentuk muzikal A1,A2,B1,B2 (bersesuaian dengan rangkap pantun iaitu 4 baris).

3.0 Produksi, Perambatan dan Persepsi Bunyi Alat Muzik Tradisional

Melayu

Asas kepada sesuatu muzik ialah penyusunan nada-nada yang terhasil samaada daripada alat

muzik ataupun peti suara seorang penyanyi. Nada-nada yang terhasil ialah merupakan isyarat

bunyi yang memiliki sifat-sifat fizikal seperti keamatan bunyi12 dan frekuensi bunyi

13.

Menurut W.T. Bartholomiew (1942), tiga perkara yang diperlukan untuk alat muzik

menghasilkan isyarat bunyi ialah 1) alat yang bergetar, 2) medium untuk memindahkan

getaran, dan 3) alat penerima. Berdasarkan ketiga-tiga perkara tadi, proses komunikasi

menggunakan alat muzik tradisional Melayu boleh dibahagikan kepada tiga proses akustik

muzik14 yang disarankan oleh Donald E.Hall (2003) iaitu 1) proses produksi bunyi, 2) proses

perambatan bunyi, dan 3) proses persepsi bunyi.

12. Keamatan bunyi merupakan parameter sains fizik yang digunakan untuk menggambarkan gandaan aras tekanan bunyi dalam unit

desibel. (dB).

13. Frekuensi bunyi merupakan parameter sains fizik yang digunakan untuk menggambarkan kadar kitaran hayunan gelombang bunyi

persaat. Unit yang digunakan ialah Hertz (Hz).

14. Akustik Muzik ialah kajian akustik untuk alat muzik. Merupakan lapangan multidisiplin yanng melibatkan gabungan bidang-

bidang seperti sains, organologi dan muzikologi.

Page 11: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

11

Proses-proses akustik muzik untuk alat muzik tradisional Melayu boleh difahami

melalui model akustik muzik seperti Rajah 3. Proses produksi bunyi bermaksud proses

penghasilan isyarat bunyi daripada sumber iaitu bahan yang bergetar. Isyarat bunyi yang

wujud dalam bentuk gelombang seterusnya akan bergerak dari satu medium ke suatu medium

yang lain dan proses ini dikenali sebagai perambatan bunyi. Isyarat bunyi yang bergerak

akhirnya akan tiba ke penerima dan melalui proses persepsi bunyi. Di dalam proses ini bunyi

akan ditafsir kepada bentuk yang difahami penerimanya . Berdasarkan proses-proses tadi,

peranan alat muzik tradisional Melayu sebagai teknologi media dalam proses komuikasi boleh

difahami. Berikut ialah perbincangan mengenai aspek akustik muzik alat-alat muzik

tradisional Melayu iaitu serunai, kompang, gong dan gambus15.

Rajah 3: Model Akustik Muzik Alat Muzik Tradisional Melayu

3.1 Serunai Kelantan

Serunai Kelantan (seperti Gambar 1) ialah sebuah alat muzik tradisional Melayu jenis tiupan

daripada keluarga shawm yang digunakan dalam persembahan wayang kulit Kelantan dan

gendang silat (Azhar Abdul Latiff, 2007). Dikelaskan dalam keluarga aeforon dalam sistem

15. Analisis kajian alat-alat muzik tradisional Melayu oleh penulis sewaktu menyempurnakan disertasi Sarjana di Akademi Pengajian

Melayu Universiti Malaya (2005-2007).

Muzik Pemuzik Produksi

Bunyi

Perambatan

Bunyi

Persepsi

Bunyi

Page 12: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

12

pengklafikasian alat muzik kerana alat muzik ini menghasilkan bunyi melalui getaran kolum

udara.

Gambar 1: Serunai Kelantan

Apabila pemuzik menghembuskan udara pada bahagian pipit, lelidah pipit akan

bergetar menghasilkan gelombang bunyi dalam bentuk hingar putih. Teknik hembusan

berterusan yang digunakan peniup serunai membenarkan melodi serunai berterusan

dihasilkan. Gelombang bunyi yang terhasil daripada pipit akan bergerak daripada menali

menuju ke lubang kecopong melalui salur udara serunai.

Kombinasi penjarian lubang-lubang petik dan lubang jerit pada batang serunai

bertindak mengubah gelombang bunyi yang bergerak dan memberi kombinasi isyarat bunyi

yang berbeza-beza. Isyarat bunyi yang berbeza tadi akan membentuk nada-nada bunyi

apabila isyarat bunyi keluar daripada lubang kecopong. Isyarat bunyi tadi akan menggunakan

udara sebagai salur udara untuk bergerak ke pendengar.

Pemuzik biasanya akan menghala lubang kecopong ke bawah menghadap pendengar

atau pemuzik dan posisi ini membolehkan isyarat bunyi yang dihasilkan bukan sahaja sampai

ke pendengar malah pemuzik itu sendiri. Telinga penerima isyarat bunyi (pendengar dan

Menali Batang Kecopong

Pipit

Page 13: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

13

pemuzik) akan membawa isyarat yang diterima untuk ditafsir otak manusia menjadi medium

yang difahami iaitu muzik.

3.2 Kompang

Kompang (seperti Gambar 2) merupakan alat muzik tradisional Melayu yang digunakan untuk

mengiringi hadrah dan perarakan pengantin di masjlis perkahwinan. Kompang boleh

dikelaskan sebagai alat muzik jenis membranofon kerana bunyi kompang terhasil daripada

getaran membran iaitu kulit kambing pada badannya.

Gambar 2: Kompang

Paluan tangan pemain pada permukaan kulit kompang akan menggetarkan permukaan

kulit yang bertindak sebagai membran yang bersifat elastik16. Getaran kulit yang terhasil

daripada hayunan kulit akan menjana isyarat bunyi melalui proses produksi bunyi.

16. Elastik ialah sifat bahan yang mampu kembali kepada keadaan asalnya apabila satu daya yang mengubah kedudukan

dikenakan ke atas bahan tersebut.

Kulit

Rangka

Page 14: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

14

Isyarat bunyi ini seterusnya berpindah ke udara dan dalam posisi memegang rangka

kompang secara berdiri, isyarat bunyi yang dihasilkan kompang akan bergerak ke udara

sebelum diterima telinga pendengar. Posisi berdiri bukan sahaja memudahkan pergerakkan

pemain malah memudahkan bunyi sampai ke telinga pendengar kerana aras kedudukannya

yang menghampiri aras telinga manusia. Seterusnya pendengar akan mentafsir bunyi yang

didengari sebagai muzik kompang.

3.3 Gong

Gong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang digunakan dalam pelbagai ensambel

muzik seperti ensambel muzik wayang kulit, dondang sayang dan muzik gamelan. Gong

dikelaskan sebagai alat muzik jenis idiofon kerana bunyi yang dihasilkan adalah daripada

getaran badan.

Gambar 3: Gong

Bunyi akan terjana apabila gong dipalu oleh pemuzik menggunakan kayu pemukul.

Apabila pemuzik memalu gong, tenaga pukulan akan dipindahkan ke badan gong. Badan

Gong

Pemukul

Page 15: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

15

gong yang bersifat pejal akan bergetar dan menghasilkan gelombang bunyi yang membentuk

bunyi gong .

Dalam keadaaan posisi gong yang tergantung dan bebas daripada sentuhan sangat

penting bagi memastikan gelombang bunyi yang dihasilkan daripada getaran badan gong akan

berpindah ke udara secara tulen tanpa melalui mana-mana medium lain. Isyarat bunyi gong

merambat pada pelbagai arah (mengelilingi badannya yang bergetar) sebelum tiba ke telinga

pendengar untuk proses persepsi bunyi.

3.4 Gambus

Gambus (seperti Gambar 4) merupakan alat muzik tradisonal Melayu daripada keluarga

Kordofon kerana bunyi gambus terhasil daripada getaran talinya. Alat muzik ini berfungsi

sebagai pembawa melodi di dalam ensambel muzik ghazal dan zapin.

Gambar 4: Gambus

Apabila pemuzik memetik tali yang telah ditala16 pada gambus, tali tersebut akan

berayun dan bergetar. Proses ini menghasilkan gelombang bunyi yang berayun pada frekuensi

asli tali. Gelombang bunyi ini kemudiannya akan berpindah daripada tali ke udara. Kombinasi

Tali

Page 16: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

16

penjarian pada tali tersebut mengubah isyarat bunyi yang dihasilkan mengikut kehendak

pemuzik. Pemuzik akan mengubah panjang akustik tali secara menekan tali pada papan jejari

bagi mengubah gelombang bunyi yang terhasil. Isyarat bunyi yang bebas ke udara akan

diterima telinga pendengar dan seterunya proses persepsi bunyi akan berlaku. Pendengar akan

mentafsir bunyi ini sebagai bunyi gambus dan kombinasi pelbagai nada bunyi membentuk

muzik gambus.

4.0 Penutup

Alat muzik tradisional Melayu merupakan teknologi media yang turut digunakan di

dalam proses komunikasi di Malaysia. Dengan menggunakan seni muzik Melayu sebagai

medium, proses komunikasi ini wujud dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Muzik gendang

silat, muzik gamelan Pahang dan muzik caklempong merupakan antara contoh komunikasi

bukan lisan yang menggunakan alat muzik tradisional Melayu manakala hadrah, dabus dan

dondang sayang merupakan komunikasi lisan yang menggunakan alat muzik tradisional

melayu.

Berperanan sebagai alat media yang memperlengkapkan proses komunikasi di

Malaysia, alat muzik tradisional di Malaysia boleh diklafikasikan kepada empat kumpulan

16. Menala ialah proses menetapkan nada alat muzik kepada skala nada yang standard supaya alat muzik tersebut boleh dimainkan

bersama-sama dengan alat muzik yang lain.

berdasarkan cara alat muzik menghasilkan bunyi iaitu 1) aerofon, 2) membranofon, 3)

idionofon, dan 4) kardiofon. Klasifikasi keempat-empat kumpulan ini digunakan untuk

membahagikan muzik tradisional Melayu kepada lima kumpulan iaitu:

Page 17: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

17

1) kumpulan 1: muzik yang memiliki alat-alat muzik aerofon/kordfon, membranofon

dan idionofon,

2) kumpulan 2: muzik yang memiliki dominasi alat muzik idionofon,

3) kumpulan 3: muzik ensambel alat-alat perkusi (idionofon dan membranofon),

4) kumpulan 4: muzik gabungan dua ensambel iaitu ensambel muzik gong dan

ensambel muzik gendrang, dan

5) kumpulan 5: muzik ensambel rebana, violin dan gong.

Daripada pembahagian kumpulan-kumpulan muzik ini klasifikasi media warisan

menggunakan seni muzik Melayu di Malaysia boleh dikenalpasti.

Dalam proses komunikasi yang menggunakan muzik tradisional Melayu sebagai medium,

pemuzik akan bertindak sebagai penyampai yang akan menghantar mesej dalam bentuk muzik

kepada pendengar akan bertindak sebagai penerima. Bahasa yang digunakan dalam proses ini

ialah bahawa muzik iaitu 1) melodi, 2) ritma, 3) harmoni, 4) warna bunyi, dan 5) teks

nyanyian. Gabungan kelima-lima elemen ini akan menghasilkan bentuk muzikal lagu. Seperti

yang telah dibincangkan sebelum ini, muzik wayang kulit Kelantan memiliki bentuk muzikal

berdasarkan kitaran gong manakala bentuk muzikal dondang sayang pula berdasarkan kitaran

pantun yang dinyayikan oleh penyanyi.

Aspek teknologi alat muzik tradisional Melayu sebagai alat media boleh dilihat

melalui pendekatan akustik muzik iaitu 1) proses produksi bunyi, 2) proses perambatan bunyi,

dan 3) proses persepsi bunyi. Melalui ketiga-tiga proses ini alat muzik tradisional Melayu

menghasilkan muzik yang digunakan sebagai medium komunikasi.

Page 18: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

18

5.0 Saranan

Alat muzik tradisional Melayu memiliki peranan dalam proses komunikasi berbentuk

tradisional di Malaysia. Menyedari hakikat ini penulis ingin mencadangkan beberapa saranan

yang diharap mampu menyumbang kepada bidang komunikasi tradisional di Malaysia.

Saranan-saranan yang ingin dicadangkan penulis adalah seperti di bawah.

a) Aspek alat media seperti alat muzik tradisional Melayu harus diberi perhatian

oleh ahli-ahli komunikasi apabila menjalankan kajian mengenai Komunikasi

Tradisional di Malaysia.

b) Pendidikan komunikasi tradisional di Malaysia samaada peringkat pengajian

tinggi mahupun peringkat sekolah wajar memasukkan alat muzik tradisional

Melayu di dalam sukatan pelajaran.

c) Pembangunan alat muzik tradisional Melayu haruslah disokong oleh ahli-ahli

komunikasi tradisional sebagai usaha memelihara dan memulihara media

warisan Malaysia.

Bibiliografi

Abdul Latiff Abu Bakar, 2000. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun Dalam Gendang

)usantara. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara.

Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya & maslis Perbandaran Melaka Bandaraya

Bersejarah.

Page 19: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

19

Ahmad Usop, 2000. Dondang Sayang Seni Tradisi )egeri Melaka. Media dan Seni Warisan

Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara. Jabatan Pengajian Media, Universiti

Malaya & maslis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.

Arif Ahmad, 2006. Gamelan Malaysia: Ke Mana Arahnya? . Dewan Budaya. Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Azhar Abdul Latiff, M.A. 2007. Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi. Jabatan Sosio-

Budaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

David D. Boyden, 1956. An Introduction of Music. Alfred A. Knopf Inc. , New York.

Davis Foulger, 2005. Medium as Communication Process Primitive. Meeting of the National

Communication Association, New York.

Donald E.Hall, 2003. Musical Acoustic. California State University, Sacramento.

Mohamed Ghouse Nasuruddin, 1989. Malay Tradisional Music. Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

Nik Mustapha Nik Mohd Salleh, 1998. Alat Muzik Tradisional di dalam Masyarakat

Melayu di Malaysia. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia,

Kuala Lumpur.

Patricia Matusky & Tan Sooi Beng, 1997. Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat

dan Sinkretik. The Asian Centre, Pulau Pinang.

Wilmer T. Bartholomew, 1942. Acoustic of Music. Prentice Hall. Inc. Englewood Cliffs, New

Jersey.

Page 20: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

20

Lampiran

Peta 1: Peta MalaysiaTeori Muzik: Empat Elemen Asas dalam Muzik:

Page 21: PERANAN ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU  DALAM

21

David Dodge Boyden (1956) telah menyatakan bahawa terdapat empat elemen asas yang

wujud dalam sesuatu muzik iaitu:

i) Elemen pertama , ritma - Pengaturan hubungan masa antara nada sama ada

dengan aksen atau dengan corak panjang dan pendek.

ii) Elemen kedua, melodi - Penyusunan nada.

iii)Elemen ketiga, harmoni - Beberapa nada atau melodi dibunyikan

bersama-sama.

iv) Elemen keempat, warna ton atau timbrik - karakter dan kualiti bunyi sesuatu

alat muzik. Melibatkan ciri–ciri akustik alat

muzik.