makanan tradisional melayu

10
Ellysha Natasha (2S1) MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

Upload: ellyshanatasha

Post on 13-May-2015

2.423 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Makanan tradisional melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Makanan tradisional melayu

Ellysha Natasha (2S1)

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

Page 2: Makanan tradisional melayu

Beberapa makanan tradisional yang digemari ramai adalah - Nasi Lemak- Ayam masak merah- Mee Rebus- Nasi Goreng- Roti Jala- Satay

MAKANAN MELAYU TRADISIONAL YANG DIGEMARI RAMAI

Page 3: Makanan tradisional melayu

Makanan Melayu terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah. Jikalau di perhatikan secara teliti, makanan Melayu banyak dipengaruhi makanan negara-negara jiran seperti India dan China.

Contohnya: Resipi Ayam masak merah

Bahan-bahan:

4-8 ketul ayam

sedikit serbuk kunyit

2 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

12 biji cili kering yang di rendam / rebus dlm air panas

1/2 inci halia

2 batang serai yang dititik

garam secukup rasa

gula secukup rasa (lbh krg 1 sudu besar)

1 sudu besar sos tiram

minyak untuk menggorengan taburan bawang goreng serta hirisan daun bawang / daun sup.

AYAM MASAK MERAH

Page 4: Makanan tradisional melayu

1. Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.

2. Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.

5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.

6. Siap untuk dihidangkan.

Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.

CARA MEMBUATNYA

Page 5: Makanan tradisional melayu

Resipi:Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang12 ulas bawang merah (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)8-10 sudu besar cili kisar2 cawan air1 keping gula MelakaSedikit belacanSedikit asam jawaSedikit ikan bilis (dikisar)Garam dan gula secukup rasaMinyak masakBahan-bahan (Nasi)3 cawan beras2 cawan santan pekat3 cawan air3-4 hirisan halia2-3 helai daun pandanSedikit garam

NASI LEMAK

Page 6: Makanan tradisional melayu

1) Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.

2) Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.

3) Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (30-60 minit).

4) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5) Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.

6) Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.

CARA MEMBUATNYA

Page 7: Makanan tradisional melayu

Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang

300 gm tepung gandum1 biji telur4 cawan airSedikit garam1 sudu kecil pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

200 gm isi ayamSerbuk kariSantan7 ulas bawang merah4 ulas bawang putihSedikit halia, lengkuas dan kunyit2 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga3 biji bunga cengkih2 biji bunga lawang2 tangkai daun kariMinyak masakGaram dan gula

ROTI JALA (DAN KARI AYAM)

Page 8: Makanan tradisional melayu

1) Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.

2) Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.

3) Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.

4) Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.

5) Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

6) Cara-cara (kari ayam)

7) Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.

8) Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.

9) Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.

10) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Optional – tambah sedikit cili kisar dan serbuk kunyit. Ayam boleh digantikan dengan daging. Ikut citarasa masing-masing.

CARA MEMBUATNYA

Page 10: Makanan tradisional melayu

• http://dapurmalaysia.com/resepi-nasi-lemak/• http://www.myresipi.com/top/detail/7810• http://dapurmalaysia.com/resepi-roti-jala-dan-kari-ayam/

KREDIT (INFORMASI)