powerpoint muzik tradisional

65

Click here to load reader

Upload: adang30

Post on 07-Sep-2015

377 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

muzik tradisional

TRANSCRIPT

  • Muzik tradisional diwarisi sejak berabad yang lalu.Setiap kaum mempunyai adat, kesenian dan muzik tradisi masing-masing.Setiap kaum bersama-sama mempertahankan adat, kesenian dan muzik tradisi yang diwarisi.Membincangkan muzik tradisi masyarakat Melayu yang popular iaitu Dondang Sayang, Dikir Barat, Kuda Kepang dan Caklempong.

  • SEJARAH DAN LATAR BELAKANGDondang bermaksud `dindang atau dendang kerana berunsur nyanyian.Sayang bermaksud `kasih`.Persembahan untuk menghiburkan para pedagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.Kualiti persembahan bergantung kepada kecekapan berpantun.Instumen paling penting biola kerana membekalkan melodi kaunter

  • SEJARAH DAN LATAR BELAKANGTerkenal di negeri KelantanBerasal dari Pattani Selatan, ThailandDiasaskan oleh Pak Leh TapangBermula selepas Perang Dunia KeduaBerfungsi sebagai hiburan petani dan nelayanPersembahan berunsur nasihat, hiburan dan dakwahNyanyian secara beramai-ramai

  • SEJARAH DAN LATAR BELAKANGTerkenal di negeri JohorDikenali sebagai Jaran Kepang, Kudan Lumping, Jahilan dan AbengBerkonsepkan pemujaan iaitu untuk menjalinkan hubungan antara yang hidup dengan rohMerupakan kuda pahlawan dari JawaKepercayaan berunsur kepada alam ghaib Bertujuan untuk membersihkan desa dari gangguan roh-roh jahat dan malapetakan

  • SEJARAH DAN LATAR BELAKANGTerkenal di Negeri SembilanJuga dikenali sebagai TalempongDipersembahkan untuk upacara pertabalan sultan, keraian dan muzik iringan untuk tarianMuzik dimainkan untuk berhibur dan menyatupadukan penduduk setempat.Muzik ini dipercayai berasal dari Masyarakat Minangkabau, Sumatera Barat.

  • KUMPULAN PEMUZIK- Bilangan ahli tidak tetap. Bergantung kepada bilangan alat muzik

    PERSEMBAHAN- Dimulakan dengan menggesek biola untuk melahirkan melodi lagu.

  • TEMA PANTUN- Bertemakan kasih sayang, kias, jenaka, nasihat, flora dan fauna serta banyak lagi

    TEMPAT PERSEMBAHAN- Tiada tempat yang khusus. Boleh dipersembahkan pada bila-bila masa, samada majlis keramaian atau sebagainya.

  • PAKAIAN- Ahli muzik dan pemantun memakai baju yang sama. Memakai pakaian tradisi orang Melayu Melaka

    ALAT MUZIK- Biola, rebana, gong

  • KONSEP PERSEMBAHAN- Terdapat 2 pasukan mengambil bahagian. Mereka berbalas-balas pantun. Tukang karut memainkan peranan yang penting dalam menentukan mutu persembahan

    ALAT MUZIK- Rebana ibu, rebana anak, tetawak, dan marakas

  • PEMILIHAN LAGU- Lagu yang disampaikan adalah secara spontan. Ianya bergantung kepada ilham tukang karut.

    PEMILIHAN PAKAIAN- Tuksng karut akan memakai pakaian yang berlainan daripada awok-awok. Tukang karut / juara akan memakai baju sepasang dan lilitan kepala daripada kain batik

  • KONSEP PERSEMBAHAN- Mempunyai 9-13 penari, 5 atau 6 pemuzik dan diketuai oleh seorang Danyang iaitu pawang.

    TUJUAN PERSEMBAHAN- Menyeru semangat dan roh untuk berkomunikasi dengan yang hidup. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan malapetaka.

  • Terdapat 3 peringkat dalam tarian Kuda Kepang;1.Peringkat Pertama- Membuka gelanggang dengan menyediakan sajian bagi memanggil semangat roh nenek moyang.

    - Sajian yang disediakan ialah 2 sisir pisang, secupak beras, kemeyan, kain putih dan jarum

  • 1.Peringkat Kedua- Danyang / Pawang akan memulakan persembahan dengan membunyikan tas sebanyak 3 kali.

    - Penari akan khayal (naik syeh ) dan bergerak menari mengikut alunan muzik

  • 1.Peringkat Ketiga- Pada peringkat ini, Danyang akan menamatkan persembahan dengan membunyikan tas sebanyak 3 kali.

    - Penari yang tidak sedarkan diri akan dibaca dengan mentera diumbun-umbun rambut agar ia pulih

  • ALAT MUZIK- Caklempong, gong, angklung, gendang jawa, kenong, saron kecil dan jidur

    KOSTUM DAN PAKAIAN- Memakai pakaian masyarakat jawa. Reka bentuk dan warna kuda kepang melambangkan identiti kumpulan. Pakaian danyang berbeza dengan penari.

  • ALAT MUZIK- Getereh, sauwa, tingkah dan gendang ibu

    KOSTUM DAN PAKAIAN- Memakai pakaian tradisi masyarakat Melayu, bertanjak dan bersamping. Pemilihan warna lebih kepada warna yang menonjol.

  • TEMPAT PERSEMBAHAN- Dimainkan untuk majlis-majlis tarian dan mengiringi nyanyian. Ia juga dimainkan untuk majlis Pertabalan dan majlis keramaian

    PERANAN MUZIK CAKLEMPONG- Caklempong sering dimainkan sebagai muzik iringan pertabalan raja selain merapatkan silaturahim antara masyarakat.

  • DONDANG SAYANGDIKIR BARATKUDA KEPANGCAKLEMPONG

  • BiolaRebanaGongDONDANG SAYANG

  • 1.BIOLA

  • BiolaPemain biola merupakan ketua dalam persembahan Dondang sayang. Biola memainkan melodi lagu dalam persembahan. Biola memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkanmelodi kaunter kepada melodi vokal atau suaraDONDANG SAYANG

  • 2.REBANA

  • RebanaMengiringi nyanyian korus dalam persembahan dondang saying. Selain itu, rebana juga berfungsi menghasilkan rentak dalam lagu dan setiap rebana yang dimainkan mempunyai corak irama masing-masing.DONDANG SAYANG

  • 3.GONG

  • Gong / Tetawak

    Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzikdondang sayang. Berperanan apabila dimainkan untuk pengakhiran frasa sesebuah lagu yang diiringi.DONDANG SAYANG

  • Rebana ibu dan Rebana anakGong / TetawakMarakascanang

    DIKIR BARAT

  • 1.GONG/TETAWAK

  • Gong / Tetawak

    Tatawak ataupun gong merupakan gong besar yang berbusut. Tetawak ataupun gong ini dimainkan pada pengakhiran pengfrasaan sesebuah lagu ataupun pada beat ke 4 sesebuah lagu. Ia juga berfungsi mengiringi sesebuah persembahan nyanyian ataupun tarianDIKIR BARAT

  • 2.REBANA IBU / ANAK

  • Rebana ibu / Rebana anak

    Rebana Ibu kebiasaanya akan memainkan rentak asas, manakala Rebana Anak akan memainkan rentak yang lincah dan laju. Rentak yang dihasilkan oleh kedua-dua rebana ini sentiasa bertelingkah. DIKIR BARAT

  • 3.Marakas

  • Marakas

    Marakas berfungsi memainkan detik lagu dan merupakan nadi kepada persembahan dikir barat.DIKIR BARAT

  • 4.Canang

  • Canang

    Canang dimainkan untuk memainkan iringan melodi agar menjadi beat lagu dan supaya bunyi yang dihasilkan lebih sedap didengarDIKIR BARAT

  • Bonang / CaklempongAngklung dan kenongGong Saron PekinJidurGendang jawa

    KUDA KEPANG

  • 1.Bonang

  • Bonang

    Alat ini mengeluarkan muzik bergema (idiophone) dan digunakan dalam persembahan gamelan. Bonang dimainkan untuk menghasilkan dua nada yang serentak atau dua nada bertingkahKUDA KEPANG

  • 2.ANGKLUNG

  • Angklung

    Angklung merupakan sejenis alat muzi yang juga tergolong dalam kategori idiophone. Angklung digunakan untuk memainkan muzik yang mendatar dan perlahan. Oleh sebab itu, angklung amat sesuai untuk nada dan gerak tari yang perlahan

    KUDA KEPANG

  • 3.KENONG

  • KENONG

    Kenong merupakan sejeis alat muzik idiophone yang berasal dari Jawa, Indonesia. .Kenong juga dikenali sebagai kenong jantan dan kenong betina dan diletakkan di atas dan diiikat pada kayu yang keras untuk menghasilkan nada merdu apabila diketuk secara perlahan. KUDA KEPANG

  • 4.GENDANG JAWA

  • GENDANG JAWA

    Gendang merupakan alat membraphone (getaran bunyi yang dihasilkan daipada kulit permukaan dan dimainkan secara tabuh. Kedua-dua permukaan Gendang Jawa ditutup dengan kulit lembu atau kambing untung mengeluarkan nada muzik yang mendatarKUDA KEPANG

  • 5.GONG

  • GONG

    Gong adalah sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Timur Selatan. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. KUDA KEPANG

  • 6.SARON PEKIN

  • SARON PEKIN

    Saron kecil diperbuat daripada tembaga nipis dan melengkung . Saron pekin mempunyai dua nada. Setiap bilah saron mempunyai berbeza nada yang tersendiri. Ia mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaringKUDA KEPANG

  • 7.JIDUR

  • JIDUR

    Jidur pula merupakan alat untuk menghasilkan bunyi yang rendah dan perlahan sesuai ketika tarian rentak perlahan Kuda Kepang dimainkan. Jidur diperbuat daripada batang kelapa berongga dan permukaannya dilitipi kulit lembu atau kambingKUDA KEPANG

  • GeretehSuwaGendang ibuGendang AnakSerunaiCAKLEMPONG

  • GERETEH Memainkan melodi, kaunter melodi ostinato dan juga kord sesebuah lagu. Ia merupakan alat yang paling utama di dalam muzik caklempong.

    CAKLEMPONG

  • GERETEH

    CAKLEMPONG

  • SAUWA Suwa pula merupakan alat kedua dalam muzik caklempong dan ia berperanan memainkan ostinato samada irama ataupun bess sesebuah lagu.

    CAKLEMPONG

  • SAUWA

    CAKLEMPONG

  • TINGKAH Tingkah pula berperanan memainkan harmoni, irama lagu, serta menuruti atau mengiringi rentak gendang ibu untuk mengukuhkan sesebuah lagu.

    CAKLEMPONG

  • TINGKAH

    CAKLEMPONG

  • GENDANG IBU

    Gendang ibu berperanan mengawal rentak lagu serta tempo sesebuah lagu.

    CAKLEMPONG

  • GENDANG IBU

    CAKLEMPONG

  • GENDANG ANAK

    Gendang anak berperanan memainkan paluan samada meningkah ataupun sebagai penyeri rentak sesebuah lagu.

    CAKLEMPONG

  • GENDANG ANAK

    CAKLEMPONG

  • SERUNAI

    Serunai, bangssi ataupun Salong berperanan memainkan melodi sesebuah lagu.

    CAKLEMPONG

  • SERUNAI

    CAKLEMPONG

    *