rumah melayu tradisional

6
RUMAH MELAYU TRADISIONAL Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat. FAKTOR CUACA Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima. SUMBER ALAM Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.

Upload: uzey-zaib

Post on 25-Jun-2015

1.516 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: RUMAH MELAYU TRADISIONAL

RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

FAKTOR CUACA

Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

SUMBER ALAM

Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.

BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM

Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

PENGARUH ASING

Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan

Page 2: RUMAH MELAYU TRADISIONAL

akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU

Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.

Fokus artikel ini adalah kepada penggunaan rekabentuk Bumbung Panjang di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

pengenalan

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi.  Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita.  Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Elemen seni bina

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan

Page 3: RUMAH MELAYU TRADISIONAL

ke Rumah Ibu melalui Serambi.  Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.

Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita.  Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Page 4: RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi.

Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.

Page 5: RUMAH MELAYU TRADISIONAL