pakaian tradisional masyarakat melayu

18
PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK BAJU KURUNG TELUK BELANGA Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800- an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor.

Upload: muhamad-hisyam

Post on 01-Jul-2015

1.716 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK

BAJU KURUNG TELUK BELANGA

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju

ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.

Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu

Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun

1800-an.

Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian

kebangsaan orang Melayu Johor.

Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju

kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis

rasmi.

Page 2: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak

dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan.

Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan

memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum

lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali;

a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan

mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju,

manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu

kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut

Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau

sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-

lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke

belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

Pada masa dahulu, wanita Johor memadankan baju kurung dengan kain dagang luar, iaitu sehelai

kain sarung yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan

berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan.

Kain dagang luar ini dikenakan di pinggang seperti kain samping lelaki dengan ombak-

ombaknya di bawa ke rusuk kiri dan disaukkan pada lengan atau dipegang dengan tangan. Kain

mantul, iaitu sehelai selendang pendek yang bertekat dengan kelingkan emas biasanya akan

disangkutkan ke bahu apabila si pemakai mengenakan baju kurung dengan kain dagang luar ini.

Walaubagaimanapun, baju kurung pada hari ini tidak lagi dipakai dengan kain-kain tradisional

sebegini yang lazimnya hanya digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.

Page 3: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

BAJU KEBAYA

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu

mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud

pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa

oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja

oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan

dalam potongan dan gaya memakainya.

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan

lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari

bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju.

Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai

dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang

besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu

dipanggil anak.

Page 4: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula

lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang

pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan

berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti

baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang

berbutang itu.

Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju

kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan

dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi

pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain

sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

Page 5: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada

bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar tersebut hanya selebar satu

jari dan kedudukannya menegak.

Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. Biasanya ada satu kancing

pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu

permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas

yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-

kunang sekebun.

Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Seluar yang

selalu digunakan ialah kain seluar panjang, seluar panjang dan seluar bambu. Jika mahu,

samping dan selendang juga boleh dipakai bersama.

Baju kurung cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Lebih segak lagi

apabila bertanjak atau bersongkok.

 

Page 6: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

BAJU KURUNG KEDAH

Baju kurung Kedah dipercayai berasal dari selatan Thailand di mana wanitanya kini memakai

baju berleher potongan bujur sireh. Ianya dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai

pakaian harian. Baju kurung Kedah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil

ataupun kain nipis yang jarang dan keras. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung atau

pelikat yang diikat ke depan dengan motif kepalanya di hadapan.

Page 7: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

BAJU MELAYU

Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu dan ia terdiri dari dua jenis iaitu Baju Kurung

Teluk Belanga ataupun Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri

majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat.

Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju

Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara

biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain

tenun sutera.

Page 8: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

CELANA

Pada masa dahulu, lelaki golongan istana dan golongan berada memakai seluar yang besar dan

longgar yang dikenali sebagai kain seluar, seluar Aceh atau seluar Lambok. Kain seluar ada yang

pendek dan ada yang panjang. Kain seluar yang pendek hanya separas lutut dan biasanya dipakai

untuk bersantai di rumah. Kain seluar yang panjang pula adalah separas betis dan digunakan

ketika keluar rumah atau ke majlis rasmi. Kaki dan pinggang kain seluar sangat lebar.

Kain seluar terdiri daripada lapan bahagian yang dicantumkan. Empat bahagian yang di tengah

berfungsi sebagai kekek supaya selesa dipakai. Kain seluar dipakai seperti memakai samping;

melipat ke hadapan (box-pleat) dan menggulungnya atau mengikatnya dengan tali pinggang.

Kain seluar dilengkapi dengan satu poket. Poket dibuat pada bahagian hadapan sebelah kiri

seluar (bukan pada kekeknya).

Kain seluar diperbuat daripada sutera yang berwarna-warni dari kain songket emas atau perak.

Bahagian yang paling banyak bunga songketnya ialah bahagian hujung kaki dan bukaan poket.

Page 9: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Satu lagi seluar yang kerap dipakai ialah seluar panjang atau seluar panjut. Seluar panjang juga

lebar bahagian pinggangnya. Pada kelepet pinggang seluar panjang ada lubang kecil bagi

memasukkan pita atau tali pinggang yang digunakan untuk memanjut seluar ini.

Seluar panjang terdiri daripada empat bahagian sahaja kerana seluar panjang tidak berkekek

seperti kain seluar. Kaki seluar panjang menirus ke bawah. Pada bahagian sisi kaki seluar

panjang ada bukaan yang dipasangkan butang. Biasanya lima atau enam butang digunakan.

Panjang seluar ini mencecah buku lali.

KAIN SARUNG

Page 10: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Kain sarung Melayu terdiri daripada sebidang kain lebar yang dicantumkan kedua-dua

hujungnya. Kain sarung diperbuat daripada benang kapas dan sutera. Ada juga kain sarung yang

diperbuat daripada tenunan songket. Biasanya kain sarung songket hanya dipakai apabila ada

majlis rasmi atau sebagai pakaian pengantin.

Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Kain sarung dilipat ke hadapan (dari sisi

kiri dan kanan; box-pleat) dan digulung. Kaki kain dilepaskan hingga ke buku lali, Jika kain

sarung dipakai bersama-sama seluar, kaki kain sarung disingkatkan hingga ke paras lutut dan

menjadi samping.

Kaum wanita memakai sarung bersama-sama baju kurung atau baju kebaya. Kain sarung diikat

atau dililit di pinggang. Kaum wanita mengikat sarung dengan pelbagai cara. Iaitu dengan cara

membuat satu lipatan yang ditindan ke hadapan badan, atau dengan lipatan-lipatan kecil yang

dikumpulkan pada salah satu sisi badan; dikenali sebagai ombak mengalun. Untuk mengemaskan

atau memastikan kain sarung tidak terlucut, tali pinggang atau pita kain digunakan untuk

mengikatnya.

Kepala kain atau bahagian yang pada kain itu dihalakan ke belakang. Ada dua sebab mengapa

kain itu dipakai di belakang, pertama, untuk memastikan bahagian itu terserlah; tidak termasuk

ke lipatan kain (pada bahagian depan) dan kedua, supaya kelihatan sopan apabila

membelakangkan orang di mana kepala kain yang cantik itu menjadi tarikan kepada orang yang

membelakangkan.

Kaum wanita juga memakai sehelai lagi kain sarung di atas bajunya. Kain sarung ini dipakai

dengan tiga cara. Cara pentama dipanggil dagang luar. Dalam cara ini, kain sarung dikumpul di

sisi badan dan disauk dengan tangan. Kepala kain dihalakan ke belakang. Cana yang kedua

dipanggil kain tudung. Dalam cara ini, kain sarung dipakai meyelubungi kepala. Tujuannya ialah

untuk melindungi si pemakai daripada cuaca panas. Kepala kain diletakkan di atas kepala. Cara

yang ketiga pula dipanggil kain selempang. Dalam cara ini, kain sarung dikedut menjadi

gelungan dan diselempangkan di bahu. Kepala kain diletakkan di hadapan badan.

Page 11: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

SAMPING

Samping mirip seperti kain sarung, bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung.

Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang.

Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping

dilepas hingga ke lutut atau betis.

Pada asalnya samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya

disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Kini samping yang lebih pendek;

kakinya hingga ke paras lutut lebih digemari kerana lebih ringkas dan lebih selesa dipakai.

Page 12: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Di sesetengah tempat, di Johor misalnya, samping dipakai oleh kaum lelaki di sebelah dalam di

bawah baju kurung Teluk Belanga mereka. Samping yang dipakai dengan cara ini dipanggil kain

samping dagang dalam.

Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-

tengah di hadapan badan (box-pleat). Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau

dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong.

Selain daripada cara yang disebutkan di atas, samping juga dipakai dengan pelbagai gaya supaya

lebih menarik. Antaranya ialah dengan cara melipat-lipatnya di sisi badan dan menyimpulnya

dengan simpulan seperti tanduk atau bunga, mengikatnya dengan tali pinggang atau bengkong.

Jika tali pinggang digunakan, pending dipasangkan menjadi kepala tali pinggang supaya nampak

lebih kemas dan lebih hebat.

Page 13: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

SELENDANG

Selendang biasa adalah lebih kecil dan lebih nipis daripada selendang panjang. Bagaimanapun

corak selendang biasa lebih digemari kerana lebih ringkas dipakai. Selendang biasa dipakai

dengan menyangkutkannya di atas satu bahu ataupun kedua-dua bahu; menutupi kepala dan

bahu; diselempang di bahu kemudian melintasi badan dan diikat di pinggang; disangkut di bahu

dengan hujung yang di belakang diselempangkan di belakang badan dan disangkutkan pada

tangan (hujung yang satu bagi dilepaskan dihadapan badan) dan pelbagai cara lagi.

Selendang biasa diperbuat daripada tenunan sutera yang sudah menjalani proses ikat dan celup

atau dikenali dengan nama kain limar. Sisi selendang biasa dikemaskan dengan tenunan benang

emas. Kadang-kadang selendang ini juga disongket atau disulam dengan bunga emas.

Page 14: PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Di Kelantan, selendang biasa dipakai oleh kaum wanita sebagai kain kemban semasa

mengenakan pakaian Cik Siti Wan Kembang.

Selendang biasa juga turut digunakan dalam upacara lenggang perut iaitu upacara yang dibuat

ketika wanita mengandung tujuh bulan. Tujuan upacara ini ialah supaya bayi yang dikandung

selamat dilahirkan.