puisi melayu tradisional

22
PUISI MELAYU TRADISIONAL Walau bagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil kesusasteraan itu merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut. Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas (lihat lampiran).Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis- jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qit ah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji.

Upload: rubieybiey

Post on 06-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

guna

TRANSCRIPT

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Walau bagaimana maju sekalipun sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat daripada hasil-hasil kesusasteraan lamanya. Hasil-hasil kesusasteraan itu merupakan dokumen maklumat penting tentang tamadun masa lampau masyarakat. Pemikiran di dalamnya disanjung dan dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Begitu juga dengan corak pemerintahan serta nilai-nilai tinggi mesyarakat tersebut.Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas (lihat lampiran).Kelahiran puisi yang bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis-jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qitah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, berzanji, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan, perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji.

PANTUNPENGENALANPantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Kekayaan khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu, diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai khazanah pantun klasik Melayu. Pantun klasik juga didefinisikan juga sebagai Pantun Istana berdasarkan takrifan yang diberikan oleh saya sendiri.Masyarakat Melayu kaya dengan puisi tradisional. Pantun mempunyai keistimewaan dan peranannya yang tersendiri dalam kalangan masyarakat dahulu dan kini.

Puisi tradisional Melayu termasuklah pantun merupakan satu bukti kehidupan masyarakatnya yang unit. Pantun yang terhasil daripada kata-kata yang puitis dalam setiap baitnya terutama unsur tersirat yang kadangkala begitu menarik untuk dikaji. Pada masa yang sama pantun juga membuktikan falsafah bangsa yang mendalam cirinya. Sesuai dengan peribahasa 'tak lapuk dek hujan tak leaking dek panas', pantun memiliki banyak keistimewaan dan peranan yang tersendiri dalam kebudayaan masyarakat. Peranan pantun yang ketara ialah sastera ini menjadi media komunikasi dan hiburan semula jadi buat masyarakat kita. Pantun digunakan sebagai lagu dan dinyanyikan untuk tujuan berhibur atau mengusik antara jantina dalam masyarakat kita. Tindakan ini menjadikan kehidupan masyarakat lebih ceria, seronok dan menarik untuk dilalui. Sesungguhnya, pantun menjadikan kehidupan masyarakat menjadi lebih bermakna.

Selain itu, pantun juga memberikan nasihat dan tunjuk ajar terutama kepada generasi muda kita. Golongan tua yang kaya dengan pelbagai nasihat dan pengalaman hidup serta amat peka dengan perubahan sesuatu perkara selalu menggunakan pantun sebagai kaedah memberi peringatan pula. Contohnya, Pantun Kiasan dalam Antologi Anak Laut yang jelas menolak sebarang usaha suka membazir dalam kehidupan manusia itu. Jelaslah, pantun boleh secara diam-diam memberi nasihat kepada masyarakat untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Malahan, pantun juga dilihat sebagai satu cara untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih kepada seseorang itu. Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap masyarakat yang mengenang budi orang lain. Pantun yang menggunakan bait Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati membuktikan betapa tingginya konsep mengenang budi dalam masyarakat kita itu.Maka, pantun menjadi satu cara yang paling mudah untuk menyuarakan rasa terima kasih atas bantuan yang diterima daripadaseseorangmanusiaitu.

Pantun juga dilihat sebagai satu teknik menyindir atau menempelak seseorang itu dengan lebih sopan. Masyarakat kita yang tidak suka menimbulkan masalah pergaduhan tetapi masih mahu memberi peringatan kepada orang lain telah menggunakan pantun sebagai jalan penyelesaiannya. Penggunaan pantun membolehkan hanya orang yang melakukan sesuatu tindakan yang salah itu memahaminya lalu berusaha untuk mengubah kesilapannya pada masa hadapan. Oleh itu, pantunlah yang membantu masyarakat kita mengkritik ahli yang lain tetapi masih mengekalkan suasana keharmonian dalam sesebuah masyarakat itu.

Akhir sekali, pantun juga berperanan untuk mempamerkan adat istiadat masyarakat kita. Sudah acap kali pantun digunakan sebagai pembuka kata sebagai tanda memento kebenaran atau menyampaikan hasrat terutama ketika majlis perkhawinan dan sebagainya. Penggunaan kaedah berpantun ini menjadikan suasana majlis lebih ceria dan menarik kepada masyarakat. Sesungguhnya, penggunaan pantun sebagai alat adat istiadat telah meninggikan lagi kedudukan pantun dalam masyarakat kita.

Kesimpulannya, pantun mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam masyarakat kita. Situasi ini menjadikan kedudukan pantun itu sesuatu yang bernilai dan harus dikekalkan dalam kebudayaan kita. Namun, pantun semakin lama semakin terhakis akibat perubahan zaman yang berlaku dengan pantas itu. Bak kata pepatah, 'biar mati anak, jangan mati adat' yang membuktikan bahawa pantun itu sesuatu yang berharga dalam kebudayaan kita. PantunMemang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Zaba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen.Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun puji-pujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita.Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat menyelesaikan keseluruhan idea. Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna. Contohnya:Sapu tangan berkaki merah, kakinya diletak dalam perahu,Luka di tangan berdarah merah,Luka di hati tak dapat nak tahu.

Oleh itu, istilah-istilah yang merujuk kepada jenis-jenis pantun, seperti pantun kanak-kanak, pantun kasih-sayang, pantun budi dan sebagainya bukanlah tergolong sebagai jenis tetapi lebih jelas sebagai pengelasan tema yang boleh berubah-ubah menurut tafsiran dan penumpuan pengkaji. Bagi setiap baris pantun ada jeda di dalamnya. Pantun-pantun ini memiliki gaya bahasa dan lambang yang sesuai dengan norma dan nilai masyarakat setempat. Terdapat juga pantun-pantun yang pembayangnya mempunyai hubungan dengan maksudnya. Pantun sebagai milik semua lapisan masyarakat, mampu membawa berbagai-bagai tema, persoalan dan mesej. Contohnya:

PENGERTIAN DAN ISTILAH PANTUNKetika membicarakan etimologi atau akar kata perkataan pantun seorang sarjana yang pakar dalam bidang ini, Harun Mat Piah (Puisi Melayu Tradisional, 1989, hal 105 ) bersetuju dengan pendapat Brandsetter yang telah banyak membuat kajian perbandingan bahasa-bahasa Polynesia-Austronesia.ialah Menurut Brandsetter perkataan Pantun Sunda itu akarnya tun yang juga terdapat dalam bahasa Pampanga tuntun yang bererti teratur dalam bahasa Tagalog tonton yakni pengucapan yang tersusun dalam bahasa Jawa Kuno tuntun yang bererti benang atuntun , teratur dan matuntun , bererti memimpin.Dalam bahasa Bisaya pula panton beerti mendidik, manakal dalam bahasa Toba pantun merujuk kepada kesopanan dan kehormatan.Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa kata akar tun di dalam bahasa Nusantara merujuk kepada satu bentuk pernyataan atau pengucapan yang kemas, teratur, indah dan sopan.Dalam soal ini kita harus beringat bahawa kesemua bahasa di Nusantara merupakan bahasa serumpun.Walaubagaimanapun, Harun Mat Piah juga bertegas bahawa pantun merupakan ciptaan yang asal dalam masyarakat Melayu dan bukannya merupakan saduran daripada puisi Jawa, India atau Cina.Kita tidak Seharusnya mengaitkan pantun dengan pelbagai bentuk ucapan berpuisi yang wjud dalam bahasa lain.Kewujudan ini yang dapat diperhatikan dalam masyarakat Nusantara mahupun luar merupakan satu kewujudan yang bersifat kebetulan semata-mata.R.J Wilkinson (1901) pernah menyampaikan pendapat bnahawa kemungkinan pantun merupakan hasil yang terbit daripada kebiasaan orang Melayu menggunakan perkataan sebunyi atau berirama.Suatu bunyi itu menjadi saranan kepada bunyi lain.Selain daripada bunyi, beliau juga menekankan betapa bahasa yang digunakan di dalam pantun juga membawakan pelbagai perlambangan.Ini membawa kita kepada dua cirri utama pantun yakni aspek bunyi dan perlambangan.Perkara ini boleh perhatikan dalam sebarang pantun yang wujud dalam budaya Melayu.Sekadar contoh kita renungkan pantun-pantun ini:

Buah cempedak di luar pagar ,Ambil galah tolong jolokkan , Saya budak baru belajar ,Kalau salah tolong tunjukkan.Di sini kita dapat mengesan bagaimana bunyi di dalam perkataan cempedak digandingkan dengan budak, pagar dengan belajar,galah dengan salah,jolokkan dengan tunjukkan.Untuk meninjau penggunaan perlambangan pula sekiranya contoh mudah seperti:

Pisang emas dibawa belayar ,Masak sebiji di atas peti ,Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati .

Perhatikan frasa hutang emas Mengapa emas yang disebut?Ini kerana tiada suatu apapun( barangan) yang lebih bernilai daripada emas bagi orang Melayu pada ketika itu.Memang benar ada batu permata yang jauh lebih berharga daripada emas.Namun kita perlu paham bahawa pantun merupakan hasilan yang lahir di kalangan masyarakat biasa.Bagi mereka , emas merupakan satu symbol kemewahan yang paling biasa.Malah mungkin juga merupakan harta yang paling berharga yang mampu dimiliki.Dengan itu, hutang emas merupakan gambaran bentuk hutang yang paling mahal yang tercakup di dalam akal fikiran mereka.

PEMBAYANG DAN MAKSUDSatu persoalan penting telah wujud di kalangan pengkaji pantun sejak dahulu ialah perkaitan antara pembayang dengan maksud.Malah menurut Prof.Taib Osman, persoalan ini telah mendapat perhatian berat di kalangan sarjaan Belanda dan Inggeris sendiri pun yang pernah mengkaji pantun Melayu.Terdapat dua aliran kepercayaan di daalm hal ini di mana sesetengah pengkaji berpendapat terdapat bahawa pertalian maksud yang akrab di antara pembayang dengan maksud.Prof. Pijnapeel, misalnya pernah memberikan pendapat bahawa dua ayat pertama dalam pantun sebenanya membayangkan maksud dua baris penhabisan.Beliau memberikan contoh dengan menggunakan pantun berikut:

Telur itik dari Singapura ,Pandan terletak dilangkahi ,Darah titik di Singapura ,Badannya terlatar di Langkawi.

Beliau beranggapan bahawa gambaran yang hendak disampaikan ialah kedudukan jarak yang jauh. yakni darah yang menitis di Singapura dan badan yang terlantar di Langkawi.Beliau berkata bahawa jarak yang jauh ini digambarkan oleh telur yang dibawa dari Singapura kerana Singapura merupakan tempat yang jauh dari pandan yang dilangkahi itu. Hubungan di antara pembayang dengan maksud ini merupakan sesuatu yang teknikal.Hubungan pertamanya adalah dari segi bentuk pantun itu dan kedua dari segi pemakaian pantun tersebut dalam masyarakat.Dari segi pertama, dua baris pertama itu berfungsi untuk melahirkan unsure rima bagi dua baris penghabisan.Aspek ini amat penting kerana keutuhan sesebuah pantun banyak bergantung kepada permainan bunyi rima hujungnya.Dari segi keduanya, pantun merupakan satu bentuk komunikasi yang berseni di mana penggunaan pantun untuk berkomunikasi, misalnya dalam situasi berbalas-balas pantun adalah berbeza daripada kaedah komunikasi harian yang lain.Ukuran seni bagi komunikasi dengan pantun ialah maksudnya haruslah tepat dan kena pada situasi atau tujuan berpantun itu dan cara penyampaian maksud tersebut harus berkias dengan indahnya.Perkara ini menjadi lebih ketara apabila diperhatikan pantun-pantun berkait di mana pantun jenis baris kedua dan keempat dalam rangkap pertama diulang dalam rangkap berikutnya sebagai baris pertama dan ketiga.Contoh:Mari dibantun dengan parang ,Berangan besar dalam padi ,Pantun tidak mengata orang ,Jangan syak dalam hati.

BENTUK DAN HUKUMSelama ini kita Cuma membicarakan perihal pantun empat kerat.Ini kerana pantun jenis inilah yang paling popular di kalangan masyarakat.Pada masa yang sama kita tidak harus melupakan hakikat pantun juga wujud dalam bentuk-bentuk lain lain seperti pantun dua kerat,enam kerat,lapan kerat,sepuluh kerat dan sebagainya.Walau apa sekalipun jenis pantun tersebut, kesemuanya tunduk kepada hokum permainan bunyi.Ini kerana sebagaimana yang dikatakan tadi, cirri utama yang menegakkan sesebuah pantun ialah keindahan yang diberikan oleh rimanya.Oleh yang demekian kesemua jenis pantun tersebut tetap memperlihatkan system permainan bunyi yang tersusun.Secara keseluruhan system permainan bunyi di dalam kesemua jenis pantun adalah seperti berikut:

PantunPermainan Bunyi

Pantun dua kerat

a-a

Pantun empat kerat

a-b-a-b

Pantun enam kerat

a-b-c / a-b-c

Pantun lapan kerat

a-b-c-d / a-b-c-d

Pantun sepuluh kerat

a-b-c-d-e / a-b-c-d-e

Pantun dua belas kerat

a-b-c-d-e-f / a-b-c-d-e-f

Pantun dua kerat juga dikenali sebagai ungkapan berirama atau ungkapan bersajak.Walaubagaimanapun ia masih digolongkan di dalam keluarga pantun disebabkan pertalian strukturnya dengan pantun iaitu dari segi iramanya.Sekiranya dikaji dengan teliti kita akan menemui rima tengah dan rima akhir sebagaimana pantun empat kerat.Malah apabila dituturkan ( dilagukan) sekalipun, pendengar akan memperoleh kesan seakan-akan sama seperti pantun.Satu-satunya perbezaannya ialah pantun ini akan kedengaran singkat.Contoh:Mentimun bongkok di balik tiangAyam berkokok alamat nak siangPerhatikan rima akhirnya.Perkataan tiang dan siang memberikan suku kata akhir ang dan seterusnya menepati permainan bunyi a-a.Tetapi apa yang lebih menarik tentang pantun ini ialah permainan bunyi di tengah-tengah barisnya.Perhatikan perkataan bongkok dan kokok.Kedua-duanya berakhir dengan suku kata kok.Sekadar contoh kita perhatikan beberapa contoh seperti:Hujung bendul dalam semakKerbau mandul banyak lemak

CIRI-CIRI PANTUN

Dengan perbincangan di atas kita bolehlah menyimpulkan cirri-ciri pantun Melayu.Kesemuanya terdapat lima ciri utama yang boleh disimpulkan seperti berikut:a. Pantun terdiri daripada rangkap-rangkap yang berasingan.Bilangan baris daalm setiap rangkap ini adalah berpasangan iaitu sama ada dua,empat,enam atau lapan.Namun yang dominannya ialah pantun empat baris atau distilahkan sebagai quatrainsb. Setiap baris terdiri daripada empat atau lima patah perkataan dasar.Memandangkan kebanyakan kata di dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata,maka bilangan suku kata di dalam setiap baris akan terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata.Ini boleh berubah-ubah bergantung kepada imbuhan yang digunakan.

Perkara ini boleh dijelaskan dengan mudah dengan memerhatikan sebarang pantun yang wujud.Contohnya:Pu/lau Pan/dan ja/uh ke ten/gah ,( lima patah perkataan ,sembilan suku kata )Gu/nung Da/ik ber/ca/bang ti/ga ( empat patah perkataan ,sembilan suku kata )Han/cur ba/dan di/kan/dung ta/nah ,(empat patah perkataan ,sembilan suku kata) Bu/di yang ba/ik di/ke/nang ju/ga ,(lima patah perkataan , sepiluh suku kata )c. Setiap rangkap terdiri daripada dua bahagian yang diistilahkan sebagai pembayang dengan maksud.Dua baris pertama merupakan pembayang manakala dua baris terakhir pula merupakan maksud atau inti yang ingin disampaikan.Biasanya tiada kaitan makna di antara pembayang dengan maksud.Namun kedua-dua bahagian ini bersifat saling melengkapi dari aspek permainan bunyi.d. Setiap rangkap terdiri sesebuah pantun merupakan satu kesatuan yang lengkap.Dengan kata lain, setiap rangkap ini dapat berdiri sendiri tanpa bergantung kepada rangkap lain.Malah perkara ini tetap berkekalan walaupun apabila diperhatikan pantun berkait,Kita boleh memahami maksud setiap rangkap tersebut tanpa perlu menoleh kepada rangkap yang mendahului atau menyusuri di belakang.e. Pantun menggunakan rima hujung baris berbentuk a-a-a-a atau a-b-a-b ( bagi pantun empat kerat).Pada masa yang sama wujud juga gandingan bunyi di antara perkataan yang sejajar di antara baris pertama dengan ketiga dan baris kedua dengan keempat.Namun ini bukanlah satu kemestian sebagiamana pada perkataan terakhir pada baris-baris berkenaan.

Contohnya:

Pisang emas dibawa belayar ,Masak sebiji di atas peti ,Hutang emas boleh kubayar ,Hutang budi dibawa mati.

Kerbau menguak di tengah padang ,Puguk di tepi habis lari ,Kita beredar di tempat orang ,Budi bahasa baik di cari.

Perhatikan bahawa kedua-dua buah pantun tersebut tunduk kepada hokum rima terakhir iaitu a-b-a-b tetapi cuma pantun pertama sahaja yang tunduk kepada hukum permainan bunyi di tengah baris.Dalam pantun pertama, perkataan emas dalam baris pertama memberikan rima yang sama dengan perkataan emas di dalam baris ketiga.Begitu juga perkataan sebiji di dalam baris kedua dengan perkataan budi dan dalam baris keempat.Ini bermakna pantun pertama bukan sahaja menepati hokum bunyi a-b-a-b pada penghujung ayat tetapi juga pada bahagian tengahnya.Namun kita tidak dapat memerhatikan permainan bunyi yang sedemikian pada pantun kedua.

TEMA PANTUN

Genre kesusasteraan yang diistilahkan sebagai pantun ini muncul di kalangan satu masyarakat yang tertutup.Tertutup di sini mempunyai pelbagai maksud.Mereka merupakan satu kelompok yang masih belum dihinggapi jari-jemari dunia material.Mereka merupakan satu kelompok manusia yang amat memntingkan adad, memegang erat nilai-nilai murni kehidupan dan amat mementingkan keakraban hubungan sesama insan.Sebagai satu kelompok manusia mementingkan nilai-nilai murni ini, wujud satu bentuk persefahaman di kalangan mereka untuk menegur sebarang tindak laku negative yang wujud di kalangan ahli komuniti.Namun pada masa yang sama , sebagai satu kelompok yang amat mementingkan keakraban perhubungan sesame sendiri pula, mereka tidak pernah menegur sebarang salah laku itu secara langsung sehingga boleh melukakan hati si pendengar.Masyarakat Melayu yang hidup dilingkungi kebesaran ala mini menggunakan pelbagai perlambangan yang wujud di sekeliling mereka untuk member tunjuk ajar, manasihati menegur dan mengkritik tindakan-tindakan yang di anggapmenyalahi norma kehidupan.

FUNGSI PANTUN

Pantun bukan sahaja merupakan satu bentuk bahasa tersusun yang berfungsi sebagai hiburan semata-mata.Fungsi hiburan ini tetap ada tetapi ia wujud secara selari dengan satu lagi fungsi utama yang lain iaitu member tunjuk ajar secara halus dan bersopan.Pantun juga merupakan satu bentuk ucapan yang merupakan rencaman misteri kehidupan.Dengan kata lain pantun merupakan wadah pengalaman yang terbit daripada renungan mendalam golongan tua yang ditinggalkan untuk generasi berikutnya.Penggunaan pantun di dalam budaya Melayu tradisional begitu meluas sekali sehinggakan kita mempunyai pantun untuk hampir setiap lapisan masyarakat.Harun Mat Piah (1989) membahagikan pantun terhadap penjenisan seperti berikut :a. Pantun kanak-kanakb. Pantun cinta dan kasih sayingc. Pantun telatah dan cara hidup masyarakatd. Pantun teka tekie. Pantun puji-pujian atau sambutanf. Pantun naratif atau bercerita

WARISAN KITASeterusnya kita perhatikan beberapa contoh pantun yang wujud di dalam dunia puisi kita.a. Pantun dua keratb. Pantun kanak-kanakc. Pantun orang muda ( termasuk cinta dan kasih sayang )Kehidupan orang muda merupakan satu alam yang penuh dengan pelbagai pengalaman.Sebagai satu golongan dinamik, mereka terdedah kepada pelbagai perubahan kehidupan.Mereka akan mengembara mencari kehidupan, menimba ilmu dan berjuang untuk menegakkan keadilan.Dalam menghadapi gelombang kehidupan ini, mereka pasti akan merasai kenikmatan bercinta dan kehampaan putus cinta.Mereka pasti berhadapan dengan pertemuan dan ada kalanya tidak dapat melarikan diri daripada perpisahan.Maka tidaklah menghairankan sekiranya budaya Melayu diperkayai dengan pelbagai bentuk pantun untuk mengiringi setiap aspek kehidupan golongan ini.Contohnya :-Pantu Dagang-Pantun Kasih Sayang-Pantun Kasihd. Pantun Ragam Hidup/Falsafah HidupSebagai sebuah masyarakat yang amat mementingkan nilai-nilai hidup, masyarakat Melayu juga amat kaya dengan pantun yang menyentuh tentang falsafah hidup.Pantun-pantun ini juga terhasil daripada renungan dan pengamatan yang mendalam terhadap fenomena kehidupan yang diturunkan dari generasi kepada generasi berikutnya sebagai panduan dan peringatan dalam pengemudikan arus kehidupan.ANALISA PRAKTIKALSelain daripada membaca dan menghayati pantun, kita juga seharusnya berupaya menganalisa sesebuah pantun itu secara sistematik.Kemahiran ini amatlah penting terutama bagi para pelajar dan pengkaji puisi Melayu.Oleh yang demikian seterusnya kita pewrhatikan kaedah mengkaji pantun secara ringkas.Contoh 1 :Bunga melati bunga di darat ,Bunga seroja di tepi kali ,Hina besi kerana karat ,Hina manusia tiada budi.( Dipetik daripada Puisi Melayu Tradisi )

Maksud Keseluruhan/ Pemerian Pantun ini mengemukan kepentingan manusia hidup dengan berbudi.Manusia yang membuat kebaikan akan disanjung masyarakat manakala golongan yang tidak berbudi ( mementingkan diri sendiri atau tamak ) akan dipandang keji dan disisihkan masyarakat.Malah pemilihan kata ini di dalam pantun ini juga amat tepat di mana walaupun besi merupakan suatu barangan yang amat berguna tetapi ia tidak menjadi berharga sekiranya berkarat.Begitu jugalah dengan kehidupan seseorang manusia.Walaupun dilahirkan serba sempurna tetapi keperibadiannya bergantung kepada nilai budi pegangannya.

KeindahanKeindahan pantun ini terletak pada penggunaan imejnya.Pantun ini mengeksploitasi unsur-unsur alam dengan amat sempurna .Bunga melati bunga seroja di tepi kali dan besi bukan sahaja memenuhi syarat pembayang sebagai pengindah pantun tetapi juga merupakan kata-kata yang biasa di dalm budaya Melayu.Dengan ini ia sedap didengar di samping memudahkan penghayatan maksudnya.Bilangan perkataan di dalam setiap baris pantun ini adalah seimbang iaitu empat patah perkataan kecuali pada baris pertama dan kedua yang disebabkan penggunaan imbuhan di .Ini menyebabkan bilangan suku kata setiap baris juga agak seimbang iaitu antara Sembilan dengan sebelas suku kata.Selain itu, bunyi atau rima pantun ini juga cukup terikat dan ini menambahkan keindahan pembacaan.Rima akhirnya ialah a-b-a-b.Apa yang menarik pada juga dapat pantun ini ialah rima tersebut juga dapat diperhatikan pada bahagian tengah setiap barisnya.Perhatikan perkataan melati,seroja,besi dan manusia.Perkataan-perkataan ini juga menepati rima a-b-a-b.Maksud pantun ini disampaikan secara kiasan juga merupakan satu lagi unsure keindahannya.Perbandingan yang dilakukan adalah amat tepat.Walaupun besi merupakan satu bahan yang amat berharga dan diakui kehebatannya, namun bahan itu tidak langsung berguna dan akan diketepikan sekiranya berkarat.Begitu jugalah dengan hidup manusia.Manusia dengan segala kelebihan dan keistemewaannya akan tetap jatuh mertabatnya seabgaimana besi yang telah berkarat sekiranya tidak berbudi.Pengajaran atau NasihatKehidupan manusia perlu disulami budi pekerti yang mulia.Martabat manusia ditentukan oleh nilai budi yang dipegang olehnya.Manusia yang tidak mengamalkan nilai hidup yang murni akan dipandang jijik dan mungkin akan diasingkan oleh masyarakatnya sendiri.

Contoh 2 :

Tenang-tenang air di laut ,Sampan kolek mudik ke tanjung ,Hati terkenang mulut menyebut , Budi sedikit rasa nak junjung.

Pulau pandan jauh ke tengah , Gunung daik bercabang tiga ,Hancur badan dikandung tanah , Budi yang baik di kenang juga. Pisang emas dibawa belajar , Masak sebiji di atas peti ,Hutang emas boleh dibayar , Hutang budi dibawa mati. Tanam serai tanam halia ,Tanam juga pokok sengkuang , Orang berbudi disanjung mulia ,Ke mana pergi tiada terbuang.

Kalau ada jarum yang patah ,Jangan disimpan di dalam peti , Kalau ada silap dan salah ,Jangan disimpan di dalam hati.

Maksud Rangkap 1 : Orang yang menghargai dan tidak melupai pertolongan serta bantuan yang diberikan kepadanya walaupun sedikit.Rangkap 2: Budi baik seseorang itu akan dikenang dan disanjung sepanjang masa walaupun telah meninggal dunia.Rangkap 3: Budi baik yang diberikan tidak dapat diinilai dengan harta.Budi yang baik akan disebut dan dikenang sehingga ke akhir hayat.Rangkap 4: Orang yang telah menabur budi akan tetap dikenang ke mana sahaja dia berada.Rangkap 5: Sekiranya melakukan kesilapan jangan menyimpan dendam.Perlu bersikap bermaaf-maafan jika berlaku perselisihan faham.