senjata tradisional masyarakat melayu

49
SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD SHAHRUL SYAFIQ MOHAMMAD IZZAT NUR ZALINDA NUR JANNATUL NAIMAH

Upload: nur-zalinda-ab-razak

Post on 14-Dec-2014

6.087 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Senjata tradisional masyarakat melayu

SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT

MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD SHAHRUL SYAFIQ

MOHAMMAD IZZATNUR ZALINDA

NUR JANNATUL NAIMAH

Page 2: Senjata tradisional masyarakat melayu

Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi

oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni

mempertahankan diri seperti silat.

Page 3: Senjata tradisional masyarakat melayu

Peranan senjata amatlah penting dalam hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta

hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan

ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.

Page 4: Senjata tradisional masyarakat melayu

Corak-corak yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya

imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan

pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka yang melambangkan ketinggian daya pemikiran

dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat.

Page 5: Senjata tradisional masyarakat melayu

KERIS

Page 6: Senjata tradisional masyarakat melayu

Sejenis senjata pendek Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.

Boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao), dan Brunei.

Page 7: Senjata tradisional masyarakat melayu

Digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat).

Sebagai alat kebesaran diraja.

Lambang kedaulatan orang Melayu.

Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah.

Page 8: Senjata tradisional masyarakat melayu

TUMBUK LADA

Page 9: Senjata tradisional masyarakat melayu

Matanya melengkung bongkok udang, tajam sebelah dan meruncing di hujung, lebar di atas.

Diperbuat daripada besi campuran.

Berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak.

Page 10: Senjata tradisional masyarakat melayu

Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-tumbuhan.

Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya.

Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu.

Page 11: Senjata tradisional masyarakat melayu

BADIK

Page 12: Senjata tradisional masyarakat melayu

Bentuknya hampir sama dengan bentuk tumbuk lada.

Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.

Mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris dan tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.

Page 13: Senjata tradisional masyarakat melayu

Panjang matanya diantara 18 - 20sm. dan lebar 2sm.

Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat.

Page 14: Senjata tradisional masyarakat melayu

KERAMBIT

Page 15: Senjata tradisional masyarakat melayu

Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam.

Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya.

Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya.

Page 16: Senjata tradisional masyarakat melayu

Nama senjata ini juga dipercayai mengambil nama dari taji atau lawi ayam kerana bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kebiasaannya kelambit berhulukan kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan.

Dibahagian pangkalnya diikatkan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagi ikatan hulu tersebut.

Page 17: Senjata tradisional masyarakat melayu

Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking.

Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tepat ke sasarannya, atau secara rautan.

Page 18: Senjata tradisional masyarakat melayu

LEMBING

Page 19: Senjata tradisional masyarakat melayu

Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau logam.

Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau.

Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam dihujungnya.

Page 20: Senjata tradisional masyarakat melayu

Terdapat pelbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh.

Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu.

Page 21: Senjata tradisional masyarakat melayu

Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja.

Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari mata yang lebar serta tangkai yang panjang dan ringan.

Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.

Page 23: Senjata tradisional masyarakat melayu

Merupakan alat yang dimajukan dengan penggunaan bahan logam bagi menggantikan kayu dan lebih tajam bagi menjadikannya lebih berbahaya.

Kebiasaannya cokmar berbentuk besar dan biasanya bersegi dan tajam pada satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan.

Page 24: Senjata tradisional masyarakat melayu

Dipegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh.

Kepala cokmar yang berat dan tajam mampu menembusi baju besi kesateria ketika berperang.

Page 26: Senjata tradisional masyarakat melayu

Sejenis peralatan pertukangan kayu yang digunakan sejak zaman dahulu kala lagi, dan wujud dalam setiap tamadun manusia.

Digunakan untuk membelah kayu, memotong kayu, menebang pokok-pokok dan kayu balak.

Kapak juga digunakan sebagai senjata perang dan senjata pertahanan diri.

Page 27: Senjata tradisional masyarakat melayu

Kapak juga digunakan sebagai alat dalam istiadat keagamaan dan upacara adat dan dijadikan sebagai simbol lambang heraldic.

Mempunyai pelbagai bentuk tetapi bentuk asasnya tidak banyak berbeza, iaitu kepala kapak yang dihubungkan kepada satu pemegang.

Page 28: Senjata tradisional masyarakat melayu

LADING

Page 29: Senjata tradisional masyarakat melayu

Dari kategori parang.

Sinonim di negeri Kedah.

Senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal dari Kedah.

Dibuat mengikut ukuran anggota pemakai.

Page 30: Senjata tradisional masyarakat melayu

Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya manakala keseluruhan bilahnya adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan.

Digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.

Page 31: Senjata tradisional masyarakat melayu

PARANG ILLANG

Page 32: Senjata tradisional masyarakat melayu

Dikenali sebagai Malat/Mandau oleh orang Kayan, atau Mandau, Baieng oleh orang Kenyah.

Merupakan salah satu senjata tradisional pahlawan Iban.

Digunakan sebagai senjata dalam amalan warisan memburu kepala musuh yang menjadi tradisi masyarakat pribumi itu.

Page 33: Senjata tradisional masyarakat melayu

Mempunyai satu mata lurus dengan mata bilah semakin melebar dan runcing di bahagian hujung.

Mata bilah mempunyai lekuk dan melengkung sedikit pada bahagian mata.

Diukir indah dengan pola menarik dan dihiasi dengan lubang dan tembaga terbenam yang dikenali sebagai Lantak Paku.

Page 34: Senjata tradisional masyarakat melayu

Senjata tradisional warisan turun temurun yang memiliki nilai estetika yang tinggi dan berkait rapat dengan elemen pertempuran, pertahanan dan keselamatan, selain dikaitkan dengan unsur mistik.

Hulunya biasanya diperbuat daripada tanduk rusa atau kayu, terukir indah dengan muka menakutkan atau hiasan dengan bulu kambing diwarna.

Page 35: Senjata tradisional masyarakat melayu

Sarungnya diperbuat daripada dua keping kayu dilekatkan bersama dan dihiasi dengan ukiran menarik dan diikat dengan rotan dalam pola menarik.

Sarung parang illang biasanya mempunyai poket bagi menyimpan pisau kecil: yang dikenali sebagai Pue yang menyerupai Pisau Raut bagi ukiran kayu kecil dan meraut rotan.

Page 37: Senjata tradisional masyarakat melayu

Senjata tajam yang memiliki bilah panjang.

Memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja.

Dalam beberapa kebudayaan, jika dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki prestij yang lebih atau paling tinggi.

Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau baja.

Page 38: Senjata tradisional masyarakat melayu

Meskipun begitu terdapat pedang daripada emas yang digunakan sebagai hiasan sahaja.

Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya.

Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah belum mengenali logam.

Page 39: Senjata tradisional masyarakat melayu

RENCONG

Page 40: Senjata tradisional masyarakat melayu

Senjata tradisional dan utama bagi orang Aceh yang menyerupai keris.

Direka bentuk menyerupai huruf L, dan bila dilihat lebih dekat menyerupai kaligrafi kata Arab الله bismi-Llah بسم("dengan nama Allah").

Page 41: Senjata tradisional masyarakat melayu

SABIT

Page 42: Senjata tradisional masyarakat melayu

Sejenis alatan tangan yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti pertanian, termasuklah memotong rumput atau menuai tanam-tanaman.

Alatan ini digantikan secara besar-besaran oleh traktor dan mesin-mesin yang lain, namun masih terus digunakan dalam sesetengah kawasan di Eropah dan Asia.

Page 44: Senjata tradisional masyarakat melayu

Terdapat dua jenis sundang yang dikenal pasti iaitu sundang lipas berbentuk pedang dua mata dan sundang berbentuk keris besar.

Senjata ini lebih sesuai untuk melibas.

Sejenis senjata tradisi yang digunakan oleh orang-orang Bugis dan Sulu.

Tidak sesuai untuk menikam.

Page 45: Senjata tradisional masyarakat melayu

TEKPI

Page 46: Senjata tradisional masyarakat melayu

Bentuk asas senjata ini adalah bercabang tiga dengan cabang utama lebih panjang daripada cabang di kiri dan kanannya.

Cabang utama berbentuk lurus manakala cabang di kiri dan kanan membentuk huruf U atau seperti tanduk kerbau.

Masyarakat Melayu menamakan cabang utama tersebut sebagai batang tekpi manakala cabang di kiri dan kanannya sebagai sampir.

Page 47: Senjata tradisional masyarakat melayu

Hujung hulunya pula dikenali sebagai mata lalat atau bunga lawang.

Cabang utama biasanya adalah sepanjang 15 inci sehingga 20 inci dan diukur mengikut kesesuaian tuan punya senjata.

Page 48: Senjata tradisional masyarakat melayu

Tekpi dipercayai berasal daripada Indonesia sebelum tersebar ke Malaysia, India, China, Indo-China dan Okinawa, Jepun.

Di Indonesia ia dikenali dengan nama Tjabang dan dipercayai diambil hasil dari Trisula, India, manakala di Okinawa dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai Sai (釵 ).

Page 49: Senjata tradisional masyarakat melayu

SEKIAN