ms depan esemen asas kepimpinan

17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU EDU 3083 NAMA : AISYAH BINTI MAHAT NO. KAD PENGENALAN : 910709-12-5314 AMBILAN : JANUARI 2011 UNIT : 8 PISMP PENGAJIAN ISLAM 1

Upload: ai-syah

Post on 24-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT TERENGGANU

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

EDU 3083

NAMA : AISYAH BINTI MAHAT

NO. KAD PENGENALAN : 910709-12-5314

AMBILAN : JANUARI 2011

UNIT : 8 PISMP PENGAJIAN ISLAM 1

MATA PELAJARAN : ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN

PROFESIONAL GURU

KOD MATA PELAJARAN : EDU 3083

TARIKH SERAHAN : 11 SEPTEMBER 2014

NAMA PENSYARAH : EN. ZULKIFLI BIN DAUD

Page 2: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

HALAMAN PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya “ .

NAMA : AISYAH BINTI MAHAT

TARIKH : 11 SEPTEMBER 2014

TANDATANGAN :

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT TERENGGANU

Page 3: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

HALAMAN JUDUL

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT TERENGGANU

Page 4: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya.

menyempurnakan tugasan bagi subjek Asas Kepimpinan dan Perkembangan

Profesional Guru ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh

pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan

bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi

sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam

hidup .

Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan

dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu isu mengenai Isu perpaduan

nasional dalam pendidikan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini.

Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, En. Zulkifli bin Daud kerana beliau telah

banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami semua sepanjang menjalankan tugasan

kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dan rakan-rakan dalam usaha

menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga

saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi

menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya juga turut berterima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi

merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam

menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala

bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan

sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Page 5: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

ISI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN / MUKASURAT

Halaman Pengakuan ii

Penghargaan iv

Isi Kandungan v

Pendahuluan vi

1.0Pengenalan 1

2.0Isu Semasa Mengenai Penderaan Murid 3

3.0Kewajaran Tindakan Profesional Guru 7

3.1Kewajaran Tindakan Oleh Guru Disiplin 9

3.2Kewajaran Tindakan Oleh Guru Besar 11

3.3Kewajaran Tindakan Oleh Ibu Bapa 12

4.0 Analisis Cadangan Tindakan Berdasarkan Teori Kepimpinan Guru 13

Refleksi vii

Rumusan ix

Rujukan x

Page 6: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

PENDAHULUAN

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh

kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera

penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana

rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan

pelbagai ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai

sosial yang baik dari segi moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita

bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi

negara, timbul pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru.

Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul anak didik sendiri sering

berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia menjadi bualan hangat

dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering dipilih untuk

dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang

tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca

dari sikap dan kelalaian guru itu sendiri?

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam

perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan

oleh seorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi

pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara

peranan guru yang penting ialah sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing

pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan

bertindak sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan

pelajar. Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dan menganggap

sekolah sebagai sebahagian keluarga mereka. Selain itu, guru juga sebagai pendisiplin

yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu mereka membentuk

sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru juga

sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada

pelajar.

Page 7: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

 Dengan ini, nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan

dalam jiwa pelajar. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini

harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik

generasi yang akan menjadi dewasa kelak.

Page 8: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

RUMUSAN

Setiap organisasi sekolah memerlukan seorang pemimpin iaitu guru besar. Tanpa

Guru besar sesebuah sekolah tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh

bangunnya sesebuah sekolah bergantung kepada guru besar. Seseorang guru besar

dikatakan berjaya sekiranya dia berjaya menerapkan kepemimpinan yang tepat di

dalam organisasinya. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada sokongan dan

sanjungan semua guru-guru dan kakitangannya. Untuk menjadi guru besar yang

berwibawa, seseorang bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman,

tetapi juga perlu bekerja untuk membina kuasa dalaman lebih dari kekuatan fizikal.

Daya kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan untuk mengawal,

mempengaruhi, memujuk, daya memaksa, mengesahkan dan daya membuat rujukan.

Terdapat beberapa teori kepimpinan di dalam menguruskan organisasi antaranya ialah

teori latar, teori kontigensi Fiedler, teori laluan matlamat, teori sumber kongnitif, teori

Karismatik dan juga teori bidang daya penggerak. Teori latar mengambil kira kajian

kepimpinan sebagai salah satu cabang psikologi sosial iaitu dengan melihat beberapa

perspektif yang berbeza iaitu perspektif kelompok, perspektif konflik perspektif

keperluan di pelajari dan perspektif penghakikian diri. Perspektif-perspektif ini pula

boleh dilihat melalui tiga pendekatan iaitu pendekatan tret, pendekatan fungsi dan juga

pendekatan tingkah laku. Teori kontigensi Fiedler pula mengandaikan tidak munasabah

untuk menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada

setiap masa lebih baik daripada orang lain. Teori kontigensi dapat dilihat malalui situasi

kepimpinan, situasi ini merupakan hubungan yang dijalinkan diantara pemimpin dan

juga pengikut serta dimensi kedua dalam membentuk situasi iaitu struktur tugas.

Manakala teori laluan matlamat pula ialah peranan kepimpinan dalam

menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Teori ini menggariskan empat gaya

kepimpinan yang boleh di manfaatkan untuk memotivasikan murid iaitu kepimpinan

berorentasikan arahan, kepimpinan berorentasikan sokongan, kepimpinan

berorentasikan penyertaan dan juga kepimpinan berorentasikan kepimpinan.

Page 9: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

REFLEKSI

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat

ilahi kerana telah memberikan saya peluang dan ruang untuk menyelesaikan kerja

kursus Guru dan Cabaran Semasa ini hingga ke akhirnya walaupun terpaksa melalui

beberapa cabaran dan halangan sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Sekalung

ucapan terima kasih ditujukan kepada pensayarah Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru saya iaitu En. Zulkifli bin Daud kerana telah

meluangkan masa untuk menerangkan bagaimana hendak membuat tugasan kerja

kursus ini walaupun beliau kesuntukan masa. Ucapan terima kasih juga tidak lupa

ditujukan kepada rakan-rakan sekumpulan yang banyak membantu dalam menyiapkan

kerja kursus ini. Usaha mereka amat saya hargai dan kami telah bersama-sama berjaya

menyiapkan kerja kursus dengan penuh sabar.

Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan kerja kursus Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru ini, banyak juga masalah dan cabaran yang timbul

dan menyebabkan agak sukar bagi kami untuk memastikan kerja kursus ini sempurna

kesemuanya Tugasan Kerja kursus ini juga memerlukan penerangan yang tepat dan

terperinci. Pada mulanya kami tidak dapat menangkap perkara penting iaitu perkara

apa yang perlu diisi dan perlu ada di dalam tugasan kerja kursus ini. Kami tidak

mendapat gambaran yang jelas mengenai susunan isi dan perkara yang perlu

dilakukan di dalam kerja kursus ini. Oleh sebab itu, saya agak konfius dan tidak dapat

menginterpretasi maklumat yang disampaikan dengan betul dan jelas dan kami

menghadapi kesukaran untuk membuat tugasan ini pada mulanya. Untuk mengatasi

masalah ini, kami telah membaca soalan tersebut berkali-kali dan merujuk kepada

rakan-rakan serta pensyarah kami sendiri iaitu En. Zulkifli bin Daud untuk mendapat

penjelasan mengenai kerja kursus ini dengan lebih jelas dan terperinci.

Selain itu, terdapat juga beberapa kelemahan yang tidak dapat kami atasi dan ada

juga kelemahan yang dapat kami atasi. Antaranya pengumpulan bahan dan maklumat

mengenai Kewajaran Tindakan yang diambil dan Analisis Cadangan Penambahbaikan

kepada tindakan tersebut. Fakta mengenai kes yang berkaitan sukar di dapati sama

ada di buku ataupun internet. Hal ini kerana,mencari fakta yang betul-betul tepat dan

Page 10: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

terperinci sukar di dapati di internet. Untuk merujuk kepada buku juga agak sukar

memandangkan di Perpustakaan agak kekurangan buku-buku untuk isu semasa

seperti ini. Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk mengambil hanya empat

komponen untuk tajuk ini iaitu pengenalan bagi kerja kursus ini, isu – isu semasa yang

berkaitan, kewajaran tindakan yang diambil oleh guru yang menepati kehendak

profesionalisme keguruan, sesuai dengan pemilikan kuasa autonomi seseorang

pendidik mengikut lunas-lunas kepimpinan pendidikan yang dikehendaki. Seterusnya,

saya juga memasukkan analisis cadangan bagi menyelesaikan kes yang telah

disebutkan dengan memberi fokus kepada teori-teori kepimpinan guru.

Selain itu juga, masalah lain yang timbul adalah kesukaran untuk mencari bahan

rujukan yang berkaitan. Oleh itu, saya telah merujuk kepada kajian-kajian lepas atau

kajian literatur yang menceritakan permasalahan sekolah atau guru dan dijadikan

sebagai rujukan kepada kerja kursus ini.

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama beberapa hari ,saya berjaya

menyelesaikan tugasan kerja kursus ini walaupun terdapat pelbagai kesukaran yang

dihadapi.

Page 11: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

RUJUKAN

Feidler, F.E. (1976), A theory of Leadership Sffectivensee, New York : Mc Crow Hill Inc.

Druckers, P. (1969). The Practice of Management. New York : Harper and Row

Edmonds, R, (1979). Effective School for The Urban Poor. Educational Leadership 40(3), hlm. 4-11

Sergiovanni, T. J. (1967). Factors Which Effect Satisfaction and Dissatisfaction of

Teachers. Journal of Educational Administration 5, 66-83.

Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Stogdill, R.M. (1974). Handbook of leadership: A survey of the literature, New

York: Free Press

Holtzman,N,(1992), Testimony On Genetictesting Before The Subcomitte On

Human Resources And Intergovernment Relations, Committee On Government

Operations, U.S. House Of Representatives, July 23.

Roe, W.H., & Drake, T.L. (1982). The Principalship. New York : McMillan Publishing

Co.

Hanafi Kamal (1990). lmplikasi Beberapa Teori Kepada Kepimpinan Di Sekolah .

Suara Pendidik 73 - 74 (3 & 4) : 28 - 32.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1990). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah. (KBSM). Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Abdul Karim Mohd Nor (1989). Characteristic of Effective Rural Secondary School

in Malaysia. Disertasi Kedoktoran Tidak Diterbitkan, University of Wisconsin, Madison,

USA.

Page 12: Ms Depan Esemen Asas Kepimpinan

Aminuddin Mohd Yusof (1994) Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi -Mode/ Guru

Dan Tenfera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa DanPustaka.

Douglas McGregor (1960). The Human Side Of Enterprise. McGraw-Hill Book Co.

Sweeney, J. (1982). Research Synthesis On Effective School Leadership,

Educational Leadership 39 (5) : 346 - 352.

Gaya dan Teori Kepmpinan (http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index [24.5.07]).