muka depan titas

21
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS BAHASA MELAYU MALAYSIA KUALA LUMPUR KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2011 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD FIRDAUS BIN SHAMSHUDDIN (910722-03-5399) MOHAMAD AMIRRUDDIN BIN MUSA (910717-03-5589) UNTUK PENSYARAH : Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 1

Upload: ammar-imran-anuar

Post on 02-Jul-2015

202 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Muka depan Titas

INSTITUT PERGURUAN KAMPUS BAHASA MELAYU MALAYSIA KUALA LUMPUR

KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JANUARI 2011

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

DISEDIAKAN OLEH :

MOHAMAD FIRDAUS BIN SHAMSHUDDIN

(910722-03-5399)

MOHAMAD AMIRRUDDIN BIN MUSA

(910717-03-5589)

UNTUK PENSYARAH :

ENCIK LUTFI

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 1

Page 2: Muka depan Titas

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya,

kami akhirnya dapat menyiapkan kerja khusus bagi mata pelajaranTamadun Islam dan

Tamadun Asia ini pada masa yang ditetapkan. Kami ingin mengucapkan berbanyak-

banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu kami

menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

yang mengajar Subjek ini Ustaz Lutfi kerana banyak memberi tunjuk-ajar dan

bimbingan kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini sehingga kami

memahaminya dengan betul.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada kawan-kawan kami yang telah

banyak membantu terutama sekali daripada segi pertukaran nota-nota kerana

kekurangan bahan di pihak kami. Mereka juga banyak memberi pandangan dan buah

fikiran ketika kami bersama mengadakan perbincangan tentang tugasan ini.

Selain itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa tercinta

yang telah memberikan sokongan moral dan wang ringgit kepada kami. Mereka tidak

putus-putus memberikan sokongan dan nasihat kepada kami agar tidak mudah

berputus asa. Akan kami pegang dan patuh nasihat-nasihat yang telah diberikan itu.

Akhir sekali, ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menyiapkan tugasan ini

pada waktunya.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 2

Page 3: Muka depan Titas

SENI BINA ISLAM

Tamadun Islam adalah tamadun yang didirikan oleh masyarakat Muslim dari

abad ke-7 hinggalah sekarang. Disebabkan ia diasaskan oleh akidah,syariah dan

akhlak ini meletakkan tamadun islam sebagai satu tamadun yang berbeza dengan

tamadun-tamadun lain. Tamadun islam adalah satu tamadun yang bersifat multi-

demensional. Pengaruhnya yang meluas meliputi seluruh pelusok dunia termasuklah di

Nusantara. Ia merangkumi semua aspek termasuklah daripada aspek kesenian.

Keadaan kawasan Nusantara yang kaya dengan kebudayaan menjadikan ianya tempat

yang sesuai dengan perkembangan seni. Seni dapat ditakrifkan sebagai satu kerja

yang di buat bagi mendapat kepuasan. Seni juga adalah suatu unsur yang penting bagi

budaya Tamadun Islam yang sudah terkenal dengan kecermerlanganya dalam pelbagai

bidang. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika ianya selalu dijadikan contoh oleh

masyrakat asing terutamanya masyarakat Eropah.Kesenian Islam di Nusantara

bermula dengan kedatangan pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang di

Nusantara ini. Ini secara tidak langsung telah menerapkan unsur-unsur kebudayaan

mereka dalam masyarakat di Nusantara. Ini ditambah lagi dengan kedatangan

pedagang-pedagang asing lain.

Masjid-masjid awal di Nusantara banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina

kuil, candi, kebudayaan setempat dan penjajah asing. Salah satu contoh ialah masjid di

Banten yang dipengaruhi seni bina penjajah Belanda. Setiap masjid di Nusantara ini

melambangkan menifestasi seni bina Islam yang berkembang dengan perkembangan

kebudayaan tamadun Islam. Masjid adalah insitusi utama agama Islam. Didalamnya

banyak aktiviti dilakukan Wilayah–wilayah atau bangsa baru yang memeluk Islam

membawa bersama mereka pengalaman serta teknik seni bina daripada tamadun–

tamadun sebelum Islam. Ilham tentang ayat Al-Quran mengenai taman-taman di syurga

memberikan idea–idea baru dalam membina taman –taman rekreasi. Begitu juga

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 3

Page 4: Muka depan Titas

dengan seni bina kota. Kota-kota dibina dengan lebih terancang dengan kemudahan

infrastruktur yang lengkap.

Walaupun Nusantara mempunyai banyak kesenian yang tersendiri sebelum

kedatangan Islam, tetapi pengaruh Islam tetap ada dalam penyerapannya. Sebagai

contoh, dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-

perhiasannya.Batu nisan umpamanya, merupakan karya seni Islam yang pertama

sekali masuk ke Kepulauan Masyarakat Melayu. Contoh yang pernah ditemui ialah batu

nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir

Kedah. Pada permukaan makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat

daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan

tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang yang tertulis ayat al-Quran dengan

gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat

bercorak kesufian. Dari segi coraknya, batu nisan tersebut di samping menerima

pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya,

batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari Gunung Jeram mempunyai bentuk

seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.

Selain batu nisan, masjid merupakan antara karya seni Islam yang terpenting di

Nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad ke-14

hingga abad ke-18, masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisional ini dapat

dilihat di beberapa buah masjid di negara Indonesia di mana bentuknya yang tersusun

sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut 'Meru'. Terdapat juga pengaruh

masyarakat tradisional pada bentuk perhiasannya. Contoh yang menjadi perhiasan

kebanyakannya berasal dari zaman pra-Islam ialah seperti daun, bunga teratai,

pemandangan dan garis-garis geometri. Walaupun masih terdapat unsur bercorak

haiwan tetapi ianya dibuat dalam bentuk yang samar. Di samping itu, terdapat juga

perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan

sebagainya. Contohnya, pada masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 4

Page 5: Muka depan Titas

atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga

dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama bertapak dalam masyarakat yang

kaya dengan ilmu-ilmu kesenian dari turun temurun.

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu masih menganut fahaman

animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam. Bermula dengan konsep

mentauhidkan Tuhan Yang Maha Esa dan ibadat yang merangkumi setiap aspek

kehidupan, Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan

Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati

bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin,

2004:91-92).

Umumnya, terdapat 3 teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. 3 teori tersebut

telah menyatakan Islam datang dari Tanah Arab, China dan India. Teori yang pertama

ialah Islam datang dari Negara China. Teori ini telah dikemukakan oleh S.Q Fatimi dan

Syed Naqiub Al-Attas. S.Naqiub berpendapat telah berlaku perpindahan beramai-ramai

orang Islam dari Canton pada 877 Masihi akibat daripada pemberontakan yang telah

mengorbankan 100 ribu hingga 500 ribu orang. Mereka ini telah berhijrah ke Nusantara

seperti Kedah dan Palembang (Syed Naqiub al-Attas). Antara buktinya ialah seni ukir

yang mempunyai pengaruh China yang terdapat pada batu nisan Syeikh Abdul Kadir di

Langgar,Kedah dan batu bersurat yang ditemui di Terengganu pada 1303 Masihi yang

mempunyai persamaan dengan batu nisan di Champa Selatan(S.Q. Fatimi). Terdapat

juga pengaruh seni ukir China di masjid yang terdapat di Melaka dan Jawa seperti

masjid Pagoda.

Teori yang kedua ialah teori kedatangan Islam dari India. Teori ini telah dipelori

oleh Snouck Hurgronje, R.O Windstedt dan B.Harrison. Harrisaon menyatakan bahawa

masyarakat nusantara memandang ke India bagi mendapat khidmat nasihat dan

bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan.  Mereka menyanjung tinggi

kebolehan dan pencapaian kemajuhan yang dilakukan oleh India dalam bidang-bidang

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 5

Page 6: Muka depan Titas

tersebut.  Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam

yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang dari India.

  Perhubungan ini berlaku di sekitar abad ke-13 di mana ketika itu dikatakan 

agama Islam telah pun tersebar di barat dan timur India di bawah pemerintahan Dinasti

Khalji (1290 1321M). Antara bukti yang telah dikemukakan ialah penemuan batu-batu

nisan di Nusantara yang kebanyakannya berasal dari Gujerat.

Disamping itu, tradisi Kesusasteraan Melayu dilihat lebih mirip kepada Tradisi

India Islam. G.P.  Moquette telah membuat kajian terhadap batu nisan di Pasai yang

bertarikh 1428 M dan batu nisan Maulana Malik Ibrahin di Gerisik bertarikh 1419 M.

Kedua-dua batu nisan tersebut didapati lebih mirip strukturnya dengan batu nisan Umar

ibn Ahmad Kazaruni di Gujerat. Hipotesis ini disokong kuat oleh R.A. Kern, W.F.

Stutterheim dan J. Gonda

Pun begitu teori ini dilihat mempunyai banyak kelemahan kerana kajian semasa

menunjukkan bahawa Gujerat belum menerima Islam ketika terdirinya kerajaan Pasai di

Nusantara pada tahun 1042 M. Gujerat dikatakan menerima Islam semasa ianya

berada di bawah kekuasaan Kesultanan Delhi pada tahun 1301 M. Kaitan tempat asal

batu-batu nisan sebagai alasan yang menunjukkan kedatangan Islam ke Nusantara

berpunca dari Gujerat turut dianggap sebagai alasan yang kurang jelas dan tepat.  Ini

kerana kewujudan batu nisan yang serupa di Nusantara dengan Gujerat ada

kemungkinan terdapat pelbagai dari segi kemudahan dari segi urusan jual beli dan

pengangkutan, bukanlah semestinya menunjukkan bahawa Islam itu datang dari

Gujerat.

Teori yang terakhir ialah teori kedatangan Islam dari Tanah Arab. Teori adalah

antara teori yang paling diterima dan disokong oleh kebanyakan sejarawan. Menurut

Hamka, nusantara ini telah lama dikenali oleh orang Arab bahkan dalam peta dunia

orang arab sendiri sebelum kedatangan Islam. Kedatangan mereka adalah untuk

membeli kapur barus dan rempah-ratus. Pengislaman ke negeri-negeri Melayu adalah

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 6

Page 7: Muka depan Titas

langsung dari Makkah iaitu dengan terutusnya Syeikh Ismail oleh Sharif Makkah ke

Nusantara untuk mengislamkan Merah Silu.

Selain itu, berlaku juga pengislaman Raja Kedah seperti yang tersebut dalam

Hikayat Merong Mahawangsa yang dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani, seorang

ulama Arab dan pengislaman Parameswara yang dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz

yang datang dari Jeddah. Parameswara pada ketka itu adalah pemerintah kepada

Kerajaan Melayu Melaka telah menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah.

Selain daripada pengaruh pengislaman para pemerintah, terdapat juga pengaruh Arab

dalam tulisan dan tutur kata yang diguna masyarakat Tanah Melayu. Antaranya ialah

penggunaan tulisan jawi dan perkataan kertas, kitab dan sebagainya. Di Tanah Melayu

juga terdapat keluarga yang menggunakan gelaran Syed dan Syarifah.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 7

Page 8: Muka depan Titas

PENGARUH DALAM SENI BINA MASJID DI DUNIA

MASJID KAMPUNG KELING

ASAL USUL

Masjid Kampung Keling merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka

Tengah, Melaka. Masjid Kampung Keling adalah antara masjid paling tua di Malaysia.

Di bina dalam tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan

Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di

masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk

daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan

“Keling” (daripada perkataan Kalinga).

SENI BINA

Gaya berganda dalam senireka masjid melambangkan perkembangan pesat ilmu

senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan

yang dibawa oleh orang Belanda dari Eropah. Masjid Kampung Keling dibina

menggunakan tapak segi empat sama, dan bukan di atas tapak segi empat tepat

ataupun heksagon seperti yang diamalkan di negara-negara Timur Tengah. Kawasan

beranda dihiaskan dengan tiang Corinthian dan mengelilingi kawasan dewan solat.

Tiang Corinthian juga menadakan pemisah di antara ruang minbar daripada dewan

solat.

Bumbung tiga lapisan digunakan dalam senibina Masjid Kampung Keling ini, seperti

mana bumbung di Masjid Kampung Hulu. Bumbung tiga lapisan ini mencirikan masjid-

masjid di Melaka. Bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid. 4 Tiang

seri ini dilengkapkan dengan 8 tiang yang lebih kecil yang digunakan untuk menyokong

struktur lapisan kedua dan lapisan ketiga bumbung berlapis tiga itu. Jubin seramik

diimport dari negeri China untuk menghiasi bumbung, lantai dan dinding-dinding masjid

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 8

Page 9: Muka depan Titas

ini. Motif hiasan yang menghiasi pintu, tingkap dan juga hiasan pada tepi tebing

bumbung juga dipengaruhi hiasan China.

Pengaruh seni bina Eropah dimasukkan dalam pembinaan masjid ini, khususnya

dengan laparan plaster yang digunakan untuk dinding bahagian dalam masjid ini.

Kubah Masjid Berbentuk Pagoda

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 9

Page 10: Muka depan Titas

MASJID NEGERI SULTAN ABU BAKAR

ASAL USUL

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri Johor yang terletak di Johor Bahru.

Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama

Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembunaannya

kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.

Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di

bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini

juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga

berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di

Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19

SENI BINA

Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke

Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di

negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Antaranya ialah Masjid Ibn Touloun

yang berinspirasikan senibina Samara yang menaranya setinggi dua tingkat; berbentuk

bulat diatas dan empat segi dibawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-

kira 3,000 umat Islam bersolat. Masjid ini juga dikatakan menyamai sebuah masjid di

Turki kerana ianya juga berhadapan dengan sebuah laut. Pangkal tiang diukir seperti

beberapa buah masjid di Mesir seperti Masjid Imam Shafie. Bahagian dalam

terutamanya di tiang dan lampu mempunyai persamaan dengan Masjid Muhammad Ali

di Mesir. Bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam.

Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing

mempunyai menara kubah. Bahagian timur masjid dihubungkan dengan tempat

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 10

Page 11: Muka depan Titas

berwuduk yang dibina dibawah tanah. Ini bertujuan untuk menjaga kebersihan dewan

sembahyang dan hamparan dari mudah basah dan kotor.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 11

Masjid

Muhamad

Ali

Masjid Sultan Abu Bakar.

Page 12: Muka depan Titas

MASJID BESAR SAMARRA

ASAL USUL

Masjid Besar Samarra adalah sebuah masjid yang dibangunkan oleh Sultan Al-

Mutawakkil,khalifah ke-10 dari Dinasti Abbasiyah yang memerintah pada 833-842

masihi di Samarra,Iraq. Masjid ini terletak di sisi timur Sungai Tigris, 125 kilometer ke

arah utara ibu kota Irak, Baghdad.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 12

Masjid Ibn Touloun

Page 13: Muka depan Titas

SENI BINA

Antara keunikan masjid ini ialah bangunan ini lebih mirip dengan bentuk benteng

pertahanan jika dibandingkan dengan bentuk masjid. Ini adalah kerana tidak ada

simbol-simbol khusus yang menampakkan bahawa bangunan tersebut adalah tempat

ibadah. Seperti benteng pertahanan, pembinaan bangunan ini telah menggunakan batu

bata yang telah melalui proses pembakaran terlebih dahulu.

Terdapat lapisan simen di dalam masjid ini yang berbentuk flora dan geometrical yang

melambangkan seni bina awal Islam.

Selain itu, antara keunikan seni

bina yang paling unik tentang

masjid ini ialah menara spiral

masjid ini. Berbeza dengan

tangga di kebanyakan menara

masjid lain yang dibina didalam

menara, tangga menara masjid

ini dibina diluar masjid melingkari

menara spiral. Bentuk menara

spiral ini mengingatkan pada

menara Babel (the Tower of

Babel) yang dibangun pada

masa Kerajaan Babylon.

Tingginya mencapai 52 meter.

Bahagian dasar menara berbentuk empat persegi.

Sedangkan pada bahagian atas menara terdapat sebuah bangunan tambahan yang

berfungsi sebagai tempat muazin mengumandangkan suara azan. Keseluruhan dinding

pada ruang tempat muazin ini dibuat daripada bahan kayu. Bangunan masjid ini adalah

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 13

Page 14: Muka depan Titas

antara masjid yang terluas yang pernah ada dalam sejarah masjid di dunia Islam. Untuk

memudahkan akses ke lokasi masjid, pemerintah Iraq telah membuat tiga jalan masuk

seluas 52 meter. Masjid ini mempunyai 16 pintu masuk, dengan 17 lorong yang

terhubung dengan ruang solat dan serambi masjid.

REFLEKSI

MOHAMAD AMIRRUDDIN BIN MUSA910717-03-5589

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan bagi

mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia pada masa yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, Ustaz Lutfi yang

banyak memberi tunjuk-ajar dan bimbingan dalam mengenai mata pelajaran ini.

Banyak yang telah saya pelajari semasa menyiapakan tugasan ini. Antaranya, saya

dapat mengetahui teori-teori kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu dengan lebih

mendalam. Saya juga dapat mengetahui seni bina yang terdapat pada kebanyakan

masjid di dunia ini. Antara masjid yang terkanal ialah Masjid Besar Samarra, Masjid

Babri, Masjid Negara dan sebagainya. Kebanyakkan masjid ini menggambarkan

tentang keunggulan kesenian Islam pada masa dahulu.

Selain itu, banyak juga pengalaman yang saya dapat semasa lawatan ke Taman

Tamadun Islam di Terengganu. Di sana, saya dapat melihat beberapa replika seni bina

masjid yang terdapat di dunia ini tanpa perlu ke luar negara. Walaupun hanya replika,

tetapi ianya sudah banyak memberi gambaran kepada saya akan keadaan dan bentuk

masjid yang dibina. Di samping itu, saya juga berpeluang melihat dan bersembahyang

di dalam Masjid Kristal yang merupakan antara mercu tanda Taman Tamadun Islam ini.

Ianya sungguh begitu mengujakan kerana sebelum ini saya hanya dapat melihatnya di

dalam televisyen sahaja.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 14

Page 15: Muka depan Titas

Akhir sekali, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua yang telah terlibat

dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini dan semua pihak yang telah berjaya

menjayakan lawatan ke Taman Tamadun Islam.

Sekian, terima kasih.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 15

Page 16: Muka depan Titas

Refleksi

MOHAMAD FIRDAUS BIN SHAMSHUDDIN

Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia diucapakan kepada semua.Alhamdulillah

dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan

Tamadun Asia. Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan . Ahli kumpulan saya ialah

Amiruddin bin Musa. Kami berjaya menyiapkan tugasan pada tarikh yang dikehendaki.

Untuk menyiapkan tugasan ini kami telah ke Taman Tamadun Islam di Kuala

terengganu iaitu pada 4,5 dan 6 mac 2011. Rombongan itu disertai oleh semua pelajar

pismp ambilan januari 2011. Tujuan utama kami kesana ialah untuk mencari maklumat

mengenai masjid-masjid di dunia yang kekal pembinaanya hingga ke hari ini.Walaupun

terdapat berbagai masalah ketika rombongan namun ianya dapat diselesaikan.

Tugasan ini banyak menyedarkan saya. Banyak masjid yang dibina memberikan kesan

yang besar hingga ke hari ini.seperti contoh pengaruh pembinaan masjid di

dunia.Pembinaan masjid di dunia banyak melambangkan keagungan dan kekuatan

empayar Islam. Pada mulanya saya hanya melihat pembinaan masjid hanya

menggunakan sumber pembinaan dari dalam negara. Setelah belajar mengenai

tamadun islam,baru saya sedar masjid banyak mempengaruhi pembinaan bangunan

lain dan masjid-masjid yang dibina juga ada menerima pengaruh dari negara luar.

Dalam menyiapkan tugasan ini,rakan saya banyak membantu saya. Seminggu selepas

lawatan ke Terengganu kami bercuti dan perlu hadir untuk program Pengalaman

Berasaskan Sekolah. Namun setelah penelitian dilakukan kami dapat menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna. Pensyarah kami juga banyak membantu kami dalam

menyiapkan tugasan ini. Satu peristiwa telah menyebabkan saya berasa kelam kabut

untuk menyiapkan tugasan ini.Komputer saya telah dimasuki virus dan saya terpaksa

membaiki.Orang yang bertanggungjawab dalam membaiki komputer saya telah terlupa

untuk mengasingkan bahagian tugasan ini.ini menyebabkan semua tugasan saya

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 16

Page 17: Muka depan Titas

Refleksi

MOHAMAD FIRDAUS BIN SHAMSHUDDIN

Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia diucapakan kepada semua.Alhamdulillah

dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan

Tamadun Asia. Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan . Ahli kumpulan saya ialah

Amiruddin bin Musa. Kami berjaya menyiapkan tugasan pada tarikh yang dikehendaki.

Untuk menyiapkan tugasan ini kami telah ke Taman Tamadun Islam di Kuala

terengganu iaitu pada 4,5 dan 6 mac 2011. Rombongan itu disertai oleh semua pelajar

pismp ambilan januari 2011. Tujuan utama kami kesana ialah untuk mencari maklumat

mengenai masjid-masjid di dunia yang kekal pembinaanya hingga ke hari ini.Walaupun

terdapat berbagai masalah ketika rombongan namun ianya dapat diselesaikan.

Tugasan ini banyak menyedarkan saya. Banyak masjid yang dibina memberikan kesan

yang besar hingga ke hari ini.seperti contoh pengaruh pembinaan masjid di

dunia.Pembinaan masjid di dunia banyak melambangkan keagungan dan kekuatan

empayar Islam. Pada mulanya saya hanya melihat pembinaan masjid hanya

menggunakan sumber pembinaan dari dalam negara. Setelah belajar mengenai

tamadun islam,baru saya sedar masjid banyak mempengaruhi pembinaan bangunan

lain dan masjid-masjid yang dibina juga ada menerima pengaruh dari negara luar.

Dalam menyiapkan tugasan ini,rakan saya banyak membantu saya. Seminggu selepas

lawatan ke Terengganu kami bercuti dan perlu hadir untuk program Pengalaman

Berasaskan Sekolah. Namun setelah penelitian dilakukan kami dapat menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna. Pensyarah kami juga banyak membantu kami dalam

menyiapkan tugasan ini. Satu peristiwa telah menyebabkan saya berasa kelam kabut

untuk menyiapkan tugasan ini.Komputer saya telah dimasuki virus dan saya terpaksa

membaiki.Orang yang bertanggungjawab dalam membaiki komputer saya telah terlupa

untuk mengasingkan bahagian tugasan ini.ini menyebabkan semua tugasan saya

hilang. saya terpaksa menyiapkan tugasan ini dari awal.

Saya akhiri refleksi saya dengan Asalamualaikum dan terima kasih

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Page 17