model ebbut
DESCRIPTION
sce3113TRANSCRIPT
Dave Ebbutt (1985) perkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.
Ebbutt mengatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian sistematik dalam percubaan untuk meningkatkan mutu pengajaran oleh sekumpulan penyelidik dengan perhatikan proses pengajaran sendiri dan juga refleksi terhadap kesan yang terhasil daripada proses pengajaran mereka.
Dave juga telah mengambil definisi yang dibuat oleh Kemmis yang mengatakan bahawa dengan melakukan kajian tindakan yang mudah, sekumpulan penyelidik boleh mengatur sesuatu keadaan mengikut pengalaman mereka sendiri.
David Ebbutt mengatakan bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan.
Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan
Pengertian Ebbutt adalah sama dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.