minit mesyuarat sukan 2012

Upload: muhd-shamsul

Post on 10-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sa

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI JAYA

31000 BATU GAJAH

PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA 2012 Tarikh: 29hb. Dis. 2011

Hari: Khamis Masa: 8.30 pg

Tempat: Bilik PKGPengerusi : En. Misran B. Rosmin (PK Kokurikulum)

Kehadiran (Bilangan): 25 orang guruNama Yang Hadir: Pn Hjh Nyak Azlina bt. Nyak Chik (Guru Besar)

En. Shafari b. Taib (PK Kurikulum)

Pn. Hjh.Fatimah bt Shikh Ismail (PK HEM)

En. Mohammad Saiful b. Said (s/u sukan)

En. Zulkifli b. Ariffin

En. Hamdan b. Yahya

En. Yaakub b. Ngah Yahya

En. Azmin Basya b. Abd Karim

En. Mohd Azmil B. Mohd Mokhtar

Pn. Selaseyah Bt Mat

Pn. Norasuah Bt Busu

Pn. Julia Bt Khalid

Pn. Sofiah bt Puteh Shaari

Pn. Noorlizha bt. Abd Rauf

Pn. Norasiah bt Yussuf

Pn. Faizah bt Talib

Pn. Sumathy a/p Reganthan

Pn. Umah Devi a/p Muthu Panjasaram

Pn. Maslina bt Ramli

Pn. Mahizon bt Mahmood

Pn.Hasliza bt Mohd Hassan

Pn. Noramiza bt. Zainal

Cik Sarfinah bt Sharifuddin

Pn. Siti Nurul Baya bt Baharuddin

Nama Yang Tidak Hadir: - Pn. Zarina bt Ismail (cuti bersalin)

Pn. Faridah Hanim bt Ismail (cuti bersalin)

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

1.2 Pengerusi seterusnya mengharapkan kerjasama guru untuk mendidik anak murid dengan baik.1.3 Pengerusi menyatakan nama Penyelia Sukan PPD K.Selatan kini ialah En. Hamdzan b. Osman.1.4 Pengerusi akan menerangkan tentang lanjutan program 1M 1S kepada para guru

Tindakan : Makluman

2. 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) 2.1 Kokurikulum dan sukan dipisahkan.

2.2 Larian serentak 1M 1S telah dilaksanakan di peringkat sekolah.

3.3 Dasar 1M 1S mewajibkan murid-murid tahap 2 dan digalakkan murid tahun 3. 3.4 Pelaksanaan program 1M 1S di peringkat sekolah adalah seperti berikut:

a) Selasa 2.30-4.30 ptg (Sukan dan Permainan)

b) Rabu 2.30-4.30 ptg (Persatuan dan Unit Beruniform)

Tindakan : Makluman3. Pemantauan 1M 1S

3.1 Pemantauan akan dijalankan pada bulan Januari, April, Jun dan Oktober.

3.2 Pemantauan dijalankan oleh PPDKS, Guru Besar, PK Kokurikulum dan Penyelaras Guru Sukan.

Tindakan : Guru Besar, PK Kokurikulum dan Penyelaras Sukan.4. Kategori Sukan Sekolah Rendah

4.1 Sekolah Rendah (A) perlu ada sembilan jenis permainan dan satu wajib sukan olahraga. 4.2 Sekolah Rendah (B) perlu ada lima jenis permainan dan satu wajib sukan olahraga.

4.3 Sekolah Rendah (SKM) perlu ada tiga jenis permainan dan satu wajib sukan olahraga.

4.4 SK Seri Jaya telah menyertai dalam lima jenis permainan iaitu :

a) bola sepak

b)bola jaring c) catur (L)

d) catur (P)

e) bola baling (L)

f) bola baling (P)

Tindakan : Makluman5. Pencapaian Sukan SK Seri Jaya pada tahun 2011

5.1 Pengerusi Bola Sepak Zon Batu Gajah. Pencapaian SK Seri Jaya dalam pertandingan bola sepak

adalah tempat ketiga. 5.2 SK Seri Jaya juga dijadikan sebagai tempat latihan pusat daerah Kinta Selatan untuk persiapan ke

pertandingan peringkat negeri Perak.

5.3 Seorang murid SK Seri Jaya telah terpilih dalam latihan pusat tersebut iaitu adik Mohd Taufiq b.

Mohd Anuar.

5.4 Bola Jaring dijadikan sebagai tempat pertandingan menggantikan SK Bernadett Convent yang

mempunyai masalah padang.SK Seri Jaya mendapat tempat pertama peringkat daerah Kinta

Selatan.

5.5 Seramai lima pemain SK Seri Jaya terlibat dalam pemilihan namun hanya empat orang sahaja yang

terpilih iaitu adik Nurul Aina Fatiha bt Jamli, Nurul HaFizah bt Ishak, Nur Athirah bt Zaidi dan

Nureen Anis. 5.6 Bola Baling telah dijalankan di SK Methodist Malim Nawar bagi pasukan lelaki dan perempuan.

5.7 Pasukan Perempuan telah menjadi Johan pertandingan manakala pasukan lelaki sekadar berjaya

mendapat Naib Johan. 5.8 Dua orang telah terpilih ke peringkat negeri iaitu adik Ku Mohd Hadi b. Mohd Aris dan Mohd

Amirul Asyraf b. Mohd Asri manakala tiga murid perempuan iaitu Nurul Hafizah bt Ishak, Nur Aliah

bt Yazid dan Nur Najwa bt Noor Azmi.

5.9 Pertandingan catur yang telah dijalankan berjaya membawa adik Nur Syamimi menjadi Johan. 5.10Peringkat Daerah Kinta Selatan. Adik Syamimi ini juga berjaya mewakili Kinta Selatan ke

pertandingan peringkat negeri. 5.11Pada 8.Mac.2011 SK Seri Jaya telah menyertai Kejohanan Sukan Olahraga MSSDM. Acara yang

disertai adalah seperti berikut:

a) 100 m (P)

b) 4x100 m (P)

c) Lontar Peluru

Tindakan : Makluman6. Sukan Olahraga Tahunan 6.1 Sukan Olahraga Tahunan kali ke 9 telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan dengan

26.Jun.2011 bertempat di padang SK Seri Jaya. Keputusan kedudukan rumah sukan adalah seperti berikut:

Johan Kuning (230 mata)

N.Johan - Merah (225 mata)

Ketiga - Hijau (222 mata)

Keempat Biru (214 mata)

6.2 Pada hari Sabtu iaitu 20.Februari.2011 SK Seri Jaya telah mendapat jemputan untuk Sukan

Olahraga Tahunan di SK Bakap.6.3 Pelaksanaan rumah sukan dan Carta Grant akan dilakukan oleh En. Misran selaku

PK Kokurikulum SK Seri Jaya.

Tindakan : Makluman7. Hal-Hal Lain7.1 Pengerusi berharap agar guru-guru dapat memahami dan mematuhi dasar Kementeraian

Pelajaran yang telah gariskan. 8. Ucapan Penangguhan

8.1.Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada kali ini dan

di atas segala kerjasama yang diberi.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh;

Disemak;

..

(EN MOHD SAIFUL B. SAID) (EN. MISRAN B. ROSMIN)

Setiausaha PK Kokurikulum

Sukan SK Seri Jaya

SK Seri Jaya