minit mesyuarat sains

Upload: chen

Post on 06-Mar-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

SPSK PK 07/3

SPSK PK 07/3SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 23

JALAN HARMONI, 47640 UEP SUBANG JAYA,

SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS TERAS / SAINS TULEN BIL 1 /TAHUN 2015Tarikh

: 14 Januari 2015

Masa

: 2.00 3.50 petang

Tempat

: Bilik Guru SMK USJ 23

Pengerusi

: Pn. Norfadzilah Bt Rosdi ( Ketua Panitia Sains Teras)

Kehadiran

: 8 orang ahli

Nama Yang Hadir

:

(perlu di kenalpasti)

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSIPengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat ke mesyuarat Panitia Sains Teras / Sains Tulen kali pertama bagi tahun 2015. Tindakan: Makluman

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1.Minit mesyuarat Panitia Sains Teras / Sains Tulen kali ketiga telah dibentangkan oleh pengerusi mesyuarat dan Pn. Norlina Bt. Abdul Aziz telah mengesahkan minit mesyuarat tersebut tanpa pindaan. Minit mesyuarat Panitia Sains Teras / Sains Tulen Bil 3/2014 telah diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan: Makluman

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan

0114 Januari 201500

Hak Cipta [email protected] PK 07/3PERKARA BERBANGKIT

TIADA -

PERKARA-PERKARA BAHARU

Pengendalian PdP dalam kelas

4.1.1 Guru-guru diingatkan perlu melaksanakan PdP sekurang-kurangnya 2 waktu di

makmal.

4.1.2 Guru-guru perlu melaksanakan PdP berdasarkan PPPM (TLP dan PPP

serentak)

4.1.3 Pantauan guru amat penting untuk mengelakkan contengan.

Tindakan : Makluman

Menyediakan Buku Rekod Mengajar

4.2.1 Tema buku tidak perlu ditulis dalam buku rekod mengajar.

4.2.2 Sekiranya objektif terlalu panjang, ????

4.2.3 Refleksi perlu dinyatakan bilangan pelajar yang mencapai objektif. Pemulihan

dan pengayaan diisikan kemudian.

Tindakan : Makluman

Analisa PT3 Tahun 2014

4.3.1.Tiada pelajar skor A dalam matapelajaran Sains.

4.3.2.Guru yang mengajar tingkatan 2 mesti menerap unsur KBAT dalm soalan bulan Mac.

4.3.3 Guru yang mengajar tingkatan 1 perlu merujuk pada soalan PT3 untuk

membuat soalan.

4.3.4 Semua soalan perlu ada unsur KBAT.

Tindakan: Makluman

Peperiksaan Dalaman / Pentaksiran Sumatif

Berikut merupakan jadual pengurusan peperiksaan sekolah bagi subjek Sains Teras.

TingkatanUjian 1Ujian Pertengahan TahunUjian Akhir Tahun

1Pn. Siti FatimahEn. Aidil KhidirPn. Noor Azima

2En. Khairul AzliEn. Khairul AzliPn Chen

3Pn. NorlinaPn. NorfadzilahPn. Sh. Nurul Huda

4Pn. Noor AzimaPn. NorlinaPn. Nurul Nadiah

5Pn. NorfadzilahPn. NorfadzilahPn. Nor Azila

Tindakan: Makluman

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan

0114 Januari 201500

Hak Cipta [email protected] PK 07/3Program Headcount/ Grow

4.5.1 Program GROW dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Program tambahan perlu dilaksanakan sekiranya terdapat subjek yang tidak mencapai target yang ditentukan. Program tambahan tidak termasuk subjek sains.

Tindakan: Semua guru Sains

Program Peningkatan Prestasi

Kognitif Cemerlang

-Program yang akan dijalankan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Objektif utama adalah untuk mempertingkatkan prestasi pelajar daripada pertengahan tahun ke percubaan PT3. Penyelaras akan berbincang dengan KP berkenaan soalan yang sesuai untuk soalan peperiksaan.

Simulasi Minda ( Pengenalan Istilah Sains) mesti tepat.penyelaras perlu

mencari, menyenaraikan istilah sains dan mesti diterangkan semasa PdP, senarai istilah perlu diedarkan kepada guru matapelajaran sains yang lain.

4.6.3 Semua penanda kertas soalan mesti mengikut cara PT3.

4.6.4 Penyelaras GROW adalah seperti berikut

Tingkatan 1En Aidil

Tingkatan 2Pn Chen

Tingkatan 3Pn Norlina

Tingkatan 4Pn Azima

Tingkatan 5Pn Fadzilah

Tindakan: Makluman

4.6.5 FAST ( Fahami Amal SPS dan Target)

4.6.5.1 SPS mengandungi 12 element

4.6.5.2 pelajar band 5 mesti menguasai SPS

4.6.5.3 Semua guru terlibat untuk memastikan pelajar yang layak sahaja

diberikan band 5.

Tindakan: Semua guru Sains

CEMAS (Cemerlang Maju Sains)

Program yang dirangka untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan bermula pada bulan April. Jadual tugas untuk menyediakan bahan akan diedarkan kepada guru-guru yang terlibat.

Tindakan: Makluman

Penarafan Bintang Makmal Sains

Ahli-ahli mesyuarat dimaklumkan untuk memberi idea untuk keceriaan Makmal Sains. Perlaksaan keceriaan makmal Sains akan dilaksanakan oleh semua pembantu makmal.

Tindakan: Semua guru Sains

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan

0114 Januari 201500

Hak Cipta [email protected] PK 07/3Program TIMSs dan PISA

4.6.9.1 Soalan daripada PPD hanya untuk tingkatan 3.

4.6.9.2 TIMSS unutk pelajar tingkatan 1 dan 2.

Tindakan: Semua guru Sains

Anggaran PCG Panitia

4.7.1 Semua Ketua Panitia Sains Teras/ Tulen diminta menyemak bajet tahun 2015.

Anggaran perbelanjaan perlu dibuat awal bagi memastikan keperluan untuk amali Sains dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tindakan: Semua guru Sains

Ladap / Perkembangan Staf

4.8.1 Teknik Penandaan SPM dan PT3 akan dilaksanakan.

4.8.2 Lesson Study untuk guru-guru tingkatan 1.

Tindakan: Semua guru Sains

Pengurusan PBS

4.9.1 Guru-guru perlu menyelesaikan PBS 2014.

4.9.2 Fail PEKA mesti disimpan di makmal dalam almari PEKA.

Tindakan: Makluman

Pengurusan Bilik Khas

4.10.1 Bilik khas akan ditambah dengan rak buku, kipas dan penghawa dingin.

4.10.2 Guru-guru dibenarkan menjalankan PdP di bilik Galaksi.

Tindakan: Makluman

Pengurusan Kewangan

Semua Ketua Panitia Sains Teras/ Tulen diminta menyemak bajet tahun 2014. Anggaran perbelanjaan perlu dibuat awal bagi memastikan keperluan untuk amali Sains dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tindakan: Ketua Panitia Sains Teras/ Tulen

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan

0114 Januari 201500

Hak Cipta [email protected] PK 07/3HAL-HAL LAIN

5.1 Guru- guru diingatkan supaya menempah makmal mengikut paras.

5.2 Peminjaman radas daripada makmal adalah tidak dibenarkan. 5.3 Keceriaan makmal harus dikekalkan.5.4 Guru- guru digalakkan menggunakan buku kerja. Tindakan: Makluman6.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.50 petang. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam mesyuarat.

No. KeluaranTarikh Keluaran No. PindaanTarikh Pindaan

0114 Januari 201500

Hak Cipta [email protected]