minit mesyuarat rbt

5
MINIT MESYUARAT 1/2015 PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI DAN KEMAHIRAN HIDUP Tarikh : 2 Februari 2015 / Isnin Masa : 12.45 tengahari Tempat : Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi SK Tekek Kehadiran : 1) En. Mohd Ikhwan Syukri bin Muhamad Shakir (Ketua Panitia) 2) Pn. Daria binti A. Razak (Setiausaha) 3) Pn. Hasliza binti Ab Halim ( Bendahari) Agenda : 1. Ucapan Pengerusi 2. Perlantikan AJK Baharu 3. Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan KH 4. Ujian dan Penilaian Murid 5. Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 6. Perancangan Tahunan Panitia 7. Pengurusan Bengkel 8. Buku Stok 9. Buku Rekod Penggunaan Bengkel 10. Peraturan Bengkel 11. Ucapan Penangguhan BIL AGENDA TINDAKAN 1 Ucapan Pengerusi 1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & teknologi dan Kemahiran Hidup kali yang pertama. 1.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia Makluman guru

Upload: ikhwan-syukri

Post on 05-Sep-2015

310 views

Category:

Documents


39 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT 1/2015PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI DAN KEMAHIRAN HIDUP

Tarikh: 2 Februari 2015 / IsninMasa: 12.45 tengahariTempat: Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi SK Tekek

Kehadiran:

1) En. Mohd Ikhwan Syukri bin Muhamad Shakir (Ketua Panitia) 2) Pn. Daria binti A. Razak (Setiausaha)3) Pn. Hasliza binti Ab Halim ( Bendahari)

Agenda :

1. Ucapan Pengerusi2. Perlantikan AJK Baharu 3. Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan KH4. Ujian dan Penilaian Murid5. Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 66. Perancangan Tahunan Panitia7. Pengurusan Bengkel8. Buku Stok9. Buku Rekod Penggunaan Bengkel10. Peraturan Bengkel11. Ucapan Penangguhan

BILAGENDATINDAKAN

1Ucapan Pengerusi

1.1 Tuan pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan semua guru atas kesudian menghadiri Mesyuarat Panitia Reka Bentuk & teknologi dan Kemahiran Hidup kali yang pertama.

1.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.

Makluman guru

2Perlantikan AJK Baharu

2.1 Perlantikan AJK baharu untuk tahun 2015

2.2 Senarai AJK adalah seperti berikut:Ketua Panitia : En. Mohd Ikhwan Syukri bin Muhamad ShakirSetiausaha : Pn. Daria binti A. RazakBendahari : Pn. Hasliza binti Ab Halim

2.3 Ketua Panitia merangkap pengerusi mengucapkan tahniah kepada yang telah dilantik.

Makluman guru

3Rancangan Pengajaran Tahunan RBT dan KH

3.1 Rancangan pengajaran tahunan berdasarkan format terkini telah diedarkan kepada semua guru yang mengajar subjek RBT dan KH.

3.2 Format untuk rancangan pengajaran harian juga diselaraskan

Guru RBT dan KH

4Ujian dan Penilaian Murid

4.1 Semua guru RBT dan KH diminta untuk menghantar markah peperiksaan bagi kelas yang diajarkan pada seminggu selepas peperiksaan dijalankan untuk tujuan rekod fail panitia

4.2 Penilaian untuk tahun 2015 diadakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.

Guru RBT dan KH

5 Taklimat KSSR Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6

5.1 Taklimat mengenai KSSR Reka Bentuk dan Teknologi tahun 6 yang dilaksanakan pada tahun 2016 nanti akan dihadiri oleh ketua panitia. Taklimat KSSR ini sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran RBT tahun 6 pada 2016.

Ketua Panitia

6Perancangan Tahunan Panitia

6.1 Program yang dirancang dan akan dilaksanakan pada tahun ini:1. Membaik pulih perabot sekolah 2. Projek Kebun Sekolah3. Penghasilkan Projek Kitar Semula4. Pertandingan memasak peringkat sekolah

Guru RBT dan KH

7Pengurusan Bengkel

7.1 Pengerusi meminta kerjasama guru supaya memastikan bengkel berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Terdapat teguran yang diterima oleh Guru Besar mengenai bengkel yang kurang kemas.

Guru RBT dan KH

8Buku Stok

8.1 Pengerusi mengingatkan kepada guru yang bertanggungjawab menjaga bengkel supaya menyemak dan mengemakini buku stok bengkel dan memastikan peralatan yang dipinjam perlu ditulis dalam buku rekod pinjaman alatan dan dipulang selepas digunakan.

Guru RBT dan KH

9Buku Rekod Penggunaan Bengkel

9.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa satu sistem baru akan dipraktikkan di bengkel iaitu guru mestilah merekodkan waktu penggunaan bengkel, kelas dan jumlah murid apabila menggunakan bengkel.

Guru RBT dan KH

10Peraturan Bengkel

10.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru supaya memastikan murid mematuhi peraturan bengkelAntara peraturan bengkel yang mestikan dipatuhi murid adalah : Tidak dibenarkan membawa masuk beg ke dalam bengkel Menasihati murid supaya datang ke bengkel Meminta kebenaran untuk menggunakan alatan di dalam bengkel Memastikan murid menjaga keselamatan diri semasa menjalankan projek untuk mengelak berlakunya kecederaan dan kemalangan.

Guru RBT dan KH

11Ucapan Penangguhan

Mesyuarat Panitia RBT dan KH kali pertama 2015 ditangguhkan pada jam 1.45 petang dengan ucapaan terima kasih daripada pengerusi majlis.

Disediakan oleh,

(DARIA BINTI A. RAZAK)Setiausaha, Panitia RBT dan KH Sekolah Kebangsaan Tekek