minit mesyuarat psk ke 4

14
SMK ALMA BUKIT MERTAJAM PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEEMPAT (BIL. 4/2011) TARIKH :26-09-2011 (ISNIN) MASA :2.30 PETANG TEMPAT :BILIK MESYUARAT SMK ALMA AGENDA MESYUARAT 1. Ucapan Pengerusi 2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2011 3. Perkara Berbangkit 4. Analisis Ujian Kemajuan 2 2011 5. Laporan Panitia

Upload: puvaneswari-punis

Post on 24-May-2015

6.883 views

Category:

Education


19 download

DESCRIPTION

Sivics

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat psk ke 4

SMK ALMA BUKIT MERTAJAM

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEEMPAT (BIL. 4/2011)

TARIKH :26-09-2011 (ISNIN)

MASA :2.30 PETANG

TEMPAT :BILIK MESYUARAT SMK ALMA

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 3/2011

3. Perkara Berbangkit

4. Analisis Ujian Kemajuan 2 2011

5. Laporan Panitia

6. Program selepas PMR

7. Anugerah Murid Sahsiah Cemerlang & Program Khidmat Masyarakat

8. Hal-hal lain

MINIT MESYUARAT PANITIA KALI KEEMPAT (BIL.4/2011)

Page 2: Minit mesyuarat psk ke 4

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

TARIKH :26 SEPTEMBER 2011 (Isnin)

Masa :2.30 petang

Tempat :Bilik Mesyuarat SMK Alma

Pengerusi :Pn. Puvaneswari Vadivelloo

Kehadiran:

1. Pn. Noorhana Binti Rahmad (Guru Kanan mata pelajaran Kemanusiaan)

2. Pn. Puvaneswari A/P Vadivelloo (Guru Cemerlang/Ketua Panitia)

3. Pn. Azlina Binti Abdul Lahtif

4. Pn. Hidayati Binti Salleh

5. Pn. Junaini Binti Hassan

6. Cik Lismawati Binti Jamaludin

7. Cik Loh Li Li

8. Pn. Marliza Binti Abdul Razak

9. Pn. Noor Ashikin Binti Naziadi

10. Pn. Parameswari A/P Murugiah

11. Cik Rafidah Binti Aris

12. Pn. Sanura Binti Jaya

13. Pn. Shahriah Binti Othman

Tidak hadir :

1. Pn. Norlia Binti Sharif

2. Pn. Siti Norhidayati Binti Mohd. Ghazali - Bersebab

3. Pn. Che Rozzana Binti Ismail @ Rashid – Cuti bersalin

4. Pn. Siti Khadijah Binti Khalid – Cuti bersalin

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

Page 3: Minit mesyuarat psk ke 4

1.1 Mesyuarat panitia kali keempat dikendalikan oleh Pengerusi, iaitu Pn.

Puvaneswari Vadivello selaku Ketua Panitia Pendidikan Sivik &

Kewarganegaraan.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

2.0 Pengesahan dan Pembentangan Minit Mesyuarat Bil. 3 / 2011

2.1 Minit mesyuarat dicadangkan oleh Pn. Sanura binti Jaya dan disahkan oleh

Cik Rafidah binti Aris.

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Perkara 3.2, Pengerusi mengalu-alukan penyertaan Pn. Shahriah Binti

Othman mengajar mata pelajaran PSK Tingkatan 3.

Tindakan: Makluman

4.0 Analisis Ujian Kemajuan 2 Tahun 2011

4.1 Pengerusi memaklumkan tentang pencapaian Ujian Kemajuan 2 dari

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Guru diminta rujuk analisis pada edaran

yang diberi. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang

telah mengajar PSK pada tahun ini.

5.0 Laporan & Program Panitia

5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru panel,

kerana panitia telah menyempurnakan 75% program yang dirancangkan

pada awal tahun dengan jayanya.

5.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru telah menjayakan

program Minggu Kemanusiaan pada 22 Ogos 2011 – 26 Ogos 2011. Segala

dokumentasi telah selesai difailkan.

Page 4: Minit mesyuarat psk ke 4

5.3 Aktiviti Hari Kitar Semula oleh Tingkatan 4 juga selesai dijalankan

bersama-sama dengan pihak PIBG sekolah pada 27 Julai 2011. Dokumentasi

selesai difailkan.

5.4 Pengerusi memaklum Lawatan Penanda Aras pada 30 Julai 2011 ke SMK

Badawi, di Kepala Batas tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah

dirancangkan. Ini kerana sekolah berkenaan mengadkan program pada tarikh

tersebut.

6.0 Program Selepas PMR tahun 2011

6.1 Pengerusi memberitahu tentang program selepas PMR. Pengerusi

memaklumkan bahawa panitia PSK akan mengadakan dua aktiviti pada 10

& 11 November 2011.

6.2 Aktiviti pada 10 November 2011, Panitia PSK akan bekerjasama dengan

Panitia BI. Program ini melibatkan semua guru PSK tingkatan 3. Masa

pelaksanaan aktiviti ialah dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30. Aktiviti ini

berasaskan konsep Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, tetapi dalam bahasa

Inggeris.

6.3 Aktiviti pada 11 November 2011,ialah aktiviti mengecat Jalur Gemilang Panitia.

Seramai 8 orang pelajar dari 3A2 akan mengendalikan aktiviti tersebut.

Pengerusi memaklumkan senarai ahli jawatankuasa akan disenarikan. Bagi

guru-guru yang terlibat dengan aktiviti tersebut, kelas P & P guru pada hari itu

akan disediakan guru ganti agar aktiviti dapat dijalankan dengan lancar

6.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa segala dokumentasi untuk program

selepas PMR telah dihantar kepada pihak Bimbingan dan kaunseling sekolah.

Tindakan: Makluman & Guru berkenaan

Page 5: Minit mesyuarat psk ke 4

7.0 Anugerah Murid Sahsiah Cemerlang & Program Khidmat Masyarakat

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa borang mengundi anugerah murid sahsiah

cemerlang akan diberi kepada semua guru untuk memilih pemenang.

Anugerah akan diberi kepda calon yang mendapat undian terbanyak.

7.2 Pengerusi meminta penyelaras Tingkatan 1 dan 2 menghantar laporan

khidmat masyarakat sebelum 20 Oktober. Pengerusi memaklumkan guru PSK

tingkatan 3, 4, dan 5 telah menyiapkan aktiviti dan laporan khidmat masyarakat.

Respon Penyelaras Tingkatan 1, Pn. Parameswari memberitahu bahawa

laporan berkenaan akan dihantar pada bulan Oktober.

8.0 Hal-hal lain

8.1 Pengerusi meminta kerjasama para guru agar menghantarkan kertas soalan

dan skema jawapan Peperiksaan Pertengahan Tahun & Ujian Kemajuan 2

dari guru penyedia soalan Ting 1 , 2 & 4 sebagai dokumentasi fail panitia.

8.2 Pengerusi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru tingkatan

3 & 5 telah menghantar soalan serta jawapan kepadanya.

8.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru telah menghantar 9

buah buku nota/latihan sebagai semakan kedua. Laporan penyemakan buku

nota/latihan telah dihantar kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

8.4 Guru Kanan mata pelajaran Kemanusiaan, Pn. Noorhana Binti Rahmad

mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan Minggu

Kemanusiaan. Beliau juga memperingatkan semua guru penyedia soalan agar

menghantar soalan pada tarikh yang ditetapkan.

Page 6: Minit mesyuarat psk ke 4

8.5 Pn.Noorhana Binti Rahmad juga turut memaklumkan agar guru perlu

memasukkan markah PSK Peperiksaan Akhir Tahun dalam Sistem Aplikasi

Peperiksaan Sekolah (SAPS) mengikuti ketetapan tarikh.

Tindakan: Makluman & Semua Guru Subjek

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………. ………………………………

(Cik Loh Li Li) (Pn. Puvaneswari Vadivelloo)

Setiausaha PSK Guru Cemerlang/Ketua Panitia PSK

SMK Alma SMK Alma