minit mesyuarat pai 2012

6
SEKOLAH KEBANGSAAN TONGKALLOH PETI SURAT 367, 91309 SEMPORNA, SABAH TEL : 089-786 206 XBA 3337 Ruj.Tuan : Ruj.Kami : SKTS/XBA3337/PPI/ ( 01 ) Tarikh : 04hb Januari 2013 MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SIRI I / 2013 Tarikh : 23hb. Februari 2012 Hari : Khamis Masa : 10.20 pagi Tempat : Bilik Guru Agenda Mesyuarat:- 1.1. Ucapan Pengerusi. 1.2. Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2011 1.3. Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2012 1.4. Membincangkan Aktiviti/Program panitia bagi tahun 2012 1.5. Hal-Hal Lain. Kehadiran : 1. En. Mohd Salleh b. Haji Osman - Penolong Kanan kurikulum 2. Ustaz Mohd Khoudrey b. Abd. Hamid - GPI 3. Ustazah Nor Hafizah bt.Hassan - JQAF 4. Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa - JQAF

Upload: khudrey-hamid

Post on 29-May-2015

3.167 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

SK TONGKALLOH SEMPORNA SABAH

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat pai 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN TONGKALLOHPETI SURAT 367,

91309 SEMPORNA, SABAH TEL : 089-786 206 XBA 3337

Ruj.Tuan : Ruj.Kami : SKTS/XBA3337/PPI/ ( 01 )Tarikh : 04hb Januari 2013

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SIRI I / 2013

Tarikh : 23hb. Februari 2012Hari : KhamisMasa : 10.20 pagiTempat : Bilik Guru

Agenda Mesyuarat:-

1.1. Ucapan Pengerusi.1.2. Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 20111.3. Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2012

1.4. Membincangkan Aktiviti/Program panitia bagi tahun 20121.5. Hal-Hal Lain.

Kehadiran :

1. En. Mohd Salleh b. Haji Osman - Penolong Kanan kurikulum2. Ustaz Mohd Khoudrey b. Abd. Hamid - GPI3. Ustazah Nor Hafizah bt.Hassan - JQAF4. Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa - JQAF

Tidak Hadir :

1. Ustazah Sorhani bt. Abdullah (cuti bersalin)

1.1 - Ucapan Pengerusi ( Penolong Kanan Kurikulum – En Mohd Salleh bin Haji Osman )

Page 2: Minit mesyuarat pai 2012

- Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan kata-kata aluan kepada semua sidang yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini adalah menjurus kepada pembentukan AJK baru serta perancangan aktiviti dan program bagi tahun 2012. Di akhir ucapan, beliau menyeru semua sidang yang hadir memberi idea dan pandangan yang bernas untuk dikongsi bersama sepanjang mesyuarat ini dijalankan.

1.2.1. - Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2011

1.2.2. Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK Panitia Pendidikan Islam sesi 2011.

1.3.1 - Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 2012

1.3.2. Pengerusi memaklumkan kepada sidang tentang pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam yang baru bagi sesi 2012.

1.3.3. Setelah perbincangan dilakukan, sidang bersetuju melantik Ustazah Sorhani bt Abdullah sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam berdasarkan ketetapan Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2012. Bagi sesi 2012 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid dilantik sebagai Setiausaha, Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa sebagai Timbalan Setiausaha panitia manakala Ustazah Norhafizah bt Hasan dilantik sebagai Bendahari Panitia.

3.4.1 Berikut merupakan senarai AJK yang telah dipersetujui bersama.

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SESI 2012

Pengerusi : Abdul Hasad bin Madisa (Guru Besar)Naib Pengerusi : Mohd Salleh bin Haji Osman (GPK 1)Ketua Panitia : Ustazah Sorhani bt AbdullahSetiausaha : Ustaz Mohammed Khudrey abd HamidTim. Setiausaha: Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad IsaBendahari : Ustazah Norhafizah bt Hasan

3.5 - Membincangkan Aktiviti/Program bagi tahun 2012

3.5.1 Pengerusi menyeru kepada sidang supaya dapat memberi cadangan yang bernas untuk dikongsi bersama dalam membincangkan aktiviti atau program anjuran Panitia Pendidikan Islam untuk dilaksanakan pada tahun ini.

3.5.2 Ustazah Norhafizah bt Hasan mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti lebih difokuskan kepada murid dan warga sekolah agar penerapan mengenai pengetahuan agama dapat dikembangkan di peringkat sekolah.

3.5.3 Menurut Pengerusi, semua program/aktiviti yang terdapat dalam takwim panitia mahupun takwim sekolah perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi melihat sejauh mana keberkesanan perjalanan panitia ini. Walau bagaimanapun, memandangkan program/aktiviti ini turut melibatkan semua kakitangan yang lain, maka ianya perlu dicadang dan dipanjangkan terlebih dahulu kepada tuan Guru Besar atau kepada Penolong Kanan Kurikulum.

Tindakan : Ketua Panitia

Page 3: Minit mesyuarat pai 2012

3.5.4 Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa memberi pandangan bahawa selain program/aktiviti yang terdapat dalam takwim panitia juga perlu memandang dan mencadangkan aktiviti tambahan yang bersesuaian dari semasa ke semasa.

3.5.6 Pengerusi mencadangkan supaya aktiviti menghasilkan BBM (bahan bantu mengajar) dijalankan bersama-sama di kalangan ahli panitia. Ini dapat membantu ke arah P&P yang lebih berkesan sekaligus dapat menjimatkan kos berbanding BBM yang dibeli terus dari kedai.

3.5.7 Sidang bersetuju supaya bacaan doa selepas rehat dijadikan sebagai aktiviti harian iaitu sebelum murid-murid masuk ke kelas setiap kali selesai waktu rehat.

3.5.8 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid menyatakan keperluan PA Sistem sekolah yang kemaskini agar aktiviti bacaan doa dapat dijalankan seperti sebelum ini.

Tindakan : Makluman

3.5.9 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid juga mencadangkan supaya Minggu Pendidikan Islam dilaksanakan seperti yang tercatat pada Takwim Tahunan Sekolah. Beliau mencadangkan supaya subjek-subjek teras yang lain turut dilibatkan dalam minggu ini. Beliau juga menyatakan pendapat bahawa sidang tidak perlu merancang terlalu banyak aktivti, biarpun aktivti yang dirancang itu sedikit, tetapi yang penting pengisiannya mantap dan memberi manfaat kepada golongan sasar.

Tindakan : Ahli Panitia

3.6 - Hal-hal Lain

3.6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti yang dibincangkan pada mesyuarat ini dapat dilaksanakan dan dicapai mengikut objektif yang disasarkan. Menurut beliau, bajet juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesebuah aktiviti. Tanpa bajet yang mencukupi, segala aktiviti yang dirancang agak sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya.

Tindakan : Makluman

Penutup

- Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang yang hadir. Harapan beliau agar guru-guru dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan supaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Page 4: Minit mesyuarat pai 2012

*** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.

Sekian,terima kasih.

“TERUS MENABUR BAKTI ”

Pencatat Minit, Disemak oleh,

……………………………………..…………. .....…………………….………………..( MOHAMMED KHUDREY ABD HAMID ) ( EN. MOHD SALLEH BIN OSMAN ) Setiausaha Panitia PAI, Penolong Kanan Kurikulum, SK Tongkalloh, SK Tongkalloh, Semporna, SABAH Semporna, SABAH.

Disahkan oleh,

…………………………………………... ( EN. ABDUL HASAD BIN MADISA ) Guru Besar, SK Tongkalloh, Semporna, SABAH

s.k -Fail