minit mesyuarat mbmmbi

4
MINIT MESYUARAT MBMMBI 2015 BIL 1/2015 Tarikh : 29 Disember 2014 Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik MBMMBI SMJK Poi Lam Kehadiran : Jawatankuasa MBMMBI 1. En Koit Sim Siang 2. En. Ch’ng Teng Leong 3. En. Chow Fook Loon 4. Pn. Nor Shahidah Bt. Ibrahim 5. En. Mohd Noor Azam Bin Ayub 6. Pn. Roziah Bt. Yahaya 7. Cik Woo Eu Cheng 8. Semua Guru B. Melayu dan B. Inggeris Agenda : 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi 1.1. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru pada mesyuarat pertama MBMMBI sesi 2015.

Upload: azam-bin-ayub

Post on 01-Feb-2016

116 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

mbmmbi

TRANSCRIPT

Page 1: MINIT MESYUARAT MBMMBI

MINIT MESYUARAT

MBMMBI 2015

BIL 1/2015

Tarikh : 29 Disember 2014

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik MBMMBI SMJK Poi Lam

Kehadiran : Jawatankuasa MBMMBI

1. En Koit Sim Siang

2. En. Ch’ng Teng Leong

3. En. Chow Fook Loon

4. Pn. Nor Shahidah Bt. Ibrahim

5. En. Mohd Noor Azam Bin Ayub

6. Pn. Roziah Bt. Yahaya

7. Cik Woo Eu Cheng

8. Semua Guru B. Melayu dan B. Inggeris

Agenda :

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1. Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru

pada mesyuarat pertama MBMMBI sesi 2015.

Tindakan : Makluman semua guru

2. MBMMBI

2.1. En. Ch’ng Teng Leong memberikan taklimat tentang dasar MBMMBI

yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tindakan : Makluman semua guru

Page 2: MINIT MESYUARAT MBMMBI

2.2. Pn Nor Shahidah memaklumkan bahawa surat siaran tentang dasar

MBMMBI telah dimasukkan ke dalam buku info sekolah untuk makluman

kepada semua ibu bapa.

Tindakan : Makluman semua guru

2.3. En Ch’ng Teng Leong meminta maklum balas daripada panitia

Matematik dan Sains tentang penggunaan bahasa pengantar dalam P&P Sains

dan Matematik untuk sesi 2015.

Tindakan : Ketua Panitia

2.4. En Ch’ng Teng Leong memaklumkan bahawa penerangan lanjut

tentang MBMMBI akan diperincikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris Matematik dan Sains semasa mesyuarat panitia yang akan

diadakan pada 30 Disember 2014.

Tindakan : Ketua Panitia

2.5. Mesyuarat telah memutuskan bahawa penggunaan bahasa pengantar

bagi kedua-dua subjek adalah dengan menggunakan dwibahasa bagi tingkatan

1 hingga tingkatan 5.

Tindakan : Makluman semua guru

2.6. Ketua Panitia Matematik memaklumkan bahawa bagi kelas tingkatan

5, guru-guru akan menggunakan bahasa Inggeris dalam mengemukakan istilah

matematik dandalam menerangkan konsep mereka akan menggunakan bahasa

Melayu untukmemberikan pemahaman yang mendalam kepada para pelajar.

Tindakan : Makluman semua guru

Page 3: MINIT MESYUARAT MBMMBI

2.7. Mesyuarat bersetuju dengan pendekatan tersebut dan meminta semua

guru menggunakan kaedah yang sama.

Tindakan : Makluman semua guru

3. Penutup

3.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 9.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………….. …………………….

(MOHD NOOR AZAM B. AYUB) (KOIT SIM SIANG)

Setiausaha MBMMBI Pengetua

SMJK Poi Lam SMJK Poi Lam