minit mesyuarat kurikulum 4

Upload: liza

Post on 19-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR 08400 MERBOK KEDAH DARULAMAN

[email protected]

TEL:044474168

FAX:044474169

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

BIL 4 TAHUN 2011TARIKH: 14..11.2011

MASA: 1.15 TENGAHARI

TEMPAT: BILIK GERAKAN

KEHADIRAN:

1. PN.ZAHNI BT AHMAD (GURU BESAR)2. PN. HJH NORLIZA BT ISMAIL(KP BAHASA MELAYU)

3. PN.AZMAHWATI BT AZIZAN (KP BAHASA INGGERIS)

4. PN. NOR AKMAR BT AWI (KP SAINS) 5. PN. HAYATI FAZLIN BT HARON (KP PEND. JASMANI)6. PN.RUSNA BT AHMAD (KP KEMAHIRAN HIDUP)

7. EN.ABDUL HALIM B HASHIM (KP SIVIK)8. PN.SALMAH BT SHAARI (KP PEND.SENI VISUAL)

9. PN.AZLINA BT ALI (MEDIA / NILAM/ MUZIK)10. PN. SURIANI BT HASSAN(PENYELARAS PEMULIHAN)11. PN. AZFALIZA BT ABIDIN (S/U UPSR)12. PN. NORMA BT ISMAIL (KP KAJIAN TEMPATAN)

13. PN. KHAIRUL BARIAH BT KAMAZZAMAN (KSSR/LINUS)14. PN.HASMAHWATI BINTI ABU BAKAR (GANTI PEND. KHAS)

15. PN. MAIZATUL MAZNI BT CHE DIN(S/U DALAMAN)

TIDAK HADIR: 1.EN ABDUL LATIF B BAHAROM (PK1) -BERSEBAB2.EN.ABD NASIR B MD DAUD(KP MATEMATIK)-BERSEBAB

3.CIK ASMAHHAN BT ABDUL RAHMAN (KP BAHASA ARAB) BERSEBAB

4.EN MOHAMAD SHATIR B ABD HAMID (BIMBINGAN DAN KAUNSELING) - BERSEBAB5.PN.SALMI BT AHMAD(PEYELARAS PRA SEKOLAH)-CUTI BERSALIN

6.PN.HASNAH BT HJ HUSSIN( KP PEND ISLAM)- BERSEBAB 7.PN.HASLINA BINTI KHALID - BERSEBAB

HADIR BERSAMA:

1. EN. KHALID B ALAUDDIN(PK KOKURIKULUM)

2. EN. MOHD ZUBIR B ZAINAL ABIDIN(PK HEM)URUSETIA: PN. NORMA BT ISMAIL I PERUTUSAN PENGERUSI 1. Pengerusi mengucapkan selamat datang ke mesyuarat kurikulum kali ke 4.

Walaupun kita berada dalam kesibukan minggu-minggu persekolahan.

Kita telah berjaya melaksanakan mesyuarat mengikut takwim persekolahan.. Pengerusi memaklumkan bahawa PK1 tidak dapat hadir ke mesyuarat kurikulum

kali ke 4 kerana masalah kesihatan.

Tindakan : makluman

IIPENGESAHAN MINIT MESYUARAT2.Urusetia membentangkan minit dan meminta semua AJK menyemak dan seterusnya mengesahkan minit mesyuarat.

Cadangan: Pn. Norliza bt Kassim

Sokongan: Pn.Khairul Bariah bt Kamaruzzaman

Tindakan : makluman

III PERKARA BERBANGKIT

3.Merujuk minit , perkara IV Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Karnival Bahasa. Panitia Bahasa Melayu telah melibatkan semua guru

semasa menjalankan karnival itu.

Tindakan : makluman

IV LAPORAN PANITIA

4. PANITIA BAHASA MELAYU

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu telah dijalankan pada 1.11.2011.

Pengerusi membentangkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun bagi

Tahun 2 Tahun 6 kertas Pemahaman dan Tahun 3 Tahun 6 bagi kertas penulisan (rujuk lampiran) . Antara punca kelemahan yang didapati ialah gagal menjawab dengan bersungguh-sungguh, lambat dalam kemahiran

membaca , selalu ponteng dan sikap malas murid itu sendiri. Laporan KSSR Taklimat KSSR tahun2 dapat membantu peningkatan

Tahun 1.Bagi kelas1Amal Band 5 telah dicapai manakala bagi kelas

1Bakti- Band 3 sahaja. LINUS, bagi saringan 3 terdapat 7 orang gagal dan seorang tegar.

Tindakan : makluman

5.PANITIA BAHASA INGGERIS Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris telah diadakan 9.11.2011.

Analisis Tahun2 - Tahun6 (rujuk lampiran).Antara kelemahan yang

dibincangkan ialah murid sukar membina ayat , lemah dalam

mengatur perkataan. Keseluruhannya perlu banyak latihan untuk

meningkatkan keputusan di masa akan datang . Di samping itu,

perlu diberi penekanan dalam menjawab kertas2. KSSR tahun2

telah dihadiri oleh pengerusi sendiri di SK.Langkasuka.

Selain itu , mesyuarat juga telah memibincangkan tentang guru mata pelajaran untuk tahun 2012 dan berharap agar permintaan

dipenuhi.AJK mesyuarat juga memutuskan dan bercadang untuk membeli sendiri buku kerja untuk murid-murid.

Tindakan : makluman

6.PANITIA MATEMATIK

Panitia ini telah mengadakan mesyuarat pada 2.11.2011. Dapatan

keputusan akhir tahun 2011 dilampirkan (rujuk lampiran) tahun2

hingga tahun6. Keputusan bagi Tahun 2 hingga Tahun 6 ada peningkatan manakala Tahun 5 dan Tahun 6 agak merosot. Punca dan kelemahan yang

dikenalpasti ialah murid masih tidak menguasai konsep asas matematik, masih tidak kuasai sifir, tidak menjawab dengan bersungguh sungguh dan

tidak faham kehendak soalan.

Langkah-langkah yang patut diberi perhatian ialah banyakkan latih tubi, soalan berorientasi peperiksaan , banyakkan latihan harian supaya lebih menguasai dan akan mengekalkan program sifir pada setiap hari Selasa.Penambahbaikan bagi program sifir di tapak perhimpunan , pihak panitia akan sediakan hadiah . Selain itu, panitia juga mencadangkan agar sekolah mengadakan kelas tambahan berbayar.Bagi LINUS matematik saringan 3, 5 orang murid telah lulus.

Tindakan : makluman 7.PANITIA SAINS

Analisis peperiksaan akhir tahun dibentangkan (rujuk lampiran).Masalah pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti ialah murid murid masih keliru , tidak faham kehendak soalan, tidak faham soalan bahagian (B) tidak faham tajuk dipelajari, tidak faham teknik menjawab, lemah dalam menguasai

kemahiran proses Sains.Langkah-langkah yang perlu diambil untuk guru mata pelajaran ialah latih tubi, ulangkaji selepas habis sesuatu topik dan bimbingan rakan sebaya. Pada 25-29 September 2011 Pn. Norma telah menghadiri kursus KSSR Tahun 2. Beliau juga telah mengadakan LDP pada 20 Oktober 2011.

Tindakan : makluman

8.PANITIA AGAMA ISLAM

Panitia telah bermesyuarat pada 2 November 2011.Dapatkan analisis

Peperiksaan Akhir Tahun (rujuk lampiran). Mengikut analisis keputusan

Tahun6 merosot . Ini berkemungkinan murid-murid hanya membaca dan

menjawab sekali tanpa berfikir.Panitia juga membincangkan tentang

penggunaan buku kerja keluaran Forgoes terlalu banyak kesalahan ejaan

dan berharap pihak sekolah hanya mengutip duit dan pemilihan buku

akan diberitahu kemudian.Keputusan lengkap KSSR tahun1 sila rujuk

Ustazah Anisah.

Tindakan : makluman 9. PANITIA PEND. JASMANI DAN KESIHATAN

Mesyuarat telah diadakan pada 9.11.2011. Pn.Hayati Fadzlin telah menghadiri KSSR tahun2 dan PJK dan PK . Beliau juga telah membeli modul dengan kos RM 10.00.

Tindakan : makluman

10.PANITIA PEND. SENI DAN VISUAL

Panitia telah memutuskan mulai persekolahan 2012, tahun1-5 tidak perlu

membeli buku lukisan. Persoalannya , pada tahun 2011 duit belian buku

lukisan tahun 6 masih tidak diselesaikan kerana Tahun 6 tidak menggunakan buku lukisan tersebut. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya mengadakan satu program kemerdekaan bergabung dengan Panitia Sivik dan Kajian Tempatan.Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya melukis banner, mewarna dan penyampaian hadiah telah dijalankan kepada semua pemenang.Kursus KSSR tahun2 telah dihadiri oleh Encik Abdul Halim.Semua bahan kursus disediakan dalam bentuk cd.

Tindakan : makluman

11.PANITIA KEMAHIRAN HIDUP

Panitia telah bermesyuarat pada 3.11.2011. Analisis lengkap Peperiksaan

Akhir Tahun sila rujuk lampiran. Secara keseluruhannya, pencapaian

baik tetapi pencapaian Tahun 6 merosot. Ini mungkin disebabkan murid

beranggapan peperiksaan ini kurang penting berbanding UPSR. Mulai

tahun depan ,panitia akan memeperbanyakkan alatan ketukangan dan

membuat pembelian barang barang projek.

Tindakan : makluman

12.PANITIA MUZIK

Pengerusi memaklumkan bahawa pada 26-29 Oktober Kursus KSSR Tahun2 telah dihadiri di SK.HAJI NYAK GAM. Semua bahan akan diserahkan kepada PK Kurikulum . LDP bagi subjek ini dicadangkan akan bergabung bersama subjek yang bukan teras. Laporan KSSR tahun1 di isi oleh Pn. Hayati Fazlin.

Tindakan : makluman

13.PANITIA SIVIK

Analisis peperiksaan .Sila rujuk lampiran.

Tindakan : makluman

14.PANITIA KAJIAN TEMPATANAnalisis peperiksaan sila rujuk lampiran.Keseluruhanya tahun6 menurun.Ini berkemungkinan murid sudah kurang memberi perhatian selepas peperiksaan UPSR.

Tindakan : makluman

16.PRA SEKOLAH

Pn. Rozaida sedang berkursus dan Pn. Salmi sedang cuti bersalin

Tindakan : makluman

17.PEMULIHAN

Tahun3 IPP2M , 2 orang murid telah lulus. MIR yang melibatkan

pengumpulan semua, Syafiq,Faridzuan.

Tindakan : makluman

18.LINUS

Tahun2, 2 orang murid masih gagal.LINUS TEGAR 3 orang . Antaranya ialah Firdaus, Idham dan Khairul Ikhwal.

Tindakan : makluman

19. PENDIDIKAN KHAS

Bilangan masih 25orang .7 orang akan masuk.Analisis keputusan peperiksaan akan diberitahu kemudian.V.HAL-HAL LAIN

20. Guru besar meminta agar guru-guru kelas yang belum menyerahkan

Buku resit ke pejabat sila hantar sebelum cuti persekolahan.

Tindakan : makluman

21. Borang prestasi hendaklah di taip dan dihantar sebelum 31.12.2011.

Tindakan : makluman

22 .Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah

menjayakan Hari Anugerah Kualiti yang lalu.

Tindakan : makluman

23.Budaya tutup sekolah. Semua guru hendaklah memastikan semua

peralatan di dalam kelas disusun kemas dan teratur.

Tindakan : makluman

24. PK HEM mekmaklumkan supaya mengemaskini fail murid (fail kuning)

Perkara yang perlu ada di dalam fail ialah :

Rekod kesihatan tahun6.

Rekod pencapaian yang terkini.

Rekod LINUS

Rekod KSSR

Sijil/ akademik

Sijil /Kokurikulum

Borang SMN

Tutup jadual kedatangan.Bilangan hari mesti mencukupi 194 hari .Nama hendaklah ditulis sehingga DISEMBER.

Tindakan : semua guru kelas

25.Pn.Norhayati memaklumkan raptai Hari Anugerah

Kecermelangan hendaklah dijalankan sebanyak dua kali supaya

Program berjalan dengan lancar.

Tindakan : AJK Pengurusan Hadiah

26.Pn.Norliza binti Kassim meminta kerjasama semua guru supaya mengemaskini kad biru dan dicop. Semua kursus hendaklah disertakan surat panggilan kursus. Mulai tahun depan semua berkaitan LDP hendaklah dibuat secara on-line. Ia akan dipantau terus oleh pihak Kementerian. Website yang berkaitan akan diberitahu kemudian. Kad biru juga akan digunakan seperti biasa.

Tindakan : makluman

27. Pn.Rusna meminta agar pihak sekolah memklumkan guru kelas tahun depan supaya guru-guru dapat menyiapkan dan menceriakan kelas masing-masing.

Tindakan : makluman

28.Guru Besar meminta agar dimaklumkan kepada murid pada hari Khamis sempena budaya tutup sekolah murid Tahun 1 tahun 5 perlu memakai baju pendidikan jasmani.

Tindakan : makluman

29.Pn.Norliza binti Ismail menjemput semua guru untuk menghadiri Jamuan Tahun 6.

Tindakan : makluman

30.Guru Besar memaklumkan permohonan 4 orang guru untuk bertukar tidak berjaya. Perkhidmatan mereka masih diperlukan di sini.

Tindakan : makluman

28.Pn.Rusna memaklumkan pengambilan gambar murid ialah pada hari Rabu dan pengmbilan gambar guru pada hari Khamis. Sila ambil maklum dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

Tindakan : makluman

VI.UCAPAN PENANGGUHAN29.Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kerana dapat mengendalikan panitia masing-masing dengan baik dan semoga diteruskan untuk tahun hadapan.

30.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Urusetia,

______________________

(NORMA BINTI ISMAIL)

Disemak,

______________________

PAGE 7