minit mesyuarat koko kali 1 2015

10
SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG 07000, LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN. MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015 TARIKH : 30 DISEMBER 2014 HARI : SELASA MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : BILIK ANJUNG BESTARI AGENDA MESYUARAT 1. Perutusan Pengerusi 2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2014 3. Perkara Berbangkit 4. Senarai Tugas Jawatankuasa Kokurikulum 2015 5. Takwim Aktiviti Kokurikulum 2015 6. Perancangan Aktiviti Kokurikulum Sknc 2015 7. Laporan Pencapaian Aktiviti Kokurikulum 2014 8. Hal-hal lain. 1

Upload: alec-zimmerman

Post on 02-Oct-2015

97 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

minit mesyuarat kokurikulum kali pertama

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG07000, LANGKAWIKEDAH DARUL AMAN.

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015

TARIKH: 30 DISEMBER 2014HARI: SELASAMASA: 9.30 PAGITEMPAT: BILIK ANJUNG BESTARI

AGENDA MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi2. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 20143. Perkara Berbangkit4. Senarai Tugas Jawatankuasa Kokurikulum 20155. Takwim Aktiviti Kokurikulum 20156. Perancangan Aktiviti Kokurikulum Sknc 20157. Laporan Pencapaian Aktiviti Kokurikulum 20148. Hal-hal lain.

SEKOLAH KEBANGSAAN NYIOR CHABANG 07000 LANGKAWI, KEDAH.MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA 2015

Tarikh: 30 Disember 2014Hari: SelasaMasa: 09.30 tengahariTempat: Bilik Anjung Bestari

Kehadiran:1) En. Kamaruzzaman bin Mehad ( Guru Besar )2) En. Ahmad Kamaruddin bin Hj. Hashim ( Guru Penolong Kanan Kurikulum) 3) En. Aziz bin Saad ( Guru Penolong Kanan HEM )4) En. Fadzil bin Abd Hamid ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum )5) En. Mohd Radzi bin Md.Isa6) En. Ku Nor Pazli bin Ku Putra7) En. Jazzman Khabiir bin Jailani8) En. Saiful Hanif bin Hassan9) En. Mohd Azmi bin Ngah10) En. Mazli bin Hamid11) En. Arif Effendi bin Mohd Husni12) Pn. Aliana Shofni bt Mohd Zainuddin13) Pn. Zarina bt Abdul Salam14) Pn. Norita bt. Mohd Rashid15) Pn. Salmah bt. Ismail16) Pn. Rozanna bt. Rujim17) Pn. Norzuraidah bt. Moslim18) Pn. Nurul Hazwani bt. Md. Arof19) Pn. Hasliza bt. Abu Hasim20) Pn. Noor Zaihan bt Abdullah21) Pn. Norkhairani bt Ab Samad22) Pn. Norni bt Saad23) Pn. Siti Masturina bt. Mat Shah24) Pn. Syaifatul Aisyah bt. Mohmad Sabree25) Pn. Rohaizan bt. Ab.Razak26) Pn. Norafishah bt Ahmad27) Pn. Kartini Zahida bt Abdul Wahab28) Cik Erdatulsalmy bt Abdul Razak29) Cik Khairul Hana bt. Basri30) Cik Syazana bt Abdul Razak

Tidak hadir bersebab:31) Pn. Noor Azirawati bt Md Hassan (Guru) (Rumah dilanda banjir)32) En. Nasrol bin Mt Akhir (Guru)33) En. Sivadeepan a/l Sivapatham (Guru)

Agenda MesyuaratI. Aluan Pengerusi

1. Tuan pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah menghadiri mesyuarat. Beliau berharap agar peningkatan penglibatan dan pencapaian kokurikulum seiring dengan unit Kurikulum dan Hal Ehwal Murid. Beliau juga berharap agar para guru bekerjasama dan sedia menerima pelantikan dan menggalas tugas sebagai ahli jawatankuasa unit kokurikulum pada tahun 2015. Beliau juga menyampaikan pesanan daripada Dato Misrah ( Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) berkenaan dengan punca kejatuhan prestasi sekolah di seluruh negara.

Makluman : Semua guru

II. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali Ketiga 2014

2. Dibentangkan oleh Puan Rozanna Binti Rujim.3. Pn. Norzuraidah bt Moslim mencadangkan Minit Mesyuarat Kokurikulum Kali Ketiga disahkan.4. Cik Khairul Hana bt Basri menyokong. Makluman :Semua guru

III. Perkara Berbangkit

5. Tiada perkara berbangkit. Makluman :Semua guru

IV. Senarai Tugas Jawatankuasa Kokurikulum 2015

Pengerusi: En. Kamaruzzaman bin Mehad (Guru Besar)Naib Pengerusi : En. Fadzil b. Abdul Hamid (PK Kokurikulum)Setiausaha: Cik Syazana bt Abdul RazakSetiausaha Sukan: En. Saiful Hanif bin HassanPen. Setiausaha Sukan : En. Nasrol bin Mat Akhir

Penyelaras:Kelab/ Persatuan Akademik: Pn. Zarina Bt. Abdul SalamBadan Beruniform: Pn. Rohaizan bt Ab. RazakKelab Sukan dan Permainan/: Cik Khairul Hana Bt. Basri1 Murid 1 Sukan

Ahli Jawatankuasa En. Mohd Radzi bin Md IsaEn. Ku Nor Pazli bin Ku PutraEn. Mohd Azmi bin NgahEn. Jazzman Khabiir bin JailaniEn. Mazli bin HamidEn. Arif Effendi bin Mohd Husni Pn. Norita bt Mohd Rashid Pn. Aliana Shofni bt Mohd ZainuddinPn. Salmah bt. IsmailPn. Noor Azirawati bt Md HassanPn. Nurul Hazwani bt. Md. ArofPn. Noor Zaihan bt AbdullahPn. Norni bt SaadPn. Syaifatul Aisyah bt Mohmad Sabree Makluman :Semua guruV. Takwim Aktiviti Kokurikulum 2015

6. Takwim aktiviti bagi tahun 2015 adalah sepertimana yang disenaraikan dalam takwim Pengelolaan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Langkawi bagi tahun 2015 ( telah diedarkan ). En. Fadzil meminta agar guru merujuk kepada takwim yang telah disediakan supaya persediaan awal boleh dilakukan untuk menyertai pertandingan yang telah dirancang.7. Tuan Guru Besar mengingatkan bahawa mesyuarat setiap badan beruniform, sukan/permainan dan persatuan/kelab diadakan sebulan sekali dan membuat perancangan awal dengan menyediakan rangka perancangan. Makluman :Semua guruVI. Perancangan Aktiviti Kokurikulum 2015

8. En. Fadzil mengingatkan setiap program yang dijalankan perlu rujuk takwim aktiviti yang telah diedarkan.9. Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap bidang tugas masing-masing dan berharap agar semua perancangan dapat dijalankan seperti yang ditetapkan.10. En. Fadzil mengucapkan tahniah kepada semua guru yang mendapat jawatankuasa baru untuk sesi tahun 2015. Makluman : semua guru

11. Antara perancangan penyertaan pertandingan yang ditetapkan adalah badan beruniform, badminton, bola jaring, hoki, bola sepak, sepak takraw, merentas desa dan kejohanan balapan dan padang. Tindakan : Jurulatih pasukan sekolah

12. Program menggilap bintang akan diadakan pada hari selasa dan rabu bersamaan 26 dan 27 Mei 2015. Makluman : Setiausaha Sukan

13. Tarikh perjumpaan bagi sukan dan permainan adalah seperti dalam jadual yang diedarkan. Makluman : Penyelaras sukan dan permainan

14. Laporan setiap unit mestilah selari dengan tarikh yang telah ditetapkan. Pada tahun 2014 ramai yang tidak hantar laporan mengikut perancangan. Perkara ini amat dikesali dan diharapkan setiap laporan dihantar mengikut masa yang ditetapkan.15. Setiap laporan perlu dibuat mengikut format yang ditetapkan dan pengurusan fail mestilah teratur untuk mengelakkan kehilangan maklumat dan kerosakan.16. Setiap unit perlu mengadakan mesyuarat agung dengan lebih awal untuk melantik jawatankuasa dan merangka pelan strategik. Tindakan : Penyelaras dan setiausaha setiap unit17. Jadual aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:

Ahad- Badan Beruniform dan latihan kawad

Isnin, selasa dan rabu- Perjumpaan untuk Kelab permainan dan persatuan ( Rujuk Takwim badan beruniform, persatuan / kelab akademik 2014 yang telah diedarkan ) dan 1 murid 1 Sukan.

Khamis- Latihan pasukan sekolah. Makluman: Semua guru18. Jadual perjumpaan 1 murid 1 sukan adalah seperti berikut:

Isnin Bola Baling dan Badminton Selasa- Bola Jaring dan Hoki Rabu- Bola sepak dan senamrobik. Makluman :Semua guru

VII. Laporan Pencapaian Aktiviti Kokurikulum 2014

19. Pn. Zarina minta senarai SKPM murid dalam penglibatan sukan dan aktiviti kokurikulum.20. En. Fadzil mengingatkan setiap sijil penglibatan murid dalam sukan dan aktiviti kokurikulum perlu ada salinan untuk SKPM dan pengurus yang terlibat perlu bertanggungjawab menyediakannya.Tindakan : pengurus pasukan

21. Pada tahun 2015, setiap murid perlu menceburi pelbagai sukan untuk pendedahan dan pengetahuan murid dalam permainan.22. Pada tahun 2014, aktiviti kokurikulum akademik sering mendapat surat tunjuk sebab dan berharap pada tahun 2015, guru yang bertanggungjawab perlu proaktif dalam semua pertandingan yang ditetapkan.23. En. Fadzil berharap penasihat setiap unit menyahut cabaran dalam setiap pertandingan yang dirancang dan berusaha merealisasikan agenda-agenda yang ditetapkan. Makluman : Semua guru

Ix. Hal-hal lain24. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa peranan penyelaras adalah penting untuk memastikan setiap perancangan berjalan seperti biasa. 25. Tuan Guru Besar mencadangkan agar setiap sebulan sekali penyelaras hendaklah mengutip fail-fail dan memastikan ianya lengkap kemudian dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk disemak dan disahkan.26. Perjumpaan setiap unit perlu diadakan minimum sebanyak 8 kali dan maksimum sebanyak 12 kali. Makluman : Penyelaras27. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa sekiranya terdapat perubahan takwim daripada pihak JPN dan PPD aktiviti tersebut perlu diutamakan. Makluman : semua guru

28. Aspek keselamatan murid diutamakan. Gotong-royong untuk membersihkan padang perlu dibuat semasa perjumpaan pertama. Aktiviti direkodkan dan didokumentasikan.29. Murid dikehendaki memakai pakaian sukan lengkap setiap kali menghadiri latihan sukan. Tindakan : Guru Pendidikan Jasmani

30. Semua aktiviti yang dijalankan mesti disediakan dokumentasi dan laporan kewangan.31. En. Mohd Radzi mencadangkan agar laporan kewangan dibentangkan dalam setiap post-mortem yang diadakan. Tindakan : Bendahari 32. En. Saiful memohon agar pihak sekolah menyelaraskan setiap pembelian baju badan beruniform untuk murid. Ini boleh dilakukan dengan meminta syarikat berkenaan menguruskan tempahan baju tersebut. 33. En. Arif menyarankan agar murid tahun 4 membeli kelengkapan pakaian seragam badan beruniform dengan lebih awal.34. En. Aziz menyatakan laporan dan dokumentasi adalah dua perkara yang berbeza. Setiap laporan dan dokumentasi perlu mengikut format yang ditetapkan. Tindakan : Setiausaha dan AJK dokumentasi

35. Encik Fadzil mengucapkan terima kasih atas segala saranan yang diberi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pentadbir, setiausaha kokurikulum, setiausaha sukan, Guru-guru penyelaras dan guru-guru penasihat dan mengharapkan agar lebih banyak penglibatan dan kejayaan yang akan dicapai pada tahun 2015. Makluman: Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 tengahari.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

( SYAZANA BT ABDUL RAZAK ) (FADZIL BIN ABDUL HAMID)Setiausaha Kokurikulum,Penolong Kanan Kokurikulum,Sek Keb. Nyior Chabang,Sek. Keb. Nyior Chabang07000 Langkawi07000 LangkawiKedahKedah

7