pengurusan koko
Embed Size (px)
DESCRIPTION
pengurusan koku merupakan subject yang wajib untuk pelatih-pelatih ipg.TRANSCRIPT

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
ANJURAN
KELAB FOTOGRAFI
IPG KAMPUS IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
TARIKH :
1 OGOS 2014 HINGGA 16 SEPTEMBER 2014
TEMPAT :
IPG KAMPUS IPOH

1.0PENGENALAN
Fotografi merupakan satu bentuk seni yang dapat meluahkan perasaan melalui
menangkap gambar. Hasil yang ditangkap oleh kamera dapat menyuarakan
pelbagai mesej di samping menunjukkan personaliti penangkap gambar. Sekeping
gambar cantik yang dapat mewakili seribu patah kata pasti dapat menyentuh hati
orang.
Sempena bulan kemerdekaan ini, peluahan perasaan cinta pada negara kita
amat sesuai diluahkan melalui penangkapan gambar. Malaysia merupakan negara
yang berbilang kaum dan mempunyai latar belakang, budaya dan agama masing-
masing. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun rakyat
Malaysia hidup dalam suasana harmonis. Selain itu, negara Malaysia juga seperti
sehelai kain putih yang dihiasi oleh pelbagai warna kebudayaan yang menjadi
negara kita sebuah negara yang unik. Oleh itu, penganjuran pertandingan fotografi
sempena bulan kemerdekaan ini dapat memberi peluang kepada bakal-bakal guru
untuk meluahkan perasaan cinta dan syukur pada negara kita, Malaysia.
2.0TAJUK
Pertandingan Fotografi Sempena Bulan Kemerdekaan
3.0TEMA
Malaysia Berwarna-warni
4.0DIKELOLAKAN OLEH
Kelab fotografi, IPGKampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.

5.0ASAS PERTIMBANGAN
Pertandingan ini bertujuan untuk meyemarakkan rasa cinta pada negara dan
menyemaikan semangat berjuang untuk negara tercinta di samping meluahkan
perasaan bersyukur terhadap negara kita.
6.0RASIONAL
Pertandingan ini dijalankan secara serentak diperingkat IPG Kampus Ipoh
adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelatih-pelatih IPG dan
mencungkil bakat mereka dalam bidang fotografi. Pertandingan fotografi dapat
memupuk ciri-ciri kreatif dan inovatif dalam kalangan pelatih-pelatih bagi mendorong
bakal-bakal guru ke arah kecemerlangan dalam bidang professional guru. Untuk
mengambil gambar yang bertemakan ‘Malaysia yang Berwarna-warni’, peserta-
peserta akan lebih memberi perhatian terhadap sekeliling mereka dan berpeluang
untuk meneroka keindahan Malaysia dari segi budaya, latar belakang, lanskap dan
sebagainya. ‘A picture says a thousand words’ bermaksud sekeping gambar boleh
mewakili seribu patah, perasaan sayang dan cinta pada negara dapat diluahkan
melalui penangkapan gambar. Semangat patriotik juga dapat dipupuk dalam
kalangan peserta dan semoga semangat ini dapat di. Melalui pertandingan fotografi
ini, bakat peserta dalam bidang fotografi dapat diiktirafkan dan dikesan. Keyakinan
diri peserta juga dapat dipertingkatkan apabila pengiktirafan dan galakkan
menceburi bidang fotografi diberikan melalui penyertaan pertandingan.
7.0 MATLAMAT
7.1 Memberi pendedahan dan pengalaman yang berfaedah mengenai seni
fotografi kepada guru pelatih.
7.2 Mewujudkan perseimbangan antara perkembangan aspek intelek.
7.3 Menyemai perasaan cinta dan sayang pada negara.
7.4 Mewujudkan semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan pelatih
guru.

7.5 Menanam dan memupuk nilai-nilai kepimpinan serta menjamin
pekermbangan sahsiah pelatih.
7.6 Dapat bertukar dan berkongsi pendapat serta pandangan yang pelbagai
dalam bidang fotografi.
8.0 OBJEKTIF
8.1 Untuk memupuk semangat cintakan warisan sendiri.
8.2 Untuk mencungkil bakat dan potensi pelatih dalam bidang fotografi.
8.3 Untuk mengembang, mengumpul dan merangsang idea-idea yang bernas dan
kreatif dalam kalangan peserta.
8.4 Untuk menyokong penghayatan dengan memberikan peluang dan ruang aktiviti
kepada pelatih dalam bidang fotografi.
8.5 Membentuk nilai seorang guru yang profesional, berkemahiran dan
berpengetahuan luas dalam bidang fotografi.
9.0 YURAN PERTANDINGAN
RM 5 setiap peserta
10.0SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1. Pertandingan terbuka kepada semua pelatih unit P sahaja.
2. Pendaftaran boleh dibuat dengan Seak Yu Jie dari P3 dan Lee Shu Jane dari
P2 bermula pada 1 Ogos 2014 hingga 12 Ogos 2014.
3. Peserta boleh menggunakan kamera satu lensa refles (SLR) atau kompak
menggunakan pelbagai teknik penggambaran seni foto.
4. Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja.
5. Saiz foto bercetak adalah 8×10” (8R) tanpa bangkai menggunakan glossy
paper.
6. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana
pertandingan atau pameran fotografi.
7. Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya untuk
tujuan publisiti dan promosi.

8. Foto digital “super imposed” tidak akan diterima. Foto komposit, foto helah
atau foto manipulasi juga tidak akan diterima.
9. Peserta perlu menghantar “hard copy” foto (dicetak dengan glossy paper) dan
“soft copy” foto dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP sebelum 16
September 2014.
10.Peserta mesti meletakkan penerangan foto (tidak boleh melebihi 20 patah
perkataan) di belakang foto.
11.Penyertaan adalah secara individu dan setiap individu hanya boleh
menghantar satu gambar yang terbaik sahaja.
12.Keputusan panel hakim adalah muktamad.
13.Sesi penyampaian hadiah akan dilangsungkan semasa Majilis Penutup Bulan
Kemerdekaan pada 20 Sept 2014.
11.0 KUMPULAN SASARAN
Bil Perkara Jumlah
1. Semua Pelatih PISMP Unit P 56 orang
Jumlah 56 orang
12.0 TARIKH
1 Ogos 2014 hingga 16 September 2014
13.0 TEMPAT
IPG Kampus Ipoh, Perak

14.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung : Tuan Haji Kamarulizham Bin Hazizi
Pensyarah Penasihat : Dr. Lee See Seng
Pensyarah Pengadil : En. Lee Chor Leong
Pn. Hayati Binti Kama
Pn. Satariah Binti Harun
Pengerusi : Lee Jun Yi
Naib Pengerusi : Seak Yi Chek
Setiausaha : Lee Sue Jane
Bendahari : Sharon Ng Jing Min
AJK Perhubungan : Grace Chow Su Un
Wan Mei Qi
AJK Publisiti : i. Kutipan derma dan tajaan :
Low Macie
Nyam Tze Nann
ii. Rekaan poster
Wong Mei Ti
Look Wei Chong
AJK Dokumentasi : Low Jing Xian
Shamiladevi a/p Kumanan
AJK Hadiah : Look Choon Wen
Kesawaartini a/p Sarkunan

15.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh Aktiviti
20 Julai 2014 Pembentukan AJK pertandingan
Perbincangan awal draf kertas kerja di kalangan AJK
23 Julai 2014 Menghantar kertas kerja kepada pihak yang berkaitan untuk
kelulusan
1-12 Ogos 2014 Menghebahkan pertandingan fotografi dan pendaftaran peserta
di setiap kelas unit P.
1 Ogos – 16 Sep 2014 Tempoh Pertandingan dan pengumpulan hasil pertandingan.
17-19 Sept 2014 Sesi mengadil karya oleh para pensyarah pengadil
20 Sept 2014 Sesi penyampai hadiah (berlangsung dengan Majilis Penutupan
Bulan Kemerdekaan)
16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN
PEMBELANJAAN:
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1. Hadiah:
Tempat pertama: wang tunai 1 unit RM 100
Tempat kedua : wang tunai 1 unit RM 80
Tempat ketiga : wang tunai 1 unit RM 50
Buku fotografi 13×RM20 unit RM 260
2. Printer Ink 2×RM54 unit RM 108
3. Kertas putih A4 2×RM12 unit RM 24
JUMLAH RM 622

17.0 PENDAPATAN
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
1. Kutipan derma dan tajaan RM 400
2. Yuran penyertaan 50×RM 5 unit RM 250
JUMLAH RM 650
18.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para
pelatih dengan menunjukkan kepatuhan dan memahami serta menghayati nilai etika
keguruan. Selain itu, diharapkan para pelatih dapat membina pemikiran yang positif dan
motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Semoga segala aktiviti yang telah
dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
Semoga program ini juga dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada guru-guru
pelatih tentang peranan dan tanggungjawab mereka.
Disediakan oleh:
…………………………………………
(LEE SUE JANE)
Setiausaha,Pertandingan Fotografi Sempena Bulan Kemerdekaan,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.

Disemak oleh :
…………………………………………
(DR LEE SEE SENG)
Pensyarah Penasihat,Pertandingan Fotografi Sempena Bulan Kemerdekaan,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.
Disokong oleh :
………………………………………...
(ENCIK ZULKIKI BIN ABU MANAF)
Ketua Hal Ehwal Pelajar,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.
Disahkan Oleh :
………………………………………… (TUAN HAJI KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,31150 Hulu Kinta,Perak Darul Ridzuan.

Sijil Penghargaan.

Borang Pendaftaran
Bil.
Nama Unit No. telefon Bayaran t.tandangan
1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.

25.26.27.28.29.30.31.32.33.34.35.36.37.38.39.40.Poster