minit mesyuarat jawatankuasa pibg kali 1

21
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU KALI PERTAMA SESI 2010/2012 __________________________________________________________ ____________ TARIKH : 28 Julai 2010 (Rabu) MASA : 3.00 petang TEMPAT : Bilik Gerakan SK.Bukit Piatu KEHADIRAN : 1. En. Ahmad Sabri b. Salam (YDP) 2. En. Abdul Rashid b. Mahidin (Penasihat / Guru Besar) 3. En. Ahmad Razlan b. Jahari (NYDP) 4. En. Mohamad Idris b. Mohamed Said (Setiausaha Kehormat) 5. Cik Rohaizah bt. Zulkifli (Pen.Setiausaha) 6. Pn. Rudzilah bt. Ghazali (Bendahari) 7. Pn. Zainah bt. Abu Bakar (AJK) 8. En. Ahmad Saifulzaman b. Rahim (AJK) 9. En. Abdul Razab b. Lembek (AJK) 10.En. Najid b. Abu (AJK) 11.En. Abu Bakar b. Jaafar (AJK) 12.En. Hanifah b. Hj. Veerankutty (AJK) 13.En. Nordin b. Mohamed Noor (AJK) 14.Pn. Kamariah bt. Abu Bakar (AJK) 15.Pn. Barlian bt. Idrus (AJK) 16.Pn. Sharifah bt. Mohd Kasiman (AJK)

Upload: amrulijans

Post on 18-Feb-2015

133 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pibg

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU KALI PERTAMA SESI 2010/2012______________________________________________________________________

TARIKH : 28 Julai 2010 (Rabu)

MASA : 3.00 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK.Bukit Piatu

KEHADIRAN : 1. En. Ahmad Sabri b. Salam (YDP)

2. En. Abdul Rashid b. Mahidin (Penasihat / Guru Besar)

3. En. Ahmad Razlan b. Jahari (NYDP)

4. En. Mohamad Idris b. Mohamed Said (Setiausaha Kehormat)

5. Cik Rohaizah bt. Zulkifli (Pen.Setiausaha)

6. Pn. Rudzilah bt. Ghazali (Bendahari)

7. Pn. Zainah bt. Abu Bakar (AJK)

8. En. Ahmad Saifulzaman b. Rahim (AJK)

9. En. Abdul Razab b. Lembek (AJK)

10.En. Najid b. Abu (AJK)

11.En. Abu Bakar b. Jaafar (AJK)

12.En. Hanifah b. Hj. Veerankutty (AJK)

13.En. Nordin b. Mohamed Noor (AJK)

14.Pn. Kamariah bt. Abu Bakar (AJK)

15.Pn. Barlian bt. Idrus (AJK)

16.Pn. Sharifah bt. Mohd Kasiman (AJK)

TIDAK HADIR: 1. En.Abdul Asis b. Yaman (AJK)

2. En.Rosli b. Basri (AJK)

BIL PERKARA TINDAKAN

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran untuk mesyuarat kali

pertama AJK baru bagi sesi 2010/2012.

1.2 Berharap semua AJK memainkan peranan dengan berkesan ke arah kejayaan

sekolah dan PIBG.

1.3 Semua AJK diminta memperkenalkan diri.

Makluman

Page 2: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

2.1 Persekolahan berjalan seperti biasa.

2.2 Seorang guru iaitu Pn. Rafhati bt. Roslan telah bertukar ke Kuantan dan

menerima seorang guru baru iaitu Pn. Suziana.

2.3 Dua orang guru sedang menjalani rawatan di hospital iaitu Pn. Zalwah bt. Abdul

Wahid dan Pn. Sarinah bt Jamaludin.

2.4 Murid Tahun 6 sedang menduduki peperiksaan percubaan UPSR mulai 27 Julai

hingga 30 Julai 2010.

2.5 Aktiviti-aktiviti sekolah.

1. Peperiksaan UPSR akan bermula pada 21 September 2010.

2. Solat Hajat UPSR Perdana akan diadakan pada 5 Ogos 2010 di Masjid Bukit

Piatu.

3. Perjumpaan bersama ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 akan diadakan

pada 6 Ogos 2010 jam 3.00 petang.

2.6 Pada 13 Julai 2010, seramai 77 orang murid telah mengalami keracunan

makanan di kantin sekolah dan 4 orang murid telah ditahan di wad hospital

untuk rawatan lanjut. Pejabat Kesihatan Bentong telah mengarahkan pengusaha

kantin menutup premis dan operasi selama 2 minggu bagi menjalankan siasatan

terhadap punca kejadian. Kantin dibuka semula pada 20 Julai 2010.

2.7 Masih ramai murid yang belum menjelaskan yuran tambahan sekolah sebanyak

RM 38.50.

Makluman

3. Perkara Berbangkit dari Mesyuarat Agung lalu.

3.1 Usul 1 – Semua pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam PKSR dicadangkan

untuk diberi sedikit penghargaan. Bukan hanya untuk pelajar yang mendapat

tempat 1 – 3 sahaja.

Jawapan : Bersetuju pemberian hadiah bagi PKSR 4 sahaja.

3.2 Usul 2 – Mencadangkan kepada pihak sekolah membina 2 unit tandas di tepi

padang. Ini mengelakkan pelajar terpaksa berjalan jauh untuk ke tandas di

bangunan lama.

Jawapan: Pihak sekolah masih menunggu peruntukan untuk

melaksanakannya.

Makluman

Setiausaha

Page 3: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

3.3 Usul 3 - Mengadakan latihan bola jaring antara guru-guru perempuan dan ibu-ibu

pelajar.

Jawapan : Telah dijalankan dari masa ke semasa.

3.4 Usul 4 – Mengadakan kelas motivasi untuk murid tahun 6 seberapa kerap.

Jawapan : Kelas motivasi masih berterusan dari masa ke semasa.

3.5 Usul 5 - Mencadangkan pihak sekolah memohon daripada pihak Majlis

Perbandaran Bentong membina sebuah pondok menunggu ibu bapa murid di

jalan raya di luar kawasan sekolah.

Jawapan : Setiausaha akan menghantar surat permohonan.

Makluman

Makluman

Setiausaha

4.Membentang Laporan Kewangan

4.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan untuk disahkan. Jumlah baki

setakat ini ialah RM 5,592.90.

Makluman

5. Hal-Hal Lain.

5.1 Encik Hanifah memaklumkan bahawa pihak Pejabat Pelajaran Daerah

memandang serius berhubung isu pelajar yang menyalahgunakan laman sosial

Facebook untuk mengutuk dan menghina guru. Diminta semua pihak

bekerjasama untuk menangani masalah ini.

5.2 Encik Ahmad Saifulzaman memaklumkan sekolah terlibat dengan Program

Pembangunan Perlaksanaan Sekolah (PROD) selama 3 tahun. Matlamatnya

ialah untuk kecemerlangan sekolah dan pelajar.

5.3 Pengerusi menyatakan mesyuarat AJK PIBG akan kekal diadakan pada pukul

3.00 petang. Mesyuarat akan datang diadakan pada hujung September 2010

iaitu selepas UPSR 2010.

Makluman

Makluman

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh :

_______________________________________(MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMED SAID)

Setiausaha Kehormat PIBG,

SK.Bukit Piatu

Page 4: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBGSEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU

KALI KEDUA SESI 2010/2012______________________________________________________________________

TARIKH : 26 Januari 2011 (Rabu)

MASA : 3.30 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK.Bukit Piatu

KEHADIRAN : 1. En. Ahmad Sabri b. Salam (YDP)

2. En. Abdul Rashid b. Mahidin (Penasihat / Guru Besar)

3. En. Mohamad Idris b. Mohamed Said (Setiausaha Kehormat)

4. Cik Rohaizah bt. Zulkifli (Pen.Setiausaha)

5. Pn. Rudzilah bt. Ghazali (Bendahari)

6. Pn. Zainah bt. Abu Bakar (AJK)

7. En. Ahmad Saifulzaman b. Rahim (AJK)

8. En. Rosli b. Basri (AJK)

9. En. Najid b. Abu (AJK)

10.En. Abu Bakar b. Jaafar (AJK)

11.En. Nordin b. Mohamed Noor (AJK)

12.Pn. Kamariah bt. Abu Bakar (AJK)

13.Pn. Barlian bt. Idris (AJK)

14.Pn. Sharifah bt. Mohamed Kasiman (AJK)

TIDAK HADIR: 1. En. Ahmad Razlan b. Jahari (NYDP)

2. En. Abdul Razab b. Lembek (AJK)

3. En. Abdul Asis b. Yaman (AJK)

4. En. Hanifah b. Hj. Veerankutty (AJK)

TURUT HADIR: 1. En. Mohamed Ismail b. Mohd Yunus (AJK Prasekolah)

2. Pn. Amy Haslinda bt. Mohamed Rawi (AJK Prasekolah)

3. Pn. Nor Haslinda bt. Abdul Rahman (AJK Prasekolah)

Page 5: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

BIL PERKARA TINDAKAN

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK untuk mesyuarat kali ke 2 sesi 2010/2012.

Berharap mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini turut dihadiri AJK Prasekolah.

Makluman

2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

2.1 Guru Besar memaklumkan bilangan murid setakat ini ialah seramai 637 orang.

2.2 Jumlah guru ialah 50 orang. Sekolah menerima seorang guru kontrak Bahasa Inggeris iaitu Pn. Wong dan seorang guru baru iaitu Pn. Zuhaira bt. Zainordin.

2.3 Seramai 14 orang murid mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2010.2.4 Peperiksaan UPSR 2011 ialah pada 13 hingga 15 September 2011.2.5 Perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan pada 14 Januari yang

lalu dan mendapat reaksi positif di kalangan semua yang hadir.

Makluman

3. Membentang dan Mengesahkan Minit

3.1 Setiausaha Membentangkan minit mesyuarat yang lalu.3.2 En. Najid mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh En. Nordin.

Makluman

4. Perkara Berbangkit.

4.1 En. Ahmad Sabri menjelaskan bahawa permohonan untuk membina pondok menunggu ibu bapa telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Bentong.

Makluman

5. Membentang Laporan Kewangan

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan untuk disahkan. Jumlah baki setakat ini ialah RM 6,888.30.

Makluman

6. Sukan Tahunan 2011

6.1 Sukan Tahunan akan diadakan pada 12 Februari 2011 bertempat di padang sekolah. Jemputan perasmi ialah Tuan Hj. Shamsudin b. Ibrahim.

6.2 Mesyuarat bersetuju untuk menyumbang RM 2,500.00 untuk perbelanjaan sukan tahunan.

Makluman

7. Mesyuarat Agung PIBG 2011

Page 6: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

7.1 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung pada 26 Februari 2011.

7.2 Mesyuarat Agung ini akan diadakan serentak dengan Hari Anugerah Cemerlang 2010.

7.3 Mesyuarat bersetuju untuk menyumbang RM 1,320.00 bagi perbelanjaan jamuan Mesyuarat Agung dan RM 1,750.00 bagi perbelanjaan hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang 2010.

Makluman

8. Hal-Hal Lain

8.1 En. Rosli mencadangkan agar program LINUS diadakan di peringkat Prasekolah.

8.2 Pn. Zainah menyatakan bahawa perjalanan disiplin murid berada dalam keadaan baik dan teratur.

8.3 En. Ahmad Saifulzaman memaklumkan kelas TASMIK adalah sekali seminggu bagi setiap kelas.

8.4 En. Mohamed Ismail mencadangkan agar budaya membaca di kalangan murid ditekankan.

8.5 Guru Besar mencadangkan sekolah mengadakan Gotong Royong Perdana.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.

Disediakan oleh :

_______________________________________(MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMED SAID)

Setiausaha Kehormat PIBG,

SK.Bukit Piatu

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBGSEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU

Page 7: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

KALI KETIGA SESI 2010/2012______________________________________________________________________

TARIKH : 21 Julai 2011 (Khamis)

MASA : 3.30 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK Bukit Piatu

KEHADIRAN : 1. En. Ahmad Sabri B. Salam (YDP)

2. En. Abdul Rashid B. Mahidin (Penasihat / Guru Besar)

3. En. Mohamad Idris B. Mohamed Said (Setiausaha Kehormat)

4. Cik Rohaizah Bt. Zulkifli (Pen.Setiausaha)

5. Pn. Rudzilah Bt. Ghazali (Bendahari)

6. En. Jaludin B. Yusof (AJK)

7. En. Abdul Razab B. Lembek (AJK)

8. En. Abu Bakar B. Jaafar (AJK)

9. En. Hanifah B. Hj. Veerankutty (AJK)

10.En. Najid B. Abu (AJK)

11.En. Nordin B. Mohamed Noor (AJK)

12.Pn. Kamariah Bt. Abu Bakar (AJK)

13.Pn. Barlian Bt. Idris (AJK)

14.Pn. Sharifah Bt. Mohamed Kasiman (AJK)

TIDAK HADIR: 1. En. Ahmad Razlan B. Jahari (NYDP)

2. Pn. Zainah Bt. Abu Bakar (AJK)

3. En. Abdul Asis B. Yaman (AJK)

4. En. Rosli B. Basri (AJK)

BIL PERKARA TINDAKAN

Page 8: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK untuk mesyuarat kali ke 3 sesi 2010/2012.

1.2 Berharap mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.

Makluman

2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

2.1 Seramai 3 orang guru telah berpindah iaitu En. Ahmad Saifulzaman B. Rahim yang dilantik sebagai Guru Besar di SK Keratong 10, En. Zihan B. Mohd Zaki telah dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK Lurah Bilut dan En. Anuar B. Abdul Rani bertukar ke SK Tuanku Fatimah.

2.2 Seorang guru iaitu En. Zabidi B. Othman telah dilantik untuk berkhidmat

sementara di Pejabat Pelajaran Daerah Bentong sehingga hujung tahun ini. Manakala Pn. Rosnah Bt. Hashim telah bersara pada 22 Jun 2011.

2.3 Sekolah menerima 3 orang guru baru iaitu En. Jaludin B. Yusof, En. Rahmat dan Pn. Ramidah Bt. Jahar.

2.4 Sekolah telah menjadi tuan rumah bagi pelancaran program Dasar 1 Murid 1 Sukan pada 2 Julai 2011.

2.5 Calon UPSR telah selesai menduduki peperiksaan percubaan yang diadakan pada 19 hingga 21 Julai 2011.

2.6 Peperiksaan UPSR 2011 ialah pada 13 hingga 15 September 2011.

Makluman

3. Membentang dan Mengesahkan Minit

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

3.2 En. Najid mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh En. Nordin.

Makluman

4. Perkara Berbangkit.

Tiada

5. Membentang Laporan Kewangan

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan untuk disahkan. Jumlah baki setakat ini ialah RM 5,860.50.

Makluman

Page 9: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

6. Hal-Hal Lain

6.1 En. Jaludin mencadangkan agar setiap murid dikenakan bayaran dana pendidikan di bawah yuran sumbangan PIBG.

6.2 Beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah dapat menyediakan bangku kecil untuk keselesaan murid semasa perhimpunan pagi.

6.3 En. Abdul Razab membentangkan kertas kerja Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2011. Cadangan peruntukan perbelanjaan adalah sejumlah RM 2,500.00. Butiran terperinci akan dimaklumkan dalam mesyuarat akan datang.

PIBG

Sekolah

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang.

Disediakan oleh :

_______________________________________(MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMED SAID)

Setiausaha Kehormat PIBG

SK Bukit Piatu

Page 10: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBGSEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU

KALI KEEMPAT SESI 2010/2012______________________________________________________________________

TARIKH : 19 Oktober 2011 (Rabu)

MASA : 3.30 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK Bukit Piatu

KEHADIRAN : 1. En. Ahmad Sabri B. Salam (YDP)

2. En. Tn. Abdul Aziz B. Tn. Abdullah (Penasihat / Guru Besar)

3. En. Ahmad Razlan B. Jahari (NYDP)

4. En. Mohamad Idris B. Mohamed Said (Setiausaha Kehormat)

5. Cik Rohaizah Bt. Zulkifli (Pen.Setiausaha)

6. Pn. Rudzilah Bt. Ghazali (Bendahari)

7. En. Jaludin B. Yusof (AJK)

8. En. Rahmat B. Din (AJK)

9. En. Abdul Razab B. Lembek (AJK)

10. En. Abu Bakar B. Jaafar (AJK)

11.En. Najid B. Abu (AJK)

12.En. Nordin B. Mohamed Noor (AJK)

13. En. Rosli B. Basri (AJK)

TIDAK HADIR: 1. En. Hanifah B. Hj. Veerankutty (AJK)

2. En. Abdul Asis B. Yaman (AJK)

3.Pn. Kamariah Bt. Abu Bakar (AJK)

4.Pn. Barlian Bt. Idris (AJK)

5.Pn. Sharifah Bt. Mohamed Kasiman (AJK)

Page 11: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

BIL PERKARA TINDAKAN

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK untuk mesyuarat kali ke 4 sesi 2010/2012.

1.2 Ucapan terima kasih kepada Mantan Guru Besar En. Abdul Rashid Bin Mahidin kerana memberi kerjasama sepanjang berkhidmat sebagai penasihat PIBG di sekolah ini.

1.3 Ucapan selamat datang diucapkan kepada Guru Besar En. Tuan Abdul Aziz Bin Tuan Abdullah sebagai penasihat PIBG yang baru.

1.4 Berharap mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.1.5 Pada tahun 2012, tiada lagi yuran persekolahan dikenakan kepada murid

dan sumbangan RM100.00 diberikan kepada setiap murid.

Makluman

2. Ucapan Penasihat PIBG (Guru Besar)

2.1 Penasihat memperkenalkan diri sebagai Guru Besar baru yang berpindah dari SK Mempaga 2.

2.2 Mula berkhidmat di SK Bukit Piatu berkuatkuasa pada 19 Sept. 2011.2.3 Kekosongan jawatan GPK HEM yang telah bertukar ke SK Pelangai telah

diganti oleh En. Rahmat Bin Din.2.4 GPK Kokurikulum akan bersara wajib pada 22 November 2011. Majlis

Persaraan akan diadakan pada hari terakhir persekolahan iaitu 18 November 2011.

2.5 Fokus utama sekolah ialah disiplin dan sahsiah murid.2.6 Program-program terkini :

i) 27 Oktober – Lawatan Tahun 6 ke Shah Alam.ii) 29 Oktober – Klinik Bola Sepak dan Bola Jaring tahun 4 dan 5.iii) 2 November – Kem 1M 1S.iv) 10 November – Majlis Ihtifal j-Qaf dan khatam Quran daerah

Bentongv) 11 – 13 November – Perkhemahan Unit Beruniform di Kem

Tentera Bentong.vi) 16 November – Hari Anugerah Cemerlang.vii) 18 November – Hari terakhir persekolahan.

Makluman

3. Membentang dan Mengesahkan Minit

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.3.2 En. Najid mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh En. Nordin.

Makluman

4. Perkara Berbangkit.

4.1 Cadangan menyediakan bangku kecil kepada semua murid bagi keselesaan mereka semasa perhimpunan pagi bermula tahun 2012 telah dipersetujui

Makluman

Page 12: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

dan disokong oleh semua AJK yang hadir.

5. Membentang Laporan Kewangan

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan untuk disahkan. 5.2 Permohonan oleh pihak sekolah untuk membaiki sistem siaraya sekolah

sebanyak RM 1,342.00.

Makluman

6. Hari Anugerah Cemerlang

6.1 GPK Kokurikulum menyatakan Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 16 November 2011 jam 8.30 pagi di Dewan Sekolah.

6.2 Perbelanjaan yang dianggarkan adalah sejumlah RM3,500.00

GPK Kokurikulum

7. Hal-Hal Lain

7.1 En. Ahmad Razlan mencadangkan pemakaian jubah konvo kepada murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan.

7.2 Pn. Rudzilah mencadangkan PIBG memberikan sumbangan kepada pihak sekolah untuk menambahbaik sistem fail bagi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 1.

7.3 En. Jaludin memaklumkan murid yang mendapat 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR ialah seramai 8 orang. Jumlah lulus ialah 73.39%.

7.4 Beliau turut menjelaskan bahawa KSSR tiada peperiksaan berpusat. Murid Murid dinilai mengikut Band 1 hingga 6.7.5 En. Abdul Razab memberitahu satu perkhemahan Unit Beruniform akan diadakan di Kem Tentera Bentong dan di bawah pengawasan guru.7.6 En. Tuan Abdul Aziz mengalu-alukan kedatangan ibu bapa ke sekolah

untuk berbincang hal ehwal persekolahan anak.

Sekolah

PIBG

Makluman

Makluman

Makluman

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang.

Disediakan oleh :

_______________________________________(MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMED SAID)

Setiausaha Kehormat PIBG

SK Bukit Piatu

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBGSEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PIATU

KALI KELIMA SESI 2010/2012______________________________________________________________________

Page 13: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

TARIKH : 7 Mac 2012 (Rabu)

MASA : 3.30 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK Bukit Piatu

KEHADIRAN : 1. En. Ahmad Sabri B. Salam (YDP)

2 En. Ahmad Razlan B. Jahari (NYDP)

3. En. Mohamad Idris B. Mohamed Said (Setiausaha Kehormat)

4. Cik Rohaizah Bt. Zulkifli (Pen.Setiausaha)

5. Pn. Rudzilah Bt. Ghazali (Bendahari)

6. En. Jaludin B. Yusof (AJK)

7. En. Abu Bakar B. Jaafar (AJK)

8. En. Nordin B. Mohamed Noor (AJK)

9. En. Rosli B. Basri (AJK)

10. Pn. Kamariah Bt. Abu Bakar (AJK)

11. Pn. Barlian Bt. Idris (AJK)

12. Pn. Sharifah Bt. Mohamed Kasiman (AJK)

TIDAK HADIR: 1. En. Rahmat B. Din (AJK)

2. En. Mohd Faldzi B. Othman (AJK)

3. En. Abdul Asis B. Yaman (AJK)

4. En. Hanifah B. Hj. Veerankutty (AJK)

5. En. Najid B. Abu (AJK)

6. En. Rosli B. Basri (AJK)

BIL PERKARA TINDAKAN

Page 14: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran AJK untuk mesyuarat kali ke 4 sesi 2010/2012.

1.2 Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menetapkan tarikh Mesyuarat Agung Kali ke 11. Semoga segala idea daripada ahli dapat dibincangkan bersama.

1.3 Memaklumkan Tuan Penasihat tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah.

Makluman

2. Ucapan Penasihat PIBG (wakil En. Jaludin Yusof)

2.1 Guru Besar merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang hadir pada Program Sekolah Penyayang yang diadakan pada 3 Mac 2012 lalu.

2.2 Bilangan guru terkini ialah 46 orang. Seorang guru telah bertukar ke SK Sulaiman dan seorang guru ditukarkan ke SJKT Bentong.

2.3 Bilangan murid terkini ialah 636 orang.2.4 Pihak sekolah telah membelanjakan sebanyak RM 2,000.00 penggunaan

kertas sehingga Februari 29012. Guru besar mencadangkan untuk membuat permohonan peruntukan PIBG yang akan diterima nanti.

2.5 Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga yang telah membeli bangku kecil bagi kemudahan anak-anak semasa perhimpunan.

2.6 Memaklumkan bahawa SK Bukit Piatu dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Bentong pada 22 Mac 2012.

2.7 Mencadangkan yuran PIBG sekolah dinaikkan daripada RM10.00 kepada RM20.00 satu keluarga.

2.8 Mencadangkan agar diperuntukkan 30 buah komputer baru untuk kegunaan murid di Makmal Komputer.

2.9 Memohon peruntukan sebanyak RM1,500.00 dari PIBG bagi membiayai perbelanjaan cat untuk tujuan keceriaan kelas.

2.10 Mencadangkan agar dibina pintu pagar kedua sekolah bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pintu pagar utama sekolah.

Makluman

3. Membentang dan Mengesahkan Minit

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.3.2 En. Nordin mencadangkan minit disahkan dan disokong oleh En. Ahmad

Razlan.

Makluman

4. Perkara Berbangkit.

4.1 Pembinaan pagar sekolah. Pengerusi mahukan penjelasan tentang status pagar sekolah seperti yang disuarakan di dalam Mesyuarat Agong Pibg yang lalu.

4.2 Guru Besar menyatakan pihak sekolah telah menghantar permohonan

Makluman

Page 15: Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pibg Kali 1

beserta gambar – gambar pada 14 Jun 2012 beserta gambar tetapi masih tiada peruntukan

5. Membentang Laporan Kewangan

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan untuk disahkan. Makluman

6. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 11

6.1 Pengerusi mencadangkan tarikh mesyuarat diadakan pada 30 Mac 2012 bersamaan hari Jumaat jam 2.30 petang.

6.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju.

Makluman

7. Hal-Hal Lain

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh akhir menghantar borang usul kepada Setiausaha adalah sebelum atau pada 20 Mac 2012.

7.2 En. Jaludin memaklumkan bahawa pada minggu ini (6 hingga 8 Mac 2012) murid tahun 3 hingga 6 menjalani Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1 (PKSR 1).

7.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk memberi sumbangan bagi tujuan perbelanjaan berikut :i) Membaikpulih fail KSSR Tahun 1 berjumlah RM 1,400.00.ii) Membeli kertas untuk kegunaan sekolah berjumlah RM 1,200.00iii) Mesyurat Agung PIBG kali ke 11 berjumlah RM 1,800.00

Setiausaha

Makluman

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang.

Disediakan oleh :

_______________________________________(MOHAMAD IDRIS BIN MOHAMED SAID)

Setiausaha Kehormat PIBG

SK Bukit Piatu