minit mesyuarat hem 11 2014

7
SPSK PK 07/3 SK (A) BUKIT KEMANDOL, KLANG MINIT MESYUARAT HEM BIL. 02/2014 Tarikh : 10 Mac 2014 Masa : 0230 petang Tempat : Bilik Komputer, SK (A) Bukit Kemandol, Klang Pengerusi : En. Abdul Halim B. Ahmad (PK Pentadbiran) Kehadiran : ___ orang Yang hadir : Semua ahli mesyuarat hadir (seperti lampiran kehadiran mesyuarat) kecuali :- 1. En. Hashim bin Asmat 2. En. Wan Mohd Zulhilmi bin Wan Hassan 3. En. Zuhaili bin Mohd Zin 4. En. Azrin bin Jaberi 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli dan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan maklumat terkini tentang perjalanan program dan aktiviti di bawah Unit Hal Ehwal Murid. Makluman 2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LEPAS 2.1 Minit Mesyuarat Bil. 01/2013 bertarikh 01 Disember 2013 diterima tanpa sebarang pindaan. 2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En. Mohd Zin Bin Hamzah. No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan 02 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta [email protected]

Upload: akademi-kota-raja-utama

Post on 19-Jul-2015

219 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

SK (A) BUKIT KEMANDOL, KLANG

MINIT MESYUARAT HEM BIL. 02/2014

Tarikh : 10 Mac 2014

Masa : 0230 petang

Tempat : Bilik Komputer, SK (A) Bukit Kemandol, Klang

Pengerusi : En. Abdul Halim B. Ahmad (PK Pentadbiran)

Kehadiran : ___ orang

Yang hadir : Semua ahli mesyuarat hadir (seperti lampiran kehadiran mesyuarat)

kecuali :-

1. En. Hashim bin Asmat

2. En. Wan Mohd Zulhilmi bin Wan Hassan

3. En. Zuhaili bin Mohd Zin

4. En. Azrin bin Jaberi

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua ahli dan tujuan

mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan maklumat terkini tentang perjalanan

program dan aktiviti di bawah Unit Hal Ehwal Murid.

Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT YANG LEPAS

2.1 Minit Mesyuarat Bil. 01/2013 bertarikh 01 Disember 2013 diterima tanpa sebarang pindaan.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh En. Mohd Zin Bin Hamzah.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 2: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

2.3 Disokong oleh Pn. Maslimah Binti Abdul Majid.

Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. LAPORAN UNIT / PERKARA BARU

4.1 Murid Cicir

4.1.1 Pegawai PPD Klang, En. Ibrahim B. Wagiman meminta pihak sekolah melalui unit

HEM mengadakan satu mesyuarat membincangkan isu murid cicir dalam usaha

mengenalpasti apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah.

Pihak sekolah dalam proses menyediakan laporan lawatan ke rumah murid untuk

di hantar kepada JAKOA.

Tindakan: AJK Murid Cicir

4.2 Perhimpunan Mingguan

4.2.1 Guru-guru diminta untuk menepati masa berkumpul di dataran perhimpunan iaitu

pada jam 7.20 pagi. Guru yang bertugas hendaklah memastikan pengawas

menyusun kerusi dan memasang bendera dengan betul. Guru – guru juga diharap

tidak berbual sebagai menghormati perhimpunan yang sedang berlangsung.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 3: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

Makluman

4.2.2 Bacaan doa murid akan diringkaskan dan dicetak dengan lebih jelas supaya

murid mudah untuk membaca.

Tindakan: Ustaz Khairuman

4.2.3 Pengawas akan mengendalikan perhimpunan pada masa akan datang dengan

bimbingan guru bertugas. Teks untuk bacaan semasa perhimpunan, teks doa dan

susunan murid akan dikendalikan oleh pengawas yang bertugas.

Tindakan: Guru bertugas

4.3 Bilik Guru

4.3.1 Cikgu Rubiah selaku ketua penyelaras bilik guru diminta untuk menceriakan bilik guru

melalui program gotong royong. Peruntukan untuk keceriaan boleh dikutip secara bersama

dengan persetujuan semua guru.

Makluman dan AJK Bilik

Guru

4.4 Keceriaan Kelas

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 4: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

4.4.1 Peruntukan untuk keceriaan kelas akan diambil daripada PIBG dan menunggu

kelulusan kertas kerja daripada Guru Besar. Pameran-pameran yang berkaitan dengan

Program 3K serta penekanan kepada kebajikan murid dengan penyediaan cermin dan

kelengkapan kemasan diri untuk meningkatkan tahap penampilan murid.

Tindakan: AJK 3K

4.4.2 Semua guru kelas perlu meningkatkan keceriaan kelas dengan mempamerkan misi

dan visi sekolah, jadual waktu,jadual bertugas murid, sudut-sudut matapelajaran. Guru kelas

disarankan untuk mendapatkan carta-carta yang terdapat di stor prasekolah dan juga kain

langsir terpakai yang banyak terdapat di bilik guru.

Tindakan: Guru Kelas

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Tn.Haji Ibrahim memaklumkan kepada pihak sekolah agar laporan salahlaku murid

melalui SSDM (Sistem Salahlaku Disiplin Murid) hendaklah dicetak setiap bulan.

Tindakan: En. Shahrol Halil B. Mat Nor

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 5: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

5.2 Semua guru berperanan untuk menegur murid sama ada sekolah menengah atau

rendah sekiranya murid-murid tersebut melakukan kesilapan. Menjadi tanggungjawab

semua guru adalah sebagai guru disiplin di sekolah.

Makluman

5.3 Borang-borang permohonan keluar semasa waktu bekerja,cuti rehat dan lain-lain

borang telah disediakan oleh Pn.Mazlina di dalam ‘pigeon hole’ bersebelahan ‘pigeon

hole’ guru-guru. Manakala borang berkaitan dengan murid seperti borang untuk

pemeriksaan kesihatan murid dan borang permohonan kebenaran keluar murid boleh

didapati melalui PK HEM.

Makluman

5.4 Jadual bertugas guru di pintu pagar boleh dirujuk melalui edaran yang telah ditampal di

bilik guru. Guru-guru diharapkan sentiasa prihatin akan masa bertugas masing-masing.

Makluman

5.5 Guru-guru diminta merujuk takwim berkenaan jawatankuasa masing-masing. Surat

perlantikan dalam proses untuk ditandatangani oleh Guru Besar. En. Nazeri Naim

dilantik di bawah jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling, PPDA dan 3K.

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 6: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

Makluman

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dan akan bermesyuarat semula pada

tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan Oleh: Disemak oleh :

(EN. MOHD KAMIL B YUSOF) (PN. NORINI BT

YAHYA)

Setiausaha Hal Ehwal Murid Guru Penolong Hal-Ehwal Murid

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]

Page 7: Minit mesyuarat hem 11 2014

SPSK PK 07/3

Makluman

6.0 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dan akan bermesyuarat semula pada

tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan Oleh: Disemak oleh :

(EN. MOHD KAMIL B YUSOF) (PN. NORINI BT

YAHYA)

Setiausaha Hal Ehwal Murid Guru Penolong Hal-Ehwal Murid

No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan02 01 NOVEMBER 2011 00

Hak Cipta [email protected]