minit mesyuarat guru ke 5 2013

Upload: syafiqah-jawawi

Post on 14-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

school

TRANSCRIPT

PK 15/3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3SK IJ CONVENT 80100 JOHOR BAHRUMINIT MESYUARAT GURU BIL 5 / TAHUN 2013Tarikh

: 4 SEPTEMBER 2013Masa

: 12.00 p.m -2.00 p.mTempat

: BILIK GERAKANPengerusi

: HJH. THALASAWATI BINTI MOHD. AJIBKehadiran(Bilangan) : 56/59Tidak Hadir (Jika ada): PN. HAIZATUL DIANA CUTI BERSALIN

PN. LIZA BINTI ABDUL AZIZ- CUTI BERSALIN

PN. TAMTINI BINTI CHE IBRAHIM CUTI TANPA GAJI1KATA ALU-ALUAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang hadir dan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat guru kali kelima tahun 2013.1.2 Mesyuarat dimulakan dengan Al-Fatihah dan bacaan doa oleh Ustaz Syed Omar Shukri Bin Syed Ahmad.

2MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1. Dicadang untuk disahkan oleh PN. RAHIMAH BINTI HAMZAH Disokong untuk pengesahan oleh PN. ZALINA BINTI MAT ZIN

3PERKARA BERBANGKIT:

3.1. Tiada perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lalu.

4.

PERBINCANGAN ISU SEMASA :4.1 LINUS4.1.1 Penyelaras LINUS En. Khairul Azri bin Saedin memaklumkan saringan lisan LINUS bermula 1/9/2013 hingga 27/9/2013 dan saringan bertulis LINUS bermula 29/9/2013 hingga 12/10/2013 manakala pengisian data pula bermula 22/10/2013 hingga 31/10/2013. Tahap pencapaian LINUS mengikut tahun adalah seperti berikut;

i ) Tahun 1 : Literasi - 73% (34 orang tidak menguasai) Numerasi 66% (43 orang tidak menguasai)

ii ) Tahun 2 : Literasi - 100% (semua lulus)

Numerasi 95% (6 orang tidak menguasai)

iii ) Tahun 3 : Literasi 99.5% (seorang tidak menguasai)

Numerasi 87.3 % (17 orang tidak menguasai)

iv) Tahun 1 : Bahasa Inggeris 66.4% ( 39 orang tidak menguasai) Tindakan: Semua guru LINUS

4.1.2 Penyelaras LINUS mengingatkan agar guru yang menjalani saringan LINUS secara bertulis boleh memandu murid sebanyak 2 kali sahaja. Data yang dimuat naik ke dalam sistem perlulah mempunyai eviden saringan yang telah dijalankan.

Tindakan: Semua guru LINUS4.2 SPSK4.2.1 Pengerusi mengingatkan agar setiap pemegang SPSK dari pemegang PK01 hinggalah pemegang PK13 perlu mengemaskini fail serta dokumen dengan baik. Sehubungan dengan itu satu taklimat khas SPSK akan diadakan pada minggu hadapan. Pengerusi juga memaklumkan bahawa rumusan daripada Program Pengarah Turun Padang, 2 buah sekolah telah terpilih sebagai Pengurusan Terbaik iaitu Sek. Keb. IJ Convent dan SJK Fun Yew 2. Pengerusi mengucapkan tahniah.

Tindakan: Semua pemegang SPSK4.3 SKPM

4.3.1 Menurut SPI bil 3 Tahun 1987, Pencerapan P&P dibuat oleh Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Cemerlang dan Ketua Panitia. Objektif P&P perlulah jelas ditulis dalam Buku Rekod Mengajar. Refleksi dan Impak perlu di buat dalam bentuk bilangan murid yang menguasai dan tidak menguasai. Penambahbaikan perlu dibuat terhadap murid yang lemah atau tidak menguasai dalam aktiviti akan datang.Tindakan: Makluman semua guru4.3.1 Guru yang mengajar Bahasa Elektif seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, tajuk, objektif dan BBM perlulah ditulis dalam Bahasa Malaysia dalam Buku Rekod Mengajar

Tindakan: Makluman guru Bahasa Elektif4.4 Program SBT Kembara Ilmu dan Pendidikan Luar.4.4.1 Program Kemara Ilmu dan Pendidikan Luar ke Perlis akan diadakan pada 13 hingga 16 September 2013. Program bermula dari SK Sena pada 13 September 2013 untuk berkongsi Ilmu tentang aktiviti yang dijalankan disekolah berkenaan. Guru-guru akan menginap di Timah Tasoh Resort. Program diteruskan dengan lawatan ke Padang Besar. Pada 14 September 2013 Program diteruskan dengan aktiviti dan lawatan bermaklumat ke Pulau Langkawi, Kedah. Pada 15 September 2013 program diteruskan dengan Ceramah Motivasi bertajuk Cara Menangani Strees oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Perlis. Program diteruskan dengan aktiviti pendidikan luar dan jungle tracking. Kemudian program diteruskan dengan lawatan bermaklumat ke Ladang Anggur sebelum guru-guru bertolak balik ke Johor Bahru.Tindakan: Makluman semua guru

5HAL-HAL LAIN

5.1 Taklimat Pengurusan Sekolah Rendah oleh Pengarah PPD.5.1.1 Pengarah memaklumkan agar guru-guru disekolah dapat menjaga akhlak dan peradaban guru sebagai pendidik anak-anak bangsa. Guru-guru perlu menjauhi gangguan seksual di sekolah. Perbuatan-perbuatan yang boleh tergolong dalam gangguan seksual adalah seperti merenung tepat berlainan jantina, sentuhan, bertepuk, bertampar, panggilan mesra seperti abang, bang, dik, yang, sayang dan lain-lain. Sekiranya terdapat aduan kepada Guru Besar, tindakan tatatertib boleh diambil kepada pelaku tersebut dan tindakan yang boleh diambil sehiunggalah dibuang kerja dalam perkhidmatan awam.

Tindakan: Makluman semua guru

5.2. Pengerusi berharapkan agar semua warga sekolah akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih komited dan cemerlang sebagai satu pasukan pada masa akan datang.

Tindakan: Makluman semua guru

PENUTUP Mesyuarat ditangguh pada 2.00 p.m. Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ......................................

PN. ROSE IRDAWATI ABD. HALIM (HJH THALASAWATI BT MOHD AJIB) Setiausaha Guru Besar

SK IJ CONVENT JOHOR BAHRU

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00Muka Surat | 1

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

| 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00Muka Surat | 1

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00