minit mesyuarat guru 1 2013

18
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN, KAJANG MINIT MESYUARAT STAF DAN STAF SOKONGAN BILANGAN 1/2013 Tarikh : 27 Disember 2012 Masa : 8.30 pagi Tempat : Bilik Wawasan Pengerusi : Puan Hoe Yoke Mei Kehadiran ( Bilangan ) : 88 orang Nama Yang Hadir : HOE YOKE MEI AISHAH MAARIF MERIANAH JAMALUDIN SITI HARA ABDUL RASHID VIJAYALAKSHMI A/P P. NANUKUTTAN ADIN HUSSIN ADIPUTERA AB RAMAN AMIR A BAKAR AIDA ISABELA ABD ZALAL ASNAH MD NOOR AZIZAH SUKIRMAN AZURA ADNAN BARIRAH MOHAMAD FAIZAH IBRAHIM HAIRUL ANUAR ISMAIL HASLINA MOHYIN LEE OI CHIN MASAYU NOORDIN MAZNIAH MANDIN MOHD FAIZAL AMIR MOHD HAFIZ HARUN NABIHA ABU BAKAR NABINA A/P PUSHPANATHAN NASYRAH JAMALUDIN NOR AZLINI MOHD NOOR NORHAYATI ZAKARIA NORZAIDAH ABD GANI NUR REENA ABDULLAH NURNAHDATUL SALWA MUHAMAD ZAKI PANG SUET PENG RABIATUL ADAWIYAH AHMAD JOHARI RIDZWANA SIRAJUDDIN ROSLINDA ROSDI ROSNAH ARSAD RUSILAWATI MAHADI SALHALIZA HASHIM SAMSU HAZLAM HAMID SHAHRIL ANWAR PAIMIN SHIMA DEVI A/P PALANIANDY SUHAIDA MOHAMAD SUMILAH RAZALI SYABIROH MD ARIF

Upload: hairul-anuar-hairul

Post on 18-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Mesyuarat

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN, KAJANGMINIT MESYUARAT STAF DAN STAF SOKONGAN BILANGAN 1/2013

Tarikh:27 Disember 2012Masa:8.30 pagiTempat:Bilik WawasanPengerusi:Puan Hoe Yoke MeiKehadiran ( Bilangan ):88 orangNama Yang Hadir:HOE YOKE MEI

AISHAH MAARIF

MERIANAH JAMALUDIN

SITI HARA ABDUL RASHID

VIJAYALAKSHMI A/P P. NANUKUTTAN

ADIN HUSSIN

ADIPUTERA AB RAMAN

AMIR A BAKAR

AIDA ISABELA ABD ZALAL

ASNAH MD NOOR

AZIZAH SUKIRMAN

AZURA ADNAN

BARIRAH MOHAMAD

FAIZAH IBRAHIM

HAIRUL ANUAR ISMAIL

HASLINA MOHYIN

LEE OI CHIN

MASAYU NOORDIN

MAZNIAH MANDIN

MOHD FAIZAL AMIR

MOHD HAFIZ HARUN

NABIHA ABU BAKAR

NABINA A/P PUSHPANATHAN

NASYRAH JAMALUDIN

NOR AZLINI MOHD NOOR

NORHAYATI ZAKARIA

NORZAIDAH ABD GANI

NUR REENA ABDULLAH

NURNAHDATUL SALWA MUHAMAD ZAKI

PANG SUET PENG

RABIATUL ADAWIYAH AHMAD JOHARI

RIDZWANA SIRAJUDDIN

ROSLINDA ROSDI

ROSNAH ARSAD

RUSILAWATI MAHADI

SALHALIZA HASHIM

SAMSU HAZLAM HAMID

SHAHRIL ANWAR PAIMIN

SHIMA DEVI A/P PALANIANDY

SUHAIDA MOHAMAD

SUMILAH RAZALI

SYABIROH MD ARIF

THAMILCHELVI A/P RATHINASAMY

YONG SWEE CHIN

ZAHANI JAAFFAR

ZUL AIZZI MOHAMED

ABDUL RAHIM ABDULLAH

AFIZA OSMAN

AMIROH OMAR

AZLIZA AHMAT

BADARIAH MAT DESA

ERDA MARLINA JAMAL

FARIDAH YACCOB

FATIN SHAMIMI MOHD NADERY

FAUZIAH JASMAN

FAZIDA ARIFIN

FIRDAUS MAZLAN

HASLINDA BAHAROM

JUSLIZA JUHARI

MARDZIAH MARZUKI

MARNEKARTINI MOHD KAMIL

MULKIT KAUR A/P HERNEK SINGH

MURNIWATI ABDUL AZIZ

NAZLIAH SAIM

NIK NURSYAHILA NIK ABDULLAH

NOOR HAZANIZAH RAIMI

NOORAZIZAN TAIB

NOR AZLINA MOHD YACOB

NORHAIDA MAT ZIN

NORHASHIMAH HAMBALI

NORLAIZAI ABDUL GHAFOR

NORYANTEE SEESAR

NURAIZA ROZELAN

RANIE A/P RAMAN

ROZITA MAT YASIN

SITI NAZIRAH MOHD SALLEH

SRI IKHSAN DARSILAH ABU HURAIRAH

SUHARTINI RAZALI

ZAHIRAH ZOLKAFLI

AINUL SYARIHA AZHAR

ROSHANA MOHAMAD YUSOF

SUHAILY MARWAN

NOOR KHAMISAH MAIDIN ABDUL KADIR

NURUL NADIA MOHAMMED YUSSOF

MUHAMMAD HAFIZAN ABD HAMID

SIN CHING YEE

Setiausaha:En. Hairul Anuar B. IsmailNama Yang Tidak Hadir ( Bersebab ):NORIZAN MOHD DOM

RAJALETCHUMI A/P NADARAJAN

MULKIT KAUR A/P HERNEK SINGH

NORAINI MAHASSAN

FAZIHA ABDULLAH

ROSDIANA IDRIS

KAUSILIA

ANDY ABRAHAM WONG

NURIN KAMILAH MOHD ZAINUDIN

ANAHANTHA

1.0Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Staf dan Staf Sokongan SKTR kali pertama sesi persekolahan 2013. Ucapan terima kasih dan tahniah diberikan kepada semua guru amnya dan guru tahun 6 khususnya atas kejayaan murid-murid dalam peperiksaan UPSR 2012. Seramai 56 orang murid berjaya mendapat 5A ( 22.4% ) dan lulus keseluruhan seramai 250 orang ( 84.8% ).Tindakan :Makluman

1.2 Pengerusi juga mengalu-alukan kehadiran guru J-Qaf yang baru melaporkan diri iaitu En. Muhammad Hafizan B. Abd Hamid.Tindakan :Makluman

1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru Prasekolah yang telah berjaya melahirkan murid yang menguasai 3M sebelum melangkah ke tahun 1.Tindakan :Makluman

1.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Pengurusan HEM kerana tiada sebarang salah laku yang serius dilaporkan sepanjang tahun 2012.Tindakan :Makluman1.5 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada pengurusan kokurikulum yang telah banyak meraih kejayaan sepanjang tahun 2012.Tindakan :Makluman

1.6 Pengerusi memaklumkan tentang pemberian buku teks kepada murid bagi tahun 2013 telah selesai. Setiap murid telah diedarkan buku teks sebelum cuti persekolahan 2012.Tindakan :Makluman1.7 Pengerusi meminta guru inventori untuk memberi maklum balas tentang aset ICT sekolah kepada PPD Hulu Langat pada 31 Disember 2012.Tindakan :Dr. Samsu Hazlam1.8 Pengerusi memohon kerjasama kepada staf yang dilantik supaya kerap melayari laman web Jabatan Pelajaran Negeri Selangor http://www.moe.gov.myjpnselangor untuk mendapatkan maklumat terkini.Tindakan:Staf pejabat, Pn. Norizan dan En. Zulaizzi

1.9 Pengerusi memaklumkan Program LINUS Kohort 1 telah berjaya dilaksanakan. LINUS 2 dirancang untuk penambahbaikan terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Tindakan:Makluman

1.10 Pengerusi juga memaklumkan seramai 13 orang murid mendapat elaun OKU.Tindakan:Makluman

2.0Ucapan Guru Besar2.1Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia ( Rujuk Dasar Kurikulum Sekolah )2.1Guru Besar menegaskan tentang kepentingan Dasar Kurikulum yang menjadi asas dalam semua aspek pengurusan kurikulum sekolah dan perlu dijadikan rujukan oleh semua guru di SKTR. Beliau juga menekankan kepada format penulisan dasar yang betul dan eleman-elemen wajib di dalamnya : Falsafah Pendidikan Negara, Misi, Visi dan Pernyataan Dasar.Tindakan:Semua guru2.2Dasar Kurikulum Sekolah sentiasa disemak, ditambahbaik dan dimurnikan dari masa ke semasa sesuai dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dasar pendidikan di sekolah dan KPM. Selaras dengan itu, semakan telah dijalankan dan beberapa penambahbaikan telah dijalankan pada tahun 2011. Semua guru perlu membaca dengan teliti, memahami dan menterjemahkannya di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) yang berkesan.Tindakan:Semua guru2.3Dasar Kurikulum Sekolah pada setiap masa mestilah sentiasa selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Tindakan:Makluman

2.4Literasi Dan Numerasi ( LINUS )2.4.1LINUS akan masuk fasa yang ke-3 dan melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3. Pada tahun 2012 Kohort 3 bagi murid tahun 1 akan dijalankan ujian saringan bagi mengetahui tahap pencapaian mereka.Tindakan:Guru LINUS2.5Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )2.5.1Pemilihan SBT akan diteruskan sehingga tahun 2012. Pemilihan dibuat oleh satu jawatankuasa khas berdasarkan kriteria yang ditetapkan.Tindakan:Makluman2.6MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.2.6.1Di bawah dasar MBMMBI, mata pelajaran Matematik dan Sains bagi tahun 1 dan tahun 2 ( 2012 ) dan tahun 3 ( 2013 ) diajar dalam Bahasa Malaysia.2.6.2Selaras dengan pemansuhan PPSMI yang dibuat secara soft landing , peranan Pantia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris amat penting dalam pelaksanaan MBMMBI. 2.6.3 PPSMI boleh diteruskan bagi murid tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan hasil tinjauan dan maklum balas ibu/bapa dan murid SKTR.2.6.4Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris perlu memahami kaedah pelaksanaan seperti yang telah dimaklumkan dalam kursus-kursus yang dihadiri.Tindakan :Semua guru BM dan BI tahap 1.2.7 KSSR2.7.1Semua guru, terutamanya guru tahun 1, 2 dan 3 mesti memahami KSSR, kaedah pelaksanaan KSSR dan dapat menterjemahkan kurikulum tersebut dalam P&P melalui penulisan Buku Persediaan Mengajar yang lengkap seperti yang telah ditaklimat dan disampaikan dalam kursus yang dihadiri. Bagi guru mata pelajaran yang belum terlibat secara langsung dengan dasar ini perlu menyiapkan diri masing-masing apabila sampai masanya kelak.Tindakan :MaklumanTindakan:Semua matematik dan sains tahap 2.2.81 Murid 1 Meja 1 Kerusi dan 1 Buku teks.2.9.1Guru Besar memohon kerjasama guru-guru kelas untuk memastikan murid-murid mendapat meja, kerusi dan buku teks semasa sesi persekolahan 2013 bermula.Tindakan:Guru Kelas2.9Sistem SET2.10.1Guru Besar menjelaskan Sistem SET hanya melibatkan sekolah menengah. Semua sekolah menengah akan melaksanakan Sistem SET pada tahun 2013.Tindakan:Makluman.2.10Teachers Profesional Development ( TPD )2.11.1Pelaksanaan TPD akan dijalankan pada tahun 2013. 600 guru Bahasa Inggeris akan dilatih mulai Januari hinggan Oktober. Jurulatih dari British Council. Guru-guru yang terlibat akan menduduki APTIS Test kendalian British Council mulai 1 November hingga 10 November 2012.Tindakan:Makluman.2.11Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )2.12.1PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.2.12.2PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah .Tindakan:Semua guru2.13VLE FROG2.13.1Meningkatkan lebar jalur pada Zoom di makmal pada sekurang-kurangnya 10 MB.Tindakan:Makluman2.14i Think2.14.1Program i-THINK adalah program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.Tindakan:Makluman2.2Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-20152.2.1Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya2.2.2Sebelas anjakan untuk transformasi sistem ialah :

Anjakan 1 : Menyediakan Kesamarataan Akses Pendidikan Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.

Anjakan 2 : Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia Dan Bahasa Inggeris.

Anjakan 3 : Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.

Anjakan 4 : Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.

Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Setiap Sekolah.

Anjakan 6 : Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan.

Anjakan 7 : Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Di Malaysia.

Anjakan 8 : Mentransformasi Kebolehupayaan Dan Kapasiti Penyampaian Kementerian.

Anjakan 9 : Bekerjasama Dengan Ibu bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Secara Meluas.

Anjakan 10 : Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.

Anjakan 11 : Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.

Tindakan:Makluman2.3Pekeliling-pekeliling Penting KPM

2.3.1Guru Besar memaparkan takwim persekolahan 2013 perincian persekolahan mengikut penggal kumpulan B ( Rujuk Lampiran A ) .Tindakan :Makluman

2.3.2Semua murid yang berstatus warganegara layak memohon prasekolah. Pendidikan prasekolah adalah percuma.Tindakan:Guru Pra

2.3.3Pendaftaran murid tahun 1/2014 dilakukan atas talian dan ada pautan di laman sesawang JPN Selangor. Pihak sekolah perlu membantu ibu bapa yang tiada kemudahan internet atau literasi komputer. Maklumat murid Tahun 1/2013 perlu dikemaskini bermula pada hari pertama persekolahan sehingga hari ke-14 melalui sistem.Tindakan:Guru kelas tahun 1.

2.3.4Mesyuarat Agung Tahunan PIBG hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac. Cadangan Mesyuarat Agung PIBG pada 23Hb Februari 2013. Sumbangan PIBG dilakukan melalui keputusan mesyuarat agung. Sumbangan tidak membebankan ahli dan tiada paksaan.Tindakan:Makluman

2.3.5Kemasukan murid bukan warganegara bersekolah sekolah kerajaan/sekolah bantuan kerajaan. Permohonan mestilah dibuat sebelum murid bersekolah. Levi hendaklah dibayar setiap tahun sepanjang berada di sekolah rendah dan menengah. Bayaran dibuat di PPD/ Jabatan sebanyak RM120 setahun untuk sekolah rendah.Tindakan:Makluman

2.3.6Laporan prestasi Tahunan ( LNPT ) dilaksanakan setiap tahun kepada semua pegawai dan kakitangan untuk menilai prestasi dan komitmen tugasan yang dilaksanakan.Tindakan:Makluman

2.3.7Tarikh akhir penghantaran bekalan buku teks ke sekolah pada 31 Disember 2012. Kemas kini Emateks diwajibkan selepas penerimaan buku.Tindakan:Pn Suhartini

2.3.8Bantuan sedia ada untuk kebajikan murid akan diteruskan pada 2013 seperti PPM, KWAPM, RMT, Program Vitamin 1 Malaysia, BMA, BKP, BKPU, BS dan Elaun Pra U.Tindakan:Makluman

2.3.9Amalan guru penyayang diteruskan sepanjang tahun. Pemantauan akan diadakan berterusan. Program dimasukkan dalam Takwim Tahunan Sekolah.Tindakan:Makluman

2.3.10Pastikan peralatan di pejabat disimpan di tempat yang selamat. Kemas kini rekod aset sekiranya belum dikemas kini. Tindakan:Makluman

2.3.11Persediaan Akhir tahun pengurusan maklumat ( Data EMIS ).Tindakan:Guru Data

2.4KPI Pengarah JPS ( Sasaran 2012 )

2.4.1Penurunan peratus kes pelajar ponteng bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah ( 0.02% )2.4.2Pencapaian pelajar dalam peperiksaan berdasarkan gred purata negeri ( GPN ) UPSR ( 2.20 ), PMR ( 2.54 ) dan SPM ( 4.82 ).2.4.3Penurunan jurang perbezaan gred purata negeri pelajar bandar dan luar bandar. UPSR ( 0.14 ), PMR (0.27 ) dan SPM ( 0.34 )2.4.4Peningkatan peratus murid tahap 1 menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi mengikut :Tahun 1 : Literasi 90% dan numerasi 90%.Tahun 2 : Literasi 97% dan Numerasi 97%.Tahun 3 : Literasi 100% dan Numerasi 100%.2.4.5Peningkatan peratus enrolmen prasekolah bagi murid-murid prasekolah yang berdaftar dan mengikut kelas Prasekolah di sekolah-sekolah kerajaan ( 5 % ).2.4.6Peningkatan peratus pencapaian kemenangan dalam pertandingan MSSM (70.8% ) dan kokurikulum ( 62.4 % ) diperingkat kebangsaan.2.4.7Pengurangan peratus sekolah dalam Band 6 dan Band 7 ( 25% ) dan peningkatan peratus sekolah dalam Band 1 dan Band 2 ( 10% ) berbanding tahun 2011 .Tindakan:Makluman

2.5Visi dan Misi2.5.1Visi : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.2.5.2Misi : Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.2.5.3 Membangunkan modal insan yang cemerlang dengan perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu. Perkembangan ini memerlukan persekitaran yang kondusif.Tindakan:Makluman

2.6Pembentangan dan Pengesahan Buku Manual Pengurusan sekolah ( TAKWIM ) bagi tahun 2013.

2.6.1Guru-guru diminta untuk membaca dan memahami buku manual pengurusan sekolah yang telah diedarkan. Guru Besar memohon guru-guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.Tindakan:Semua guru

2.6.2Pembetulan waktu persekolahan 2013 untuk sesi petang. Tahun 1-2 pada hari Khamis dan Rabu jam 1.20 pm 6.10 pm. Waktu rehat 3.10 pm 3.30 pm. Bagi tahun 3 waktu rehat 3.40 pm 4.00 pm.Tindakan:Makluman

2.6.3Pelan kebakaran akan disediakan kemudian.

3.0Taklimat Pengurusan Kurikulum ( GPK 1 Puan Aishah Bt. Maarif )3.1GPK 1 memaklumkan rancangan dan sukatan pelajaran boleh didapati daripada Ketua Panatia. Rancangan Tahunan mestilah mengikut minggu di dalam takwim iaitu 42 minggu.Tindakan:Semua Guru

3.2Minggu pertama persekolahan akan diadakan Program Maju Diri ( PMD ). Jadual PMD akan disediakan oleh Encik Amir.Tindakan:Encik Amir dan semua Guru3.3Impak untuk setiap pengajaran dan pelajaran yang dijalankan haruslah lengkap dengan bilangan murid menguasai atau tidak menguasai objektif pelajaran.Tindakan:Semua guru

3.4Peperiksaan akan dijalankan seperti cadangan berikut :UB1 pada 26/2ULBS tahun 6 pada 5 MacUB2 pada 15 AprilPeperiksaan Pertengahan Tahun Sumatif pada 13 MeiUB3 pada 29 JulaiUPSRpada 10 September 12 SeptemberPeperiksaan Akhir Tahun akan diberitahu kelak

3.5Sebanyak 16 Panatia Mata pelajaran telah diwujudkan. Guru boleh menyemak senarai Ketua Panatia, setiausaha dan AJK di dalam buku takwim sekolah. Ketua Panatia Moral masih belum ada dan setiausaha ialah Puan Erda. Ketua Panatia Pendidikan Seni ialah Puan Asnah.Tindakan:Semua guru

3.6Setakat ini sekolah mempunyai 42 kelas tetapai pihak pentadbir telah memohon kepada JPS untuk menambahkan 2 kelas lagi menjadi 44 buah.Tindakan:Makluman

3.7Buku aktiviti dan buku latihan perlu dibeli oleh ibu bapa sendiri di kedai buku. Senarai keperluan buku-buku tersebut telah diedarkan kepada kedai buku. Buku sudah boleh dibeli pada bulan Disember 2012.Tindakan:Makluman

3.8Rancangan aktiviti yang disenaraikan di dalam buku takwim sekolah boleh diubah atau dipinda mengikut kesesuaian melalui mesyuarat yang akan diadakan.Tindakan:Makluman

3.9GPK 1 mewakili pihak pentadbir memohon maaf jika ada kesilapan di dalam buku takwim persekolahan 2013.Tindakan:Makluman

4.0Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid ( Puan Merianah Bt. Jamaludin )

4.1GPK HEM meminta guru-guru menyemak dan membaca Buku Manual Pengurusan Sekolah ( TAKWIM ) bagi tahun 2013 bahagian HEM.Tindakan:Semua guru

4.2GPK HEM memaklumkan pembetulan tentang AJK RMT tahun 5 iaitu ditambah dengan Puan Norazizan.Tindakan:Semua guru

4.3Guru bertugas mingguan hendaklah menyerahkan Buku Laporan Kantin kepada pengusaha kantin dan menyerahkan semula kepada GPK HEM pada hari Jumaat minggu berkenaan.Tindakan:Guru bertugas mingguan.

4.4Mesyuarat yang melibatkan unit HEM perlu diadakan mengikut takwim sekolah. Sebarang perubahan perlulah dimaklumkan segera kepada GPK HEM.Tindakan:Ketua setiap unit HEM

4.5Jadual kedatangan untuk 2 minggu pertama persekolahan boleh menggunakan jadual kedatangan sementara. Selepas itu, guru kelas diminta untuk menggunakan jadual kedatangan asal. Jadual kedatangan perlu dilengkapkan dan dihantar untuk semakan oleh GPK HEM sebelum atau pada 1 Februari.Tindakan:Guru Kelas

4.6GPK HEM mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua unit bahagian HEM yang telah menyiapkan dan menghantar pelan strategik tahun 2013. Unit yang belum berbuat demikian diminta menghantar pelan strategik pada minggu pertama persekolahan 2013.

Tindakan:Ketua unit HEM4.7Guru yang bertugas untuk bilik-bilik khas diminta untuk menceriakan bilik-bilik berkenaan. Guru yang berkenaan haruslah menyediakan buku penggunaan bilik, kelengkapan kebersihan dan info.Tindakan:Semua guru bilik khas4.8Ketua unit bahagian HEM perlulah mengemaskini fail-fail yang berkenaan. Pemantauan unit oleh ketua unit telah diedarkan.Tindakan:Ketua unit HEM4.9Senarai nama murid untuk tahun 2013 setiap kelas perlu disediakan oleh penyelaras tahun. Senarai nama tersebut perlu ditampal pada pintu kelas.Tindakan:Penyelaras tahun dan guru kelas.

4.10Data murid pindah boleh dirujuk di pejabat.Tindakan:Penyelaras tahun dan guru kelas.

4.11Penyelaras tahun diminta untuk menyerahkan senarai nama murid-murid baru kepada GPK HEM sebelum 14 Februari 2013.Tindakan:Penyelaras tahun

4.12Guru kelas diminta untuk menyemak buku rekod kesihatan murid dan memastikan ada tandatangan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga. Murid yang tiada buku rekod kesihatan perlu membeli buku tersebut.Tindakan:Guru kelas

4.13Analisis Pengkalan Data Murid, guru kelas perlu memastikan tiada nama murid yang tercicir.Tindakan: Guru kelas

4.14RMT dimulakan pada hari pertama sesi persekolahan. Laporan RMT perlu dihantar setiap hari. Syarat murid layak untuk mendapat RMT adalah ibu bapa berpendapatan RM460 dan per kapita RM110.Tindakan:Guru RMT

4.15Guru kelas diminta untuk memastikan murid yang layak menerima program yang melibatkan bantuan dan kebajikan murid.Tindakan:Guru kelas.

5.0Taklimat Pengurusan Kokurikulum ( Puan Hajah Siti Hara Bt. Abdul Rashid )5.1GPK Kokurikulum memaklumkan surat perlantikan ketua dan AJK unit kokurikulum boleh diambil daripada penyelaras unit kokurikulum. Ketua unit akan mengedarkan kepada AJK guru untuk setiap unit Kokurikulum.

Tindakan:Penyelaras Unit Kokurikulum

5.2Murid tahun 3 dan 4 akan diberikan borang tawaran untuk memilih unit-unit dalam kokurikulum. Penyelaras diminta untuk mengambil borang tersebut dan mengedarkannya kepada guru kelas dalam masa 1 minggu. Guru kelas diminta untuk mengutip semula borang berkenaan dan membuat saringan.Tindakan:Penyelaras Kokurikulum dan guru kelas.5.3Murid-murid tahun 1 diminta membeli seluar dan baju sukan sekolah. Guru kelas boleh mengambil borang pembelian daripada GPK Kokurikulum. Guru kelas diminta untuk mengagihkan murid kepada rumah sukan seperti berikut :1 Firas dan 1 Bazli dimulakan dengan Rumah Hijau.1 Aqil dan 1 Danish dimulakan dengan Rumah Biru.1 Hazim dan ! Jabil dimulakan dengan Rumah Kuning.1 Mumtaz dimulakan dengan Rumah Merah.Tindakan:Guru kelas

5.4Guru kelas diminta untuk melengkapkan jadual kedatangan dengan unit-unit kokurikulum yang dianggotai oleh murid-murid.Tindakan:Guru kelas

5.5GPK Kokurikulum akan menmberikan fail poket kepada setiap guru untuk menyimpan segala info atau surat makluman yang berkaitan dengan unit Kokurikulum.Tindakan:GPK Koku

5.6Buku laporan aktiviti dan unit kokurikulum berada di bilik GPK Kokurikulum.Tindakan:Makluman

5.7GPK Kokurikulum memaklumkan jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak dan dipaparkan di papan kenyataan Kokurikulum.Tindakan:Makluman

5.8Kelab Pencegahan Jenayah haruslah terdiri daripada pengawas-pengawas sekolah.Tindakan: Makluman

5.9GPK Kokurikulum memohon kerjasama guru-guru atau ketua unit supaya prihatin terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan.Tindakan:Makluman

6.0Hal-hal Lain

6.1Cikgu Adin mencadangkan Perhimpunan Harian pada hari Selasa hingga Jumaat diadakan latihan menyanyikan lagu Kebangsaan, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Cadangan beliau disokong oleh semua guru.Tindakan:Guru bertugas

6.2Puan Asnah mengemukakan soalan tentang harga tanda nama murid. GPK HEM menjelaskan harga tanda nama masih sama iaitu RM5 untuk 4 keping.Tindakan:Makluman

6.3Guru Besar memohon kerjasama guru kelas untuk memastikan meja dan kerusi murid mencukupi sebelum sesi persekolahan bermula.Tindakan:Makluman6.4Guru kelas diminta untuk memaklumkan bilangan tingkap yang pecah kepada GPK HEM.Tindakan:Makluman

6.5GPK HEM memaklumkan akan memperuntukkan RM15 bagi setiap kelas untuk digunakan keceriaan kelas.Tindakan:Makluman

6.6Guru akan diedarkan dengan 2 keping pas keluar untuk murid. Semua guru ialah guru disiplin dan membantu dalam memastikan disiplin murid terkawal.Tindakan:Makluman

6.7Dr Samsu Hazlam memaklumkan ada meja dan kerusi yang tidak digunakan di bilik APD dan Makmal Komputer.Tindakan:Makluman

7.0Penutup7.1Pesanan dan harapan7.1.2Semua panitia diminta bersedia dengan program kecemerlangan kurikulum tahun 2012 dan membincangkannya dalam mesyuarat panitia masing-masing. 7.1.3Guru-guru diharap dapat menjalankan pengurusan kelas dengan baik. 7.1.4 Guru-guru juga diingatkan untuk menjadi guru yang berkesan dan cemerlang dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:7.1.4.1 Kesungguhan menjalankan perkara-perkara yang dirancang.7.1.4.2 Merancang program akademik dengan baik dan teratur.7.1.4.3 Membaca, menghayati dan mencapai perkara-perkara dalam Standard Guru Malaysia.7.2Pengerusi juga berharap agar tahun 2013 menjadi tahun yang gemilang bagi warga Sekolah Kebangsaan Taman Rakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang dan ditutup dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh:Disahkan oleh:

.......................................................................................( HAIRUL ANUAR B. ISMAIL )SETIAUSAHA MESYUARAT GURU PERTAMA 2013SK TAMAN RAKAN