minit mesyuarat fizik bil 3 2013

Upload: mellaty8127

Post on 02-Mar-2016

155 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Minit mesy Fizik

TRANSCRIPT

1

MINIT MESYUARAT PANITIA FIZIKBIL. 3/2013

SMK SERI SAMUDERA

TARIKH:30 JUL 2013

HARI:

SELASAMASA:1.05 petang

KEHADIRAN:

1. Pn Rusina Abdullah

Pengerusi / Ketua Panitia

2. Pn Intan Maimunah Radzali

Ahli / Setiausaha1.0 UCAPAN PENGERUSI1.1 Ucapan aluan dari Pengerusi Pn Rusina Abdullah atas kehadiran semua ahli panitia ke mesyuarat Panitia Fizik bil 3/2013.1.2 Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk :

1.2.1 membincangkan pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun.

1.2.2 merancang semula keberkesanan program kecemerlangan akademik

yang telah dilaksanakan separuh tahun dan penambahbaikan.

1.2.3 membuat persediaan peperiksaan percubaan SPM ,Ujian 2 dan PAT tingkatan 4.1.2.4 membuat tindakan penambahbaikan hasil dari laporan dan cadangan dari Nazir KPM dan JPN. 1.2.5 memperkemaskan pengurusan kewangan PCG panitia dan aset sekolah.

Makluman1.3 Pengerusi turut memaklumkan perkara-perkara berikut :

1.3.1 Penyediaan soalan setara dalam semua peperiksaan peringkat sekolah dikurangkan. Soalan-soalan disediakan sendiri oleh guru.1.3.2 Cuti Berganti Hari Raya Aidil Fitri pada 24/08/213 (Sabtu: mengikut jadual Isnin) dan 7/09/2013 (Sabtu:mengikut jadual Selasa).

Makluman2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit mesyuarat Panitia Fizik bil 2/2013 telah dibentang tanpa pindaan oleh setiausaha dan telah disahkan .

Pencadang: Pn Intan Maimunah RadzaliDisokong oleh: Pn Rusina Abdullah3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit dari maklumbalas yang disediakan.4.0 LAPORAN KEWANGAN 4.1 Pengerusi mengingatkan perbelanjaan PCG panitia ialah 4 kali. Beliau mengingatkan panitia yang masih belum memaksimakan penggunaan PCG dapat menguruskan wang tersebut sebelum berakhir tahun 2013.4.2 Pengurusan pembelian mesti mengikut proses BLINK iaitu Baucer, L O , Invois, Nota Minta dan Kertas Kerja.4.3 PT Kewangan memaklumkan pada tahun ini arahan dari audit JPN agar RM 623 ditinggalkan dari mata pelajaran Elektif dan RM 757 dari mata pelajaran Teras dan Wajib.4.4 Oleh itu setiap Panitia Elektif mesti meninggalkan wang PCG sebanyak RM60, Panitia Teras sebanyak RM70 dan Panitia Wajib RM 120.

Tindakan: Ketua Panitia

5.0 LAPORAN JEMAAH NAZIR KPM DAN JPN 5.1 Penarafan Sekolah berdasarkan SKPM berdasarkan Laporan Nazir KPM. Cadangan

dan penambahbaikan yang telah dibuat dan dirancang ialah:

Penarafan Sekolah : Kategori Sekolah Harapan iaitu dengan pencapaian 69% .

Sekolah berada di band 4 dari band 5.

(Pencapaian cemerlang kokurikulum)

Makluman

5.1.1 Cadangan JNJK : Kepimpinan:

5.1.2.1 Program Akademik yang telah dijalankan ialah:

-Kelas Tambahan Jejak Gemilang PMR & SPM mulai 18.2 hingga

22.4.2013

-Program Teknik Menjawab soalan PMR & SPM (dalaman) 22.4 hingga

26.4.2013. -Kelas Tambahan Gerak Cemerlang PMR pada cuti pertengahan penggal. -Hari Interaktif 12/7/2013 -Program Hati Ke Hati - majlis perkongsian maklumat dan idea bersama 30

orang pelajar target PMR dan 9 orang pelajar target SPM berserta ibubapa mereka pada hari Interaktif.

-Program Kepung PMR mulai 15.7. hingga 26.7.2013. Pelajar-pelajar

dikelaskan kepada 4 kumpulan (30/80/70/68) berdasarkan pencapaian

ppt dan latih tubi menjawab soalan soalan dengan bimbingan guru mata pelajaran. Makluman 5.1.2.2 Instrumen Pemantauan dan penambahbaikan :

Semua program yang dijalankan mesti dipantau dan ada post mortem bergambar bagi tujuan analisa dan penambahbaikan terhadap program akademik tersebut.

Tindakan: Guru Kanan/ Ketua Panitia

5.1.2.3 Penawaran mata pelajaran muzik kepada pelajar tingkatan 4 sehingga SPM

mulai tahun 2014.

Makluman5.1.2 Cadangan JNJK:Pengurusan Organisasi:

Pembinaan tembok untuk pembuangan sampah sebagai projek kelas tingkatan 4 Teknologi Kejuruteraan pada bulan September 2013.

Makluman5.1.3 Cadangan JNJK: Pengurusan Kurikukulum,Kokurikulum,dan HEM .

5.1.3.1 Post mortem bergambar bagi semua program atau aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan mestilah di sediakan bagi tujuan penambahbaikan .

Tindakan: Pengurus Program/ Pasukan

5.1.3.2 Pencerapan PdP .Skor pencerapan adalah mengikut SKPM 2010 dan edaran telah dibuat kepada semua guru untuk panduan penskoran yang tinggi. Pencerapan akan dilaksanakan lagi pada semester kedua.

Tindakan : Semua guru

5.1.4 Cadangan JNJK: Pengajaran dan Pembelajaran.

5.1.4.1 Memanfaatkan TMK : Program i-THINK dan VLE FROG mesti dilaksanakan semasa pdp . Aktiviti pdp digalakkan dibuat di bilik komputer atau di makmal

bahasa. Tindakan : Guru mata pelajaran

5.1.4.2 Guru Bukan Opsyen : Guru bukan opsyen mesti diberi pendedahan berkaitan subjek yang diajar menerusi Ladap atau program panitia.

Tindakan: Ketua Panitia

5.1.5 Cadangan JNJK: Kemenjadian Murid5.1.5.1 Program Peningkatan Akademik PMR & SPM dianalisa secara SWOT selaras

dengan pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan PPT.

Tindakan: JK Kecemerlangan PMR/SPM

5.1.5.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan program perkembangan sahsiah berdasarkan keperluan dan situasi sebenar murid. Program motivasi yang telah dijalankan ialah Transisi Minda (Januari) dan Motivasi Perdana Kecemerlangan PMR / SPM oleh YM Raja Shamri b Raja Husin di Hotel Lead View pada 29.6.2013. Kaunseling Kelompok juga dijalankan dari masa ke semasa dan motivasi di dalam kelas diberikan semasa kelas guru gantian. Makluman

5.1.5.3 Program NILAM akan ditingkatkan lagi pengurusan dan pemantauannya oleh pihak pentadbir dalam suatu mesyuarat yang akan ditetapkan.

Tindakan : Pentadbir /Guru PSS

5.1.6 Cadangan JNJK : Pentaksiran Berasaskan Sekolah

5.1.6.1 Pementoran secara formal telah dijalankan kepada guru-guru sesi petang. Kursus PBS ini seterusnya akan diadakan kepada guru-guru tingkatan 3.

Makluman5.1.7 Cadangan JNJK: i-THINK

Penggunaan i-THINK dalam pdp mestilah diaplikasi agar para pelajar dilatih untuk

berfikir menerusi penggunaan pelbagai peta pemikiran.

Tindakan: Semua guru

5.1.8 Cadangan JNJK: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Para pelajar juga mesti dilatih berfikir dalam bentuk aras tinggi iaitu melalui aktiviti

menganalisis, mensintesis dan aplikasi. Justeru itu guru-guru dikehendaki menulis perkara berkaitan ini dalam RPH pada bahagian aktiviti.

Tindakan : Semua guru

5.1.9 Cadangan JNJK :Perpaduan Kaum

Guru-guru kelas hendaklah memastikan kedudukan pelajar tidak di kelompok dalam

satu kaum sahaja. Kedudukan pelajar-pelajar India dalam kelas mesti disusun bersama dengan pelajar Melayu agar perpaduan kaum dapat ditingkatkan.

Tindakan: Guru kelas

5.1.10 Cadangan JNJK :Penilaian Kendiri Sekolah

Panduan penskoran telah diedar kepada semua guru semasa Ladap (6/7/2013)

untuk mengenalpasti perkara-perkara yang mesti diutamakan semasa

menjalankan pdp. Penskoran yang tinggi akan diberi sekiranya inovasi

diaplikasi.

Tindakan: Semua guru

5.2.0 Laporan Pemantauan JPN dan penambahbaikan

5.2.1 Menyediakan Maklum balas terhadap tindakan pada setiap kali mesyuarat dilaksanakan. Justeru itu semua setiausaha mestilah menyediakan borang

maklumbalas tersebut dan diedarkan bersama minit mesyuarat yang disediakan.

Tindakan: Semua SU Kurikulum/Kokurikulum/HEM/Mesyuarat

Guru/Panitia5.2.2 Perbelanjaan PCG panitia yang masih kurang dari 70% perlu digunakan secara maksima. Tindakan: Ketua Panitia

5.2.3 Pemantauan berkaitan visi dan misi sekolah akan dilakukan oleh JPN. Justeru itu

semua guru dan para pelajar dikenalpasti dapat memberi keterangan berkaitan visi dan misi tersebut.

Tindakan : Semua guru /semua pelajar

5.2.4 Guru-guru mestilah merekod setiap kali hadir dan pulang dari sekolah melalui punch card secara sendiri. Tidak dibenarkan melalui pesanan.

Tindakan : Semua guru

5.2.5 Rekod pergerakan guru mesti ditandatangani oleh Pengetua atau PK pentadbiran . Butiran maklumat pergerakan tersebut mestilah lengkap dan ditandatangani oleh guru sendiri. Sekiranya pergerakan melebihi dari 4 jam guru wajib mengambil cuti rehat . Justeru itu semakan Buku Rekod Pergerakan Guru mesti dibuat.

Tindakan : Semua guru

5.2.6 Rekod penghantaran Buku Rekod Mengajar juga mesti ditandatangani oleh guru sendiri. Justeru itu semakan perlu dibuat oleh semua guru.

Tindakan : Semua guru

5.2.7 Guru bertugas pagi dikehendaki berada awal di sekolah dan menunggu kehadiran para pelajar di pintu pagar sekolah. Guru bertugas petang juga dikehendaki datang awal dan bertugas di pagar semasa pelajar petang pulang dari sekolah.

Tindakan : Guru Bertugas sesi pagi dan petang

5.2.8 Bilik-bilik darjah dan kantin mestilah sentiasa bersih dan selesa . Guru mesti menegaskan perkara ini sebelum memulakan pdp.

Tindakan: Guru kelas / Guru Kantin 5.2.9 Rekod Pencerapan Guru dan Pencerapan Buku latihan mesti dikemaskini .

Makluman5.2.10 Pengurusan Sarana Sekolah diurus dengan baik oleh pihak kaunseling dan guru Sarana Sekolah. Buku Sarana Sekolah telah disediakan kepada semua pelajar iaitu semasa Hari Interaksi. Tindakan Pengurusan Sarana yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan Mesyuarat Agong PIBG, Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Hari Interaktif , Program Hati ke Hati . Seterusnya adalah majlis solat hajat dan bacaam Yasin pada bulan September.Makluman6.0 ANALISIS PPT/POSTMORTEM6.1 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi semua tingkatan (tg 3,4,5) telahpun

diedar oleh Setiausaha Peperiksaan kepada semua Ketua Panitia. 6.2 Sehubungan itu Pn Pengetua meminta semua Ketua Panitia memberi ulasan mengenai pencapaian PPT dan program-program yang dirancang untuk mengatasi

kelemahan-kelemahan yang didapati menerusi post mortem PPT dan difailkan dalam fail panitia dan fail kurikulum. Semua Ketua Panitia juga perlu menyimpan soft copy post mortem disimpan dalam komputer di bilik Guru Kanan di dalam folder post mortem PPT tg 3 & tg 5 dan seterusnya folder post mortem PP PMR & SPM. Tindakan : Ketua Panitia

6.3 Penilaian Pencapaian PPT subjek SPM .(Lampiran 1)6.3.1 Fokus kepada subjek wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Bilangan gagal

B Melayu ialah 25 orang (13.81%) manakala Sejarah seramai 52 orang (28.26%) . Peratus pencapaian PPT ialah 66.67%. Makluman6.3.2 Masalah kritikal punca kegagalan ialah pelajar tidak menghadiri peperiksaan dan tidak berusaha menjawab soalan-soalan yang dikemukakan walaupun soalan aras mudah.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

6.3.3 Sasaran pencapaian lulus SPM tahun 2013 ialah 96.95%.

Makluman

6.3.4 Subjek-subjek yang masih tinggi pencapaian peratus gagal dan bilangan

pelajar ialah :

Matematik : (71.74%) 132/195 Sains : (50.39%) 64 / 144 Kimia : (71.43%) 35 / 51 Fizik : (54.17%) 26 / 51

Matematik tambahan : (65.82%) 52/84

Ekonomi Asas : (55.17%) 16/32

Makluman6.3.5 Subjek-subjek yang masih rendah pencapaian kualiti A+, A, A- (bilangan pelajar) ialah:

Bahasa Inggeris : 6/195 Pendidikan Islam : 2/195 Matematik : 5/195 Tasawur Islam : 0/60 Sains : 1/ 144 Kimia : 0/51 Biologi : 0/ 25 Ekonomi Asas : 0/32 Fizik : 0/ 51 Makluman

6.3.6 Bilangan pelajar target SPM telah meningkat dari 7 kepada 9 orang.Dua pelajar tersebut ialah Izhar Ilham dan Nursyahidatul Suhairah.Pencapaian PPT kedua-dua pelajar ini meningkat dalam semua mata pelajaran.(Rujuk lampiran 2) Makluman6.3.7 Pencapaian bagi 7 pelajar target masih belum memuaskan kerana pencapaian

mereka dalam subjek tertentu iaitu matematik tambahan dan kimia masih rendah. Terdapat beberapa pelajar yang mengalami penurunan markah A kepada B. Makluman

6.3.8 Semasa Program Dari Hati ke Hati butiran terperinci pencapaian semasa pelajar-pelajar target ini telah dibentangkan oleh GK kepada ibubapa mereka agar penambahbaikan dapat ditingkatkan.

Makluman7.0 SEMAKAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 20137.1 Kelas Tambahan Jejak Gemilang PMR & SPM

Kelas tambahan Jejak Gemilang telah ditamatkan. Bagi PMR program Kepung PMR menggantikan pdp mengikut 4 kelompok pelajar (Cemerlang 30, Sederhana1 80, Sederhana 2 70 dan Halus 68) . Tiada kelas tambahan sepanjang bulan puasa. Makluman7.2 Program Merealisasi Impian (Program Kepung PMR )

Penyelaras PMR memaklumkan program ini dijalankan dua minggu sebelum Peperiksaan Percubaan PMR iaitu mulai tarikh 29/7 hingga 31/7/2013 . Pelajar-pelajar tingkatan 3 dikelaskan kepada 4 kumpulan (30:80:70: 68) mengikut prestasi pencapaian mereka dalam PPT. Tindakan : Ketua Panitia dan guru subjek

7.3 Program Merealisasi Impian (Program Kepung SPM )

Perlaksanaan program ini akan dibincangkan semasa mesyuarat Jawatan kuasa

program peningkatan SPM. Tindakan: JK Kecemerlangan SPM

8.0 PEKELILING-PEKELILING TERKINI

8.1 Menangani beban tugas guru.(Rujuk portal JPN)

8.2 Pengoperasian LADAP iaitu 60% di sekolah,30% di luar sekolah dan 10% di KPM.

Semua aktiviti direkod dalam ESPLG oleh diri sendiri atau Pn Sapura Idris.

8.3 Lain-lain perkara dari portal rasmi JPN: Pemeriksaan kesihatan, Tabung Wira

Negara dan pemindahan gaji baru.

Tindakan : Semua guru

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Pn Teong selaku Setiausaha SPM memaklumkan markah-markah kerja kursus SPM

mesti dimasukkan oleh guru-guru dalam senarai yang diedarkan kepada Ketua Panitia

bagi subjek-subjek kerja kursus. Tarikh merekod markah kerja kursus SPM ialah 1-

30 Ogos 2013. Rekod kemasukan markah ke komputer akan diurus oleh Pn Teong. Tindakan : Guru mata pelajaran Kerja Kursus SPM

9.2 Pengerusi mengingatkan susunan meja semasa peperiksaan tidak boleh sampai

ke papan putih dan meja itu mesti dipusing. Kelas dibersihkan sebelum mula

peperiksaan. Tindakan: Semua guru9.3 Pengerusi memaklumkan beberapa perkara mengenai Pengurusan Aset iaitu : 9.3.1 Semua penjawat awam adalah pegawai aset.

9.3.2 Mulai tahun 2014 pengurusan aset akan dipantau secara on-line.

9.3.3 Satu Program Penguruan Aset on-line telah disediakan dan taklimat

penggunaannya akan diberi kepada Ketua Panitia pada suatu tarikh yang akan

ditetapkan.

Tindakan : PK Pentadbiran/ Ketua Panitia

9.3.4 Kedudukan Aset Semasa Panitia melibatkan Fail Harta Modal, Fail Inventori

dan Stok: Semua pembelian mesti direkod oleh Ketua Panitia dalam fail-fail

berikut. 9.3.4.1 Fail Harta Modal : KPM/SMKSS/A153/H/2013/Bil aset Barangan/Perabot melebihi RM1000, Barangan elektronik melebihi RM500

9.3.4.2 Fail Inventori :KPM/SMKSS/A153/I/2013/Bil aset Barangan kurang dari RM500(Buku rujukan dll)

9.3.4.3 Stok Barang Habis Guna( Kad Petak) (Alat tulis dan lain-lain)

Tindakan: Ketua Panitia

9.3.5 Kedudukan Pegawai yang dilantik: 1. Pegawai Pemeriksa Aset : Tn Hj Abu Bakar

2. Pegawai Pemeriksa Perlupusan : En Haris Fadhilah

Makluman 9.4 Pengawal Keselamatan meminta guru-guru memaklumkan kepada beliau masa

pergerakan keluar masuk pelajar atau bas yang membawa pelajar ke

kawasan sekolah dalam program-program sekolah atau rombongan sekolah.

Makluman9.4 Guru Kaunselor memaklumkan iaitu Buku Pengesanan Pelajar merupakan sumber pelaporan kepada Nazir. Oleh itu semua guru diingatkan

menanda tangani buku tersebut semasa pdp dan menulis maklumat disiplin pelajar

dengan jelas agar butiran salah laku disiplin pelajar dapat dikesani dengan cekap. Tindakan: Semua guru9.5 Senarai guru-guru yang bertugas semasa peperiksaan PMR dan SPM telahpun dihantar dan sebarang pertukaran untuk penggantian diurus sendiri oleh guru yang berkenaan.

Makluman

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 ptg dengan ucapan terima kasih daripada Pengerusi kepada semua jawatankuasa yang hadir dan tarikh mesyuarat akan datang akan ditetapkan kemudian.

Disediakan oleh:

SU Panitia FizikSMK Seri Samudera

Bertarikh : 17 Julai 2013RBA/imr/Mesyuarat Fizik 2013/Bil 3 1