minit mesyuarat big

Upload: mohd-khairul

Post on 06-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sasasa

TRANSCRIPT

PK 15/3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3 MINIT MESYUARATPROGAM BINA INSAN GURU

ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SK SERI SAUJANA

DENGAN KERJASAMA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR BAHRUTarikh

: 25 MAC 2014Masa

: 1.10 PETANG HINGGA 2.40 PETANGTempat

: BILIK MESYUARAT SRI GEMILANGPengerusi

: EN RAMLI BIN ISMAILKehadiran(Bilangan) : SEMUA HADIRTurut Hadir (Jika ada): TIADA1PERUTUSAN PENGERUSIPengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru yang terlibat

Bacaan doa.

2PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn Siti Meriam bt. AhmadDisokong untuk pengesahan oleh En Zamani bin Mohamad

3PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1. Tiada Tindakan: tiada

4PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / FOKUS MESYUARAT4.1. Pengedaran kertas kerja kepada semua guru Penasihat PBSM dan guru PPG. Tindakan: Semua

Guru Penasihat

PBSM dan Guru

PPG

4.2. Program BIG anjuran unit kokurikulum SKSS dengan kerjasama IPGKTI dicadangkan pada tarikh 2-04-2014 iaitu pada hari Rabu. Ini bersesuaian dengan hari kokurikulum- unit beruniform justeru ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dapat membantu guru PPG. Tindakan: Guru Penasihat PBSM

dan Guru PPG

4.3. Tujuan utama program ini diadakan supaya ahli PBSM dapat bekerjasama dengan guru-guru pelatih Intitut Pendidikan Guru membersihkan, mengemaskan sekitar bilik Pendidikan Jasmani atau stor sukan sekolah di samping kerja-kerja penglabelan akan dilakukan. Ini sekaligus dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri ahli persatuan sewaktu bekerja di dalam sebuah pasukan. Tindakan: Guru PPG dan Ahli PBSM

4.4. Seramai tujuh orang guru PPG dan 30 orang murid PBSM terlibat dibantu dengan tiga orang Guru Penasihat PBSM. Juga seorang penceramah iaitu setiausaha kehormat PBSM Cabang Kota Tinggi dijemput bagi memberi input dan semangat kepada murid. Tindakan: Semua guru PBSM dan PPG4.6. Program BIG yang bertemakan Sayangi Kawasan Sekolahku ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah khususnya tentang salah satu prinsip asas palang merah iaitu sedia membantu dalam apa jua keadaan. Tugas PBSM tidak tertumpu hanya memberi pertolongan cemas kepada mangsa tetapi sedia memberi pertolongan mahupun bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tindakan: Guru PPG dan Ahli PBSM

5HAL-HAL LAIN

5.1.Semua guru PPG dan Guru Penasihat PBSM berkumpul di dewan seawal pukul 8.00 pagi pada 2-04-2014. 30 orang murid PBSM perlu diberi sarapan terlebih dahulu sebelum manjalankan aktivititi. Tindakan: Semua

panatia dan PK

PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petangDisediakan oleh,

Disemak Oleh,

.......................................... ................................

(PN INDAH HAWANI BT BAHARIN )

(EN RAMLI BIN ISMAIL )

Setiausaha Program BIG

Anjuran Unit Kokurikulum SKSS

dengan kerjasama IPGKTI, Johor Bahru GPK KOKURIKULUM Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor

19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00