minit mesty print.doc

9
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG JALAN LANG PERUT PUTIH 9 TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN 52100 KUALA LUMPUR TEL : 03 – 62726224 FAKS: 03-62722543 Ruj Kami : Tarikh : 29 Disember 2015 __________________________________ Sekolah Kebangsaan Seri Kepong Kuala Lumpur. Tuan/Puan MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK TRANSISI TAHUN 1 KALI -3 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat yang tersebut pada : 2.1 Tarikh : 30 Disember 2015 2.2 Hari : Rabu 2.3 Masa :___________________ 2.4 Tempat :___________________ 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Ucapan Alu – Aluan Pengerusi

Upload: sabrina-kamarudin

Post on 27-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: minit mesty print.doc

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG

JALAN LANG PERUT PUTIH 9

TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN

52100 KUALA LUMPUR

TEL : 03 – 62726224

FAKS: 03-62722543

Ruj Kami :

Tarikh : 29 Disember 2015

__________________________________

Sekolah Kebangsaan Seri Kepong

Kuala Lumpur.

Tuan/Puan

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK TRANSISI TAHUN 1 KALI -3

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke mesyuarat yang tersebut pada :

2.1 Tarikh : 30 Disember 2015

2.2 Hari : Rabu

2.3 Masa :___________________

2.4 Tempat :___________________

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

3.1 Ucapan Alu – Aluan Pengerusi

3.2 Ucapan Penasihat

3.3Pengesahan Minit Mesyuarat

3.4 Perkara Berbangkit

3.5 Perancangan Program Transisi 2016

3.6 Hal – hal lain

Page 2: minit mesty print.doc

3.6 Ucapan Penangguhan

4.Kerjasama dan kehadiran tuan dan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

_________________________________

( )

________________________

_________________________________

Page 3: minit mesty print.doc

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG

52100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK TRANSISI TAHUN 1 BIL 2/2015

TARIKH : 26 DISEMBER 2015

MASA : 10.20 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :

1. Pn Najihah Binti Ibrahim (GPK Kurikulum)2. Cik Nursabrina Binti Kamarudin (Penyelaras)3. Encik Aiman Bin Izhar4. Cik Madihah Binti Nordin5. Encik Ahmad Nuruddin Bin Abu Bakar6. Pn Sharifah Binti Shafei

Tidak Hadir :

1. Encik Hasmarudi Bin Zakaria Urusan Kerja

AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Alu – Aluan Pengerusi2.0 Ucapan Penasihat3.0 Pengesahan minit mesyuarat 4.0 Perkara Berbangkit5.0 Aktiviti Program transisi 20166.0 Hal – hal lain7.0 Ucapan Penangguhan

Page 4: minit mesty print.doc

1.0 Ucapan Alu – Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan semua guru ke Mesyuarat Transisi 2016 pada kali pertama.

1.2 Pengerusi mengingatkan tentang tanggungjawab guru terhadap murid dan memastikan murid sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.Bagi menimbulkan semangat murid ini,pengerusi mengaitkan dengan murid tahun satu yang bakal memasuki alam persekolahan yang berlainan dengan suasana ketika mereka berada di prasekolah Tindakan : Makluman

2.0 Ucapan Penasihat

2.1 Puan Najiha Binti Ibrahim selaku penasihat mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat.Pn Najiha berharap guru – guru akan dapat melaksanakan tugas masing – masing dengan lebih baik sepanjang minggu transisi ini.

2.2 Puan Najiha menyatakan objektif program transisi dijalankan ialah untuk mendedahkan kepada murid-murid baru suasana persekolahan formal berbanding yang tidak formal. Program ini juga bertujuan mendedahkan murid-murid yang tidak berpeluang mengikuti pra-sekolah dengan asas-asas dalam pendidikan seperti pra-menulis, pra-nombor dan pra-bacaan. Ini membolehkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik dan teratur dengan suasana alam persekolahan yang baru.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat bil 1

Page 5: minit mesty print.doc

1.Disahkan oleh : Cik Madihah Binti Nordin

2.Disokong oleh : Encik Ahmad Nuruddin Bin Abu Bakar

4. Perkara Berbangkit

4.1 Puan Najiha meminta kerjasama guru – guru tahun 1 untuk memastikan bahan bantu mengajar yang berkait dengan setiap perancangan pengajaran harian transisi telah disiapkan.

4.2Semasa program transisi dijalankan,guru – guru transisi perlu masuk ke kelas seperti biasa sekiranya tidak berlaku jadual yang bertembung.

4.3 Guru tahun satu yang masih kurang jelas dengan transisi perlu merujuk kepada guru – guru tahun satu yang pernah terlibat dengan transisi bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat tambahan berkaitan dengan transisi.

5.0 Aktiviti Program Transisi 2016

0 PENGISIAN / AKTIVITI PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2016

MINGGU AKTIVITI

31 Disember 2015 1) Pendaftaran Tahun

1/Prasekolah/PPKI

2) Hari Orientasi Tahun 1 / 2016

3) Ujian Pra Linus

Minggu Pertama

( 4 Januari 2016 – 8 Januari 2016)

1. Berkenalan dengan rakan-rakan

2. Berkenalan dengan guru-guru

3. Menyanyikan lagu-lagu rasmi

4. Mengetahui persekitaran sekolah

Page 6: minit mesty print.doc

5. Asas kebersihan

Minggu Kedua

( 11 Januari 2016 –15 Januari 2016)

1. Dinamika kumpulan

2. Aktiviti kendiri

3. Kemahiran Berfikir dan

Komunikasi

4. Ucapan Bertatasusila dan Ucapan

Selamat

5. Aktiviti fizikal

6. Asas mata pelajaran Tahun 1

Minggu ketiga

( 18 Januari 2016 – 22 Januari 2016)

1. Prabacaan (menyebut dan

mengenal huruf)

2. Pratulisan (memegang pensel,

menyambung titik)

3. Pranombor (menyebut dan

mengenal nombor satu digit,

mengetahui bilangan dan menulis

nombor).

4. Asas mata pelajaran Tahun 1

Minggu seterusnya PdP, Ujian Saringan LINUS, PPT (Rujuk

Pelan Tindakan Selepas Program

Transisi)

Tindakan : Makluman

6.0Hal – hal lain

6.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum juga mengingatkan guru – guru supaya saling bekerjasama sepanjang program transisi ini dijalankan.

Page 7: minit mesty print.doc

6.2 Guru – guru baru yang terlibat dengan program transisi boleh merujuk kepada penyelaras Transisi sekiranya mengalami masalah yang berkaitan dengan transisi.

7. Ucapan Penangguhan

2.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap semua guru dapat bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.50 pagi

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………… ………………………………… (NURSABRINA BINTI KAMARUDIN) (ENCIK MAT ADINI BIN CHE DIN ) Penyelaras Transisi Guru BesarSK Seri Kepong SK Seri Kepong