minit mat 2014

23
Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 1 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2014 Persatuan Pustakawan Malaysia Tarikh: 14 April 2014 / 14 Jamadil Akhir 1435 (Isnin) Masa: 9:15 pagi-1:20 tengahari Tempat: Auditorium Tun Suffian, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Jalan Pantai Bharu 50603 Kuala Lumpur Kehadiran: Seramai 169 orang telah hadir (Sila rujuk Lampiran 1: Senarai kehadiran) MAJLIS PERASMIAN Mesyuarat agung telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Arshad Ayub, penerima Anugerah Merdeka 2013 dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Laporan ringkas acara dan ucapan perasmian disertakan sebagai lampiran (Sila rujuk Lampiran 2: Laporan Majlis Perasmian MAT 2014). PERJALANAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2014 1. Ucapan alu-aluan YBrs. Pemangku Pesiden PPM. Puan Maimunah Kadir selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua ahli yang hadir. Pengerusi memaklumkan seramai 169 ahli hadir dan ianya melebihi syarat korum minima. Beliau mengharapkan kehadiran ahli muda dan yang berpengalaman memberikan kesinambungan usaha memajukan profesion. Selanjutnya sebagai Pemangku Presiden, beliau memberi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Arshad Ayub yang telah menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat dan mengharapkan ahli-ahli mengambil berat amanat yang diberi sebagai panduan. Sebagai Pemangku Presiden PPM, beliau mengusulkan mesyuarat ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Arwah Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd Saad, Ahli Majlis PPM semenjak tahun 1993 dan Presiden PPM penggal 2010/2012 & 2012/2014. Sebagai tanda penghargaan tulus ini, hadirin dimohon bersama-sama menghadiahkan Almarhum dengan doa dan al-Fatihah. Usul ini dilulus sebulat suara dan hadirin telah menghadiahkan doa dan al-Fatihah. 2. Membentang serta mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2013 Minit MAT 2012/2013 yang diadakan pada 29 April 2013 telah dibentangkan. Dengan cadangan Puan Ramlah Khalid (P 0396) dan disokong oleh Encik Japri Bujang Masli (P 0812), minit mesyuarat telah diluluskan. 2.1 Perkara berbangkit 1. Penjualan bangunan PPM di Shah Alam Pengerusi selaku Pemangku Presiden dan wakil Jawatankuasa Penjualan dan Pembelian Bangunan PPM memaklumkan tindakan susulan dan kemajuan terhadap usul tersebut, iaitu: i. Pembentukan Jawatankuasa Penjualan dan Pembelian Bangunan PPM bagi menentukan dan menghalusi tatacara penjualan dan pembelian, memuktamadkan penjualan, serta mengenal pasti dan memuktamadkan pembelian satu bangunan ganti. Jawatankuasa dianggotai oleh:

Upload: doanthu

Post on 13-Jan-2017

293 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 1

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2014 Persatuan Pustakawan Malaysia

Tarikh: 14 April 2014 / 14 Jamadil Akhir 1435 (Isnin) Masa: 9:15 pagi-1:20 tengahari Tempat: Auditorium Tun Suffian, Fakulti Undang-undang

Universiti Malaya Jalan Pantai Bharu 50603 Kuala Lumpur

Kehadiran: Seramai 169 orang telah hadir (Sila rujuk Lampiran 1: Senarai kehadiran)

MAJLIS PERASMIAN – Mesyuarat agung telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Arshad Ayub, penerima Anugerah Merdeka 2013 dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Laporan ringkas acara dan ucapan perasmian disertakan sebagai lampiran (Sila rujuk Lampiran 2: Laporan Majlis Perasmian MAT 2014). PERJALANAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2014 1. Ucapan alu-aluan YBrs. Pemangku Pesiden PPM.

Puan Maimunah Kadir selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua ahli yang hadir. Pengerusi memaklumkan seramai 169 ahli hadir dan ianya melebihi syarat korum minima. Beliau mengharapkan kehadiran ahli muda dan yang berpengalaman memberikan kesinambungan usaha memajukan profesion. Selanjutnya sebagai Pemangku Presiden, beliau memberi penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Arshad Ayub yang telah menyempurnakan majlis perasmian mesyuarat dan mengharapkan ahli-ahli mengambil berat amanat yang diberi sebagai panduan. Sebagai Pemangku Presiden PPM, beliau mengusulkan mesyuarat ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Arwah Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd Saad, Ahli Majlis PPM semenjak tahun 1993 dan Presiden PPM penggal 2010/2012 & 2012/2014. Sebagai tanda penghargaan tulus ini, hadirin dimohon bersama-sama menghadiahkan Almarhum dengan doa dan al-Fatihah. Usul ini dilulus sebulat suara dan hadirin telah menghadiahkan doa dan al-Fatihah.

2. Membentang serta mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2013

Minit MAT 2012/2013 yang diadakan pada 29 April 2013 telah dibentangkan. Dengan cadangan Puan Ramlah Khalid (P 0396) dan disokong oleh Encik Japri Bujang Masli (P 0812), minit mesyuarat telah diluluskan.

2.1 Perkara berbangkit

1. Penjualan bangunan PPM di Shah Alam – Pengerusi selaku Pemangku Presiden dan wakil Jawatankuasa Penjualan dan Pembelian Bangunan PPM memaklumkan tindakan susulan dan kemajuan terhadap usul tersebut, iaitu:

i. Pembentukan Jawatankuasa Penjualan dan Pembelian Bangunan PPM bagi menentukan dan menghalusi tatacara penjualan dan pembelian, memuktamadkan penjualan, serta mengenal pasti dan memuktamadkan pembelian satu bangunan ganti. Jawatankuasa dianggotai oleh:

Page 2: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 2

Hajjah Kalsom Sharif (P 0178) – Pengerusi En. Kamal Sujak (P 0488) – Setiausaha Puan Maimunah Kadir (L 045) – Ahli Dr. Nor Edzan Che Nasir (P 0504) Cik Rohaya Umar (P 0651) Cik Linda Yip (P 0062) Puan Siti Sumaizan Ramli (P 0446) En. Azlan Mohd. Hamzah (P 0821) Puan Hashimah Mohd. Yusoff (P 0470)

ii. Penjualan bangunan PPM beralamat di nombor 14, Jalan 7/23, 40000 Shah

Alam, dengan harga jualan RM748,000 masih dalam proses dimuktamadkan dan deposit 10 % harga jualan telah diterima.

iii. Pelaksanaan tandatangan perjanjian jual beli telah disempurnakan oleh Pemegang Amanah, Tuan Syed Salim Agha bin Syed Azmatullah (L 002) dan Puan Rohani Zainal Abidin (L 038).

iv. Setiausaha Kehormat telah menyerahkan kepada peguam yang dilantik, Kadir Andri & Partners, dokumen-dokumen: 1) copy of PPM’s constitution; 2) list of its members of council/office bearer; 3) copy of PPM's resolution/minutes of general meeting for the disposal of the Building to the Purchaser; 4) the Original Land Title; 5) copy of the Trustee's IC; 6) copies of duly paid quit rent (Cukai Tanah); 7) latest statement and receipts of maintenance of the Building (i.e. water, electricity, and assessment tax); 8) list of inventory in the Building (i.e. accessory parcel, fixtures and fittings and electrical appliances) that will be disposed together with the Building; 9) Copy of Trust Deed dated 1/6/1994; 10) resolution authorizing the trustee to transfer ownership on behalf of PPM.

v. Pada masa ini permohonan sudah dimajukan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri Selangor bagi kelulusan kebenaran pindah milik.

2. Pembelian bangunan baru – Jawatankuasa dalam proses perundingan dengan penjual untuk mendapat harga berpatutan seunit kedai-pejabat 4-tingkat di Kelana Jaya. Sebarang pembelian tidak melebihi RM 1.9 juta mengikut mandat MAT 2013. Cadangan pembelian akan diputuskan selepas semua harga jualan bangunan lama PPM diterima.

3. Permohonan dana kepada kerajaan – Mesyuarat dimaklumkan permohonan dana

kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak mendapat syor dan telah ditolak melalui surat bertarikh 5 Ogos 2013. PPM dinasihatkan membuat permohonan semula. Bagaimanapun, permohonan baru bagi pelaksanaan program pembudayaan literasi maklumat, geran penyelidikan, penerbitan dan kandungan digital pengetahuan tempatan berjumlah RM 144,640.00 dimajukan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri / Menteri Pendidikan. Surat akuan penerimaan permohonan bertarikh 5 Februari 2014 sudah diterima.

3. Menerima serta menimbangkan Laporan Tahunan PPM 2013 Pengerusi telah membentangkan laporan tahunan PPM 2013 yang merangkumi

laporan Majlis dan penyata kewangan.

Page 3: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 3

3.1 Laporan Majlis Secara ringkas, Laporan Majlis bagi tempoh 2013 termasuk perancangan tentatif 2014 dibentangkan dan dibincangkan.

3.1.1 Majlis PPM sesi 2012-2014 adalah seperti berikut:

Pemegang jawatan utama yang dipilih: Presiden: Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad (sehingga 9.12.2013) Naib Presiden 1: Puan Maimunah Kadir Naib Presiden 2: Dr. Nor Edzan binti Che Nasir Bendahari Kehormat: Cik Rohaya Umar Jawatan yang diperuntukkan: Mantan Presiden Terkini: Dato‘ Raslin bin Abu Bakar Ahli yang dipilih dan dilantik memegang jawatan Setiausaha Kehormat: Puan Balqis Suja‘ Pen. Setiausaha Kehormat: Encik Kamal Sujak Pen. Bendahari Kehormat: Encik Azlan bin Mohamad Hamzah Ahli Majlis yang dipilih: Ahli Majlis: Puan Hasnita Ibrahim Ahli Majlis: Encik Mohd. Zaihan Hussin Ahli Majlis: Dr. Zahidi bin Dato‘ Zainol Rashid Ahli Majlis yang dilantik mengikut perlembagaan PPM: Ahli Majlis: Dr. Wan Ali bin Wan Mamat Ahli Majlis: Puan Hashimah Mohd. Yusof (mula 9.06.2013) Ahli Majlis: Puan Siti Sumaizan Ramli

Ahli Majlis: Puan Fatimah Syam @ Nor Azleen Abd. Gani (mula 20.1.2013)

3.1.2 Sebanyak 9 mesyuarat majlis dan 13 mesyuarat jawatankuasa telah diadakan. 3.1.3 Sanggar Kerja Tahunan PPM telah diadakan pada 25-26 Januari 2014 (Sabtu-Ahad) dan

dihadiri oleh Ahli Majlis, Pengerusi Jawatankuasa dan Pengerusi & Setiausaha Kumpulan. Laporan sanggar diedarkan kepada 23 orang hadirin (termasuk Pegawai Eksekutif) dan 11 ahli mesyuarat yang tidak hadir.

3.1.4 Keseluruhan ahli semasa 2013 ialah 577 ahli berbanding dengan 532 pada 2012.

3.1.5 Pengerusi mengumumkan kod awalan keahlian PPM yang baru. 3.1.6 Ahli Kehormat ke 7 telah dikurniakan kepada YBhg. Tan Sri Arshad Ayub. Acara

penerimaan ahli disempurnakan selepas ucaptama beliau pada Majlis perasmian dengan penyerahan sijil ahli dalam bingkai, surat pengesahan ahli beserta Buku Panduan PPM.

3.1.7 Pengerusi Jawatankuasa & Kumpulan yang dilantik adalah seperti berikut:

A. Jawatankuasa Tetap i. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik: Encik Noor Hidayat bin Adnan ii. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus: Puan Hasnita Ibrahim iii. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Awam: Puan Shukriah Haji Yon iv. Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan

Page 4: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 4

Kepada Golongan Khas: Puan Habsah Abdul Rahman v. Jawatankuasa Tetap Penerbitan Berita PPM: Puan Siti Sumaizan Ramli vi. Jawatankuasa Tetap Penerbitan Jurnal PPM: Dr. Nor Edzan Che Nasir vii. Jawatankuasa Tetap Teknologi Maklumat: Encik Azahar Mohd. Nor viii. Jawatankuasa Tetap Promosi dan Keahlian: Encik Mohd Zaihan Hussin B. Jawatankuasa Khusus i. Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Perubatan: YM Puan Engku Razifah Engku Chik ii. JK Kumpulan Perpustakaan Undang-undang: Puan Ratnawati Sari Mohamad Amin iii. Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Islam: Dr. Wan Ali Wan Mamat C. Jawatankuasa Kecil dan Sementara i. Jawatankuasa Kecil Bangunan PPM: Encik Kamal Sujak ii. Jawatankuasa Anugerah PPM: Dr. Nor Edzan Che Nasir iii. Jawatankuasa Kecil Pelaburan: Cik Kalsom Sharif D. Kumpulan PPM i. PPM Kumpulan Sabah: Encik Zawawi Tiyunin ii. PPM Kumpulan Sarawak: Encik Japri Bujang Masli iii. PPM Kumpulan Utara: Encik Salleh Hudin Mustaffa iv. PPM Kumpulan Selatan: Puan Noraziah Sharudin v. PPM Kumpulan Timur: Puan Rohani Othman

3.1.8 Senarai jawatankuasa & kumpulan dan aktiviti dilaporkan sepertimana telah diedarkan.

1. Aktiviti seminar dan latihan, perkongsian ilmu, lawatan, penerbitan dan tanggungjawab advokasi perpustakaan dan masyarakat disenaraikan juga dalam “Pelaksanaan Pelan Strategi PPM 2009-2013” yang diedarkan sebagai kertas mesyuarat agung.

2. Jawatankuasa Kecil Anugerah PPM telah melaksanakan penganugerahan yang

disempurnakan pada upacara perasmian mesyuarat. Penerima-penerima adalah: i. Tokoh Pustakawan PPM 2013 – Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad. ii. Pelajar terbaik Sains Perpustakaan a. Peringkat Sarjana Muda (UiTM) – Cik Nur Izyan Mohd Nadzri b. Peringkat Sarjana (UIAM) – Cik Ruzaimah Md. Zin c. Disertasi peringkat Sarjana (UM) – En. Mohd. Ismail Abidin iii. Pustakawan Harapan – Tiada penerima iv. Jawatankuasa Paling Aktif – Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus iv. Kumpulan PPM Paling Aktif – PPM Kumpulan Timur v. Anugerah Khas – Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan Kepada

Golongan Khas

3. Penawaran Anugerah Perpustakaan Cemerlang yang sepatutnya dilancarkan tahun ini ditangguhkan sementara PPM meneliti format baru anugerah tersebut.

4. Jawatankuasa Tetap Berita PPM telah menerbitkan Berita PPM keluaran khas April

2014 – Isu ini adalah belasungkawa Almarhum Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad, diterbitkan secara atas talian. Satu salinan bercetak telah diserahkan sebagai cenderahati kepada wakil keluarga Almarhum Dr. Mohd. Sharif, En. Mazlan Md. Saad.

Page 5: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 5

5. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus telah menerbitkan Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan sebagai penghasilan program 7 siri jelajah penandaarasan institusi perpustakaan.

6. Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Islam telah berjaya menghasilkan draf Garis

panduan perpustakaan masjid yang sudah diserahkan kepada JAKIM untuk diteliti dan diterbitkan.

7. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik telah menganjurkan Seminar

Kebangsaan Pustakawan Malaysia pada 25-27 Ogos 2013 dan sedang mengusahakan penerbitan prosidingnya.

8. Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Kepada Golongan Khas dianugerahkan

penghargaan khas kerana penyampaian program literasi kepada OKU yang bertambah dan berterusan, serta dijayakan atas sumbangan masyarakat dan komuniti sekitar.

3.1.9 Majlis PPM merakamkan terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana

masih membenarkan Pejabat PPM beroperasi di bangunannya. 3.1.10 PPM melantik pasukan portal yang dianggotai oleh bukan ahli mesyuarat PPM tetapi

diselia oleh Ahli Majlis / Penolong Setiausaha Kehormat, Encik Kamal Sujak. 3.1.11 Nombor pendaftaran PPM selepas migrasi kepada Registry of Societies Electronic

System (eROSES) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ialah PPM-001-10-05061960. Sistem ini memudahkan akses dan pemantauan. PPM diberi peringatan lisan supaya membentuk komposisi jawatankuasa induk mengandungi anggota dari tujuh negeri.

3.1.13 Pengesahan sudah dipastikan bahawa PPM adalah penyedia latihan yang pesertanya

layak mendapat Skim Bantuan Latihan (SBL). 3.1.14 Mesyuarat melaporkan tingkat bawah bangunan PPM masih disewakan sehingga April

2014 kepada Syarikat Muzik Express. Tingkat atas terlalu uzur untuk disewakan, dan bangunan adalah dalam proses penjualan.

3.1.15 Peraturan PPM yang ke 4, Garis Panduan Portal dan Media Sosial PPM telah diluluskan

untuk diterima pakai pada Mesyuarat Majlis Bil. 1/2014. Prosedur Kewangan, Prosedur Penganjuran Aktiviti dan Prosedur Pendaftaran Keahlian melalui proses semakan dan seterusnya pindaan akan dibuat.

3.1.16 Jalinan hubungan dengan organisasi kebangsaan, serantau dan antarabangsa:

1. IFLA – PPM ialah ahli IFLA no. MY001. Secara automatik PPM berdaftar dalam Management of Library Associations Section dan Regional Section Committe for Asia and Oceania. Bagi pilihan dua seksyen percuma, PPM mengekalkan keanggotaan dalam seksyen Education and Training dan Literacy and Reading. Penglibatan semasa ahli PPM adalah seperti berikut:

i. RSCAO a. Puan Rashidah Begum (L 037) – Advisor; Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd.

Saad (L 028) – Standing Committee Member (sehingga 9 Disember 2013); dan Prof. Madya Dr. Diljit Singh (P 0068) – Sub-region Chair (South East Asia).

Page 6: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 6

b. Selepas tahun 2001, Malaysia ditawarkan sekali lagi sebagai tuan rumah RSCAO Mid Term Meeting yang berlangsung pada 17-18 Februari 2014 di Petroleum Resource Centre, KLCC, dengan komitmen oleh Almarhum Dr. Mohd. Sharif dan kerjasama oleh mantan Ahli Majlis, En. Azahar Mohd. Noor (P 1432). Mesyuarat disusuli dengan International Seminar on Library Consortia and Community Engagement, anjuran bersama Yayasan Kepimpinan Perdana. Dato’ Dr. Zaiton Osman (Presiden 1984/1985), Dr. Nor Edzan Che Nasir (Naib Presiden II) dan Puan Engku Razifah Engku Chik (Pengerusi JK Kumpulan Perpustakaan Perubatan) turut menyampaikan pembentangan. Buku program sempena mesyuarat dan seminar memuatkan artikel Malaysia and the IFLA Asia-Oceania Section oleh Puan Rashidah Begum (L 037) dan In memory of Mohd. Sharif Mohd. Saad (1958-2013): IFLA Regional Section of Asia and Oceania Standing Committee Member (1999-2003—RTMLA, 2003-2007, 2009-2013, 2013-2017) oleh Puan Balqis Suja’ (P 0415).

c. Ahli Majlis, Cik Rohaya Umar dan Puan Hashimah Mohd. Yusoff mewakili Presiden

dan seorang jawatankuasa kanan ke perkumpulan kali kedua Building Strong Library Association, pada 4-7 Mac 2014 di Jakarta. Pada akhir program tersebut, peserta Malaysia mengemukakan rancangan tajaan projek bagi menyediakan latihan untuk jurulatih literasi maklumat kepada guru-guru sekolah menengah Malaysia.

ii. School Libraries Section – Prof. Madya Dr. Diljit Singh (P 0068) sebagai

Corresponding member.

iii. IFLA Section on Newspaper – Encik Abdul Rahman Sudin (P 0550) sebagai Standing Committee member.

2. Congress of Southeast Asian Librarians – Jemputan kepada Presiden dan Setiausaha

ke 1st Executive Board Meeting CONSAL XVI pada 8-10 Mei 2013 diwakili oleh Puan Maimunah Kadir dan Puan Balqis Suja’, manakala mesyuarat 2nd CONSAL XVI pada 7-9 Mei 2014 akan diwakili oleh Dr. Nor Edzan dan Puan Hasnita Ibrahim.

3. PPM mempunyai wakil dalam sembilan pihak berkuasa / Lembaga Perpustakaan

Awam Negeri kecuali di Johor, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Tiada jemputan mesyuarat dilaporkan bagi Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.

4. Dalam sektor pengajian tinggi, agensi kerajaan dan industri yang relevan, PPM

mempunyai wakil dalam JK Penasihat Kurikulum Fakulti Pengajian Maklumat UiTM. Tiada jemputan mesyuarat dari UiTM dilaporkan.

5. Dalam sektor profesional, PPM telah menerima pengesahan sebagai ahli korporat

Malaysian Institute of Management pada 17.09.2013.

3.1.17 PPM telah membentuk pelan strategik 2014-2016, yang telah diedarkan sebagai kertas mesyuarat agung.

3.1.18 Aktiviti pembangunan profesion dan kerjaya meliputi: i. Lawatan Penandaarasan ke Hong Kong (27-30 Januari 2013) ii. Seminar Library Technology Update (19 Februari 2013) iii. Creative and Critical Thinking Course (19-20 Februari 2013) iv. Kursus Asas Pembantu Perpustakaan, Siri 1/2013 (18-21 Mac 2013) v. Course on Communication Excellence for Library and Information Services (29-30 Mei 2013)

Page 7: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 7

vi. Cataloguing Colloquium (1) – Subject Access and Authority Control: Process and Experience (29-30 Mei 2013).

vii. Bengkel Sejarah Lisan 2013 (24-26 Jun 2013) viii. Workshop on Advanced Internet Searching (3-4 Julai 2013) ix. English for Library Personnel (22-24 Oktober 2013) x. Pakej ke OCLC Asia Pacific Regional Council Fifth Membership Conference (5-9 Oktober 2013)

xi. Kursus Asas Pembantu Perpustakaan, siri 2/2013 (25-28 November 2013) xii. International Seminar on Library Consortia and Community Engagement (19 February 2014)

3.1.19 Aktiviti advokasi perpustakaan dan masyarakat meliputi: i. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 – Susulan maklumbalas rasmi

kepada YAB Menteri Pendidikan, surat pembaca disiarkan berjudul Literasi Maklumat Dalam Pendidikan, Berita Harian 10 Januari 2013.

ii. Program Literasi Maklumat, anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana pada 21 September 2013 – PPM mewakilkan ahli Majlis, Puan Balqis Suja’ dan En. Azlan Mohd. Hamzah sebagai hakim pertandingan.

iii. Program Qurban di Kemboja pada 16-19 Oktober 2013, diketuai oleh Almarhum Dr. Mohd. Syarif. Pembentangan slaid akan dibuat oleh Puan Hasnita Ibrahim pada sesi perkongsian selepas mesyuarat agung selesai.

3.1.20 Aktiviti perhubungan anggota dan hubungan komuniti:

i. Jamuan persaraan En. Chew Wing-Foong, Mantan Presiden 1993/95 & 1995/97, pada 19 Mei 2013.

ii. Bengkel Penganjuran Aktiviti, 17 September 2013. iii. Meraikan lawatan oleh pustakawan dari Brunei, 5-7 November 2013. iv. Majlis tahlil pertama untuk Allahyarham Dr. Mohd. Sharif pada 14 Disember 2013,

dan kedua sempena Sanggar Tahunan PPM pada 25 Januari 2014. v. Tuan rumah Mid term Meeting IFLA-RSCAO Committee, 17-18 Februari 2014 3.1.21 PPM berjaya mengekalkan penerbitan berkala yang konsisten, Jurnal PPM Jilid 7, 2013

dan Berita PPM, Jan-Jun 2013 & Julai-Disember 2013. 3.1.22 Penerbitan monograf bertambah dengan pelancaran buku gedenschrift Cabaran

Pembangunan Perpustakaan: Esei-esei Memperingati Shahar Banun Jaafar dan Shahaneem Hanoum Dadameah dan Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan.

3.1.23 Aktiviti dalam tindakan dan cadangan 2014 turut dilaporkan bagi memaklumkan

perancangan Majlis PPM semasa berkaitan program dan aktiviti akan datang. 3.2 Setelah diperbahaskan, laporan dilulus dengan sebulat suara dan terima pakai dengan

pindaan ejaan nama berikut: perkara 26 & 27 – “Dilgit Singh” kepada “Diljit Singh”. Mesyuarat mengambil perhatian kepada perkara berikut: 1. Mesyuarat bersetuju meminda susunan Ahli majlis atas cadangan Dato’ Zawiyah

Baba (L 035) berkenaan kedudukan Mantan Presiden Terkini yang patut dilaporkan dalam kategori ‘jawatan yang diperuntukkan’, dan bukannya ‘Ahli Majlis yang dilantik’ seperti pada laporan asal.

2. Dato’ Dr. Zaiton Osman (L 042) membangkitkan jumlah ahli profesional 1265

berbanding 494 yang membayar yuran tahun 2013. Beliau menyarankan Majlis PPM yang baru mengambil perhatian agar jumlah yang membayar boleh dipertingkatkan.

Page 8: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 8

3. Puan Rizalawati Ayu Abdul Razak (P 0792) mencadangkan sewajarnya keutamaan menjadi ahli oleh pengurusan institusi-institusi besar perpustakaan. Portal PPM membantu jika semakan keahlian merangkumi juga status pembayaran yuran.

4. Puan Ramlah Khalid (P 0396) mencadangkan projek ahli mencari ahli, sekurang-

kurangnya satu bagi setiap seorang ahli. 5. Puan Siti Sumaizan Ramli (P 0446) mencadangkan perpustakaan mengambil berat

untuk menjadi ahli institusi dan institusi gabungan. Jumlah ahli institusi masih sangat kecil jika dibandingkan dengan jumlah perpustakaan di Malaysia.

6. Kepada soalan Dato’ Zawiyah Baba (L 035) berkenaan akses kepada pangkalan data ahli melalui portal PPM, Ahli Majlis yang juga Pengerusi JKT Promosi dan keahlian, Encik Mohd. Zaihan Husin (P 1096) menjelaskan sesiapa saja boleh menyemak keahlian dengan menaip nama yang sepadan dalam pangkalan data. Beliau turut megumumkan pelan naik taraf pangkalan data yang sedang dijalankan.

7. Prof. Madya Fuziah Mohd. Nadzar (L 044) mencadangkan ahli pelajar di semua Jabatan Sains Perpustakaan di institusi pengajian tinggi dipertingkatkan. Oleh kerana tiada peruntukan bagi PPM mewajibkan sebarang pendaftaran, program ini boleh diusahakan secara pentadbiran dengan mensyaratkan pelajar menjadi ahli.

8. Datin Siti Salbiah Raduan (P 0542) mencadangkan disediakan kemudahan pembaruan keahlian dan yuran secara atas talian. Berhubung kemudahan membayar yuran secara online, Pengerusi menjelaskan PPM telah mengambil tindakan tetapi didapati PPM tidak layak membangunkan kemudahan tersebut kerana nilai transaksi yang tidak mencapai syarat minima. Ahli boleh mendepositkan yuran dalam akaun PPM dan menghantar bukti pembayaran ke pejabat PPM.

9. Majlis PPM bersetuju mempertimbang dan memperhalusi cadangan Dato’ Zawiyah Baba (L 035) agar keahlian pelajar disyaratkan dalam pencalonan pelajar terbaik.

10. Puan Faridah Md. Amin (P 0609) mencadangkan penggunaan kod awalan yang bukan saja nemonik tetapi selaras dari segi ambilan bahasa. Beliau secara khusus menyebut huruf ‘M’ bagi kategori ahli institusi. Pengerusi menjelaskan huruf asal iaitu ‘I’ digantikan bagi mengelakkan kekeliruan dengan angka ‘1’. Huruf ‘M’ adalah awalan perkataan Bahasa Arab ‘Markaz’, ‘Maktab’ dan ‘Mabhath’ yang bermaksud institusi. Dato’ Zawiyah Baba (L 035) berpendapat pemilihan huruf ini adalah urusan pentadbiran sahaja dan tidak perlu diputuskan dalam mesyuarat ini.

4 Menerima serta menimbangkan penyata kira-kira 2013.

Penyata kira-kira PPM yang telah diaudit bagi Tahun berakhir 31 Disember 2013 telah dibentangkan oleh Bendahari. PPM memperoleh lebihan pendapatan RM 50,401.03 berbanding RM 124.334.83 (2012); dan perbelanjaan berkurangan kepada RM 405,191.90 berbanding 442,805.77 (2012). Aset semasa bersih berjumlah RM 1,711,065.95 berbanding RM 1,651,464.92 (2012), sementara jumlah asset meningkat daripada RM 1,940,097.32 (2012) kepada RM 1,990, 498.35.

4.1 Perbincangan ke atas penyata kewangan.

Page 9: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 9

1. Datin Siti Salbiah Raduan (P 0542) memohon penjelasan nota kepada pakej Lawatan Penandaarasan ke Hong Kong kerana terdapat defisit bagi projek ini berdasarkan penyata pendapatan 2012 & 2013 (RM 72,400) berbanding perbelanjaan 2012 & 2013 (RM 75,000).

Bendahari menjelaskan sebenarnya terdapat keuntungan dan semua pakej adalah atas asas bayaran sebelum pakej berlangsung, iaitu pada 27-30 Januari 2013.

2. Puan Rashidah Begum Fazal Muhammad (L 037) memohon penjelasan jika sewa

bangunan PPM diterima dengan betul kerana rekod menunjukkan kutipan RM 1000 (2013) dan RM 6,800 (2012), dan bagaimana kutipan ini akan diselesaikan.

Encik Kamal Sujak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bangunan memaklumkan jumlah kutipan adalah betul dan sewaan tertunggak akan dibayar dengan komisen yang melebihi hutang. Sebahagian Ahli Majlis maklum penyewa ada persetujuan lisan dengan Almarhum Dr. Mohd. Sharif bahawa sewa akan dilunaskan melalui komisen 2 % harga jualan bangunan jika penyewa dapat mencari pembeli. Penyewa semasa berjaya mendapat pembeli bagi pihak PPM.

3. Puan Puteri Saniah Megat Abdul Rahman (L 032) bertanya adakah hal berkaitan

komisen ini didokumenkan, tambahan pula tidak digambarkan dalam penyata. Pengerusi memaklumkan persetujuan komisen ini akan diperakui dan diminitkan.

Penyata tahunan termasuk penyata kira-kiranya diluluskan dan diterima pakai dengan cadangan oleh Puan Chin Loy Jyoon (P 630) dan disokong oleh Puan Nor Obaidah Abidin (P 1412).

5 Menerima serta menimbangkan cadangan usul. Pengerusi membentangkan usul bertulis tunggal yang diterima pada 20 Mac 2014:

Pencadang usul: Puan Balqis Suja’ (P 0415) Tajuk usul : PPM membentuk hubungan bersama COMLIS dengan cara PPM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, USIM dan UniSZA) mengusahakan COMLIS sebagai entiti gabungan kepada organisasi Islam antarabangsa atau serantau.

Puan Balqis memberi penjelasan rasional dan latarbelakang usul seperti yang diedarkan. Di atas cadangan Dato’ Dr. Zaiton Osman (L 042), usul ini dilulus dan diterima pakai dengan sebulat suara.

6 Melantik dua orang pemerhati Di atas cadangan Puan Hasnita Ibrahim (P 0619), adalah diputuskan bahawa MAT dengan sebulat suara melantik Dato’ Dr. Zaiton Osman (L 042) dan Dato’ Zawiyah Baba (L 035) sebagai pemerhati.

7 Melantik seorang atau lebih juruaudit kehormat MAT memutuskan melantik dua juruaudit kehormat, Puan Faridah Talib (P 1434), melalui cadangan oleh Puan Hashimah Mohd. Yusoff (P 0470) dan disokong oleh Puan Habsah Abdul Rahman (P 0228); dan Encik Hasbullah Atan (P 380), melalui cadangan oleh Dato’ Zawiyah Baba (L 035) dan disokong oleh Dato’ Abdullah Kadir Baca (P 0152).

Page 10: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 10

8 Hal-hal lain

Mesyuarat mengambil perhatian mengenai perkara berikut dan akan dibincangkan oleh Majlis akan datang. 1. Emel korporat PPM – Di atas cadangan Dato’ Abdullah Kadir Baca (P 0152) untuk

PPM mengusahakan emel korporat menggunakan platform gmail dengan PPM sebagai domain, perkara ini akan diperhalusi dan diputuskan oleh Majlis akan datang.

2. Pelan Strategik PPM – Mesyuarat mengambil perhatian dan setuju Majlis yang baru

mengambil tindakan susulan berhubung pemerhatian Dato’ Abdullah Kadir Baca (P 0152) yang menyatakan sinar PPM dalam industri seolah-olah malap jika disorot dengan pencapaian yang pernah diraih. Untuk pencapaian yang lebih tinggi, aspek value chain perlu digarap dalam perancangan yang digubal. Pendekatan value chain perlu diterapkan untuk mengembangkan keunggulan kompetitif dengan kefahaman bahawa penghasilan dapat dimanfaatkan oleh generasi pengamal akan datang dan bukan oleh PPM semata-mata. Beliau mencadangkan semakan pelan strategi yang sepadu dan berwawasan, dengan mengambilkira input daripada pihak-pihak berkepentingan dan ahli berpengalaman.

Dato’ Dr. Zaiton Osman (L 042) menyokong dengan mencadangkan diadakan bengkel sumbang saran antara pustakawan lama dan pustakawan muda.

3. Dato’ Zawiyah Baba (L 035) mencadangkan tiga perkara berdasarkan ucapan

perasmian oleh YBhg. Tan Sri Arshad Ayub: i. Menghidupkan semula daftar persatuan bagi kemasukan nama ahli.

Berhubung perkara ini, Pengerusi memaklumkan siaran nama untuk maklumat awam dalam penerbitan berkala PPM boleh diperhalusi. Selain itu, Majlis sudah meluluskan cadangan buku Malaysian Who’s Who in Librarianship, with a list of PPM Members, oleh Puan Balqis Suja’ (P 0415).

ii. Melihat kembali peruntukan mengawal selia profesion yang dikatakan pernah

dicadangkan dalam draf Akta Perpustakaan Negara. Perpustakaan Negara Malaysia dimohon melihat bagaimana perkara ini boleh ditambah supaya PNM boleh mengambil tindakan membantu mendaftarkan pustakawan profesional.

Hajjah Nafisah Ahmad (L 050), Mantan Naib Presiden I, memaklumkan bagi pihak PNM, akan mencari dan meneliti maklumat berkaitan pengawalseliaan.

iii.PPM menubuhkan Unit Konsultansi, antaranya untuk membantu pengesanan

koleksi perpustakaan persendirian tokoh atau personaliti nasional untuk diintegrasikan dalam koleksi kebangsaan.

4. Dr. Zahidi Dato’ Zainul Rashid (P 0169) mencadangkan PPM melihat isu-isu

perjawatan di perpustakaan awam. Usaha boleh dimulakan dengan bengkel bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dengan bantuan tokoh politik yang ada hubungan dengan industri kepustakawanan seperti YB Dato’ Ismail bin Haji Abdul Mutalib, bekas ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Cik K. Bathmavathi, Senator OKU dan bekas pustakawan. Perhatian perlu diambil untuk digerakkan isu ini di semua peringkat yang berkenaan.

Page 11: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 11

5. Cik Shamsiah Abu Bakar (P 1619) mencadangkan PPM turut memperjuangkan kenaikan pangkat secara time-based kerana jawatan hakiki terlalu terhad. Dr. Nor Edzan Che Nasir (P 0504) menjelaskan walaupun objektif PPM adalah memperjuangkan profesion dan bukan perjawatan, beliau bagi pihak UM memaklumkan usaha membawa cadangan ini ke pihak pengurusan UM telah dibuat dan bolehlah dianggap sebagai test case. Bergantung kepada situasi, PERPUN & PPM boleh mengetengahkan hal ini sebagai satu kumpulan dan bukan sebagai satu organisasi semata-mata. Hajjah Nafisah Ahmad (L 050) pula memaklumkan PNM sudah membawa perkara ini kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta sudah mendapat sokongan, dan cadangan kenaikan secara time-based dianggap selesai. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan dan kemungkinan akan ada penghasilan positif.

9 Usul terima kasih kepada Majlis PPM 2012/2014

Di atas cadangan Puan Thami Munisah Yusoff (P 0329) dan disokong oleh Puan Puteri Saniah (L 032), MAT memutuskan untuk merakamkan usul terima kasih dan tahniah kepada Majlis PPM masing-masing yang telah berkhidmat dan memberi sumbangan selama dua tahun.

10 Pengumuman keputusan pemilihan

1. Pegawai pemilihan PPM 2014/2016, En. Kamal Sujak mengucapkan terima kasih kepada ahli yang telah melaksanakan tanggungjawab mengundi. Beliau menyampaikan maklumat pemilihan, iaitu:

Tarikh tutup (10 Mac 2014): 7 borang terkumpul bagi pencalonan Jumlah calon: 23 orang Mendapat pencalonan tetapi tidak setuju bertanding: Puan Maimunah Kadir (L 045) – Presiden

En. Kamal Sujak (P 048) – Naib Presiden II & Bendahari Kehormat Puan Balqis Suja’ (P 0415) – Naib Presiden II Encik Japri Bujang Masli (P 0812) – Ahli Majlis Encik Juhari Md. Daud (P 1386) – Ahli Majlis Puan Zaharah Ramly (P 0543) – Ahli Majlis Hajjah Faridah Muda (P 1104) – Ahli Majlis

Jumlah ahli layak mengundi: 535 Jumlah kertas undi diterima: 134 Jumlah undi rosak: 9 Keputusan dan jumlah undi 4 pemegang jawatan utama dan 6 Ahli Majlis: Presiden: Dr. Nor Edzan Che Nasir (P 0504) – Menang tanpa bertanding

Naib Presiden I: Puan Hasnita Ibrahim (P 0619) – 74 Dr. Zahidi Dato’ Zainul Rashid (P 0169) – 51 Naib Presiden II: Dr. Basri Hassan (P 0483) – 83 Puan Hasnita Ibrahim (P 0619) – 43 Bendahari Kehormat: Cik Rohaya Umar (P 0651) – 93 Cik Sarifah Abdullah (P 0438) – 32 Ahli Majlis: 1. Encik Azlan Mohamad Hamzah (P 0821) – 102 2. Puan Siti Sumaizan Ramli (P 0446) – 89 3. YM Engku Razifah Engku Chik (P 0522) – 85 4. Puan Ratnawati Sari Mohamad Amin (P 1074) – 78 5. Cik Nurul Sha’adah A. Kalam (P 1430) – 73

Page 12: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 12

6. Puan Khasiah Zakaria (P 0795) – 70 7. Puan Asmany Aza Ahmad (P 0697) – 69 8. Puan Shamsiah Abu Bakar (P 1619) – 50 9. Puan Ruzita Kamis (P 1258) – 41 Pembantu pemilihan: Puan Fatimah Syam @ Noor Azleen A. Gani (P 0803) – Ahli Majlis Puan Faridah Talib (P 1434) – Pemerhati pilihanraya Puan Rosnah Suliman (P 0870) – Pemerhati pilihanraya Cik Nurul Iqtiani Ahmad (P 1668) – Pengira undi Cik Wan Nur Hafizah Wan Ismail (P 1638) – Pengira undi Puan Nor Shamsinar Baharom (P 1441) – Pengira undi.

2. Ucapan penerimaan Presiden PPM 2014/2016 Dr. Nor Edzan Che Nasir mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang

memberi kepercayaan kepada Majlis yang baru. Beliau memaklumi tanggungjawab menerajui PPM semakin mencabar dengan isu-isu semasa sama ada yang tersirat atau yang telah dibangkitkan. Kerjasama daripada mantan Majlis PPM dan pemahaman semua ahli sangat penting bagi menjamin kelancaran kepimpinan dan pengurusan PPM.

11. Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mengharapkan sokongan dan sumbangan yang berterusan daripada ahli demi kemajuan dan martabat profesion. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada Dr. Nor Edzan dan barisan Majlis yang baru, serta terima kasih kepada Majlis semasa yang telah bekerja keras untuk PPM. Beliau seterusnya mengumumkan pembubaran Majlis 2012/2014. Memandangkan tiada perkara lain untuk dibincangkan, Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:20 dengan dirakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi mesyuarat di atas cadangan Puan Norma Abu Seman (L 022).

Disediakan oleh: BALQIS BINTI SUJA’ Setiausaha Kehormat PPM Saya mengesahkan minit ini sebagai rekod sebenar Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia yang telah diadakan pada 14 April 2014. MAIMUNAH KADIR Pemangku Presiden PPM

2 Mei 2014

Page 13: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 13

Lampiran 1

Mesyuarat Agung Tahunan 2014 Persatuan Pustakawan Malaysia

SENARAI KEHADIRAN

Ahli seumur hidup dan ahli profesional

No. Nama No. ahli Institusi

1. A. Azli Abd Rahim P 0700 Perpustakaan Negara Malaysia

2. Abdullah Kadir Bacha, Datuk P 0152 Puncak Semangat Sdn. Bhd.

3. Adida Mohd. Amin P 1131 Universiti Malaya

4. Adlina Norliz Razali P 1512 Universiti Malaya

5. Abrizah Abdullah P 0914 Universiti Malaya / FSKTM

6. Akiza Roswati Abdullah P 1513 Universiti Putra Malaysia

7. Adnan Rizal b. Haris @ Harib P 1355 Yayasan Kepimpinan Perdana

8. Ahmad Abdul Wafi b. Abd.Karim P 1245 Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, UPNM

9. Amir Hussain Md Ishak P 0272 Universiti Putra Malaysia

10. Aripah Mohamad P 0266 Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM

11. Aishahtun Abdul Majid P 1244 Universiti Sains Islam Malaysia

12. Azhari bin Zaihadi P 1532 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

13. Azian Edawati Zakaria P 0824 Perpustakaan UPM

14. Azizah Zainal Abidin P 0441 Perpustakaan UPM

15. Azlan Mohamad Hamzah P 0821 Ahli Majlis / Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM

16. Azariah Ahmad P 0767 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

17. Azrizal bin Ismail P 1510 Perpustakaan Universiti Malaya

18. Balqis binti Suja’ P 0415 Ahli Majlis /Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

19. Basri Hj. Hassan P 0483 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

20. Chew Wing Foong L 049 Pesara

21. Chin Loy Jyoon P 0630 Perpustakaan Negara Malaysia

22. Engku Razifah Engku Chik P 0522 Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian

23. Faridah Md. Amin, Hajah P 1434 Universiti Teknikal Malaysia (UTEM)

24. Faridah Muda P 0609 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

25. Faridah binti Talib P 1104 Juruaudit / Universiti Teknologi MARA (UiTM)

26. Fatimah Syam@ Noor Azleen bte. A. Gani P 0803 Ahli Majlis/ Pusat Sumber PETRONAS

27. Fatimah Zahrah @ Aishah Amran P 0539 Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Page 14: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 14

28. Fuziah Mohd Nadzar, Prof. Madya L 044 Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM

29. Habsah Abdul Rahman P 0228 Pengerusi JK / Perpustakaan USM

30. Hanani Fauzi P 1357 Universiti Malaya

31. Hana Imam Supa’at P 0732 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

32. Hanie Azyyati Abdul Jamil P 1597 Universiti Utara Malaysia

33. Hasbullah Atan P 0380 Al-Bukhary International University

34. Hashimah Mohd. Yusoff P 0470 Ahli Majlis / Pusat Sitasi Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi

35. Haslan Tamjehi P 0975 Universiti Malaya

36. Haslawati Maamor P 0704 Universiti Putra Malaysia

37. Haslina Abu Seman P 0618 Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM

38. Hasmida Salleh P 0984 Universiti Sains Islam Malaysia

39. Hasnita Hj. Ibrahim P 0619 Ahli Majlis / Perpustakaan BERNAMA

40. Hikmah Hassan P 1353 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

41. Japri Bujang Masli P 0812 Pengerusi Kumpulan / Pustaka Negeri Sarawak

42. Jasmin Jaimon P 0749 Universiti Sains Islam Malaysia

43. Juhaida Abd Rahim P 0854 Perpustakaan Universiti Malaya

44. Kamal bin Sujak P 0488 Ahli Majlis / Perpustakaan Universiti Multimedia

45. Khasiah binti Zakaria P 0796 Juruaudit / Universiti Teknologi MARA

46. Latifah Ramli P 1387 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

47. Lisdar Abdul Wahid P 0859 Universiti Malaya

48. Maimunah binti Kadir L 045 Ahli Majlis / Perpustakaan Perdana University

49. Marhaniza Abdul Halim P 0920 Universiti Sains Islam Malaysia

50. Marlina Jaafar P 1476 Perpustakaan UNISZA

51. Masfaliza Masmuda P 0744 Perpustakaan BERNAMA

52. Maznah Zakaria P 0903 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

53. Mazyana Hashim P 1163 Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM

54. Md. Yazid Muji P 1594 UNITEN

55. Mohamad Jefri Mohamed Fauzi P 1516 Perpustakaan UPM

56. Mohammed Dzulkarnain Abdul Karim P 0728 Perpustakaan UPNM

57. Mohammed Zaki Abd Rahman P 1304 Universiti Malaya

58. Mohd Azli Wandi P 1705 PICOMS

59. Mohd Dasuki Sahak P 1452 Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

60. Mohd Ismail bin Abidin P 1203 UiTM

61. Mohd Hanafi Mohamed P 1617 Perpustakaan KUIS

Page 15: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 15

62. Mohd Kamil Abdullah P 1194 Perpustakaan UMS

63. Mohd Nor Ahmad P 0711 Universiti Utara Malaysia

64. Mohd. Faizal Hamzah P 1351 Universiti Malaya

65. Mohd. Zaihan Husin P 1096 Ahli Majlis/ Universiti Teknologi MARA

66. Muhammad Faizal Abdul Aziz P 0778 Universiti Malaya

67. Nafisah Ahmad L 050 Perpustakaan Negara Malaysia

68. Najibah Abu Bakar P 1507 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

69. Nazaleeza Hassan P 1622 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

70. Narwani Mahmood P 0604 Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia

71. Noor Hasanah Mohd Hanafi P 1366 Universiti Malaya

72. Nor Azzah binti Momin P 0654 Perpustakaan USIM

73. Nor Chempawan Mat Abu P 1620 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

74. Nor Edzan binti Che’ Nasir, Dr. P 0504 Ahli Majlis / Universiti Malaya

75. Nor Hayati Yusof P 0931 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

76. Nor Shamsinar Baharom P 1441 Perpustakaan Negara Malaysia

77. Nor Sahlawaty Halim P 1083 Suruhanjaya Sekuriti

78. Norafidah Muhamad Wirsat P 1352 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

79. Noraini Saidin P 0607 Perpustakaan Negara Malaysia

80. Noraslinda Sanusi P 1350 Universiti Malaya

81. Norazila Ahmad Palal P 1076 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

82. Norbaizura Haji Malek P 0761 Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM

83. Norleen Abdul Rashid P 0838 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

84. Norliza Mohd Nordin P 0670 Kementerian Kewangan Malaysia

85. Norma Abu Seman L 022 Pustakawan sambilan

86. Norsham binti Muslim P 0036 Pesara

87. Norma bt. Abdullah @ Omar P 0766 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

88. Nur Obaidah binti Abidin P 1412 Perpustakaan Negara Malaysia

89. Nur’Aini Abu Bakar P 0587 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

90. Nurul Aizan Muner P 1627 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

91. Nurul Iqtiani Ahmad P 1668 Multimedia University

92. Nurul Sazrina Mohd Shukor P 1410 Malaysian Productivity Corporation

93. Nurul Sha’adah Abdul Kalam P 1430 Pusat Sumber PETRONAS

94. Putri Saniah Megat Abdul Rahman L 032 Pesara

95. Ramlah Haji Khalid P 0396 Pesara UKM

Page 16: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 16

96. Rashidah Begum Fazal Mohamed L 037 Kolej Distedt

97. Ratnawati Sari Mohamad Amin P 1074 Perpustakaan UM

98. Rizalawati Ayu Abdul Razak P 0792 Perpustakaan Hamzah Sendut, USM

99. Rohaizah Jaafar P 1265 Universiti Malaya

100. Rohani Othman P 1107 Pengerusi Kumpulan / UniSZA

101. Rohaya binti Umar P 0651 Ahli Majlis / Universiti Kebangsaan Malaysia

102. Roslin Muhiddin P 0407 Malaysia Productivity Corporation

103. Ruzilah binti Ehsan P 0623 Perpustakaan Agensi Nuklear Malaysia

104. Sakinah Kamaludin P 1114 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

105. Salleh Hudin Mustaffa P 0524 Pengerusi Kumpulan / Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM

106. Salmah Abdullah P 0691 PSAS, UPM

107. Sanizan Sardzi P 989 Universiti Sains Islam Malaysia

108. Sarifah Abdullah P 0438 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

109. Shamsiah Abu Bakar P 1619 Universiti Malaya

110. Sharifah Nor Ashikin Syed Mohd Pisal P 1108 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

111. Sharimah Salleh P 0692 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

112. Sharon Manel de Silva P 0680 ASTRO

113. Siti Juryiah Mohd Khalid P 1305 Universiti Malaya

114. Siti Razimah binti Mohd Noor P 0595 Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM

115. Siti Salbiah Raduan P 0542 Wisdom Synergy Consulting

116. Siti Saliha Mohamed Said P 1347 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

117. Siti Sumaizan binti Ramli P 0446 Ahli Majlis / UPSI

118. Suparman Sukri P 1606 Universiti Utara Malaysia

119. Sutarmi Kasimun P 0625 Universiti Malaya

120. Suzliana Abdul Hamid P 0926 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

121. Sofia Osman P 0902 Perpustakaan Negara Malaysia

122. Syed Salim Agha Azmatullah L 002 Pemegang Amanah PPM

123. Thami Munisah Yusoff P 0329 Asia e-University

124. Wan Ali Wan Mamat, Dr. P 0192 Ahli Majlis/Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

125. Wan Nur Hafizah Wan Ismail P 1638 KPAKK

126. Yafiza Abdul Halim P 1267 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

127. Zahidi bin Dato’ Zainol Rashid, Dr. P 0169 Ahli Majlis

128. Zahir bin Yahya P 1631 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

129. Zainuddin Tasiman P 1630 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Page 17: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 17

130. Zaiton Osman, Dato’ Dr. L 042 Universiti Malaya

131. Zarenah binti Wagino P 0620 Perpustakaan UPM

132. Zuhaini Abdul Samad P 0938 Universiti Putra Malaysia

133. Zawiyah Baba, Dato’ L 035 Akademi Tamaddun Melayu, UKM

Ahli penuntut, institusi, dan gabungan (institusi dan individu)

134 Alia Mohamed Firdaus A 651 Ahli pelajar, USIM

135 Azizi bin Jantan I 125 PTAR UiTM

136 Aznizultina Md Nazar I 221 Universiti Putra Malaysia

137 Azraai Abidin I 213 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

138 Geeta Albert I 125 Paradigm System

139 Gina Phan I 168 VTLS Technologies Sdn. Bhd.

140 Harizam Mahalil A 797 Knowledge Centre, Malaysian Insurance Institute

141 Hazrawati Mustapha I 023 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

142 Liza Abdullah I 221 Universiti Putra Malaysia

143 Low Wan Foong I 218 Excel Envirotech Resources

144 Noor Jasmin bin Jumhor A 826 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

145 Nor Allia Askandar I 198 Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM

146 Norkhairul Nizam M. Sadon A 830 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

147 Norulnadiah Mohamed Salleh I 143 Electric Library (M) Sdn. Bhd. (ABDA Computers)

148 Noruta Mat Juni I 217 Halal Industry Development Corporation

149 Nur Izzani I 068 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

150 Rozainees Kamaruddin A 825 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

151 Roziana Shamsuri I 221 Universiti Putra Malaysia

152 Rusniah Sayuti I 221 Universiti Putra Malaysia

153 Shaharuddin Ajam I 163 Nijuyon Sdn. Bhd

154 Susan Ooi A 558 Access Dunia Sdn. Bhd.

155 Syahrulhaida Yahya I 097 MPOB

156 Wan Ahmad Hanis bin Wan Yahya A 811 Ahli pelajar FPM, UiTM Kedah

157 Wan Hanis Kamaruddin I 198 Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM

158 Wan Syazlirawani Wan Islam I 223 MTIB

159 Zurianti binti Zulkifli A 827 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Pemerhati

160 Abd. Razak Husin UIA

161 Azman bin Hashim Universiti Malaysia Kelantan

Page 18: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 18

162 Mardhiah Md. Zin, Datin MAR Innovations

163 Mazlan Md. Saad Jemputan Rasmi

164 Nur Izyan Mohd. Nadzri UiTM – (Pemenang)

165 Ruzaimah Mohammed Zain IIUM – (Pemenang)

166 Siti Mawarni Salim Universiti Malaya

167 Zanaria Saupi Udin Universiti Malaya

168 Wakil Pameran Carikata

169 Wakil Pameran Refrex

Tidak hadir dengan kenyataan

1 Raslin bin Abu Bakar, Dato’ P 0393 Ahli Majlis / Perpustakaan Negara Malaysia

Page 19: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 19

Lampiran 2 MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2014 A. Ucapan alu-aluan oleh Presiden PPM

Puan Maimunah Kadir selaku Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan PPM 2014 telah menyampaikan ucapan berikut: 1. Beliau mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat, YBhg.

Tan Sri Arshad Ayub, yang telah sudi menerima jemputan PPM, serta semua hadirin ke upacara perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPM kali ke-58. Penghargaan dan terima kasih juga kepada wakil keluarga Almarhum Dr. Mohd. Sharif, Encik Mazlan Md Saad, semua ahli dan para hadirin. Kehadiran yang memberangsangkan merupakan lambang komitmen dan harapan pustakawan Malaysia untuk bersama memajukan profesion. Mesyuarat Agung tahun ini merupakan sesuatu yang istimewa dengan kesudian dan kehadiran YBhg. Tan Sri Arshad Ayob, pemula kursus Sains Perpustakaan di Malaysia. Tahun 2013 merupakan tahun yang padat dengan aktiviti kerana di peringkat induk saja, sepuluh program kursus dan seminar telah dijayakan, dan tiga pakej ke luar negara yang merangkumi program Qurban di Cambodia.

2. Pada Februari lepas, PPM telah mewakili Negara sebagai tuan rumah untuk RSCAO

Mid-Term Meeting yang diikuti dengan International Seminar on Library Consortia and Community Engagement. PPM mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Perpustakaan PETRONAS dan Yayasan Kepimpinan Perdana atas kemurahan hati menyediakan venue dan segala sokongan bagi merealisasikan mesyuarat dan seminar yang diadakan. Tidak lupa diiucapkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Presiden PPM, Puan Rashidah Begum sebagai penasihat semasa RSCAO yang telah membantu dari segi penyelarasan. Terima kasih juga kepada Dr. Diljit Singh atas segala bantuan dan penglibatan berurusan dengan ahli mesyuarat RSCAO dari luar Negara.

3. Di sebalik kejayaan Program RSCAO tersebut, ia sebenarnya diuruskan dalam keadaan Ahli

Majlis masih terkejut dan amat bersedih dengan pemergian arwah Dr. Mohd. Sharif, Presiden PPM yang dikasihi. Dr. Sharif telah meninggalkan kita pada 9 Disember 2013 pada usia 56 tahun. Arwah sebagai ahli jawatankuasa tetap RSCAO telah merancang program tersebut sejak Ogos 2013 tetapi tidak bersama-sama pada saat penganjurannya. Kehilangan Arwah turut dirasai oleh ahli mesyuarat RSCAO melalui nota takziah mereka yang telah diterbitkan dalam Berita PPM keluaran khas belasungkawa Dr. Sharif.

4. Kegigihan Dr. Sharif dan segala sumbangan arwah terhadap kepustakawanan Malaysia

dimenifestasikan dengan pemilihan arwah sebagai Tokoh Pustakawan Malaysia 2013, anugerah berprestij 2-tahun sekali oleh PPM. Namun, tiada apa yang dapat menggantikan penghargaan yang selayaknya untuk arwah, melainkan doa dan Fatihah yang berpanjangan agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang salih.

5. Pemangku Presiden merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada Perpustakaan

Universiti Malaya yang bermurah hati dengan venue dan segala kemudahan dalam menyediakan tempat dan menjayakan aturcara MAT tahun ini.

6. PPM juga berbesar hati atas kesudian Perpustakaan Universiti Malaya menjadi

penganjur bersama untuk seminar setengah hari “Seminar Amalan Terbaik Perkhidmatan Perpustakaan 2014” yang akan berlangsung pada sebelah tengahari. Seminar ini memberi peluang perpustakaan-perpustakaan yang pernah memenangi Anugerah Perpustakaan Cemerlang memperkenalkan kemenangan mereka dan

Page 20: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 20

sorotan selepas anugerah. PPM mengucapkan terima kasih di atas kesudian pembentang berikut:

i. Encik Azizi Jantan, Pustakawan Kanan / Fasilitator Kumpulan TITANUM –

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM (Kategori Besar 2009) ii. Puan Sharimah Mustapha, Pengarah – Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau

Pinang (Kategori Sederhana 2011) iii. Cik Nurul Sha’adah A. Kalam, Pustakawan – PETRONAS Resource Centre (Kategori

Sederhana 2005) iv. Puan Hasnita Ibrahim, Pengurus Perpustakaan & InfoLib BERNAMA – Wakil PPM

untuk pembentangan Program Qurban di Cambodia v. Encik Noor Hidayat Adnan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik

– Montaj & Prosiding Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013 7. Penghargaan juga kepada pempamer yang turut memeriahkan MAT dengan pameran

produk perpustakaan oleh dua pembekal iaitu Carikata E-Kamus Sdn. Bhd. dan Refrex Sdn. Bhd.

B. Ucaptama sempena mesyuarat agung

Ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Arshad Ayub mengandungi antaranya:

8. Ucapan terima kasih atas jemputan, dan tahniah atas penganjuran mesyuarat agung ini. Beliau turut mengucapkan takziah kepada wakil keluarga Arwah Dr. Mohd. Sharif dan PPM atas berpulangnya Dr. Mohd. Sharif ke rahmatullah. Tambahnya, majlis ini adalah lambang penglibatan langsung dan berstruktur pustakawan sebagai pemudahcara akses kepada sumber ilmu dan pemain utama sistem maklumat bukan sahaja di peringkat organisasi, malah di peringkat negara dan antarabangsa.

9. Seperti kebanyakan profesion lain, profesion pustakawan dan pembangunan

perpustakaan di Tanah Melayu dipelopori oleh pustakawan kolonial. Generasi awal pustakawan Malaysia menghadiri program lepasan ijazah atau kursus pendek di England bagi menduduki peperiksaan yang dianjurkan oleh Library Association. Tiga kali cadangan mengujudkan kursus sarjana muda Sains Perpustakaan ditolak oleh UM, iaitu pada 1960 dan 1965, dan 1972 untuk peringkat lepasan ijazah. Seorang pustakawan UM, W.J. Plumbe sangat bersungguh mengusulkan cadangan ini.

10. Boleh dikira pendidikan sains perpustakaan sudah dibincangkan sejak zaman Kolej RIDA

sebelum beliau menjadi Pengarah Pertama ITM dari tahun 1967 sehingga 1975. Pada masa itu hanya ITM menyediakan program profesional sedangkan pengajian tinggi di Malaysia menumpukan kepada program akademik sahaja. Hanya pada tahun 1968, melalui cadangan PPM dan pengaruh UM, ITM telah menyediakan kursus persediaan untuk pelajar Melayu menduduki peperiksaan LA.

11. Seterusnya pelajar tersebut memohon berdaftar sebagai ALA, bukan American Library

Association, tapi Associate of Library Association (LA, Great Britain). LA yang ditubuhkan pada tahun 1887 ini sudah menjadi CILIP (Chartered Institute of Library and Information Professionals) pada tahun 2002 setelah bergabung dengan Institute of Information Scientists. Pada tahun 1973, ITM pun memperkenalkan kursus 3-tahun peringkat Diploma Sains Perpustakaan.

Page 21: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 21

12. Hari ini UiTM telah mempunyai Fakulti Pengurusan Maklumat dengan pengajian LIS (Library and Information Science) sehingga peringkat PhD. UiTM telah mengisi keperluan Negara untuk melahirkan pustakawan. Hanya pada tahun 1994, UM menawarkan semula kursus Sarjana Sains Perpustakaan yang pernah tergendala. Kursus yang sama ditawarkan pada tahun 1992 oleh UIAM. Hari ini UNISEL pun ada menawarkan kursus Library Science. Malah di USIM pun ada ditawarkan minor library science dalam kursus pengajian Islam mereka.

13. Jika ditinjau dari senario LA, malah Negara maju yang lain, idea asal PPM rasanya

adalah untuk menjadi a governing body. Hari ini hal ini masih belum tercapai sebagaimana persatuan-persatuan profesional lain yang dipelopori oleh lulusan ITM atau mana-mana universiti pun. Adakah pustakawan yang sudah berjawatan tinggi, sudah menggunakan kelulusan LIS untuk menempa kejayaan tidak menyumbang ke arah memartabatkan profesion? Adakah mereka lupa diri seolah-olah semua yang dicapai adalah atas kebolehan diri semata-mata? Jika masih ramai di luar sana tidak menjadi ahli, termasuk daripada kalangan yang sudah menjadi bos, bolehkah PPM terus mensasarkan untuk menjadi suara profesion dan badan selianya?

14. Dengan penglibatan ITM dalam mengujudkan pendidikan LIS di Negara kita, beliau

menyatakan adalah antara orang yang paling gembira membaca komen-komen positif berkaitan perpustakaan. Beliau percaya perpustakaan adalah indikator kemajuan Negara. Perpustakaan harus diangkat ke tempat yang betul, bukan untuk dipertonton atau dicanang kemegahan yang kosong. Begitu juga beliau adalah antara orang yang paling sedih jika perpustakaan, terutamanya yang terkenal, mendapat komen negatif.

15. Di mana profesionalisma pustakawan? Adakah pustakawan tidak membaca, tidak ikut

convention, membiarkan ilmu cataloging berkarat, tidak peduli peranan sebagai compiler dan pengumpul khazanah ilmu Negara, atau tidak mengendahkan program khidmat nasihat pembaca? Adakah pustakawan sibuk dengan kemajuan semasa yang boleh ditampung oleh mereka yang tidak ada pendidikan sains perpustakaan, sehingga mengabaikan arah tuju perpustakaan dan lalai meningkatkan kompetensi tunjang yang diharapkan daripada mereka? Jangan terperangkap dengan zon selesa, sebaliknya pustakawan harus sentiasa membangunkan ketrampilan memimpin dengan nilai, etika, ilmu, kemahiran dan budaya profesion yang positif.

16. Jelas PPM juga terlibat aktif di arena serantau dan antarabangsa. Meskipun tidak

mendapat peruntukan kewangan, PPM berusaha mewariskan dan membangunkan identiti kepustakawanan. Beliau tumpang bangga. Namun, setelah wujud lebih 50 tahun, kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan adanya library schools, sebuah perpustakaan Negara dan beribu-ribu perpustakaan lain. PPM telah melahirkan Perpustakaan Negara, tetapi sampai hari ini PPM masih menumpang di Perpustakaan Negara. Nampaknya PPM menumpang rumah anak.

17. Selagi keahlian PPM adalah pilihan dan bukan sesuatu yang mesti, amat mudah bagi

seseorang yang bukan ikhtisas atau berkelayakan masuk sebagai pustakawan dilantik mengetuai perkhidmatan perpustakaan. Hal ini secara langsung akan menghakis kedudukan pustakawan yang terlatih. Jika pustakawan sendiri memperlekeh persatuan, tidak mahu menjadi ahli, jadi ahli bayar yuran sekali-sekala, dan tidak mengambil berat makna tadbir urus profesion, kemajuan PPM akan lembap dan tersekat. Ini bermakna peruntukan untuk pengawalseliaan masih jauh sedangkan PPM mempunyai objektif sebagai badan autonomi menasihati hal-hal berkaitan profesion dan mengaplikasikan standard amalan kepustakawanan. PPM nampaknya ada kod etika tetapi tiada autoriti menguatkuasakannya.

Page 22: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 22

18. Difahamkan tahun sudah PPM mengundang presiden MAICSA untuk merasmikan

mesyuarat agung. MAICSA adalah contoh persatuan yang sangat baik. Beliau percaya ahli PPM mengambil perhatian akan pengalaman MAICSA bagi mengorak langkah menjadikan profesion pustakawan mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi.

19. Sekalipun pustakawan lebih banyak bekerja di belakang tabir, pengiktirafan adalah

sesuatu yang penting supaya profesion pustakawan tidak terabai malah boleh menyumbang dengan lebih berkesan. Profesion ini telah memberi penghidupan. Yang sudah senang dan menjadi orang besar jangan tak ingat berjuang untuk masa hadapan anak cucu. PPM harus disokong supaya profesion mulia ini mendapat tempat seperti di Negara maju dan bukan berundur ke belakang. Jangan hendaknya, 50 tahun lagi pun, menjadi ahli PPM masih kekal sebagai an option.

20. Sudah sampai masanya pustakawan patut merenung soal pengiktirafan dan kawalselia.

Saya faham ada Akta Perpustakaan Negara tetapi ia memfokus kepada pembangunan perpustakaan walaupun deraf asalnya turut menggariskan peranan PPM sebagai badan kawal selia profesion. Di mana silapnya sehingga jadi begitu. Sekarang ialah masa membuat pembetulan. PPM hendaklah berusaha dan terus bangun mencapainya walau berapa kali jatuh pun supaya ‘tidak tersesat’.

21. Jelas sesuatu perlu dilakukan untuk mengisi kelompongan aspek kawalselia dan

pembangunan modal insan. Sepatutnya mereka yang sungguhpun lulus tapi tidak didaftarkan dan tidak tertakluk di bawah pengawalseliaan tidak boleh diterima sebagai pustakawan oleh mana-mana pihak. Siapa yang patut melihat jika pustakawan tidak peduli memperbaharui dan menambah ilmu, lebih-lebih lagi di sektor swasta, perpustakaan negeri, kerajaan tempatan dan badan berkanun. Kawalselia juga perlu untuk keseragaman. Beliau dapati sesetengah negeri tidak peduli pun melantik wakil PPM seperti yang telah diperuntukkan dalam enakmen.

22. Kawal selia adalah perkara besar. Pembahagian peranan harus diselaraskan dengan

baik supaya tidak berlaku kucar-kacir. 23. Beliau mengusulkan booklet yang mendaftar pustakawan dan menjelaskan siapakah

pustakawan. Pada masa yang sama, pustakawan harus menunjukkan kualiti dan ketrampilan sebagai komponen penting dalam sesebuah universiti dan organisasi. Sebagai organisasi yang belum dapat melaksanakan kawal selia, mempertimbangkan seorang penaung mungkin membantu kerana ada tokoh penting yang minat buku dan mempunyai perpustakaan sendiri.

24. Akhirnya, beliau menyatakan ITM pada asalnya menawarkan kursus sains perpustakaan

dengan harapan utamanya setiap sekolah akan mempunyai pustakawan sendiri, tetapi hal ini belum tercapai hingga ke hari ini. Beliau menyeru supaya langkah-langkah yang terancang diambil agar pengawalseliaan profesion dan pengurusan profesional perpustakaan sekolah diberi perhatian supaya ia tidak terabai demi kemajuan Negara.

25. YBhg. Tan Sri mengakhiri ucapan dengan terima kasih kepada PPM yang telah

menganugerahkannya ahli kehormat.

C. Penyampaian anugerah, pingat dan sijil penghargaan 26. Tetamu utama telah sudi menyampaikan anugerah berikut:

i. Tokoh Pustakawan PPM 2013 – Prof. Madya Dr. Mohd. Sharif Mohd. Saad ii. Pingat Emas Pelajar Terbaik Program Sarjana Muda Sains Perpustakaan – UiTM

Page 23: Minit MAT 2014

Persatuan Pustakawan Malaysia. MAT 2014. Minit 23

iii. Pingat Emas Pelajar Terbaik Program Sarjana Sains Perpustakaan—IIUM iv. Pingat Emas Tesis Terbaik Program Pasca Ijazah Sains Perpustakaan—UM v. Jawatankuasa Paling Aktif vi. Kumpulan PPM Paling Aktif vii. Anugerah Khas

27. Penyampaian sijil penghargaan khidmat PPM 2013 kepada Ahli Majlis PPM, pengerusi

semua jawatankuasa dan kumpulan serta ahlinya, juruaudit kehormat dan pasukan portal telah disampaikan oleh Pemangku Presiden PPM.

28. Tetamu kehormat juga sudi melancarkan buku Cabaran Pembangunan Perpustakaan:

Esei-esei Memperingati Shahar Banun Jaafar dan Shahaneem Hanoum Dadameah dan Garis Panduan Lawatan Amalan Terbaik Perpustakaan.

29. Acara kemuncak ialah penerimaan ahli kehormat oleh YBhg. Tan Sri Arshad Ayub yang

disempurnakan oleh Pemangku Presiden. YBhg. Tan Sri menerima sijil keahlian bernombor H 007 dalam bingkai, surat pengesahan keahlian dan Buku Panduan PPM.

30. Majlis perasmian tamat dengan lawatan ke pameran dan jamuan minum pagi.