minit curai kssr pj tahun 4

10
KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 ( DAERAH HULU SELANGOR ) Nama Pegawai : Pn. Siti Nurbaya bt Mohd Bahar Noordin Jawatan : Guru (PPPLD DGA 32 ) Mesyuarat yang dihadiri : KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4. Penganjur : PPD Hulu Selangor Tarikh : 16 – 19 OKTOBER 2013 Tempat : DEWAN SK. ANTARA GAPI, HULU SELANGOR Pengerusi : EN. AHMAD NASIR, wakil PPD Hulu Selangor ,Bidang Kemasyarakatan. BIL AGENDA / PERKARA TINDAKAN PERSONEL TARIKH AKHIR 1.0 Laporan bertarikh: 16 Oktober 2013 ( Rabu ) Ucapan Alua-aluan Pengerusi majlis ( Encik Ahmad Nasir ) pegawai Bidang Kemasyarakatan wakil PPD Hulu Selangor mengalu-alukan kehadiran wakil Pegawai JPN dari bidang Kajian Kemasyarakatan Pn. Nur Sofea bt Mohd Ismail, jurulatih utama yang terdiri daripada cikgu Mohd Farid , cikgu Ridhuan, cikgu Ili Akmalina dan Guru Ketua Panitia Pendidikan Jasmani sekolah rendah Daerah Hulu Selangor. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK. PERSERTA KURSUS PERSERTA

Upload: jasmineteong

Post on 03-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 ( DAERAH HULU SELANGOR ) Nama Pegawai : Pn. Siti Nurbaya bt Mohd Bahar NoordinJawatan: Guru (PPPLD DGA 32 )Mesyuarat yang dihadiri : KURSUS ORIENTASI DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4.Penganjur: PPD Hulu SelangorTarikh: 16 19 OKTOBER 2013Tempat: DEWAN SK. ANTARA GAPI, HULU SELANGORPengerusi: EN. AHMAD NASIR, wakil PPD Hulu Selangor ,Bidang Kemasyarakatan. BILAGENDA / PERKARATINDAKAN

PERSONELTARIKH AKHIR

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

12.0

Laporan bertarikh: 16 Oktober 2013 ( Rabu )Ucapan Alua-aluanPengerusi majlis ( Encik Ahmad Nasir ) pegawai Bidang Kemasyarakatan wakil PPD Hulu Selangor mengalu-alukan kehadiran wakil Pegawai JPN dari bidang Kajian Kemasyarakatan Pn. Nur Sofea bt Mohd Ismail, jurulatih utama yang terdiri daripada cikgu Mohd Farid , cikgu Ridhuan, cikgu Ili Akmalina dan Guru Ketua Panitia Pendidikan Jasmani sekolah rendah Daerah Hulu Selangor.Beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK. Antara Gapi kerana membenarkan kursus ini dijalankan di Sekolah beliau.Beliau memperkenalkan setiap fasilitator kepada peserta kursus.Guru-guru diminta melengkapkan maklumat guru dan kehadiran yang telah diedarkan. Beliau juga mengingatkan guru-guru melengkapkan borang tuntutan dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing. Beliau juga mengingatkan guru-guru menyampaikan kepada guru-guru PJ tahun 4, 5 & 6 untuk menyiapkan laporan SEGAK dengan menggunakan version 4 dan hantar ke PPD pada 25 Oktober 2013.Ucapan Penolong Pegawai Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Ucapan alu-aluan daripada Pn. Nor Sofea bt Mohd Ismail kepada Pegerusi Majlis wakil PPD bahagian Kemasyarakatan, Jurulatih Utama dan semua ketua panitia PJ bagi sekolah-sekolah rendah dalam daerah Hulu Selangor.Beliau menyampaikan salam Pn. Raja Aziah ( Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ) yang sedang bertugas di tempat lain.Beliau mengingatkan guru-guru Pendidikan Jasmani membuat laporan SEGAK dengan menggunakan version 4 di mana ianya boleh dimuat turun dilaman web Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Jika terdapat perubahan nama murid sila masukkan nama murid dalam laporan bulan Mac bukan bulan Ogos. Sila asingkan nama murid lelaki dan perempuan. Boleh copy dari data SMM tetapi perlu ikut lajur. Dan setiap kerja perlu disimpan. Sijil murid boleh dicetak dan disimpan ke dalam fail murid dan di bawa ke tahun hadapan. Simpan semua maklumat samada dalam pendrive atau CD. Beliau menyarankan guru-guru melaksanakan ujian SEGAK melalui aktiviti Karnival dengan bantuan guru PJ yang lain dan boleh dijadikan aktiviti Pendidikan Jasmani.Beliau menyarankan guru ketua panitia PJ sentiasa update setiap 3 bulan sekali, minit curai, carta organisasi, fail-fail PBS. PBS masih diteruskan untuk tahun 1 hingga 3. Tahun 4, 5 & 6 tidak lagi menggunakan system online.Pentaksiran Amali Pendidikan Jasmani Sukan Dan Kurikulum ( PAJKS ) Guru kelas yang perlu isi.Pentaksiran Berasaskan Sekolah pengagihan markah adalah seperti berikut;a. Psikomotor 60 % b. Kognitif 30%c. Efektif 10 %

Waktu PJ dijalankan sebelum rehat bagi sesi pagi dan selepas rehat pada sesi petang.Jadual Pendidikan Jasmani tidak boleh anjal dan perlu selang sehari.Keceriaan bilik PJ juga perlu dititikberatkan. Pengurusan peralatan yang dilakukan oleh murid perlu dipantau oleh guru PJ ketika mengambil dan menyimpan peralatan. Pakaian PJ perlu sesuai samada guru dan murid.Untuk makluman bersama Pendidikan Kesihatan lebih tertumpu kepada Pendidikan Peers ( Pendidikan Seks ).Guru PJ juga perlu terapkan HOTS ( I think ) atau kemahiran berfikir atas tinggi dalam kalangan murid-murid ketika menyampaikan PdP.

SLOT PERTAMA: TAYANGAN CD berkaitan Dasar DSKP KSSR THN 4 KONSEP BARU ) disampaikan oleh cikgu Mohd Redzuan bin Husni.

SLOT KEDUA : MODUL GIMNASTIK ASAS seperti yang terdapat di dalam Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 iaitu;a. Mari Hambur aktiviti Balak Tumbang dengan sokongan dinding dan guru / rakan.b. Siapa Lagi Kukuh -c. Dirian Tangan Kereta Sorong, Sandar Harapan, Dirian Tangan dengan sokongan rakand. Putaran Roda Menyeberang Sempadan, Kiri dan Kanan, Kereta Bergerak.SLOT KETIGA: PERGERAKAN BERIRAMAMelakukan pergerakan diiringi muzik Dunia Muzik Tahun 2 ( pergerakan Lokomotor, bukan lokomotor dalam pelbagai aras )Aktiviti 1: Apakah Pekerjaan Saya contoh: mencangkul, mendayung, menebar, menembak.Aktiviti 2: Mencari Rezeki aksi mencangkul, aksi mendayung, aksi menebar, aksi menembak, dan berjalan bulatan.Aktiviti Persembahan kumpulan : Kad Bertema. Murid mencipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan kad rangsangan tema haiwan, kenderaan, sukan dan serangga. Pergerakan mengikut kreativiti dan inovasi murid.Aktiviti Pergerakan Berirama: Jom Ke Sawah iaitu a. menanam benih padi, b.menuai padi, c. membanting padi dan d. menampi padi.Aktiviti : Kitaran Padi- padi ditiup angin, menanam padi , menuai padi, membanting padi, menampi padi sambil berpusing Akhir sekali tamat dengan pose.Persembahan: Dalam kumpulan murid reka cipta pergerakan kreatif bertemakan pekerjaan, haiwan, kenderaan. Bergerak mengikut tempo muzik, pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan, dan kerjasama kumpulan. Borang pemarkahan disediakan.Pergerakan Berirama : Kembara Hutan. Murid melakukan pergerakan kreatif bertema yang rekacipta mengikut muzik yang didengar seperti aktiviti berikut;Aktiviti 1: Penerokaan Hutan buat beberapa halanganAktiviti 2: Suasana HutanPersembahan: Haiwan Hutan Menarik. Tajuk akhir bagi Pergerakan Berirama iaitu ROBOT RABAT ( Aktiviti 1 )- Seorang murid dipilih untuk membaca teks. Murid lain menjadi ROBOT RABAT membuat pergerakan mengikut interprestasi cerita berdasarkan imaginasi masing-masing mengikut muzik.Aktiviti 2: ROBOT KAKUAktiviti 3: ROBOT CAIRPersembahan: TARIAN ROBOT Satu tarian bertemakan aktiviti harian, mengikut muzik dengan pergerakan kaku dan longgar. Tarian itu juga dilakukan oleh setiap murid dalam kumpulan secara berterusan dan beralun, atau dilakukan dengan aksi yang berbeza secara berturut-turut.Kursus ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Laporan bertarikh: 17 Oktober 2013 ( Khamis )SLOT KEEMPAT: MODUL OLAHRAGAi. ( LARIAN DAN LOMPATAN )Aktiviti ansur maju dijalankan untuk lari berganti-ganti antara aktivitinya ialah; Rali Pundi Kacang, Baton Panas, Larian Sesawang dalam bentuk pusingan bulatan yang mempunyai pusat sesawang.ii. ( CABARAN MELOMPAT )Aktiviti ansur maju dijalankan untuk Lari dan Lompat dengan menggunakan kotak ( ikut kreativiti guru ), Lompat dari pelbagai sudut, Lompat dan cantum.iii. ( LEMPAR OBJEK LEPER )Aktiviti dijalankan secara ansur maju, Aktiviti yang terakhir barulah menekankan teknikal melempar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Siapa Jauh, Kapten Quoit, Permainan kecil Lempar Sekawan.iv. ( REJAMAN)Aktiviti dijalankan secara ansur maju, Aktiviti yang terakhir barulah menekankan teknikal merejam kayu.v. ( MELONTAR )Aktiviti dijalankan secara ansur maju, Aktiviti yang terakhir barulah menekankan teknikal melontar bola getah bertali.

SLOT KELIMA: REKREASI DAN KESENGGANGANAntara aktiviti yang diperkenalkan ialah Ting-ting Berirama ( melompat sebelah kaki ), Ting-ting Gula Batu, Cuit-cuit Sayang, Laga Ayam. Ciri-ciri keselamatan sewaktu melakukan aktiviti ditekankan.

SLOT KEENAM: KECERGASAN DAN SEGAKJurulatih utama member taklimat dalam aktiviti SEGAK yang akan dijalankan di sekolah-sekolah. Aktiviti SEGAK boleh dijalankan secara KARNIVAL bagi memudahkan guru-guru PJ membuat ujian SEGAK. Sebelum aktiviti dijalankan murid perlu mendapatkan indeks Jisim Badan ( BMI ) denga mengambil ukuran jisim dan ketinggian murid. Formula ( Jism badan ( kg ) / ( tinggi x tinggi ( m )Aktiviti dibuat secara stesyen iaitu terdiri daripada :Stesyen Pertama: Naik Turun Bangku. Dijalankan selama 3 minit. Dalam masa 1 minit murid diminta mengira denyutan nadi.Stesyen Kedua: Tekan Tubi ( lelaki / perempuan ). Dijalankan dalam masa 4 minit. Murid perlu kira berapa kali mereka boleh lakukan.Stesyen Ketiga: Ringkuk Tubi Separa. Dijalankan dalam masa 50 saat. Murid perlu kira berapa kali mereka boleh lakukan ( maksimum 25 kali sahaja ).Stesyen Keempat: Jangkauan Melunjur tanpa memakai stoking dan kasut.Kursus ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Laporan bertarikh: 18 Oktober 2013 ( Jumaat )SLOT KE TUJUHBermula 2014 DSK telah digabungkan dengan DSP menjadi DSKPJurulatih Utama telah memberi penerangan dengan terperinci berkaitan isi kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran ( DSKP ).Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani tahun 4 terdiri daripada Modul Kemahiran ( 75% ) dan Modul Kecergasan ( 25% )..Modul Kemahiran terdiri daripada;i. Gimnastik asas;ii. Pergerakan berirama;iii. Kemahiran asas permainan yang melibatkan kategori asas yang melibatkan kategori serangan, jarring dan memadang;iv. Olahraga asas yang melibatkan asas berlari, asas lompatan dan asas balingan;v. Akuatik asas danvi. Rekreasi dan kesenggangan.

SLOT KE LAPANKandungan setiap modul disusun mengikut domain psikomotor, kognitif dan afektif. Domain-domain ini mewakili lima aspek iaitu:Aspek 1: Kemahiran pergerakan ( domain psikomotor )Aspek 2: Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan ( Domain Kognitif )Aspek 3: Kecergasan meningkatkan kesihatan ( domain psikomotor )Aspek 4: Aplikasi pengetahuan meningkatkan kecergasan ( Domain Kognitif )Aspek 5: Kesukanan ( Domain Afektif )

Modul 1 Kemahiran terdiri daripada Aspek 1, aspek 2 dan aspek 5,Modul 2 Kecergasan terdiri daripada aspek 3, 4 & 5.Terdapat pelbagai kaedah untuk mengukur pencapaian murid sepertia. Prestasi kemahiranb. Senarai Semakc. Rubrikd. Portfolioe. Penilaian Kendirif. Pensil dan kertas.

Tafsiran tahap penguasaan Pendidikan Jasmani Tahun 4 tidak lagi menggunakan pentafsiran Band. Yang ada hanyalah tahap penguasaan iaitu tahap 1 hingga 6.

Cadangan agihan masa. Modul Kemahiran yang terdiri daripada aspek 1,2 dan 5:Gimnastik Asas 8 waktuPergerakan Berirama, 4 waktuKemahiran Asas Permainan, 20 waktuOlahraga asas 8 waktuRekrerasi dan kesenggangan , 4 jam

Manakala Modsul Kecergasan terdiri daripada aspek 3,4 & 5:Konsep kecergasan 4 waktuKapasiti aerobik 4 waktuKelenturan 2 waktuKekuatan dan daya tahan otot 4 waktuKomposisi badan 2 waktuPentaksiran kecergasan fizikal 2 waktu

Jumlah masa bagi semua ialah 62 waktu.

Untuk makluman Aspek 5 dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan

Guru boleh memilih antara akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani.Bagi yang memilih akuatik asas, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan.

SLOT KE SEMBILANJurulatih Utama juga telah memberi penerangan tentang penulisan RPH.Contoh standard penulisan RPH telah diterangkan. Setiap kumpulan telah diberi tugasan penulisan RPH setiap seorang. Pembentang hasil penulisan RPH akan dibentang pada esok hari. En. Ahmad Nasir megingatkan supaya pihak sekolah menghantar 2 CD penilaian SEGAK sebelum 25 Oktober 2013. Sila bawa kad biru untuk ditandatangani oleh pegawai PPD En. Ahmad Nasir.Kursus ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Laporan bertarikh: 19 Oktober 2013 ( Sabtu )SLOT KESEPULUH: Pembentangan oleh setiap guru atas penulisan RPH yang telah guru-guru sediakan.Perbincangan dan penambahbaikan atas penulisan RPH.Ucapan Penutupan dan penyampaian cenderahati dan sijil kepada Jurulatih utama.

Kursus ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

PERSERTA KURSUS

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH DISEMAK OLEH PN.SITI NURBAYA BT MBNEN. MAHYUDDIN B OMAR PN. NORZAKIAH BT HJ DAUDGPM SK BK.GPK KURIKULUM SK BATANG KALIGURU BESAR SK. BATANG KALI