mind map

Upload: dell-dalilah

Post on 13-Jul-2015

200 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

DEFINISI PERLEMBAGAANSatu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Satu dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasakuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan.

Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara.

Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan undangundang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat

DEFINISI KONSEP PERLEMBAGAAN

SHAMSUL AMRI

Kumpulan peraturan atau undangundang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsipprinsip umum dalam melaksanakan kuasa tersebut.

Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

TUN SALLEH ABAS

SALMAH HUSSAIN

Catatan yang penting dalam menyatakan kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara yang merangkumi organisasi pentadbiran dan kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin keselamatan masyarakat dalam negara dan luar negara. Pembentukan Perlembagaan juga berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah masyarakat dalam negara dengan masyarakat antarabangsa.

Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan hak-hak rakyat.

RUSLAN ZAINUDDUIN

AGAMA ISLAM BAHASA MELAYU Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi Tiada larangan menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain. Perkara 3(1), agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

UNSUR UNSUR PERLEMBAGAAN

INSTITUSI BERAJA Raja berkuasa mutlak Dibantu oleh pembesarpembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan, kemudahan khas. Tanah rizab orang Melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

KONSEP PERLEMBAGAAN

Bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan

Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.

Diimbangi

Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum bukan bumiputera.

Sumber undangundang tertinggi

Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

PERKARA 3

Islam adalah agama Persekutuan Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama

PERKARA 8

Kesamarataan & hak sama rata Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.

PERKARA 10(4)

Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.

PERKARA 11

Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam mana-mana bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan.

PERKARA 14

Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan perlucutan kewarganegaraan.

PERKARA 38

Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.

ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN

PERKARA 89

Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan Melayu

PERKARA 121(1)(a)

Kedudukan Mahkamah Syariah. Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah

PERKARA 150 (6)(a)

Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan; Meskipun dalam keadaan darurat.

PERKARA 152

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

PERKARA 153

Kedudukan istimewa orang-orang Melayu Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.

Perlembagaan Bertulis Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkannya. Contoh negara yang mengamalkan : Malaysia

JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Tidak Bertulis Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti adat resam dan tradisi, undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah Contoh negara yang mengamalkan : United Kingdom, New Zealand & Israel

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957: Ketua Negara adalah YDPA yang dipilih dikalangan 9 orang raja-raja Melayu yang memegang jawatan untuk tempoh 5 tahun. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik dikalangan parti yang mempunyai bilangan anggota majoriti dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan mengetuai Kabinet sebagai Badan Pemerintah Tertinggi. Sebuah badan perundangan di peringkat pusat yang mempunyai 2 dewan; Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ketua Perlembagaan peringkat negeri ialah Sultan atau Gabenor, manakala ketua kerajaan ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Setiap negeri mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihanrara untuk tempoh 4 tahun.Perlembagaan Malaysia mengandungi:

15 Bahagian 183 Perkara 13 JadualIa menyentuh bidang badan Perundangan, Kehakiman Dan Eksekutif , kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera Sabah/Sarawak dll

KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia.

Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undangundang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah terbatal setakat mana yang berlawanan.

KRONOLOGI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Malayan Union4 Ciri

Perlembagaan Bertulis

Unsur TradisiIdentiti

Kontrak SosialPersetujuanPersekutuan Tanah Melayu 9 Ciri

Suruhanjaya Reid Memorandum

3 Perkara3, 11, 152, 153

Rundingan London Merdeka

Sistem Ahli Menteri

Pilihanraya Perikatan

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka, Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui Perjuangan semangat kebangsaan. kebangsaan

Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium menentang penjajah. Pertubuhan

Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Media Massa Saudara dan Warta Sarawak.

Tokoh

Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.