mesyuarat dan minit

10
PENGURUSAN MESYUARAT Prosedur Mesyuarat Agung 1. Mengedar surat panggilan/ notis Mesyuarat Agung kelab/persatuan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.( Disediakan oleh setiausaha Penaja Kelab/Persatuan) 2. Dalam surat tersebut mengandungi: 2.1. Agenda Mesyuarat Agung a. Pelantikan Pengerusi Sementara b. Pelantikan Pencatat Sementara c. Pemilihan Ahli Jawatankuasa d. Pemilihan Juru Audit e. Ucapan Penangguhan. Prosedur mengendalikan Mesyuarat Agung dan Pelantikan Pengerusi Sementara dan Ahli Jawatankuasa 1. Pemilihan Pengerusi dan Pencatat Sementara Seorang ahli mencadangkan seorang pengerusi sementara dan pencatat sementara dikalangan ahli untuk mengendalikan mesyuarat ( pengerusi sementara ) dan ada sokongan. 2. Pengerusi Sementara mengendalikan mesyuarat tersebut. - Pengerusi Sementara meminta ahli –ahli mencadangkan nama/calon untuk jawatan : i. Pengerusi ii. Naib Pengerusi iii. Setiausaha

Upload: skskjb

Post on 12-Jun-2015

9.889 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mesyuarat Dan Minit

PENGURUSAN MESYUARAT

Prosedur Mesyuarat Agung 1. Mengedar surat panggilan/ notis Mesyuarat Agung kelab/persatuan sekurang-

kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan.( Disediakan oleh setiausaha Penaja Kelab/Persatuan)

2. Dalam surat tersebut mengandungi:

2.1. Agenda Mesyuarat Agung

a. Pelantikan Pengerusi Sementara

b. Pelantikan Pencatat Sementara

c. Pemilihan Ahli Jawatankuasa

d. Pemilihan Juru Audit

e. Ucapan Penangguhan.

Prosedur mengendalikan Mesyuarat Agung dan Pelantikan Pengerusi Sementara dan Ahli Jawatankuasa

1. Pemilihan Pengerusi dan Pencatat Sementara

Seorang ahli mencadangkan seorang pengerusi sementara dan pencatat sementara dikalangan ahli untuk mengendalikan mesyuarat ( pengerusi sementara ) dan ada sokongan.

2. Pengerusi Sementara mengendalikan mesyuarat tersebut.

- Pengerusi Sementara meminta ahli –ahli mencadangkan nama/calon untuk jawatan :

i. Pengerusi

ii. Naib Pengerusi

iii. Setiausaha

iv. Naib Setiausaha

v. Bendahari

Page 2: Mesyuarat Dan Minit

vi. Ahli 1.

2.

3.

4.

5.

6.

3. Penyerahan majlis (Mesyuarat Agung) kepada Pengerusi dan AJK yang dilantik.

3.1 Pengerusi dan AJK Tetap mengambil tempat masing-masing.

3.2 Pencatat menyerahkan catatan berhubung dengan perjalanan mesyuarat agung kepada setiausaha.

4. Ucapan penangguhan.

4.1. Pengerusi baru mengucapkan terima kasih diatas perlantikan tersebut dan berazam akan menjalankan tugas dengan baik serta mendapat kerjasama dari semua ahli.

4.2. Ucapan daripada ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa yang lain (jika ada).

Majlis (mesyuarat agung) selesai.

Page 3: Mesyuarat Dan Minit

Pengurusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan

Contoh Surat Panggilan:

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu. No. Tel : 09-8591349

Ruj. Kami : SKSI 06/01/01(2)

Tarikh : 10 Februari 2005Sdr Razak bin Salleh - PengerusiSdr Wan Nawi bin Wan Ngah - Naib PengerusiSdr Fadli bin Muda - SetiausahaSdr Haron bin Musa - BendahariSdr Wan Mahadi bin Mohd SalimSdr Johari bin Mohd NoorSdr Mohd Jailani bin ZakariaSdr/Sdri.,

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN BAHASA MELAYU KALI PERTAMASEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN iSMAIL, KEMAMAN, TERENGGANU.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayusekolah ini akan diadakan pada 16 Februari 2005, hari Rabu, jam 2.30 petang dan bertempat di kantin sekolah.

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

2.1 Ucapan Pengerusi2.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu2.3 Perkara-perkara berbangkit2.4 Laporan Kewangan2.5 Penubuhan Jawatankuasa Biro2.6 Hal-hal lain

3. Sehubungan itu, sdr/sdri dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Mesyuarat Dan Minit

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(FADLI BIN MUDA)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman,Terengganu.

s.k.

1. Pendaftar Kelab & Persatuan

2. GPK Kokurikulum

3. Guru Penasihat – tuan dijemput hadir

Page 5: Mesyuarat Dan Minit

Contoh Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kali 1

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bahasa MelayuSekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu.

---------------------------------------------------------------------

Tarikh : 16 Februari 2005Hari : RabuMasa : 2.30 petangTempat : Kantin Sekolah

Kehadiran :

Sdr Razak bin SallehSdr Wan Nawi bin Wan NgahSdr Fadli bin MudaSdr Haron bin MusaSdr Wan Mahadi bin Mohd SalimSdr Johari bin Mohd NoorSdr Mohd Jailani bin ZakariaSdr Fauzi bin Abd RahmanSdr Yahya bin MahatSdri Nadihah bt Mat AilSdri Zarina bt ZainunSdri Siti Zulaila bt Rahman

Turut hadir :

En Ramli bin Pit -GPK KokurikulumEn Aminuddin bin Bakar – Guru Penasihat Persatuan Bahasa MelayuEn Norhisham bin Abd Rahman – Guru Penasihat Persatuan Bahasa MelayuPn Wan Asmawati bt Wan Muda – Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu

Agenda Perkara Tindakan

1 Ucapan Pengerusi.

1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr Razak bin Salleh.

1.2 Memulakan mesyuarat dengan bacaan surah alfatihah dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran En Ramli bin Pit selaku GPK Kokurikulum dan En

makluman

Page 6: Mesyuarat Dan Minit

Aminuddin bin Bakar selaku guru penasihat persatuan ini.

2 Mengesahkan minit yang lalu.

2.1 Sdr Haron bin Musa mencadangkan minit mesyuarat yang lalu untuk di sahkan dan disokong oleh sdr Johari bin Mohd Noor.

makluman

Agenda Perkara Tindakan

3 Perkara-perkara berbangkit.

- Tiada.

4 Laporan Kewangan.

4.1 Sdr Harun bin Musa membentangkan Penyata Kewangan.

4.2 Sdri Zarina bt Zainun mencadangan penyata kewangan yang lalu untuk disahkan dan disokong oleh Sdri Siti Zulaila bt Rahman.

makluman

5 Penubuhan Biro-biro.

5.1 Pengerusi minta cadangan daripada ahli untuk penubuhan biro-biro dalam persatuan tersebut.

5.2 Sdr Haron bin Musa mencadangkan penubuhan Biro Lawatan dan Sdr Wan Mahani bin Wan Salim menyokong cadangan tersebut.

5.3 Sdr Haron bin Musa juga memaklumkan bahawa penubuhan Biro Lawatan amat perlu untuk memperkembangkan idea dan pengalaman-pengalaman baru kepada ahli-ahli persatuan.

5.4 Majlis sebulat suara bersetuju dengan penubuhan biro tersebut.

5.5 Sdri Nadihah bt Mat Ail mencadangkan penubuhan Biro Kebajikan dan Sdr Fauzi bin Abd Rahman menyokong cadangan tersebut.

Makluman

Sdr Haron bin MusaSdr Nadihah bt Mat Ail

Page 7: Mesyuarat Dan Minit

5.6 Sdri Nadihah bt Mat Ail menjelaskan bahawa biro kebajikan amat perlu untuk menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan.

5.7 Majlis bersetuju dengan penubuhan biro berkenaan.

5.8 Pengerusi mencadangkan Sdr Haron bin Musa menjadi Ketua Biro Lawatan dan Sdri Nadihah bt Mat Ail menjadi Ketua Biro Kebajikan dan majlis sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

6 Hal-hal lain.

6.1 En Ramli bin Pit selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerana dapat menjalankan peranan dan tugas masing-masing semasa bermesyuarat.

6.2 Beliau juga berharap agar semua ahli persatuan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik agar aktiviti persatuan boleh dilaksanakan dengan berkesan.

6.3 En Aminuddin bin Bakar selaku Guru Penasihat Bahasa Melayu juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa kerana berjaya mengadakan mesyuarat tersebut.

6.4 Beliau juga menyarankan kepada semua ahli jawatankuasa supaya setiap biro yang ditubuhkan itu dapat menjalankan aktiviti khusus untuk kebaikan semua ahli.

6.5 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu di atas saranan dan nasihat yang amat bermakna kepada semua ahli jawatankuasa dan juga semua ahli persatuan ini.

6.6 Pengerusi mengakhiri mesyuarat tersebut dengan bacaan surah al asy.

makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Page 8: Mesyuarat Dan Minit

(FADLI BIN MUDA) (RAZAK BIN SALLEH)Setiausaha, Pengerusi,Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan sultan Ismail, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail,Kemaman, Terengganu. Kemaman, Terengganu.