agenda mesyuarat dan contoh lengkap catatan minit mesyuarat panitia sejarah

25
AGENDA MESYUARAT DAN CONTOH LENGKAP CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH Sherly Jewinly 950922-12-6662 3 PISMP RBT IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Upload: sherly-jewinly

Post on 10-Jan-2017

23.571 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

AGENDA MESYUARAT DAN

CONTOH LENGKAP CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

Sherly Jewinly950922-12-6662

3 PISMP RBTIPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

Page 2: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

SOALAN:

Sebagai Setiausaha Panitia sejarah, susun agenda

mesyuarat Panitia Sejarah dan sediakan sebuah

contoh catatan minit mesyuarat Panitia Sejarah

yang lengkap.

Page 3: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

DEFINISI:Mesyuarat

Sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu

pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu

keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit.

(Omardin Ashaari, 1996)

Page 4: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

TUJUAN MESYUARAT

Cara paling berkesan untuk

menyelesaikan tugas dan

masalah berkaitan dengan

organisasi atau persatuan.

Contoh; membincangkan cara

mencari dana untuk aktiviti

persatuan.

Menyebarkan maklumat dan

rancangan baharu kepada

masyarakat atau ahli secara

khususnya.

Perlu diadakan bagi membuat

sesuatu keputusan atau mandat

penting yang berkaitan dengan

organisasi atau persatuan.

Bagi merancang sesuatu strategi

dan program atau untuk

mendapatkan idea-idea baharu

bagi melaksanakan aktiviti

(Ab. Halim Ab. Rahim, 2004)

Page 5: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

JENIS-JENIS MESYUARAT

Mesyuarat agung tahunan

Mesyuarat agung tergempar

Mesyuarat jawatankuasa

kerja

Mesyuarat jawatankuasa

kecil/biro

Page 6: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

JENIS-JENIS

MESYUARAT

MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN

• Mesyuarat ini

membincangkan

mengenai persatuan

secara menyeluruh dan

melaksanakan pemilihan

ahli jawatankuasa kerja

yang baharu.

MESYUARAT

JAWATANKUASA KERJA

• Agenda mesyuarat

biasanya berkaitan

dengan aktiviti,

perkembangan,

pengurusan, dan

pentadbiran persatuan

(ROSSA CALLA, 2014)

Page 7: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

JENIS-JENIS MESYUARAT

MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR

• Mesyuarat yang memerlukan keputusan

segera

MESYUARAT JAWATANKUASA

KECIL/ BIRO• Diadakan untuk

membincangkan , merancang dan

mengedalikan projek kecil

(ROSSA CALLA, 2014)

Page 8: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

MINIT MESYUARAT

• Laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.

APAKAH MINIT MESYUARAT?

Page 9: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

Minit disediakan oleh setiausaha mesyuarat.

Peringkat pertama, setiausaha mencatat : • Semua isi penting –mula hingga akhir.• Semua keputusan yang dicapai• Cadangan dan sokongan serta undian yang dibuat• Nama pencadang dan penyokong• Jumlah undi menyokong dan menentang

Page 10: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

Kedua, setiausaha menulis minit secara gramatis, jelas dan tepat.

• Draf minit disediakan 3 hari selepas mesyuarat dan diserahkan kepada pengerusi

• Minit sebenar diedarkan 7 hari selepas Mesyuarat. • Minit mesyuarat dijadikan dokumen rujukan untuk

melaksanakan tindakan yang diputuskan dalam mesyuarat

Page 11: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

URUSETIA

CATATAN MASA MESYUARAT TAMAT ATAU DITANGGUHKAN

AGENDA

KEHADIRAN :

TEMPAT

MASA

HARI

TARIKH

BILANGAN / TAHUN

TAJUK

Page 12: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

AGENDA

MESYUARAT

Perkara yang hendak

dibincangkan dalam

mesyuarat

Untuk memastikan

tiada perkara

mustahak

tertinggal

Untuk memastikan

perbincangan diadakan

dengan teratur

Untuk

memberitahu ahli-

ahli mesyuarat

perkara-perkara

yang hendak

dibincangkan

APAKAH AGENDA MESYUARAT?

Page 13: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

CARA MENULIS AGENDA MESYUARAT

Menyusun agenda mengikut urutan perkara-

perkara yang ingin dibincangkan seterusnya

merekodkan perkara-perkara baru yang

dibincangkan oleh ahli-ahli mesyuarat.

Page 14: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

AGENDA MESYUARAT PANITIA SEJARAH1. Kata-kata aluan pengerusi

2. Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2014

3. Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah.

4. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi

5. Program Perkembangan Staf

6. Pelan Tindakan Panitia Sejarah

7. Hal-hal lain

Page 15: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

CONTOH CATATAN MINIT MESYUARAT PANITIA

SEJARAH

Page 16: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

SK KILIMU, RANAUMESYUARAT PANITIA SEJARAH BILANGAN 1

SESI 2015 ______________________________________________________________________

Rujukan Kami: JPS(W)/SKNS(KUK)/153/06/05/008( )

Tarikh : 3 Januari 2015

Hari : Jumaat

Masa : 3.30 p.m

Tempat : Bilik Guru

Page 17: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

Kehadiran :

1. Encik Mohan Chandran

2. Encik Teo Kim Siang

3. Cik Hikmah Salamat

4. Cik Edalyia Amie

Page 18: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Kata-kata aluan pengerusi

2. Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2014

3. Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah.

4. Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi

5. Program Perkembangan Staf

6. Pelan Tindakan Panitia Sejarah

7. Hal-hal lain

Page 19: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

Bil Perkara Tindakan1.0 1.1

Kata-kata Aluan Pengerusi Encik Mohan Chandran selaku penolong kanan pentadbiran mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir untuk Mensyuarat Panitia Bilangan 1 Sesi 2015. Beliau menyatakan bahawa mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan hala tuju subjek Sejarah bagi tahun 2015 di SK Kilimu, Ranau ini.

2.0 2.1

Pembentukan jawatankuasa Panitia bagi sesi 2015 Jawatankuasa baru dibentuk bagi sesi 2015 ini. Encik Teo Kim Siang masih dilantik untuk menjadi ketua panitia ini di sekolah.

Page 20: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

3.0 3.1

Sasaran pencapaian murid bagi subjek Sejarah Bagi tahun 2015, Panitia Sejaran masih mengharapkan agar keputusan ujian tahun ini berpencapaian lulus 66.6%.

4.0 4.1

Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Semua guru sejarah mesti mempunyai set DSKP bagi memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran.Format Rancangan Pengajaran Harian adalah seperti berikut Tema/ Tajuk Objektif / Hasil pembelajaran Aktiviti Bahan Refleksi

Page 21: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

5.0 5.1

Program Perkembangan Staf Guru Sejarah yang menghadiri kursus atau bengkel berkaitan subjek sains perlu memberikan kursus dalam kepada guru sejarah lain yang terdapat dalam panitia.

6.0 6.1

Pelan Tindakan Panitia Sejarah

Ketua Panitia Sejarah mengharapkan pelan tindakan yang telah dibincangkan dalam panitia dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Page 22: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

7.0 7.1

Hal-hal lain Program atau aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2015 di bawah kendalian Panitia Sejarah akan diputuskan kelak selepas ketua panitia berjumpa dengan penolong kanan pentadbiran. Pelan tindakan panitia juga akan dikemukakan kelak.

Page 23: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 p.m

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

___________________ _______________

(HIKMAH SALAMAT) (TEO KIM SIANG)Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah

Page 24: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

RUJUKAN

• Ab. Halim Ab. Rahim. (2004). Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor Darul

Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

• Omardin Haji Ashaari. (1996). Kaedah Mengendalikan Mesyuarat. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

• Rossa Calla. (2014, October 16). PanduanMalaysia.Com. Retrieved Julai 28, 2015,

from Panduan Cara Buat Minit Mesyuarat Berkualiti Dan Lengkap:

http://www.panduanmalaysia.com/2014/10/panduan-cara-buat-minit-mesyuarat-

lengkap.html

Page 25: Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah