masalah emosi

20
SUNDAY, 2 SEPTEMBER 2012 stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani 1.0 PENGENALAN Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya burn out yang menghalang mereka daripada

Upload: jennifer-heng

Post on 16-Feb-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

masalah

TRANSCRIPT

Page 1: masalah emosi

SUNDAY, 2 SEPTEMBER 2012

stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani

1.0 PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan

penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era

globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga

pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang

pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke

semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa

berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan

semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada

risiko tinggi untuk mengalami stres.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor

Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil

kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling

mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan

jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki

tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh

media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat

selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan

salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-

guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal

pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani

masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius

yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya

“burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan

lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

2.0 DEFINISI STRES

Page 2: masalah emosi

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress”

yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha,

tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana

kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan

mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan

untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan

membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh

menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan

boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas

manusia.

Secara keseluruhannya stres adalah :

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Gangguan fungsi kehidupan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perubahan dinamik yang menyebabkan individu

berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Peristiwa atau keadaan persekitaran yang

mendatangkan akibat yang negatif.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan,

keletihan dan ketegangan kepada individu.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan

fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.

3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan

kepada lima faktor utama;

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Faktor diri.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Faktor interpersonal.

Page 3: masalah emosi

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Faktor organisasi.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Faktor kekurangan sumber.

3.1 Faktor diri

Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk

diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur

begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini

dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain

seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang

tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan

tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru

dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja

menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa

yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan

yang ikhlas dan sanggup berkorban.

3.2 Faktor Interpersonal

Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara

faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih

daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta

tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan

motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan

sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat

rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang

ada pada diri.

3.3 Faktor Organisasi

Page 4: masalah emosi

Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres

dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam

selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi

ialah;

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tugasan kerja berterusan (kronik).

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan

tugas.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perubahan dasar yang drastik.

Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam

profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan

Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP),

Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan

Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin

ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.

3.4 Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres

yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor

yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara

terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang

kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul

tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka

terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka.

Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.

4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya

diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin

Page 5: masalah emosi

sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak

menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam

mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif

kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan

dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

4.1 Kenal pasti reaksi emosional.

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani

stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak

bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara

yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi

dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu

ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang

menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau.

Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya,

hubungan mereka berjaya dipulihkan.

4.2 Komitmen sosial.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di

sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->

4.3 Kehidupan fizikal.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus

tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan

memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru

menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan

kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman

Page 6: masalah emosi

berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai

bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat

dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini

termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta

banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti

merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4 Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa

dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan

A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan

terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan

maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun

menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi

maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru

adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik.

Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca

stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan

berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa

dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca

kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak

realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan

mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Page 7: masalah emosi

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor

atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)

b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)

c) Motivasi Kendiri (self-motivation)

d) Empati

e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru

untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih

keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran

kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai

keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi

agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru

yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara

perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan

kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan.

Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh

untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila

menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan

orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut

pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan

keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati

boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu

perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang

boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama

dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah

memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya

kemahiran tersebut.

Page 8: masalah emosi

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial

(social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan

seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu

mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan

memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu

menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi

mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi

masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat

galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan

pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip

yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan

ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan

mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi

pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan

sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi

guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam

memperolehi kejayaan.

5.0 KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah

dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan

pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen

dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam

ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya

merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani

segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud:

Page 9: masalah emosi

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam

solatnya".

Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya

juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan

ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat

dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah

pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan,

memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari

syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang

tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa

merupakan penawar utama bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan

stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-

Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang

bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan

zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT

juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah)

kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang

kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran

adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah

bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan

keluarga nabi dan membaca al-Quran".

Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah

tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres

khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir

dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri

kita sihat zahir dan batin.

Page 10: masalah emosi

6.0 PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang

jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya

mewujudkan stres kepada guru-guru.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar.

Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan

pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam

Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu

memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan

emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.

Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka

mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat

kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi

segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini

seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

disediakan oleh : ahmad faiz bin Malek Sifulazan

Page 11: masalah emosi

Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani

masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Perguruan

Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan

guru dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program

pemprosesan data dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data

guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga

mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja

perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih fokus pada

tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu dalam organisasi itu.

Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan

berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan

Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah

menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung

oleh guru sekolah di seluruh negara dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk

menyelesaikan bebanan guru.

Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul

Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu

guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu

pentadbir di sekolah bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas

perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu

pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga

dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berkesan.

Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan

kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan suasana persekitaran

kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan guru dapat

dikurangkan.

Page 12: masalah emosi

Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya

dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran

atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja

memerlukan penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran

waras dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya

meningkatkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu

seseorang guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional, seterusnya

merancang cara penyelesaian secara sistematik.

Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran pengurusan

masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang

kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas

mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami

masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat

membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan

melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja

dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.

Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran

relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru

boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan

menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres.

Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan

seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak

meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk

memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan

melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih

fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi

yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka

dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga dapat

memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan

masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu

Page 13: masalah emosi

menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang

dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan

membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang

lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.

Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan stres

dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara

bagi seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama dapat memberi

sumber harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang

bekerja termasuk guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana

ia dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini,

penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga

akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan.

Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk

sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai

bidang atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau

juga seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang

positif patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang

masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang

pendidikan.

Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan memahami

akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan

profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja terutamanya

menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan merancang pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan agar murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.

Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru dalam

menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan kepentingan

pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang

sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah

perlulah mengenal pasti guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi.

Seterusnya, pihak sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat

Page 14: masalah emosi

Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk

membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya

mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya

yang berkaitan dengan tekanan.

Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja kerana

globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab guru semakin

mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru menghadapi

tekanan emosi dan terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin

sehingga menjejaskan kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran

yang mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam

kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan

sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi.

Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan

beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu

sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini

bagi mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai

seorang guru.

Sumber rujukan : Berita Harian- Bisikan Misteri Arah Guru Amuk

Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi

· Peranan ibu bapa· Tindakan guru· Gaya pengajaran· Kepimpinan guru · Kefahaman terhadap minat dan sikap

pelajar· Kerjasama· Penerapan nilai· Suasana ceria

Page 15: masalah emosi

· Penerangan jelas

7) Hak Asasi Kanak-kanak; Menurut Hak Asasi Manusia, setiap

warganegara layak mendapat peluang pendidikan;

Ø semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.

Ø kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi

Ø orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.

Ø tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.

8) Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;

·untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;

·untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;

·untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;

·untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;

Page 16: masalah emosi

·untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;

·untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;·untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi,

kecuaian, keganasan dan bahaya;·untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh

kerajaan;·untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.

9) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak; · Perkara 2: tiada diskriminasi· Perkara 3: diberi pelindungan· Perkara 6: hak untuk hidup· Perkara 13: kebebasan bersuara· Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang· Perkara 23: menikmati kehidupan· Perkara 28:Hak pendidikan· Perkara 29: halatuju pendidikan· Perkara 30: hak dalam komuniti· Perkara 32: dilindungi dari segi ekonomi· Perkara 34: tiada eksploitasi

10) Hak kanak-kanak:Seksyen 17· Dilindungi dari segi fizikal· Tada penganiayaan· Pergaulan yang sihat· Hak kesihatan· Kemudahan bekalan makanan· Elak penderaan emosi