senarai perkataan emosi

37
IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI (KKE) NAMA GURU PELATIH : LOGARAJA SINNASAMY N. K. PENGENALAN : 901103-10-6085 UNIT : PPISMP (BT / PJ / KS) SEM 3 NAMA PENSYARAH : EN. ROZIKI EFFENDY BIN REPIN

Upload: logaraja03

Post on 29-Jun-2015

1.829 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai perkataan emosi

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI(KKE)

NAMA GURU PELATIH : LOGARAJA SINNASAMY

N. K. PENGENALAN : 901103-10-6085

UNIT : PPISMP (BT / PJ / KS)SEM 3

NAMA PENSYARAH : EN. ROZIKI EFFENDY BINREPIN

TARIKH SERAHAN : 12 SEPTEMBER 2009

Page 2: Senarai perkataan emosi

Penghargaan

Selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada tuhan

disebabkan tugasan projek yang telah diberikan kepada saya dapat disiapkan

walaupun pelbagai masalah dan rintangan telah saya tempuhi dalam

menyudahkan tugasan ini. Seterusnya terima kasih kepada pensyarah kami iaitu

kerana atas bantuan dan tunjuk ajarnya dapatlah saya mencari jalan

penyelesaian dan seterusnya memberikan pengajaran yang berguna untuk

menyiapkan tugasan ini. kami amat menghargai penjelasan dan penerangan

yang diberioleh penyarah kami. Selain itu beliau juga telah memberi dorongan

untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber seperti pusat sumber dan internet.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu

saya ketika saya berada dalam kesusahan untuk menyiapkan tugasan ini sama

ada secara langsung ataupun tidak.

Jutaan terima kasih juga kepada keluarga saya yang banyak memberi

dorongan serta semangat agar saya dapat menyudahkan tugasan ini dengan

jayanya. Sebagai penutup saya sudahi dengan harapan agar dengan

melaksanakan tugasan ini saya dapat mengambil segala yang positif dan jadikan

pengajaran terhadap segala yang negatif. Sekian,terima kasih.

Page 3: Senarai perkataan emosi

Isi Kandungan

BILANGAN PERKARA

1 Penghargaan

2 Kertas soalan

3 Pendahuluan

4 Soalan pertama

5 Soalan kedua

6 Soalan ketiga

7 Soalan keempat

8 bibliografi

9 Refleksi kendiri

10 Lampiran

Page 4: Senarai perkataan emosi

Pendahuluan

Kecerdasan emosi sebagai satu subilmu dalam disiplin psikologi masih baru.

Namun emosi atau perasaan sebagai salah satu unsur yang terdapat pada

manusia sudah dikaji sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Emosi manusia bukan

hanya menjadi subjek kajian dan eksperimen ahli-ahli psikologi dan klinikal.

Pendek kata , emosi yang dimiliki manusia menjadi subjek dalam pelbagai

disiplin ilmu pengetahuan. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri,

semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan

bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan dorongan hati

dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati. Konsep

EQ atau kecerdasan emosi adalah konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada

kaitan dengan kesedaran ke atas emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan

dapat berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ.

Dalam portfolio ini terdapat perkataan emosi serta hurainya, refleksi

introspektif perkembangan tahap kompetansi kecerdasan emosi diri sendiri dari

beberapa jenis aspek. Juga terkandung contoh situasi yang mencabar dan

cadangan strategi untuk mengurus emosi berdasarkan situasi tersebut. Akhirnya,

terdapat peranan guru yang membantu dalam perkembangan kecerdasan emosi

Page 5: Senarai perkataan emosi

Senarai perkataan emosi

1. Kasih

Perkataan kasih membawa maksud perasaan atau berperasaan sayang

terhadap seseorang. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai perasaan

penghargaan atas pemberian seperti pertolongan yang telah diperolehi

oleh seseorang. Boleh dirumus sebagai perasaan cinta akan seseorang.

2. Marah

Perkataan ini pula membawa maksud berasa panas hati, berang, gusar

dan sebagainya. Perasaan ini berlahir kerana ditipu ataupun talah dihina

oleh seseorang.

3. Hairan

Page 6: Senarai perkataan emosi

Perkataan hairan merujuk kepada perasaan pelik ketika melihat sesuatu.

Boleh juga dikatakan sebagai perasaan ganjil ketika melihat atau

mendengar sesuatu berita .

4. Puas

Perkataan puas boleh ditakrif sebagai berasa senang, kenyang dan lega

apabila sesuatu yang dikehendaki atau diingini sudah dapat secukup-

cukupnya.

5. Selamat

Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan selamat boleh mendefinisikan

sebagai perasaan yang aman sentosa dan sejahtera daripada berlakunya

apa-apa gangguan. Contohnya selamat atau terpelihara daripada

bencana ataupun daripada bahaya.

6. Bimbang

Bimbang adalah salah satu emosi yang berasa gelisah atau tidak sedap

hati. Ini kerana memikirkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Perasaan

Page 7: Senarai perkataan emosi

bimbang dilahir apabila seseorang itu berasa takut atau khuatir semasa

berfikir yang bukan-bukan.

7. bangga

perkataan bangga menbawa maksud perasaan megah atau besar hati

terdap seseorang apabila mencapai sesuatu kejayaan.

8. gelisah

perasaan gelisah ialah perasaan tidak tenteram atau tidak sabar kerana

menantikan sesuatu. Ini juga boleh dikatakan sebagai perasaan risau

akan sesuatu dengan hati yang tidak tenang.

9. Dihargai

Perkataan dihargai telah ditakrifkan sebagai perasaan yang menunjukan

panghargaan dan panghormatan kepada seseorang. Boleh dirumus

sebagai menerima serata menghargai seseorang penghargaan.

Page 8: Senarai perkataan emosi

10.malu

perasaan malu bermakna berasas hina dan berperasaan rendah serta

berasa tidak senang apabila membuat sesuatu yang salah atau perkara

yang tidak sopan .

Refleksi introspektif

Optimis

Optimis ialah dibawah tajuk kompetensi personal iaitu dalam tajuk

pengurusan kendiri. Optimis ialah tekal dalam usaha untuk mencapai sesuatu

objektif apabila mengatasi apa jua halangan. Dalam perkataan lain, kita perlu

terus berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan walaupun ada cabaran dan

rintangan. Selain itu, kita perlu melihat masalah itu sebagai akibat daripada

keadaan yang boleh diurus. Sebagai contohnya, semasa saya belajar belajar

karate selama lima. Apabila peperiksaan SPM berdekatan, saya menghadapi

beberapa rintangan terutamanya dalam pelajaran aliran sains seperti matematik

tambahan, kimia dan fizik. Saya tidak boleh mencapai pencapaian yang bagus

dalam matapelajaran sains. Ini kerana saya tidak dapat menghadiri kelas

tambahan yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah kami disebabkan adanya

kelas karate pada masa tersebut. Ini amat membimbangkan masa depan saya

Page 9: Senarai perkataan emosi

dan criteria saya. Dalam keadaan ini, saya tidak berputus hati dan saya tetap

berusaha dengan bersifat posotif untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Setelah beberapa cubaan saya telah membuat jadual pelajaran saya sendiri di

rumah untuk mengagihkan masa saya untuk belajar. Saya juga telah

meluangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan dan tidak terkecuali untuk

kelas karate saya. Dengan memasuki kelas-kelas tambahan, saya dapat

meningkatkan prestasi saya dalam semua matapelajaran sains dan akhirnya

saya telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan SPM. Pada

masa tersebut juga saya telah berjaya mendapat tali pinggang hitam dalam kelas

karate. Dalam keadaan ini, saya tidak berputus hati dan saya tetap berusaha

dengan bersifat posotif untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Saya

bertindak daripada harapan kepada kejayaan. Akhirnya, saya mendapat

keputusan yang cemarlang. Ini kerana saya bersikap secara optimis iaitu berfikir

secara berpositif dan usaha yang berterusan walaupun ada rintangan dan

halangan.

Penghormatan kendiri

Penghormatan kendiri juga dibawah tajuk kompetensi personal dalam

kesedaran kendiri. Penghormatan kendiri dikata sebagai self-regard dalam

bahasa Inggeris. Ini bermakna Keupayaan dan kesedaran untuk memahami,

menerima dan menghormati diri sendiri. Kita sebagai seorang individu kita perlu

Page 10: Senarai perkataan emosi

menghormati diri sendiri kita daripada orang lain menghormati kita. Saya

sentiasa menghormati diri saya. Semasa alam persekolahan, Selepas tamat

peperiksaan PMR saya telah mendapat peluang untuk meneruskan pelajaran

saya dalam aliran sains. Kelas saya merupakan kelas pertama yang telah

diduduki oleh pelajar-pelajar cemerlang.

Saya merupakan satu-satunya pelajar india di kelas tersebut. Apabila

kawan–kawan saya buli saya, saya tidak akan berkecewa dan berisau, tetapi

saya menghormati diri saya. Saya tidak mempedulikan kata- kata mereka dan

saya berfikir tenang dan berpositif. Selain itu, semasa guru kelas saya menyoal

saya atau meminta pandangan, saya tidak berasa takut untuk menjawab. Saya

berani meluahkan pandangan saya walaupun terdapat kesalahan. Ini kerana,

penghormatan saya terhadap pandangan saya dan saya juga menerima

pandangan orang lain serta teguran orang lain terhadap saya. Selepas itu

pelajar-pelajar cemerlang tersebut mula bergaul dengan saya. Lama-kelamaan

semua pelajar tersebut menjadi kawan karib saya sehingga mereka semua

mengunjungi rumaha saya pada masa deepavali. Walaupun kami semua telah

masuk dalam alam ipta, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk kami berjumpa

semasa cuti perayaan dan untuk membuat pelbagai aktiviti lain.

Page 11: Senarai perkataan emosi

Pemangkin perubahan

Pemangkin perubahan terdapat dibawah tajuk kompetensi sosial dalam

sub topik kemahiran sosial. Pemangkin perubahan membawa maksud

seseorang individu akan memulakan hala tuju baru atau mengurus perubahan

dalam sesuatu kumpulanya. Inidividu tersebut perlu mengenal pasti perubahan

yang perlu dilakukan supaya boleh mengurus perubahan itu secara baik.

Sebagai contohnya, saya telah ditugaskan sebagai pemimpin kumpulan semasa

mengadakan sebuah kem unit badan berunifom di sekolah saya. Sebagai ketua,

saya beringin untuk memulakan hala tuju yang baru untuk mendapat kejayaan

dalam pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur. Saya sedar

bahawa kumpulan saya memerlukan perubahan yang baru untuk menjadi

kumpulan yang secara luar biasa serta kreatif. Oleh itu, sebagai seorang

pemimpin, saya berusaha untuk membuat perubahan terhadap kumpulan saya

dengan mengatasi halangan-halangan kepada perubahan itu. Yang pentingnya

ialah perubahan yang kita buat perlu ada sokongan daripada ahli kumpulanya

serta daripada orang lain. Saya telah mengagihkan tugas-tugas kami mengikut

Page 12: Senarai perkataan emosi

keupayaan dan kemahiran ahli kumpulan kami. Sebelum mengagihkan tugas,

kami telah membincangkan beberapa cadangan supaya menjadikan kumpulan

kami kumpulan kreatif dan inovatif. Dengan ini kami dapat menyiapkan tugas

kami dengan sempurana dan lagi cepat daripada kumpulan lain. Akhirnya

perubahan yang kami membuat ini menjadi sebagai satu model perubahan

untuk kumpulan lain.

Pengurusan konflik

Pengurusan konflik juga dibawah tajuk kompetensi sosial. Pengurusan

konflik ialah seseorang itu dapat membuat rundingan atau musyawarah dan

berusaha untuk menyelasaikan perselisihan itu dalam kumpulan. Seseorang itu

harus menyelesaikan masalah yang dibincangi. Umpamanya, ketika saya dan

kawan-kawan saya menhadapi masalah dalam pelajaran, kami sekumpulannya

akan berbincang dan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu. Terutamanya

dalam pelajaran matematik tambahan kami selalu menghadapi masalah

penyelesaian. Dalam keadaan tersebut kami mengesan konflik yang timbul dan

kami bertindak secara bijak untuk menyelesaikan konflik tersebut. Kami

mengalakan perbincangan serta perbahasan dan saya sentiasa memberikan

pendapat agar mewujudkan penyeselesain yang wajar. Selain itu kami juga

merujuk beberapa buku rujukan dan internet untuk mendapat penjelasan yang

kukuh untuk menyelesaikan masalah matematik kami. Akhirnya kami dapat

Page 13: Senarai perkataan emosi

menyelesaikan konflik kami serta mengurangkan ketidakpastian kami dengan

bukti yang kukuh yang boleh diterima oleh kawan dan guru kami.

Berorientasikan pencapaian

Berorientasikan pencapaian adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu

dalam pengurusan kendiri. Ini bermaksud desakan untuk membaiki prestasi

untuk menambah baik serta memenuhi piawaian kecemerlangan yang

ditetepkan. Ini bermakna, seseorang itu perlu membaiki keadaan sekarang iaitu

keadaan yang lemah ataupun prestasi seseorang supaya dapat pencapaian

yang cemerlang dengan berorientasikan hasil. Saya juga pernah mengalami

situasi ini. Kalau saya berasa lemah dalam sesuatu subjek, saya akan

memperbaiki prestasi saya dengan memberi matlamat yang mencabar dan saya

mengambil risiko yang tinggi untuk mencapai matlamat saya. Selain itu, saya

juga mengejar maklumat yang benar supaya mengelakkan serta mengurangkan

ketidakpastian. Saya akan merujuk buku-buku, cikgu dan juga internet untuk

mendapatkan penjelasan yang baik dan tepat. Bagi mendapat pointer yang baik

setiap semester saya mencuba cara yang baru untuk mengulang kaji supaya

mendapat pencapain yang baik daripada semester lepas. Dengan itu saya telah

Page 14: Senarai perkataan emosi

mengambil beberapa tindakan iaitu mencatat nota, merujuk buku di

perpustakaan dan juga mencari maklumat di laman web untuk mendapat

penjelasan yang baik untuk membuat karja kursus dan tidak terkecuali

pembentangan power point yang dibagi oleh pensyarah saya.Untuk pencapain

yang baik, kita perlu berorintasikan pencapaian.

Membangunkan individu

Membangunkan individu lain adalah dibawah tajuk kompetensi sosial. Ini

boleh ditakrifkan sebagai kita perlu mengesan bagaimana orang lain boleh

berkembang dan kita harus mengalakkan kebolehan dan keupayaan mereka.

Kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk

peningkatan mereka. Sebagai contohnya, saya sentiasa memuji dan memberi

ganjaran kepada adik saya yang pandai berlukis sebagai tanda menghargai

kekuatan , kejayaan dalam perkembangan adik saya. Saya melihat kepelbagaian

dan memberikan maklumbalas yang boleh membina perkembangan adik saya.

saya juga telah membuat persediaan untuk menghadiri kelas melukis untuk adik

saya. Tambahan pula, Saya juga telah membelikan peralatan-peralatan yang

memerlukan untuk adik saya sebagai tanda memupuk. Selain itu saya juga

menggalakan adik saya supaya mengambil bahagian dalam pertandingan

melukis yang dianjurkan oleh bukan sahaja pihak sekolah malah pihak kerajaan

Page 15: Senarai perkataan emosi

dan pihak swasta. Dengan ini, kita sanggup membangunkan individu orang lain

dengan sepenuhnya.

Keyakinan diri

Keyakinan diri adalah dibawah tajuk kompetensi personal. Dalam bahasa

Inggerisnya self-confidence. Ini membawa maksud kepercayaan yang tinggi

terhadap keupayaan diri. Kita sebagai individu perlu mempunyai keyakinan diri

yang kukuh untuk merealisasikan kejayaan. Saya mempunyai keyakinan diri

yang kukuh dalam mengendalikan apa jua situasinya. Saya akan sentiasa

mempamerkan kesungguhan saya yang sepenuhnya untuk mencapai sesuatu

kejayaan terutamanya apabila saya telah dipilih untuk menjadi ketua unit bagi

ppismp sem 2 bt/pj/ks. Dengan menyedari tanggungjawab saya, saya telah

berusaha keras untuk melaksanakan tangggungjawab saya. Tanpa keyakinan

diri saya tidak dapat melaksanakan tugas saya dengan sempurna. Saya juga

perlu ada keyakinan diri untuk meluangkan pandangan saya di depan kelas yang

boleh diterima oleh semua ahli kelas saya. Selain itu saya juga harus

memastikan bahawa pensyarah kami sudah mendapat kelas ganti mereka pada

Page 16: Senarai perkataan emosi

masa yang tepat supaya dapat menghabiskan jam kredit. Selain itu saya juga

perlu membuat persediaan untuk mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur dan

pertandingan badminton yang dianjurkan oleh senior kami. Setelah enam bulan

berlalu saya menyedari bahawa keyakinan diri adalah amat penting untuk

menjadi sebagai guru dan pemimpin. Bagi menyedari matlamat hidup kita, kita

perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk mencapai matlamat hidup kita.

Daya usaha

Daya usaha adalah dalam tajuk kompetensi personal iaitu dalam

pengurusan kendiri. Dalam bahasa Inggerisnya initiative. Daya usaha

bermaksud berasa selesa, terbuka dan boleh menyesuiakan diri dengan idea,

pendekatan serta maklumat yang baru. Secara ringkasnya daya usaha

bermaksud berfikir secara kreatif dan kritis dengan menjana idea-idea yang baru.

Saya juga mempunyai daya usaha yang tinggi dalam membuat sesuatu projek.

Saya mencari pelbagai idea baru daripada pelbagai sumber dan mempunyai

perspektif terkini serta mengambil risiko supaya projek saya kreatif.

Terutamanya pada masa membuat kerja kursus yang telah diberikan oleh

pensyarah kami. Saya sentiasa akan mencuba untuk mendapakan pelbagai

maklumat daripada senior kami serta daripada pelbagai sumber kajian untuk

menyiapkan tugasan saya. Selain itu saya juga berbincang dengan kawan saya

Page 17: Senarai perkataan emosi

dan pensyarah saya untuk memastikan sumber yang saya cari itu sam ada betul

atau tidak dan tepat.

Situasi yang mencabar

‘Brindlet Training and Camp’ adalah sebuah syarikat pengendali kem dan

perunding latihan beroperasi di Kompleks UNITI , Pasir Panjang, Port Dickson

Negeri Sembilan. Latar belakang Hutan Simpan Pasir Panjang dan mengahadap

terus ke laut Selat Melaka menjadikan Brindley Training and Camp(BTC) sebuah

kem latihan yang unik dan menarik, menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti dalam

iaitu kemudahan latihan indoor dan outdoor di dalam satu premis latihan. Oleh

sebab demikian, saya sebagai pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah telah

merancang aktiviti perkhemahan da BTC. Selepas perbincang dengan

penyelaras BTC dan dengan penyeleras persatuan PBSM, kami menetapkan

tarikh perkhemahan selama 3 hari 2 malam pada cuti bulan 6.

Mula-mula saya berpendapat bahawa perkhemahan ini merupakan

perkhemahan biasa yang tidak begitu susah. Tetapi selepas taklimat yang

Page 18: Senarai perkataan emosi

diberikan oleh penyeleras Brindley Training and Camp saya mula rasa tertekan

dengan aktiviti-aktiviti yang diperkenalkan oleh beliau. Antaranya ialah seperti

abseiling, aktiviti berakit, berkayak dan rasai suasana malam di hutan dan

sebagainya. Selepas dengar taklimat beliau saya mula merasai situasi-situasi

yang bakal saya hadapi. Kami terpaksa bangun pada pukul 4 pagi untuk

melaksanakan rutin pagi, senaman dan kawad. Seterusnya sebagai aktiviti

pertama kami terpaksa berjalan 8 km ke tebing tinggi di tepi pantai untuk aktiviti

abseiling. Masalahnya saya takut pada ketinggian dan ia juga menjadi situasi

yang mencabar.

Seterusnya kami juga terpakasa melakukan aktiviti berakit di persisiran

laut Selat Melaka. Saya tidak pernah melakukan aktiviti-aktiviti ini sebelum ini.

Pada hari kedua kami berada di air dengan berkayak ke Pulau Perjudi. Di situ

kami melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar. Pada malam tersebut kami

juga Terokailah hutan lipur Pasir Panjang untuk menikmati flora dan faunanya

dan rasailah suasana malam di hutan.

Semasa saya melalui aktiviti-aktiviti sebigini saya cuba menenangkan

fifkiran saya dan cuba memahami punca utama tekanan yang saya alami. Saya

memahami bahawa saya takut pada ketinggian, kedalaman laut mahupun sungai

dan terokai hutan Lipur Pasir Panjang yang memenuhi dengan flora dan fauna

pada suasana malam di hutan yang sunyi dengan latar bunyi unggas dan

cengkerik. Saya cuba mengatasi tekanan saya dengan bersama dengan kawan

saya. Selain itu keselamatan yang tejamin untuk pelajar menjadikan saya lebih

berpotensi untuk menghadapi cabaran tersebut. Tambahan pula saya juga mula

Page 19: Senarai perkataan emosi

menikmati cabaran –cabaran tersebut dengan kawan-kawan saya sambil ketawa

dengan jenaka mereka. Dengan kaedah ini saya dapat menguruskan tekanan

saya dengan baik. Selepas melalui cabaran-cabaran ini saya boleh rasa

keyakinan dan keberanian saya. Bukan itu sahaja malah kerjasama dan

semangat berpasukan dan ketahanan fizikal saya boleh dirasai dan meningkat.

Selepas pandai menguruskan tekanan saya mendapat kenangan manis yang

tidak boleh dilupai sehingga kini.

Peranan guru

Kecerdasan emosi mempunyai peranan yang besar dalam bidang

pendidikan. Apabila diperhalusi dalam segala aspek pendidikan sama ada

pendidikan secara umum, pendidikan kanak-kanak, pendidikan orang dewasa

apatah lagi pendidikan tinggi menekankan aspek kecerdasan emosi sama ada

dalam pembentukan dan perlaksanaan kurikulum ataupun dalam aspek

pembangunan profesionalisme pendidiknya. Kepentingan kecerdasan emosi

diletakkan berdiri sama pentingnya dengan aspek lain dalam kehidupan seperti

kecerdasan intelek dan juga kecerdasan spiritual. Menyedari hakikat ini jugalah

kurikulum pendidikan, sama ada kurikulum di peringkat sekolah rendah,

menengah dan kurikulum pendidikan tinggi dirancang dan dilaksanakan dengan

mengambil kira aspek kecerdasan emosi. Dalam keadaan ini, peranan guru

Page 20: Senarai perkataan emosi

sangat penting dalam mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran.

Guru adalah satu gelaran yang mulia yang diberikan oleh sekumpulan

masyarakat kepada seseorang. Guru adalah seorang pembimbing, penasihat,

pemberi tunjuk ajar kepada anak muridnya. Guru diibaratkan pelita yang

menerangi kegelapan. Maka guru adalah satu profesyen yang dipandang mulia

oleh masyarakat. Tanpa guru siapalah kita yang sedang menuju kegerbang

kejayaan dan kebahagiaan.

Dalam konteks pendidik, para guru seharusnya sentiasa memelihara

kestabilan emosi pelajar melalui kesedian mereka dalam menerima dan

mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Akan timbul

ketidakstabilan apabila para guru hanya melayan para pelajar yang sering dan

pandai mengemukakan soalan dan idea serta berkeupayaan berkomunikasi

dengan berkasan berbanding dengan pelajar yang gugup,tidak pernah

mengeluarkan idea serta pasif. Di samping itu, sekolah di seluruh Negara perlu

mempunyai seorang guru kaunselor yang terlatih. Guru kaunselor itu perlu

meningkatkan kesedaran kendiri dalam kalangan para pelajar. Jalinan hubungan

inter-personal dengan guru dan pelajar juga salah satu kaedah yang dapat

meningkatkan perkembangan kecerdasan emosi para pelajar.

Sehubungan dengan ini, para guru harus melayan semua pelajar dengan

bijaksana dan tidak berpilih kasih. Guru sebagai penanggung jawab

Page 21: Senarai perkataan emosi

pendisiplinan anak harus mengontrol setiap aktiviti anak-anak agar tingka laku

anak tidak menyimpang dengan norma-norma yang ada. Guru hendaklah

menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-muridnya. Guru hendaklah

pandai mengambil hati para pelajar dan pandai memikat mereka sebagai

membantu dalam perkembangan kecerdasan emosi. Selain itu, sebagai seorang

guru, harus menyedari dan memahami keadaan dan situasi apabila guru

tersebut marah, sedih dan tertekan. Dengan cara ini, beliau dapat mengawal dan

memantau emosinya dengan baik. Guru patut menyedari kepentingan kaedah

dan teknik mengendalikan emosinya terutama apabila berurusan dengan pelajar.

Tambahan pula, guru harus memainkan peranan penting dalam usaha

membina empati dalam kalangan pelajar. Di sini, empati bermaksud kebolehan

menyedari dan memahami perasaan orang lain. Guru perlu menyediakan

pengalaman pembelajaran yang mampu meningkatkan empati dalam kalangan

pelajar melalui pelbagai kaedah seperti melatih pelajar kemahiran mendengar,

mengaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan semasa dan

seterusnya menyuntik elemen empati merentasi mata pelajaran yang diajar.

Dalam pada itu. Para guru sedar akan pentingnya mereka menyuntik budaya

kecemerlangan dalam kalangan pelajar. Penyuntikan nilai dan budaya dalam

minda pelajar memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi dan ia boleh

dilakukan dengan mengamalkan sikap mengambil endah terhadap emosi,

masalah, dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar.

Guru sebagai seorang yang profesional pada pandangan saya, harus memahami

sedalam-dalamnya elemen kecerdasan emosi ini seterusnya, sentiasa

Page 22: Senarai perkataan emosi

menggunakanya bukan sahaja dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tetapi

yang penting sekali adalah sewaktu berinteraksi dengan pelajar. Banyak kajian

mendapati kaedah dan corak interaksi antara pelajar dengan guru memainkan

peranan dalam memastikan kecemerlangan dan pembanggunan diri para

pelajar. Akhirnya, guru harus bijaksana dalam memastikan elemen ini

diaplikasikan bagi perkembangan kecerdasan emosi dan dalam masa yang

sama mampu menggerakkan pelajar dalam kecemerlangan akademik mereka.

KECERDASAN PELBAGAI DAN KECERDASAN EMOSI DALAM

PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Teori pelbagai kecerdasan adalah konsep yang agak baru. Ia adalah amat

sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Pendidkan Jasmani kerana fleksibilitinya dalam cara pengendalian. Aktiviti-

aktiviti yang dirancang dikendalikan di luar bilik darjah dengan cara berstesyen

dan murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil semasa aktiviti

perkembangan. Kandungan pengajaran atau situasi-situasi boleh diubah tahap

kesukarannya mengikut tahun pelajaran murid. Antara kepentingan penggunaan

kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah:

· Petunjuk kepada potensi murid.

· Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya.

· Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan.

· Membangun bidang akademik dan ko- kurikulum pelajar.

Page 23: Senarai perkataan emosi

· Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.

· Mempelbagaikan cara penilaian.

· Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan

FPK dan keperluan murid.

· Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

· Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Bibliografi

About Emotion Intelligence, http://www.emotionaliq.com/EI.htm,

file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/My %20Documents/assignments%20sem%203/kke/perkataan-lebih-panjang-emosi-lebih.html

http://www.eqatwork.com/whats_eq.htm ,

Kamus Dewan (Edisi Ketiga) . Dewan Bahasa dan Pustaka

EQ Panduan meningkatkan kecerdasan emosiMohd. Azhar Abd. Hamid

Page 24: Senarai perkataan emosi

PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd.

Refleksi Kendiri

Selamat sejahtera kepada pensyarah saya. Saya Subashini Satasilan

telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini secara individu. Kerja kursus ini

merupakan kerja kursus pendek dan dihantar pada 12 September. Saya

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna walaupun saya menimpa pelbagai

masalah semasa mencari maklumat.

Kerja kursus ini berasakan Kompetensi Kecerdasan Emosi. Dalam kerja

kursus ini terdapat perkataan yang berkaitan dengan emosi-emosi manusia dan

juga terdapat satu situasi contoh yang mencabar yang berkaitan dengan emosi.

Page 25: Senarai perkataan emosi

Situasi ini merupakan situasi yang dialami oleh saya. Saya juga telah

bercadangkan beberapa strategi-strategi untuk mengurus emosinya. Akhirnya,

juga terdapat peranan guru dalam perkembangan kecerdasan emosi.

Dengan menyempurnakan kerja kursus ini, saya mengetahui beberapa

perkara tentang emosinya. Pertama sekali, saya mengetahui tentang apakah

yang dimaksudkan dengan emosi. Selain itu, saya mengetahui konsep emosi

dan kecerdasan emosi. Apa yang saya faham ialah kita perlu memiliki tahap

kecerdasan intelek dan tahap kecerdasan emosi yang seimbang.

Dalam pada itu, saya juga lebih faham tentang peranan seorang guru dalam

mewujudkan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran yang akan membantu

dalam perkembangan kecerdasan emosi.

Pada pendapat saya, kerja kursus ini merupakan salah satu kerja yang

dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang emosi manusia dalam pelbagai

cabang ilmu. Selain itu, semasa menjalankan kerja kursus ini saya telah

meluangkan masa untuk membuat rujukan di Pusat Sumber. Terdapat beberapa

buah buku yang mengenai tentang emosi manusia. Salah satunya EQ Panduan

meningkatkan kecerdasan emosi yang dikarya oleh Mohd Azhar Abd, Hamid

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya kerana

dengan ada bimbingan dan sokongan yang sepenuhnya ,saya telah menyiapkan

Page 26: Senarai perkataan emosi

tugasan ini dengan baik dan projek ini memang memberi banyak manfaat

kepada saya. Tambahan pula, dengan melaksanakan projek ini, semangat

kerjasama dan komitmen yang kukuh dapat dilihat antara saya dengan kawan

sekelas saya iaitu semasa mencari bahan tentang emosi. Sekali lagi ucapan

terima kasih ditujukan kepada pensyarah saya dan rakan-rakan saya.

Rumusan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan individu yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,

rohani ,emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada tuhan.

Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai sejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”

Hakikatnya , kecerdasan emosi menjadi pendukung kepada kecerdasan

intelek dalam menjamin kualiti produk yang dihasilkan Pendidik bukan sahaja

mengetahui elemen kecerdasan emosi malah mereka juga harus

Page 27: Senarai perkataan emosi

menyedari,memahami dan mengimplementasikan elemen itu dalam semua mata

pelajaran yang yang diajar.

Kepemimpinan pendidikan yang berjaya membentuk sekolah berkesan

adalah pemimpin yang berkemampuan menguasai EQ. Kemampuan tersebut

antaranya ialah berwaspada terhadap perasaan diri sendiri dan orang lain, dan

memahami bagaimana untuk berubah pada setiap masa. Selain itu mereka juga

perlu dan mampu untuk menunjukkan perasaan diri sendiri terhadap guru-guru

dan pelajar dan mempunyai pengetahuan bagaimana dan kenapa emosi berkait

rapat dengan bentuk budaya dan identiti sesebuah sekolah. Oleh itu kita harus

peka terhadap emosi kita dan harus pandai mengawalnya untuk menjamin

kesejahteraan hidup kita.

LAMPIRAN