hazirah binti hashim.tt - faculty of education...golongan ibu tunggal dengan m=31.3 diikuti dengan...
TRANSCRIPT
4
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan
keizinan Nya dan limpah rahmatNya dapatlah saya menyempurnakan kajian ini
sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan
dan Kaunseling).
Ribuan terima kasih dan sejuta penghargaan yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada Dr. Faizah bt. Abd. Ghani selaku penyelia dan juga pensyarah saya
di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran serta idea yang telah dicurahkan
kepada saya sepanjang melaksanakan projek kajian ini. Kata-kata penghargaan ini
juga saya ucapkan kepada seluruh warga pensyarah Fakulti Pendidikan di UTM
terutamanya yang mendidik saya dalam mencurahkan ilmu sepanjang pengajian saya
di sini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana tanpa bimbingan dan didikan yang
diberikan, saya tidak mampu berada di tahap ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Pembangunan Keluarga
Johor Darul Ta’zim (YPKDT) daerah Muar dan ibu tunggal berdaftar yang telah
terlibat dan memberikan sepenuhnya kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Tanpa
sokongan dan bantuan daripada anda, tidak dapatlah saya menyempurnakan tugasan
ini.
Akhir sekali, teristimewa untuk ibunda dan ayahanda tercinta iaitu Salamah
Binti Sadek dan Hashim Bin Mohamad Amin yang tidak putus-putus meniupkan
kata-kata semangat dan dorongan kepada diri ini dalam mengejar impian dan cita-
cita. Kalian lah sumber inspirasi dan kekuatan diri dalam menempuh pahit dan manis
sepanjang meneruskan pengajian di sini. Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat
seperjuangan yang sama-sama memberi kata-kata semangat serta membantu dalam
menyempurnakan kajian ini. Terima kasih.
5
DEDIKASI
Teristimewa untuk ayahanda dan bonda yang tercinta, Hashim Mohamad Amin dan Salamah Sadek,
Berkat doa dan sokonganmu diri ini disini,
Terima kasih atas segala doa dan sokongan selama ini,
Semoga doa restu kalian akan sentiasa menjadi azimat hidup ini ...
Buat adik beradik yang disayangi, Zafirah dan Naqibah,
Terima kasih juga atas kata-kata semangat dan sokongan selama ini,
Semoga ukhwah antara kita akan kukuh selamanya...
Buat pembimbingku Dr. Faizah bt Abd Ghani ,
Terima kasih atas segalanya,
Jasa dan pengorbananmu tidak mungkin ku lupai,
Semoga dapat terus berbakti,
Semoga dirimu mendapat ganjaran yang terbaik daripada Ilahi...
Untuk rakan-rakan seperjuangan terutamanya Hidayah dan Jannah,
Tanpa anda jua siapalah diri ini,
Semoga ukhwah kita semua terus bersemi,
Segala jasa baik serta sokongan kalian amat dihargai.
6
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal
serta hubungannya dengan lokus kawalan dalam kalangan ibu tunggal yang berdaftar
di Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) daerah Muar. Kajian ini
melibatkan seramai 100 orang responden yang terdiri daripada golongan ibu tunggal
berdaftar. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan mengandungi
3 bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden, bahagian B
adalah soal selidik masalah ibu tunggal yang mengukur jenis masalah ibu tunggal,
manakala bahagian C pula merupakan soal selidik tentang lokus kawalan dalam
kalangan ibu tunggal. Data kajian juga dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For The Social Science (SPSS 16.0). Analisis deskriptif
digunakan untuk menjawab objektif 1 dan 2 dengan menggunakan kekerapan,
peratus, min dan sisihan piawai, manakala Analisis Inferensi digunakan untuk
menjawab objektif ketiga dengan kaedah korelasi. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa masalah ekonomi adalah masalah yang paling dominan yang dihadapi oleh
golongan ibu tunggal dengan M=31.3 diikuti dengan masalah psikologi dan emosi
dengan M=27.1, masalah kekeluargaan dengan M=24.0 dan masalah stigma dan
sokongan masyarakat dengan M=23.2. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan
lokus kawalan dalaman adalah paling dominan dengan M= 82.2 diikuti oleh lokus
kawalan luaran dengan M=81.2. Hasil analisis juga mendapati bahawa masalah
ekonomi, kekeluargaan, stigma dan sokongan masyarakat, psikologi dan emosi
mempunyai hubungan yang signifikan dengan lokus kawalan dalaman dan lokus
kawalan luaran dalam kalangan ibu tunggal.
7
ABSTRACT
This study aims to identify the challenges or problem and its relationship with the
locus of control among registered single mother in Yayasan Pembangunan Keluarga
Darul Ta’zim (YPKDT) in Muar district. This study involved a total of 100
respondents from Muar district. The questionnaire used in this study contains three
parts. Part A covers the background of the respondents; part B is a questionnaire on
Single Mother Problem inventory which measures the kind of problem faced by
single mothers, while the part C is a questionnaire about locus of control among
single mothers. Data were analyzed using Statistical Package For The Social Science
(SPSS 16.0). Descriptive analysis is used to answer the objectives 1 and 2 by using
frequency, percentage, mean and standard deviation, while the inferential analysis is
used to answer the third objective of the correlation method. The findings showed
that economy problem which most widely faced by single mother with M=31.3,
followed by psychology and emotion problem with M = 27.1, family kinship with M
= 24.0 and stigma and community support problem with M =23.2 . In addition, the
study also showed that Internal Locus of Control is the most dominant with M = 82.2
followed by External Locus of Control with M = 81. 2. The analysis also reveals that
economy, family kinship, stigma and community support and psychology and
emotion problem has a significant relationship with Internal and External Locus of
Control .
8
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN i
TAJUK ii
PENGESAHAN iii
PENGHARGAAN iv
DEDIKASI v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kerangka Konsep Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 10
9
1 PENDAHULUAN MUKA SURAT
1.9 Batasan Kajian 13
1.10 Definisi Konsep dan Operasional 13
1.10.1 Ibu Tunggal 13
1.10.2 Cabaran 14
1.10.3 Lokus Kawalan 14
1.11 Kesimpulan 15
2 SOROTAN KAJIAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep Ibu Tunggal 16
2.2.1 Ibu Tunggal Dalam Perspektif Islam 17
2.3 Konsep Lokus Kawalan 18
2.3.1 Lokus Kawalan Dalaman (LK-D) 19
2.3.2 Lokus Kawalan Luaran (LK-L) 19
2.4 Rangka Teori Humanistik (Abraham Maslow) 20
2.4.1 Keperluan Fisiologi 22
2.4.2 Keperluan Keselamatan 22
2.4.3 Keperluan Kasih Sayang 22
2.4.4 Keperluan Penghargaan Diri (self-esteem) 23
2.4.5 Keperluan Penyempurnaan Kendiri 23
2.5 Kajian-kajian Luar Negara 24
2.6 Kajian-kajian Lepas di Malaysia 28
2.7 Kesimpulan 31
10
3 METODOLOGI MUKA SURAT
3.1 Pengenalan 32
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Populasi 33
3.4 Sampel Kajian 34
3.5 Tempat Kajian 35
3.6 Instrumen Kajian 36
3.6.1 Bahagian A 36
3.6.2 Bahagian B 39
3.6.3 Bahagian C 41
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 42
3.8 Prosedur Kajian 43
3.9 Analisis Data Kajian 45
3.10 Kesimpulan 46
4 DAPATAN KAJIAN MUKA SURAT
4.1 Pengenalan 47
4.2 Profil Responden 48
4.2.1 Umur 48
4.2.2 Tempoh sebagai ibu tunggal 49
4.2.3 Punca status ibu tunggal 50
4.2.4 Tahap pendidikan 51
4.2.5 Pekerjaan 52
4.2.6 Tempoh pengalaman kerja 53
4.2.7 Bilangan anak 54
4.2.8 Tanggungan anak 55
4.2.9 Bilangan tanggungan 56
4.2.10
4.2.11
4.2.12 4.2.13
4.2.14
4.2.15
Jumlah pendapatan
Jenis pendapatan
Sumber sokongan pendapatan
Bantuan sumber
Bantuan kerajaan
Tempat tinggal
57
58
59
60
61
62
11
4.3 Analisis Persoalan Kajian 62
4.3.1 Kajian Deskriptif Mengenalpasti Masalah Yang
Dihadapi Oleh Ibu Tunggal
63
4.3.2 Kajian Deskiptif Mengenalpasti Masalah
Ekonomi Yang Dihadapi Oleh Ibu Tunggal
64
4.3.3 Kajian Deskiptif Mengenalpasti Masalah
Kekeluargaan Yang Dihadapi Oleh Ibu Tunggal
66
4.3.4 Kajian Deskiptif Mengenalpasti Masalah Stigma
dan Sokongan Masyarakat Yang Dihadapi Oleh
Ibu Tunggal
68
4.3.5 Kajian Deskiptif Mengenalpasti Masalah
Psikologi dan Emosi Yang Dihadapi Oleh Ibu
Tunggal
70
4.3.6 Kajian Deskiptif Mengenalpasti Lokus Kawalan
Dalaman dalam Kalangan Ibu Tunggal
72
4.3.7
4.3.8
4.3.8.1
4.3.8.2
Kajian Deskriptif Mengenalpasti Lokus Kawalan
Luaran dalam Kalangan Ibu Tunggal
Taburan Responden Berdasarkan Lokus Kawalan
Dalam Kalangan Ibu Tunggal
Taburan Respoenden Berdasarkan Lokus
Kawalan Dalaman Dalam Kalangan Ibu Tunggal
Taburan Responden Berdasarkan Lokus Kawalan
Luaran Dalam Kalangan Ibu Tunggal
72
73
73
76
4.4 Mengenalpasti hubungan yang signifikan diantara masalah ibu tunggal
dengan lokus kawalan dalam kalangan ibu tunggal.
79
4.4.1 Hubungan Masalah Ekonomi Dengan Lokus
Kawalan Dalaman Ibu Tunggal
79
4.4.2 Hubungan Masalah Kekeluargaan Dengan Lokus
Kawalan Dalaman Ibu Tunggal
80
4.4.3 Hubungan Masalah Stigma dan Sokongan
Masyarakat Dengan Lokus Kawalan Dalaman Ibu
Tunggal
81
12
4 DAPATAN KAJIAN MUKA
SURAT
4.4.4 Hubungan Masalah Psikologi dan Emosi Dengan
Lokus Kawalan Dalaman Ibu Tunggal
82
4.4.5 Hubungan Masalah Ekonomi Dengan Lokus
Kawalan Luaran Ibu Tunggal
83
4.4.6 Hubungan Masalah Kekeluargaan Dengan Lokus
Kawalan Luaran Ibu Tunggal
84
4.4.7
4.4.8
Hubungan Masalah Stigma dan Sokongan
Masyarakat Dengan Lokus Kawalan Luaran Ibu
Tunggal
Hubungan Masalah Emosi dan Psikologi Dengan
Lokus Kawalan Luaran Ibu Tunggal
85
86
4.5 Kesimpulan 86
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN MUKA SURAT
5.1 Pengenalan 88
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 89
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Ibu Tunggal 89
5.2.2 Perbincangan Masalah Yang Dihadapi Oleh Ibu
Tunggal
93
5.2.3 Perbincangan Lokus Kawalan Dalam Kalangan
Ibu Tunggal
94
5.3 Analisis Hubungan Antara Masalah dengan Lokus Kawalan Dalam
Kalangan Ibu
94
5.4 Cadangan 96
5.4.1 Cadangan Tindakan 97
5.4.1.1 Peranan Ibu Tunggal 97
5.4.1.2 Masyarakat 99
13
5.4.1.3 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul
Ta’zim (YPKDT)
99
5.4.1.4 Kementerian 100
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.5 Rumusan 102
RUJUKAN 103
LAMPIRAN
A- Soal Selidik 109
B- Kesahan Kandungan Soal Selidik 116
14
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V.dan Morgan, D.W. 34
3.2 Skor Bagi Faktor Demografi Ibu Tunggal 37
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 5 Mata 39
3.4 Nombor-nombor Item Berdasarkan Masalah Ibu Tunggal 40
3.5 Nombor-nombor Item Berdasarkan Definisi Masalah Ibu Tunggal 40
3.6 Nombor-nombor Item Berdasarkan Item Lokus Kawalan Ibu Tunggal 41
3.7 Klasifikasi Nilai Skor Min Soal-Selidik Masalah Ibu Tunggal 45
3.8 Aras kekuatan nilai pekali korelasi 46
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur 48
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Tempoh Sebagai Ibu Tunggal 49
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Punca Status Ibu Tunggal 50
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahap Pendidikan 51
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 52
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tempoh Pengalaman Bekerja 53
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Bilangan Anak 54
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Tanggungan Anak 55
4.9 Taburan Responden Berdasarkan Bilangan Tanggungan 56
4.10 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Pendapatan 57
4.11 Taburan Responden berdasarkan Jenis Pendapatan 58
15
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.12 Taburan Responden berdasarkan Sumber Sokongan Pendapatan 59
4.13 Taburan responden berdasarkan Bantuan Sumber 60
4.14 Taburan Responden berdasarkan Bantuan Kerajaan 61
4.15 Taburan Responden berdasarkan Tempat Tinggal 62
4.16 Taburan Responden berdasarkan masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal 63
4.17 Taburan Responden berdasarkan masalah Ekonomi yang dihadapi oleh 64
ibu tunggal
4.18 Taburan Responden berdasarkan masalah Kekeluargaan yang dihadapi 66
oleh ibu tunggal
4.19 Taburan Responden berdasarkan masalah Stigma dan Sokongan
Masyarakat yang dihadapi oleh ibu tunggal 68
4.20 Taburan Responden berdasarkan masalah Psikologi dan Emosi
yang dihadapi oleh ibu tunggal 70
4.21 Lokus Kawalan Dalaman dalam kalangan ibu tunggal 72
4.22 Lokus Kawalan Luaran dalam kalangan ibu tunggal 72
4.23 Taburan Responden berdasarkan Lokus Kawalan Dalaman dalam kalangan 73
ibu tunggal
4.24 Taburan Responden berdasarkan Lokus Kawalan Luaran dalam kalangan 76
ibu tunggal
4.25 Korelasi di antara Masalah Ekonomi Dengan Lokus Kawalan 79
Dalaman Ibu Tunggal
4.26 Korelasi di antara Masalah Kekeluargaan Dengan Lokus Kawalan 80
Dalaman Ibu Tunggal
4.27 Korelasi di antara Masalah Stigma dan Sokongan Masyarakat 81
Dengan Lokus Kawalan Dalaman Ibu Tunggal
16
4.28 Korelasi di antara Masalah Psikologi dan Emosi Dengan 82
Lokus Kawalan Dalaman Ibu Tunggal
4.29 Korelasi di antara Masalah Ekonomi Dengan Lokus Kawalan 83
Luaran Ibu Tunggal
4.30 Korelasi di antara Masalah Kekeluargaan Dengan Lokus Kawalan 84
Luaran Ibu Tunggal
4.31 Korelasi di antara Masalah Stigma dan Sokongan Masyarakat Dengan 85
Lokus Kawalan Luaran Ibu Tunggal
4.32 Korelasi di antara Masalah Psikologi dan Emosi Dengan Lokus Kawalan 86
Luaran Ibu Tunggal
17
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.7 Kerangka Konsep Kajian 9
3.5 Kerangka Operasi Kajian 44
18
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
Bil - Bilangan
H - Hipotesis
Ha - Hipotesis Alternatif
Ho - Hipotesis Nol
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial
r - Pekali Korelasi
YPKDT - Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
19
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 109
B Kesahan Kandungan Inventori Masalah Ibu Tunggal 116
20
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Perumpamaan ini
tepat untuk menggambarkan keadaan yang terpaksa yang dihadapi oleh golongan ibu
tunggal ini dalam meniti arus kehidupan. Fenomena ibu tunggal bukanlah sesuatu
yang baru dalam masyarakat kita. Namun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan
ini, ia menjadi satu topik yang mengundang perbincangan apabila kita bercakap
tentang wanita dan keluarga. Hal ini mungkin kerana persatuan ibu tunggal yang kini
tumbuh bak cendawan menyebabkan kesukaran yang dialami oleh golongan ini
dapat diketengahkan dengan cara yang lebih berkesan. Tambahan pula, cabaran masa
kini yang begitu kuat menyebabkan masalah mereka menjadi semakin meruncing.
Baru-baru ini, kita didedahkan kepada bilangan ibu tunggal yang begitu
ramai. Walaupun kini angka tersebut diragui, yang nyata, bilangan ibu tunggal
meningkat dari sehari ke sehari. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Yayasan
Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, jumlah ibu tunggal yang berdaftar bermula
dari tahun 2003 sehingga 2012 ialah seramai 5291 orang. Manakala, pada tahun
2012, terdapat seramai 253 orang ibu tunggal yang berdaftar di bawah yayasan ini.
Daerah yang menunjukkan peningkatan dalam kalangan ibu tunggal yang berdaftar
adalah di daerah Batu Pahat Johor. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapatnya
peningkatan dalam bilangan ibu tunggal di negeri Johor. Ini tidak termasuk segelintir
ibu tunggal yang belum berdaftar kerana kekurangan maklumat atau kurang
kesedaran terhadap badan kerajaan ini.
21
Sementara itu, Rohayu et al.(2010) pula menyatakan bahawa menurut
Syahrizat Abdul Jalil, wanita merupakan 16 peratus atau kira-kira 887 ribu ketua isi
rumah daripada 5.7 juta ketua isi rumah di negara ini. Ketua isi rumah wujud apabila
wanita bercerai mati atau bercerai hidup, ditinggalkan suami, mempunyai suami
yang tidak mampu menyara keluarga kerana dipenjarakan atau wanita yang terpaksa
menanggung keluarga kerana suami berhijrah secara kekal atau sementara. Bagi
masyarakat Malaysia, golongan wanita yang telah berpisah atau kematian suami
dikenali sebagai janda, balu atau pun ibu tunggal.
Menurut Sufean & Jamaludin (2006), ibu tunggal ialah balu yang telah
kematian suaminya, isteri yang telah diceraikan oleh suaminya dan wanita yang
mengetuai, mengurus dan membesarkan anak-anak secara bersendirian. Siti Fatimah
(2004) pula menyatakan bahawa ibu tunggal adalah wanita yang hidup berseorangan
tanpa suami di sisi di mana mereka bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak
dengan menjalankan dwifungsi iaitu sebagai penyara dan pengurus keluarga.
Manakala Abd Rahim et al.(2006) pula mentafsirkan ibu tunggal sebagai seorang
wanita yang telah kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan
anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dan telah diberi
hak penjagaan ke atas anak-anaknya ataupun seorang wanita yang digantung tidak
bertali kerana tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-
anaknya.
Tidak dinafikan, terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi
oleh ibu tunggal dalam menjalani kehidupan seharian setelah ketiadaan suami di sisi.
Masalah ekonomi merupakan cabaran utama golongan ibu tunggal. Hal ini
dinyatakan oleh Syarifah (2003) dalam kajiannya tentang permasalahan ibu tunggal
di Sura, Dungun Terengganu yang mendapati permasalahan utama ibu tunggal ialah
masalah ekonomi. Bagi isteri yang selama ini merupakan suri rumah tangga, ia
bukanlah satu perkara yang mudah untuk memasuki pasaran buruh. Tambahan lagi,
bagi mereka yang tidak mempunyai kelayakan yang sesuai. Hal ini menjadikan satu
beban kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Keprihatinan kerajaan dengan nasib yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal
ini telah membawa kepada penyediaan pelbagai bentuk perancangan dan strategi
untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. Misalnya, kerajaan telah
22
menyediakan insentif kepada Power Malaysia untuk menyediakan kursus kemahiran
selama tiga bulan dalam bidang jahitan, kecantikan, gubahan bunga, kristal dan
manik kepada golongan ibu tunggal untuk membuka perniagaan sendiri (Utusan
Malaysia Online, Oktober 2012). Selain itu, kerajaan juga turut menyediakan skim
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 kepada golongan ibu tunggal.
Selain itu, kerajaan juga turut menyalurkan bantuan kepada golongan ibu
tunggal ini dengan mengumumkan bahawa seramai 831 860 orang ibu tunggal
berdaftar akan menerima diskaun menerusi kemudahan Kad Skuad Pengguna
1Malaysia. Menerusi kad itu, golongan ibu tunggal layak menerima potongan harga
sehingga 50 peratus bagi belian barang keperluan di 2,170 premis perniagaan seluruh
negara termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (Syah Rul Aswari, myMetro, April 19,
2013).
Walau bagaimanapun, bantuan yang diberikan masih kurang untuk
meringankan beban ibu tunggal. Ini kerana kos sara hidup yang semakin tinggi
menyukarkan kehidupan ibu tunggal walaupun bantuan kewangan telah disalurkan.
Justeru itu, kerajaan telah menyediakan pelan tindakan strategik di mana ia
menggariskan program pendidikan dan latihan bagi memastikan ibu tunggal mampu
memperoleh pendapatan yang lebih baik. Menerusi pendekatan ini kerajaan telah
memperkenalkan program Inkubator Kemahiran Ibu tunggal (I-KIT) di bawah
pentadbiran Jabatan Pembangunan Wanita dalam RMK9 sebagai salah satu program
untuk meningkatkan kualiti hidup serta pembasmian kemiskinan di kalangan ibu
tunggal (RMK-9, 2006-2010).
23
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian
Dalam meniti era globalisasi dan arus pembangunan yang semakin pesat
berkembang, peranan dan cabaran wanita kini kian bertambah terutamanya wanita
yang bergelar ibu tunggal. Pelbagai cabaran dan kemelut yang terpaksa dihadapi oleh
golongan ibu tunggal ini dalam meneruskan kehidupan seharian. Isu dan masalah
yang dihadapi oleh ibu tunggal ini bukanlah satu perkara baru malah hampir setiap
tahun media massa melaporkan pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh
golongan ibu tunggal ini. Misalnya, masalah kewangan, masalah kekeluargaan,
masalah stigma dan sokongan daripada masyarakat serta masalah emosi dan
psikologi dalam kalangan ibu tunggal.
Masalah keciciran dari sudut ekonomi dan kemiskinan merupakan fenomena
utama yang membelenggu kehidupan dan pembangunan golongan wanita. Perkara
ini turut diakui sehingga ke peringkat antarabangsa di mana dalam Beijing
Declaration and Platform for Action 1995, kemiskinan diletakkan sebagai isu paling
utama daripada dua belas (12) perkara kritikal dalam pembangunan wanita yang
perlu diberikan perhatian. Kemiskinan bukan sahaja memberikan impak negatif dari
sudut ekonomi, malahan juga dari sudut sosial. Wanita yang tidak berkeupayaan
untuk berdikari dari segi ekonomi lebih cenderung untuk menjadi mangsa pelbagai
bentuk diskriminasi dan keganasan seperti gangguan seksual dan juga keganasan
rumah tangga (Dasar Wanita Negara, 2009).
Di Malaysia sendiri, kebanyakan ibu tunggal menghadapi masalah kewangan
untuk meneruskan kehidupan diri dan anak-anak yang dibesarkan secara
bersendirian. Hal ini turut didedahkan oleh akhbar Sinar Harian Online (Januari 2,
2013) yang melaporkan tentang seorang ibu tunggal, Jamilah Ibrahim dari Batu
Pahat Johor yang terpaksa bekerja selama 16 jam sehari untuk menyara dua orang
anaknya yang masih bersekolah. Pendapatan bulanan yang diperoleh sebanyak
RM1000 masih tidak mencukupi memandangkan perbelanjaan yang ditanggung
melebihi jumlah pendapatan yang diperolehi, lebih-lebih lagi apabila bermulanya
sesi persekolahan.
Selain daripda masalah bebanan dan tekanan kewangan, ibu tunggal juga
menghadapi cabaran dan masalah emosi dan psikologi setelah memegang status
24
sebagai ibu tunggal. Menurut Siti Fatimah (2011), daripada aspek emosi pula, bagi
ibu tunggal yang kematian suami, mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan
kehilangan suami iaitu kehilangan orang yang dicintai, tempat bergantung, teman
suka dan duka. Bagi yang bercerai hidup pula, mereka juga terpaksa menerima
ketiadaan itu. Dalam menghadapi kehilangan ini, mereka terpaksa memainkan
peranan suami yang telah tiada. Stigma yang dikenakan kepada mereka pula
memburukkan lagi keadaan.
Hal ini turut dijelaskan oleh kajian Afifi, Cox, & Enns (2006) yang
menunjukkan bahawa wanita yang telah bercerai adalah cenderung untuk mengalami
gangguan emosi dan tekanan perasaan berbanding dengan wanita yang berkahwin
atau pun wanita yang tidak pernah berkahwin. Hal ini berlaku terutamanya bagi ibu
tunggal yang telah kematian atau kehilangan suami. Mereka cenderung untuk berasa
kesunyian dan kekosongan kerana tiada tempat untuk berkongsi suka dan duka,
kehilangan tempat bergantung dan mendapat kasih sayang (Hamid, Mottan, & Tyng,
2010). Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa golongan ibu tunggal ini
berisiko untuk menghadapi masalah gangguan emosi dan psikologi dalam menjalani
kehidupan seharian.
Di samping itu, cabaran lain yang terpaksa dihadapi oleh golongan ibu
tunggal ialah stigma masyarakat terhadap masa depan golongan ini. Contohnya,
persepsi serong masyarakat bahawa keluarga ibu tunggal adalah devian, aneh dan
juga ‘dysfunctional’. Selain itu, sesetengah masyarakat juga mempunyai persepsi
bahawa keluarga tunggal biasanya dikaitkan dengan anak-anak yang bermasalah
akibat daripada kegagalan rumah tangga keluarga ibu atau bapa tunggal (Hamid,
Mottan, & Tyng, 2010). Di samping itu, stigma atau anggapan buruk masyarakat
terhadap mereka yang bergelar janda merupakan hambatan mental yang terbesar
untuk mereka bergerak bebas dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dalam hasil
kajian yang dijalankan oleh Crosier, Butterworth, & Rodgers (2007) yang
menunjukkan ibu tunggal dilaporkan menghadapi masalah kurang mendapat
sokongan sosial berbanding dengan golongan isteri yang tinggal bersama suami.
Selain itu, cabaran lain yang dihadapi oleh ibu tunggal ini ialah cabaran
untuk membesarkan anak-anak bersendirian. Jika ibu bapa dalam keluarga normal
sering berhadapan dengan masalah dalam hubungan dengan anak-anak, ibu tunggal
25
lebih-lebih lagi. Ibu tunggal yang merasa bersalah kerana perceraian yang berlaku
menyebabkan anak-anaknya tidak mendapat kasih sayang dari bapa, dan mungkin
memanjakan anak-anak dengan kemewahan sehingga akhirnya mereka tidak dapat
dikawal lagi. Ibu tunggal yang terlalu marah dengan bekas suami pula, mungkin
akan melepaskan kemarahan itu kepada anak-anaknya. Ada juga ibu tunggal yang
terlalu mengawal anak-anaknya atau memberi mereka tanggungjawab-
tanggungjawab yang tidak sesuai dengan umur mereka kerana mahu melahirkan
anak-anak yang sempurna. Ada juga ibu tunggal yang mendera anak kerana tekanan
yang dihadapi berpunca dari kesempitan hidup yang dialami. Semua ini memberi
kesan yang buruk kepada anak-anak dan hubungan antara keduanya (Siti Fatimah,
2011).
Masalah dan cabaran ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak
bersendirian ini juga dikonkritkan lagi dengan pendedahan oleh akhbar Sinar Harian
Online (Mei 18, 2013) tentang ibu tunggal iaitu Puan Zainab Othman dari Muar,
Johor yang merayu agar pemuda yang membawa lari anak bongsunya sejak hampir
dua bulan lalu agar memulangkan anaknya ke pangkuan ahli keluarganya. Isu dan
kes ini juga turut disokong oleh kajian Rohayu, Sharipah, Yusmarwati, Maziana, &
Rasid (2000) yang menyatakan bahawa anak remaja dalam kalangan keluarga ibu
tunggal yang tinggal di bandar dan mempunyai kualiti keibubapaan yang rendah juga
adalah berisiko untuk terlibat dengan tingkah laku anti sosial. Kes ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa ibu tunggal terpaksa berhadapan dengan cabaran
sebagai ketua keluarga yang perlu mengurus dan membesarkan anak-anak tanpa
perlindungan daripada lelaki yang bergelar suami.
Oleh yang demikian, kesemua cabaran atau masalah yang terpaksa dihadapi
oleh golongan ibu tunggal ini sedikit sebanyak dikhuatiri boleh mempengaruhi lokus
kawalan dan sistem kepercayaan mereka dalam mendepani kehidupan. Oleh itu,
setiap pihak hendaklah lebih peka terhadap permasalahan yang terpaksa dihadapi
oleh golongan yang tidak bernasib baik ini kerana dalam Islam sendiri pun tidak
memandang rendah kepada golongan ibu tunggal ini. Islam juga memberi hak-hak
yang seadilnya kepada golongan ini bagi mengelakkan mereka berada dalam
keadaan yang tertekan dan ditindas (Syarifah, 2003).
26
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Tanggungjawab dan peranan ibu tunggal sebagai ketua keluarga bukanlah
satu tugasan yang mudah dan boleh dipandang enteng oleh komuniti masyarakat.
Pelbagai cabaran dan onak yang terpaksa dilalui oleh golongan ibu tunggal ini
terutamanya bagi ibu tunggal yang mempunyai bilangan tanggungan anak yang
ramai. Masalah ekonomi, peranan sebagai ketua keluarga, stigma masyarakat,
gangguan emosi dan sebagainya adalah merupakan beberapa masalah yang terpaksa
dipikul oleh golongan ibu tunggal ini.
Menurut Syarifah (2003) lagi, cabaran utama yang dihadapi oleh ibu tunggal
ialah permasalahan ekonomi iaitu pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk
menampung kehidupan walaupun mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.
Manakala Broussard, Joseph, & Thompson (2012) pula menyatakan bahawa hasil
kajiannya mendapati bahawa antara masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan
ibu tunggal ialah masalah kesihatan fizikal dan mental, stigma berkaitan dengan
kemiskinan, masalah penjagaan anak serta kurang sokongan sosial daripada
keluarga, rakan dan ahli masyarakat.
Oleh itu, pengkaji ingin mengetahui sejauh mana golongan ibu tunggal ini
berhadapan dengan cabaran hidup, stigma masyarakat dan bagaimanakah lokus
kawalan mereka terhadap keadaan yang dialami sama ada menyalahkan diri sendiri
atau pun persekitaran.
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal.
ii. Mengenalpasti lokus kawalan dalam kalangan ibu tunggal.
iii. Mengenalpasti hubungan antara masalah dengan lokus kawalan dalam
kalangan ibu tunggal
27
1.5 Persoalan Kajian
Berpandukan kepada objektif tersebut, kajian ini akan menjawab persoalan berikut :
i. Apakah masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal?
ii. Apakah lokus kawalan dalam kalangan ibu tunggal?
iii. Adakah terdapat hubungan di antara masalah dengan lokus kawalan dalam
kalangan ibu tunggal?
1.6 Hipotesis Kajian
H1 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah ekonomi dengan ibu
tunggal yang mempunyai lokus kawalan dalaman.
H2 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah kekeluargaan dengan ibu
tunggal yang mempunyai lokus kawalan dalaman.
H3 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah sokongan dan stigma
masyarakat dengan ibu tunggal yang mempunyai lokus kawalan dalaman.
H4 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah emosi dan psikologi
dengan ibu tunggal yang mempunyai lokus kawalan dalaman.
H5 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah ekonomi dengan ibu
tunggal yang mempunyai lokus kawalan luaran.
H6 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah sebagai kekeluargaan
dengan ibu tunggal yang mempunyai lokus kawalan luaran.
H7 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah sokongan dan stigma
masyarakat dengan ibu tunggal yang mempunyai lokus kawalan luaran.
H8 Terdapat hubungan yang signifikan antara masalah emosi dan psikologi
dengan ibu tunggal yang mempunyai lokus kawalan luaran.
28
1.7 Kerangka Konsep Kajian
Pemboleh ubah dalam kajian ini terdiri daripada cabaran atau masalah dan
lokus kawalan. Pemboleh ubah merupakan ciri-ciri yang diambil kira bagi setiap
nombor dalam sampel. Pemboleh ubah mempunyai ciri yang lebih daripada satu
berbanding ahli yang lain dalam sampel atau pun populasi (Azizi, 2007).
Terdapat dua pemboleh ubah dalam kerangka konsep kajian ini iaitu
pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah tidak
bersandar dalam kerangka konsep kajian ini ialah cabaran atau masalah iaitu
meliputi masalah ekonomi, masalah sebagai ketua keluarga, masalah pandangan
masyarakat dan masalah emosi. Manakala pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini
ialah lokus kawalan yang terdiri daripada lokus kawalan dalaman dan lokus kawalan
luaran.
IBU TUNGGAL
CABARAN / MASALAH
1. Ekonomi 2. Kekeluargaan 3. Sokongan &
Stigma Masyarakat
4. Emosi & Psikologi
LOKUS KAWALAN 1. Lokus Dalaman (Internal Locus) - Percaya bahawa seseorang berkuasa untuk mengawal kehidupan dirinya 2. Lokus Luaran (External Locus) - Percaya bahawa hidup seseorang itu dipengaruhi oleh faktor / tekanan persekitaran (luaran)
29
1.8 Kepentingan Kajian
Secara umumnya, pelbagai persepsi, interpretasi dan stigma yang
dilemparkan oleh masyarakat terhadap golongan ibu tunggal ini. Mereka
menganggap wanita yang berstatus ibu tunggal sebagai sesuatu yang negatif dan
tidak mempunyai masa depan yang cerah. Justeru, kajian ini sangat diperlukan agar
dapat membuka mata semua pihak agar mudah bersifat empati dengan nasib yang
dialami oleh golongan ibu tunggal ini dan bukannya menuding jari menyalahkan
mereka akibat kegagalan dalam rumah tangga mereka.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada
semua pihak sama ada badan-badan kerajaan mahu pun badan bukan kerajaan
(NGO), pihak swasta dan juga masyarakat agar lebih peka akan situasi sebenar yang
dihadapi oleh golongan ibu tunggal ini. Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan
seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Persatuan Ibu Tunggal, Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal
Malaysia, Lembaga Zakat Negeri, Majlis Agama Islam Negara (MAIN) dan Amanah
Ikhtiar Malaysia diharapkan agar bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan
inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini agar mendapat faedah bersama
dalam membantu golongan ibu tunggal yang kurang bernasib baik ini.
1.8.1 Ibu Tunggal
Antara kepentingan kajian ini terhadap golongan ibu tunggal ialah dapat
memberi pendedahan dan maklumat kepada ibu tunggal ini cara-cara untuk
mendapatkan sokongan dan bantuan seperti badan kewangan, undang-undang dan
program-program yang disediakan kepada golongan ini. Hal ini kerana terdapat
golongan ibu tunggal terutamanya yang tinggal di luar bandar yang tidak mempunyai
maklumat dan sumber yang boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan.
30
1.8.2 Masyarakat
Memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap masalah dan cabaran yang
dihadapi oleh golongan ibu tunggal seperti stigma daripada ahli masyarakat dan
kurangnya sokongan sosial terhadap golongan yang kurang berkemampuan ini.
1.8.3 Pertubuhan Ibu Tunggal
Selain itu, melalui hasil kajian ini juga diharapkan agar mana-mana Persatuan
Ibu Tunggal dapat bersuara lebih lantang dalam memperjuangkan hak dan
pembelaan golongan ibu tunggal ini sekiranya benar-benar mahu mengubah
kehidupan mereka ke arah yang lebih produktif dan sempurna. Di samping itu,
Persatuan Ibu Tunggal ini juga hendaklah bekerjasama secara aktif dengan badan-
badan kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam melaksanakan program-program
yang dapat memberi input berguna kepada golongan ibu tunggal. Contohnya, bergiat
aktif bekerjasama dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. Hal ini kerana, terdapat segelintir golongan
ibu tunggal terutamanya yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi
atau pun tinggal di kawasan luar bandar yang kurang peka dan terdedah terhadap
aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibu Tunggal ini.
1.8.4 Amanah Ikhtiar Malaysia
Justifikasi kepada kajian ini juga ialah memberi inisiatif kepada syarikat
swasta seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk membantu lebih ramai
golongan ibu tunggal yang datang daripada keluarga miskin dengan meminjamkan
wang untuk dijadikan modal asas perniagaan. Misalnya, bantuan kewangan mungkin
berbentuk wang atau barangan secara bulanan untuk memenuhi keperluan keluarga
tersebut. Di samping itu, ia juga mungkin dalam bentuk modal bagi memulakan
sesuatu perniagaan.
31
1.8.5 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’azim
Kajian ini juga penting kepada badan kerajaan seperti Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Ta’zim yang berperanan menyediakan kursus kemahiran menjana
pendapatan ibu tunggal projek bersama JUITA. Badan ini hendaklah menguar-
uarkan program yang dianjurkan agar semua golongan ibu tunggal berpeluang
menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh yayasan tersebut.
1.8.6 Jabatan Kemajuan Masyarakat
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal pula hendaklah
memastikan bantuan berbentuk skim kewangan dapat disalurkan kepada golongan
ibu tunggal yang memerlukan bantuan kewangan terutamanya yang berpendapatan
rendah dan mempunyai bilangan anak yang ramai. Hal ini bertujuan untuk
memastikan ibu tunggal mendapat perhatian yang sepenuhnya. Bantuan kewangan
itu juga perlulah dipelbagaikan modal bagi mereka yang ingin menjalankan
perniagaan agar tidak bergantung sepenuhnya terhadap badan kerajaan. Selain itu,
perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok juga hendaklah giat dilaksanakan
agar golongan ini mendapat sokongan emosi daripada pihak yang profesional dalam
memberikan perkhidmatan sokongan ini dan juga rakan-rakan ibu tunggal yang
mengalami nasib yang sama.
1.8.7 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini juga diharapkan agar
pihak seperti Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat mengenal pasti
jumlah sebenar ibu tunggal yang memerlukan bantuan agar tiada ibu tunggal yang
tercicir daripada mendapatkan bantuan. Antara bantuan yang boleh disalurkan ialah
berbentuk perkhidmatan kaunseling, penasihatan atau konsultasi, bantuan kewangan
dan kemasyarakatan, program-program motivasi dan perkembangan potensi diri
serta maklumat berkaitan khidmat perundangan kepada golongan ibu tunggal.
32
1.9 Batasan Kajian
Kajian ini hanya terbatas kepada golongan ibu tunggal yang berdaftar di
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di cawangan Muar, Johor. Daerah ini
dipilih berdasarkan kepada statistik ibu tunggal yang berdaftar di Yayasan
Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) pada tahun 2012. Sampel ini juga
dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah kerana semua responden
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dalam kajian. Kajian ini juga terbahagi
kepada beberapa elemen dan aspek iaitu untuk mengetahui latar belakang atau profil
ibu tunggal, cabaran atau isu, lokus kawalan dan tanggungjawab yang dihadapi oleh
golongan ibu tunggal dalam menjalani kehidupan seharian.
1.10 Definisi Konsep dan Operasional
Definisi bagi tajuk kajian : Cabaran Hidup dan Lokus Kawalan dalam kalangan Ibu
Tunggal di daerah Muar, Johor.
1.10.1 Ibu Tunggal
Perkataan ibu boleh didefinisikan sebagai seorang wanita yang melahirkan
kita atau panggilan atau emak atau panggilan hormat kepada wanita yang bersuami
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Manakala, perkataan tunggal pula bermakna
satu-satu atau tiada yang lain bersuami (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).
Dalam kajian (Hj. Hamdan, 2007), ibu tunggal dapat didefinisikan sebagai :
i. Seorang isteri yang telah kehilangan suaminya akibat kematian dan terpaksa
menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak-anak.
ii. Seorang isteri yang telah berpisah dengan pasangannya dan diberikan hak
dan tanggungjawab untuk menjaga anak-anaknya.
iii. Seorang wanita yang masih berstatus isteri sah kepada suaminya tetapi
dibiarkan terkapai-kapai meneruskan kehidupan bersama anak-anak
bersendirian tanpa mendapat nafkah daripada suaminya.
33
Ibu tunggal dapat didefinisikan sebagai seorang wanita yang menggalas
tanggungjawab yang berat secara bersendirian. Misalnya, keluar bekerja mencari
rezeki untuk menampung perbelanjaan kehidupan anak-anak yang berada di bawah
tanggungannya, mendidik dan membesarkan anak-anak (Syarifah, 2003).
Dalam kajian ini, ibu tunggal yang dimaksudkan adalah wanita atau isteri
yang telah kematian atau ditinggalkan oleh suaminya secara perpisahan atau
dibiarkan gantung tidak bertali. Ibu tunggal dalam kajian ini juga merupakan ibu
yang terpaksa mengambil alih peranan seorang bapa untuk membesarkan anak-anak
secara bersendirian di daerah Muar, Johor.
1.10.2 Cabaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000:198), cabaran merujuk kepada
perihal mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan). Selain itu, cabaran juga
merujuk kepada ajakan untuk berlawan. Ia juga bermaksud sesuatu (unsur, faktor)
yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atas sesuatu
organisasi).
Dalam kajian ini, cabaran yang dimaksudkan adalah masalah-masalah dan
kemelut yang terpaksa dihadapi oleh golongan ibu tunggal seperti masalah ekonomi
yang meliputi pendapatan tidak mencukupi, masalah menjana pendapatan dan tiada
sokongan sumber. Masalah kekeluargaan yang merangkumi masalah keibubapaan,
kasih sayang dan pengurusan. Selain itu, masalah sokongan dan stigma masyarakat
serta masalah emosi dan psikologi.
1.10.3 Lokus Kawalan
Menurut Rotter (1990), lokus kawalan terbahagi kepada lokus kawalan
dalaman dan lokus kawalan luaran. Lokus kawalan dalaman merujuk kepada sejauh
mana seseorang menjangkakan bahawa peneguhan atau hasil daripada tingkah laku
mereka adalah bergantung kepada tingkah laku mereka sendiri atau ciri-ciri peribadi.
Lokus kawalan luaran pula merujuk kepada sejauh mana orang menjangkakan
bahawa peneguhan atau hasil tingkah laku mereka adalah berpunca daripada
34
peluang, nasib, di bawah kawalan orang lain yang berkuasa, atau tidak dapat
diramalkan.
Dalam kajian ini, lokus kawalan yang diukur ialah lokus kawalan dalaman
dan luaran dalam kalangan ibu tunggal dalam mendepani cabaran-cabaran dalam
kehidupan.
1.11 Kesimpulan
Konklusinya, fenomena kewujudan keluarga ibu tunggal ini merupakan satu
situasi yang tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat kerana golongan ini juga
merupakan sebahagian daripada komuniti masyarakat. Sikap prejudis, stereotaip dan
stigma negatif terhadap golongan ini tidak dapat membantu dalam perkembangan
potensi diri golongan tersebut malah mungkin boleh mengakibatkan kesan kesihatan
mental yang lebih serius dalam kalangan ibu tunggal ini. Walau pun pihak kerajaan
dan badan bukan kerajaan telah menghulurkan pelbagai bantuan berbentuk sumber
kewangan, latihan kemahiran, program pembangunan diri dan lain-lain, namun
sokongan sosial dan emosi daripada keluarga dan masyarakat itu lebih penting,
malah amat-amat diperlukan. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan
kekuatan dalaman kepada golongan ibu tunggal ini untuk mengharungi onak
cabaran, kefahaman tentang realiti ibu tunggal daripada pihak mahkamah dan
bantuan ahli masyarakat keseluruhannya.
Oleh itu, fenomena ibu tunggal ini hendaklah dipandang secara positif agar
setiap pihak dapat mencari jalan penyelesaian dan bukannya menuding jari
menyalahkan sesiapa akan berlakunya senario ini. Malahan, kerjasama dan sokongan
daripada semua pihak memungkinkan golongan ibu tunggal ini dapat hidup lebih
berdikari, mengetahui hak mereka dalam masyarakat, mengembangkan produktiviti
dan potensi diri mereka serta dapat mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna kepada masyarakat.