masalah disiplin pelajar hari ini dan penyelesaiannya

16
KURSUS EPM 2143 : AGAMA, ETIKA DAN MORAL Tajuk Tugasan 1 : Masalah Disiplin Pelajar Hari Ini Dan Penyelesaiannya Nama : MAIYAPPAN A/L MUNIANDY No.Matrik : 6122000081 Fakulti : PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL 1

Upload: meiyappan-muniandy

Post on 24-Nov-2015

68 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Disiplin Pelajar

TRANSCRIPT

KURSUS EPM 2143 : AGAMA, ETIKA DAN MORAL

Tajuk Tugasan 1 :Masalah Disiplin Pelajar Hari Ini Dan Penyelesaiannya

Nama: MAIYAPPAN A/L MUNIANDYNo.Matrik : 6122000081Fakulti: PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIALProgram: SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN DISIPLIN)Pensyarah: PROF. MADYA DR.HJ.OSMAN BIN HJ.SABRAN

MASALAH DISIPLIN PELAJAR HARI INI DAN PENYELESAIANNYA

PENDAHULUANMasalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Penyelidikan ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti faktor faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Selangor.

Masyarakat kita mempunyai pandangan yang berbeza di dalam member pengertian mengenai disiplin. Ada yang memberi pandangan yang positif dan tidak kurang juga yang memberi pandangan yang negatif mengenai disiplin. Bagi yang berfikiran positif, itu adalah yang Sebaiknya tetapi bagaimana pula yang berpandangan negatif terhadap disiplin. Pandangan yang negatif terhadap disiplin menjadi tumpuan dan isu yang popular pada masa ini. Ia melibatkan individu dan juga masyarakat. Apa yang diperkatakan sekarang ialah masalah disiplin di sekolah semakin menjadi-jadi dan semakin menular bukan saja di dalam sekolah malah di luar kawasan sekolah yang melibatkan pelajar sekolah menengah.

DEFINISIKamus Dewan menakrifkan pelajar sebagai orang yang belajar, seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya. Lazimnya murid di sekolah danpenuntut dimaktab adalah ramai bilangannya. Oleh itu, berdasarkan makna tersebut pelajar menunjukkan seorang atau ramai.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaanyang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanyadigunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untukpelajarperingkat pengajian tinggi.

Menurut Kamus Dewan, Disiplin bermaksud (Tertakluk kepada penggunaan dalam ayat) 1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib, contohnya latihan ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih seseorang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar disiplin atau contoh ketiga, kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan.

MASALAH DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR

Mengikut ahli-ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah laku manusia terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial) dan tingkah laku negatif (antisosial). Salah laku atau masalah disiplin pelajar adalah termasuk dalam ketegori antisosial iaitu seseorang yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. Morris Haimowitz dalam artikelnya menyatakan, Jenayah adalah dicipta, bukan di lahirkan. Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan peraturan undnagundang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun, 2000).

1. Ponteng sekolahPonteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali dilakukan oleh pelajarsekolah setiap hari. Ponteng sekolah didefinisikan sebagai perbuatan yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun ibu bapa (Mohd. Nor bin Long, 1982, 2). Masalah ponteng sekolah semakin hari semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar. Masalah ponteng ini sebenarnya menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Dengan melakukan ponteng, pelajar boleh terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap dadah, berfoya foya dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar ketinggalan dalam pelajaran serta mewujudkan masalah sosial.

2. Datang LewatDisiplin ditekankan pada pelajar supaya mereka sentiasa menghormati peraturan-peraturan sekolah dan mendisiplinkan diri dalam semua hal. Mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang sudah dirangka. Tetapi, pelajar sekolah masih tidak dapat mendisiplinkan diri mereka dalam menetapi masa yang ditetapkan. Masalah disiplin yang kerap kali ditimbulkan adalah masalah datang lewat ke sekolah. Pelajar-pelajar biasanya tidak menepati masa permulaan sekolah dan suka memberikan alas an yang kurang memuaskan. Mereka datang ke sekolah secara sambil lewa tanpa memikirkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Datang lewat ke sekolah adalah perkara yang selalu berlaku dan ia tidak mempunyai kesudahan.

3. Rambut tidak diurusKebanyakan sekolah juga menghadapi masalah rambut panjang yang tidak diurus dengan kemas. Setiap hari mesti ada satu kes berkenaan dengan rambut pelajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai rambut panjang perlu membuat dandanan dan diikat dengan kemas supaya rambut tidak menganggu mereka semasa mengikuti pelajaran (Mohd. Nor bin Long, 1982: 4). Pada masa kini, pelajar gemar mengikuti stail rambut pelakon, penyanyi, tokoh-tokoh yang diminati dan sebagainya. Mereka suka melepaskan rambut tanpa diikat, mewarnakannya, memakai gel rambut dan sebagainya. Manakala pelajar lelaki pula, suka menyimpan rambut sehingga melepasi kolar pakaian mereka. Keadaan ini memburukkan lagi rupa paras pelajar yang tidak dianggap lagi pelajar walaupun berpakaian seragam.

4. MerokokPada era perindustrian ini, merokok sudah menjadi satu hobi bagi semua orang bagi menikmati kehidupan yang serba moden. Oleh itu merokok sudah menjadi satu masalah disiplin yang tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya. Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki mula terjebak dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan tension atau tekanan emosi. Perbuatan merokok dianggap sebagai suatu gejala yang tidak sihat. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati perbuatan menghisap rokok tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa (Kementerian Pelajaran Malaysia 1983: 123). Kebanyakan pelajar merokok dalam tandas yang menjadi tempat perlindungan merokok yangbaik. Pelajar-pelajar juga begitu serius dengan perbuatan merokok dan mereka tidak memikirkan merokok boleh membahayakan kesihatan mereka.

5. Masalah Peras UgutMasalah peras ugut di kalangan pelajar juga kian meruncing dewasa ini. Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai geng yang tersendiri dan ia disebut gengster. Kumpulan ini memeras ugut pelajar yang terdiri daripada anak orang kaya ataupun pelajar yang menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika tidak mereka pasti mencederakan pelajar yang menjadi mangsa berkenaan. Hal sebegini menjadi kes polis kerana pihak sekolah sudah tidak berdaya lagi.

6. Masalah KetagihanMasalah pelajar sekolah yang lain adalah menghidu gam, pil khayal dan seterusnya membawa kepada penyalahgunaan dadah. Masalah ini mendapat liputan luas di negara kita kini. Pelajar mudah terdedah dengan masalah seperti ini akibat daripada pergaulan mereka yang luas dan tiada batasan. Masalah ini juga tidak dapat dikawal lagi oleh pihak sekolah hingga membawa kepada pihak polis.

7. Masalah sosial yang seriusPelajar-pelajar pada zaman siber ini sudah berani bertindak di luar batasan. Mereka sanggup membunuh dan mencederakan pelajar lain. Kejadian ini berlaku disebabkan perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki di kalangan ,mereka. Pelajar seperti ini tidak dapat mengawal perasaan mereka hingga sanggup membunuh dan mencederakan orang lain. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku di kalangan masyarakat kita yang penuh adat-adat ketimuran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASALAH DISIPLIN PELAJARDapat kita lihat angka-angka di bawah ini menunjukkan kajian terhadap penglibatan pelajar dengan pelbagai masalah disiplin di SMK Rantau Panjang, Bestari Jaya. Kajian telah dibuat terhadap 350 orang pelajar. Walaupun peratusannya kecil, jika ditukar kepada angka, bilangannya agak ramai. Boleh dikatakan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah masih lagi tidak terkawal dan sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak.

Contohnya, Memorandum Kabinet Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah yang dibentangkanoleh kabinet kepada Jemaah Menteri pada 26 April 2006. Menurut memorandum itu, kerjasama antara polis dan kementerian juga di perhebatkan melalui mekanisme Pegawai Perhubungan Sekolah, Kadet Polis dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah (KPJS). Untuk memerangi gejala ponteng sekolah, kementerian dan polis bersetuju supaya masalah ponteng sekolah diangkat kepada jemaah menteri kerana aspek undang-undang juga perlu dilihat, dan ada kaitan dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Pihak media masa, sama ada media cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Saban hari kita disajikan dengan berita berita kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah.( Sumber Maklumat , Portal Pendidikan Utusan 2001-2007 )

Peratus Penglibatan Pelajar Mengikut Faktor Faktor Yang Telah DikenalpastiBilPerkaraBil pelajar%

1.Faktor pengaruh Ibubapa3811 %

2.Faktor pengaruh rakan sebaya14040 %

3.Faktor perwatakan guru5215 %

4.Faktor pengaruh sikap pelajar7421 %

5.Faktor pengaruh peraturan sekolah4613 %

PENYELESAIAN UNTUK MASALAH DISIPLIN PELAJARMasalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.Rakan sebaya yang turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.Kesimpulannya, kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup mengorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Rujukan Mok Soon Sang (2006). Siri Pendidikan PTK, Bah 1 : Kompentasi Umum, Multimedia Es. Selangor : Resources Sdn. Bhd. Zainal Madon dan Mohd Sharani Ahmad (2005). Panduan Mengurus Remaja Moden. PTS. Bentong, Pahang : Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli,Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan (2006).

Ee Ah Meng ( 2005 ). Bimbingan dan Kaunseling. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

1