pembentukan jati diri rakyat malaysia: cabaran dan penyelesaiannya

24
PRAKATA Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kami berjaya juga menyempurnakan penulisan ini yang bertajuk ‘Pembentukan Jati Diri Rakyat Malaysia: Cabaran dan Penyelesaiannya’. Jutaan terima kasih buat pensyarah kami untuk subjek CTU553 Hubungan Etnik, Ustaz Amiruldin bin Md. Sham dan juga buat sahabat-sahabat kami di atas bimbingan dan bantuan yang telah dihulurkan sehinggalah sempurnanya penulisan ini. Terhasilnya penulisan ini adalah sebagai memenuhi tuntutan dalam subjek CTU553 Hubungan Etnik yang memerlukan kami untuk membuat penulisan berkaitan apa-apa sahaja tajuk yang mempunyai kaitan dengan apa yang dipelajari. Kami telah memilih tajuk ‘Pembentukan Jati Diri Rakyat Malaysia: Cabaran dan Penyelesaiannya’ untuk dikupas dengan lebih mendalam. Kami telah mendapatkan rujukan menerusi buku-buku, jurnal dan juga menerusi internet sepanjang proses penghasilan penulisan. Kami berharap penulisan ini dapat memberi penjelasan lebih lagi mengenai isu yang cuba kami ketengahkan dan secara tidak

Upload: nur-khairiah-daimah-sanupin

Post on 24-Jul-2015

6.085 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

PRAKATA

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kami berjaya juga

menyempurnakan penulisan ini yang bertajuk ‘Pembentukan Jati Diri Rakyat Malaysia:

Cabaran dan Penyelesaiannya’. Jutaan terima kasih buat pensyarah kami untuk subjek

CTU553 Hubungan Etnik, Ustaz Amiruldin bin Md. Sham dan juga buat sahabat-

sahabat kami di atas bimbingan dan bantuan yang telah dihulurkan sehinggalah

sempurnanya penulisan ini.

Terhasilnya penulisan ini adalah sebagai memenuhi tuntutan dalam subjek

CTU553 Hubungan Etnik yang memerlukan kami untuk membuat penulisan berkaitan

apa-apa sahaja tajuk yang mempunyai kaitan dengan apa yang dipelajari. Kami telah

memilih tajuk ‘Pembentukan Jati Diri Rakyat Malaysia: Cabaran dan Penyelesaiannya’

untuk dikupas dengan lebih mendalam. Kami telah mendapatkan rujukan menerusi

buku-buku, jurnal dan juga menerusi internet sepanjang proses penghasilan penulisan.

Kami berharap penulisan ini dapat memberi penjelasan lebih lagi mengenai isu

yang cuba kami ketengahkan dan secara tidak langsung dapat membuka minda dan

hati para pembaca akan betapa pentingnya pembentukan jati diri kita sebagai rakyat

Malaysia.

PENDAHULUAN

Umumnya bila membicarakan persoalan mengenai pembentukan jati diri

seseorang rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari daripada menjawab beberapa persoalan

utama. Pertama, apakah definisi jati diri? Kedua, bagaimanakah yang dikatakan jati diri

Page 2: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

acuan Malaysia? Ketiga, bagaimanakah jati diri sesebuah Negara terbentuk dan boleh

berubah?

Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri secara amnya membawa

maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan jagat

sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi,

cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan

jati diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan.. [et. al.], 2010). Cita-cita pemupukan jati diri

boleh dicapai kerana kita sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan

yang sama mengikat seluruh negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan

berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yang sesuai

dengan negara ini. Namun krisis yg berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 Mei)

mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi

asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara

rakyat di negara mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Setiap pembentukan sebuah matlamat tidak akan dapat dicapai tanpa

menempuhi cabaran yang mendatang. Seperti peribahasa yang selalu diungkap, kalau

tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Peribahasa ini bermaksud, tidak

akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah (sumber :

http://bmspm.net).

Untuk memudahkan pembacaan, cabaran dalam membentuk jati diri rakyat

Malaysia dapat dikategorikan kepada dua aspek. Yang pertama merupakan cabaran

dalaman dan yang kedua adalah cabaran luaran. Kedua-dua aspek ini perlu difahami

Page 3: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

dengan jelas oleh setiap individu yang bergelar warganegara untuk mengenalpasti

mengapa sikap sedemikian boleh menjejaskan keamanan serta menjatuhkan

perpaduan antara rakyat di Malaysia. Cabaran dalaman yang dimaksudkan di sini

datangnya daripada dalam diri individu masyarakat itu sendiri, baik dari segi

pemikirannya, mental mahupun rohani. Manakala, cabaran luaran itu datangnya dari

ancaman anasir-anasir luar yang berusaha untuk menggugat ketenteraman kita.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai matlamat membentuk bangsa

Malaysia seperti Wawasan 2020 dan yang terbaru, gagasan 1 Malaysia. Kita sendiri,

sebagai rakyat Malaysia juga haruslah berusaha untuk bersama-sama membentuk jati

diri yang boleh kita perbanggakan sebagai satu bangsa Malaysia. Memahami dan

menghayati sejarah Negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, lagu

Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang merupakan langkah pertama yang harus

diambil oleh setiap individu bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara.

Pemerkasaan bahasa kebangsaan dan menjadikan agama Islam sebagai panduan

hidup turut boleh menyumbang kepada jayanya pembentukan jati diri dan identiti

bangsa Malaysia.

Menerusi penulisan ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut lagi apakah

cabaran yang harus dihadapi dalam usaha membentuk jati diri dan identiti bangsa

Malaysia dan langkah-langkah yang boleh kita praktikan dalam mengatasi cabaran

yang timbul sepanjang proses pembentukan matlamat ini. Kami berharap sedikit

sebanyak informasi yang kami kongsi di sini dapat membuka minda para pembaca

akan kepentingan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia.

Page 4: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

CABARAN

Cabaran dalaman

1. Pemikiran

Setelah membuat beberapa pembacaan melalui internet, buku rujukan

dan berdasarkan pemerhatian, kami dapati antara punca mengapa sukar untuk

membentuk jati diri rakyat Malaysia adalah disebabkan pemikiran individu itu

sendiri. Jati diri tidak akan dapat dibentuk jika individu itu menolak untuk

berubah. Pemikiran mereka yang kebanyakan masih di takuk yang lama,

menolak perubahan yang dilakukan oleh kerajaan sedangkan segala yang

dimajukan adalah untuk kebaikan rakyat juga.

Perbezaan pemikiran dan percanggahan pendapat inilah yang

mendatangkan jurang dalam usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan

rakyat. Orang Melayu khususnya dari generasi lama biasanya terkenal dengan

sikap mereka yang akan menentang habis-habisan jika tidak bersetuju jika

pembaharuan dilakukan oleh kerajaan. Mungkin juga kerana masih trauma

akibat kesan penjajahan yang pernah oleh penjajah-penjajah sebelum ini.

Selepas penjajahan, usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia

menjadi lebih sukar malah sehingga ke hari ini,usaha untuk meningkatkan sikap

kecintaan terhadap negara masih lagi dijalankan. Hal ini kerana, untuk

membawa semua kaum yang sudah memahami budaya dan adat kaum sendiri,

secara tiba-tiba disuruh bersatu dengan kaum lain, tentulah bukan mudah.

Page 5: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

2. Kurang kesedaran

Mungkin sebilangan dari kita, rakyat Malaysia masih tidak menyedari

betapa pentingnya jati diri dalam kehidupan kita yang masih lagi bersatu,

membangun bersama kaum yang berbilang bangsa di negara ini . Bila mana

tiada jati diri di dalam diri masing-masing, maka persengketaan mudah berlaku.

Malahan, jika tiada sedikit sikap hormat pun, boleh mendatangkan perbalahan.

Kita sebagai generasi muda tidak langsung mengambil iktibar daripada peristiwa

13 mei 1969, rusuhan yang melibatkan kaum-kaum di negara ini sehingga

mengorbankan nyawa. Lebih teruk dari itu,ada juga yang tidak tahu menahu

mengenai peristiwa berdarah ini.

3. Tidak celik ilmu dan juga buta sejarah

Ramai di antara kita yang hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui

objektif perjuangan mereka. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut arahan

dan bertindak membuta tuli tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Mereka

hanya mahukan suara mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada baiknya,kerana

sikap inilah yang membuatkan penjajah British suatu ketika dahulu amat gerun

dengan orang Melayu.

Itu kisah generasi lama, berlainan pula dengan generasi muda zaman ini.

Kebanyakan dari mereka belum pun menamatkan persekolahan, tetapi sudah

pandai bertindak luar kawalan, bukan seperti yang dibataskan sebagai seorang

pelajar. Mereka terlalu muda dan sememangnya hanya belajar sejarah semata-

mata untuk peperiksaan dan bukannya menghayati erti dan sebab perjuangan

Page 6: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

tokoh-tokoh pejuang Tanah Melayu dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap

sepenuhnya dalam diri mereka.

Cabaran luaran

1. Perbezaan budaya

Cabaran dalam membentuk jati diri di kalangan rakyat Malaysia adalah

disebabkan perbezaan budaya yang terdapat pada kaum di negara ini. Masing-

masing mahu mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum

lain. Sikap tidak menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa

yang sesuai boleh meninggalkan perspektif yang negatif terhadap kaum

tersebut. Dan ini menyukarkan proses perpaduan antara kaum di Malaysia.

Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat di mana kita

dibesarkan. Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat.

Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka penguasaan

beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara pelbagai

bangsa.

Amat ketara jika orang melayu dibandingkan dengan orang cina dan india.

Majoriti orang cina dan india di negara ini fasih bertutur,menulis dalam Bahasa

Malaysia, tetapi hanya segelintir dari orang melayu yang pandai bertutur atau

menulis dalam Bahasa Cina ataupun Bahasa Tamil. Agak pelik bukan? Jadi,

tidak mustahil jika kebanyakan orang melayu tidak dapat menyesuaikan diri

apabila berada di dalam kelompok cina atau india.

Page 7: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

2. Pengaruh barat terhadap negara kita

Hiburan. Merupakan penyebab utama mengapa jati diri rakyat Malaysia sukar

dibentuk. Hiburan yang merupakan saluran utama barat untuk menjajah minda

rakyat kita. Sekaligus dengan hiburan kita akan mudah leka dan terpengaruh

dengan budaya orang barat. Tidak kira dari segi percakapan, malahan

perwatakan orang barat juga telah diikuti oleh generasi muda kini.

Gaya hidup orang barat yang bebas dan tidak keterlaluan jika dikatakan

sangat sosial mungkin menjadi idaman golongan muda remaja di Malaysia.

Generasi tua pun apa kurangnya, sibuk menyertai program realiti yang

dianjurkan oleh pihak televisyen. Tidak salah,tetapi jika berterusan, boleh

mengundang leka. Sedangkan di negara lain, golongan-golongan ini bersatu

dengan pemuda-pemudi dan bertungkus-lumus untuk mempertahankan agama

dan negara dari serangan musuh.

PENYELESAIAN

1. Kita perlu memahami dan menghayati sejarah Negara, perjuangan dan susah

payah membangunkannya.

Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari makan

atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke

negara ini sebagai buruh paksa suatu masa dahulu. Golongan bukan Melayu

khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah negara ini tidak boleh

dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah negara adalah

Page 8: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

sejarah Melayu yang bersifat kebangsaan dan meliputi semua kaum. Ini sama

dengan perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi

ia adalah perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah negara ini tidak

boleh dipisahkan daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja

Melayu dan agama Islam.

Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara

kaum di negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa

berkorban apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila

mereka tahu sejarah asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak

tuntutan yang tidak masuk akal. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan

dengan negara sendiri akan melunturkan kecintaan kepada tanah air.Orang-

orang Melayu pula perlu benar-benar memahami dan sedar bagaimana negara

Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah Melayu, berada di rantau Melayu,

kini telah menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di rantau Melayu yang

warganegaranya masyarakat majmuk yang terdiri dari etnik Melayu, Cina, India,

Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Orang Melayu perlu tahu dan

faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat hak sebagai

warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil

suatu hari nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri.

2. Kita kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan

Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati

Jalur Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.

Page 9: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

Rukun Negara telah digubal oleh Majlis Perundangan Negara dan

diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Ia dirumus berasaskan kepercayaan,

keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia. Rukun Negara

dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat Perlembagaan diharap

dapat membentuk jati diri rakyat Malaysia sebagai satu Bangsa Malaysia. Ramai

kalangan rakyat Malaysia yang lancar menyebut lima prinsip Rukun

Negara ,menyanyikan lagu Negaraku dan menyenaraikan warna-warna serta

lambang-lambang yang terdapat pada Jalur Gemilang tetapi tercengang dan

tergagap-gagap apabila diminta menerangkan maksudnya.

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami

ini. Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang

ringgit. Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu

ditanam dalam jiwa setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah “Di mana bumi

dipijak, di situ langit dijunjung. ”

3. Memperkasakan bahasa kebangsaan

Usaha yang lebih mantap bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan

perlu digerakkan dengan mewujudkan sasaran yang jelas, pendekatan yang

menyeluruh dan koordinasi antara badan penggerak utama bahasa. Usaha ini

amat penting untuk memupuk perasaan cintakan Bahasa Kebangsaan kerana ia

merupakan identiti unik Bangsa Malaysia. Selain itu, usaha ini juga bertujuan

untuk memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,

bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden.

Page 10: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia

yang fasih, menghormati dan berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti

mereka sehingga dapat mempromosikannya di mana sahaja mereka berada.

4. Menjadikan agama Islam sebagai panduan dalam hidup seharian

Sebagai agama rasmi, kedudukan Islam harus mendapat tempat yang

wajar dalam penyelesaian masalah seperti yang diperakui dalam Perlembagaan

Malaysia. Ajaran Islam yang mengandungi norma-norma yang bercorak

universal dan menentang paksaan terhadap orang bukan Islam sangat sesuai

untuk masyarakat berbilang kaum. Unsur toleransi dalam Islam harus ditonjolkan

dan diterima dalam konteks penyelesaian cabaran yang wujud dalam

pembentukan jati diri rakyat di Malaysia.

ULASAN DAN IDEA

Sekadar menyenaraikan cabaran dan penyelesaiannya, itu perkara mudah.

Realitinya, usaha membentuk jati diri rakyat Malaysia bukannya satu perkara yang

mudah dan mengambil masa yang panjang untuk direalisasikan. Pada pandangan

kami, cabaran terbesar datangnya daripada individu yang mendakwa diri mereka rakyat

Malaysia. Mempunyai status warganegara di dalam kad pengenalan bermakna mereka

terikat dengan Perlembagaan Persekutuan dan mereka mesti memenuhi

tanggungjawab mereka selaku warganegara Malaysia. Peristiwa-peristiwa yang telah

berlaku sepanjang tahun 2011 dan juga pada awal tahun 2012 jelas membuktikan

kedangkalan masyarakat kita dalam memahami dan menghayati sejarah, menerima

Page 11: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

perubahan serta makna keamanan yang sedang kita kecapi sekarang. Kecetekan

minda generasi sekarang berpunca dari kurangnya kesedaran dan minat untuk

menimba ilmu dan menerima perubahan. Bukan itu sahaja, kurangnya kesedaran dan

minat untuk memelihara keamanan yang dinikmati turut menjadi faktor yang

menghalang usaha-usaha untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia.

Sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah kita haruslah berusaha untuk

memupuk kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa

pentingnya jati diri kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang

mantap,baik meningkatkan semangat patriotisme,iaitu semangat cintakan negara di

dalam diri setiap rakyat Malaysia. Bayangkan jika tiada jati diri, bagaimana kita mahu

mempertahankan kemerdekaan yang sudah 57 tahun dikecapi oleh negara. Bukanlah

suatu angka yang kecil, tapi jika tidak dipertahankan oleh setiap rakyat, tidak mustahil

kita akan dijajah semula. Mungkin negara kita secara fizikalnya tidak dijajah, tetapi jika

tiada jati diri juga dianggap dijajah. Jika kita mempunyai asas jati diri yang kuat, bukan

setakat mental dan fizikal kita turut menjadi kuat, bahkan ikatan perpaduan kita akan

menjadi semakin utuh, sekaligus memudahkan kita untuk mempertahankan agama,

bangsa dan Negara kita daripada ancaman anasir-anasir luar yang tidak pernah senang

melihat keamanan Negara kita, Malaysia.

Page 12: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

PENUTUP

Bukannya satu tugas yang mudah untuk membentuk jati diri seseorang individu

jika tanpa wujudnya kesedaran dan minat dalam diri individu itu sendiri untuk menerima

perubahan. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri

seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduan

dan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.

Tiada gunanya segala perancangan dan usaha untuk membina jati diri rakyat Malaysia

jika tanpa kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati.

Page 13: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

SUMBER-SUMBER RUJUKAN

1. Zaid Ahmad.. [et. al.], 2010, Buku Teks Hubungan Etnik di Malaysia: Edisi

Kedua, Oxford Fajar Sdn Bhd.

2. Dr. Ismail Said, 2010, Perkembangan Sejarah Negara. Penerbitan Multimedia

Sdn Bhd

3. ‘Rakyat Malaysia Tiada Jati Diri’ oleh K Pralagath, Free Malaysia

Today,disiarkan pada 02 April 2011, diambil dari arkib http://malaysia-

today.net/mtcolumns/beritakomentar/39312-rakyat-malaysia-tiada-jati-diri pada 6

Mei 2012.

4. ‘Undang-undang Islam teras bentuk jati diri kebangsaan’ oleh Zainul Rijal Abu

Bakar, disiarkan di Berita Harian bertarikh 28 Mac 2010, diambil di

http://zainulrijal.abubakar.my/?p=204 pada 5 Mei 2012.

5. ‘Mengukuhkan jati diri dan mengeratkan hubungan rakyat Malaysia’ oleh Zulkiple

Ibrahim, disiarkan pada 28 Oktober 2009, diambil dari arkib

http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2009/10/28/mstar_rencana/

20091028092006&sec=mstar_rencana pada 6 Mei 2012.

6. ‘Satu Bahasa, Satu Bangsa’ oleh Nordi Achie, disiarkan di Utusan Malaysia pada

08 Jun 2006, diambil dari arkib http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm pada 6

Mei 2012.

Page 14: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

7. ‘Rakyat Malaysia Harys Punya Jati Diri yang Ampuh – Najib’ disiarkan pada 10

Februari 2012, diambil dari arkib http://www.mstar.com.my/cerita.asp?

sec=mstar_berita&file=/2012/2/10/mstar_berita/20120210203403 pada 6 Mei

2012.

8. ‘Pembinaan Jati Diri’ disiarkan di Berita Harian pada 13 Februari 2012, diambil

dari http://berita.cari.com.my/news.php?id=23252 pada 5 Mei 2012.

9. ‘Izinkan Kami Junjung Langit Dengan Bebas’ oleh Edwin Michael disiarkan pada

15 Julai 2011, diambil dari arkib http://www.malaysiakini.com/letters/170014

pada 5 Mei 2012.

10. ‘Kepentingan Sejarah Perkembangan Negara dalam Pembinaan Negara’,

diambil dari http://kakayapgsr-amal.blogspot.com/2010/06/kepentingan-sejarah-

perkembangan-negara.html pada 5 Mei 2012.

11. ‘Pencerobohan Bahasa Gugat Jati Diri Nasional’ oleh Teo Kok Seong, disiarkan

di Berita Harian pada 16 Mac 2011, diambil dari arkib

http://pspbtp.wordpress.com/2011/03/17/ pada 5 Mei 2011.

12.http://sesinarsuria.blogspot.com/2010/01/pembinaan-warga-patriotisme-dan-

jati.html diambil pada 5 Mei 2012.

Page 15: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA
Page 16: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA
Page 17: PEMBENTUKAN JATI DIRI RAKYAT MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIANNYA