punca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah · pdf filepunca masalah disiplin pelajar...

22
PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA – SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH DAERAH KULAI, JOHOR KHAIRIL BIN MAHALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buinhu

Post on 30-Jan-2018

334 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH

UNTUK MENGATASINYA – SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH

DAERAH KULAI, JOHOR

KHAIRIL BIN MAHALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,
Page 3: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

PUNCA MASALAH DISIPLIN PELAJAR DAN LANGKAH-LANGKAH

UNTUK MENGATASINYA – SATU TINJAUAN DI 3 BUAH SEKOLAH

DAERAH KULAI, JOHOR

KHAIRIL BIN MAHALI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer

serta Pendidikan (MATEMATIK)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2006

Page 4: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,
Page 5: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,
Page 6: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala

puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, maka saya telah diberi

kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing

PM. Dr Othman Md Johan di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan

dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini.

Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan,

sokongan dan dorongan yang diberikan. Terima kasih juga buat semua pensyarah,

rakan-rakan seperjuangan serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau

tidak langsung sehingga terhasilnya projek ini.

Page 7: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar bermasalah disiplin di tiga buah

sekolah di daerah Kulai. Seramai 60 pelajar daripada tiga buah sekolah terlibat dalam

menjawab soal selidik. Mereka merupakan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod

kesalahan disiplin di sekolah. Soal selidik digunakan untuk mendapat maklumat

tentang persoalan kajian yang dikemukakan. Data yang diperoleh kemudiannya

dianalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Sciences 10.0 (SPSS)

untuk mencari nilai kekerapan dan peratus. Hasil keputusan kajian menunjukkan

bahawa faktor rakan sebaya menjadi penyumbang kepada masalah disiplin, ini

diikuti oleh faktor persekitaran sekolah, faktor media massa, faktor sikap diri pelajar

dan yang terakhir adalah faktor latar belakang keluarga.

Page 8: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to identify the factors that influences disciplinary

problem among students in three schools within the district of Kulai. A total of 60

students from three schools involve in answering the questionnaire. These students

were selected based on the students that involve in disciplinary problems in theirs

schools. A set of questionnaire was given to each students to gather data relevant to

the research questions. The data was analyzed by using Statistical Package for The

Social Sciences 10.0 (SPSS). It was found that the influence of friends was the

determinant factors in influence their discipline problems. It was followed by factor

school environment and followed by mass media. The fourth contribution factor is

due to the students attitudes and lastly followed by family’s background factors.

Page 9: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 2

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan kajian 9

1.8 Definisi Konsep dan istilah. 10

1.8.1 Disiplin 10

1.8.2 Persepsi 11

1.8.3 Pelajar 12

1.8.4 Persekitaran Sekolah 12

1.9 Kesimpulan 13

Page 10: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian teori-teori yang berkaitan 14

2.2.1 Teori perkembangan kognitif 14

2.2.2 Teori Psikoanalisis 16

2.2.3 Teori Humanistik – Maslow 17

2.2.4 Teori-Teori Pembelajaran Sosial 17

2.2.5 Teori Perkembangan Psikososial – Erikson 19

2.2.6 Teori Perkembangkan Moral – Kohlberg’s 20

2.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Masalah

Disiplin 21

2.3.1 Pengaruh latar belakang keluarga 22

2.3.2 Pengaruh Rakan Sebaya 25

2.3.3 Pengaruh Media Massa 27

2.3.4 Faktor Diri Pelajar 29

2.3.5 Faktor Persekitaran Sekolah 31

BAB III METODOLOGI KAJIAN 35

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka bentuk kajian 35

3.3 Instrumen kajian 36

3.4 Kajian rintis 37

3.5 Populasi dan sampel kajian 38

3.6 Batasan kajian 39

3.7 Prosedur kajian 39

3.8 Analisis data 40

BAB IV ANALISIS DATA 42

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Latar belakang Responden 43

Page 11: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

ix

4.2.1 Jantina responden 43

4.2.2 Bangsa responden 44

4.2.3 Susunan kelahiran responden 44

4.2.4 Bilangan adik-beradik responden 45

4.2.5 Tahap pelajaran tertinggi bapa responden 46

4.2.6 Purata pendapatan bulanan

keluarga responden 46

4.2.7 Status pekerjaan ibu 47

4.3 Kesimpulan Bahagian A 47

4.4 Analisis Bahagian B 48

4.4.1 Faktor keadaan latar belakang keluarga 48

4.4.2 Faktor pengaruh rakan sebaya 50

4.4.3 Faktor pengaruh media massa 51

4.4.4 Faktor pengaruh persekitaran sekolah 52

4.4.5 Faktor diri pelajar 54

4.4.6 Analisis Keseluruhan Bagi Punca-punca

Masalah Disiplin Pelajar. 56

BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN

CADANGAN 57

5.1 Pengenalan 57

5.2 Perbincangan 58

5.2.1 Faktor keadaan latar belakang keluarga 58

5.2.2 Faktor rakan sebaya 60

5.2.3 Faktor media massa 61

5.2.4 Faktor persekitaran sekolah 61

5.2.5 Faktor sikap diri pelajar 63

5.2.6 Kesimpulan 64

5.3 Cadangan Kajian 64

5.3.1 Cadangan kepada pelajar 64

5.3.2 Cadangan kepada guru 65

5.3.3 Cadangan kepada ibu bapa 66

Page 12: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

x

5.3.4 Cadangan kepada sekolah 67

5.3.5 Cadangan kepada media massa 68

5.4 Cadangan kajian lanjutan 68

BIBILIOGRAFI 70

LAMPIRAN 74

Page 13: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kebolehpercayaan Item soal selidik 38

3.2 Markah Skala Penyelidik 40

4.1 Jantina responden 43

4.2 Bangsa responden 44

4.3 Susunan kelahiran responden 45

4.4 Bilangan adik-beradik responden 45

4.5 Tahap pelajaran tertinggi bapa responden 46

4.6 Purata pendapatan bulanan keluarga responden 47

4.7 Status pekerjaan ibu 47

4.8 Faktor latar belakang keluarga 49

4.9 Faktor rakan sebaya 50

4.10 Faktor media massa 52

4.11 Faktor persekitaran sekolah 53

4.12 Faktor sikap diri pelajar 55

4.13 Analisis keseluruhan bagi punca-punca masalah

disiplin pelajar bermasalah disiplin

56

Page 14: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Perubahan Markat dan Skala 41

Page 15: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 75

B Keputusan kajian rintis ‘Cronbach’s Alpha’ 81

C Surat-surat kebenaran menjalankan kajian 84

Page 16: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sejak kebelakangan ini beberapa insiden salah laku pelajar sering kedengaran

melalui media masa negara. Kita sering dikejutkan dengan keganasan para pelajar

sekolah yang kian meningkat dan membimbangkan. Nampaknya masalah disiplin yang

membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih belum dapat diselesaikan malah ia

semakin menjadi dan mencemaskan.

Perdana menteri kita sendiri sudah mengatakan bahawa masalah disiplin di

negara kita kini sebenarnya sudah berada di tahap yang kritikal dan perlu dibendung

dengan seberapa segera. Berikutan ini pihak-pihak bertanggung jawab khususnya

Kementerian Pendidikan, sekolah dan ibu bapa harus berusaha memikirkan dan

melaksanakan langkah-langkah yang konkrit bagi menyelesaikan masalah ini.

Tetapi malangnya setiap pihak cenderung menuding jari antara satu sama lain.

Akibatnya masalah disiplin terus menjadi serius. Dalam menangani masalah ini, semua

pihak amat perlu memainkan peranan masing-masing. Apa yang penting sekarang ini

ialah semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan bentuk tindakan yang

sewajarnya sebelum segala-galanya menjadi parah dan tidak dapat dibendung lagi.

Page 17: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

2

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam perkembangan pendidikan dewasa ini, masalah pelanggaran disiplin

sekolah telah menjadi topik yang hangat sekali dibincangkan di dalam seminar-seminar,

persidangan dan konvensyen sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat

antarabangsa. Namun saban hari pelanggaran disiplin di kalangan pelajar terutamanya

pelajar-pelajar sekolah menengah masih berterusan. Proses pengajaran dan pembelajaran

tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan guru-guru dibebankan dengan dua

tanggungjawab iaitu mendidik anak bangsa dan di masa yang sama membanteras

pelanggaran disiplin dikalangkan pelajar. Keadaan yang wujud di sekolah sekarang ini

berlawanan dengan apa yang diharapkan dan sepatutnya diamalkan oleh seseorang

pelajar.

Kejadian salah laku pelajar agak membimbangkan ini merupakan penyebab

kepada kemerosotan disiplin pelajar di kalangan pelajar. Banyak laporan tentang

kesalahan-kesalahan disiplin yang dilakukan oleh pelajar disiarkan di akhbar-akhbar.

Satu daripada kes yang telah dilaporkan dalam akbar berita minggu iaitu pada 4 Jun

1999 menyatakan pihak polis telah menahan enam remaja termasuk dua pelajar SMK

Kulai Besar kerana disyaki terbabit dalam kejadian membakar bilik guru dan bilik

percetakan sekolah tersebut. Kejadian ini telah menunjukkan betapa seriusnya fenomena

salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah.

Hakikatnya sekarang, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah

semakin serius dan kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua

pihak harus memberi perhatian yang serius kerana pelajar merupakan aset negara yang

tidak ternilai pada masa depan. Jika masalah ini tidak dibendung dari peringkat akar

umbi lagi, maka negara akan menanggung akibat negatif yang besar pada masa depan.

nurut

meMenurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 mendapati terdapat

53 jenis salah laku yang membabitkan pelajar sekolah. Terdapat sebanyak 4,035,876 kes

Page 18: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

3

salah laku berlaku di sekolah rendah dan menegah. Salah laku itu boleh dibahagikan

kepada sembilan kategori utama iaitu:

i. Jenayah – berjudi, melawan guru dan pengawas, peras ugut, kongsi gelap,

penyalahgunaan dan pengedaran dadah, memiliki senjata, mencabul kehormatan,

mengancam pelajar, menceroboh, tunjuk perasaan dan bertaruh.

ii. Kekemasan diri – berambut dan berkuku panjang, berjanggut dan berpakaian tanpa

mengikut peraturan sekolah.

iii. Ponteng – tidak hadir kelas, sekolah, perhimpunan, ujian dan peperiksaan

iv. Kurang sopan – kasar dan berbahasa kesat kepada guru, pengawas dan pelajar lain.

v. Mengabaikan masa – berkeliaran dan datang lewat perhimpunan.

vi. Merosakkan harta – melibatkan harta sekolah, kantin, guru dan pelajar-pelajar lain.

vii. Tidak jujur – menipu (membabitkan wang) dan tidak amanah.

viii. Lain-lain – menyimpan, menghisap rokok dan mengganggu kelas.

Menurut yang di Pertua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Abdul Shukor Abdullah,

bilangan kumpulan samseng ala gengster dan pelajar samseng meningkat terutamanya di

sekolah menengah harian pinggir bandar. Pelajar turut terlibat dalam kes salah guna

dadah, minum minuman keras, memiliki senjata api, menceroboh, berjudi dan membuli.

Pada tahun 1998 pula terdapat 8,439 buah sekolah menegah di Malaysia iaitu

6,972 buah sekolah rendah dan 1,467 buah sekolah menengah. Sebanyak 35.92%

daripada sekolah rendah dan 66.05% daripada sekolah menegah di Malaysia

menghadapi masalah disiplin. Ini bermakna 3,473 buah sekolah atau 41.15% sekolah

menghadapi masalah disiplin.

Walau bagaimanapun, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah menegah

lebih serius berbanding dengan pelajar di sekolah rendah. Sepanjang sembilan tahun

iaitu antara 1990 hingga 1998, tidak ada sekalipun masalah disiplin melebihi 6.5% di

sekolah rendah tetapi di sekolah menengah pula peratusan masalah disiplin pula

melebihi 10% semua tahun kecuali pada tahun 1990.

Page 19: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

4

meMenurut Unit Disiplin Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia yang

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998 menyatakan

bahawa di antara masalah disiplin yang terlalu kerap dilakukan ialah masalah ponteng

sekolah dan datang lewat. Dalam tempoh sembilan tahun itu iaitu dari tahun 1990

hingga 1998, kedua-dua masalah disiplin inilah bersilih ganti mengambil tempat pertama

dan tempat kedua dalam senarai jenis salah laku.

Keterangan di atas jelas menunjukkan keseriusan masalah disiplin di sekolah. Ini

ditambah pula dengan beberapa lagi kesalahan yang tidak kurang pentingnya seperi

mengancam guru, memeras ugut murid dan pelajar, memukul guru sering berlaku di

negara kita.

Pelajar sekolah menengah yang melakukan kesalahan tidak berdisiplin adalah

didapati terbabit dalam semua kategori salah laku iaitu jenayah, lucah, kekemasan diri,

tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku-musnah, tidak jujur dan lain-lain lagi.

(Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia 1998)

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1990)

menyatakan sekolah bukanlah sebagi badan pengajar sahaja. Sebaliknya, sekolah

mempunyai tujuan mendidik dalam erti kata yang lebih luas. Murid-murid sepatutnya

bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kebolehan intelektual yang diuji melalui

peperiksaan, tetapi juga kebolehan intelektual, mutu moral dan sosial. secara amnya di

mana ketiga-tiga aspek ini tidak diuji secara formal. Tujuan am penanaman kesedaran

tentang betul dan salah ke dalam diri kanak-kanak adalah untuk menghalang dan

mengelakkan mereka daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki dengan cara

larangan berkelakuan demikian bersama dengan cara mengenakan hukuman sekiranya

larangan itu tidak dipatuhi.

Nampaknya masalah yang membimbangkan dunia pendidikan selama ini masih

belum dapat diselesaikan, malah semakin parah dan mencemaskan pelbagai pihak. Ibarat

api dalam sekam, jika dibiarkan marak tanpa kawalan sudah tentu mengundang padah

Page 20: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

5

yang lebih buruk lagi. Kita janganlah mengambil sikap tunggu sehingga keadaan sudah

menjadi serius baru tindakan mahu diambil kerana dikhuatiri apabila sampai ke

peringkat itu kelak, segala-galanya mungkin sudah terlambat.

Walaupun masalah disiplin ini dikatakan sama tua dengan umur sekolah itu

sebagai satu institusi tetapi langkah-langkah haruslah diambil untuk mengatasinya. Kita

harus sedar bahawa untuk mengatasi sesuatu masalah kita haruslah mengenal pasti

punca-punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah itu.

Untuk membetulkan seseorang itu menjadi insan mulia yang terhindar daripada

masalah-masalah disiplin, ciri-ciri disiplin yang baik haruslah disemai sejak seseorang

pelajar itu masih kecil lagi. Kata pepatah Melayu, anak kecil itu ibarat sehelai kain putih,

bagaimana dididik dan diasuh begitulah corak hidupnya nanti.

Falsafah pendidikan negara adalah asas kepada usaha berterusan untuk

melahirkan individu-individu yang berilmu dalam masyarakat Malaysia. Bagaimanapun,

individu yang berilmu tanpa asas disiplin yang kukuh tidak dapat melahirkan masyarakat

yang bersedia menghadapi cabaran pembangunan dari segi kerohanian, moral dan fizikal

( Omar 1986 ).

1.3 Pernyataan masalah

Penyelidik berminat untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar

bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin di sekolah menengah. Ini kerana

penyelidik berpendapat masalah disiplin sekarang ini semakin kerap terjadi dan

membimbangkan banyak pihak. Memandangkan pelajar masa kini adalah bakal peneraju

masa depan negara kita, maka penyelidik merasakan perlu dibuat kajian tentang faktor-

faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan kesalahan disiplin

supaya pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, guru-guru dan

Page 21: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

6

masyarakat dapat membendung masalah ini daripada terus terjadi. Kajian ini juga

dilakukan sebagai kesinambungan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik

terdahulu tentang masalah disiplin.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji lima faktor utama yang dirasakan

menjadi penyumbang utama kepada berlakunya masalah disiplin pelajar di sekolah.

Faktor-faktor yang dikaji termasuklah faktor latar belakang keluarga pelajar, faktor

rakan sebaya, faktor media massa, faktor sikap diri pelajar dan faktor persekitaran

sekolah.

Kajian yang dilakukan ini dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih di sekitar

daerah Kulai. Penyelidik berminat mengkaji sekolah-sekolah di kawasan ini kerana ingin

mengetahui lebih lanjut tentang faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin

melakukan kesalahan disiplin. Selain itu, kedudukannya yang hampir dengan kampus

akan memudahkan pengedaran borang selidik oleh penyelidik ke sekolah-sekolah ini.

Memandangkan penyelidik telah dua kali menjalankan latihan praktikal mengajar di dua

buah sekolah di daerah kulai dan ini memberi kelebihan kepada penyelidik kerana segala

maklumat yang dikehendaki dan segala urusan akan dapat dijalankan dengan lancar dan

mudah.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berhubung

dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin melakukan

kesalahan disiplin iaitu :

i. Keadaan latar belakang keluarga.

ii. Pengaruh rakan sebaya.

iii. Pengaruh media masa.

Page 22: Punca Masalah Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah · PDF filepunca masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah untuk mengatasinya – satu tinjauan di 3 buah sekolah daerah kulai,

7

iv. Sikap pelajar itu sendiri.

v. Pengaruh persekitaran sekolah.

vi. Mencari apakah faktor paling utama mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik memfokuskan kepada beberapa

persoalan penting. Persoalan tersebut ialah :

i. Apakah keadaan latar belakang keluarga pelajar bermasalah disiplin?

ii. Adakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin?

iii. Adakah media masa mempengaruhi pelajar bermasalah disiplin?

iv. Adakah sikap pelajar sendiri mempengaruhinya melakukan kesalahan disiplin?

v. Adakah pengaruh persekitaran sekolah mempengaruhi pelajar melakukan

kesalahan disiplin?

vi. Manakah di antara faktor yang utama mempengaruhi pelajar melakukan kesalahan

disiplin?