tinjauan terhadap pelaksanaan penggunaan bahasa inggeris ... · pdf filesains dalam bahasa...

26

Upload: vantuyen

Post on 01-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4
Page 2: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4
Page 3: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

i

TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN

BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS TINGKATAN SATU DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH

JENIS KEBANGSAAN TERPILIH DI IPOH

VIVIAN LOW YEN YEONG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4
Page 5: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

iii

DEDIKASI

Kepada ibu bapa yang disanjungi memberi bantuan dan dorongan ke arah kejayaan

Projek Sarjana Muda ini

(Low Mee Choy dan Teh Lean Siew)

dan

adik-adik yang disayangi

(Winny Low Yen Teng dan Alvin Low Xiong Zheng)

serta

rakan seperjuangan yang dikasihi sentiasa menyokong selama ini.

Page 6: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya saya berupaya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Encik Hassan bin Hushin selaku penyelia di atas bimbingan dan tunjuk ajar

yang diberikan sepanjang projek ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga diberikan

kepada pensyarah, Prof. Madya Dr. Hj. Seth bin Sulaiman yang sudi memberikan

ilmu pengetahuan tentang perisian komputer Statistical Package For Science Social

(SPSS 10.0) untuk menjayakan projek ini.

Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada pengetua Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam di Ipoh yang telah memberikan kebenaran

untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut dan para responden yang terlibat dalam

kajian ini, iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Satu, pihak pentadbir sekolah dan guru-

guru Sains di atas kerjasama sepenuhnya dan bantuan yang telah diberikan.

Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Universiti

Teknologi Malaysia atas sokongan dan dorongan serta teguran yang bernas

sepanjang tempoh kajian ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga turut

ditujukan kepada semua yang telah memberikan apa juga bantuan sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek ini.

Page 7: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau masalah terhadap pelaksanaan program penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terpilih di Ipoh. Permasalahan pelaksanaan program ini ditinjau daripada perspektif pelajar-pelajar Tingkatan Satu, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Sains. Dari segi pelajar-pelajar Tingkatan Satu, aspek minat terhadap Sains, aspek pandangan pelajar terhadap program penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains, aspek masalah yang dihadapi, aspek pengajaran dan pembelajaran guru Sains serta aspek kemudahan di sekolah telah ditinjau. Pengkaji juga meninjau usaha-usaha yang dilakukan serta rancangan atau program yang dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pihak pentadbir sekolah, iaitu Penyelia Petang dan Guru Kanan Sains, guru-guru mata pelajaran Sains serta sebanyak 121 orang pelajar Tingkatan Satu. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual serta pemerhatian untuk meninjau pendapat responden dan masalah yang dihadapi bagi pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu. Tiga set soal selidik dan soalan temu bual yang berbeza disediakan khasnya kepada pihak pentadbir, guru-guru Sains dan sebanyak 121 orang pelajar Tingkatan Satu. Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati bahawa memang wujud masalah masing-masing dari segi pihak pentadbir sekolah, guru-guru Sains dan pelajar-pelajar Tingkatan Satu. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesediaan pelajar-pelajar adalah kurang mencukupi dan kurang baik kerana menghadapi banyak masalah semasa pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar menghadapi masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Sains dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat dan ini telah menyebabkan mereka jarang menanya soalan Sains yang tidak difahami dalam bahasa Inggeris. Bagi guru-guru Sains, mereka memerlukan masa untuk menyesuaikan diri untuk mahir mengajar Sains dalam bahasa Inggeris. Cadangan kajian juga disertakan untuk menambahbaik pelaksanaan program di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terpilih tersebut.

Page 8: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

vi

ABSTRACT

The aim of this research paper is to find out whether any problems might be encountered in the course of executing the teaching and learning Form One Science in English programme at a chosen school in Ipoh. This paper is divided into three parts namely the students’ aspect, school administrators’ aspect and Science teachers’ aspect. However, from the students’ aspect, this paper will focus into five parts, which are the students’ interest in Science, the students’ view of the programme, the problems faced by the students, the teachers’ way of teaching and learning process in class and the facilities available in the school. Besides, this paper also looks into the efforts or programmes that are carried out to solve the problems encountered during the execution of this programme. The sample of this paper consists of the Form One students, administrators of the school (Afternoon Supervisor and Panel Science Teacher) and Science teachers. Questionnaires and interview methods were used to find out the respondents’ point of view and the problems they face in the programme. Three different sets of questionnaires and interview questions were given to the administrators of the school, Science teachers and 121 Form One students. From the analysis, this paper shows that the administrators of the school, Science teachers and Form One students indeed encounter some problems. The results show that the students are not yet ready to learn Science in English. This is because they have problems in pronouncing and understanding English Science terminologies. Besides that, weakness in grammar is also a major problem that causes students seldom asking Science questions they do not understand in English. As for the Science teachers, they need time to be more proficient in using English as a medium to teach Science subject. Some suggestions are recommended to enhance the implementation of this programme at the chosen school.

Page 9: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rasional Kajian 8

Page 10: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

viii

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Operasional 10

BAHAGIAN DUA BAB II

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Persediaan Untuk Pelaksanaan Program

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

Dari Segi Perkembangan Staf Bagi

Guru-Pendidik Sains Dan Matematik 11

2.3 Pendekatan Terhadap INSET (In-Service

Teacher Education And Training) 16

2.4 Persediaan Untuk Pelaksanaan Program

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan

Matematik Dalam Bahasa Inggeris Dari

Segi Peralatan Dan Kemudahan 17

2.5 Kajian Yang Meyokong Pembentukan

Dasar Pengajaran Dan Pembelajaran

Sains dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris 20

2.6 Sains Dan Perkembangan Bahasa 23

2.7 Masalah Bahasa Dalam Pengajaran Sains 26

2.8 Sikap Guru Terhadap Komputer 28

Page 11: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

ix

BAHAGIAN TIGA BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 33

3.4 Sampel Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Analisis Data 39

BAHAGIAN EMPAT BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Soal Selidik Pelajar-pelajar

Tingkatan Satu 41

4.2.1 Bahagian A 41

4.2.2 Bahagian B 47

4.3 Analisis Transkrip Temu Bual Dengan

Pelajar 56

4.4 Analisis Soal Selidik Pihak Pentadbir 65

4.5 Analisis Transkrip Temu Bual Dengan

Pihak Pentadbir 67

4.6 Analisis Soal Selidik Guru-guru Sains 74

4.7 Analisis Transkrip Temu Bual Dengan

Guru-guru Sains 76

Page 12: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

x

4.8 Analisis Keputusan Peperiksaan Pelajar-

Pelajar Tingkatan Satu Tahun 2003 84

4.9 Pemerhatian 86

4.9.1 Pemerhatian Terhadap Guru Sains A 87

4.9.2 Pemerhatian Terhadap Guru Sains B 90

BAHAGIAN LIMA BAB V

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 93

5.2 Persepsi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu

Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Sains Dalam Bahasa Inggeris 93

5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir

Dan Langkah Penyelesaiannya 98

5.4 Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru-guru

Sains Dan Langkah Penyelesaiannya 99

5.5 Rancangan Atau Program Yang

Dilaksanakan Untuk Membantu Guru-

guru Menyelesaikan Masalah Yang Dihadapi 102

5.6 Rumusan 105

5.7 Cadangan 106

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 107

5.9 Penutup 108

Page 13: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

xi

BAHAGIAN ENAM SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 109

BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A – B 114 - 132

Page 14: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 35

3.2 Aspek Pandangan Pelajar Terhadap Program

Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 36

3.3 Instrumen Kajian Yang Digunakan 37

4.1 Taburan Pelajar Mengikut Jantina 41

4.2 Taburan Pelajar Mengikut Keturunan 41

4.3 Taburan Pelajar Mengikut Item 42

4.4 Taburan Pelajar Mengikut Item 42

4.5 Taburan Pelajar Mengikut Kekerapan Tempat

Mengakses Komputer 43

4.6 Taburan Pelajar Mengikut Item 44

4.7 Taburan Pelajar Mengikut Item 44

4.8 Taburan Pelajar Mengikut Masalah Yang Dihadapi

Dalam Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Sains Tingkatan 1 45

4.9 Taburan Pelajar Mengikut Pandangan Pelajar Terhadap Kemudahan Mencukupi Di Sekolah 46

4.10 Item-Item Untuk Aspek Minat Terhadap Sains Bagi

Program Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 47

4.11 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Aspek Minat

Terhadap Sains Bagi Program Penggunaan Bahasa Inggeris

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 48

Page 15: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

xiii

4.12 Item-Item Untuk Aspek Pandangan Pelajar Bagi Program

Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 49

4.13 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Aspek Pandangan

Pelajar Bagi Program Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 49

4.14 Item-Item Untuk Aspek Masalah Yang Dihadapi Oleh

Pelajar Bagi Program Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 51

4.15 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Aspek Masalah

Yang Dihadapi Oleh Pelajar Bagi Program Penggunaan

Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sains Tingkatan Satu 51

4.16 Item-Item Untuk Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru Bagi Program Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 53

4.17 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Aspek Pengajaran

Dan Pembelajaran Guru Bagi Program Penggunaan Bahasa

Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

Tingkatan Satu 53

4.18 Item-Item Untuk Aspek Kemudahan Di Sekolah Bagi

Program Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan Satu 54

4.19 Taburan Peratus Jawapan Pelajar Untuk Aspek

Kemudahan Di Sekolah Bagi Program Penggunaan

Bahasa Inggeris Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sains Tingkatan Satu 55

4.20 Sistem Gred 85

Page 16: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Borang Pemerhatian 37

4.1 Peratus Taburan Pelajar Mengikut Kekerapan Tempat

Mengakses Komputer 43

4.2 Peratus Taburan Pelajar Mengikut Masalah Yang

Dihadapi Dalam Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Tingkatan 1 45

4.3 Peratus Taburan Pelajar Mengikut Pandangan Pelajar

Terhadap Kemudahan Mencukupi Di Sekolah 46

4.4 Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan

Tahun 2003 Sains Tingkatan 1 84

4.5 Analisis Keputusan Peperiksaan PertengahanTahun

2003 Sains Tingkatan 1 84

4.6 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

2003 Sains Tingkatan 1 85

4.7 Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

2003 Sains Tingkatan 1 85

Page 17: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

xv

SENARAI SINGKATAN ETeMS - English for the Teaching of Mathematics and Science

INSET - In-Service Teacher Education And Training

ITBS - Iowa Test of Basic Skills

LCD - Liquid Crystal Display

SEAMEO RECSAM - South East Asian Ministers Of Education

Organization – Regional Centre For Education In

Science And Mathematics)

S.M.J.K. - Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For Science Social

TST - Teacher Support Teams

Page 18: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik Bagi Pelajar-pelajar Tingkatan Satu,

Pihak Pentadbir Sekolah Dan Guru-guru Mata

Pelajaran Sains 114

B Soalan Temu Bual Dengan Pelajar-pelajar

Tingkatan Satu, Pihak Pentadbir Sekolah Dan

Guru-guru Mata Pelajaran Sains 126

Page 19: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tarikh 6 Januari 2003 merupakan satu tanggal penting dalam sejarah

Malaysia kerana sesi persekolahan 2003 akan dimulakan. Pada hari itu, terbukanya

era baru dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Mulai tarikh itu, pengajaran

mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris akan dikuatkuasakan di sekolah-sekolah

di kalangan pelajar-pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam. Bagi

kita, tarikh itu bermakna bermulanya satu langkah penting yang bakal menggerakkan

peradaban bangsa kita paras yang lebih tinggi. Setelah berpolemik selama setahun,

akhirnya pengajaran dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan. Kita percaya

bahawa usaha itu dalam jangka masa pendek pasti menimbulkan masalah kecil, tetapi

dalam jangka masa panjang, maruah rakyat terutama orang Melayu dapat

diangkatkan. (MASSA, Januari 2003).

Cadangan pengajaran subjek Sains dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan

pelbagai reaksi dan bantahan daripada masyarakat. Baik pakar bahasa, tokoh budaya,

ahli akademik mahupun masyarakat umum, masing-masing hangat memperkatakan

tentang polemik ini. Yang paling dominan, ada suara-suara yang mengatakan

cadangan itu sebenarnya adalah sebagai satu tanda bahawa sistem pendidikan yang

ada di Malaysia sebenarnya gagal melahirkan pelajar-pelajar yang mahir berbahasa

Inggeris.

Page 20: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

2

Pendidikan Sains di negara kita telah menjadi semakin penting, lebih-lebih

lagi negara kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020

yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir

Mohamad dijadikan sebagai matlamat negara pada masa hadapan sejak tahun 1991.

Antara wawasan yang disarankan ialah mewujudkan masyarakat saintifik, progresif,

inovatif dan penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan masa

hadapan. (Hussein Ahmad, 1992). Justeru, negara kita mula mengorak langkah

memasuki era serba sains dan teknologi memerlukan setiap orang pelajar berupaya

menguasai ilmu sains dan teknologi pada masa hadapan.

Di samping itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan dunia,

bahasa ilmu dan sains sejagat yang amat penting, khususnya bagi sesebuah negara

dan masyarakat yang ingin mencapai kemajuan dan pembangunan yang pesat.

Tambahan pula, kepentingan bahasa Inggeris sangat ditekankan oleh Perdana

Menteri kita di Malaysia. Dalam dialognya dengan para akademik daripada pelbagai

universiti di Malaysia pada 9 Julai 1992, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

menekankan bahawa setiap warganegara Malaysia yang berpendidikan harus

mempunyai kecekapan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Menurut

beliau, kemahiran dalam bahasa Inggeris merupakan satu syarat untuk mencapai

Wawasan 2020 dalam membangunkan negara Malaysia kepada sebuah negara

industri yang maju. (Asmah Haji Omar, 1994).

Dalam kita menghadapi era teknologi maklumat yang serba canggih ini,

masih terdapat segelintir masyarakat yang bersikap sambil lewa dan leka. Mereka

seperti tidak mahu memikirkan apa-apa bagi mengharungi masa depan seiring

dengan langkah kerajaan yang memerlukan muda-mudi Malaysia bergerak maju. Isu

ini begitu ketara terutamanya kepada kebanyakan pelajar hari ini yang gagal

menguasai subjek Sains dan bahasa Inggeris dengan baik walaupun mereka telah

didedahkan subjek ini sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Ramai pelajar

menghadapi kesukaran mengikuti kursus sains, teknologi, perubatan, undang-undang,

ekonomi dan kejuruteraan kerana banyak rujukan adalah dalam bahasa Inggeris

memandangkan banyak istilah Sains adalah dalam bahasa Inggeris. Hal ini telah

menimbulkan fobia kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti kursus-kursus berkenaan

Page 21: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

3

dan menyebabkan mereka gagal lulus dengan cemerlang. Justeru, penguasaan bahasa

Inggeris akan dapat membantu para pelajar meningkatkan pencapaian serta

kecemerlangannya dalam sains dan teknologi. Dengan ini, idea supaya mata

pelajaran Sains dipelajari dalam bahasa Inggeris dicetuskan oleh Perdana Menteri,

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, ekoran kegagalan pelajar-pelajar bumiputera

lepasan universiti memasuki pasaran pekerjaan di sektor swasta yang lebih

mementingkan penguasaan bahasa Inggeris. Oleh kerana lemah dalam bahasa

Inggeris menyebabkan ramai pelajar bumiputera di institusi pengajian tinggi awam

(IPTA) terus tercicir dalam pengajian sains, kejuruteraan dan perubatan. Menyedari

hakikat bangsa Melayu begitu lemah dalam menguasai teknologi, penguasaan bahasa

Inggeris dalam mata pelajaran Sains ialah satu-satunya jalan keluar bagi

memecahkan kebuntuan yang sebelum ini menjadi dilema orang Melayu. (MASSA,

Januari 2003).

Ekorannya, memang tidak dapat disangkalkan bahawa program untuk

menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains akan membantu

meningkatkan mutu bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Pelaksanaan ini telah

mendapat reaksi yang pro dan kontra daripada pelbagai pihak. Para tokoh pendidik,

pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penggiat bahasa dan

aktivitis politik memberikan reaksi yang berbeza-beza. Bagi pihak yang menyokong

dasar ini adalah seperti Pensyarah Psikologi Perkembangan Kanak-kanak dan

Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Khaidzir Ismail, Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Setiausaha agungnya, Datuk Siva

Subramaniam, Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB),

Dr Abdul Rahman Daud, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Rafie Mahat, Pengarah

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr. Sharifah Maimunah

Syed Zin, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional

(PIBGN) Prof Madya Mohamad Ali Hasan, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan dan sebagainya. Bagi pihak yang tidak

menyokong dasar tersebut pula adalah seumpama Tokoh Bahasa terkenal, Datuk Nik

Safiah Karim, Ahli Akademik Sains dan Matematik UKM, Dr Shaharil Mohamad

Zain, Ketua Biro Pendidikan Pemuda Umno, Dr Adham Baba, bekas Ketua Pengarah

Page 22: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

4

DBP, Datuk Dr Hassan Ahmad, Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia, Prof Dr

Abdullah Hassan dan sebagainya. (MASSA, 2003).

Ringkasnya, rakyat Malaysia tanpa mengambil kira warna kulit wajib

menyokong dasar bahasa Inggeris itu. Merealisasikannya sudah menjadi satu

tanggungjawab nasional. Menentangnya pula bererti tidak memahami realiti. Tidak

akan ada pihak yang rugi sekiranya pengajaran mata pelajaran Sains dilaksanakan

dalam bahasa Inggeris. Keuntungan sebenarnya sedang menanti anak-anak kita.

Menurut seorang guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Pengelih, Kota

Tinggi, Norsalwani Ismail berpendapat bahawa pelaksanaan dasar baru itu tidak akan

menjejaskan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains pada tahun ini kerana

pendekatan baru ini tidak dibuat secara mengejut sebaliknya dibuat secara

berperingkat supaya pelajar boleh memahaminya dengan baik. Kebanyakan guru

yang terbabit sudah dilatih dengan baik untuk berdepan dengan sebarang

kemungkinan. Beliau percaya baik guru mahupun pelajar sendiri nampaknya

menyambut baik dasar baru ini, malah ramai yang tidak sabar dengan kaedah

pembelajaran baru yang akan diperkenalkan. (MASSA, Januari 2003).

Berhadapan dengan kehidupan dunia tanpa sempadan dan era globalisasi,

bahasa Inggeris menjadi semakin penting. Bahasa itu bukan sahaja menjadi bahasa

komunikasi dan urusan bisnes, tetapi alat untuk meneroka ilmu sains dan teknologi

komunikasi maklumat (ICT). Bermula 6 Januari ini, usaha kerajaan akan dilakukan

secara komprehensif di seluruh negara dengan mengambil kira kepentingan orang

kampung dan orang bandar serta orang Cina, India, Melayu dan kaum-kaum lain.

Kekurangan yang akan ada, misalnya guru-guru mengajar dengan cara yang agak

kaku, pasti ada masalah timbul dengan sistem komputer, perisian dan lain-lain lagi.

Masih terlalu awal bagi kita menilai sama ada penggunaan bahasa Inggeris untuk

mata pelajaran Sains dapat memperbaiki penguasaan serta pencapaian para pelajar

walaupun ramai yang menyifatkan langkah itu tidak akan memberikan manfaat yang

besar dan mempersoalkan relevannya tindakan itu. Oleh yang demikian, satu

tinjauan akan dijalankan ke atas guru-guru yang mengajar Sains Tingkatan Satu dan

pelajar-pelajar Tingkatan Satu yang merupakan kumpulan pelajar pertama dalam

sekolah menengah rendah yang membelajar Sains dalam bahasa Inggeris.

Page 23: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

5

1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains

yang telah dilaksanakan pada tahun ini, iaitu 2003 hangat dipersoalkan oleh pelbagai

lapisan masyarakat sebelum ini. Pada hakikatnya, program ini bukan bertujuan untuk

menyisihkan bahasa ibunda kaum-kaum yang ada di negara ini, tetapi program ini

dilaksanakan demi keperluan semasa, khususnya dalam era teknologi maklumat yang

serba canggih ini. Kebanyakan bidang ilmu pengetahuan menggunakan bahasa

Inggeris.

Sebenarnya, program tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran

Sains adalah bertujuan untuk menyediakan dan mendedahkan generasi baru dengan

penggunaan bahasa Inggeris bagi menghadapi cabaran globalisasi dan juga ke arah

mencapai Wawasan 2020. Seandainya generasi baru dapat dipersiap dengan lebih

awal, tidak mustahil segala yang dirancang dan diimpikan akan menjadi suatu

kenyataan. (Dewan Masyarakat, Disember 2002).

Antara sekolah menengah yang terdapat di Ipoh, Perak, salah sebuah Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan telah dipilih untuk menjalankan kajian demi meninjau

masalah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu dalam

bahasa Inggeris. Di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terpilih, terdapat 10

buah kelas bagi Tingkatan Satu. Selain itu, setiap kelas mempunyai lebih kurang 40

orang pelajar. (Senarai Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terpilih,

2003). Daripada maklumat yang diperoleh, didapati bahawa bilangan pelajar bagi

sekolah tersebut adalah seramai 390 orang pelajar. Lebih-lebih lagi, hanya dua orang

guru sahaja yang bertanggungjawab untuk mengajar Sains Tingkatan Satu. Kedua-

dua orang guru Sains tersebut juga dikehendaki menghadiri kursus-kursus tertentu

demi mempertingkatkan mutu pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris. Tambahan

lagi, kedua-dua orang guru tersebut mungkin tidak dapat menguasai kemahiran

bertutur bahasa Inggeris dengan sepenuhnya kerana mereka adalah berasal daripada

sekolah Melayu dan lebih-lebih lagi telah dilatih sebagai seorang guru yang mengajar

Sains dalam bahasa Melayu. Dari sini, jelas dilihat bahawa kesediaan guru dalam

mengajar Sains dalam bahasa Inggeris merupakan satu masalah bagi program ini.

Page 24: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

6

Kini, dalam pelaksanaan program ini, pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris adalah

begitu ditekankan sehingga tindakan disiplin akan dikenakan ke atas guru yang tidak

menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains, khususnya bagi guru yang

mengajar pelajar-pelajar Tingkatan 6. (New Straits Times, 23 April 2003). Menurut

Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad, tindakan ini dilaksanakan

semata-mata untuk mengelakkan guru-guru menggunakan bahasa lain seperti bahasa

Melayu untuk mengajar, tetapi menggunakan bahasa Inggeris agar mutu bahasa

Inggeris di kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

Di samping masalah bahasa yang dihadapi oleh kebanyakan guru, kemahiran

untuk menggunakan Laptop dan LCD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia kepada setiap orang guru yang mengajar Sains Tingkatan Satu pada tahun

ini turut merupakan satu masalah yang besar. Ini adalah kerana kebanyakan guru di

sekolah tidak mahir menggunakan komputer, namun tenaga guru adalah unsur utama

dalam pelaksanaan pendidikan kini.

Walau bagaimanapun, prasarana dan kemudahan yang lengkap juga harus

disediakan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran Sains dalam

bahasa Inggeris dapat dijalankan dengan lancar. Justeru, satu tinjauan akan

dijalankan demi meninjau masalah yang tertimbul dalam pelaksanaan program

penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan

Satu.

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains telah dilaksanakan

mula pada tahun ini, 2003. Persoalannya ialah sejauh manakah penggunaan bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu telah diterima dan

diamalkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan yang terpilih tersebut di Ipoh.

Page 25: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

7

Oleh kerana isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi

subjek Sains adalah isu yang baru, justeru kajian ini dilaksanakan untuk meninjau

masalah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu dalam

bahasa Inggeris.

Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Satu

terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris, contohnya dari

segi minat, pandangan, masalah-masalah yang dihadapi, pengajaran dan

pembelajaran guru serta kemudahan-kemudahan yang digunakan di sekolah.

Selain itu, kajian penyelidikan ini juga meninjau kesediaan guru mengajar

Sains dalam bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu dari segi penggunaan bahasa

Inggeris, buku teks atau buku rujukan dan penggunaan Laptop dan LCD.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan permasalahan yang dikemukakan ini, objektif kajian

ini adalah untuk:

1. Meninjau persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Satu terhadap pengajaran dan

pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

2. Meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru-guru dari

aspek proses pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu.

3. Meninjau masalah guru yang menggunakan Laptop dan LCD (Liquid Crystal

Display) dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu.

4. Meninjau langkah-langkah yang dilakukan oleh pentadbir dan guru-guru untuk

menyelesaikan masalah.

Page 26: TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS ... · PDF fileSains Dalam Bahasa Inggeris 93 5.3 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pentadbir Dan Langkah Penyelesaiannya 98 5.4

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan ini, persoalan kajian yang boleh

dibentuk:

1. Apakah persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Satu terhadap pengajaran dan

pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris?

2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru-guru dari aspek

proses pengajaran dan pembelajaran Sains Tingkatan Satu dalam bahasa Inggeris?

3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dari aspek penggunaan

Laptop dan LCD (Liquid Crystal Display)?

4. Bagaimanakah pihak-pihak pentadbir dan guru menyelesaikan masalah yang

dihadapi?

5. Apakah rancangan atau program yang dilaksanakan untuk membantu guru-guru

menyelesaikan masalah yang dihadapi?