kulian 10 - masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah

23
Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah

Upload: yyy

Post on 04-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

knknknk

TRANSCRIPT

Page 1: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

Masalah Disiplin dan Tingkah Laku Bermasalah

Page 2: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

KONSEP DISIPLIN• merujuk kepada kawalan diri, kawalan

dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

• perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.

Page 3: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH

• satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi dengan baik.(Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970)

• dari konteks sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Page 4: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH• peraturan yang dikenakan ke atas

pelajar supaya berkelakuan baik dan dapat mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

• Apabila pelajar dapat mendisiplinkan diri, suasana pembelajaran yang sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan dapat dijalankan. (Mok Soon Sang, 2008)

Page 5: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

KEPENTINGAN UMUM DISIPLIN

• Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian (Ang Jit Eng, 2007)

Page 6: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH

• dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah adalah:–Memastikan keselamatan dan

kesejahteraan staf dan murid.–Mewujudkan suasana yang kondusif

untuk pembelajaran.

Page 7: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

• Disiplin terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu:-

–Disiplin arahan guru–Disiplin arahan kerja–Disiplin arahan kumpulan–Disiplin arahan diri

Page 8: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan guru• cara dan tugas guru menentukan arahan dan

peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya.

• Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan.

• guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Page 9: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan guru• Guru mungkin bersikap autokratik

dalam mengawal disiplin pelajar. • Namun guru perlu membuat

pertimbangan dalam hal disiplin supaya tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau bertindak memberontak.

Page 10: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan kerja• wujud apabila sesuatu tugasan yang

diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

• dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan.

Page 11: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan kerja• mempunyai ciri motivasi yang positif

kerana ia menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun, tidak semua pelajar dapat menyelesaikan tugasan seperti yang dijadualkan.

• dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. (Mok Soon Sang, 2008)

Page 12: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan kumpulan• merujuk kepada disiplin yang

dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

• Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan.

Page 13: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan kumpulan• ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi

nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Page 14: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan diri• berlaku apabila pelajar dapat mematuhi

peraturan sekolah secara sukarela.• diwujudkan atas kesedaran bahawa

mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri.

• wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional.

Page 15: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin arahan diri• boleh dibentuk oleh guru melalui latihan dan

bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti p & p atau aktiviti kokurikulum

• paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin.

Page 16: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

MASALAH DISIPLIN

KATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

JENAYAH

1. Merosakkan harta benda sekolah, 2. mencuri, 3. berjudi, 4. memeras ugut, 5. menyertai kongsi gelap, 6. Menyalah gunakan dadah, 7. menumbuk guru, 8. bergaduh, 9. membaca atau melukis gambar lucah.

Page 17: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

KELAKUAN NEGATIF

1. Berambut panjang2. Memakai stokin berwarna3. Berkuku panjang4. Menghisap rokok5. Bercakap kasar6. Berbual-bual dengan dialek7. Tidak menghormati guru8. Makan dalam bilik darjah9. Membuat bising.10. Tidak membuat tugasan

Page 18: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

MEMBOLOS

1. Ponteng kelas2. Ponteng sekolah3. Ponteng aktiviti kokurikulum4. Datang lambat ke sekolah5. Makan di kantin semasa waktu P&P6. Lewat ke perhimpunan sekolah7. Berkhayal atau tidur dalam bilik darjah

Page 19: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

MASALAH DISIPLINKATEGORI MASALAH DISIPLIN

JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN

MENIPU

1. Meniru dalam ujian @ peperiksaan

2. Menyalin kerja murid lain.3. Tidak menghantar buku latihan4. Menandatangani sendiri surat

ibubapa5. Bercakap bohong6. Berpura-pura sakit.

Page 20: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

• Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai

• Perwatakan dan sahsiah guru• Hubungan guru dengan pelajar kurang

baik dan kurang mesra• Suasana bilik darjah kurang selesa• Bilangan murid yang terlalu ramai• Kesihatan murid kurang baik• Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi

Page 21: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

• Pengaruh negatif dari keluarga• Pengaruh negatif dari rakan sebaya• Pengaruh negatif dari media massa.

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

Page 22: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN

• Peranan pelajar• Peranan guru• Peranan Staf dan Pentadbir sekolah• Peranan Ibu bapa• Peranan Komuniti

Page 23: Kulian 10 - Masalah Disiplin Dan Tingkah Laku Bermasalah

Peranan guru dalam mengurangkan masalah disiplin

• merancang• gunakan pelbagai kaedah dan teknik• yakin• berminat dan mengambil berat terhadap

murid• role model• adil• komunikasi yang jelas• memberikan bimbingan dan maklum balas• tenang dalam menangani masalah di

dalam bilik darjah