maklum balas, agen pedagogi berbeza dan · pdf filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang...

12
959 1st International Malaysian Educational Technology Convention MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN HUBUNGANNYA DENGAN LOKUS KAWALAN PELAJAR YANG BERLAINAN Farah Mohamad Zain, 1 Foo Kok Keong, 2 Nabila Akbal Noorul Kamar, 3 Saidatul Maizura Sahimi, Santi Jafar, 4 Yon Rafizah Hanim Samsudin, 5 Hanafi Atan, 6 Omar Majid, 7 Zuraidah Abd Rahman Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia 11800, Pulau Pinang [email protected] ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan Maklum Balas dengan Pengetahuan Keputusan (MBPK), Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (MPRB) dan Maklum Balas dengan Penghuraian (MBDP). Teori maklum balas berasaskan Model Pemprosesan Maklumat Gagne (1985) akan diketengahkan untuk mengkaji proses maklum balas dalam pembelajaran. Seterusnya lokus kawalan pelajar yakni berlokus kawalan dalaman (LKD) atau berlokus kawalan luaran (LKL) juga akan dibincangkan. Lokus kawalan pelajar pula dirujuk dengan Teori Gaya Kognitif. Agen pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran akan diketengahkan. Teori Pembelajaran Berperingkat Gagne (1992) juga akan dibincangkan dalam pembangunan bahan pembelajaran. PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan yang amat pesat dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. E-Pembelajaran merupakan suatu sistem pembelajaran yang baru dalam bidang pendidikan dan ianya berbeza dengan sistem pembelajaran tradisional yang mengamalkan pengajaran di bilik darjah sahaja. E-pembelajaran membolehkan pelbagai aktiviti pembelajaran termasuk aktiviti yang melibatkan bimbingan melalui maklum balas kepada sesuatu pertanyaan atau soalan. Maklum balas adalah reaksi daripada respon pelajar dan terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk teks mesej dan illustrasi grafik. Fungsi utamanya ialah untuk memaklumkan respon yang wajar (Allesi & Trollip, 2001). Maklum balas adalah elemen utama yang dijumpai dalam teori pengajaran dan pembelajaran (Bangert-Drowns et. al,1991). Maklum balas membantu pelajar untuk lebih memahami dan mencuba lagi jika memberikan respon yang salah dan menyediakan penjelasan yang berguna bagi respon yang salah (Schimmel, 1988). Pelajar akan lebih memahami pembelajaran apabila mereka membuat hipotesis dan menerima maklum balas dengan serta-merta (Tomasello & Herron,1989). Maklum balas juga dikatakan satu daripada ciri penting pembelajaran berbantukan komputer yang boleh membawa kepada ingatan yang maksimum (Waldrop et.al, 1986). Gilman (1969) pula mendapati jenis maklum balas boleh mempengaruhi prestasi pelajar. Maklum balas adalah komponen dalam proses pengajaran dan disampaikan kepada pelajar dalam pelbagai bentuk dan mod. Dalam keadaan bersemuka, mod yang sering digunakan adalah apabila guru berinteraksi dengan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Namun begitu, nisbah pelajar-guru yang besar telah menghadkan bilangan dan kualiti maklum balas yang akan diterima oleh seseorang pelajar. Seorang guru mungkin sukar untuk melaksanakan pengajaran dengan berkesan apabila bilangan pelajar terlalu ramai. Selain itu, para pelajar juga mempunyai ciri kognitif yang berbeza seperti pengetahuan mengenai sesuatu subjek, kecerdasan otak dan motivasi diri. Sebagai alternatif kepada situasi di atas adalah pembelajaran atas talian iaitu pembelajaran yang menyediakan maklum balas secara individu tanpa melibatkan guru.

Upload: lykiet

Post on 06-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

959 1st International Malaysian Educational Technology Convention

MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN HUBUNGANNYA DENGAN LOKUS KAWALAN PELAJAR YANG BERLAINAN

Farah Mohamad Zain, 1Foo Kok Keong, 2Nabila Akbal Noorul Kamar, 3Saidatul Maizura Sahimi, Santi Jafar, 4Yon Rafizah Hanim Samsudin, 5Hanafi Atan, 6Omar Majid, 7Zuraidah Abd Rahman

Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

11800, Pulau Pinang [email protected]

ABSTRAK Kertas kerja ini membincangkan Maklum Balas dengan Pengetahuan Keputusan (MBPK), Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (MPRB) dan Maklum Balas dengan Penghuraian (MBDP). Teori maklum balas berasaskan Model Pemprosesan Maklumat Gagne (1985) akan diketengahkan untuk mengkaji proses maklum balas dalam pembelajaran. Seterusnya lokus kawalan pelajar yakni berlokus kawalan dalaman (LKD) atau berlokus kawalan luaran (LKL) juga akan dibincangkan. Lokus kawalan pelajar pula dirujuk dengan Teori Gaya Kognitif. Agen pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran akan diketengahkan. Teori Pembelajaran Berperingkat Gagne (1992) juga akan dibincangkan dalam pembangunan bahan pembelajaran.

PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia sedang mengalami perubahan yang amat pesat dalam amalan pengajaran dan pembelajaran. E-Pembelajaran merupakan suatu sistem pembelajaran yang baru dalam bidang pendidikan dan ianya berbeza dengan sistem pembelajaran tradisional yang mengamalkan pengajaran di bilik darjah sahaja. E-pembelajaran membolehkan pelbagai aktiviti pembelajaran termasuk aktiviti yang melibatkan bimbingan melalui maklum balas kepada sesuatu pertanyaan atau soalan. Maklum balas adalah reaksi daripada respon pelajar dan terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk teks mesej dan illustrasi grafik. Fungsi utamanya ialah untuk memaklumkan respon yang wajar (Allesi & Trollip, 2001). Maklum balas adalah elemen utama yang dijumpai dalam teori pengajaran dan pembelajaran (Bangert-Drowns et. al,1991). Maklum balas membantu pelajar untuk lebih memahami dan mencuba lagi jika memberikan respon yang salah dan menyediakan penjelasan yang berguna bagi respon yang salah (Schimmel, 1988). Pelajar akan lebih memahami pembelajaran apabila mereka membuat hipotesis dan menerima maklum balas dengan serta-merta (Tomasello & Herron,1989). Maklum balas juga dikatakan satu daripada ciri penting pembelajaran berbantukan komputer yang boleh membawa kepada ingatan yang maksimum (Waldrop et.al, 1986). Gilman (1969) pula mendapati jenis maklum balas boleh mempengaruhi prestasi pelajar. Maklum balas adalah komponen dalam proses pengajaran dan disampaikan kepada pelajar dalam pelbagai bentuk dan mod. Dalam keadaan bersemuka, mod yang sering digunakan adalah apabila guru berinteraksi dengan pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Namun begitu, nisbah pelajar-guru yang besar telah menghadkan bilangan dan kualiti maklum balas yang akan diterima oleh seseorang pelajar. Seorang guru mungkin sukar untuk melaksanakan pengajaran dengan berkesan apabila bilangan pelajar terlalu ramai. Selain itu, para pelajar juga mempunyai ciri kognitif yang berbeza seperti pengetahuan mengenai sesuatu subjek, kecerdasan otak dan motivasi diri. Sebagai alternatif kepada situasi di atas adalah pembelajaran atas talian iaitu pembelajaran yang menyediakan maklum balas secara individu tanpa melibatkan guru.

Page 2: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

960 1st International Malaysian Educational Technology Convention

MAKLUM BALAS Terdapat tiga jenis maklum balas iaitu: i. Maklum Balas dengan Pengetahuan Keputusan (MBPK) ii. Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (MPRB) iii. Maklum Balas dengan Penghuraian (MBDP) i. Maklum Balas dengan Pengetahuan Keputusan (MBPK)

MBPK adalah jenis maklum balas yang teringkas dan maklum balas ini tidak menyediakan jawapan yang betul tetapi hanya menerangkan sama ada respon itu betul atau salah.

Contohnya :

“Tahniah ! Jawapan anda betul. Sila ke soalan yang seterusnya.”

“Maaf, jawapan anda salah. Sila cuba lagi.”

ii. Maklum Balas dengan Pengetahuan Respon yang Betul (MPRB)

MPRB terdiri daripada ayat yang memberitahu pelajar jawapan yang sebenarnya. Maklum balas ini akan memberikan jawapan yang betul untuk pelajar yang memberikan respon yang salah

Contohnya : “ Ya. Jawapan kamu betul.” “ Maaf, jawapan kamu adalah salah. Jawapan yang betul adalah A.” iii. Maklum Balas dengan Penghuraian (MBDP) MBDP terdiri daripada beberapa ayat untuk menerangkan mengapa respon yang

diberikan itu betul atau pun salah. Maklum balas ini memberikan klu jawapan untuk membantu pelajar memperolehi jawapan yang betul.

Contohnya :

“Tahniah. Jawapan anda betul. Sudut tuju, I ialah sudut antara sinar tuju dengan garis normal.

“Maaf. Jawapan anda salah kerana sudut antara sinar tuju bukan di antara permukaan dua medium.”

Maklum balas telah lama dianggap sebagai satu komponen penting dalam proses pengajaran (Ross & Morrison, 1991). Myint (1995) dan Fong (1996) mendapati wujudnya kesan maklum balas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza gaya kognitif. Kedua-dua mereka mengesahkan kesan positif maklum balas dengan perbezaan nyata dalam pencapaian pelajar yang didedahkan dengan mod maklum balas yang berbeza. Daripada kajian yang telah dilakukan oleh Noonan (1984), Waldrop et.al (1986), Myint (1995), Fong (1996), dan Nor Hayati (2002) mendapati lebih banyak maklumat yang disediakan dalam maklum balas, lebih tinggi pencapaian pelajar. Noonan (1984) mendapati MPRB lebih bermanfaat kepada pelajar berbanding MPBK. Waldrop et.al (1986) menjalankan kajian untuk menentukan samada MBDP lebih berkesan daripada MPBK dan didapati MBDP lebih berkesan kepada pelajar berbanding MBPK.

Page 3: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

961 1st International Malaysian Educational Technology Convention

TEORI MAKLUM BALAS Teori yang berkaitan dengan maklum balas ialah Model Pemprosesan Maklumat Gagne (1985) Model Pemprosesan Maklumat Gagne (1985) Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu menerima input seterusnya menghasilkan output yang tertentu. Rajah 1 menunjukkan proses pembelajaran yang berlaku.

(Sumber: Robert M. Gagne, 1985: 76)

Rajah 1: Ringkasan Model Pemprosesan Maklumat Gagne LOKUS KAWALAN Lokus kawalan ialah aspek personaliti yang penting. Ianya merujuk kepada interpretasi kawalan personal dan pembawakan individu dengan situasi atau peristiwa yang ditempuhnya. Definisi ini juga membawa kepada dua maksud sama ada hasil tindakan dan tingkah laku dikawal oleh mereka sendiri atau pun peristiwa yang berlaku dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti nasib, takdir atau peluang. i. Lokus kawalan dalaman (LKD)

Individu yang percaya bahawa tingkah laku mereka adalah hasil dari keputusan dan usaha mereka sendiri. Kejayaan yang diperolehi adalah hasil dari usaha, kebolehan dan kecekapan manakala kegagalan mereka adalah berpunca daripada diri mereka sendiri (Jonassen & Grabowski, 1993). Individu ini juga menjalani hidup dengan pilihan yang dibuat sendiri tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar (Rotter, 1966). Dalam konteks pendidikan, jika seseorang percaya kejayaan dan kegagalan yang di alaminya adalah

P E R S E K I T A R A N

R E S E P T O R

PENDAFTARAN DERIA

INGATAN JANGKA PENDEK

INGATAN JANGKA

PANJANG

PENJANA TINDAKAN

EFEKTOR PERSEMBAHAN MAKLUM BALAS

Page 4: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

962 1st International Malaysian Educational Technology Convention

berpunca dari kawalan dalam dirinya seperti kecekapan dan kebolehannya, maka individu ini tergolong dalam individu yang berlokus kawalan dalaman.

ii. Lokus kawalan luaran (LKL)

Individu berlokus kawalan luaran (LKL) percaya bahawa kejayaan atau kegagalan yang diperolehi berpunca dari faktor luaran yang mempengaruhi persembahan mereka (Jonassen & Grabowski, 1993). Individu ini di kategorikan sebagai individu yang percaya bahawa arah tuju mereka dikawal oleh kuasa luaran seperti nasib, takdir atau hasil kebarangkalian (Rotter, 1966). Dalam konteks pendidikan, jika seseorang cenderung menganggap kejayaan atau kegagalan mereka dipengaruhi oleh faktor luaran, bukannya diri mereka sendiri, contohnya nasib atau takdir, maka individu ini dikenali sebagai individu berlokus kawalan luaran.

Bar-Tal et.al (1980) mendapati pelajar yang berlokus kawalan dalaman berprestasi lebih baik berbanding pelajar berlokus kawalan luaran. Maqsud (1983) juga mendapati pelajar yang berlokus kawalan dalaman berprestasi lebih baik berbanding pelajar berlokus kawalan luaran. TEORI LOKUS KAWALAN Teori yang berkaitan dengan lokus kawalan ialah Teori Gaya Kognitif. Gaya kognitif merupakan bahagian atau cabang kognitif yang menjurus ke arah bidang pengajaran yang mengkaji perbezaan dalam tingkahlaku kognitif manusia (Witkin et al., 1977).Perbezaan dalam gaya kognitif ini boleh dijadikan asas di dalam memastikan kaedah pengajaran tersebut mampu menjadi lebih berkesan (Messick, 1982). AGEN PEDAGOGI (PA) Terdapat beberapa kajian menunjukkan agen pedagogi dapat memberi kesan yang positif dalam pembelajaran (Baylor & Ryu, 2003; Atkinson,2002; Craig, Gholson & Driscoll, 2002; Craig & Gholson 2002; Moundridou & Virvou, 2002; Moreno et al., 2001). PA yang dikenali sebagai Steve menunjukkan kepada pelajar cara untuk menggunakan mesin enjin turbin (Rickel & Johnson, 2000). PA yang diberi nama Cosmo pula membimbing pelajar mengenai seni bina dan rangkaian internet (Lester et.al, 2000). Dengan menggunakan PA yang diberi nama ‘Herman-the-bug’ telah menunjukkan peningkatan daripada 24% kepada 48% berbanding kumpulan yang tidak menggunakan agen (Moreno et.al, 2001). PA memberikan kesan yang positif dalam pencapaian pelajar bagi topik Garis dan Satah Tiga Matra (Goh Ping Ping et.al, 2006). Rajah 2-7 ialah contoh agen pedagogi yang diberi nama agen Steve. Agen Steve ini bertindak sebagai guru dan mengajar pelajar cara untuk menggunakan mesin tersebut.

Page 5: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

963 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 2: Gambarajah mesin enjin turbo Rajah 3: Steve menunjukkan butang yang perlu ditekan

Rajah 4: Agen Steve menekan butang. Rajah 5: Agen Steve menolak pedal.

Rajah 6: Agen Steve memerhatikan agen Rajah 7: Soal jawab dengan agen Steve yang lain

Page 6: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

964 1st International Malaysian Educational Technology Convention

PEMBANGUNAN BAHAN PEMBELAJARAN Bahan pembelajaran ini dibangunkan menggunakan Teori Pembelajaran Berperingkat Gagne (1992). Teori Pembelajaran Berperingkat Gagne (1992) Terdapat sembilan adegan pengajaran. Adegan pengajaran ini terdiri daripada beberapa proses yang membentuk rangsangan dalaman semasa pembelajaran. Rangsangan dalaman ini boleh diaktifkan oleh rangsangan luaran iaitu rangsangan dalam bahan pengajaran.

Jadual di bawah menunjukkan hubungan proses pembelajaran dan adegan pengajaran.

PROSES PEMBELAJARAN DALAMAN

ADEGAN PENGAJARAN LUARAN

1. Kewaspadaan

Menarik perhatian

2. Jangkaan

Memberitahu pelajar objektif kajian

3. Kembali ke ingatan kerja

Merangsang pengingatan kembali

4. Persepsi pemilihan

Menyampaikan senario

5. Pengekodan semantik

Memberikan bimbingan pembelajaran

6. Mendapat kembali daripada ingatan bekerja

Mendapat tindak balas

7. Peneguhan

Memberi maklum balas

8. Kembali berisyarat

Menilai prestasi

9. Generalisasi

Meneguhkan ingatan dan pemindahan pembelajaran

(Sumber: Wager & Gagne, 1988: 37)

Jadual 1: Sembilan adegan pengajaran

Berdasarkan proses pembelajaran dalaman dan adegan pengajaran luaran, rajah 8-13 menunjukkan contoh paparan skrin bagi menerangkan dengan lebih jelas mengenai adegan pengajaran yang ketujuh iaitu memberi maklum balas.

Page 7: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

965 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 8: Soalan berkaitan dengan topik inersia

Rajah 9: Pelajar memilih jawapan

Page 8: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

966 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 10: Pelajar akan menghantar jawapan yang dipilih

Rajah 11: MBDP yang akan diterima jika jawapan diberikan salah

Page 9: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

967 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Rajah 12: MBDP yang akan diterima jika jawapan diberikan betul

Rajah 13: Semakan kuiz (quiz review)

Page 10: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

968 1st International Malaysian Educational Technology Convention

CADANGAN METODOLOGI KAJIAN Sampel Dalam kajian ini, sampel dijangka terdiri lebih daripada 200 pelajar tingkatan empat daripada dua buah sekolah. Topik yang akan dipilih adalah sebahagian daripada keperluan Tingkatan 5 Fizik KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Pelajar-pelajar yang akan dipilih ini belum pernah didedahkan kepada topik yang dipilih. Pembolehubah Kajian ini melibatkan tiga jenis pembolehubah iaitu: i. Pembolehubah Bersandar

-Pencapaian pelajar di dalam ujian (pascaujian – praujian) dan juga skor motivasi. ii. Pembolehubah Bebas -Maklum balas dengan MBPK -Maklum balas dengan MPRB -Maklum balas dengan MBDP iii. Pembolehubah Moderator -Lokus Kawalan Dalaman -Lokus Kawalan Luaran Reka Bentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dengan faktorial 3 x 2.

Gambarajah 2: Reka bentuk eksperimen kuasi dengan faktorial 3 x 2. Instrumen Dalam kajian ini, terdapat empat instrumen yang akan digunakan sepanjang rawatan dijalankan. Instrumen-instrumen ini ialah:

i. Praujian ii. Pascaujian iii. Soal Selidik “Tanggungjawab Terhadap Pencapaian Intelek” (Intellectual Academic

Responsibility, IAR). iv. Skala Motivasi Bahan Pengajaran (Instructional Materials Motivation Scale, IMMS)

LKL

LKD KOR KCR EF

Page 11: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

969 1st International Malaysian Educational Technology Convention

JANGKAAN DAPATAN 1. Pelajar yang menggunakan maklum balas MBDP mungkin akan memperoleh pencapaian

yang lebih baik daripada pelajar yang menggunakan maklum balas MPRB. 2. Pelajar yang menggunakan maklum balas MPRB mungkin akan memperoleh pencapaian

yang lebih baik daripada pelajar yang menggunakan maklum balas MBPK. 3. Pelajar yang berlokus kawalan dalaman mungkin akan menunjukkan prestasi yang lebih

baik daripada pelajar berlokus kawalan luaran. 4. Pelajar berlokus kawalan luaran yang menerima maklum balas MBDP mungkin

menunjukkan prestasi lebih baik daripada pelajar yang menerima maklum balas MPRB. 5. Pelajar berlokus kawalan luaran yang menerima maklum balas MPRB mungkin

menunjukkan prestasi lebih baik daripada pelajar yang menerima maklum balas MBPK. KESIMPULAN Sejak kaedah e-pembelajaran diperkenalkan dalam bidang pembelajaran, kaedah ini telah menjadi satu cabang pendidikan yang tersendiri. Kajian ini membincangkan mengenai maklum balas yang berbeza oleh agen pedagogi mempengaruhi pencapaian dan motivasi pelajar yang berbeza lokus kawalan dalam e-pembelajaran. Agen pedagogi akan menggantikan tugas guru sebagai pengajar dalam pembelajran atas talian. Diharapkan kajian ini dapat membantu pelajar untuk meningkatkan lagi mutu pencapaian dan motivasi mereka dalam subjek fizik. RUJUKAN Allesi, S.M., & Trollip, S.R. (2001). Multimedia for learning : Methods and development Bangert-Drowns, R.L., Kulik, C.C., Kulik, J.A., & Morgan, J.A. (1991).The instructional effect of

feedback in test-like events. Review of Educational Research, 61(2), pp 213-238. Atkinson, Robert K. (2002). Optimizing Learning from Examples Using Animated Pedagogical

Agents. Journal Educational Psychology, 94(2). Bar-Tal, D., Kfir, D., Bar-Zohar, Y., & Chen, M. (1980). The Relationship Between Locus of

Control and Academic Achievement, Anxiety and Level of Aspiration. British Journal of Educational Psychology, 50, 53-60.

Baylor, A. L. & Ryu, J. (2003). The Effects of Image and Animation in Enhance Pedagogical Agent Persoma, Journal of Educational Computing Research, 28(4), pp. 373-394.

Craig, S. D., & Gholson, B. (2002). Does an Agent Matter?: The Effects of Animated Pedagogical Agents in Multimedia Environments. Proceeding of ED-MEDIA 2002 World Conference on Educational Multimedia, Hypermedia & Telecommunications, pp. 24-29.

Craig, S. D., Gholson, B & Driscoll, D. M (2002). Animated Pedagogical Agents in Multimedia Environments: Effects of Agent Properties, Picture Festures and redundancy, Journal of Educational Psychology, 92(2), pp. 428-434.

Fong, S. F. (1996). Effects of Different levels of Feedback Using Multimedia Computer-Based Learning on the Learning Gain of Students with Different Cognitive Style. Master Thesis. Universiti Sains Malaysia.

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning. 4th. Ed. New York: Holt, Rinehart and Winston. Gagne, R. M., Briggs L. J., & Wager W.W. (1992). Principles of Instructional Design. 4th ed. New

York: Holt, Rinehart and Winston. Gilman, D. A. (1969). Comparison of several feedback methods for correcting errors by

computer-assisted instruction. Journal of Educational Psychology, 60, pp. 503-508 Jonassen, D. H., & Grabowski, B. L. (1993). Handbook of Individual Differences, Learning and

Instruction. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers. Lester, J.C., Towns, S.G., Callaway, C.B., Voerman, J.L., & Fitzgerald, P.J. (2000). Deictic and

emotive communication in animated pedagogical agents. In J. Cassell, J. Sullivan, S. Prevost, & E. Churchill (Eds) Embodied Conversational Agents (pp. 123-154). Cambridge, MA : MIT Press.

Maqsud, M. (1983). Relationships of Locus of Control to Self-Esteem, Academic Achievement, and Prediction of Performance Among Nigerian Secondary School Pupils. British Journal of Educational Psychology, 53, 215-221.

Messick, G. (1982). Cognitive Styles in Educational Practise. Research Report RP. New Jersey: Educational Testing Service.

Page 12: MAKLUM BALAS, AGEN PEDAGOGI BERBEZA DAN · PDF filebalas yang berbeza terhadap pelajar yang berbeza ... Model ini mengumpamakan pemikiran manusia sebagai komponen yang mampu ... Mendapat

970 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Moreno, R., Mayer, R.E., Spires, H.A., & Lester, J.C. (2001). The case for social agency in computer-based teaching : Do students learn more deeply when they interact with animated pedagogical agents? Cognition and Instruction, 19, pp.319-334.

Moundridou, M. & Virvou, M. (2002). Evaluating the Persona Effect of an Interface agent in a tutoring system. Journal of Computer Assisted Learning, 18, pp. 253-261.

Myint, S. K. (1995). An Experimental Study on Interactive Effects Between Field Dependent-Independent students and Varying Level of Feedback in Multimedia Presentation. Master Thesis. Universiti Sains Malaysia.

Noonan, V. J. (1984). Feedback Procedures in Computer-Assisted Instruction: Knowledge of Results, Knowledge of Correct Response, Process Explanations, and Second Attempts After Errors. Dissertation Abstracts International, 45, 131-A

Nor Hayati Abdul Rahman (2002). Kesan Maklum Balas Dalam Pengajaran Berbantukan Komputer Terhadap Pencapaian Pelajar yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik. Master Thesis. Universiti Sains Malaysia.

Rickel, J. and Johnson, L.W. (2000). Task-oriented collaboration with embodied agents in virtual worlds. In J. Cassell, J. Sullivan, & S. Prevost (Eds.), Embodied Conversational Agents, MIT Press, 2000.

Ross, S. M., & Morrison G. R. (1991). Using Feedback to Adapt Instruction for Individuals. In J. V. Dempsey & G. C. Sales (Ed.), Interactive Instruction and Feedback (177-195). Educational Technology Publication, Englewood Cliffs, New Jersey.

Schimmel, B.J. (1988). Providing meaningful feedback in courseware. In Jonassen, D.H.(Ed.). Instructional designs for microcomputer courseware. Hillsdale:Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Tomasello, M. & Herron, C.(1989). Feedback for language transfer errors : The Garden Path technique. Studies in second Language Acquisition, 11, 385 -395.

Waldrop, P. B., Justen, J. E. III, & Adams, T. M. II. (1986). A comparison of three types of feedback in a computer-assisted instruction task. Educational Technology, 26(11), 43-45.

Witkin, H. A., Moore, C. A., Goodenough, D.R. dan Cox, P. W. (1977). Field-Dependent and Field-Independent Cognitive Styles and Their Educational Implications. Review of Education Research, 47 (1), 1-64.