surat penghargaan - pcb.gov.my bpa a5.pdfpkmd bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan...

8
www.pcb.gov.my Isu 12/2011 Sedia Membantu! Sedia Membantu! BIRO PENGADUAN AWAM Buletin Kejayaan Kes Kejayaan Kes KES 60854 : PELARASAN GAJI GURU-GURU DI BAWAH UNIFIED TEACHING SERVICES (UTS) Beberapa orang guru mendakwa seramai 36 orang guru-guru di bawah skim UTS belum mendapat pelarasan gaji semenjak tahun 2000 walaupun kelulusan untuk melaraskan gaji dan pembayaran tertunggak telah dibuat pada tahun 2000. Pengadu menambah seramai 123 guru-guru telah mendapat pelarasan terlebih dahulu tetapi tidak bagi guru-guru seramai 36 orang. Kes telah dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada 28 April 2010 namun jalan penyelesaian tidak dapat dicapai pada waktu tersebut. Semakan dibuat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati sebenarnya seramai 36 orang guru UTS telah tercicir dari senarai nama pelaksanaan pelarasan gaji 2000 dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jemaah Menteri bagi penyenaraian semula guru-guru terbabit. Pada 22 Februari 2011, pihak Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan pelarasan gaji bekas guru-guru UTS dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan pembayaran kepada guru-guru yang terlibat. Jumlah pembayaran bagi kesemua guru-guru yang terlibat dianggarkan bernilai lebih dari RM 6.0 juta. Surat Penghargaan

Upload: leliem

Post on 16-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

www.pcb.gov.myIsu 12/2011

Sedia Membantu!Sedia Membantu!BIRO PENGADUAN AWAM

Buletin

Kejayaan KesKejayaan Kes

KES 60854 : PELARASAN GAJI GURU-GURU DI BAWAH UNIFIED TEACHING SERVICES (UTS)

Beberapa orang guru mendakwa seramai 36 orang guru-guru di bawah skim UTS belum mendapat pelarasan gaji semenjak tahun 2000 walaupun kelulusan untuk melaraskan gaji dan pembayaran tertunggak telah dibuat pada tahun 2000. Pengadu menambah seramai 123 guru-guru telah mendapat pelarasan terlebih dahulu tetapi tidak bagi guru-guru seramai 36 orang. Kes telah dipanjangkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada 28 April 2010 namun jalan penyelesaian tidak dapat dicapai pada waktu tersebut.

Semakan dibuat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati sebenarnya seramai 36 orang guru UTS telah tercicir dari senarai nama pelaksanaan pelarasan gaji 2000 dan perlu mendapatkan kelulusan daripada Jemaah Menteri bagi penyenaraian semula guru-guru terbabit. Pada 22 Februari 2011, pihak Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan pelarasan gaji bekas guru-guru UTS dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan pembayaran kepada guru-guru yang terlibat. Jumlah pembayaran bagi kesemua guru-guru yang terlibat dianggarkan bernilai lebih dari RM 6.0 juta.

Surat Penghargaan

Page 2: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

2

Biro Pengaduan Awam KeJAyAAN KeS

KES 73199 : LUBANG ATAS JALAN ANTARA WISMA MAIDAM DENGAN TNB (MASJA)

Pengadu mendakwa jalan berlubang telah lama terbiar tanpa pembaikian. Lubang tersebut semakin besar dan menyusahkan pengguna jalan raya serta boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Pengadu mohon supaya dibaiki/ditampal segera.

BPA telah menghantar surat kepada MBKT pada 4 Januari 2011. Pada 11 Januari 2011, pengadu memaklumkan BPA bahawa jalan berlubang tersebut telah dibaiki dan diturap.

KES 72874 : RAYUAN BANTUAN ELAUN KECACATAN

BPA Pahang telah menerima surat permohonan rayuan bagi bantuan elaun kecacatan daripada pengadu pada 27 Disember 2010. Pengadu memohon mendapatkan bantuan elaun kecacatan memandangkan keadaan fizikal dan tahap kesihatan beliau kurang memuaskan. Pengadu telah mendaftar sebagai orang kurang upaya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bentong dan mempunyai kad pengenalan OKU. Pengadu bekerja di kedai kopi dengan pendapatan sebanyak RM200 sebulan dan tinggal bersama adik beradiknya. Pengadu juga telah membuat permohonan tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi permohonan ditolak.

Rayuan daripada pengadu telah dipanjangkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bentong untuk diambil tindakan pada hari yang sama. PKMD Bentong kemudiannya telah mengambil inisiatif dengan membuat siasatan semula bagi mempertimbangkan rayuan pengadu. Setelah disiasat didapati pengadu adalah layak untuk menerima bantuan. Pengadu telah disyorkan untuk mendapat elaun Pekerja Cacat (ePC) sebanyak RM300 sebulan mulai Februari 2011 hingga Januari 2012.

KES 76982 : TUNTUTAN PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL DAN MENYELURUH

Pengadu mendakwa telah mengemukakan tuntutan pampasan hilang upaya kekal dan menyeluruh pada 15 April 2010 setelah kaki beliau terpaksa dipotong pada 28 November 2007. Namun begitu, pengadu tidak menerima sebarang jawapan sehingga ke hari ini dan berharap agar bayaran tersebut dapat dijelaskan dengan kadar segera.

Menurut maklum balas yang diterima, pihak etiqa Takaful Berhad telah bersetuju untuk meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima. Pihak insurans turut menjelaskan bahawa tempoh yang agak lama terpaksa diambil bagi memastikan setiap keputusan yang diambil menetapi terma dan syarat kontrak yang dilanggan.

Sebelum Tindakan MBKT

Selepas Tindakan MBKT

Page 3: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

3

Biro Pengaduan AwamKeJAyAAN KeS

KES 74001 : ADUAN KEROSAKAN RUMAH AKIBAT PEMBINAAN LEBUHRAYA KAJANG SEREMBAN (LEKAS)

BPA telah menerima aduan daripada penduduk Taman Ampangan, Paroi, Negeri Sembilan mengenai 7 buah rumah mengalami keretakan dan kerosakan akibat pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban (LeKAS). Satu mesyuarat telah diadakan di BPA Putrajaya untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit. Keretakan dan kerosakan rumah penduduk telah berlaku disebabkan oleh pergerakan tanah yang tidak stabil di kawasan tersebut. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak konsesi, Lebuhraya Kajang Seremban Sdn. Bhd. telah bersetuju menjalankan tindakan pembaikan dengan kadar segera ke atas keretakan dan kerosakan rumah-rumah berkenaan.

KES 79285 : KAKITANGAN DI KLINIK DESA PULAU MERANTI KURANG ADAB

BPA Selangor telah menerima aduan ini melalui Borang Laman Web pada 13 Mei 2011. Pengadu mendakwa kakitangan bertugas di Klinik Desa Pulau Meranti tidak menjalankan tugas dengan baik dan menggunakan bahasa kasar serta tidak bersopan santun. Adua dipanjangkan kepada Pejabat Kesihatan Negeri Selangor untuk disiasat. Maklum balas Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor pada 30 Mei 2011 menyatakan kakitangan yang diadu tersebut telah membuat permohonan maaf kepada pengadu. Selain itu, peringatan akan diberikan kepada mana-mana anggota yang didapati tidak mengamalkan budaya mesra pelanggan dan tanpa beretika ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

KES 78360 : BANJIR ATAS JAMBATAN (MASJA)

Pengadu mendakwa berlaku banjir akibat kebocoran paip pada jalan masuk dijambatan ke Taman Desa Sri Bayas berhadapan dengan pejabat Lembaga Pertanin Bukit Besar sejak sekian lama. BPA Negeri Terengganu/Kelantan telah menghantar surat kepada Syarikat Air Terengganu (SATU) pada 24 April 2011 mengenai aduan berkenaan.Pada 28 April 2011, pengadu telah memaklumkan pihak BPA bahawa kebocoran paip air tersebut telah dibaiki.

Selepas Tindakan SATU

Page 4: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

4

Biro Pengaduan Awam KeJAyAAN KeS

4

Biro Pengaduan Awam SURAT PeNGHARGAAN

Page 5: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

5

Biro Pengaduan AwamKeJAyAAN KeS

5

Biro Pengaduan AwamSURAT PeNGHARGAAN

Page 6: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

6

Biro Pengaduan Awam KeJAyAAN KeS

KES 81764 : MASALAH PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA

Pengadu tidak puas hati perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sarawak dan telah hadir membuat aduan ke Pejabat Biro Pengaduan AwamNegeri Sarawak pada 30 Jun 2011. Beliau terpaksa berulang alik ke JIM untuk membuat permohonan passport Malaysia setelah tempoh penangguhan pengeluaran pasportnya tamat pada 10 Februari 2011. Setelah mengemukakan semua dokumen yang diminta oleh JIM, pengadu hanya disuruh menunggu panggilan telefon bagi mengetahui status permohonan beliau.

Butiran aduan bersama-sama salinan surat penangguhan pengeluaran pasport Malaysia pengadu dipanjangkan kepada JIM melalui e-mel pada hari yang sama. Permohonan pasport pengadu telah diluluskan oleh pihak JIM dan surat dikeluarkan kepada beliau pada 8 Julai 2011. Pengadu juga dihubungi melalui telefon untuk dimaklumkan mengenai keputusan JIM tersebut dan diberikan amaran agar menjaga pasport baru dengan cermat bagi mengelakkan insiden kehilangan passport berulang lagi.

KES 78038 : TIADA MAKLUMBALAS PERMOHONAN BANTUAN KERUSI RODA OKUBPA Johor telah menerima aduan pada 16 April 2011 daripada pengadu berhubung permohonan bantuan kerusi roda untuk anak beliau yang merupakan seorang OKU dan berumur 13 tahun pada tahun 2009 namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diterima daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi.

Aduan telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Tinggi pada 19 April 2011. Mengikut semakan di Buku Daftar Permohonan Alat Tiruan / Alat Sokongan didapati nama pemohon ada dalam senarai daftar permohonan. Walau bagaimanapun, telah berlaku sedikit kesilapan di mana ia tidak diproses dan terlepas pandang untuk tindakan pegawai berkenaan.

KES 80067 : MEMOHON PEMBINAAN LONGKANG BAGI MENGELAKKAN BANJIR DI RUMAH

BPA Negeri Perak telah menerima aduan pada 30 Mei 2011 mengenai banjir yang seringkali berlaku apabila hujan lebat di sebuah rumah di Daerah Kampar, Perak. Menurut dakwaan pengadu keadaan ini berlaku disebabkan sistem perparitan tidak menepati piawai. Keadaan ini telah berpanjangan lebih sepuluh tahun dan terdapat kesan – kesan kebocoran pada dinding rumah pengadu.

BPA Perak telah memanjangkan aduan ini kepada Majlis Daerah Kampar (MDK) untuk tindakan lanjut. MDK telah mengadakan lawatan tapak dan telah mengambil tindakan jangka pendek iaitu dengan membina longkang sementara bagi mengalirkan air setiap kali hujan supaya tidak membanjiri \ kawasan rumah pengadu. MDK juga memaklumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, akan mengambil tindakan jangka panjang dengan membina longkang konkrit secara kekal dengan kos RM 20,000.00.

Page 7: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

7

Biro Pengaduan AwamKeJAyAAN KeS

KES 80684 : SAMPAH TIDAK DIKUTIP

BPA Selangor telah menerima aduan ini melalui Borang Laman Web pada 14 Jun 2011 mengenai longgokan sampah di belakang deretan bangunan kedai bersebelahan Tol Sungai Ramal (B) yang jelas kelihatan oleh pengguna lebuh raya semasa membayar tol arah ke Putrajaya. Hasil daripada aduan yang dibuat oleh pihak BPA, pihak Alam Flora telah mengadakan lawatan tapak ke lokasi aduan. Justeru itu, pihak Alam Flora telah mengambilkan tindakan segera membersihkan lokasi terbabit pada 16 Jun 2011.

KES 77946 : LAMPU JALAN TIDAK BERNYALA DI KAWASAN PERKUBURAN

Pengadu mendakwa 6 buah lampu jalan tidak bernyala di kawasan perkuburan di Kampung Tanah Lot Gong Chengal Kemasek. BPA Negeri Terengganu/Kelantan telah menghantar surat bertarikh 17 April 2011 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Terengganu mengenai aduan berkenaan. Maklum balas TNB telah diterima pada 25 April 2011 menyatakan bahawa TNB telah mengambil tindakan menukar ‘bracket’ baru dan kerja kerja pembaikan telah siap sepenuhnya pada 20April 2011.

KES 74125 : KADAR CAJ PANGGILAN TELEFON AWAM YANG TIDAK MUNASABAH

Pengadu terkejut apabila menyemak penyata kad kreditnya yang menunjukkan beliau dicaj sebanyak RM 356.70 bagi tiga panggilan antarabangsa ke United Kingdom yang dibuat melalui telefon awam di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 19 Disember 2010. Pengadu berasa tertipu dengan kadar caj panggilan yang beliau sifatkan tidak munasabah dan terlalu tinggi. Panggilan tersebut dibuat menggunakan kad kredit beliau untuk tempoh tidak melebihi 2 minit bagi setiap panggilan. Pengadu memohon penjelasan terperinci dan pampasan yang setimpal ke atas perkara ini.

Berikutan itu, pihak Paycomm Network Sendirian Berhad (PNSB) mengesahkan bahawa berlaku kesilapan dalam bil berkaitan panggilan telefon yang dibuat oleh pengadu pada hari berkenaan. Justeru itu, pihak PNSB bersetuju untuk membuat pemulangan semula sebanyak 90% daripada jumlah yang telah dicaj ke atas akaun kad kredit pengadu bagi panggilan-panggilan tersebut. Pemulangan ini akan tertera di dalam penyata akaun kad kredit pengadu di dalam tempoh 4 sehingga 6 minggu.

Page 8: Surat Penghargaan - pcb.gov.my BPA A5.pdfPKMD Bentong kemudiannya ... meluluskan tuntutan berkaitan selepas menyemak dan meneliti semua laporan perubatan dan maklumat yang diterima

KES 73524 : PAIP AIR BOCOR BERULANG-ULANGKALI

Pengadu mendakwa paip air depan Balai Raya Bukit Bayas KualaTerengganu sering kali bocor melimpahi atas jalan. Paip air tersebut sering kali bocor selepas sahaja dibaiki. Mohon dibaiki segera dengan bahan yang lebih berkualiti. Gambar disertakan BPA Negeri Terengganu/Kelantan telah menghantar surat kepada SATU Kuala melalui surat bertarikh 11 Januari 2011 mengenai aduan berkenaan dan maklum balas daripada SATU telah diterima melalui surat pada 18 Januari 2011 memaklumkan bahawa tindakan membaikpulih telah diambil oleh SATU pada 16 Januari 2011.

Sebelum Air bertakung atas jalan Selepas Air Tidak Bertakung Lagi

Kejayaan KesKejayaan Kes

KES 72328 : MENUNGGU PAMPASAN SEPENUHNYA

Pada 31 Disember 2010 pengadu memaklumkan bahawa rumahnya dan bapanya, di Kampung Tok elong, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah terlibat dengan projek Landasan Berkembar Ipoh ke Padang Besar. Pada tahun 2008, mereka telah keluar dari rumah masing-masig bagi membolehkan projek tersebut dijalankan. Bayaran pampasan sepatutnya diterima oleh mereka setelah bersetuju untuk keluar adalah sebanyak RM42,000. Walau bagaimanapun, mereka hanya menerima sebanyak RM8,200.00 sahaja manakala bakinya RM33,800 belum diterima lagi.

BPA memohon pihak Kementerian Pengangkutan membuat semakan ke atas kes ini. Pada 28 Mac 2011, BPA dimaklumkan oleh Kementerian Pengangkutan bahawa pengadu dan bapanya telah berada dalam kawasan had pembinaan (limit of constructions) dan lokasi kedua-dua rumah berkenaan adalah kritikal dan menghalang kerja-kerja tanah pada masa itu. Pihak Kementerian telah mengkaji semula keputusan awal dan akhirnya bersetuju untuk membayar baki bayaran exgratia berjumlah RM33,800 masing-masing kepada pengadu dan bapanya. Pengadu yang dihubungi telah melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih di atas usaha yang dilakukan BPA.