documentm5

8
ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN) "MENGAKSES MAKLUMAT DARIPADA INTERNET DAN SUMBER RUJUKAN TENTANG PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970" ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. PROSES,HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI SEBELUM 1970 Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah;

Upload: ihsan-ehh-sun

Post on 15-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gsvdrszegvdsa

TRANSCRIPT

Page 1: DocumentM5

ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN)

"MENGAKSES MAKLUMAT DARIPADA INTERNET DAN SUMBER RUJUKAN

TENTANG PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970"

ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES

PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan

secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai

matlamat bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses

menyatupadukan seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama

serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan

wilayah tempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan

dan pegangan agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma

dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama

secara adil dan saksama.

PROSES,HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI

SEBELUM 1970

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di

Malaysia.

Di antaranya ialah;

- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan

yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya

dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan

seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan

buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Page 2: DocumentM5

ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN)

- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah

yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan

mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi

kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap

prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak

menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana

setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan

bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula

yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang

sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan

yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di

samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan

pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

- Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang

tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang

pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara

terancam.

- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik,

sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah

memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak

wasangka kerana setiap kumpulan hanyamemperjuangkan hak dan kepentingan

kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yangberasaskan kepada suku kaum juga

memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya,ekonomi dan hak

keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang

permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun

terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh

Page 3: DocumentM5

ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN)

tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan

persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu

dan Cina.

Peristiwa 13 Mei 1969: Peristiwa 13 Mei 1969 Dasar Pecah Dan Perintah British

Sistem Pendidikan Yang Berasingan Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Aktiviti

Ekonomi Yang Berlainan Persatuan-persatuan Etnik Pendudukan Jepun Rusuhan

kaum . Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional

dan keharmonian . Perpaduan kaum tidak tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar

rakyat miskin .

Dasar Pecah Dan Perintah British : Dasar Pecah Dan Perintah British British telah

mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Dilakukan untuk

menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum

kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi

Malaysia. Justeru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi

setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina

digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet.

Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum

menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah

perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud

inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Sistem Pendidikan Yang Berasingan : Sistem Pendidikan Yang Berasingan Sebelum

Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem

pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan

iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah menguna

pakai silibus yang diambil dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka.

Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu. Menyebabkan tiada keseragaman dari segi

identiti dan fahaman kerana Negara China. Contohnya mengamalkan fahaman

komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur

Page 4: DocumentM5

ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN)

komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain.

Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan

setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini

telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan

kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di

Malaysia.

Perbezaan Agama Dan Kebudayaan : Perbezaan Agama Dan Kebudayaan

Perbezaan budaya dan agama merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah

perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagan besarnya beragama Islam,

kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum

India beragama Hindu. Disamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian.

Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahparahkan

lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula

disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia

menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi ia berpunca dari sikap jahil

terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak

sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah

mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan : Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan Masyarakat

Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung M asyarakat cina

telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu berniaga dan

kebanyakannya tinggal di bandar Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di

estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah

mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang

lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonimi secara tidak

sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

Page 5: DocumentM5

ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN)

Persatuan-persatuan Etnik : Persatuan-persatuan Etnik Struktur masyarakat Malaysia

yang terdiri dari berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan

politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah

memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-

persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya

sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk

perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan

kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan

kaum yang lain.

Pendudukan Jepun : Pendudukan Jepun Salah satu punca permusuhana orang

Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Jepun

memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina

kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada

akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih

kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Jepun juga telah melantik

orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi

peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina

menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk

apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang

Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang

Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan: Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan

Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara kini Jabatan Perdauan Negara dan Integrasi

Nasional pada tahun 1969. Merapatkan masyarakat daripada semua Negeri Malaysia.

Pengenalan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan

Dasar Kebudayaan serta pergabungan parti-parti politik melalui BN.

Hubungkait Antara Ekonomi dan Etnik di Malaysia : Hubungkait Antara E konomi

dan Etnik di Malaysia Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik .

Wujud stereotaip iaitu etnik Melayu terdiri daripada petani dan nelayan , etnik cina

terdiri daripada perniagaan dan perlombongan , etnik india pula buruh di estet

Page 6: DocumentM5

ISL Minggu 5 (MOHD IHSANNUDDIN)

sedangkan sektor ekonomi dikuasai oleh etnik Cina . Hal ini sebut sahaja mengenai hal

ekonomi maka secara langsung dan tidak langsung akan menyentuh hal etnisiti .

Joseph Stiglitz ( Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia ), kunci bagi survival Malaysia ialah

hubungan etnik yang harmonis . Sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival

Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut tercabar .

Kenyataan Stiglitz: Kenyataan Stiglitz Penyelesaian ekonomi sahaja tidak mencukupi

kerana seperti yang kita sedia maklum hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat

rapat . Masalah ekonomi terjadi maka maslah ini akan menjadi masalah etnik .

Sebarang penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik .

http://www.authorstream.com/Presentation/mthyz91-1416715-faktor-menyulitkan-

proses-perpaduan-di-malaysia-sebelum-1970/